bahagian : perkhidmatan teknik - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk :...

15
BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 1/15 1.0 OBJEKTIF Untuk memberi garis panduan/rujukan aliran kerja/proses aktiviti penyeliaan pembinaan projek yang hendak dibangunkan. . 2.0 SKOP Dokumen ini merangkumi dari aktiviti menerima arahan pembinaan daripada Pengurus Bahagian Rekabentuk dan Ukur Bahan sehingga penyerahan projek kepada Pengurus Projek dan seterusnya aktiviti terakhir iaitu Perakuan Siap Membaiki Kecacatan. 3.0 DEFINASI Projek : Pembangunan yang berbentuk perumahan & bangunan komersial, perumahan kos rendah dan mampumilik, industri perlombongan atau pelancongan, kemudahan dan infrastruktur serta pembangunan kawasan perindustrian. Pegawai Penguasa : Pengurus Besar PMINT Pengurus Projek: Pengurus Kanan Perumahan, Pengurus Bahagian Perumahan Komersial & Perkedaian, Pengurus Bahagian Pembangunan Industri Juruperunding : Arkitek, Juruukur Bahan, Juruukur Tanah dan Jurutera Profesional yang Bertauliah Pihak Berkuasa : Majlis Bandaraya, Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah di setiap daerah. Jabatan Teknikal: Jabatan Kerja Raya, Syarikat Air Terengganu, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia

Upload: trantuyen

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK

TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 1/15 1.0 OBJEKTIF

Untuk memberi garis panduan/rujukan aliran kerja/proses aktiviti penyeliaan pembinaan projek yang hendak dibangunkan.

. 2.0 SKOP

Dokumen ini merangkumi dari aktiviti menerima arahan pembinaan daripada Pengurus Bahagian Rekabentuk dan Ukur Bahan sehingga penyerahan projek kepada Pengurus Projek dan seterusnya aktiviti terakhir iaitu Perakuan Siap Membaiki Kecacatan.

3.0 DEFINASI

Projek : Pembangunan yang berbentuk perumahan & bangunan komersial, perumahan kos rendah dan mampumilik, industri perlombongan atau pelancongan, kemudahan dan infrastruktur serta pembangunan kawasan perindustrian.

Pegawai Penguasa : Pengurus Besar PMINT Pengurus Projek: Pengurus Kanan Perumahan, Pengurus Bahagian Perumahan

Komersial & Perkedaian, Pengurus Bahagian Pembangunan Industri

Juruperunding : Arkitek, Juruukur Bahan, Juruukur Tanah dan Jurutera Profesional yang Bertauliah

Pihak Berkuasa : Majlis Bandaraya, Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah di setiap daerah.

Jabatan Teknikal: Jabatan Kerja Raya, Syarikat Air Terengganu, Jabatan Bekalan Air, Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia

Page 2: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK

TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA :2/15

4.0 RUJUKAN Dokumen Tender atau/dan Dokumen Kontrak Manual Penyeliaan Pembinaan - Cetakan Pertama 1998 Prosedur 11.2 - Pentadbiran Kontrak Prosedur 13.7 - Perancangan Kualiti Projek

5.0 TANGGUNGJAWAB Pengurus Kanan Teknikal bertanggungjawab ke atas keseluruhan operasi Bahagian Perkhidmatan Teknik serta bahagian-bahagian lain yang berkaitan dalam pembangunan projek-projek PMINT.

Pengurus Perkhidmatan Teknik akan bertanggungjawab kepada semua aktiviti penyeliaan pembinaan hingga penyerahan projek siap kepada Pengurus Projek serta mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan. Pengurus Projek akan bertanggungjawab mengambil alih projek yang telah diserahkan oleh Pengurus Perkhidmatan Teknik setelah siap dibina. Jurutera Awam akan bertanggungjawab membantu Pengurus Perkhidmatan Teknik seperti berurusan dengan Perunding-Perunding dan Jabatan-Jabatan Teknikal di dalam hal-hal pembinaan projek dan juga bertanggungjawab menyelaras, memantau serta menyemak sebarang ketidakakuran di dalam pembinaan projek. Pengurus Rekabentuk & Ukurbahan / Jurukur Bahan akan bertanggungjawab berkaitan hal-hal pentadbiran kontrak pembinaan. Pembantu Teknik akan bertanggungjawab membantu Jurutera Awam menyelia kerja-kerja pembinaan sehingga kerja-kerja penyemakan kecacatan selepas tamat tempoh kecacatan. Juruteknik/penyelia tapak akan bertanggungjawab menyelia kerja-kerja pembinaan projek sehingga projek siap disamping membantu Pembantu Teknik menjalankan kerja penyemakan kecacatan selepas tamat tempoh kecacatan serta membantu pihak Jurukur Bahan menyediakan penilaian kemajuan kerja di tapak bina.

Page 3: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK

TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA :3/15

6.0 CARTA ALIRAN KERJA

7.1- Terima Arahan Dan Maklumat

7.2 -Penyerahan Tapak

7.4-Memantau Kemajuan Kerja & Perunding

7.5-Memantau Kemajuan Projek

7.3-Penyeliaan Pembinaan

7.6 - Serah Projek Siap

7.7- Terima Jaminan Korporat

7.8- Perakuan Siap Kerja

7.9-Penyerahan kepada Pengurus Projek

7.10- Sijil Layak Mendiami

7.11- Penyemakan Kecacatan

7.12- Perakuan Siap Membaiki Kecacatan

Perunding Wakil P.P

PMINT Rekabentuk & Bina

Page 4: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK

TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA :4/15 7.0 KETERANGAN PROSEDUR

7.1 Terima Arahan Dan Maklumat

7.1.1 Pengurus Perkhidmatan Teknik akan menerima arahan dan maklumat tentang pembinaan projek dari Pengurus Rekabentuk dan Ukur Bahan. Maklumat-maklumat adalah seperti berikut :-

i) Memo Penyerahan Projek yang mengandungi salinan Surat

Setuju Terima dan Maklumat mengenai tender/kontrak projek. ii) Dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tujuan penyeliaan

pembinaan.

a. Pelan Keterangan Tanah i. Pelan Pre-Comp/Hakmilik Sementara/Pelan Akui ii. Pelan Ukur Aras b. Pelan-Pelan Arkitek c. Pelan-Pelan Kejuruteraan d. Dokumen Tender ( kosong ) e. Ringkasan Tawaran Tender

7.2 Penyerahan Tapak

7.2.1 Pengurus Kanan Teknikal atau Pengurus Rekabentuk & Ukur Bahan atau Jurutera Awam akan menguruskan mesyuarat penyerahan tapak kepada kontraktor yang turut disertai oleh Pengurus Bahagian Perkhidmatan Teknik dan/atau Jurutera Awam dengan mengemukakan maklumat-maklumat sebagaimana perkara 7.1 di atas bagi tujuan penyelarasan penyerahan tapak kepada kontraktor dan tanggungjawab penyeliaan kepada Bahagian Perkidmatan Teknik.

Page 5: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK

TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA :5/15

7.3 Penyeliaan Pembinaan

7.3.1 Pengurus Kanan Teknikal/Pengurus Perkhidmatan Teknik akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal-hal pentadbiran kerja-kerja penyeliaan pembinaan termasuk menguruskan penyediaan Perancangan Kualiti Projek sebagaimana Prosedur 13.7 sebagai garis panduan.

7.3.2 Jurutera Awam dibantu oleh Pembantu Teknik/Juruteknik

bertanggungjawab mengurus kerja-kerja penyeliaan di tapak bina sebagaimana yang digariskan di dalam Manual Penyeliaan Pembinaan.

7.3.3 Pengurus Kanan Teknikal/Pengurus Perkhidmatan Teknik/Pengurus

Rekabentuk & Ukur Bahan atau Jurutera Awam akan menguruskan mesyuarat tapak, mesyuarat-mesyuarat lain yang diperlukan dari masa ke semasa bertujuan untuk memantau kemajuan kerja serta mengeluarkan arahan-arahan perubahan kerja yang berkaitan.

7.3.4 Juruteknik/Penyelia Tapak akan menyediakan senarai induk pelan-

pelan pembinaan sebagaimana Dokumen Tender/Kontrak serta menyelia secara terus terhadap semua aktiviti yang dijalankan oleh kontraktor dengan berpandukan kepada pelan tersebut dan Manual Penyeliaan Pembinaan termasuk mengisi maklumat ke dalam dairi tapak. Juruteknik/Penyelia Tapak bertanggungjawab mengemaskini senarai induk pelan dari masa ke semasa.

7.3.5 Disetiap aktiviti pembinaan, Juruteknik/Peneyelia Tapak akan

memeriksa, menyemak dan menguji kerja-kerja kontraktor dengan menggunakan borang senarai berkaitan sebagaimana di Lampiran I hingga Lampiran XXXV – (PMINT 12.1/A-1 - Pemeriksaan Bahan : Air, Simen, Pasir & Batu Baur hingga PMINT 12.1/C-4 – Pemeriksaan Kemasan : Kemasan Cat)

7.3.6 Jurutera Awam atau Pembantu Teknik akan membuat pengesahan

pada borang semakan sebelum kontraktor meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Page 6: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA :6/15

7.3.7 Bagi peringkat-peringkat kerja yang telah siap, Penyelia Tapak akan membuat pemeriksaan dan sekiranya terdapat ketidakakuran, Jurutera Awam akan mengesahkannya serta akan dimaklumkan kepada kontraktor untuk tindakan pembaikian sebagaimana di Lampiran XXXVI – (PMINT 12.1/C-5 – Ketidakakuran Kerja).

7.3.8 Jurutera Awam akan memastikan tindakan preventif dan pembaikian

dibuat sebagaimana yang digariskan di dalam Dokumen Kontrak serta peringatan dan teguran akan diberi kepada pihak kontraktor melalui surat atau semasa mesyuarat tapak.

7.3.9 Pengurus Rekabentuk & Ukur Bahan/Jurukur Bahan akan menjalankan

kerja-kerja pentadbiran kontrak seperti penilaian kemajuan kerja-kerja termasuk penilaian terhadap kerja-kerja tambahan atau kurangan terhadap skop kontrak, menilai lanjutan masa dan hal-hal lain yang berkaitan dengan pentadbiran kontrak. ( Rujuk prosidur 11.2 – Pentadbiran Kontrak ).

7.3.10 Juruteknik/Penyelia Tapak jika perlu akan membantu Jurukur Bahan

melaksanakan proses penilaian bersama kemajuan kerja sebenar di tapak bagi tujuan penyediaan Sijil Bayaran Kemajuan.

7.4 Memantau Kemajuan Kerja & Perunding

7.4.1 Bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Perunding di lantik sebagai

wakil Pegawai Penguasa (P.P), Pengurus Kanan Teknikal/Pengurus Bahagian Perkhidmatan Teknik/Pengurus Rekabentuk & Ukur Bahan/Jurutera Awam akan memantau kemajuan kerja projek dengan mempengerusikan mesyuarat tapak dan menerima laporan kemajuan projek daripada pihak Kontraktor yang disahkan oleh Perunding.

7.4.2 Pengurus Kanan Teknikal/Pengurus Bahagian Perkhidmatan Teknik

/Pengurus Rekabentuk & Ukur Bahan/Jurutera Awam juga akan memantau perjalanan penyeliaan pembinaan yang dilaksanakan oleh Perunding melalui pemeriksaan/lawatan tapak dan mesyuarat Pemilik & Juruperunding dari masa ke semasa.

Page 7: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 7/15

7.4.3 Juruteknik Awam/Penyelia Tapak akan menyelia kerja-kerja pembinaan harian mengikut perancangan pelaksanaan kerja berdasarkan Program Kerja, Bahan Binaan, Jentera di tapak, bilangan pekerja dan seterusnya Mengemaskini borang-borang semakan bahan, kerja dan pengujian yang akan di sahkan oleh pihak Perunding/Wakil PMINT.

7.5 Memantau Kemajuan Projek

7.5.1 Bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Rekabentuk dan Bina,

pihak Kontraktor dan pihak Perunding-Perundingnya bertanggungjawab menjalankan penyeliaan pembinaan. Pengurus Kanan Teknikal/Pengurus Bahagian Perkhidmatan Teknik/Pengurus Rekabentuk & Ukur Bahan/Jurutera Awam akan memantau kemajuan projek dengan menghadiri mesyuarat tapak dan menerima laporan kemajuan bulanan dari pihak kontraktor.

7.6 Serah Projek Siap

7.6.1 Pihak kontraktor akan menyerahkan kerja-kerja yang telah siap dilaksanakan kepada pihak PMINT sebagaimana ditetapkan mengikut kontrak pembinaan yang telah dipersetujui.

7.7 Terima Jaminan Korporat

7.7.1 Bagi projek-projek Rekabentuk dan Bina yang telah siap, pihak kontraktor akan menyerahkannya kepada PMINT berserta dengan Jaminan Korporat.

Page 8: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 8/15

7.8 Perakuan Siap Kerja

7.8.1 Setelah kontraktor menyerahkan kerja, Juruteknik/Penyelia Tapak akan memeriksa ketidak sempurnaan pembinaan dengan menggunakan senarai semakan sebagaimana Lampiran XXXVII – (PMINT 12.1/D-1 - Senarai Baik Pulih) yang disahkan oleh Jurutera atau oleh wakil P.P. Manakala bagi projek Rekabentuk dan Bina, semakan dilaksanakan oleh Perunding pihak kontraktor dan disaksikan oleh Juruteknik/Penyelia Tapak sebagai wakil PMINT.

7.8.2 Jurutera Awam atau wakil P.P akan mengarah kontraktor menjalankan

ujian-ujian sistem mengikut senarai semakan sebagaimana contoh di Lampiran XXXVIII – (PMINT 12.1/D-2 – Ujian Kelancaran Dan Kebocoran Paip Air Dalaman) hingga XXXIX – (PMINT 12.1/D-3 – Pemeriksaan Pemasangan Dan Ujian Paip Najis) dan akan disaksikan oleh Juruteknik/Penyelia Tapak. Jika terdapat ketidaksempurnaan kontraktor akan di arah menjalankan kerja-kerja pembaikian dengan segera. Bagi projek Rekabentuk dan Bina, Perunding pihak kontraktor akan menguruskan segala ujian-ujian berkaitan yang akan disaksikan oleh Juruteknik/Penyelia Tapak PMINT.

7.8.3 Jurutera Awam akan membuat pengesyoran kepada Jurukur Bahan untuk

mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebagaimana rujukan prosedur 11.2 setelah :

i. Jurutera Awam berpuashati kerja-kerja pembaikian telah

dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak kontraktor.

ii. Menerima laporan pengujian ke atas sistem bagi projek Rekabentuk dan Bina.

7.8.3 Sekiranya kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja-kerja pembinaan

dalam tempoh kontrak atau tempoh lanjutan masa, Jurutera Awam atau wakil P.P akan mengesyorkan kepada Juruukur Bahan untuk mengeluarkan Perakuan Kerja Tidak Siap sebagaimana rujukan prosedur no. 11.2.

Page 9: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 9/15

7.8.4 Jurutera Awam atau wakil P.P akan meminta kontraktor mengemukakan Lukisan sebagaimana dibina (as built drawings) dan manual operasi jika berkaitan bagi kerja- kerja berikut :-

i) Bangunan (Arkitek)

ii) Besi Tetulang (RC drawings) iii) Elektrikal di dalam dan di luar bangunan iv) Laluan kabel bawah tanah jika ada v) Sistem paip air (plumbing) dan sanitari vi) Retikulasi paip air dan retikulasi pembetong vii) Mekanikal seperti lift, penghawa dingin, pencegah kebakaran viii) Sistem Perawatan Kumbahan ix) Sistem Jalan x) Sistem Saliran dan Pembentongan

Lukisan dan Dokumen tersebut akan diedar kepada Pengurus Perancang Bandar (Prosedur 10.2), Pengurus Rekabentuk & Ukur Bahan dan Pengurus Perkidmatan Teknik mengikut mana yang berkenaan bagi tujuan dan tindakan bahagian tersebut.

7.9 Penyerahan Kepada Pengurus Projek

7.9.1 Jurutera Awam/Juruteknik/Penyelia Tapak akan menyediakan perkara-

perkara berikut untuk diserahkan kepada Pengurus Projek :

i) Senarai Kunci yang telah disemak ii) Senarai no ledger / deposit bekalan elektrik iii) Senarai no.rujukan / akaun bekalan air iv) Senarai peralatan yang terdedah kepada kecurian, kerosakan di

luar dan di dalam bangunan.

Page 10: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010 PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 10/15

7.9.2 Pengurus Perkhidmatan Teknik atau Jurutera Awam akan membuat penyerahan projek siap kepada Pengurus Projek dengan menyerahkan perkara-perkara yang diterangkan di para 7.9.1 dan seterusnya keselamatan projek tersebut di bawah tanggungjawab Pengurus Projek.

7.10 Sijil Layak Mendiami

7.10.1 Pengurus Perkhidmatan Teknik atau wakil P.P atau Perunding Arkitek akan membuat permohonan Sijil Layak mendiami Bangunan (CF) dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi projek Rekabentuk dan Bina permohonan C.F akan diuruskan oleh Perunding pihak kontraktor.

7.10.2 Setelah menerima Sijil Layak Mendiami daripada Pihak Berkuasa

Tempatan, sijil tersebut akan diedarkan kepada Pengurus Projek dan Pengurus Bahagian Rekabentuk dan Ukur Bahan untuk tujuan dan tindakan pihaknya.

7.11 Penyemakan Kecacatan

7.11.1 Jika terdapat sebarang aduan kecacatan/kerosakan dari pelanggan di dalam tempoh tanggungan kecacatan, Jurutera Awam akan mengeluarkan arahan kepada kontraktor supaya membaiki kecacatan tersebut. Setelah pembaikian dibuat, Juruteknik akan mendapatkan pengesahan dari pelanggan. Pengesahan ini akan diedarkan kepada Pengurus Projek.

7.11.2. Pada tarikh terakhir tamat Tempoh Kecacatan, Jurutera Awam atau wakil

P.P atau Perunding pihak kontraktor bagi projek Rekabentuk dan Bina akan membuat pemeriksaan semula pada perkara sebagaimana yang diterangkan di para 7.8.1 dan akan mengeluarkan senarai kecacatan dalam tempoh 14 hari.

Page 11: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010

PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 11/15

7.12 Perakuan Siap Membaiki Kecacatan

7.12.1 Jurutera Awam atau wakil P.P akan mengeluarkan arahan kepada kontraktor supaya membaiki kecacatan dan pihak kontraktor dikehendaki melaksanakan pembaikian dalam tempoh 3 bulan setelah senarai kecacatan di para 7.11.2 dikemukakan.

7.12.2 Setelah berpuashati dengan kerja-kerja pembaikian, Pengurus

Perkhidmatan Teknik atau wakil P.P akan mengesyorkan kepada Jurukur Bahan untuk mengeluarkan Sijil Siap Membaiki Kecacatan sebagaimana rujukan prosedur no. 11.2.

8.0 REKOD

Jenis Rekod

Disimpan Oleh Tempoh Disimpan

Fail-fail, rekod semakan dan dairi tapak Keputusan ujian sistem Keputusan ujian sistem Minit Mesyuarat Senarai kelengkapan dan senarai kunci Laporan Kemajuan Lukisan pembinaan

Juruteknik Juruteknik Juruteknik Juruteknik Juruteknik Juruteknik Jurutera Perkhidmatan Teknik

5 tahun selepas tamat tempoh kecacatan Sehingga tamat tempoh kecacatan Sehingga tamat tempoh kecacatan 5 tahun selepas tamat tempoh kecacatan Sehingga tamat tempoh tanggungan kecacatan 5 tahun selepas tamat tempoh kecacatan 5 tahun selepas tamat tempoh kecacatan

Page 12: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010

PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 12/15

9.0 LAMPIRAN

Lampiran I - (PMINT 12.1/A-1- Pemeriksaan Bahan : Air, simen, Pasir & Batu Baur)

Lampiran II - (PMINT 12.1/A-2 - Pemeriksaan Bahan :

Kayu)

Lampiran III - (PMINT 12.1/A-3- Pemeriksaan Bahan : Kotak Acuan (Formwork))

Lampiran IV - (PMINT 12.1/A-4- Pemeriksaan Bahan : Atap) Lampiran V - (PMINT 12.1/A-5-Pemeriksaan Bahan

:Pintu/Tingkap) Lampiran VI - (PMINT 12.1/A-6 - Pemeriksaan Bahan :

Siling) Lampiran VII - (PMINT 12.1/A-7 - Pemeriksaan Bahan : Paip

Air) Lampiran VIII - (PMINT 12.1/A-8 - Pemeriksaan Bahan :

Sanitary Fitting) Lampiran IX - (PMINT 12.1/A-9 -Pemeriksaan Bahan : Jubin) Lampiran X - (PMINT 12.1/A-10 - Pemeriksaan Bahan :

Elektrikal) Lampiran XI - (PMINT 12.1/A-11 -Pemeriksaan Bahan : Cat ) Lampiran XII - (PMINT 12.1/A- 12 - Pemeriksaan Bahan :

Paip Air Utama) Lampiran XIII - (PMINT 12.1/A-13 - Pemeriksaan Bahan :

Longkang & Pembentung

Page 13: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010

PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 13/15

Lampiran XIV - (PMINT 12.1/A-14 - Pemeriksaan Bahan :

Bahan Pembinaan Jalan Lampiran XV - (PMINT 12.1/B-1 -Semakan Kerja : Kerja-

kerja tanah) Lampiran XVI - (PMINT 12.1/B-2- Semakan Kerja : Kerja-

kerja cerucuk) Lampiran XVII-A - (PMINT 12.1/B-3(A)- Semakan Kerja : Kerja-

kerja Pra-konkrit)

Lampiran XVII-B - (PMINT 12.1/B-3(B)- Semakan Kerja : Kerja- kerja konkrit Siap)

Lampiran XVIII - (PMINT 12.1/B-4- Semakan Kerja : Trusses & roof covering)

Lampiran XIX - (PMINT 12.1/B-5- Semakan Kerja : Kerja-

kerja rendering) Lampiran XX - (PMINT 12.1/B-6- Semakan kerja

:Pemasangan frame) Lampiran XXI - (PMINT 12.1/B-7- Semakan kerja : Perimeter

drain and apron) Lampiran XXII - (PMINT 12.1/B-8- Semakan kerja : Sanitary

drainage (waste pipe))

Lampiran XXIII - (PMINT 12.1/B-9- Semakan kerja : Internal plumbing) Lampiran XXIV - (PMINT 12.1/B-10- Semakan kerja : Internal

elektrik)

Page 14: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010

PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 14/15

Lampiran XXV - (PMINT 12.1/B-11- Semakan kerja : Kerja-

kerja pembetungan (sewerage))

Lampiran XXVI - (PMINT 12.1/B-12- Semakan kerja :Pembinaan jalan berturap)

Lampiran XXVII - (PMINT12.1/B-13-Semakan kerja Pembinaan/

pemasangan longkang Lampiran XXVIII - (PMINT 12.1/B-14- Semakan kerja :

Pemasangan dinding sisi longkang (Bata) – (side wall))

Lampiran XXIX - (PMINT 12.1/B-15- Semakan kerja :

Pembinaan pembetung (culvert)) Lampiran XXX - (PMINT 12.1/B-16- Semakan kerja :

Pembinaan tembok sayap takungan(wind wall sump)

Lampiran XXXI - (PMINT 12.1/B-17- Semakan kerja : Kerja-

kerja paip dan penyambungan Lampiran XXXII - (PMINT 12.1/C-1 -Pemeriksaan Kemasan :

Plastering) Lampiran XXXIII - (PMINT 12.1/C-2- Pemeriksaan Kemasan :

Rendering) Lampiran XXXIV - (PMINT 12.1/C-3- Pemeriksaan Kemasan :

Kemasan Jubin) Lampiran XXXV - (PMINT 12.1/C-4- Pemeriksaan Kemasan :

Kemasan cat)

Page 15: BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK - pmint.gov.my 12.1.pdf · bahagian : perkhidmatan teknik tajuk : penyeliaan pembinaan tarikh : 1 ogos 2010 projek no. prosedur : 12.1 no. pindaan :

BAHAGIAN : PERKHIDMATAN TEKNIK TAJUK : PENYELIAAN PEMBINAAN TARIKH : 1 OGOS 2010

PROJEK NO. PROSEDUR : 12.1 NO. PINDAAN : 0 MUKA : 15/15

Lampiran XXXVI - (PMINT 12.1/C-5 - Ketidakakuran Kerja) Lampiran XXXVII - (PMINT 12.1/D-1 - Senarai baikpulih (defect)) Lampiran XXXVIII - (PMINT 12.1/D-2 - Ujian kelancaran dan

kebocoran paip air dalaman)

Lampiran XXXIX - (PMINT 12.1/D-3 - Catitan pemeriksaan, pemasangan dan ujian aliran paip najis dari W.C ke manhole)

Lampiran XXXX - (PMINT 12.1/D-4 - Senarai Kunci) Lampiran XXXXI - (PMINT 12.1/A-15 - Pemeriksaan Bahan :

Tetulang Keluli) Lampiran XXXXII - (PMINT 12.1/A-16 -Pemeriksaan Bahan :

Manhole & Paip Pembetungan) Lampiran XXXXIII - (PMINT 12.1/A-17 -Pemeriksaan Bahan : Batu

Bata Lampiran XXXXIV - (PMINT 12.1/C-6 - Semakan Kemasan :

Kemasan Siling) Lampiran XXXXV - (PMINT 12.1/B-18 – Kerja-Kerja Ikat Batu - Bata