bahan bacaan 2

1
BAHAN BACAAN 2 TAHUN 5 Tajuk : Pemandu yang Malang Seperti biasa, pada setiap hujung minggu, kami sekeluarga akan menikmati hidangan tengah hari brsama-sama. Sungguh berselera aku makan pada hari itu. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi hon diikuti satu dentuman yang kuat. Aku dan ayah bergegas berlari ke halaman rumah untuk melihat apa yang berlaku. Aku tergaman apabila melihat sebuah kereta berwarna hitam telah melanggar tembok pagar rumahku. Ayah segera meminta aku menghubungi pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat. Aku dan ayah meminta pertolongan jiran-jiran untuk membantu menyelamatkan pemandu yang malang itu. Keadaan menjadi semakin genting apabila asap tebal mulai keluar daripada bahagian enjin kereta tersebut. Kami semua lari bertempiaran kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Tidak lama kemudian, pasukan bomba dan penyelamat pun sampai. Pasukan bomba dan penyelamat segera memadmkan api yang mulai marak pada enjin kereta. Setelah kebakaran itu berjaya dipadamkan, pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu. Menurut pihak polis, kejadian ini berpunca daripada tayar kereta yang meletup menyebabkan pemandu malang itu tidak dapat mengawal keretanya lalu merempuh tembok pagar rumah kami. Aku sekeluarga berasa simpati terhadap nasib pemandu itu yang mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya. Walaupun pagar rumah kami rosak teruk, apa yang penting, nyawa pemandu itu dapat diselamatkan. Kami sekeluarga diberi penghargaan oleh pihak bomba dan penyelamat serta polis kerana segera menghubungi mereka.

Upload: ily-sofia

Post on 18-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahan

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAN BACAAN 2

BAHAN BACAAN 2 TAHUN 5

Tajuk : Pemandu yang Malang

Seperti biasa, pada setiap hujung minggu, kami sekeluarga akan

menikmati hidangan tengah hari brsama-sama. Sungguh berselera aku makan

pada hari itu. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi hon diikuti satu dentuman yang

kuat. Aku dan ayah bergegas berlari ke halaman rumah untuk melihat apa yang

berlaku.

Aku tergaman apabila melihat sebuah kereta berwarna hitam telah

melanggar tembok pagar rumahku. Ayah segera meminta aku menghubungi

pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat.

Aku dan ayah meminta pertolongan jiran-jiran untuk membantu

menyelamatkan pemandu yang malang itu. Keadaan menjadi semakin genting

apabila asap tebal mulai keluar daripada bahagian enjin kereta tersebut. Kami

semua lari bertempiaran kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku.

Tidak lama kemudian, pasukan bomba dan penyelamat pun sampai.

Pasukan bomba dan penyelamat segera memadmkan api yang mulai marak

pada enjin kereta. Setelah kebakaran itu berjaya dipadamkan, pasukan bomba

dan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di

tempat duduk pemandu.

Menurut pihak polis, kejadian ini berpunca daripada tayar kereta yang

meletup menyebabkan pemandu malang itu tidak dapat mengawal keretanya

lalu merempuh tembok pagar rumah kami.

Aku sekeluarga berasa simpati terhadap nasib pemandu itu yang

mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya. Walaupun pagar rumah

kami rosak teruk, apa yang penting, nyawa pemandu itu dapat diselamatkan.

Kami sekeluarga diberi penghargaan oleh pihak bomba dan penyelamat serta

polis kerana segera menghubungi mereka.