bahagian penting pmr-2010 (set1)

43
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 Karangan PMR (Set1) - 1 - GURU BAHASA MELAYU ANDA - BKKENG Nama : ______________________________________ Tarikh : __________________________ Disediakan oleh BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) Semua kelas BM bawah BKKeng akan berhenti pada 29, 30 dan 31 hb setiap bulan dan berjalan seperti biasa pada semua cuti am kecuali Tahun Baru Cina. Tajuk Karangan penting untuk diperhatikan ** Masalah Sosial ** Bagaimana Mencapai Kejayaan ** Kebaikan Penyertaan Sesuatu Aktiviti / Persatuan 1. Amalan me%rokok 2. Cara-cara menceriakan kawasan sekolah 3. Faedah bercucuk tanam 4. G#aya hidup sihat 5. Gejala ponteng sekolah 6. Hukuman rotan 7. Industri pelancongan 8. Jenayah ragut 9. Kegiatan aktiviti ko%kurikulum 10. Kelas tuisyen 11. Kepentingan p@enjagaan kebersihan 12. Keracunan makanan 13. Kerajinan untuk men*capai kejayaan 14. Langkah-langkah mencegah kebakaran 15. Masalah laku anak r&emaja 16. Pencemaran alam sekitar 17. Penggunaan telefon bimbit 18. Peng^urusan masa 19. Penyertaan unit berun@iform 20. Perpa*duan kaum 21. Rumah terbuka 22. Semangat pat*riotisme Tajuk KOMSAS yang perlu diberikan perhatian – Tingkatan 1 (Cerpen ), T2 & T3 (Puisi Tradisional) Cerpen T1 Hadiah Hari Guru Gema Menggegar Kota Sehijau Warna Daun Puisi T2 Syair Pesanan Ibu

Upload: reader90210

Post on 01-Jul-2015

1.339 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 1 -

GURU BAHASA MELAYU ANDA - BKKENGNama : ______________________________________ Tarikh : __________________________Disediakan oleh BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM)

Semua kelas BM bawah BKKeng akan berhenti pada 29, 30 dan 31 hb setiap bulan dan berjalan seperti biasa pada semua cuti am kecuali Tahun Baru Cina.

Tajuk Karangan penting untuk diperhatikan

** Masalah Sosial

** Bagaimana Mencapai Kejayaan

** Kebaikan Penyertaan Sesuatu Aktiviti / Persatuan

1. Amalan me%rokok

2. Cara-cara menceriakan kawasan sekolah

3. Faedah bercucuk tanam

4. G#aya hidup sihat

5. Gejala ponteng sekolah

6. Hukuman rotan

7. Industri pelancongan

8. Jenayah ragut

9. Kegiatan aktiviti ko%kurikulum

10. Kelas tuisyen

11. Kepentingan p@enjagaan kebersihan

12. Keracunan makanan

13. Kerajinan untuk men*capai kejayaan

14. Langkah-langkah mencegah kebakaran

15. Masalah laku anak r&emaja

16. Pencemaran alam sekitar

17. Penggunaan telefon bimbit

18. Peng^urusan masa

19. Penyertaan unit berun@iform

20. Perpa*duan kaum

21. Rumah terbuka

22. Semangat pat*riotisme

Tajuk KOMSAS yang perlu diberikan perhatian – Tingkatan 1 (Cerpen ), T2 & T3 (Puisi Tradisional)

Cerpen T1

Hadiah Hari Guru

Gema Menggegar Kota

Sehijau Warna Daun

Puisi T2

Syair Pesanan Ibu

Syair Mungkir Janji

Puisi T3

Syair Cinta Alam Sekitar

Syair Tenaga Pemuda

Page 2: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 2 -

Novel sila perhatikan T1 & T3

Perwatakan / Nilai

Persoalan

Pengajaran

Plot

*** Sila rujuk nota Seminar saya bagi topik yang disebut

Karangan 1

Masyarakat yang penyayang menjadi matlamat dalam Wawasan 2020. Terangkan pembentukan masyarakat yang

penyayang di negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

Pembentukan masyarakat yang penyayang salah satu cabaran dalam Wawasan 2020

2. Isi-isi

Konsep masyarakat yang penyayang - berlandaskan nilai kasih sayang

Pemimpin masyarakat perlu menunjukkan teladan yang baik - elakkan perbalahan dan perasaan

curiga - bersikap adil

Peranan sekolah sebagai ejen perubahan sosial - menerapkan nilai-nilai kasih sayang, hormat-

menghormati dan bertolak ansur

Peranan ibu bapa dan anggota masyarakat - ibu bapa menerangkan kepentingan kasih sayang

dalam kalangan anggota keluarga dan jiran tetangga kepada anak-anak mereka

Faedah masyarakat yang penyayang - negara yang harmoni dan bersatu padu

3. Penutup

Perlu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh - sangat penting dalam negara pelbagai kaum

Pihak kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dan cabaran dalam Wawasan 2020. Selain

menjadikan negara ini sebagai negara perindustrian, melahirkan masyarakat yang penyayang juga merupakan

salah satu matlamat dan cabaran dalam Wawasan 2020.

Masyarakat yang penyayang bermaksud menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang hidup

dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu dengan yang lain. Masyarakat yang penyayang juga

merupakan masyarakat yang anggotanya saling membantu, saling menghormati, saling memahami, dan bertolak

ansur. Pembentukan masyarakat yang penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang

pelbagai kaum di Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

Dalam rangka menjayakan usaha murni ini, para pemimpin masyarakat haruslah menunjukkan teladan yang

baik kepada anak-anak buah mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Para pemimpin perlu menyemaikan semangat hormat-

menghormati dan sentiasa berkasih sayang dalam kalangan anggota masyarakat bawahan. Isu-isu yang dapat

Page 3: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 3 -

mencetuskan perbalahan antara kaum harus dielakkan agar tidak berlaku perasaan curiga antara kaum. Para

pemimpin perlu memberi layanan yang adil kepada orang yang dipimpin.

Selain itu, pihak sekolah sebagai ejen perubahan sosial perlu melihat usaha pembentukan masyarakat yang

penyayang dengan lebih serius. Sekolah tidak harus menumpukan soal pencapaian akademik pelajar semata-mata.

[Disediakan oleh BKKeng] Generasi muda di sekolah perlu diterapkan dengan nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati,

dan bertolak ansur, bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Para pelajar di sekolah lebih

mudah diterapkan nilai-nilai tersebut berbanding dengan golongan yang lebih tua. [Disediakan oleh BKKeng]

Selain pihak sekolah, ibu bapa dan anggota masyarakat juga berperanan untuk membentuk nilai kasih

sayang. Ibu bapa perlu menerangkan kepentingan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga dan jiran

tetangga kepada anak-anak mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Sikap tolong-menolong dan hormat-menghormati perlu

dipupuk di setiap rumah.

Keluarga yang dilimpahi kasih sayang akhirnya akan membentuk masyarakat yang penyayang. Faedah

utama daripada pembentukan masyarakat yang penyayang ialah wujudnya negara yang harmoni dan bersatu padu.

Sikap mementingkan diri sendiri dan prasangka terhadap kaum lain dengan sendirinya akan dapat dihapuskan.

Ringkasnya, pembentukan masyarakat yang penyayang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan

terancang. Pembentukan masyarakat yang penyayang sangat penting dalam negara pelbagai kaum seperti

Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 2

Komputer menjadikan kehidupan kita lebih sempurna dan banyak perkara yang kita lakukan adalah dengan

bantuan komputer.

Terangkan peranan komputer dalam kehidupan kita. [Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

Komputer mempengaruhi kehidupan manusia - menyempurnakan kehidupan

2. Isi-isi

Dalam bidang pendidikan - komputer meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

Dalam bidang pengangkutan - komputer membantu dalam melicinkan sistem pengangkutan -

memastikan lalu lintas berjalan lancar

Dalam pentadbiran dan perniagaan - komputer penting dalam penyimpanan dan pemproses data -

memudahkan komunikasi

3. Penutup

Komputer banyak memberikan 1aedah - perlu dikuasai agar tidak ketinggalan

Komputer telah mempengaruhi kehidupan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Penggunaan komputer telah menjadikan

kehidupan manusia lebih sempurna. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini demikian kerana komputer dapat mempercepat,

mempermudah, dan menjimatkan masa serta tenaga. [Disediakan oleh BKKeng]

Dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dapat membantu kita meningkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kini, hampir semua sekolah menggunakan komputer dan perisian pendidikan untuk

pengajaran. Perisian komputer digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan

Matematik. Penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar kini menjadi semakin kerap digunakan.

Page 4: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 4 -

Bidang pengangkutan juga memperoleh faedah yang banyak daripada penciptaan komputer. Komputer telah

membantu dalam melicinkan sistem pengangkutan terutama di bandar-bandar besar. Sistem lampu isyarat

berkomputer memastikan lalu lintas berjalan lancar. Kereta api transit ringan (LRT) yang terdapat di Kuala

Lumpur memudahkan orang ramai berulang-alik setiap hari dengan cepat dan selamat. Tanpa komputer,

kemudahan pengangkutan seperti hari ini tidak dapat kita nikmati.

Di samping itu, komputer juga banyak digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan perniagaan.

Komputer bukan sekadar menggantikan peranan mesin taip tetapi juga digunakan dalam penyimpanan dan

pemprosesan data penting perniagaan. Kini, komputer memainkan peranan penting dalam bidang komunikasi.

Sebagai contohnya, melalui sidang video, pengguna dapat berbincang dan bermesyuarat dengan orang lain di luar

negara tanpa bersemuka. [Disediakan oleh BKKeng] Kemudahan ini dapat menjimatkan kos dan masa para peniaga. [Disediakan

oleh BKKeng]

Kesimpulannya, komputer banyak memberikan faedah kepada kehidupan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Sebagai

alat teknologi yang sentiasa berubah, ilmu tentang bidang komputer perlu dikuasai agar kita tidak ketinggalan

dalam bidang tersebut.

Karangan 3

Peperangan berlaku akibat tindakan manusia dan merugikan semua pihak yang terlibat. Terangkan kesan-kesan

buruk akibat peperangan.

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

Manusia mencetuskan peperangan - peperangan harus dielakkan

Kesan-kesannya amat buruk

2. Isi-isi

Peperangan mengakibatkan pengorbanan nyawa - yang terselamat cacat anggotanya

Peperangan mengakibatkan kemusnahan - harta benda musnah dalam sekelip mata

Peperangan mengakibatkan kemusnahan ekonomi negara menanggung kos peperangan dan pembinaan

semula yang tinggi

3. Penutup

Peperangan bukan caranya untuk menyelesaikan pertikaian

Semua pihak akan mengalami kerugian

Peperangan tercetus akibat tindakan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Dalam zaman moden ini, negara-negara tidak

harus berperang kerana senjata moden amat menggerunkan. Kesan-kesan peperangan pula amat buruk sekali.

Kesan peperangan yang paling dirasai ialah pengorbanan nyawa. [Disediakan oleh BKKeng] Yang paling menyedihkan

ialah mangsa perang ini bukan sahaja askar tetapi juga rakyat jelata yang tidak berdosa. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini

demikian kerana penggunaan bom dan senjata pemusnah yang lain tidak membezakan antara askar dengan orang

awam. Semua orang yang berada di kawasan yang dibom akan menjadi mangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Mangsa yang

terselamat pula mengalami kecacatan anggota yang akan menyukarkan kehidupannya sepanjang hayat.

Peperangan juga mengakibatkan kemusnahan yang teruk. Harta benda sesebuah negara seperti bangunan,

jambatan, jalan raya, sistem komunikasi, hospital, dan empangan, yang mengambil masa berpuluh-puluh tahun

untuk dibina, musnah dalam sekelip mata sahaja jika terkena bom. Tidak cukup dengan itu, peperangan

meninggalkan kesan radioaktif yang sangat berbahaya kepada kehidupan lain. Sebagai contohnya, perang di Iraq

Page 5: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 5 -

pada tahun 1991 telah menyebabkan tumbuh-tumbuhan tidak lagi subur dan binatang ternakan sering diserang

penyakit yang tidak dapat dikesan.

Di samping itu, peperangan juga mengakibatkan kemusnahan ekonomi sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Selain terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar untuk membiayai peperangan, sesebuah negara itu perlu

menanggung kos pembinaan semula negara selepas peperangan. Usaha memulihkan ekonomi semula selepas

peperangan bukanlah usaha yang mudah.

Kesimpulannya, peperangan bukan caranya untuk menyelesaikan pertikaian. Hal ini demikian kerana semua

pihak yang terlibat dalam peperangan mengalami kerugian, bak kata pepatah “alah jadi abu, menang jadi arang”.

Karangan 4

Kemasukan pelabur-pelabur asing ke negara kita banyak membawa kebaikan kepada negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]

Terangkan kebaikan-kebaikan tersebut.

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

Kerajaan Malaysia menawarkan insentif yang pelbagai untuk menarik pelabur asing

Pelaburan asing banyak mendatangkan kebaikan

2. Isi-isi

Perolehan dari segi cukai akan meningkat - meningkatkan pendapatan negara

Pembukaan kawasan perindustrian baru di luar bandar - memajukan kawasan luar bandar

Mengatasi masalah pengangguran - kilang baru mewujudkan pekerjaan kepada penduduk luar

bandar - meningkatkan taraf hidup penduduk

Mewujudkan persaingan dengan usahawan tempatan dengan syarikat asing - meningkatkan

kualiti dan produktiviti

3. Penutup

Pelaburan asing mempercepat pembangunan negara - mengurangkan beban negara

Dalam usaha membangunkan dan memajukan negara, kerajaan Malaysia menawarkan insentif yang pelbagai

untuk menarik pelabur asing ke Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng] Pelaburan asing sangat penting kerana banyak

mendatangkan kebaikan kepada negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Kemasukan pelabur asing ke negara ini membawa kesan langsung kepada pendapatan kerajaan. Hal ini

demikian kerana perolehan dari segi cukai akan meningkat. Walaupun pihak kerajaan terpaksa mengorbankan

beberapa jenis cukai, peningkatan hasil cukai masih dapat dinikmati, terutamanya cukai eksport. Peningkatan

pendapatan negara akan membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan kepada rakyat.

Selain itu, pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru untuk menarik pelabur asing dapat digunakan

oleh pihak kerajaan untuk memajukan kawasan luar bandar. Pembinaan kawasan-kawasan perkilangan ini

memerlukan pembinaan dan pembaikan infrastruktur di luar bandar. Kawasan perkilangan tersebut juga menjadi

pusat pertumbuhan sesuatu kawasan. Kawasan perumahan dan kawasan perniagaan akan dibina di sekitar

kawasan perkilangan untuk memberikan perkhidmatan kepada pekerja kilang.

Di samping itu, pembukaan kilang di luar bandar akan dapat mengatasi masalah pengangguran di luar

bandar. Kilang-kilang yang dibuka oleh pelabur asing akan menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada

penduduk setempat. Pendapatan penduduk akan meningkat dan seterusnya taraf hidup mereka juga akan

meningkat.

Page 6: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 6 -

Kemasukan pelabur asing juga akan mewujudkan persaingan dengan usahawan tempatan. Persaingan ini

diharapkan akan menyebabkan usahawan tempatan meningkatkan kualiti barangan yang dihasilkan. Selain itu,

persaingan juga akan menyebabkan usahawan tempatan meningkatkan kecekapan mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Dengan itu, produktiviti dapat ditingkatkan.

Ringkasnya, pelaburan asing memang perlu bagi mempercepat pembangunan sesebuah ekonomi. Pihak

kerajaan dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab memajukan negara dengan adanya pelaburan asing.

Karangan 5

Belakangan ini, mutu sukan di Malaysia kurang memberangsangkan. Peserta Malaysia tidak dapat mencapai

kejayaan di peringkat antarabangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Nyatakan langkah-langkah yang dapat diambil untuk

meningkatkan mutu sukan negara. [Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

Mutu sukan negara tidak memberangsangkan - semakin merosot

Perlu mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan

2. Isi-isi

Jurulatih amat penting - jurulatih yang berpengalaman dan berkaliber dapat membentuk serta

membimbing seseorang atlet

Atlet didedahkan kepada taraf sukan yang lebih tinggi - latihan di luar negara - perlawanan

persahabatan - mempelajari taktik dan teknik yang lebih baik

Membentuk atlet dan pemain pelapis - tidak bergantung pada segelintir atlet dan pemain

Pengurusan sukan oleh mereka yang mahir - mengurangkan campur tangan politik dalam bidang

sukan

3. Penutup

Tumpuan yang serius diberikan terhadap sukan

Mutu sukan negara perlu ditingkatkan ke taraf antarabangsa

Sukan dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Akan tetapi, mutu

sukan negara kita kini tidak mencapai kemajuan yang memberangsangkan, malah boleh dikatakan mutunya

semakin merosot. Oleh itu, kerajaan harus mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.

[Disediakan oleh BKKeng]

Untuk memajukan sesuatu bidang sukan, faktor jurulatih perlu dipandang serius. Pemilihan jurulatih amat

penting. Sama ada jurulatih itu jurulatih tempatan atau jurulatih asing bukanlah persoalan utama. [Disediakan oleh BKKeng]

Perkara yang paling penting ialah keupayaan jurulatih itu untuk meningkatkan prestasi atlet. Jurulatih yang

berpengalaman dan berkaliber dapat membentuk serta membimbing seseorang atlet supaya prestasinya mencapai

piawaian yang dikehendaki. Program latihan yang dirancang dengan teliti perlu untuk mencapai tujuan tersebut.

Selain jurulatih, atlet juga perlu didedahkan kepada taraf sukan yang lebih tinggi. Pendedahan ini boleh

dilakukan dengan cara mengadakan latihan di luar negara atau perlawanan persahabatan dengan pasukan yang

telah memiliki taraf yang tinggi. Dengan cara ini, atlet didedahkan kepada taktik dan teknik yang lebih baik. Hal

ini akan meningkatkan keyakinan diri para atlet.

Page 7: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 7 -

Pembentukan atlet dan pemain pelapis bagi setiap jenis sukan perlu dilakukan untuk menjamin prestasi

negara dalam sukan tersebut. Langkah ini perlu dilakukan agar negara tidak bergantung pada segelintir atlet dan

pemain sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Atlet dan pemain pelapis perlu mengambil tempat atlet dan pemain utama sebaik-

baik sahaja adanya tanda kemerosotan prestasi atlet dan pemain utama. [Disediakan oleh BKKeng]

Selain itu, untuk meningkatkan mutu sukan negara, pengurusan sukan juga perlu diberikan perhatian.

Sebaik-baiknya, pengurusan pertubuhan sukan atau jenis permainan perlulah diserahkan kepada mereka yang

mahir atau pernah berkecimpung dalam bidang tersebut. Penglibatan orang-orang politik dalam pertubuhan sukan

perlu dikurangkan. Peribahasa “hanya jauhari yang mengenal manikam” perlu dipraktikkan demi mutu sukan

negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Kesimpulannya, sudah tiba masanya negara kita memberi tumpuan yang serius untuk meningkatkan mutu

sukan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Mutu sukan negara perlu ditingkatkan ke taraf antarabangsa agar kita tidak

dianggap sebagai sebuah negara penganjur sukan tetapi tidak mempunyai pasukan sukan yang digeruni.

Karangan 6

Penderaan kanak-kanak semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil

untuk mengatasi fenomena yang tersebut.

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

Penderaan kanak-kanak semakin berleluasa - nilai moral dan akhlak yang rendah

2. Isi-isi

Mewajibkan pasangan yang ingin berkahwin mengikuti kursus keibubapaan - mengetahui tanggungjawab

sebagai ibu bapa

Menyediakan tempat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja - ibu dapat menjaga anak-anak kecil sambil

bekerja

Meningkatkan kempen kesedaran - menyedarkan ibu bapa dan penjaga - mendisiplinkan anak ada

batasnya

Mengenakan hukuman yang berat terhadap pihak yang mendera kanak-kanak.

3. Penutup

Membendung penderaan kanak-kanak bukan tanggungjawab pihak yang berkuasa sahaja

Semua pihak perlu bekerjasama

Kejadian penderaan kanak-kanak kini semakin berleluasa. [Disediakan oleh BKKeng] Hampir setiap hari, berita tentang

penderaan kanak-kanak dipaparkan di akhbar. Penderaan kanak-kanak menunjukkan betapa rendah nilai moral

dan akhlak masyarakat. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk membendung fenomena ini.

Langkah pertama ialah mewajibkan setiap pasangan yang ingin berkahwin mengikuti kursus keibubapaan.

Dalam kursus seperti ini, setiap pasangan diberikan penerangan tentang tanggungjawab ibu atau bapa kepada

anak-anak. Penerangan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan penjelasan tentang perkara-perkara yang perlu

dilakukan oleh setiap ibu bapa. [Disediakan oleh BKKeng]

Untuk mengurangkan masalah penderaan yang melibatkan penjaga, kerajaan boleh mewajibkan majikan

menyediakan tempat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan adanya tempat penjagaan

kanak-kanak itu, ibu yang bekerja boleh membawa anak-anak kecil mereka ke tempat kerja. [Disediakan oleh BKKeng]

Mereka tidak perlu bimbang akan keselamatan anak-anak kecil mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Page 8: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 8 -

Selain itu, kempen-kempen kesedaran untuk ibu bapa atau penjaga perlu diadakan. Penderaan sebenarnya

sering berlaku dalam keadaan tidak disedari oleh mereka yang terlibat. Kadang kala, tujuan sebenarnya mereka

adalah untuk mendisiplinkan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu sering diingatkan melalui media massa tentang

batas-batas dalam menghukum anak-anak. Media massa perlu menyedarkan golongan dewasa agar lebih

bertimbang rasa terhadap anak-anak jagaan mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Dari segi perundangan pula, penderaan yang melibatkan kanak-kanak perlu diberikan perhatian serius.

Kesalahan itu dianggap sebagai kesalahan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan. Hal ini demikian kerana

penderaan biasanya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap psikologi kanak-kanak yang terlibat. Kanak-

kanak akan berada dalam keadaan trauma yang berpanjangan. Pendera hendaklah dihukum dengan hukuman yang

setimpal atau lebih berat. Hukuman yang berat akan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Ringkasnya, usaha membendung penderaan kanak-kanak tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak

yang berkuasa sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, masalah ini pasti dapat

diatasi.

Karangan 7

Semangat kejiranan semakin luntur dalam kehidupan moden pada hari ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat

dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan.

1. Pendahuluan

Semangat kejiranan mementingkan hubungan yang baik antara insan

Semangat kejiranan semakin luntur langkah-langkah untuk meningkatkannya

2. Isi-isi

Menjalin hubungan baik dengan jiran - bertegur sapa tanpa mengira kaum dan kepercayaan

Kunjung-mengunjungi semasa perayaan - amalan rumah terbuka mewujudkan sikap toleransi

Menjalankan aktiviti kemasyarakatan - melibatkan semua penduduk setempat - merapatkan hubungan

3. Penutup

Seman gat kejiranan mewujudkan masyarakat yang bersikap prihatin dan mengambil berat

Salah satu matlamat Wawasan 2020

Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan yang baik antara insan. Dalam

kehidupan moden hari ini semangat kejiranan menjadi semakin luntur terutama dalam masyarakat bandar. Di

bandar semakin banyak individu yang tidak kenal dan tidak bertegur sapa dengan jirannya. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh

itu, langkah-langkah harus diambil untuk meningkatkan semangat kejiranan.

Langkah pertama untuk meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menjalin hubungan yang baik

dengan jiran. Kita mestilah bertegur sapa dengan jiran kita. [Disediakan oleh BKKeng] Jangan harapkan jiran kita untuk

memulakan langkah ini. Kita perlu mengambil inisiatif untuk menegur jiran apabila berkesempatan. Hubungan

yang baik dengan jiran perlu berdasarkan rasa hormat-menghormati secara ikhlas. Hubungan itu melepasi batas

kaum dan kepercayaan. Jika setiap orang bersedia untuk mengambil langkah pertama ini, semangat kejiranan

akan terus berkembang.

Selain itu, bagi mereka yang berjiran dengan kaum lain, hari-hari perayaan perlu dimanfaatkan untuk

mengukuhkan hubungan kejiranan. Konsep rumah terbuka yang semakin popular semasa perayaan boleh

diadakan bagi mereka yang mampu. Pada masa perayaan, hubungan kejiranan dapat dieratkan melalui amalan

kunjung-mengunjungi. Sikap toleransi antara kaum dapat ditunjukkan melalui sambutan perayaan setiap tahun.

Page 9: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 9 -

Selain perayaan, semangat kejiranan dapat ditingkatkan dengan cara mengadakan aktiviti kemasyarakatan

seperti gotong-royong dan perjumpaan sosial. Aktiviti ini hendaklah diadakan pada hari-hari cuti kelepasan am

agar dapat melibatkan semua penduduk setempat. Taman-taman perumahan di bandar perlu mengadakan aktiviti

seperti ini untuk tujuan meningkatkan semangat kejiranan di samping membersihkan kawasan. Aktiviti

kemasyarakatan ini membolehkan penduduk berbilang kaum saling mengenali di samping merapatkan hubungan

an tara mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Sesungguhnya, dengan adanya semangat kejiranan, akan wujud masyarakat yang bersikap pri1zatin tentang

masalah orang lain. Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat penyayang yang merupakan salah satu

matlamat Wawasan 2020.

Karangan 8

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mewajibkan setiap warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun

menyertainya. [Disediakan oleh BKKeng] Nyatakan manfaat-manfaat Program Latihan Khidmat Negara. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilancarkan pada tahun 2004

Banyak manfaat kepada negara dan remaja

2. Isi-isi

PLKN dapat membanteras masalah keruntuhan akhlak remaja memupuk gaya hidup positif - disiplin dan

tanggungjawab

PLKN dapat memperkuat ketahanan mental dan fizikal remaja - aktiviti fizikal memerlukan ketabahan

dan kekuatan fizikal

PLKN dapat merealisasikan perpaduan nasional - remaja pelbagai keturunan berinteraksi dan bergaul

mesra - mewujudkan persefahaman

PLKN dapat melahirkan generasi yang prihatin - memahami masalah sosial melalui Khidmat Komuniti

3. Penutup

PLKN penting kepada nusa dan bangsa

Program ini perlu disokong oleh semua pihak

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004.

PLKN banyak mendatangkan manfaat kepada negara dan remaja. [Disediakan oleh BKKeng]

Yang pertamanya, PLKN dapat membanteras masalah keruntuhan akhlak remaja dengan memupuk gaya

hidup yang positif dan produktif. Disiplin dapat dipupuk melalui peraturan tertentu yang perlu dipatuhi dan

tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Remaja dapat mencari identiti diri serta

meningkatkan harga diri seseorang. Hidup mereka penuh dengan matlamat dan perancangan selepas mengikuti

program motivasi dan kaunseling. Dengan itu, masalah lepak, bohsia, dan sebagainya dapat dibendung.

Selain itu, aktiviti yang disediakan dalam PLKN dapat memperkuat ketahanan mental dan fizikal remaja.

[Disediakan oleh BKKeng] Remaja akan melakukan aktiviti fizikal seperti berkhemah, mendaki bukit, berkawad, dan latihan

lasak. Semua aktiviti ini memerlukan ketabahan dan kekuatan fizikal. Remaja yang menyertainya akan

menghadapi pelbagai masalah seperti keletihan, tempat tidur yang kurang selesa, sakit badan, dan kesejukan.

Dengan cara ini, nilai peribadi yang lebih baik seperti bersemangat waja, perkasa, dan berikhtiar dapat dipupuk.

PLKN juga dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian kerana aktiviti PLKN dilakukan

secara berkumpulan. Melaluinya, remaja pelbagai keturunan akan dipertemukan. Mereka akan menjalankan

Page 10: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 10 -

aktiviti bersama-sama, berinteraksi, dan bergaul mesra. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka akan didedahkan kepada corak

hidup kaum majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan.

Dengan itu, tembok pemisah antara kaum dapat diruntuhkan.

Di samping itu, PLKN juga dapat melahirkan generasi yang prihatin. Banyak aktiviti PLKN melalui

Khidmat Komuniti dapat mencelikkan mata remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Penglibatan remaja dalam khidmat komuniti

akan melahirkan remaja yang memahami masalah sosial yang berkaitan dengan golongan tua, golongan yang

miskin, kanak-kanak yang terbiar, dan sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini akan menjadikan generasi muda kita

prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat kita

Sebagai kesimpulan, PLKN memang penting kepada nusa dan bangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh itu, demi

kebaikan kita semua, program ini perlu disokong oleh semua pihak.

Karangan 9

Nyatakan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk meningkatkan kesedaran menabung dalam kalangan

pelajar.

1. Pendahuluan

Menabung penting untuk meningkatkan pelaburan - juga mengurangkan inflasi

2. Isi-isi

Perlu ditanam dalam jiwa pelajar - meningkatkan kesedaran suka menabung - kerjasama semua

pihak

Peranan sekolah menerangkan peri penting menabung kepada pelajar melalui mata pelajaran dan

kokurikulum

Ibu bapa memastikan anak-anak mereka menabung - membuka akaun untuk mereka di bank -

membimbing mereka

Peranan bank perdagangan menggalakkan tabungan - skim tabungan khas untuk pelajar -

menganjurkan kelab menabung.

3. Penutup

Menabung perlu untuk kesejahteraan individu dan negara

Menabung merupakan satu langkah penting untuk memajukan sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng] Tabungan

yang dilakukan oleh individu akan dapat meningkatkan modal bagi tujuan pelaburan oleh firma atau syarikat.

Malah tabungan juga dapat mengurangkan kadar inflasi sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Kepentingan menabung perlu ditanam dalam jiwa pelajar. Kesedaran ini akan melahirkan masyarakat yang

suka menabung untuk masa hadapan. Usaha meningkatkan kesedaran menabung dalam kalangan pelajar dapat

dilakukan dengan kerjasama semua pihak.

Pihak sekolah memainkan peranan utama dalam memberikan penerangan kepada pelajar tentang peri

pentingnya menabung. Penerangan tersebut dapat disampaikan melalui hampir semua mata pelajaran. Malah

penerangan dapat disampaikan secara tidak langsung dalam kegiatan kokurikulum yang disertai oleh kebanyakan

pelajar.

Selain itu, para ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka menabung. Ibu bapa boleh membantu

anak-anak mereka membuka akaun di bank. Ibu bapa yang menjadi punca kewangan dapat membimbing dengan

menyediakan belanjawan peribadi untuk anak mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan itu, anak-anak tersebut dilatih

supaya berbelanja secara berhemat.

Page 11: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 11 -

Pihak swasta, terutama bank, juga dapat membantu meningkatkan tabiat menabung dalam kalangan pelajar.

Pihak bank dapat mengadakan program atau skim khas untuk pelajar. Kemudahan menabung dapat penerangan

tentang faedah menabung boleh dilakukan di peringkat sekolah. Kelab-kelab menabung dapat dianjurkan oleh

bank dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik.

Kesimpulannya, kesedaran menabung perlu dilakukan oleh semua pihak. Hal ini demikian kerana menabung

bukan sahaja untuk kesejahteraan individu, malahan dapat mengukuhkan ekonomi negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 10

Media massa ialah sumber maklumat, pengetahuan, dan hiburan yang amat penting. Huraikan peranan media

massa dalam kehidupan kita. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan

Media massa alat komunikasi - memainkan peranan yang sangat penting.

2. Isi-isi

Peranan media massa penting sebagai penyampai maklumat - maklumat berkaitan dengan pendidikan,

ekonomi, cuaca, politik, dan lain-lain

Media massa alat untuk menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat - mengurangkan kegelisahan

rakyat - memupuk perpaduan

Sebagai alat yang memberikan dan menyampaikan pengetahuan mengembangkan minda penerima atau

pendengar

3. Penutup

Media massa ada banyak kebaikan dan juga keburukannya. [Disediakan oleh BKKeng]

Media massa alat komunikasi yang penting. Dalam dunia yang serba maju ini, media massa memainkan

peranan yang sangat penting. Media massa berperanan dalam menyampaikan maklumat. Kita memerlukan

maklumat yang tepat dan cepat untuk pelbagai tujuan. Nelayan, misalnya, amat bergantung pada maklumat

tentang cuaca. [Disediakan oleh BKKeng] Para pelabur memerlukan maklumat tentang pasaran saham dan kewangan. Ahli

politik pula memerlukan maklumat tentang perkara yang berhubung kait dengan politik, sama ada politik tanah

air mahupun politik luar negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Media massa memberikan pelbagai maklumat kepada kita. [Disediakan oleh BKKeng] Semua maklumat itu berfaedah

kepada kita. [Disediakan oleh BKKeng] Pada pihak kerajaan, media massa menjadi alat yang menghubungkan rakyat dengan

kerajaan. Dengan maklumat yang disalurkan melalui media itu, rakyat mengetahui dasar dan langkah-langkah

yang dijalankan oleh kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Maklumat yang tepat berupaya mengelakkan rakyat

daripada dilandai kegelisahan dan sekali gus memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara. [Disediakan oleh

BKKeng]

Di samping itu, media massa juga memberi kita hiburan dan pengetahuan. Dengan membaca akhbar atau

majalah, kita mendapat pengetahuan melalui rencana yang disiarkan. Pengetahuan tersebut boleh dalam bidang

sains, alam sekitar, geografi, komputer, dan sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Dengan hal yang demikian, minda

pembaca atau penerima maklumat akan sentiasa berkembang. Dengan kata lain, pembaca atau penerima

maklumat tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal ini akan membantunya membentuk sikapnya,

menjadikannya lebih terbuka, sedia menerima pandangan orang lain, dan proaktif terhadap sesuatu perkara.

[Disediakan oleh BKKeng] Akhir sekali, hal ini akan membantunya membuat keputusan yang penting dalam kehidupannya.

[Disediakan oleh BKKeng]

Page 12: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 12 -

Kesimpulannya, kita tidak dapat menafikan kebaikan media massa. [Disediakan oleh BKKeng] Akan tetapi, media

massa juga membawa unsur negatif. Hal ini berlaku kerana bukan semua maklumat itu benar dan tepat. Terdapat

juga maklumat yang palsu, berunsur fitnah yang boleh menggugat, malahan meruntuhkan kerajaan. Dalam hal ini,

kita haruslah bijak menyaring maklumat yang kita terima. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 11

Warga tua merupakan golongan yang banyak berjasa kepada kita. [Disediakan oleh BKKeng] Huraikan usaha-usaha yang

wajar dilakukan untuk membantu warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan

Warga tua tidak harus diabaikan - telah menabur jasa

Ada warga tua yang tidak bernasib baik - mengalami pelbagai masalah

2. Isi-isi

Warga tua di negara Barat tidak dipedulikan oleh anak-anak mereka ditempatkan di rumah orang-orang

tua - kurang perhatian dan kasih sayang - ada yang hidup melarat dan merempat

Kerajaan Malaysia mengambil pelbagai usaha untuk membela nasib warga tua - memperbanyak rumah

orang-orang tua - tempat tinggal, makanan, rawatan kesihatan

Menyediakan tempat khas dalam perkhidmatan awam untuk warga tua - tidak perlu berhimpit-himpit

atau berdiri - konsep masyarakat penyayang

Memperbanyak kempen untuk menyedarkan generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua -

melalui Hari Ibu dan Hari Bapa mencetuskan rasa simpati, kasih sayang, dan hormat

3. Penutup

Jasa warga tua tidak harus dilupakan - kemerdekaan, keselesaan hidup, dan kemewahan hari ini ialah

hasil perjuangan warga tua

Warga tua merupakan sebahagian daripada masyarakat dan mereka tidak harus dilupakan atau diabaikan.

Sebelum ini, mereka telah menabur jasa demi kebahagiaan semua. [Disediakan oleh BKKeng] Terdapat sebilangan warga tua

yang tidak bernasib baik. Mereka ini bukan sahaja uzur, nyanyuk, malahan mengalami pelbagai masalah

kesihatan kerana usia yang telah lanjut.

Kita tidak mahu warga tua yang banyak berjasa ini menjadi seperti warga tua di negara-negara Barat. Di

negara-negara tersebut, warga tua itu tidak dipedulikan oleh anak mereka sendiri dan ditempatkan di rumah

orang-orang tua. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka kesunyian, kurang perhatian, dan kehilangan kasih sayang. Lebih

malang lagi apabila mereka hidup melarat, merempat, dan tidak dipedulikan oleh sesiapa lagi.

Di negara kita, pelbagai usaha dapat dilakukan untuk membela nasib warga tua. [Disediakan oleh BKKeng] Pihak

kerajaan mahupun pihak swasta mesti membina lebih banyak rumah untuk warga tua ini. Di rumah ini, mereka

menikmati kemudahan tempat tinggal, makanan, dan rawatan kesihatan yang lebih baik. Dengan ini, nasib

mereka akan terbela. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka tidaklah hidup dalam keadaan melarat, sunyi, dan merempat.

Selain itu, pihak terbabit hendaklah menyediakan tempat khas dalam pengangkutan awam seperti bas dan

kereta api untuk warga tua ini. Dengan ini, mereka tidak perlu berhimpit-himpit atau berdiri sepanjang perjalanan.

Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat penyayang yang dilancarkan oleh kerajaan. Di samping itu, tangga

khas atau laluan khas hendaklah disediakan bagi kemudahan golongan ini. Semua kemudahan ini membuktikan

keprihatinan kita terhadap warga tua ini.

Page 13: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 13 -

Di samping itu, kerajaan, agensinya, pihak swasta, stesen radio, dan stesen televisyen perlu memperbanyak

kempen untuk menyedarkan generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]

Sehubungan dengan itu, sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa boleh digunakan untuk menimbulkan kesedaran

terhadap nasib warga tua ini. Sambutan ini diharapkan dapat mencetuskan rasa simpati, rasa kasih sa yang, dan

hormat yang mendalam dalam kalangan masyarakat terhadap warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]

Masyarakat tidak harus melupakan warga tua yang telah berjasa kepada negara, amnya dan kepada

masyarakat, khususnya. [Disediakan oleh BKKeng] Generasi muda, hendaklah sentiasa sedar bahawa kemerdekaan,

keselesaan hidup , dan kemewahan hari ini ialah hasil perjuangan dan pengorbanan warga tua. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 12

Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah banyak menimbulkan masalah. Terangkan langkah-

langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan perhijrahan itu.

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar banyak menimbulkan masalah

Kesesakan dan tidak cukup kemudahan di bandar - kekurangan tenaga kerja di luar bandar

2. Isi-isi

Cara-cara mengurangkan perhijrahan penduduk

Memindahkan pusat pentadbiran ke pinggir bandar - mewujudkan peluang pekerjaan di

luarbandar

Membina bandar baru dan kawasan perindustrian di luar bandar mengelakkan industri bertumpu

di bandar

Mendirikan universiti dan pusat latihan di bandar-bandar kecil

Menyediakan kemudahan yang lengkap di kawasan luar bandar

3. Penutup

Pembangunan seimbang antara bandar dengan luar bandar mengurangkan perhijrahan

Dapat mengatasi masalah di bandar dan di luar bandar

Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah banyak menimbulkan masalah di bandar dan di luar

bandar. Pertumbuhan penduduk bandar berlaku dengan pesat dan menyebabkan masalah kesesakan penempatan

dan lalu lintas serta tidak cukup kemudahan untuk penduduk yang banyak di bandar. Sementara itu, di luar

bandar, berlaku masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian.

Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan dengan beberapa cara. [Disediakan oleh BKKeng]

Antaranya termasuklah dengan memindahkan pusat-pusat pentadbiran ke pinggir bandar. Langkah ini akan

mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Dengan ini, mereka yang ingin bekerja dengan

kerajaan tidak perlu berhijrah ke bandar.

Selain itu, perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan jika bandar-bandar bam dan

kawasan perindustrian dibina di pinggir-pinggir bandar. Langkah ini dapat mengelakkan industri bertumpu di

kawasan perindustrian yang telah berkembang pesat seperti Petaling Taya, Sungai Way, dan Bayan Lepas.

Langkah ini akan memberikan faedah kepada industri dari segi modal dan kepada pekerja dari segi kos sara

hidup.

Page 14: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 14 -

Di samping itu, perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan jika pusat-pusat

pengajian seperti universiti dan pusat-pusat latihan ditubuhkan di bandar-bandar kecil dan tidak di bandar-bandar

besar sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Langkah ini dapat mengurangkan perhijrahan penduduk ke bandar-bandar besar

untuk mencari kerja dan melanjutkan pelajaran. Malah, langkah ini juga dapat mengurangkan pelbagai kesesakan

yang sedia ada di bandar.

Perhijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar dapat dikurangkan dengan memajukan atau

membangunkan kawasan luar bandar. Kemudahan yang mencukupi di luar bandar seperti pasar raya, panggung

wayang, taman rekreasi, pusat hiburan, dan pusat pengajian tinggi akan mengurangkan perhijrahan penduduk luar

bandar ke bandar.

Kesimpulannya, pembangunan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar akan dapat mengurangkan

perhijrahan. Secara tidak langsung, langkah-langkah tersebut akan mengatasi masalah di bandar dan di luar

bandar.

Karangan 13

Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sektor penting yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

[Disediakan oleh BKKeng] Huraikan peri pentingnya sektor pelancongan di Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan

Sektor pelancongan sektor yang semakin penting

Banyak tempat menarik - kebudayaan yang unik

2. Isi-isi

Pelancongan meningkatkan ekonomi negara - eksport tidak nyata menyumbang kepada tukaran wang

asing

Banyak tempat menarik - hutan hijau - tarikan pelancong

Negara yang unik dari segi masyarakatnya - berbilang kaum - pelbagai kebudayaan - memikat pelancong

Kemudahan asas baik - penginapan dan pengangkutan

3. Penutup

Pelancongan berpotensi besar dimajukan - memperkenalkan Malaysia kepada dunia

Malaysia kepada dunia

Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi negara. [Disediakan oleh

BKKeng] Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di samping kebudayaan yang

unik. Kerajaan, melalui Kementerian Pelancongan, sentiasa berusaha untuk memajukan sektor pelancongan di

Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. [Disediakan oleh BKKeng] Pelancongan

dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh

menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita mempelbagaikan

ekonomi negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Malaysia banyak mempunyai tempat yang menarik dan indah. Pelancong boleh melihat hutan hijau yang

terpelihara, kawasan peranginan tanah tinggi, kawasan pantai yang bersih, dan pulau-pulau yang indah. Tempat-

tempat ini menjadi tarikan kepada para pelancong ke negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]

Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. [Disediakan oleh BKKeng] Penduduk

negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup bersatu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum-kaum di

Page 15: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 15 -

Malaysia turut menarik pelancong berkunjung ke negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Malah, sikap ramah tamah, sopan

santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong.

Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai untuk para pelancong seperti penginapan

yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan ini menjadi faktor yang membantu

negara kita memajukan sektor pelancongan.

Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Faktor ini

akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita kepada dunia. [Disediakan oleh BKKeng]

Karangan 14

Hampir 40% daripada kawasan bumi masih diliputi hutan. Huraikan kepentingan hutan kepada manusia. [Disediakan

oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN

1. Pendahuluan

40% kawasan bumi diliputi hutan

Kawasan hutan semakin kecil akibat kegiatan manusia - menjejaskan kehidupan manusia kerana

hutan penting

2. Isi-isi

Menjadi kawasan tadahan hujan bagi mengelakkan hakisan tanah

Sebagai habitat semula jadi bagi hidupan liar - akan pupus tanpa hutan

Sebagai habitat untuk tumbuh-tumbuhan - sumber kayu-kayan, ubatubatan - mengimbangi kandungan

udara

Boleh diterokai - mempunyai pelbagai hasil hutan.

3. Isi-isi

Sumbangan hutan tidak ternilai - dipelihara untuk generasi akan datang

Hutan semula jadi masih meliputi hampir 40% daripada kawasan bumi. Akan tetapi, kawasan hutan itu

semakin hari semakin kurang akibat daripada kegiatan manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Kesusutan kawasan hutan itu

akan menjejaskan kehidupan manusia kerana hutan amat penting kepada manusia. [Disediakan oleh BKKeng]

Hutan merupakan kawasan tadahan hujan. Sebagai kawasan tadahan, hutan berfungsi melindungi tanah

daripada hakisan yang teruk. Malah kawasan tadahan dapat mengelakkan berlakunya tanah runtuh, pencemaran

sungai, dan banjir kilat.

Selain itu, hutan merupakan habitat semula jadi bagi hidupan liar yang pelbagai jenis. Tanpa hutan, hidupan

liar akan terancam dan akhirnya akan pupus. Oleh hal yang demikian, hutan mesti dipelihara agar habitat hidupan

liar itu terus kekal.

Selain hidupan liar, hutan juga menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies tumbuh-tumbuhan. Di samping

membekalkan kayu, sumber ini juga mengimbangi kandungan udara. [Disediakan oleh BKKeng] Sebahagian besar tumbuh-

tumbuhan pula boleh digunakan sebagai ubat-ubatan. Banyak spesies tersebut sentiasa dikaji selidik manfaatnya

dalam bidang perubatan moden.

Hutan juga menawarkan pelbagai hasil hutan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Hasil

hutan yang boleh didapati adalah seperti damar, rotan, buluh, dan minyak keruing.

Kesimpulannya, hutan memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Hutan

memastikan manusia hidup sempurna dengan udara dan ekologi yang bersih dan selamat. Malah, hutan

Page 16: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 16 -

menawarkan pelbagai hasil tumbuh- tumbuhan untuk dinikmati oleh manusia. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh sebab itu,

hutan merupakan suatu warisan yang mesti dipelihara untuk generasi yang akan datang.

Karangan 15

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan Malaysia lebih mengutamakan sektor perindustrian daripada

sektor pertanian.

Huraikan kepentingan sektor perindustrian kepada negara Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan

Malaysia sedang menuju ke arah negara perindustrian

Banyak pelabur asing melabur di negara kita

2. Isi-isi

Industri membuka peluang pekerjaan kepada rakyat

Menambah pendapat negara dan meninggikan taraf hidup rakyat

Negara kita kaya dengan bahan mentah dan bahan api

Kemajuan industri berlaku kerana adanya tenaga buruh yang murah dan bahan api

Rakyat perlu berilmu, berdisiplin, dan sanggup bekerja keras

3. Penutup

Kemajuan dalam bidang perindustrian tidak bermakna jika moral pekerja rosak

Mengimbangi kemajuan kebendaan dengan kerohanian

Malaysia sedang menuju ke arah negara perindustrian. Hal ini terbukti dengan adanya banyak pelabur asing

yang melabur di negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Hasilnya, negara kita merupakan pengeluar utama komponen

elektronik di dunia. [Disediakan oleh BKKeng] Di samping itu, kereta buatan negara kita mula mendapat pasaran di luar

negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Usaha kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada

rakyat. Di samping itu, pendapatan negara juga bertambah. Hal ini akan meningkatkan taraf hidup rakyat negara

ini.

Usaha menjadikan negara kita sebagai negara perindustrian memang kena pada tempatnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Hal ini demikian kerana negara kita kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, getah, dan minyak kelapa

sawit. Selain itu, negara kita juga kaya dengan sumber bahan api seperti gas asli dan petroleum.

Ada banyak sebab pelabur asing berminat untuk melabur di negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Sebab pertama ialah

tenaga buruh yang banyak dan murah. Sebab kedua ialah negara kita juga kaya dengan sumber bahan api seperti

gas asli dan petroleum. Hal ini menjadikan barang-barang keluaran kilang-kilang di negara kita dapat dijual

dengan harga yang murah di luar negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Negara kita dijangka akan setanding dengan negara perindustrian di Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

Untuk mencapai hasrat itu, negara memerlukan rakyat yang berilmu, berdisiplin, dan sanggup bekerja keras.

Rakyat Malaysia sewajarnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan membina sikap yang baik. Hal ini

penting kerana kemajuan dalam bidang perindustrian tidak bermakna sekiranya moral pekerjanya rosak. Kita

harus mengimbangi kemajuan kebendaan dengan kerohanian.

Karangan 16

Page 17: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 17 -

Vandalisme ialah perbuatan yang merugikan masyarakat dan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Huraikan faktor-faktor yang

menyebabkan kegiatan negatif itu berlaku dalam kalangan remaja. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan

Definisi vandalisme

2. Isi-isi

Faktor kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa - masalah rumah tangga - tidak menerima didikan

dan kasih sayang - menjadi remaja rendah moral

Pengaruh media massa terutama filem-filem Barat - menonjolkan cara hidup yang tidak sihat - remaja

terikut-ikut akan tingkah laku watak-watak dalam filem

Pengaruh rakan sebaya yang rendah akhlaknya - bertukar daripada yang baik kepada yang buruk

Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli - membiarkan vandalisme berlaku - menganggapnya sebagai

tanggungjawab kerajaan

3. Penutup

Semua pihak mesti berganding bahu membanteras kegiatan vandalisme - mewujudkan masyarakat yang

sihat dan harmoni

Kegiatan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda awam atau kemudahan awam ialah perbuatan yang tidak

bertanggungjawab. Belakangan ini, vandalisme semakin menjadi-jadi dan telah menyebabkan kerugian berjuta-

juta ringgit.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan vandalisme. Satu faktor penting ialah kurangnya bimbingan

dan perhatian ibu bapa terhadap remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Kumpulan remaja yang terlibat melakukan aktiviti ini

biasanya datang dari keluarga yang mengalami masalah rumah tangga. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka tidak menerima

didikan dan kasih sayang yang sempurna dari keluarga. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka akan terus menjadi individu yang

rendah moralnya dan sering melakukan sesuatu perkara mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang

lain.

Selain faktor tadi, faktor pengaruh media massa tidak boleh dipandang ringan. Media elektronik, terutama

televisyen, banyak mempengaruhi perlakuan golongan remaja melalui filem-filem ganas yang disiarkan. Para

remaja hari ini terdedah pada pelbagai bahan hiburan dari negara Barat yang banyak menonjolkan cara hidup

yang tidak sihat seperti melepak, merokok, pergaulan bebas, dan vandalisme. Tingkah laku suka merosakkan

harta benda awam ini banyak dipaparkan dalam filem-filem Barat yang menjadi tontonan golongan remaja.

[Disediakan oleh BKKeng] Daripada situlah tabiat ini dipelajari dan banyak remaja yang terikut-ikut akan tingkah laku

watak-watak dalam filem-filem ganas yang diminati mereka itu.

Di samping pengaruh filem, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan dalam menyebarkan budaya

negatif ini. Kita sedia maklum bahawa golongan remaja mempunyai banyak masa yang terluang untuk bergaul

dengan rakan-rakan mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Jika tiada bimbingan daripada ibu bapa, mereka kadangkala bergaul

dengan kelompok remaja yang rendah akhlaknya. [Disediakan oleh BKKeng] Faktor ini boleh menjadikan seorang pelajar

yang baik bertukar watak. Pergaulan seseorang akan menentukan sahsiah diri seseorang. Jika seseorang itu

berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan dapat dirasainya. [Disediakan oleh BKKeng] Jika dia

berkawan dengan si tukang besi, maka percikan api akan mengenai dirinya juga. [Disediakan oleh BKKeng]

Sikap masyarakat juga menjadi punca vandalisme semakin merebak. Di setengah-setengah tempat, anggota

masyarakat tidak ambil peduli jika mereka mendapati ada orang yang merosakkan harta benda awam. Kononnya,

mereka tidak mahu menjaga tepi kain orang. Malah ada yang menganggap kemudahan awam ialah milik kerajaan

Page 18: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 18 -

dan kerajaan bertanggungjawab untuk menjaganya. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh sebab itu, mereka mengambil sikap

lepas tangan dalam hal tersebut. Sikap seperti ini menyuburkan budaya vandalisme.

Vandalisme yang merebak dalam masyarakat kita akan bertambah serius jika tiada tindakan yang tegas

diambil. Vandalisme ialah perbuatan yang amat merugikan masyarakat dan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Semua pihak

mesti bekerjasama untuk mengatasi masalah ini demi mewujudkan masyarakat yang sihat dan harmoni.

Karangan 17

Golongan belia ialah harapan negara pada masa hadapan. Huraikan peranan golongan belia dalam sesebuah

negara yang sedang membangun seperti Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

1. Pendahuluan

Penerangan tentang maksud belia dari segi usia

2. Isi-isi

Peranan dari segi ekonomi - sebagai penyumbang tenaga kerja yang produktif

Golongan yang berpotensi menerima perubahan dalam semua aspek

Peranan belia sebagai pengguna pengetahuan dan mencipta keadaan yang moden

Bertanggungjawab mengembangkan budaya bangsa - mempelajari warisan kesenian bangsa agar tidak

luput

3. Penutup

Belia perlu memahami peranan mereka - bertanggungjawab kepada agama dan negara

Belia ialah golongan muda yang berusia antara 18 hingga 35 tahun. Golongan ini dianggap sebagai golongan

yang paling produktif dan bersemangat kental dalam semua hal. Selain itu, golongan belia merupakan golongan

yang terbanyak dalam sesebuah negara. [Disediakan oleh BKKeng] Dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti

Malaysia, golongan belia memainkan peranan yang penting dalam menentukan kemajuan,

kemakmuran, dan kestabilan negara, sama ada dari segi ekonomi, politik, atau sosial. Golongan belia

memainkan peranan untuk membantu meningkatkan kemakmuran ekonomi negara kerana golongan belia yang

sihat dan berwawasan dapat menjadi penyumbang tenaga kerja yang produktif. Produktiviti yang tinggi akan

dapat memastikan hasil pengeluaran yang tinggi kepada organisasi yang diwakili mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Sumbangan golongan belia dalam pelbagai sektor sangat penting. Hal ini jelas kelihatan apabila golongan belia

banyak berhijrah ke bandar dan menyebabkan sektor pertanian di luar bandar kini semakin ketinggalan. Sektor ini

hanya diusahakan oleh golongan tua yang kurang berupaya memberikan sumbangan kepada ekonomi negara

secara produktif.

Selain menjadi penyumbang tenaga kerja yang banyak, golongan belia ialah golongan yang rata-ratanya

mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini bukan sahaja produktif malah kreatif dan inovatif. Oleh

sebab itu, pandangan dan cadangan mereka dalam soal perekonomian dan kenegaraan perlu diberikan perhatian.

Golongan belia perlu peka terhadap soal-soal kemasyarakatan dan pentadbiran negara. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka

perlu memberikan sumbangan dan idea dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan negara. [Disediakan oleh

BKKeng]

Golongan belia mempunyai peranan penting dalam memastikan pembangunan yang berterusan di negara ini.

Oleh sebab itu, mereka perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam semua bidang. Pengetahuan dan keterampilan

yang tinggi ini akan menjadikan golongan belia lebih berpotensi dalam menerima perubahan dari semasa ke

Page 19: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 19 -

semasa. [Disediakan oleh BKKeng] Golongan belia bukan sahaja mampu menggunakan ilmu dan teknologi yang ada malah

sepatutnya mencipta kaedah-kaedah yang lebih moden dan sesuai dengan keperluan diri dan zaman.

Selain berperanan memajukan ekonomi, golongan belia juga sepatutnya memikul tanggungjawab

mengembangkan warisan budaya bangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini demikian kerana kita tidak mahu suatu hari

nanti kita mengalami krisis identiti bangsa. [Disediakan oleh BKKeng] Golongan belia perlu mempelajari warisan kesenian

bangsa agar tidak luput oleh perubahan zaman. Budaya, adat, dan adab bangsa, wajar dijunjung walaupun kita

telah mencapai tahap pembangunan yang tinggi.

Ringkasnya, memang benarlah kata pepatah ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Golongan belia

pada hari ini perlu memahami peranan mereka agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka kepada

agama dan negara pad a masa hadapan.

Karangan 18

Gengsterisme mula merebak dalam kalangan pelajar sekolah. Huraikan punca-punca gejala ini dalam kalangan

pelajar sekolah.

1. Pendahuluan

Menerangkan maksud gengsterisme dan kejadian-kejadian yang berlaku

2. Isi-isi

Sikap atau naluri remaja ingin menunjukkan kehebatan mereka - ingin menguasai orang lain

Kelonggaran peraturan dan pengawasan disiplin di sekolah - bebas bergaul - pelajar dibuli dan diperas

ugut

Masalah dalam keluarga pelajar - tidak harmoni - kurang didikan agama dan kasih sayang

Pengaruh media massa - filem Sarat memaparkan keganasan - remaja terikut-ikut

3. Penutup

Semua pihak perlu menjalankan fungsi institusi dalam masyarakat agar gengsterisme ini dapat

dibendung.

Gengsterisme bermaksud kegiatan samseng atau perlakuan jenayah yang dilakukan oleh suatu kumpulan

pelajar atau orang dewasa. [Disediakan oleh BKKeng] Pada masa dahulu, perlakuan ini hanya dilakukan oleh kongsi gelap

yang dianggotai oleh orang dewasa. [Disediakan oleh BKKeng] Kini perlakuan ini melibatkan segelintir pelajar menengah

rendah. Gengsterisme melibatkan perbuatan seperti memeras ugut, menculik, merosakkan harta benda orang lain,

mencuri, dan membuli orang lain. Sejak akhir-akhir ini, penglibatan pelajar dan remaja dalam gengsterisme

membimbangkan banyak pihak.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam gengsterisme. Satu daripadanya ialah

sikap atau naluri remaja itu sendiri. Sikap ingin menunjukkan kehebatan atau keberanian mereka menyebabkan

mereka terjebak dalam gengsterisme. Lazimnya, pelajar yang terlibat ialah mereka yang tidak berminat terhadap

pelajaran dan pelajar yang banyak menimbulkan masalah disiplin. Keinginan untuk menguasai orang lain juga

menjadi punca berlakunya gengsterisme dalam kalangan pelajar.

Faktor lain ialah kelonggaran atau kurangnya pengawasan disiplin di sekolah. Jika disiplin pelajar diberikan

perhatian yang serius, peluang pelajar untuk terjebak dalam gengsterisme akan berkurang. Kelonggaran dalam

pengawasan disiplin pelajar telah memberi pelajar ruang yang luas untuk terjebak dalam gengsterisme. Kegiatan

ini mudah merebak ke sekolah kerana para pelajar bebas bergaul dan mereka mempunyai masa lapang untuk

Page 20: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 20 -

mempengaruhi rakan-rakan yang lain. Di sekolah juga banyak terdapat mangsa yang boleh dibuli mereka dengan

sesuka hati dan diperas ugut untuk mendapatkan sumber kewangan.

Selain faktor di sekolah, faktor ibu bapa di rumah juga menjadi punca berlakunya gengsterisme dalam

kalangan pelajar. Kebanyakan pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini datang dari keluarga yang bermasalah.

Keluarga yang tidak harmoni, yang kurang memberikan didikan agama dan kasih sayang serta perhatian terhadap

anak-anak, juga merupakan faktor berlakunya gengsterisme di sekolah. Tanpa bimbingan dan perhatian daripada

ibu bapa, remaja akan mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang nakal dan akhirnya terjebak dalam medan

gengsterisme.

Faktor pengaruh media massa juga tidak boleh dipandang ringan. Media yang memaparkan hiburan memang

diminati oleh golongan remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Hiburan terutamanya dalam bentuk filem dari negara Barat lebih

banyak memaparkan keganasan, kekejaman, dan perbuatan yang tidak bermoral. Para remaja yang kurang

bimbingan ibu bapa, guru, dan rakan sebaya mudah terikut-ikut akan bahan tontonan itu.

Golongan pelajar perlu disedarkan tentang bahaya menyertai kumpulan samseng atau melakukan kerja-kerja

jenayah kerana hal ini akan menjejaskan masa hadapan mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Semua pihak yang terlibat perlu

berganding bahu untuk membendung masalah ini. Sekarang bukan masanya untuk saling menuduh atau untuk

berseminar sahaja. [Disediakan oleh BKKeng] Sekarang ialah masanya untuk mengambil tindakan segera agar kegiatan ini

tidak menjadi semakin parah.

Page 21: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 21 -

Karangan 19

Bilangan pelajar yang keciciran dalam sistem pendidikan di negara kita semakin meningkat. Huraikan punca-

punca keciciran tersebut.

1. Pendahuluan

Penerangan tentang definisi keciciran

2. Isi-isi

Sikap pelajar yang enggan berubah - lemah dan bersikap malas - sukar dibantu

Sistem pendidikan yang tidak memberikan tumpuan kepada pelajar yang lemah - terlalu terikat oleh

sukatan pelajaran - guru tidak ada masa untuk pelajar lemah

Kurang perhatian dan bimbingan keluarga di rumah - ibu bapa terlalu sibuk

3. Penutup

Usaha perlu digembleng untuk meminimumkan bilangan pelajar yang keciciran

Keciciran dalam pelajaran bermaksud tertinggal atau gagal dalam peperiksaan, sama ada peperiksaan awam

atau peperiksaan semester di sekolah. Pada masa ini, bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran semakin

meningkat. Hal ini merupakan suatu fenomena yang tidak sihat dalam dunia pendidikan. Malah, fenomena ini

membayangkan kelemahan sistem pendidikan yang ada dan menjadi hambatan dalam usaha kerajaan untuk

menjadikan negara ini sebagai pusat pengajian terbaik di rantau ini.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keciciran dalam pelajaran berlaku. Faktor pertama ialah faktor

sikap pelajar itu sendiri. Pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran selalunya mempunyai sikap malas dan tidak

mementingkan pelajaran. Mereka malas membaca, mengulang kaji pelajaran, atau membuat kerja rumah yang

diarahkan oleh guru mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Sikap ini menyebabkan pelajar yang terlibat sukar untuk dibimbing

dan dibantu oleh guru-guru mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Sikap ini biasanya timbul kerana seseorang pelajar itu tidak

mempunyai matlamat hidup dan tidak sedar akan peri pentingnya pelajaran demi masa hadapan mereka. [Disediakan

oleh BKKeng]

Sikap malas juga menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan berdepan dengan masalah disiplin yang

memangkinkan keciciran dalam pelajaran mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Masalah disiplin pelajar berkait rapat dengan

sikap seseorang. Terdapat hubungan yang rapat antara disiplin dengan pencapaian pelajaran. Pelajar yang

cemerlang biasanya tidak menghadapi masalah disiplin. Sikap acuh tak acuh terhadap pelajaran dan suka

melanggar disiplin sukar untuk diubah jika pelajar itu sendiri tidak mahu mengubahnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Selain itu, keciciran pelajar juga berpunca daripada sistem pendidikan yang tidak memberikan tumpuan

kepada pelajar yang lemah. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan tidak banyak membantu

golongan pelajar yang lemah. Pengajaran di sekolah yang terikat oleh sukatan pelajaran yang ditetapkan tidak

mengizinkan guru-guru memberikan peluang yang secukupnya kepada para pelajar yang lemah untuk terus

mencuba. [Disediakan oleh BKKeng] Tambahan pula, bilangan pelajar yang banyak dalam sesuatu kelas menyukarkan guru-

guru memberikan tumpuan khas kepada mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh sebab itu, pelajar yang lemah akan terus

tertinggal kerana hilangnya minat terhadap pelajaran. Minat mereka terhadap pelajaran menjadi tumpul dan

akhirnya terus “terbunuh” dalam sistem pendidikan yang lemah itu.

Faktor bimbingan dan perhatian ibu bapa juga memainkan peranan dalam menyebabkan keciciran pelajar.

Ibu bapa yang sering sibuk dengan urusan mereka akan menyebabkan pelajaran anak-anak mereka terabai. Ibu

bapa sepatutnya turut memberikan bimbingan dan menyuntik semangat untuk anak-anak mereka supaya terus

Page 22: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 22 -

belajar. Mereka perlu memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah

yang diarahkan oleh guru-guru di sekolah.

Kesimpulannya, pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan dan masyarakat secara keseluruhannya

hendaklah menggembleng tenaga dan fikiran untuk mengatasi masalah ini. Usaha yang bersungguh-sungguh

perlu dijalankan untuk meminimumkan bilangan pelajar yang keciciran dalam pelajaran mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Dengan hal yang demikian, mereka dapat diselamatkan daripada terus lemas dan tenggelam dalam arus kemajuan.

Karangan 20

Peranan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1. Pendahuluan

Komputer alat ciptaan moden - dapat mempermudah kerja

Memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

2. Isi-isi

Komputer dapat menarik minat para pelajar - ada gambar, bunyi dan warna - konsep multimedia

Memudahkan para pel ajar memahami sesuatu pelajaran - maklumat dalam disket atau CD-ROM

Mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran - guru tidak perlu menulis atau melukis di papan

hitam - lebih masa untuk perbincangan

Kemudahan pelajar mengulang kaji pelajaran tanpa bantuan guru latihan kendiri

Pelajar boleh mendapatkan maklumat dari Internet

3. Penutup

Komputer memainkan peranan penting dalam mengubah proses pengajaran dan pembelajaran

Komputer merupakan alat ciptaan moden yang dapat mempermudah kerja, termasuk dalam bidang

pendidikan. Dalam dunia yang semakin canggih, komputer memainkan peranan penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.

Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat para pelajar mengikuti pelajaran. Teknik

kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini sangat membosankan para pelajar. Komputer, dengan

konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi dan warna, mampu menarik minat para pelajar.

Di samping menarik minat, kelebihan ini dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu pelajaran. Hal ini

demikian kerana para pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari. Dengan

bantuan maklumat yang terdapat dalam bentuk disket atau CD-ROM, mereka dapat melihat gambar dan

maklumat pada skrin komputer seperti model yang sebenar. Dengan ini, para pelajar dapat maklumat yang lebih

tepat daripada komputer.

Tambahan pula, komputer dapat mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru tidak perlu

lagi menulis dan melukis pada papan hitam. Oleh itu, waktu pengajaran dapat digunakan secara optimum. Malah,

masa yang ada dapat digunakan untuk perbincangan atau sumbang saran yang dapat meningkatkan pemahaman

pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan menggunakan program-program tertentu. Program-

program itu dapat digunakan oleh para pelajar untuk membuat ulang kaji. Mereka dapat mencetak bahagian-

bahagian yang penting untuk tujuan ulang kaji. Hal ini membolehkan pelajar mengulang kaji tanpa bantuan guru.

Malah, para guru dapat merangka program tertentu untuk tujuan latihan kendiri.

Page 23: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 23 -

Para pelajar juga boleh mendapat maklumat atau bertukar-tukar maklumat melalui Internet dan Intranet.

Dengan ini, proses mendapatkan ilmu tidak lagi bergantung pada guru sepenuhnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Kesimpulannya, penciptaan komputer memainkan peranan besar dan mampu mengubah proses pengajaran

dan pembelajaran yang dilaksanakan sekarang.

Karangan 21

Rakan sebaya dapat membantu dalam proses pembentukan disiplin remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Jelaskan penyataan

ini.

1. Pendahuluan

Rakan sebaya ialah rakan yang seusia dan sama kegemarannya

2. Isi-isi

Rakan sebaya dapat mempengaruhi perwatakan seseorang - rakan sebaya baik, perwatakan akan baik

Persamaan umur memudahkan komunikasi

Saling mempengaruhi - pembentukan disiplin berlaku secara semula jadi

Menghabiskan lebih masa bersama-sama rakan sebaya - masa sekolah dan di luar sekolah

3. Penutup

Rakan sebaya sangat penting dalam pembentukan disiplin

Rakan sebaya bermaksud rakan yang seusia dan mempunyai kegemaran yang hampir sama. [Disediakan oleh BKKeng]

Kebiasaannya mereka membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga sepuluh orang.

Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Kumpulan rakan sebaya dapat

membentuk perwatakan seseorang. Malah, kadangkala rakan sebaya ini menentukan perwatakan dan

keperibadian seseorang. Jika seseorang itu menyertai satu kumpulan rakan sebaya yang baik, maka baiklah

individu tersebut dan sebaliknya. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh itu, memilih rakan sebaya sangat penting kepada para

pelajar.

Dalam kalangan remaja, persamaan umur dan kegemaran memudahkan mereka berkomunikasi antara satu

dengan yang lain. Dalam keadaan seperti ini, mereka saling terpengaruh dan secara tidak langsung pembentukan

disiplin berlaku dalam kalangan mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Biasanya, individu yang bersikap positif lebih

berpengaruh dan menjadi ikutan yang lain. Dalam kumpulan rakan sebaya yang baik, mereka akan saling

memberikan galakan, saling menasihati dan lebih cenderung kepada perkara-perkara yang baik. Pembentukan

disiplin dalam kalangan pelajar berlaku secara semula jadi bagi kumpulan rakan sebaya yang baik.

Proses pembentukan disiplin lebih mudah berlaku dalam kumpulan rakan sebaya kerana faktor masa. [Disediakan

oleh BKKeng] Masa bersama-sama rakan sebaya bagi seseorang individu lebih panjang berbanding dengan ibu bapa

atau guru di sekolah. Hal ini kerana pergaulan mereka meliputi masa persekolahan dan di luar waktu

persekolahan. Dengan ini, mereka saling bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi banyak situasi. Mereka

sama-sama terlibat dalam proses membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka.

[Disediakan oleh BKKeng] Dalam keadaan inilah pembentukan disiplin dan perwatakan seseorang itu berlaku.

Kesimpulannya, memang benarlah rakan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin

seseorang.

Karangan 22

Page 24: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 24 -

Penglibatan dalam sukan merupakan salah satu bentuk profesion yang terdapat pada hari ini. Namun yang

demikian, usaha untuk membudayakan sukan dalam masyarakat tidak menampakkan sokongan dan galakan.

Huraikan perkara-perkara yang menghalang untuk membudayakan sukan khususnya masyarakat di Malaysia.

[Disediakan oleh BKKeng]

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

Saban tahun - kemunculan bakat-bakat baru -bidang sukan - bakat-bakat ini tidak boleh disia-siakan - aset negara

- bakal mengharumkan nama negara - mengukuhkan prestasi sukan negara - kelihatan suram dan tidak bermaya.

[Disediakan oleh BKKeng]

Idea pertama

sesetengah masyarakat Malaysia tidak dapat menerima - sukan sebahagian daripada kerjaya masa kini -

dibelenggu dengan pemikiran - melibatkan diri secara aktif dalam sukan akan menjejaskan masa hadapan - tidak

yakin dengan gelaran ‘atlet profesional’ - menganggap Malaysia bukan seperti negara lain mengambil berat

terhadap sukan - pemikiran ini wajar diketepikan nama-nama besar dalam bidang sukan - sudah membuktikan

boleh berjaya - memilih sukan sebagai profesion - alasan negara maju tidak tepat - usaha dan semangat juang -

penentu segalanya. [Disediakan oleh BKKeng]

Idea kedua

Kekurangan infrastruktur menghalang usaha - membudayakan sukan - kawasan terpencil - kemudahan sukan

diperoleh di sekolah - kawasan luar sekolah - bayaran mahal, tempat terhad melemahkan semangat mereka -

pihak berwajib memantau jika dibiarkan - masa akan datang - bermimpi menggenggam pingat Olimpik.

Idea ketiga

Tidak kelihatan - bahaya - mampu menggugat - rasuah berleluasa dalam bidang sukan - melemahkan pihak

pengurusan menggugat kredibiliti sukan negara - barah rasuah - amat berbahaya - menjauhkan jarak -

membudayakan sukan peristiwa sukan bola sepak negara - dilumuri najis rasuah - mutu sukan bola epak negara -

merudum - tiada tanda-tanda untuk pulih.

Penutup

Usaha membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat memerlukan usaha sama yang teguh dan berkekalan

tidak wajar - sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh - pihak lain - tunggu dan lihat.

Tidak dinafikan, saban tahun pasti akan muncul bakat-bakat baru dalam bidang sukan khususnya di negara

kita. [Disediakan oleh BKKeng] Bakat-bakat ini tidak boleh disia-siakan kerana mereka merupakan sebahagian daripada aset

negara yang bukan sahaja bakal mengharumkan nama negara tetapi juga mengukuhkan prestasi sukan negara

yang akhir-akhir ini kelihatan suram dan tidak bermaya. [Disediakan oleh BKKeng]

Sesetengah masyarakat di Malaysia masih lagi tidak dapat menerima bahawa sukan adalah sebahagian

daripada kerjaya pada masa kini. Mereka masih lagi dibelenggu dengan pemikiran bahawa melibatkan diri secara

aktif dalam sukan akan menjejaskan masa hadapan anak-anak mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Mereka tidak yakin

dengan gelaran ‘atlet profesional’ kerana menganggap Malaysia bukanlah seperti negara yang lain yang begitu

mengambil berat terhadap sukan di negara mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Pemikiran ini wajar diketepikan kerana

Page 25: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 25 -

lihatlah nama-nama besar dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Michael Schumacher, Datuk Nicol David dan

lain-lain. Mereka udah membuktikan bahawa mereka juga boleh berjaya apabila memilih sukan sebagai

profesion. Alasan negara mereka maju bukan sesuatu yang tepat kerana usaha dan semangat juang yang tinggi

adalah penentu segalanya. [Disediakan oleh BKKeng]

Selain itu, kekurangan infrastruktur juga adalah antara perkara yang menghalang usaha untuk

membudayakan sukan khususnya di negara ini. Di kawa an-kawasan terpencil, kemudahan sukan hanya boleh

diperoleh di sekolah manakala di kawasan luar sekolah terpaksa makan hati kerana bayaran yang mahal, tempat

terhad dan sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini boleh melemahkan semangat mereka. [Disediakan oleh BKKeng] Pihak yang

berwajib seharusnya memantau perkara ini kerana jika dibiarkan hal seumpama ini berlaku, maka pada masa akan

datang kita akan terus bermimpi untuk menggenggam pingat emas di kejohanan Olimpik.

Perkara ini mungkin tidak disedari tetapi bahayanya mampu menggugat sehingga ke akar umbi. Rasuah

yang berleluasa dalam bidang sukan bukan sahaja melemahkan pihak pengurusan malah boleh menggugat

kredibiliti sukan negara pada masa hadapan. Barah rasuah sudah terbukti amat berbahaya dan sekali gus

menjauhkan jarak untuk membudayakan sukan. Peminat sukan tanah air pasti lagi mengingati peristiwa yang

melanda sukan bola sepak beberapa tahun yang lalu apabila sukan ini dilumuri dengan najis rasuah. Selepas

peristiwa terbabit, mutu sukan bola sepak negara terus merudum dan sehingga kini masih belum ada tanda-tanda

untuk pulih sepenuhnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Oleh yang demikian, usaha untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia memerlukan

satu bentuk usaha sama yang teguh dan berkekalan. Tidak wajar jika hanya sebelah pihak sahaja yang

bersungguh-sungguh untuk melakukannya sedangkan di pihak yang lain hanya sekadar tunggu dan lihat sahaja.

[Disediakan oleh BKKeng]

Suram: Tidak berapa terang, agak gelap, kurang cahaya, redup, tidak ceria

Makan hati: Dukacita yang amat sangat

Kredibiliti: Sifat yang boleh dipercayai atau diyakini, kebolehpercayaan

Dilumuri: Dilumangi, dipaliti

Karangan 23

Setiap orang ingin kelihatan sihat sepanjang hayat. Namun begitu, tidak semua orang menggunakan cara yang

betul untuk kekal sihat. Huraikan cara-cara untuk mendapat dan mengekalkan kesihatan yang baik.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

Tiada siapa ingin jatuh akit - mengeluarkan wang untuk membayar bil - penyakit tidak seteruk mana - pelbagai

cara dilakukan - kesihatan terpelihara sepanjang hayat - ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit - untuk kekal

sihat - ada yang tidak mengeluarkan sesen pun - mampu hidup dengan sihat.

Idea pertama

Pelbagai cara - mendapat dan mengekalkan kesihatan - apa juga cara - kembali kepada asas - mengamalkan

kebersihan - satu perkara yang penting - perlu diamalkan selalu - melalui kebersihan peribadi dapat dinilai

mengamalkan kebersihan dalam kehidupan - contoh - pelajar cemerlang pakaian seragam yang bersih dan kemas

- disukai oleh kawan dan lawan - walau kekurangan dari segi fizikal.

Idea kedua

Page 26: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 26 -

Pengawalan dan pengambilan makanan dan minuman makanan dan minuman menentukan kesihatan ulam-

ulaman, buah-buahan - pemangkin untuk mengekalkan kesihatan yang baik makanan dan minuman yang manis,

memabukkan, kadar lemak yang tinggi-tidak baik untuk kesihatan mengundang penyakit pakar nutrisi dan doktor

- memberi nasihat - mengawal jenis makanan dan minuman yang diambil.

Idea ketiga

Kekal sihat dengan senaman - tubuh memerlukan sedikit pergerakan perjalanan darah lancar - meluangkan masa

20 minit sehari untuk bersenam umpama sebuah kereta digunakan setiap hari mengalami kerosakan rajin

memeriksa menjaga dengan elok dapat digunakan untuk tempoh yang lama senaman mengembalikan stamina -

mengekalkan kesihatan.

Penutup

Masih tidak terlambat menjaga kesihatan tubuh jangan berlengah tidak tahu apa yang terjadi pada keesokan hari.

Tiada siapa yang ingin jatuh sakit atau mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar bil kesihatan

sedangkan penyakit tersebut tidaklah seteruk yang disangka. [Disediakan oleh BKKeng] Pelbagai cara yang telah, sedang dan

akan dilakukan manusia untuk memastikan kesihatan mereka terpelihara selagi hayat dikandung badan. Ada

sesetengah orang sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk kekal sihat, namun ada juga yang

tidak mengeluarkan sesen pun tetapi mampu hidup dengan sihat sehingga ke akhir usia. [Disediakan oleh BKKeng]

Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk mendapat dan mengekalkan kesihatan mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Walau apa juga cara yang digunakan, kita akan kembali kepada asas penjagaan kesihatan iaitu mengamalkan

kebersihan. Kebersihan adalah satu perkara yang penting yang perlu diamalkan pada setiap saat dalam kehidupan.

Melalui kebersihan, peribadi seseorang itu dapat dinilai sejauh mana dia mengamalkan kebersihan dalam

kehidupannya. [Disediakan oleh BKKeng] Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang biasanya tampil ke sekolah dengan

pakaian seragam yang bersih dan kemas. Jadi tidak hairanlah jika dia disukai oleh kawan dan lawan meskipun

mempunyai kekurangan dari segi fizikalnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Asas yang seterusnya ialah pengawalan dan pengambilan makanan dan minuman. Makanan dan minuman

yang kita ambil setiap hari akan menentukan kesihatan kita. [Disediakan oleh BKKeng] Ulam-ulaman, buah-buahan dan

sebagainya adalah pemangkin untuk mengekal dan mendapatkan kesihatan yang baik. Kita semua sedia maklum

mengambil makanan dan minuman yang manis, memabukkan, mempunyai kadar lemak yang tinggi dan

sebagainya bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah turut mengundang penyakit yang tidak diingini. Oleh

sebab itu, pakar-pakar nutrisi dan doktor sentiasa memberi nasihat agar sentiasa mengawal setiap jenis makanan

dan minuman yang diambil demi kesihatan tubuh badan.

Perkara yang terakhir untuk kekal sihat ialah mengamalkan senaman. Tubuh badan kita memerlukan sedikit

pergerakan agar perjalanan darah dapat berfungsi dengan lancar. Walau sesibuk mana sekalipun, kita perlu

meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari untuk bersenam. Tubuh kita adalah seperti sebuah kereta.

[Disediakan oleh BKKeng] Jika digunakan setiap hari pasti lama kelamaan kereta terbabit akan mengalami kerosakan.

Sekiranya kita rajin memeriksa bahagian-bahagian tertentu atau menjaganya dengan elok, pasti kereta tersebut

dapat digunakan dalam tempoh yang lama. [Disediakan oleh BKKeng] Pendek kata, senaman bukan sahaja dapat

mengembalikan stamina tetapi juga dapat mengekalkan kesihatan sepanjang hayat.

Oleh yang demikian; kita masih lagi tidak terlambat untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan tubuh.

Jangan tunggu sampai esok kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri dan kesihatan kita. [Disediakan oleh

BKKeng]

Page 27: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 27 -

Stamina: Daya tahan untuk membolehkan seseorang itu bekerja kuat

Karangan 24

Kemudahan teknologi yang wujud pada hari ini seharusnya dimanfaatkan sebaik-baiknya. [Disediakan oleh BKKeng]

Tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan kemudahan ini demi

kepentingan diri sendiri dengan menyebarkan budaya-budaya yang tidak bermoral. Jelaskan kesan-kesan akibat

penyalahgunaan teknologi.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

Bersyukur - dilahirkan pada zaman teknologi canggih dan terkini - kemudahan ini - lambangkan kemajuan

tamadun manusia - memberi keselesaan dalam kehidupan - kehadiran teknologi- disalahgunakan - demi

kepentingan diri sendiri-mengorbankan pihak yang tidak berdosa

Idea pertama

Penyalahgunaan teknologi - menjejaskan perpaduan sejagat tindakan seorang ahli Parlimen Belanda -

mencetuskan kontroversi memburukkan nama agama Islam - mencetuskan kemarahan umat Islam - menjejaskan

hubungan baik - antara orang Islam dengan orang bukan Islam - negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa agama

dan etnik.

Idea kedua

Penyebaran bahan berunsurkan nilai tidak bermoral pantas - bantuan teknologi - menyuarakan rasa kebimbangan

- aksi-aksi ganas, seks - menjadi tontonan umum - Youtube - disalahgunakan memaparkan video-video yang tidak

sepatutnya dipertontonkan kepada orang ramai golongan muda - hari ini - video-video tidak bermoral mudah

didapati.

Idea ketiga

Kesan terbesar - penyuburan jenayah - saban hari - kes-kes tidak bermoral - media massa - pelacuran, penjualan

CD lucah, bapa rogol anak, pelajar sekolah jadi hamba seks kes ini masyarakat berada dalam kepincangan moral

yang kritikal berlanjutan tiada diambil - menghalang dan mencegah negara menjadi kacau bilau tidak berupaya

menguruskan masalah yang timbul.

Penutup

Pelajar prihatin perkembangan masyarakat bertanggungjawab diri sendiri menyelesaikan masalah - tanya hati dan

fikiran yang waras menjadi hamba teknologi atau sebaliknya. [Disediakan oleh BKKeng]

Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan pada zaman yang cukup canggih dengan teknologi-teknologi

terkini. Kemudahan ini bukan sahaja melambangkan kemajuan tamadun manusia tetapi pada masa yang sama

memberi keselesaan dalam kehidupan seharian. Malangnya, kehadiran teknologi-teknologi ini telah

disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Mereka menggunakannya demi kepentingan diri sendiri walaupun

terpaksa mengorbankan perasaan ramai pihak yang tidak berdosa. [Disediakan oleh BKKeng]

Page 28: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 28 -

Kesan penyalahgunaan teknologi boleh menjejaskan perpaduan sejagat. Sebagai contoh, tindakan seorang

ahli Parlimen Belanda yang telah mencetuskan kontroversi apabila menayangkan video yang telah

memburukkan nama agama Islam. Tindakan sedemikian bukan sahaja mencetuskan kemarahan umat Islam di

seluruh dunia tetapi menjejaskan hubungan baik yang telah terjalin antara orang Islam dengan orang bukan Islam

khususnya di negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa, agama dan etnik.

Penyebaran bahan-bahan berunsurkan nilai-nilai tidak bermoral berlaku dengan begitu pantas dengan adanya

teknologi-teknologi terkini. Sejak akhir-akhir ini ramai yang menyuarakan rasa kebimbangan apabila aksi-aksi

ganas, seks dan sebagainya menjadi tontonan umum tanpa pengawasan. Kehadiran laman web seperti Youtube

telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dengan memaparkan video-video yang tidak sepatutnya

dipertontonkan kepada orang ramai khususnya golongan muda. [Disediakan oleh BKKeng] Maka tidak hairanlah apabila

pada hari ini video-video yang tidak bermoral mudah didapati di mana-mana. [Disediakan oleh BKKeng]

Namun kesan yang paling besar akibat penyalahgunaan teknologi ini penyuburan jenayah yang berleluasa.

[Disediakan oleh BKKeng] Saban hari ada sahaja kes-kes yang tidak bermoral terpampang di dada-dada akhbar dan media

massa. [Disediakan oleh BKKeng] Pelacuran, penjualan CD lucah, bapa rogol anak, pelajar sekolah jadi hamba seks dan

sebagainya. [Disediakan oleh BKKeng] Kes-kes seumpama ini menunjukkan bahawa masyarakat berada dalam kepincangan

moral yang sangat kritikal dan hal ini akan berlanjutan jika tiada sebarang tindakan diambil untuk menghalang

dan mencegah daripada terus berlaku. Keadaan negara terus menjadi kacau bilau kerana tidak berupaya

menguruskan satu persatu masalah yang timbul.

Sebagai pelajar yang prihatin terhadap perkembangan masyarakat, kita seharusnya bertanggungjawab

terhadap diri sendiri dalam menyelesaikan masalah seperti ini. Tepuklah dada tanya hati dan fikiran yang waras,

adakah kita sanggup membiarkan diri menjadi hamba kepada teknologi atau sebaliknya. [Disediakan oleh BKKeng]

Canggih: Moden dan kompleks, sofistikated

Tamadun: Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan

oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi,

peradaban

Kontroversi: Perselisihan atau pertelingkahan pendapat yang biasanya berlarutan dan agak meluas antara

golongan yang berlainan pendirian

Waras: Sihat, sembuh

Anda telah terpilih menyertai pertandingan syarahan antara sekolah di daerah anda. [Disediakan oleh BKKeng] Anda

berminat untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Perpaduan menjamin kesejahteraan negara”. Tulis teks

syarahan tersebut selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Daerah Bentong,

Tuan Haji Jamaluddin Jalal, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dihormati, dan rakan pelajar

sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. [Disediakan oleh BKKeng]

Hadirin sekalian,

Pada pagi yang hening ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Perpaduan Menjamin

Kesejahteraan Negara”. Diketahui umum bahawa negara kita, Malaysia pernah mengalami tragedi pada tanggal13

Mei 1969. Pastinya kita tertanya-tanya mengapa kaum Cina dan Melayu bertelingkah sehingga membawa kepada

pertumpahan darah?

Sidang dewan yang dihormati,

Page 29: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 29 -

Di sini kita sedar bahawa seman gat perpaduan itu penting dalam mewujudkan negara yang aman dan

harmoni. Semangat perpaduan yang dipupuk tidak seharusnya dikhususkan kepada semangat perkauman sahaja.

[Disediakan oleh BKKeng] Cuba kita tinjau negara jiran kita yang sentiasa bergolak akibat perasaan tidak puas hati dengan

institusi kerajaan. Mujurlah kita diasuh dengan semangat cinta akan negara menerusi bidang pendidikan yang

amat menitikberatkan semangat muhibah antara kaum.

Masih ingatkah anda dengan kejayaan Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel 1998? Tanpa kerjasama

yang jitu antara rakyat berbilang bangsa, tidak mungkin kita mampu menganjurkan sukan berprestij yang amat

dikagumi oleh negara luar. Hal ini membuktikan pepatah Melayu yang berbunyi “Bersatu kita teguh, bercerai kita

roboh” wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. [Disediakan oleh BKKeng]

Sidang dewan yang dihormati,

Perpaduan juga penting dalam usaha membangunkan negara ke arah negara maju. Program-program yang

dirangka oleh pihak kerajaan menjurus kepada semangat perpaduan antara kaum. Sebagai contoh, sekolah

wawasan yang menempatkan pelbagai jenis kaum dalam satu lokasi. Kerjasama yang erat secara tidak langsung

dapat menyatukan idea dan usaha antara kaum ke arah membangunkan negara. [Disediakan oleh BKKeng]

Walaupun negara kita telah bertahan lima dasawarsa maka kita jangan terlalu alpa dengan kesenangan dan

keamanan yang telah dikecapi. Kita perlu mempertahankan keamanan yang kita kecapi pada hari ini melalui

perpaduan. Ini amat penting untuk memastikan generasi akan datang dapat sama-sama mengecapi keharmonian

seperti yang kita nikmati pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Perpaduan berbilang kaum juga dapat melahirkan generasi penyayang pada masa hadapan. Perkara ini

bermula daripada institusi kekeluargaan lagi. Sesebuah keluarga yang bahagia sentiasa saling menyayangi antara

satu sama lain tanpa mencetuskan persengketaan. Jika ini dapat diaplikasikan dari peringkat yang paling bawah

tidak mustahil kita dapat mengekalkan kesejahteraan negara kita. [Disediakan oleh BKKeng]

Nampaknya masa tidak mengizinkan saya bercakap lebih panjang lagi. Saya mengambil kesempatan ini

untuk menegaskan sekali lagi bahawa perpaduan amat penting dalam menjamin kesejahteraan negara. [Disediakan oleh

BKKeng] Saya sudahi syarahan saya pada hari ini dengan ucapan terima kasih.

Karangan 25

Anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Gejala merokok dalam

kalangan pelajar” sempena Minggu Pendidikan Moral di sekolah anda. [Disediakan oleh BKKeng] Tulis teks syarahan anda.

[Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Pengetua Sekolah Menengah Tok Merah, Encik

Abdullah Yusof, penolong-penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Selamat sejahtera.

[Disediakan oleh BKKeng]

Pada pagi yang bermakna ini, saya Mohd. Daniel Johan daripada Tingkatan 3-Pendekar berasa amat bertuah

kerana diberi peluang menyampaikan syarahan yang bertajuk “Gejala Merokok dalam Kalangan Pelajar”

sempena Minggu Pendidikan Moral sekolah kita bagi tahun ini.

Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Gejala merokok dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin hangat diperkatakan. Kalau dahulu perkara ini

merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima tetapi kini perkara tersebut menjadi satu perkara biasa seolah-olah

sudah menjadi budaya hidup para remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Para pelajar yang terbabit sudah tidak mempunyai

Page 30: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 30 -

perasaan malu merokok di tempat awam dan terbuka seperti di pusat-pusat beli-belah walaupun masih berpakaian

sekolah.

Salah satu sebab para pelajar mengamalkan perbuatan ini adalah kerana perasaan ingin tahu. Sikap ingin

mencuba sesuatu yang baharu telah disalahertikan oleh para pelajar yang terbabit. Mereka bermula dengan sehari

sebatang. Lama-kelamaan meningkat kepada sehari sekotak. Daripada mencuba, mereka akhirnya menjadi

ketagih akan rokok. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada mencuba perkara ini supaya kita tidak terjerumus

lebih jauh.

Pengaruh rakan sebaya juga mengakibatkan pelajar merokok. Mereka yang takut digelar pengecut akan

merokok demi memelihara ikatan persahabatan. Ada juga yang dipaksa merokok sebelum dibenarkan menyertai

sesebuah kumpulan. Majoriti yang terlibat dalam kumpulan samseng terdiri daripada mereka yang merokok.

Jelaslah bahawa rakan sebaya berperanan penting dalam mempengaruhi tabiat merokok pelajar.

Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati,

Tabiat merokok pelajar turut dipengaruhi oleh media massa. [Disediakan oleh BKKeng] Iklan rokok yang berselindung

di sebalik kegagahan pelakonnya berjaya mempengaruhi pelajar. Mereka menganggap kehebatan dan kegagahan

itu akan mereka peroleh dengan menghisap rokok. Ibu bapa seharusnya mengawal rancangan-rancangan yang

ditonton oleh anak-anak mereka untuk mengelakkan hal ini bertambah buruk.

Ibu bapa juga seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak. Mereka mestilah mengambil

tahu segala aktiviti anak-anak. Kesibukan mengejar kemewahan mungkin mengakibatkan anak-anak terbiar dan

memilih jalan yang salah untuk mendapatkan keseronokan hidup. Jika tiada tindakan tegas daripada ibu bapa,

maka anak-anak tidak takut untuk merokok.

Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya merumuskan bahawa tabiat merokok dalam kalangan pelajar harus

dibanteras pada peringkat awal sebelum memudaratkan. Saya sudahi syarahan ini dengan menyeru rakan semua

agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala yang tidak berfaedah ini kerana boleh menjejaskan masa

depan kita semua. [Disediakan oleh BKKeng] Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. [Disediakan oleh BKKeng]

Sekian, terima kasih.

Karangan 26

Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh sekolah anda. [Disediakan oleh BKKeng] Tajuk syarahan anda

ialah “Faktor-faktor penentu masa depan pelajar”. Tulis syarahan anda selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru, dan para hadirin sekalian.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk “Faktor-faktor Penentu Masa Depan

Pelajar”.

Hadirin yang saya muliakan sekalian,

Kebanyakan manusia yang mencapai kejayaan dalam hidup tidak akan bergantung pada nasib semata-mata.

[Disediakan oleh BKKeng] Jika diteliti, terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang individu memperoleh

kejayaan dalam hidupnya. [Disediakan oleh BKKeng] Antara faktor asas yang akan saya bincangkan pada pagi yang mulia

ini ialah faktor individu, faktor keluarga, dan faktor sekolah.

Kejayaan seseorang pelajar dalam pencapaian akademik bergantung pada semangat kental yang ada padanya

untuk mencapai cita-cita dalam hidupnya. [Disediakan oleh BKKeng] Semangat kental ini harus diikuti dengan daya usaha

yang serius. Sifat-sifat positif ini yang akan menentukan hala tuju had muka seseorang individu. Dengan kata

lain, semakin tinggi cita-cita seseorang, semakin banyak daya usaha yang diperlukan oleh seseorang pelajar

Page 31: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 31 -

dalam mencapai kejayaan hidupnya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini disebabkan pencapaian akademik yang cemerlang

akan menentukan masa depan seseorang pelajar.

Suasana keluarga yang bahagia juga akan mempengaruhi masa depan seseorang pelajar. Keluarga yang

bahagia penting dalam membentuk sahsiah dan keyakinan seseorang pelajar. Biasanya, dalam keluarga yang

bahagia, ibu bapa akan memberikan dorongan untuk anak-anaknya maju ke hadapan. Dorongan kuat daripada

keluarga akan meningkatkan semangat seseorang pelajar dalam memperoleh kecemerlangan akademiknya.

[Disediakan oleh BKKeng]

Hadirin yang dihormati,

Selain suasana keluarga yang bahagia, bimbingan guru turut mempengaruhi prestasi pelajar. Bermula dari

peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti, gurulah yang memainkan peranan penting dalam

mendidik anak-anak muridnya agar berjaya dalam pelajaran. Tanpa guru yang dedikasi dan sanggup korbankan

masanya untuk mendidik anak-anak muridnya, masakan pelajarnya berjaya pada suatu hari nanti.

Akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa kejayaan seseorang individu dalam hidupnya banyak bergantung

pada daya usaha sendiri, sokongan ibu bapa, dan bimbingan gurunya. [Disediakan oleh BKKeng] Dari satu segi, rakan yang

baik juga memainkan peranan yang tersendiri.

Sekian, terima kasih.

Karangan 27

Andaikan anda telah menghadiri kursus pengurusan mas a untuk pelajar. Sekembalinya daripada kursus itu, anda

diundang untuk menyampaikan ceramah yang berjudul “Pengurusan Masa yang Baik Penting untuk Pelajar’:

Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih Saudari Jennifer Tang, Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Cikgu Nathan, Ketua Guru Penasihat

Kelab Rakan Dinamik, guru-guru penasihat dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan

salam sejahtera. [Disediakan oleh BKKeng]

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak

sekolah kerana telah menghantar saya menghadiri kursus pengurusan masa. [Disediakan oleh BKKeng] Pada pagi yang mulia

ini, saya akan membicarakan pengurusan mas a yang baik untuk pelajar.

Guru-guru dan semua ahli Kelab Rakan Dinamik,

Saya pasti, kita di sini sedar bahawa semua manusia hanya mempunyai sebanyak 24 jam sehari - tidak

kurang dan tidak lebih daripada itu! Seseorang yang pandai mengurus masanya pasti akan memperoleh manfaat

yang sepenuhnya daripada 24 jam itu. Keterbalikan daripada itu, orang yang tidak mengurus masanya dengan

baik pasti berada di pihak yang rugi kelak.

Guru -guru dan rakan - rakan kelab sekalian,

Kata orang tua-tua, masa itu emas, jadi mereka yang bijak akan membahagi dan menggunakan masanya

dengan seberapa baik yang mungkin pada setiap hari. Soalnya, bagaimana kita dapat membahagikan mas a kita

dengan baik? Menurut Dr. Hussein Yahya, iaitu salah seorang pakar pengurusan masa tempatan yang tersohor,

dalam keadaan biasa, seseorang pelajar harus mengetepikan sebanyak lapan jam· sehari untuk tidur, lima jam

belajar di sekolah, dua jam untuk kegiatan kokurikulum, dua jam lagi untuk mandi, makan, rehat dan hal-hal lain.

Jadi, baki sebanyak enam jam itu boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi akademik seseorang pelajar.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Daripada baki masa yang saya sebutkan tadi, seseorang pelajar yang bijak akan menggunakan sekurang-

kurangnya dua jam sehari untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh gurunya, dua jam untuk membuat

Page 32: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 32 -

ulang kaji pelajarannya, satu jam untuk membantu ibu bapanya jika perlu dan satu jam untuk kegiatan riadah

yang lain.

Pembahagian masa sebagaimana yang dicadangkan ini boleh berubah-ubah mengikut orang, keadaan, dan

masa. [Disediakan oleh BKKeng] Yang mustahak, jangan sekali-kali kita membazirkan masa lapang kita. [Disediakan oleh BKKeng]

Ingat, mas a yang berlalu tidak akan kembali semula. [Disediakan oleh BKKeng]

Sekian, terima kasih.

Karangan 28

Sebagai seorang ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, anda dijemput untuk memberikan ceramah yang

bertajuk “Masalah-masalah Sosial Memusnahkan Masa Depan Diri dan Negara’: Sediakan teks ceramah anda

selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua Encik Patrick Tambian, guru-guru

dan pelajar sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. [Disediakan oleh BKKeng]

Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana men gun dang

saya untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan kesan masalah sosial dalam kalangan remaja pada

masa ini.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

Beberapa perkara yang tergolong sebagai masalah sosial sudah pun berlaku sewaktu saya masih remaja.

[Disediakan oleh BKKeng] Pada masa itu, perbuatan seperti merokok, berjudi, dan ponteng sekolah dianggap sebagai

masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Namun begitu, masalah sosial dalam

kalangan remaja pada masa itu tidaklah begitu kritikal sifatnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Dewasa ini, sering kedengaran masalah remaja lari dari rumah, terlibat dalam kegiatan kongsi gelap,

menghidu gam, dan bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan. Masalah seumpama ini membawa banyak

kesan buruk kepada aspek pembangunan sosial negara kita. [Disediakan oleh BKKeng] Tambahan pula, perbuatan yang

sedemikian akan menjejaskan masa depan para remaja. [Disediakan oleh BKKeng]

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

Apabila timbul sahaja masalah sosial, kita sering menuding jari terhadap pengaruh budaya kuning. Memang

tidak dapat dinafikan bahawa satu daripada punca berlakunya pelbagai masalah sosial disebabkan pengaruh

budaya kuning ini. Namun, mengapakah kita harus bercermin di air keruh? Awal-awal lagi kita sudah sedar

bahawa sesuatu perbuatan itu tidak baik, mengapa kita harus mencontohinya?

Rasa saya, ibu bapa, pihak sekolah dan pihak kerajaan memang prihatin akan masalah sosial yang

melibatkan para remaja. [Disediakan oleh BKKeng] Hal ini disebabkan golongan remajalah merupakan generasi pengganti

kepada segala pembangunan negara. [Disediakan oleh BKKeng] Golongan remaja yang tidak menghargai hidupnya akan

melibatkan diri dalam kegiatan seperti menghisap dadah, menjadi ahli kongsi gelap dan sebagainya. [Disediakan oleh

BKKeng] Perbuatan negatif yang sedemikian pasti akan memusnahkan pembangunan negara pada masa yang akan

datang.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama hentikan segala perbuatan yang boleh memusnahkan hari muka

kita. [Disediakan oleh BKKeng] Tunjukkan contoh yang baik di hadapan rakan-rakan kita yang lain. Jika saudara dan saudari

dapati ada dalam kalangan sahabat yang mula terjerumus dalam perbuatan yang buruk, berikanlah nasihat yang

berguna kepadanya. [Disediakan oleh BKKeng]

Page 33: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 33 -

Karangan 29

Sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertemakan

gaya hidup yang sihat untuk pelajar.

Terima kasih Pengerusi Majlis Saudari Umi, Yang Dimuliakan Tuan Pengetua, penolong-penolong kanan,

guru-guru, dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan ini

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya berceramah tentang gaya

hidup yang sihat sebagai seorang pelajar.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Pelajar yang hidup dalam zaman teknologi maklumat ini berbeza dengan pelajar-pelajar sebelumnya. [Disediakan

oleh BKKeng] Saya berkata sedemikian disebabkan dalam zaman yang serba moden ini pelajar terdedah kepada

berbagai-bagai jenis gaya hidup, sama ada gaya hidup yang baik ataupun gaya hidup yang kurang sihat. Untuk

memastikan seseorang pelajar mempunyai hari muka yang cerah, sememangnya pelajar harus mengamalkan gaya

hidup yang baik. Soalnya, gaya hidup yang macam manakah dianggap baik?

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Dalam kehidupan sehariannya, setiap pelajar haruslah mengamalkan gaya hidup suka akan pelajaran.

Dengan kata lain, saudara dan saudari perlu menjadikan tabiat suka mencari ilmu sebagai sebahagian daripada

kehidupan seharian anda. [Disediakan oleh BKKeng] Apabila berada di dalam bilik darjah, berikanlah tumpuan yang

sepenuhnya kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila tamat masa persekolahan, aturkan masa

yang tertentu untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru, membuat ulang kaji pelajaran dan

berbincang dengan rakan-rakan anda tentang pelajaran di sekolah.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Di samping kegiatan akademik, kegiatan kokurikulum juga sangat penting untuk seseorang pelajar. Dengan

menjadikan kegiatan kokurikulum sebagai salah satu gaya hidup yang sihat, bermaksud saudara dan saudari

haruslah bergiat aktif dalam persatuan atau unit beruniform yang anda sertai. Jangan sekadar menjadi ahli yang

pasif. Sememangnya, melalui kegiatan kokurikulum anda sekalian berpeluang mempelajari sesuatu yang tidak

terkandung dalam buku teks di samping mengenali lebih ramai kawan.

Selain itu, anda sekalian juga harus bersukan. Sertailah apa-apa sahaja aktiviti sukan yang anda minati.

Sebaik-baiknya, tiga kali dalam seminggu saudara dan saudari harus bersenam. Jangan lupa akan rehat yang

mencukupi dan makan makanan yang seimbang. Dengan berbuat demikian, badan anda akan menjadi lebih sihat.

Kesihatan yang sedemikian penting untuk anda sekalian menumpukan perhatian dalam pelajaran kelak. Terdapat

sebilangan pelajar yang lalai akan aspek ini dan mereka hilang tumpuan dan minat untuk belajar.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Pesanan saya yang seterusnya ialah jangan sekali-kali bercermin di air keruh. Gaya hidup bebas dan asyik

mencari keseronokan bukanlah gaya hidup yang baik untuk setiap insan. Perbuatan-perbuatan yang akan

membawa padah kepada seseorang seperti merokok, ponteng sekolah, kegiatan kongsi gelap dan sebagainya

harus dijauhi. Akhir kata, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Sekian, terima kasih.

Karangan 30

Anda seorang pegawai kesihatan yang dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang masalah berat badan yang

berlebihan dalam kalangan muda-mudi. Tulis teks ceramah anda selengkapnya. [Disediakan oleh BKKeng]

Page 34: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 34 -

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis, Yang Mulia Tuan Pengetua sekolah, penolong-penolong kanan,

guru-guru, dan pelajar-pelajar yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan

ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi men gun dang saya untuk

membincangkan topik yang berkaitan dengan masalah berat badan yang berlebihan dalam kalangan muda-mudi

pada zaman sekarang.

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Masalah kelebihan berat badan mula mendapat perhatian daripada anggota masyarakat di seluruh dunia

baru-baru ini. Dalam bahasa Inggeris, masalah fizikal ini dikenali sebagai obesiti. Umumnya, punca utama

berlakunya obesiti disebabkan peningkatan dan perubahan taraf hidup dalam kalangan warga dunia. [Disediakan oleh

BKKeng]

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Jika diteliti, bukan sahaja taraf hidup kebanyakan anggota masyarakat di negara maju sahaja yang

meningkat, malah taraf hidup warga Malaysia juga turut meningkat. Kebanyakan keluarga sudah mempunyai

pendapatan yang lumayan dan menikmati hidup yang selesa. [Disediakan oleh BKKeng] Atas sebab ini, kebanyakan antara

kita mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan dan minuman yang enak-enak belaka. [Disediakan oleh

BKKeng] Oleh itu, kita makan dan minum secara berlebihan pada setiap hari. Situasi yang sedemikian mudah

menambahkan berat badan kita. [Disediakan oleh BKKeng]

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Anggota masyarakat mula menaruh perasaan bimbang akan masalah obesiti. Hal ini disebabkan berat badan

yang berlebihan akan membawa banyak masalah kesihatan kepada seseorang. Pergerakan seseorang menjadi

tidak cergas jika tubuhnya terlalu gemuk. Selain itu, beberapa jenis penyakit seperti tekanan darah tinggi dan

kolesterol yang tinggi juga berkait rap at dengan masalah berat badan yang berlebihan. Ada kalanya, mereka yang

terlalu gemuk juga menghadapi ejekan daripada rakan sebayanya. [Disediakan oleh BKKeng] Hal seperti ini mendatangkan

tekanan emosi kepada mereka yang berhadapan dengan masalah obesiti.

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengamalkan gaya hidup sihat. Jika saudara atau saudari

tergolong sebagai salah seorang yang menghadapi masalah obesiti, janganlah sekali-kali berasa malu. Sebaliknya,

anda harus bertekad untuk mengubah gaya hidup anda. [Disediakan oleh BKKeng] Pertama, anda harus bersenam sekurang-

kurangnya tiga kali dalam seminggu. Terdapat pakar kesihatan yang mengesyorkan agar kita bersenam pada

setiap hari selama setengah jam. Kurangkan kekerapan makan dan pilihlah makanan yang kurang minyak,

karbohidrat, dan gula. [Disediakan oleh BKKeng] Elakkan daripada makan terlalu banyak makanan ringan. Untuk mereka

yang tidak tergolong dalam kategori obesiti ini, berikanlah sokongan moral kepada rakan-rakan anda sebagai satu

amalan yang mulia. [Disediakan oleh BKKeng]

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Masalah obesiti merupakan masalah kita bersama. [Disediakan oleh BKKeng] Oleh itu, semua pihak harus berganding

bahu agar masalah ini dibawa ke tahap yang minimum. Saya mengakhiri ceramah pada pagi ini dengan menyusun

sepuluh jari jika terdapat sebarang kesilapan kata-kata yang saya ucapkan tadi.

Sekian, terima kasih.

Karangan 31

Semangat kejiranan semakin luntur dalam kehidupan moden pada hari ini. Huraikan langkah-langkah yang dapat

dilakukan untuk meningkatkan semangat kejiranan.

Page 35: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 35 -

Rangka karangan

Pendahuluan

Semangat kejiranan mementingkan hubungan yang baik antara insan

Semangat kejiranan semakin luntur - langkah-langkah untuk meningkatkannya

Isi-isi

Menjalin hubungan baik dengan jiran - bertegur sapa tanpa mengira kaum dan kepercayaan

Kunjung-mengunjungi semasa perayaan - amalan rumah terbuka - mewujudkan sikap toleransi

Menjalankan aktiviti kemasyarakatan - melibatkan semua penduduk setempat - merapatkan hubungan

Penutup

Semangat kejiranan mewujudkan masyarakat yang bersikap prihatin dan mengambil berat

Salah satu matlamat Wawasan 2020

Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan yang baik antara insan. Dalam

kehidupan moden hari ini, semangat kejiranan menjadi semakin luntur terutama dalam kalangan masyarakat

bandar. Di bandar, semakin banyak individu yang tidak kenai dan tidak bertegur sapa dengan jirannya. [Disediakan oleh

BKKeng] Kehidupan mereka seperti enau di belukar melepaskan pucuk masing-masing. Oleh itu, langkah-langkah

harus diambil untuk meningkatkan semangat kejiranan.

Langkah pertama untuk meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menjalin hubungan yang baik

dengan jiran. Kita mestilah bertegur sapa dengan jiran kita. [Disediakan oleh BKKeng] Jangan harapkan jiran kita untuk

memulakan langkah ini. Kita perlu mengambil inisiatif untuk menegur jiran apabila berkesempatan. Hubungan

yang baik dengan jiran perlu berdasarkan rasa hormat-menghormati secara ikhlas. Hubungan itu melepasi batas

kaum dan kepercayaan. Jika setiap orang bersedia untuk mengambil langkah pertama ini, semangat kejiranan

akan terus berkembang.

Selain itu, bagi mereka yang berjiran dengan kaum lain, hari-hari perayaan perlu dimanfaatkan untuk

mengukuhkan hubungan kejiranan. Konsep rumah terbuka yang semakin popular semasa perayaan boleh

diadakan bagi mereka yang mampu. Pada masa perayaan, hubungan kejiranan dapat dieratkan melalui amalan

kunjung-mengunjungi. Sikap toleransi antara kaum dapat ditunjukkan melalui sambutan perayaan setiap tahun.

Selain perayaan, semangat kejiranan dapat ditingkatkan dengan cara mengadakan aktiviti kemasyarakatan

seperti gotong-royong dan perjumpaan sosial. Aktiviti ini hendaklah diadakan pada hari-hari cuti kelepasan am

agar dapat melibatkan semua penduduk setempat. Taman-taman perumahan di bandar perlu mengadakan aktiviti

seperti ini untuk meningkatkan semangat kejiranan di samping membersihkan kawasan. Ini sesuai dengan

peribahasa serampang dua mata. [Disediakan oleh BKKeng] Aktiviti kemasyarakatan ini membolehkan penduduk berbilang

kaum saling mengenali di samping merapatkan hubungan antara mereka. [Disediakan oleh BKKeng]

Sesungguhnya, dengan adanya semangat kejiranan, akan wujud masyarakat yang bersikap prihatin tentang

masalah orang lain. Hal ini bertepatan dengan konsep masyarakat penyayang yang merupakan salah satu

matlamat Wawasan 2020.

Glosari

1. luntur - pudar

2. inisiatif - daya usaha (yang mula-mula)

3. ikhlas - jujur

4. konsep - idea

5. toleransi - tolak ansur

Page 36: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 36 -

6. sosial- kemasyarakatan

7. prihatin - mengambil berat

1. Bagaimana kamu mencapai kejayaan?Temu ramah / surat / perbualan

- sukan / kerjaya / pelajaran / .........

PengalamanUntuk mencapai kejayaan, kita perlu memegang ajaran orang pujangga, iaitu “alah bisa, tegal biasa”. Setiap kerja yang susah perlu kita lakukan berulang kali tanpa menghiraukan kepenatan. Sesuatu kerja yang banyak kali dilakukan menjadikan kita biasa dengannya maka pengalaman kita juga meningkat. Maka lama-kelamaan kita dapat mencapai kejayaan.

LatihanSelain itu, kita perlu melibatkan diri dalam banyak latihan, menghadiri seminar atau ceramah untuk menambahkan pengetahuan kita dalam bidang tersebut. Kita juga perlu banyak membaca buku tokoh kenamaan supaya dapat memantau usaha mereka untuk mencapai kejayaan. Teknik-teknik tertentu yang disampaikan oleh pengarang juga dapat dijadikan rujukan kita untuk berjaya.

Nilai-nilai murniSejak kecil kita juga perlu memupuk nilai-nilai murni supaya mudah kita mencapai kejayaan. Kita perlu mengamalkan nilai kerajinan semasa melakukan sesuatu kerja. Sifat malas menjadikan semua kerja tidak dapat diselesaikan. Kata pepatah “mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih”. Jangan kita selalu mencari alasan supaya tidak melakukan apa-apa.

Keberanian menanggung risikoUntuk mencapai kejayaan, kita perlu berani menanggung risiko. Setiap risiko yang kita hadapi menjadi kita lebih berpengalaman dan tabah. Jangan kita takut menghadapi kekalahan. Setiap kekalahan menjadikan kita lebih bijak dan lebih berhati-hati semasa menjalankan kerja yang lain. Hidup kita memang penuh dengan onak dan duri. Jangan kita takut menghadapinya.

Menentukan jadual waktuSetiap kerja yang dilakukan perlu dihadkan dengan jadual waktu. Jadual waktu yang tersusun menjadikan kita mengambil langkah yang lebih rapi dan tidak tergopoh-gapah. Kita tentu dapat menghabiskan semua kerja dalam masa yang ditentukan. Kerja yang terburu-buru tentu tidak mendatangkan hasil yang sempurna.

KesanFaktorLangkah

Perlumbaan haramKesesakan lalu lintas

Punca-punca1. didikan agama yang rapuh2. tiada kesedaran – diri sendiri3. ibu bapa yang tidak bertanggungjawab4. kelonggaran undang-undang5. pihak sekolah terlalu mementingkan akademik pelajar6. ahli masyarakat yang kurang mengambil berat.

Kesan-kesan1. Banyak masalah sosial berlaku2. Imej negara terpengaruh

Page 37: Bahagian Penting PMR-2010 (Set1)

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Pend. (USM) H.P.:012-4020021 Bahasa Malaysia : Tingkatan 3 – Karangan PMR (Set1) - 37 -

3. Kita kekurangan pemimpin yang berkaliber pada masa depan4. Pendapatan negara terjejas5. Ekonomi dan politik tidak stabil6. Kes jenayah semakin meningkat

Langkah-langkah1. Didikan agama2. media massa3. didikan di sekolah4. ajaran ibu bapa di rumah5. undang-undang6. kerjasama semua ahli masyarakat

Masalah X berpunca daripada kecetekan didikan agama dalam masyarakat kita. Masyarakat yang kekurangan didikan agama menjadi kurang bermoral. Mereka melakukan sesuatu kerja tanpa berfikiran rasional. Mereka yang beragama selalu menjadikan agama sebagai panduan kehidupan, maka mereka tidak mudah terpengaruh oleh nafsu.