bahagian pendidikan guru - ipbl.edu.my · pdf filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan :...

54
MANUAL KUALITI NO.KELUARAN : 09 NO.PINDAAN : 00 TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012 MUKA SURAT : 1/54 IPGM-PPK-MK-01 Jun 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Alamat: Telefon: Faks: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, Blok 2200, Enterprise Building 3 Jalan Persiaran Apec, Cyber 6 63000 CYBERJAYA 03-83126666 03-83126655 IPGM-PPK-MK-01 MANUAL KUALITI PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Disediakan oleh: …………………..…………. Diluluskan oleh: …………………………… Nama: Dr. LEE BOON HUA Nama: DATUK Dr. HAILI BIN DOLHAN Jawatan: TIMBALAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (WAKIL PENGURUSAN) Jawatan: REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PENGURUSAN TERTINGGI) Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk

Upload: hangoc

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 1/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alamat: Telefon: Faks:

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, Blok 2200, Enterprise Building 3 Jalan Persiaran Apec, Cyber 6 63000 CYBERJAYA 03-83126666 03-83126655

IIPPGGMM--PPPPKK--MMKK--0011

MMAANNUUAALL KKUUAALLIITTII

PENGURUSAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Disediakan oleh:

…………………..………….

Diluluskan oleh:

……………………………

Nama: Dr. LEE BOON HUA Nama: DATUK Dr. HAILI BIN DOLHAN

Jawatan: TIMBALAN REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (WAKIL PENGURUSAN)

Jawatan: REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PENGURUSAN TERTINGGI)

Tarikh: 02 MEI 2012 Tarikh: 02 MEI 2012

SALINAN TERKAWAL

Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk

Page 2: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 2/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

KANDUNGAN TAJUK

MUKA SURAT

Pengesahan Manual Kualiti 1 Kandungan 2 Senarai Induk Edaran Terkawal 4 Senarai Edaran Terkawal Institut Perguruan 5

SEKSYEN 1 - PENGENALAN 6

SEKSYEN 2 - MAKLUMAT ORGANISASI 8

2.1 Pengenalan 9 2.2 Fungsi 10 2.3 Falsafah, Visi, dan Misi IPGM 10 2.4 Piagam Pelanggan 11 2.5 Pelanggan 11 2.6 Struktur Organisasi 12

SEKSYEN 3 - SKOP DAN OBJEKTIF SISTEM PENGURUSAN KUALITI KEGURUAN

15

3.1 Skop Pelaksanaan 15 3.2 Dasar Kualiti 15 3.3 Objektif Kualiti 15 3.4 Objektif Operasi IPG 18 3.5 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti 18 3.6 Struktur Sistem Pengurusan Kualiti 20 3.7 Majlis Kualiti Institut Pendidikan Guru Malaysia (MKI IPGM) 21 3.8 Majlis Kualiti Institut Pendidikan Guru (MKI IPG) 22

SEKSYEN 4 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI 23

4.1 Dasar Sistem Pengurusan Kualiti IPGM dan IPG 23 4.2 Struktur Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti 24 4.2.1 Struktur Dokumentasi 24 4.2.2 Dokumen Rujukan 24 4.2.3 Manual Kualiti 25 4.2.4 4.2.5

Kawalan Di atas Dokumen Kawalan Rekod

25 28

SEKSYEN 5 - TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN 29 5.1 Komitmen Pengurusan 29 5.2 Fokus kepada Pelanggan 29 5.3 Dasar Kualiti 29 5.4 Perancangan 29 5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi 30 5.6 Kajian Semula Pengurusan 31

Page 3: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 3/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

TAJUK

MUKA SURAT

SEKSYEN 6 - PENGURUSAN SUMBER 33

6.1 Bekalan Sumber 33

6.2 Sumber Manusia 33

6.3 Infrastruktur 34

6.4 Persekitaran Kerja 35

SEKSYEN 7- - PROSES PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEGURUAN

36

7.1 Perancangan Penyampaian PPK 36

7.2 Proses Berkaitan dengan Pelanggan 36

7.3 Rekabentuk dan Pembangunan Proses Perkhidmatan 38

7.4 Perolehan 40

7.5 Pengeluaran dan Penyediaan PPK 42

7.6 Kawalan ke atas Pemantauan dan Pengukuran Peralatan - Dikecualikan 44

SEKSYEN 8 - PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN 45

8.1 Am 45

8.2 Pemantauan dan Pengukuran 45

8.3 Kawalan Ke atas Ketidakpatuhan Produk 49

8.4 Analisis Data 49

8.5 Penambahbaikan 50

LAMPIRAN-LAMPIRAN

Lampiran 1 Senarai PK Proses Teras dan Senarai PK Proses Umum 52

Lampiran 2

Pengurusan

Senarai PK Proses Umum Sokongan 53

Page 4: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 4/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SENARAI INDUK EDARAN TERKAWAL

No. Salinan

Terkawal Pemegang Dokumen

01 Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (Pengurusan Tertinggi)

02 Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia (Wakil Pengurusan)

03 Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia (Timbalan Wakil Pengurusan)

04 Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar

(Timbalan Wakil Pengurusan)

05 Pengarah Institut Pendidikan Guru Perlis (Timbalan Wakil Pengurusan)

06 Pengarah Institut Pendidikan Guru Darulaman (Timbalan Wakil Pengurusan)

07 Pengarah Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim (Timbalan Wakil Pengurusan)

08 Pengarah Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang (Timbalan Wakil Pengurusan)

09 Pengarah Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun (Timbalan Wakil Pengurusan)

10 Pengarah Institut Pendidikan Guru Ipoh (Timbalan Wakil Pengurusan)

11 Pengarah Institut Pendidikan Guru Pendidikan Teknik (Timbalan Wakil Pengurusan)

12 Pengarah Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas (Timbalan Wakil Pengurusan)

13 Pengarah Institut Pendidikan Guru Bahasa Melayu (Timbalan Wakil Pengurusan)

14 Pengarah Institut Pendidikan Guru Bahasa Antarabangsa

(Timbalan Wakil Pengurusan)

15 Pengarah Institut Pendidikan Guru Pendidikan Islam (Timbalan Wakil Pengurusan)

16 Pengarah Institut Pendidikan Guru Raja Melewar (Timbalan Wakil Pengurusan)

17 Pengarah Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu

(Timbalan Wakil Pengurusan)

18 Pengarah Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn (Timbalan Wakil Pengurusan)

19 Pengarah Institut Pendidikan Guru Temenggong Ibrahim

(Timbalan Wakil Pengurusan)

20 Pengarah Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan

(Timbalan Wakil Pengurusan)

21 Pengarah Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan (Timbalan Wakil Pengurusan)

22 Pengarah Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail (Timbalan Wakil Pengurusan)

23 Pengarah Institut Pendidikan Guru Kota Bharu (Timbalan Wakil Pengurusan)

Page 5: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 5/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

No. Salinan

Terkawal Pemegang Dokumen

24 Pengarah Institut Pendidikan Guru Batu Lintang (Timbalan Wakil Pengurusan)

25 Pengarah Institut Pendidikan Guru Sarawak (Timbalan Wakil Pengurusan)

26 Pengarah Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (Timbalan Wakil Pengurusan)

27 Pengarah Institut Pendidikan Guru Rajang (Timbalan Wakil Pengurusan)

28 Pengarah Institut Pendidikan Guru Gaya (Timbalan Wakil Pengurusan)

29 Pengarah Institut Pendidikan Guru Kent (Timbalan Wakil Pengurusan)

30 Pengarah Institut Pendidikan Guru Keningau (Timbalan Wakil Pengurusan)

31 Pengarah Institut Pendidikan Guru Tawau (Timbalan Wakil Pengurusan)

32 Pengarah Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (Timbalan Wakil Pengurusan)

33 Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan (Timbalan Wakil Pengurusan)

34 Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan (Timbalan Wakil Pengurusan)

35 KPP Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme, IPGM

36 KPP Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar, IPGM

37 KPP Pusat Pembangunan Akademik, IPGM

38 KPP Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi, IPGM

39 KPP Unit Perkhidmatan dan Perjawatan, IPGM

40 KPP Unit Pentadbiran, IPGM

41 KPP Kewangan Pembangunan dan Aset, IPGM

42 KPP Jabatan ICT, IPGM

43 KPP Jabatan Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM

44 KPP Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan, IPGM

SENARAI EDARAN TERKAWAL INSTITUT PENDIDIKAN GURU

No. Salinan Terkawal

Pemegang Dokumen

1 Timbalan Pengarah (Pengerusi JK Pelaksana )

Ditetapkan mengikut keperluan Institut

TWP IPG hendaklah melantik pemegang dokumen mengikut keperluan untuk melaksanakan MS ISO 9001:2008

SEKSYEN 1

Page 6: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 6/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

PENGENALAN

1.1 Dokumen ini merupakan Manual Kualiti (MK) Institut Pendidikan Guru Malaysia dan

Institut Pendidikan Guru (IPGM dan IPG). Manual ini disediakan untuk memenuhi

pencapaian matlamat dan objektif IPGM dan IPG selaras dengan keperluan MS ISO

9001:2008. Manual ini menghuraikan Dasar Kualiti, Objektif Kualiti serta dasar dan

prinsip bagi pelaksanaan Sistem Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK)

IPGM dan IPG. MK ini disokong dengan Prosedur Kualiti (PK), Arahan Kerja (AK)

dan Dokumen Rujukan yang meliputi akta, pekeliling, peraturan dan garis panduan

yang berkaitan.

1.2 Tujuan manual ini adalah untuk:

1.2.1 menerangkan maklumat asas organisasi IPGM dan IPG;

1.2.2 menjelaskan Sistem Kualiti MS ISO 9001:2008 IPGM dan IPG yang

dilaksanakan dan;

1.2.3 menggarisi dasar dan prinsip bagi pelaksanaan setiap aktiviti bagi PPK.

1.3 MK ini mengandungi lapan seksyen seperti yang berikut:

Seksyen 1 - Pengenalan

Seksyen 2 - Maklumat Organisasi

Seksyen 3 - Skop dan Objektif Sistem Pengurusan Kualiti

Seksyen 4 - Sistem Pengurusan Kualiti

Seksyen 5 - Tanggungjawab Pengurusan

Seksyen 6 - Pengurusan Sumber

Seksyen 7 - Proses Perkhidmatan Pendidikan Keguruan

Seksyen 8 - Pengukuran, Analisis, dan Penambahbaikan

1.4 MK ini hanya terpakai dan berkuat kuasa setelah diluluskan oleh Rektor IPGM

sebagai Pengurusan Tertinggi (PT). MK ialah dokumen terkawal yang diedarkan

kepada pegawai-pegawai yang ditentukan oleh PT. Timbalan Rektor sebagai Wakil

Pengurusan (WP) dan Pengarah sebagai Timbalan Wakil Pengurusan (TWP)

bertanggungjawab menyimpan dan mengemas kini salinan MK ini mengikut arahan

yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Page 7: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 7/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

1.5 Mana-mana kandungan dalam dokumen ini tidak boleh dipinda tanpa kebenaran PT

atau WP. Setiap pindaan dalam dokumen ini perlu diluluskan oleh PT dan

direkodkan dalam rekod pindaan MK.

1.6 Pengedaran dokumen ini kepada organisasi luar dari IPGM dan IPG mestilah

mendapat kebenaran PT atau WP.

1.7 Terminologi dan Definisi

1.7.1 Senat ialah jawatankuasa tertinggi peringkat IPGM dan IPG bagi membuat

keputusan mengenai akademik.

1.7.2 Mesyuarat Profesional IPGM ialah mesyuarat jawatankuasa tertinggi

peringkat IPGM bagi membuat keputusan mengenai dasar dan pengurusan

akademik

1.7.3 Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru ialah mesyuarat jawatankuasa

tertinggi peringkat IPGM bagi membuat keputusan mengenai dasar,

pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran dan hal ehwal pelajar.

1.7.4 Mesyuarat Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (MPPP) peringkat IPG

membuat keputusan mengenai dasar, pengurusan akademik, pengurusan

kewangan, pengurusan pentadbiran dan hal ehwal pelajar.

1.7.5 Pelajar Kursus Praperkhidmatan merujuk kepada pelajar sepenuh masa

Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI), Program Ijazah Sarjana

Muda Perguruan (PISMP) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PPISMP).

1.7.6 Produk merujuk kepada pelajar kursus praperkhidmatan sepenuh masa dan

Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK).

1.7.7 Pentaksiran merujuk kepada penilaian akademik yang meliputi peperiksaan

dan kerja kursus.

1.7.8 Perkataan “Contoh” yang ditunjukkan dalam lampiran Prosedur Kualiti

bermaksud lampiran berkenaan digunakan sebagai panduan asas.

Pengubahsuaian boleh dilakukan dengan mengekalkan butiran-butiran asas

dalam lampiran berkenaan.

1.7.9 Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru (IPGM dan

IPG) merujuk kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), dan

kesemua Institut Pendidikan Guru (IPG).

Page 8: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 8/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SEKSYEN 2

MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 Pengenalan

IPGM dan IPG telah diberikan mandat untuk melaksanakan program Pendidikan

Keguruan Praperkhidmatan dan pada 2 Februari 2010. Senat telah diwujudkan bagi

membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.

Di samping melaksana program pendidikan keguruan praperkhidmatan, IPGM juga

bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan

(PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.

Pejabat IPGM beralamat di Aras1(W), Enterprise Building 3, Blok 2200, Jalan

Persiaran Apec, Cyber 6, 63000 CYBERJAYA.

Nama dan alamat IPG seperti yang berikut:

Bil Nama Institut Alamat Institut

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGKP)

Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis.

2 Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA)

Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah.

3 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH)

Jln. Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah.

4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP)

Bukit Coombe, 11700 Pulau Pinang.

5 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB)

Mengkuang, Kubang Semang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

6 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI)

31150 Hulu Kinta, Perak.

7 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT)

Jalan Yaakob Latif, 56000 Kuala Lumpur.

8 Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)

Jalan Yaakob Latif, 56000 Kuala Lumpur.

9 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM)

Lembah Pantai, 59200 K. Lumpur.

Page 9: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 9/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

10 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA)

Lembah Pantai, 59200 K. Lumpur.

11 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI)

Jln. Sg. Merab, Seksyen 12, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

12 Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM)

Beg Berkunci No. 43, Jln. Sikamat, 70990 Seremban, N. Sembilan.

13 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM)

Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka.

14 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO)

KM 7 ¾, Jln. Kluang, Karung Berkunci 524, 83009 Batu Pahat, Johor.

15 Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI)

Jln. Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor.

16 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA)

KM 10, Jln. Padang Tengku, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

17 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI)

Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.

18 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM)

Jalan Bukit Kluang, 22200 Besut, Terengganu.

19 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB)

Pengkalan Chepa, 16109 Kota Bharu, Kelantan.

20 Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya (IPGKG)

Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu, Sabah.

21 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent (IPGKKent)

Peti Surat 2, 89207 Tuaran, Sabah.

22 Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau (IPGKK)

Beg Berkunci 11, 89009 Keningau, Sabah.

23 Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT)

KM 36, Jalan Apas, Balung, Tawau, Sabah

24 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL)

Jln. Kolej, 93200 Kuching, Sarawak.

25 Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS)

Jln. Bakam, 98009 Miri, Sarawak.

26 Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR)

Jln. Dato Mohamad Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

27 Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang (IPGKR)

96509 Bintangor, Sarawak.

Page 10: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 10/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

2.2 Fungsi

IPGM dan IPG bertanggungjawab menguruskan PPK praperkhidmatan meliputi

aspek:

2.2.1 menyediakan dasar latihan dan perancangan pendidikan keguruan;

2.2.2 mengurus penempatan pelajar ke IPG;

2.2.3 mengurus pendaftaran, kebajikan, disiplin, dan program mentor mentee serta

konvokesyen;

2.2.4 merancang, membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan kurikulum;

2.2.5 merancang, mengurus, melaksana, dan memantau penggubalan item

pentaksiran;

2.2.6 merancang, mengurus, melaksana, dan memantau pentadbiran peperiksaan;

2.2.7 mengurus penganugerahan sijil, diploma dan ijazah bagi pelajar yang

berjaya menamatkan pengajian;

2.2.8 merancang, melaksana dan memantau latihan pembangunan staf;

2.2.9 merancang dan melaksana program peningkatan akademik dan

profesionalisme guru;

2.2.10 merancang pembangunan, penyenggaraan infrastruktur dan infostruktur;

2.2.11 merancang dan menyokong pelaksanaan program teknologi maklumat dan

komunikasi;

2.2.12 merancang, mengurus dan mengawal selia agihan peruntukan serta

memantau peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan

pembangunan;

2.2.13 merancang, mengurus dan melaksana pemantauan keseluruhan program

pendidikan keguruan secara berterusan;

2.2.14 merancang dan melaksana aktiviti penyelidikan dan inovasi;

2.2.15 mengurus perkhidmatan kaunseling pentadbiran;

2.2.16 merancang, melaksana dan memantau program keutuhan;

2.2.17 mengurus perkhidmatan perjawatan pegawai ikhtisas dan staf;

2.3 Falsafah, Visi, dan Misi

2.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk

mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

Page 11: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 11/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

2.3.2 Falsafah Pendidikan Guru

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang

bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

2.3.3 Visi

IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

2.3.4 Misi

Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program

pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf

dunia.

2.4 Piagam Pelanggan

Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru (IPGM

dan IPG) dengan tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan

usaha kami untuk:

2.4.1 memaklumkan penempatan pemohon yang berjaya mengikuti pengajian di

IPG dalam tempoh 10 hari bekerja selepas senarai pemohon tersebut

diterima dari organisasi berkaitan.

2.4.2 memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mematuhi kurikulum

pendidikan guru.

2.4.3 memaklumkan keputusan peperiksaan akhir program / kursus dalam tempoh

tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat Senat.

2.4.4 menganugerahkan Ijazah atau Diploma kepada lulusan dalam tempoh enam

(6) bulan selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.

Page 12: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 12/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

2.4.5 memastikan guru baharu lulusan IPGM memenuhi 92% kehendak sekolah

dari aspek kualiti diri, kemahiran dalam pengajaran-pembelajaran, kebolehan

mengurus kokurikulum, dan kemampuan mengurus tugas-tugas di sekolah.

2.4.6 mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari

bekerja.

2.5 Pelanggan

2.5.1 Pelanggan organisasi ialah sekolah dan institusi pendidikan di bawah

Kementerian Pelajaran Malaysia;

2.5.2 Pelanggan operasi ialah pelajar sepenuh masa PDPLI, PISMP termasuk

kursus persediaan (PPISMP); dan

2.5.3 Stake holder terdiri daripada Menteri Pelajaran dan Jemaah Menteri.

2.6 Struktur Organisasi

2.6.1 Struktur Organisasi Operasi Pengurusan IPGM

Struktur Organisasi Operasi Pengurusan IPGM adalah seperti dalam Rajah 1

Page 13: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 13/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

CARTA ORGANISASI OPERASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Rajah 1: Struktur Organisasi Operasi Pengurusan IPGM

PENGARAH PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN,

PEMBANGUNAN & INOVASI

KETUA JABATAN JABATAN KEPIMPINAN

PEMBANGUNAN & PROFESIONALISME

PENGARAH SEKTOR HAL-EHWAL PELAJAR DAN

HUBUNGAN LUAR

KETUA JABATAN JABATAN PENGURUSAN KUALITI DAN KEUTUHAN

PENGARAH SEKTOR

KHIDMAT PENGURUSAN

REKTOR

TIMBALAN REKTOR

Page 14: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 14/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

2.6.1.1 Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar IPGM

bertanggungjawab menyelaras dan memantau:

i. Jabatan Hal Ehwal Pelajar

ii. Jabatan Pengurusan dan Penempatan Pelajar

iii. Jabatan Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan

iv. Jabatan Pengurusan Ekstra Kokurikulum

2.6.1.2 Pusat Pembangunan Akademik IPGM bertanggungjawab

menyelaras dan memantau:

i. Sektor Sains Kognitif

ii. Sektor Sains Sosial dan Kemanusiaan

iii. Jabatan Peperiksaan dan Penganugerahan

iv. Unit Pengajian Profesional

2.6.1.3 Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi IPGM pula

bertanggungjawab menyelaras dan memantau:

i. Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

ii. Jabatan Pengoperasian Dasar Operasi

2.6.1.4 Sektor Khidmat Pengurusan IPGM pula bertanggungjawab

menyelaras dan memantau:

i. Unit Kewangan

ii. Unit Pentadbiran

iii. Unit Pembangunan dan Aset

iv. Unit Perjawatan

2.6.1.5 Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme yang

diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah diletakkan terus

di bawah tanggungjawab Timbalan Rektor IPGM.

i. Unit Pembangunan dan Kepimpinan

ii. Unit Kompetensi dan Kerjaya

iii. Unit Pembangunan Kejurulatihan

Page 15: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 15/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

2.6.1.6 Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan diketuai oleh seorang

Ketua Jabatan diletakkan terus di bawah tanggungjawab Timbalan

Rektor IPGM.

i. Unit Pengurusan Kualiti dan Keutuhan

ii. Unit Inovasi dan Kreativiti

2.6.1.7 Semua IPG diselia dan dipantau oleh IPGM melalui seorang

Timbalan Rektor, Pengarah Pusat/Sektor dan Ketua Jabatan

berkenaan. Setiap IPG diketuai oleh seorang Pengarah yang

dibantu oleh Timbalan Pengarah. Struktur khusus organisasi IPG

terdapat dalam buku perancangan tahunan institut masing-

masing.

2.6.1.8 Keputusan MPPP IPG dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan

dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru Malaysia untuk

dilaksanakan oleh semua IPG.

Page 16: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 16/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SEKSYEN 3

SKOP DAN OBJEKTIF SISTEM PENGURUSAN KUALITI

3.1 Skop Pelaksanaan

Sistem pengurusan kualiti yang dilaksanakan oleh IPGM dan IPG ialah Perkhidmatan

Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah

(PDPLI) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Persediaan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

3.2 Dasar Kualiti

Dasar kualiti IPGM dan IPG ialah:

"menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) secara profesional, cekap

dan berkesan untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik selaras

dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.”

Dasar ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi penyemakan objektif

kualiti bagi memberikan ruang kepada usaha penambahbaikan yang berterusan

dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan

meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar ini akan disebarkan melalui

saluran komunikasi yang sedia ada kepada setiap warga organisasi untuk difahami

dan dihayati.

3.3 Objektif Kualiti

Objektif Kualiti IPGM dan IPG terbahagi kepada dua iaitu:

3.3.1 Objektif Organisasi:

3.3.1.1 Memastikan 100% calon yang mendaftar untuk mengikuti kursus

perguruan di IPG memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas

seperti yang ditetapkan.

3.3.1.2 Memastikan penempatan calon dibuat berdasarkan bidang

keutamaan dan kemampuan IPG seperti yang ditetapkan dalam

surat tawaran.

Page 17: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 17/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

3.3.1.3 Menyediakan program latihan perguruan yang memenuhi 100%

keperluan unjuran.

3.3.1.4 Memastikan tahap kepuasan pelanggan terhadap latihan

keguruan dan prestasi produk dalam tempoh yang ditetapkan

mencapai 92%.

3.3.2 Objektif Operasi bagi Pusat/Sektor/Jabatan di IPGM:

3.3.2.1 Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi memastikan:

i. Penilaian Aktiviti Perancangan Tahunan IPGM dilaksanakan

sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

ii. Perancangan Tahunan IPGM disediakan sekurang-kurangnya

tiga (3) bulan sebelum tahun akademik bermula.

iii. 100% penyelidikan yang dijalankan berkaitan dengan

keperluan/ penilaian program IPGM dan IPG dapat

disempurnakan.

3.3.2.2 Pusat Pembangunan Akademik memastikan:

i. kurikulum pendidikan guru disiapkan dalam tempoh masa

sebulan sebelum pelaksanaan program.

ii. pemantauan keberkesanan pelaksanaan kurikulum dijalankan

sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh pelaksanaan

program yang berikut:

a) PDPLI (satu tahun setengah)

b) PPISMP (satu tahun setengah)

c) PISMP (empat tahun)

iii. keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,

kokurikulum, dan kepuasan bimbingan amalan profesional

dari IPG mencapai sekurang-kurangnya skor min 4.5.

3.3.2.3 Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar memastikan :

i. proses pendaftaran dan minggu pengurusan pelajar baharu

serta pelaksanaan program mentor mentee dilaksanakan

mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Page 18: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 18/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

ii. keberkesanan pelaksanaan pendaftaran dan minggu

pengurusan pelajar baharu dan program mentor mentee

mencapai tahap yang ditetapkan.

iii. semua kes disiplin, tata tertib dan rayuan diambil tindakan

mengikut peraturan IPG dan peraturan dalam Akta 174.

3.3.2.4 Sektor Khidmat Pengurusan memastikan:

i. 85% daripada perjawatan IPGM dan IPG mengikut

peruntukan ABM B41 diisi.

ii. pemantauan pengurusan kewangan dan sumber manusia

secara berkala sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun bagi

memastikan IPG mematuhi peraturan sedia ada.

iii. mesyuarat penyelarasan pembangunan sumber manusia

diadakan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun.

iv. mesyuarat berkala ke atas pengurusan kewangan,

pembangunan dan aset diadakan empat (4) kali setahun.

v. pemantauan berkala ke atas keselamatan bangunan dan

fizikal pejabat dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali

setahun.

vi. prestasi perbelanjaan pada akhir tahun mencapai tahap

varian yang ditetapkan iaitu 5% sebagaimana yang

dipersetujui di peringkat KPM.

vii. wujudnya pangkalan data pengurusan sumber manusia,

pembangunan, aset dan kewangan yang lengkap, tepat dan

kemas kini.

viii. urusan kewangan, pembangunan infrastruktur dan perolehan

aset 27 IPG mematuhi arahan perbendaharaan dan peraturan

kewangan yang ditetapkan.

ix. 95% alatan ICT yang dibeli pada tahun semasa sedia untuk

menyokong pengajaran pembelajaran serta penyelidikan dan

penerbitan.

x. 95% maklumat dan data berkaitan dengan pendidikan Guru

Pra Perkhidmatan di IPG dikemaskini setiap bulan.

Page 19: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 19/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

3.3.2.5 Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme

memastikan:

i. 90% daripada perancangan latihan pembangunan staf adalah

berdasarkan kepada Analisis Keperluan Latihan.

ii. 90% daripada Latihan Pembangunan Staf yang dirancang

dilaksanakan dengan mengambil kira LPS tambahan.

3.3.2.6 Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan memastikan:

i. Memastikan semua prosedur berkaitan SPK dilaksana,

dikawal dan direkod mengikut piawaian, prosedur dan

peraturan yang telah ditetapkan.

3.4 Objektif Operasi IPG ialah memastikan

3.4.1 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.

3.4.2 pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 4.5 terhadap

penilaian proses pendaftaran dan minggu pengurusan pelajar baharu yang

dilaksanakan.

3.4.3 pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 4.5 terhadap

penilaian pelaksanaan program mentor mentee.

3.4.4 100% pelajar mematuhi disiplin dan peraturan yang terkandung dalam AKTA

174.

3.4.5 pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 4.5 terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan bimbingan dalam amalan

profesional.

3.4.6 sekurang-kurangnya 99% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus.

3.4.7 semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja

selepas aduan diterima.

3.4.8 elaun pelajar dibayar dalam tempoh 10 hari pertama bekerja bulan berkenaan

dengan syarat peruntukan diterima daripada IPGM kecuali bulan Januari.

3.5 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti

Pelaksanaan sistem pengurusan kualiti meliputi proses teras SPK yang bermula

daripada penetapan program latihan pelajar praperkhidmatan hingga setelah satu (1)

tahun pelajar ditempatkan di sekolah.

Page 20: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 20/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

PETA PROSES PENGURUSAN PPK

3.6 Struktur Sistem Pengurusan Kualiti

Perancangan Tahunan

Mula

Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

Pengurusan Kurikulum

Pelaksanaan Pentaksiran &

Penilaian

Pengurusan Peperiksaan

Maklumat Penempatan

6.1, 7.1,7.2.1, 7.2.2 PT-02

4.2.4,7.2.3, 7.5.4, 8.3

PT-03, PUP-11,PUP-07

4.2.3, 4.2.4, 7.1, 7,2,1, 6.4, 8.2.4, 8.3 PT-05

4.2.4,7.2.2, 7.5.3, 7.6, 8.2.4,

8.3 PT-06

4.2.4,7.2.2, 7.5.3, 7.6, 8.2.4, 8.3 PT-07, PUP-07

7.5.3, 7.5.5

Analisis dan Penambahbaikan

8.4, 8.5

PUP-02

Pelanggan organisasi

Maklum Balas Pelanggan

Pengurusan Aset, Penyelenggaraan Infrastruktur , Perolehan, ABM, Elaun Pelajar

6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 7.4.1 ,7.5.5, 8.3 PT-08,PT-09 PUP-05,06, 08,09,10,

PUS-03

Kawalan Kualiti

Penggubalan Kurikulum

8.2.1 PUP-04

Audit Dalaman

8.2.2 PUP-03

MKSP 5.6, PUP-01

Am: 4.1, 4.2, 5.1, 5.5, 8.1

7.3 PT-04

Page 21: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 21/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

3.6.1 SPK diuruskan oleh Majlis Kualiti Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut

Pendidikan Guru (MKI IPGM dan IPG). Majlis ini diketuai oleh Pengurusan

Tertinggi (PT) iaitu Rektor. Beliau dibantu oleh Wakil Pengurusan (WP) iaitu

Timbalan Rektor. WP (IPGM) iaitu Timbalan Rektor dan dibantu oleh Pengarah

Pusat/ Sektor sebagai Timbalan Wakil Pengurusan (TWP). Struktur MKI IPGM

dan IPG adalah seperti dalam Rajah 2.

3.6.2 Majlis ini bertanggungjawab merancang, menentukan skop, dan hala tuju,

memberikan bimbingan dan galakan, menyediakan pemudah cara serta

menilai pelaksanaan sistem kualiti IPGM dan IPG secara berterusan. Majlis ini

juga bertanggungjawab memastikan semua proses dalam SPK IPGM dan IPG

dilaksanakan sepenuhnya. WP bertanggungjawab memastikan dasar kualiti

IPGM dan IPG dilaksanakan selaras dengan Falsafah, Visi, Misi dan piagam

pelanggan bagi mencapai objektif dan dasar kualiti IPGM dan IPG.

3.6.3 Semua ahli dalam MKI IPGM dan IPG diberi pendedahan dan latihan dari

semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan seterusnya

pembudayaan kualiti berasaskan keperluan MS ISO 9001:2008.

3.6.4 Majlis ini mengelolakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) sekali

setahun dan semua keputusan mesyuarat ini didokumenkan.

3.6.5 Penyemakan semula dokumen kualiti diadakan dari semasa ke semasa

mengikut keperluan.

3.6.6 Di peringkat IPG, Majlis Kualiti IPG (MKI IPG) dibentuk untuk melicinkan

pelaksanaan SPK IPG. Majlis ini diketuai oleh TWP (IPG) iaitu Pengarah yang

dibantu oleh Pengerusi Pasukan Pelaksana (PPP) iaitu Timbalan Pengarah.

Struktur MKI IPG ini adalah seperti dalam Rajah 3.

3.7 Majlis Kualiti IPGM dan IPG

Page 22: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 22/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

Rajah 2: Majlis Kualiti Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru

(MKI IPGM dan IPG)

TWP

KJ JKPP

TWP PENGARAH

SHEPHL

PEMEGANG PK

TWP PENGARAH

SKP

PENGURUSAN TERTINGGI REKTOR

WAKIL PENGURUSAN TIMBALAN REKTOR

TWP

KJ JPKK

SEKRETARIAT KPP JPKK

JK BIMBINGAN & PEMANTAUAN

KPP JKPP

JK AUDIT DALAMAN KPP JPKK

JK MAKLUM BALAS PELANGGAN

KPP PPPI

TWP PENGARAH

IPG

(27 IPG)

PENGERUSI

KJ JPKK

PASUKAN PELAKSANA (PP)

JK DOKUMENTASI

KPP JPKK

JK KAWALAN KE ATAS PRODUK YANG TIDAK MEMENUHI STANDARD

KPP SHEPHL

TWP PENGARAH

PPA

TWP PENGARAH

PPPI

JK PENAMBAHBAIKAN KPP PPA

JK ADUAN PELANGGAN KPP SHEPHL

Page 23: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 23/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

3.8 Majlis Kualiti Institut Pendidikan Guru (MKI IPG)

Rajah 3: Majlis Kualiti Institut Pendidikan Guru (MKI IPG)

PENGERUSI JK KAWALAN KE ATAS PRODUK YANG TIDAK

MEMENUHI STANDARD

TIMBALAN WAKIL PENGURUSAN PENGARAH

PENGERUSI PASUKAN PELAKSANA

TIMBALAN PENGARAH

PENGERUSI JK AUDIT DALAMAN

PENGERUSI SEKRETARIAT

PENGERUSI JK DOKUMENTASI

PENGERUSI JK BIMBINGAN DAN PEMANTAUAN

PENGERUSI JK MAKLUM BALAS PELANGGAN

PENGERUSI JK PENAMBAHBAIKAN

PENGERUSI JK ADUAN PELANGGAN

KETUA JABATAN/ UNIT

PEMEGANG PK

Page 24: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 24/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SEKSYEN 4

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

4.1 Dasar Sistem Pengurusan Kualiti IPGM dan IPG

IPGM dan IPG menguruskan SPK yang didokumenkan. SPK ini perlu dipatuhi dalam

pelaksanaan proses PPK untuk pelajar praperkhidmatan Program Diploma Perguruan

Lepas Ijazah (PDPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program

Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

Bagi memenuhi komitmen di atas, IPGM dan IPG perlu :

i. menentukan semua proses terangkum dalam SPK dan organisasi;

ii. menentukan turutan dan interaksi antara proses melalui pemetaan carta alir;

iii. menentukan kriteria dan kaedah bagi memastikan operasi dan kawalan ke atas

proses adalah berkesan;

iv. memastikan sumber dan maklumat disediakan untuk menyokong operasi dan

kawalan ke atas proses;

v. memantau, mengukur dan menganalisis proses tersebut;

vi. melaksanakan tindakan yang perlu bagi memastikan pencapaian matlamat yang

dirancang dan membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas proses.

Bagi proses yang menggunakan khidmat luar, IPGM dan IPG mewujudkan kaedah

kawalan yang sewajarnya selaras dengan keperluan standard.

Bagi memastikan SPK terlaksana sebagaimana yang dirancang, Pengurusan Tertinggi

bertanggungjawab :

i. menentukan dan mendokumenkan semua proses dan objektif di pelbagai

peringkat dan fungsi. Prosedur bagi setiap proses dikenal pasti, diwujudkan dan

dilaksanakan dengan mematuhi keperluan standard MS ISO 9001:2008; dan

ii. menyesuaikan SPK dengan perubahan dalam organisasi apabila diperlukan

melalui pindaan dokumen kualiti yang terlibat dalam sistem dengan mematuhi

Prosedur Kawalan Dokumen Kualiti (IPGM-PPK-PUS-02).

Page 25: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 25/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

4.2 Struktur Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti

4.2.1 Struktur Dokumentasi

SPK dilaksana berteraskan dokumen kualiti yang terdiri daripada Manual

Kualiti (MK), Prosedur Kualiti (PK), Arahan Kerja (AK), Dokumen Rujukan

dan Rekod Kualiti untuk menyediakan PPK. Struktur Dokumentasi SPK IPGM

dan IPG adalah seperti dalam Rajah 4.

4.2.1.1 Manual Kualiti (MK)

Manual Kualiti merupakan dokumen utama yang menjelaskan

struktur organisasi, huraian sistem kualiti, dasar dan prinsip

pelaksanaan sistem kualiti.

4.2.1.2 Prosedur Kualiti (PK)

PK ialah dokumen yang menjelaskan turutan proses kerja bagi

setiap aktiviti untuk melaksanakan sistem kualiti dan staf yang

bertanggungjawab menyediakan dan melaksanakan tindakan

tersebut.

PK terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

i. PK Proses Teras; dan ( Rujuk Lampiran 1)

ii. PK Proses Umum iaitu PK Proses Umum Pengurusan dan PK

Proses Umum Sokongan. (Rujuk Lampiran 1 dan 2)

4.2.1.3 Arahan Kerja (AK)

Dokumen ini menjelaskan secara terperinci tindakan/proses kerja

dalam PK.

4.2.2 Dokumen Rujukan

Dokumen Rujukan ialah dokumen yang dirujuk atau diguna pakai dalam

sistem kualiti yang berkaitan seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Pekeliling, Arahan, Garis Panduan, Borang dan semua rujukan luaran yang

sedang berkuat kuasa.

Rekod Kualiti yang berkaitan adalah seperti yang tercatat dalam prosedur

kualiti.

Page 26: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 26/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

Manual Kualiti

4.2.3 Manual Kualiti (MK)

i. MK dijadikan panduan pelaksanaan sistem kualiti selaras dengan

keperluan MS ISO 9001:2008. Dokumen ini disediakan oleh WP dan

digunakan setelah diluluskan oleh PT.

ii. MK mengandungi prosedur yang didokumenkan, rujukan prosedur dan

penerangan mengenai hubungan dan kaitan antara proses-proses dalam

SPK IPGM dan IPG.

4.2.4 Kawalan ke Atas Dokumen

TWP Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggungjawab menentukan

pemegang dokumen kualiti dalam Senarai Induk Edaran Terkawal di peringkat

IPGM dan IPG.

Dokumen kualiti yang perlu dikawal ialah MK, PK, AK dan dokumen yang

diwujudkan dalam SPK (seperti Sukatan Pelajaran / Proforma dan Garis

Panduan Peperiksaan). Rekod yang berkaitan dengan dokumen dikawal

mengikut keperluan Standard 4.2.4 MS ISO 9001:2008.

Rajah 4: Struktur Dokumentasi SPK IPGM dan IPG

Meluluskan - PT (REKTOR) Menyediakan – WP (T.REKTOR)

Meluluskan - PT Menyedia dan melaksanakan - PP

Semua staf yang berkaitan Dokumen Rujukan

MK Dokumen Dasar

Dokumen Pengurusan dan Operasi

Dokumen yang Menyokong Sistem Kualiti

PK dan AK

Rekod Kualiti Semua staf yang berkaitan Rekod yang Menyokong Sistem Kualiti

TANGGUNGJAWAB PENERANGAN

Page 27: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 27/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

Kawalan dokumen kualiti dilaksanakan mengikut butiran berikut:

4.2.4.1 Kelulusan dokumen sebelum diedarkan

Sebarang cadangan pindaan MK, PK dan AK perlulah

dikemukakan melalui Sekretariat Majlis Kualiti IPGM. Pindaan

dalam MK, PK, dan AK perlu mendapat kelulusan Pengurusan

Tertinggi. No. Keluaran dokumen kualiti akan hanya berubah

setelah berlaku lima (5) kali pindaan.

i. MK, PK, AK dan dokumen SPK lain yang perlu diedarkan oleh

pemegang dokumen kepada staf dalam jabatan/ unit dicap

“SALINAN TERKAWAL”. Satu salinan senarai edaran salinan

MK/PK/ AK perlu disediakan. Senarai ini dikemas kini apabila

berlaku perubahan ke atas status berkenaan.

ii. Dokumen luaran yang ditentukan oleh organisasi bagi

perancangan dan operasi sistem pengurusan kualiti tidak

dikawal kerana ia boleh diperoleh daripada pelbagai sumber.

iii. Satu senarai induk yang mengandungi semua dokumen kualiti

yang digunakan dalam Sistem Kualiti serta status terkininya

disediakan. Senarai ini dikemas kini apabila berlaku perubahan

ke atas status berkenaan.

iv. PD IPGM mengedarkan satu salinan CD dokumen kualiti

kepada semua IPGM dan IPG. PD IPG menyediakan satu

salinan CD bagi setiap Pegawai Dokumen Jabatan/Unit

(PDJ/PDU).

v. Semua PD menyimpan satu salinan dokumen kualiti dalam

bentuk CD dan bercetak.

vi. Dokumen kualiti yang perlu diedarkan kepada pihak luar selain

daripada pemegang yang disenaraikan adalah Dokumen Tidak

Terkawal dan dicop di kulit luar sebagai "UNTUK RUJUKAN

SAHAJA". Dokumen tersebut tidak terlibat dalam sebarang

pindaan untuk dikemas kini.

Page 28: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 28/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

4.2.4.2 Mengkaji semula dan mengemas kini di mana perlu serta

meluluskannya.

i. Setiap staf boleh memberikan cadangan pindaan kepada

dokumen kualiti. Cadangan ini mesti dikemukakan kepada WP

atau TWP dengan menggunakan borang yang disediakan.

ii. PD IPGM dan IPG bertanggungjawab menyediakan salinan

dokumen yang cukup dan mengedarkannya kepada penama

dalam Senarai Induk Edaran Terkawal dan Senarai Edaran

Terkawal IPGM dan IPG.

4.2.4.3 Mengenal pasti perubahan dan status dokumen terkini yang

diguna pakai

i. Setiap keluaran dokumen kualiti baharu, diberikan rujukan

identifikasi dan dicatat nombor keluaran, nombor pindaan dan

tarikh berkuat kuasa. Pemegang dokumen dan nombor salinan

pemegang dikenal pasti melalui Senarai Induk Edaran Terkawal

dan Senarai Edaran Terkawal IPGM dan IPG. Senarai Induk

Edaran Terkawal akan diselenggarakan oleh PD. Dokumen

kualiti (MK, PK, AK dan dokumen SPK lain) akan diedarkan

dalam bentuk CD atau salinan bercetak hardcopy yang terkawal.

ii. Jika dokumen kualiti (MK, PK dan AK) dipinda, nombor pindaan

dan tarikh kuat kuasa baharu hendaklah dicatat. Bagi dokumen

baharu, nombor keluaran baharu dan tarikh kuat kuasa juga

perlu dicatat. Apabila berlaku pindaan atau keluaran baru,

semua dokumen lama dilupuskan.

iii. Pemegang Proses atau pegawai yang diarahkan,

bertanggungjawab mengemas kini pindaan ke atas dokumen.

Semua pindaan yang dibuat dicatat dalam Rekod Pindaan.

iv. Memastikan versi dokumen terkini yang berkaitan sedia ada bila

diperlukan;

v. Memastikan dokumen mudah dibaca dan dikenal pasti pada

bila-bila masa.

Page 29: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 29/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

vi. Memastikan dokumen kualiti yang dikenal pasti itu direkodkan

dalam senarai induk dokumen kualiti dan satu salinan dokumen

ditempatkan di lokasi yang mudah dirujuk.

vii. Memastikan dokumen luaran yang berkaitan SPK dikenal pasti

dan pengedarannya dikawal.

viii. Menghalang penggunaan dokumen usang dan dokumen ini

perlu ditandakan, sekiranya disimpan untuk sebarang tujuan.

ix. PD bertanggungjawab memasukkan semua pindaan dan

mengeluarkan dokumen yang tidak terpakai serta

melupuskannya.

Dokumen yang Berkaitan

IPGM-PPK-PUS-02 Kawalan Dokumen Kualiti

4.2.5 Kawalan Rekod

i. Rekod dan tempoh penyimpanannya dikenal pasti dalam setiap prosedur

kualiti;

ii. Tatacara bagi mengawal, mengenal pasti, menyimpan, mendapatkan

semula dan melupuskan rekod didokumenkan dalam Prosedur Kawalan

Rekod; dan

iii. Jika rekod disimpan secara elektronik, satu sistem sokongan bagi rekod

berkenaan diwujudkan.

Dokumen yang Berkaitan

IPGM-PPK-PUS-01 Kawalan Rekod

Page 30: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 30/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SEKSYEN 5

TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

5.1 Komitmen Pengurusan

Rektor terlibat secara langsung dalam pelaksanaan SPK IPGM dan IPG berdasarkan

visi dan misi IPGM dan IPG. Bagi memantapkan pengurusan, komitmen Rektor

adalah seperti berikut:

5.1.1 Menyampaikan kepada semua warga kerja mengenai pentingnya bagi

organisasi memenuhi kehendak pelanggan serta mematuhi keperluan

peraturan serta perundangan

5.1.2 Mewujudkan dasar kualiti;

5.1.3 Mewujudkan objektif-objektif kualiti;

5.1.4 Menjalankan Kajian Semula Pengurusan; dan

5.1.5 Memastikan sumber yang perlu disediakan.

5.2 Fokus kepada Pelanggan

Rektor memastikan kehendak semasa dan jangkaan pelanggan dikenal pasti dan

diterjemahkan kepada standard dan objektif kualiti.

5.2.1 Memastikan keperluan pelanggan dikenal pasti dan dipenuhi bagi

meningkatkan kepuasan pelanggan;

5.2.2 Menyediakan piagam pelanggan; dan

5.2.3 Menilai tahap kepuasan pelanggan melalui maklum balas pelanggan dan kajian

tahap kepuasan pelanggan.

5.3 Dasar Kualiti

Rektor menggubal dasar kualiti bagi IPGM dan IPG seperti yang dinyatakan di para

3.2 manual ini.

5.4 Perancangan

5.4.1 Objektif Kualiti

Rektor menggubal objektif kualiti bagi IPGM dan IPG seperti yang dinyatakan

di para 3.3 manual ini.

Page 31: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 31/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

5.4.2 Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti

Rektor memastikan:

i. Perancangan SPK diwujudkan dan dilaksanakan untuk memenuhi

keperluan pelanggan seperti mana mengikut objektif kualiti yang telah

ditetapkan; dan

ii. Keutuhan SPK tidak akan berubah walaupun berlakunya perubahan

dalam pengurusan sama ada yang dirancang atau tidak.

5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi

5.5.1 Tanggungjawab dan Kuasa

Rektor menentukan setiap staf mempunyai tanggungjawab dan kuasa

sebagaimana yang ditetapkan dalam senarai tugas dan pekeliling yang

berkaitan. Rektor juga menentukan setiap anggota mengetahui

tanggungjawab dan kuasa mereka dan hubung kaitnya dengan bidang dan

tanggungjawab anggota lain dalam organisasi IPGM dan IPG.

5.5.2 Wakil Pengurusan

Rektor melantik Timbalan Rektor sebagai WP. Tanggungjawab WP adalah untuk:

i. mewujudkan, melaksanakan, dan mengurus SPK;

ii. melaporkan kepada Rektor tentang prestasi SPK dan sebarang keperluan

penambahbaikan sistem tersebut;

iii. memastikan tahap kesedaran dan komitmen staf IPGM dan IPG terhadap

kepentingan memenuhi keperluan pelanggan secara berterusan; dan

iv. berurusan dengan semua pihak luar mengenai perkara-perkara yang

berkaitan dengan SPK IPGM dan IPG.

Rektor juga melantik semua Pengarah IPGM dan IPG sebagai TWP untuk

membantu WP melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan di

atas.

Page 32: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 32/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

5.5.3 Komunikasi Dalaman

WP dan TWP menyampaikan maklumat mengenai keberkesanan

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti kepada semua staf organisasi, yang

melalui mesyuarat, perhimpunan, buletin, e-mel, laman web dan kaedah lain

yang ditetapkan.

5.6 Kajian Semula Pengurusan

5.6.1 Am

Rektor bertanggungjawab untuk:

5.6.1.1 mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) setiap

tahun bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti IPGM dan IPG

terus sesuai dan berkesan. Kajian semula ini hendaklah juga

meliputi penilaian ke atas peluang-peluang penambahbaikan dan

keperluan membuat perubahan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti

berkenaan termasuk perubahan ke atas dasar serta objektif kualiti;

5.6.1.2 menentukan keanggotaan MKSP seperti dalam Rajah 2;

5.6.1.3 merekodkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat dan Wakil

Pengurusan adalah bertanggungjawab untuk memastikan tindakan

susulan ke atas keputusan mesyuarat diambil; dan

5.6.1.4 mengurus semua rekod yang berkaitan.

5.6.2 Input dan Agenda Kajian Semula Pengurusan

Input dan agenda MKSP hendaklah meliputi maklumat yang berikut:

i. Laporan Audit Dalaman

ii. Laporan Maklum Balas Kepuasan Pelanggan

iii. Laporan Aduan Pelanggan

iv. Laporan Kawalan Ke Atas Produk Yang Tidak Memenuhi Standard

v. Laporan Perubahan Yang Memberi Kesan Kepada SPK IPGM & IPG

vi. Laporan Bimbingan dan Pemantauan

vii. Laporan Cadangan Penambahbaikan

viii. Laporan Pencapaian Dasar dan Objektif Kualiti

Page 33: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 33/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

5.6.3 Output Kajian Semula Pengurusan

Output MKSP sepatutnya meliputi keputusan dan tindakan yang berkaitan

dengan:

i. peningkatan keberkesanan SPK dan prosesnya;

ii. peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan;

iii. sumber yang diperlukan; dan

WP dan TWP bertanggungjawab memastikan output MKSP diminitkan dan

tindakan susulan diambil ke atas semua keputusan tersebut.

Dokumen yang berkaitan ialah:

IPGM-PPK-MK-01 Manual Kualiti

IPGM-PPK-PUP-02 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan

Penambahbaikan

IPGM-PPK-PUP-03 Audit Dalaman

IPGM-PPK-PUP-04 Maklum Balas Pelanggan

Page 34: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 34/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SEKSYEN 6 PENGURUSAN SUMBER

6.1 Bekalan Sumber

IPGM dan IPG menentukan dan menyediakan sumber yang diperlukan termasuk

sumber kewangan dan manusia iaitu perjawatan, latihan, maklumat, peralatan,

sumber pengajaran dan pembelajaran, persekitaran kerja, dan infrastruktur untuk;

6.1.1 Melaksana dan mengurus SPK dan sentiasa meningkatkannya secara

berterusan

6.1.2 Meningkatkan kepuasan pelanggan mengikut keperluannya. Pertimbangan

harus diberikan kepada pembekalan yang berkesan, cekap dan menepati

masa.

Dokumen yang berkaitan ialah:

IPGM-PPK-PT-02 Perancangan Tahunan

IPGM-PPK-PUP-06 Penyenggaraan Infrastruktur

IPGM-PPK-PUP-08 Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan

IPGM-PPK-PUP-09 Pengurusan Aset

IPGM-PPK-PUP-10 Perolehan

6.2 Sumber Manusia

6.2.1 Am

IPGM dan IPG sentiasa memastikan semua staf terdiri daripada anggota

yang berkelayakan, cekap, mahir, berpengalaman dan terlatih untuk memberi

kesan keakuran kepada keperluan produk. Pengurusan IPGM dan IPG akan

menentukan keperluan latihan adalah selaras dengan matlamat dan objektif

kualiti serta semua keperluan sumber manusia akan dirancang mengikut

kaedah yang ditetapkan.

6.2.2 Kompetensi, Latihan dan Kesedaran

IPGM dan IPG akan:

i. memastikan semua staf mempunyai kelayakan dan kompetensi yang

diperlukan.

Page 35: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 35/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

ii. mengenalpasti kakitangan yang terlibat diberi latihan dalam bidang-

bidang yang diperlukan dan akan mengambil langkah-langkah perlu

seperti memberi pendedahan kerja kepada kakitangan untuk

meningkatkan kemahiran dan kesedaran bagi kepuasan pelanggan;

iii. menilai keberkesanan latihan yang diberikan di (a) dan (b) di atas.

iv. memastikan staf IPGM dan IPG mempunyai kesedaran yang tinggi dan

memberi keutamaan dalam pencapaian Objektif Kualiti IPGM dan IPG.

v. mengemaskini dan menyimpan rekod latihan dan kompetensi.

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PUS-01 Kawalan Rekod

IPGM-PPK-PUS-03 Latihan Pembangunan Staf

6.3 Infrastruktur

IPGM dan IPG bertangggungjawab untuk menentukan, menyedia, dan mengurus

infrastruktur yang diperlukan bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditetapkan

dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) tidak terjejas.

Infrastruktur meliputi:

6.3.1 bangunan, tempat dan ruang kerja dan kemudahan yang berkaitan seperti

dewan, bilik kuliah, makmal, bengkel pengajaran dan pembelajaran, asrama,

pusat sumber, gelanggang sukan dan sebagainya;

6.3.2 peralatan, perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk menjalankan

tugas;

6.3.3 perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan dan komunikasi atau sistem

maklumat.

Dokumen yang berkaitan :

IPGM-PPK-PT-06 Pelaksanaan Pentaksiran Pendidikan Guru

IPGM-PPK-PT-07 Pengurusan Peperiksaan

IPGM-PPK-PT-08 Pengurusan Perpustakaan

IPGM-PPK-PT-09 Pengurusan Makmal Pengajaran Pembelajaran

IPGM-PPK-PUP-06 Penyenggaraan Infrastruktur

Page 36: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 36/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

IPGM-PPK-PUP-07 Kawalan Ke Atas Produk Yang Tidak Memenuhi

standard

6.4 Persekitaran Kerja

IPGM dan IPG hendaklah memastikan, menyediakan dan mengurus persekitaran

kerja yang kondusif bagi memenuhi standard perkhidmatan pendidikan keguruan

yang dapat memberikan kesan positif terhadap produktiviti, motivasi, prestasi dan

kepuasan bekerja anggotanya supaya mereka dapat menyumbang kepada

peningkatan prestasi organisasi. Ini dilaksanakan melalui penyenggaraan peralatan

pejabat yang berkenaan, aktiviti-aktiviti pembangunan insan serta pengurusan ruang

kerja mengikut peraturan am keselamatan.

Dokumen yang berkaitan :

IPGM-PPK-PT-04 Penggubalan Kurikulum

IPGM-PPK-PUP-06 Penyenggaraan Infrastuktur

Page 37: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 37/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SEKSYEN 7

PROSES PENYAMPAIAN

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KEGURUAN (PPK)

7.1 Perancangan Penyampaian PPK

IPGM dan IPG merancang dan membangunkan proses yang diperlukan bagi PPK

untuk memenuhi keperluan pelanggan. Perancangan ini memenuhi semua proses

utama dan sokongan yang ada dalam SPK IPGM dan IPG. Output perancangan

penyampaian PPK disediakan dalam bentuk Perancangan Tahunan IPGM dan IPG.

IPGM dan IPG memastikan perancangan dijelaskan dengan memasukkan perkara

yang berikut;

i. objektif dan keperluan kualiti bagi PPK;

ii. keperluan untuk mewujudkan proses dan dokumen serta menyediakan sumber

khusus untuk PPK saperti latihan personel, penyediaan peruntukan kewangan

dan penyenggaraan infrastruktur;

iii. verifikasi, pengesahan, pemantauan, pengukuran, pemeriksaan dan aktiviti

penilaian yang diperlukan ke atas PPK dan menetapkan kriteria yang boleh

diterima; dan

iv. rekod yang diperlukan bagi membuktikan bahawa proses bagi PPK memenuhi

standard.

Dokumen yang berkaitan:

Semua Prosedur Teras ( PT)

Semua Prosedur Umum Pengurusan (PUP)

Semua Prosedur Umum Sokongan (PUS)

7.2 Proses Berkaitan dengan Pelanggan

7.2.1 IPGM dan IPG menentukan keperluan yang berkaitan dengan PPK

yang hendak disampaikan seperti yang berikut:

i. keperluan pelanggan organisasi iaitu sekolah terhadap guru

termasuk keperluan aktiviti PPK dan pasca PPK yang diterangkan

di Seksyen 3;

ii. keperluan PPK yang tidak dinyatakan oleh pelanggan tetapi perlu

bagi kegunaan yang spesifik;

Page 38: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 38/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

iii. keperluan undang-undang dan peraturan yang perlu terhadap

produk dengan PPK seperti Akta Pendidikan 1996, Perintah Am,

Akta 174 dan Etika Keguruan; dan

iv. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru)

2010

7.2.2 Semakan semula terhadap keperluan perkhidmatan berkaitan dengan PPK.

Sebelum membekalkan keperluan berkaitan dengan PPK, IPGM dan IPG

perlu memastikan bahawa:

i. keperluan PPK ditentukan dengan tepat;

ii. tindakan penyelesaian akan diambil terhadap sebarang percanggahan

yang timbul dengan PPK yang ditentukan terdahulu; dan

iii. ia mempunyai keupayaan untuk memenuhi standard PPK yang

ditentukan.

Hasil semakan keperluan serta tindakan susulan hendaklah direkodkan.

Semakan kepada keperluan hendaklah menghasilkan pindaan yang relevan

kepada dokumen serta dihebahkan kepada anggota organisasi.

7.2.3 Komunikasi dengan pelanggan

IPGM dan IPG perlu menentukan dan melaksanakan komunikasi yang

berkesan dengan pelanggan berhubung dengan:

i. menyediakan maklumat produk yang berkaitan dengan PPK;

ii. menjawab pertanyaan termasuk perubahan;

iii. maklum balas pelanggan; dan

iv. aduan pelanggan.

Antara saluran komunikasi dengan pelanggan ialah surat, media elektronik,

brosur, buletin, buku panduan, hari bertemu pelanggan dan dialog.

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PT-02 Perancangan Tahunan

IPGM-PPK-PT-03 Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

IPGM-PPK-PUP-04 Maklum Balas Pelanggan

IPGM-PPK-PUP-11 Aduan Pelanggan

Page 39: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 39/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

7.3 Reka Bentuk dan Pembangunan Proses Pemberian Perkhidmatan

7.3.1 Perancangan Reka Bentuk dan Perancangan Pembangunan

IPGM dan IPG merancang dan mengawal aktiviti reka bentuk dan

membangunkan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan. Untuk

menyediakan perancangan ini, IPGM dan IPG menentukan:

i. peringkat yang terlibat dalam aktiviti reka bentuk dan pembangunan

proses pemberian perkhidmatan;

ii. penyemakan semula, verifikasi dan validasi yang bersesuaian untuk

setiap peringkat reka bentuk dan pembangunan pemberian

perkhidmatan; dan

iii. pihak yang bertanggungjawab dan kuasa yang terlibat dalam aktiviti reka

bentuk dan pembangunan pemberian perkhidmatan;

IPGM dan IPG mengenal pasti dan mengurus semua pihak yang terlibat

dalam aktiviti reka bentuk dan membangunkan proses pemberian

perkhidmatan melalui pembahagian tanggungjawab yang jelas dan

komunikasi yang berkesan.

Output yang dihasilkan daripada perancangan ini hendaklah dikemas kini

mengikut kemajuan aktiviti reka bentuk dan pembangunan pemberian

perkhidmatan tersebut.

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PT-04 Penggubalan Kurikulum

7.3.2 Input kepada Aktiviti Reka Bentuk dan Pembangunan Pemberian

Perkhidmatan.

IPGM dan IPG menentukan input yang berkaitan dengan keperluan reka

bentuk dan pembangunan kurikulum serta program baharu. Semua rekod ini

hendaklah dikemas kini. Input ini adalah termasuk:

i. objektif dan matlamat

ii. Akta Pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan

Guru dan dasar kerajaan;

iii. Peraturan-peraturan Senat

iv. maklumat reka bentuk kurikulum terdahulu, jika perlu; dan

Page 40: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 40/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

v. keperluan penting yang lain digunakan untuk reka bentuk dan

pembangunan kurikulum.

Input ini perlu disemak dari segi kecukupan dan ketepatannya. Semua

keperluan mestilah lengkap, jelas dan tidak bercanggah antara satu sama

lain.

7.3.3 Output Penggubalan Kurikulum

Kurikulum yang dihasilkan perlu dalam bentuk yang boleh disahkan dan

diluluskan oleh Senat sebelum diterbitkan. Kurikulum perlu :

i. memenuhi standard input.

ii. menyediakan maklumat yang tepat mengenai PPK dan ruang untuk

peningkatan profesionalisme guru.

iii. mengandungi rujukan kriteria PPK.

iv. menentukan ciri-ciri penggunaan kurikulum dalam PPK.

7.3.4 Semakan Penggubalan Kurikulum

Pada peringkat yang telah ditetapkan dalam perancangan, semakan secara

sistematik ke atas penggubalan kurikulum akan dijalankan (7.3.1) untuk:

i. menilai kemampuan hasil penggubalan kurikulum memenuhi standard

PPK.

ii. mengenal pasti sebarang masalah dan mencadangkan tindakan yang

perlu diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

Anggota kumpulan semakan kurikulum terdiri daripada Ahli Jawatankuasa

Penggubalan Akademik (JKPA) IPG. Keputusan semakan dan sebarang

tindakan yang perlu diambil hendaklah direkodkan (4.2.4).

Page 41: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 41/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

7.3.5 Verifikasi Penggubalan Kurikulum

IPGM dan IPG melaksanakan verifikasi penggubalan kurikulum mengikut

perancangan untuk memastikan output telah memenuhi standard input

penggubalan kurikulum. Hasil verifikasi dan tindakan yang perlu diambil

hendaklah direkodkan.

7.3.6 Validasi penggubalan kurikulum Proses Pemberian Perkhidmatan

i. IPGM dan IPG menentukan validasi ke atas output penggubalan

kurikulum melalui kelulusan dan pengesahan mesyuarat Senat.

ii. Rekod hasil validasi hendaklah diselenggarakan.

7.3.7 Kawalan terhadap Perubahan Penggubalan Kurikulum

IPGM dan IPG memastikan kawalan dilaksanakan terhadap perubahan

kurikulum dan program yang direka bentuk dan dibangunkan. Kawalan ini

termasuk;

i. merekodkan sebarang pindaan ke atas penggubalan kurikulum dan

program;

ii. melaksanakan semakan yang bersesuaian dan mendapatkan kelulusan

sebelum pindaan tersebut dilaksanakan.

7.4 Perolehan

IPGM dan IPG perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang diperoleh untuk

melaksanakan PPK menepati keperluan perolehan yang ditetapkan.

7.4.1 Proses Perolehan

IPGM dan IPG menyediakan khidmat perolehan bekalan dan perkhidmatan

mengikut Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling yang terpakai dan prosedur

kewangan semasa. Perolehan bekalan dan perkhidmatan dilaksana melalui

kaedah berikut:

i. Tender; atau

ii. Sebut harga; atau

iii. Pembelian / Perolehan Terus

Page 42: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 42/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

IPGM dan IPG sentiasa menilai dan memilih pembekal berdasarkan

keupayaan mereka dalam membekalkan bahan yang memenuhi spesifikasi.

Kriteria pemilihan bagi penilaian dan penilaian semula prestasi pembekal

berdasarkan keperluan yang ditetapkan. Keputusan penilaian dan sebarang

tindakan pembetulan yang diambil perlu direkod.

7.4.2 Maklumat Perolehan

i. Semua permintaan untuk perolehan perlu dibuat oleh Pengarah / Ketua

Jabatan / Unit untuk kelulusan;

ii. Perolehan bekalan dan perkhidmatan dilakukan berdasarkan Arahan

Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan yang terpakai;

iii. Spesifikasi bekalan dan perkhidmatan yang diperolehi dinyatakan dengan

jelas dalam dokumen Pesanan Kerajaan; dan

iv. Verifikasi dan pengesahan dilakukan dengan menandatangani pada

Pesanan Kerajaan.

7.4.3 Verifikasi Bekalan dan Perkhidmatan

i. Produk dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh pihak vendor perlu

disahkan penerimaannya. Hanya produk yang memenuhi spesifikasi

sahaja yang akan diterima;

ii. Verifikasi atau pengesahan penerimaan bekalan dan perkhidmatan

dilakukan dengan menandatangani borang penerimaan pesanan; dan

iii. Jika berlaku sebarang kerosakan atau tidak memenuhi spesifikasi,

perkara ini perlu dimaklumkan secara bertulis kepada pembekal untuk

penggantian segera.

7.4.4 Maklumat Pengurusan Aset

Maklumat pengurusan hendaklah lengkap dan jelas, iaitu mengenal,

mengawal, menyimpan, menjaga, mengurus, mendapatkan semula dan

melupuskan barang termasuk:

i. Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemaskini;

ii. Memudahkan pengesanan dan pemantauan;

iii. Membolehkan keadaan aset diketahui; dan

Page 43: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 43/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

iv. Memudahkan penyenggaraan, pelupusan dan penggantian aset

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PUP-09 Pengurusan Aset

IPGM-PPK-PUP-10 Perolehan

IPGM-PPK-PUS-01 Kawalan Rekod

7.5 Pengeluaran dan Penyediaan PPK

7.5.1 Kawalan ke atas Pengeluaran dan Penyediaan PPK

IPGM dan IPG merancang dan mengawal pelaksanaan penyampaian PPK

kepada pelanggan. Kaedah kawalan termasuk:

i. menyediakan maklumat yang menjelaskan tentang ciri pengurusan PPK;

ii. membina AK mengikut keperluan ;

iii. menggunakan peralatan yang sesuai;

iv. menyediakan dan menggunakan instrumen pemantauan dan alat

pengukuran;

v. melaksanakan aktiviti pemantauan dan pengukuran; dan

vi. menyerahkan senarai pelajar yang tamat latihan ke Bahagian yang

berkenaan untuk penempatan.

vii. maklum balas daripada pelanggan tentang prestasi guru baharu dalam

tempoh satu (1) tahun pertama penempatan dianalisis dan dibentangkan.

7.5.2 Validasi Proses Pemberian PPK

IPGM dan IPG hendaklah mengesahkan semua proses pengeluaran dan

penyediaan perkhidmatan. Ini kerana produk yang telah dikeluarkan tidak

boleh disahkan melalui pemantauan atau pengukuran kerana bukan lagi di

bawah kawalan IPGM dan IPG. Validasi hendaklah menunjukkan keupayaan

proses-proses ini untuk mencapai hasil yang dirancang.

IPGM dan IPG menentukan :

i. kriteria untuk penyemakan dan kelulusan proses-proses berkenaan;

ii. kelulusan peralatan dan personel berkelayakan;

iii. penggunaan kaedah dan prosedur khusus;

iv. keperluan rekod (4.2.4); dan

v. validasi semula (kecuali terhadap graduan IPGM dan IPG)

Page 44: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 44/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

7.5.3 Identifikasi dan Kemudahkesanan

IPGM dan IPG mengenal pasti PPK pada setiap peringkat operasi

perkhidmatan. IPGM dan IPG mengenal pasti status PPK yang berkaitan

dengan pengukuran dan pemantauan.

Bagi membolehkan kemudahkesanan, IPGM dan IPG mengawal dan

merekod mengikut prosedur kawalan rekod. Setiap kursus yang ditetapkan

diberikan identifikasi dengan menggunakan kod yang bersiri. Setiap IPG

juga diberikan nombor kod yang merupakan singkatan kepada IPG

berkenaan untuk memudahkan urusan pentadbiran. Setiap pelajar juga

diberikan kod pada kad matrik yang digunakan sebagai rujukan sepanjang

tempoh pengajian.

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PT-03 Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

IPGM-PPK-PT-05 Pengurusan Kurikulum

IPGM-PPK-PT-06 Pelaksanaan Pentaksiran Pendidikan Guru

IPGM-PPK-PT-07 Pengurusan Peperiksaan

IPGM-PPK-PUP-04 Maklum Balas Pelanggan

IPGM-PPK-PUS-01 Kawalan Rekod

IPGM-PPK-PUS-03 Latihan Pembangunan Staf

7.5.4 Harta Hakmilik Pelanggan

Harta hakmilik pelanggan termasuk harta intelek dan data peribadi. IPGM

dan IPG bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan maklumat peribadi

pelanggan termasuk yang terdapat dalam sistem pengurusan maklumat

yang berkenaan. Kaedah kawalan ke atas capaian maklumat peribadi staf,

maklumat pembekal dan maklumat pelajar, telah diwujudkan selaras dengan

keperluan ISO 9001:2008. Kaedah kawalan yang diamalkan adalah seperti

cop ’HAK MILIK SHEPHL/HEP’, ’UNTUK KEGUNAAN PENDAFTARAN’,

dan Sistem Maklumat Personel ’SISMAP’.

7.5.5 Pemuliharaan Penyampaian PPK

Page 45: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 45/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

IPGM dan IPG mengenal pasti kaedah pemuliharaan terhadap

penyampaian PPK mengikut keperluan SPK IPGM dan IPG. Pemuliharaan

perlu meliputi identifikasi, pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, dan

perlindungan. Pemuliharaan juga digunakan kepada komponen tertentu

dalam PPK seperti menyimpan kertas soalan, skrip jawapan, borang

perjanjian dan rekod pelajar.

7.6 Kawalan Ke Atas Pemantauan dan Pengukuran Peralatan

Klausa ini tidak diguna pakai dalam Sistem Pengurusan Kualiti IPGM dan IPG.

Proses bagi menghasilkan perkhidmatan tidak memerlukan sebarang peralatan yang

perlu disahkan oleh mana-mana badan standard.

Page 46: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 46/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SEKSYEN 8

PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENAMBAHBAIKAN

8.1 Am

IPGM dan IPG merancang dan melaksanakan pemantauan, pengukuran,

penganalisisan dan proses penambahbaikan yang diperlukan untuk:

8.1.1 membuktikan pematuhan terhadap ciri-ciri PPK;

8.1.2 memastikan keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam pelaksanaan SPK

dipatuhi; dan

8.1.3 membuat penambahbaikan yang berterusan secara berkesan ke atas SPK.

Kaedah yang bersesuaian termasuk teknik statistik ditentukan dan diguna pakai bagi

tujuan pemantauan, pengukuran dan penganalisisan ke atas keberkesanan Sistem

Pengurusan Kualiti.

8.2 Pemantauan dan Pengukuran

8.2.1 Kepuasan Pelanggan

IPGM dan IPG menyediakan kaedah bagi mengukur persepsi pelanggan

terhadap PPK. Pemantauan dan pengukuran kepuasan pelanggan dibuat

berasaskan soal selidik Maklum Balas Pelanggan, Audit Dalaman dan Kajian

Semula Pengurusan.

Maklumbalas Pelanggan dikesan dengan menggunakan instrumen Soal

Selidik Kepuasan Pelanggan dan dianalisis. IPGM dan IPG memantau tahap

kepuasan pelanggan terhadap PPK dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh

guru baharu ditempatkan di sekolah yang dipilih secara rawak.

Dokumen yang berkaitan

IPGM-PPK-PUP-04 Maklum Balas Pelanggan

IPGM-PPK-PUP-03 Audit Dalaman

IPGM-PPK-PUP-01 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

8.2.2 Audit Dalaman

Page 47: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 47/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

Audit Dalaman dijalankan dua kali setiap tahun bagi memastikan SPK

dilaksanakan mengikut semua keperluan yang ditetapkan.

Audit Dalaman hendaklah:

i. Mematuhi perkara yang ditetapkan (rujuk seksyen 7.1) kepada kehendak

ISO 9001:2008 dan Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO

9001:2008 dalam Perkhidmatan Awam;

ii. Mematuhi prosedur Audit Dalaman yang telah ditetapkan di dalam IPGM-

PPK-PUP-03 (Audit Dalaman); dan

iii. Dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.

IPGM dan IPG hendaklah melantik Jawatankuasa Audit Dalaman untuk

merancang dan menjadualkan program pengauditan. Perancangan ini

meliputi skop dan semua proses yang perlu diaudit serta menyediakan Jadual

Tahunan Audit Dalaman yang merangkumi tarikh audit dan proses yang perlu

diaudit. Program audit dirancang dengan mengambil kira status dan

kepentingan sesuatu proses dan bidang yang diaudit selain daripada

mengambil kira hasil audit yang lepas. Kriteria audit, skop, kekerapan dan

kaedah pengauditan juga ditentukan.

WP / TWP bertanggungjawab :

i. menyemak dan meluluskan Jadual Tahunan Audit Dalaman;

ii. melantik Pasukan Audit Dalaman (PAD) yang terlatih dan bebas daripada

proses yang diaudit.

Dapatan audit direkodkan secara bertulis dan dilaporkan dalam MKI

IPG/MKSP. Jawatankuasa Audit Dalaman juga bertanggungjawab untuk

memastikan audit susulan dijalankan bagi memastikan tindakan pembetulan

ke atas ketidakpatuhan yang ditemui dilaksanakan dengan berkesan. WP

atau TWP yang bertanggungjawab memastikan tindakan pembetulan diambil.

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PUP-02 Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan

Penambahbaikan

IPGM-PPK-PUP-03 Audit Dalaman

8.2.3 Pemantauan dan Pengukuran Proses

Page 48: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 48/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

IPGM dan IPG mengenal pasti dan menggunakan kaedah yang sesuai untuk

melaksanakan pemantauan dan pengukuran proses SPK. Kaedah

pemantauan dan pengukuran yang digunakan menunjukkan proses berupaya

mencapai hasil yang dirancang. Kaedah yang digunakan meliputi soal

selidik, pemerhatian dan kajian. Hasil pemantauan dianalisis dan diambil

tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Apabila hasil yang

dirancangkan tidak dapat dicapai, pembetulan segera dan tindakan

pembetulan yang bersesuaian diambil untuk memastikan proses memenuhi

standard PPK yang ditetapkan.

8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran PPK

IPGM dan IPG membuat pemantauan dan pengukuran PPK di beberapa

peringkat penghasilan produk bagi memastikan keperluan perkhidmatan

dipenuhi iaitu:

8.2.4.1 Peringkat Proses Penerimaan

Proses penyemakan PPK yang dijalankan pada peringkat

penerimaan adalah seperti yang berikut:

i. Peringkat Pendaftaran Pelajar

Semakan ke atas dokumen calon untuk memastikan hanya

calon yang layak didaftarkan.

ii. Peringkat Penerimaan Perolehan

Semakan ke atas perolehan bekalan dan perkhidmatan untuk

memastikan bekalan dan perkhidmatan mematuhi spesifikasi

yang telah ditetapkan.

8.2.4.2 Peringkat Semasa Proses PPK

Proses penyemakan PPK yang dijalankan pada peringkat

pemerosesan adalah seperti berikut:

i. Pengajaran dan Pembelajaran, Amalan Profesional,

Kokurikulum

Page 49: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 49/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

Komponen dalam proses pengajaran dan pembelajaran

diperiksa dan dinilai untuk memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran berkesan mengikut struktur kurikulum, sukatan

pelajaran dan garis panduan Kokurikulum dan Amalan

Profesional melalui:

a) pemantauan proses pengajaran dan pembelajaran, amalan

profesional dan Kokurikulum; dan

b) penilaian ke atas kemudahan infra dan info pengajaran dan

pembelajaran, amalan profesional dan Kokurikulum.

ii. Kelayakan menduduki peperiksaan

Pelajar perlu memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan

seperti peratus kehadiran, interaksi pengajaran dan

pembelajaran, kokurikulum, amalan profesional, lulus dalam

kerja kursus serta rekod tatatertib yang baik seperti yang

termaktub dalam Peraturan Senat.

iii. Pentaksiran

Pentaksiran berterusan di peringkat ini dibuat untuk memastikan

pelajar mencapai tahap kelulusan yang ditetapkan dalam

Peraturan Senat.

8.2.4.3 Peringkat Akhir

Semakan peringkat akhir dibuat bagi perkara yang berikut:

i. Menyemak Borang Induk Keputusan Peperiksaan (BIKP) untuk

memastikan BIKP itu betul dan tepat sebelum Mesyuarat

JKPPIPG dan Mesyuarat Senat.

ii. Menyemak transkrip keputusan peperiksaan pelajar untuk

memastikan transkrip itu tepat sebelum diserahkan kepada

pelajar;

iii. Menyemak maklumat dalam lembaran Diploma dan Ijazah untuk

memastikannya betul sebelum diserahkan kepada pelajar; dan

Page 50: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 50/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

iv. Bukti kepatuhan dengan kriteria yang diterima pakai hendaklah

dikekalkan. Semua rekod penyemakan dan pentaksiran

disimpan serta disenggarakan.

8.3 Kawalan ke Atas Ketidakpatuhan Produk

IPGM dan IPG hendaklah memastikan produk (termasuk perkhidmatan) yang tidak

mematuhi keperluan, dikenal pasti dan dikawal dari penggunaan untuk proses

seterusnya atau penghantaran yang tidak dirancang. Kawalan dan tanggungjawab

serta bidang kuasa yang berkenaan untuk mengurus produk ini dinyatakan dalam

prosedur yang didokumenkan.

IPGM dan IPG di mana perlu, mestilah mengurus produk (termasuk perkhidmatan)

yang tidak mematuhi keperluan melalui satu atau lebih cara berikut:

i. Mengambil tindakan untuk menghapus ketidakpatuhan yang dikesan.

ii. Memberi kuasa untuk penggunaan, pelepasan atau penerimaan secara konsesi

oleh pihak tertentu dan di mana perlu, oleh pelanggan.

iii. Mengambil tindakan untuk mengecualikan tujuan asal penggunaannya.

iv. Mengambil tindakan yang sesuai ke atas kesan atau kesan-kesan berpotensi

apabila ketidakakuran produk dikenal pasti selepas penghantaran atau

penggunaannya.

Apabila ketidakpatuhan produk telah diambil tindakan pembetulan, ia mestilah

diverifikasi semula untuk menunjukkan kepatuhan terhadap keperluan. Rekod yang

menunjukkan ketidakpatuhan dan tindakan susulan yang diambil termasuk konsesi

yang diterima hendaklah diselenggara.

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PUP-07 Kawalan ke Atas Produk yang Tidak Memenuhi

Standard

8.4 Analisis Data

IPGM dan IPG telah menetapkan jenis data yang perlu dikumpulkan bagi proses

yang berkaitan.Tanggungjawab ini perlu dijalankan oleh pelaksana-pelaksana

prosedur kualiti di peringkat IPGM dan IPG. Data yang berkaitan telah ditentukan

dan perlu dianalisis mengikut kadar kekerapan yang telah ditentukan.

Page 51: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 51/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

Hasil analisis hendaklah memberikan maklumat tentang:

i. Tahap kepuasan pelanggan;

ii. kepatuhan kepada keperluan PPK;

iii. ciri-ciri dan trenda mengenai proses serta produk termasuk tindakan / langkah

pencegahan; dan

iv. Prestasi pembekal.

8.5 Penambahbaikan

8.5.1 Penambahbaikan Berterusan

IPGM dan IPG hendaklah menambah baik keberkesanan SPK secara

berterusan berdasarkan pencapaian dasar kualiti, objektif kualiti, hasil

penemuan audit, analisis data, tindakan pembetulan dan pencegahan serta

kajian semula pengurusan.

Bagi melaksanakan perancangan penambahbaikan yang berterusan, IPGM

dan IPG hendaklah merujuk Annex B, MS ISO 9004:2000.

8.5.2 Tindakan Pembetulan

IPGM dan IPG hendaklah mengambil tindakan untuk menghapuskan punca-

punca ketidakpatuhan bagi mengelakkan ianya berlaku lagi. Tindakan

pembetulan hendaklah bersesuaian dengan kesan ketidakpatuhan yang

berlaku.

Prosedur tindakan pembetulan hendaklah diwujudkan bagi menjelaskan

keperluan berikut:

i. Mengkaji ketidakpatuhan (termasuk aduan pelanggan);

ii. Menentukan punca ketidakpatuhan;

iii. Menilai keperluan untuk mengambil tindakan bagi memastikan

ketidakpatuhan tidak berulang;

iv. Menentu dan melaksanakan tindakan yang diperlukan;

v. Merekod hasil daripada tindakan yang dilaksanakan; dan

vi. Mengkaji semula keberkesanan tindakan pembetulan yang telah

dilaksanakan.

Tindakan pembetulan yang diambil hendaklah dimaklumkan dalam MKSP.

Keberkesanan tindakan pembetulan hendaklah disahkan oleh WP.

Page 52: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 52/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

8.5.3 Tindakan Pencegahan

IPGM dan IPG hendaklah menentukan tindakan bagi menghapuskan punca

ketidakpatuhan yang dijangkakan bagi menghalang ianya daripada berlaku.

Prosedur tindakan pencegahan hendaklah diwujudkan bagi menjelaskan

keperluan berikut:

i. Menentukan ketidakpatuhan yang berpotensi dan puncanya;

ii. Menilai keperluan untuk tindakan bagi memastikan ketidakpatuhan tidak

akan berlaku;

iii. Menentu dan melaksanakan tindakan yang diperlukan;

iv. Merekod hasil daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan; dan

v. Mengkaji semula keberkesanan tindakan pencegahan yang telah

dilaksanakan.

Semua tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan yang telah

diambil hendaklah dilaporkan oleh TWP kepada WP/MKSP. WP/TWP

bertanggungjawab untuk memastikan tindakan pembetulan, pencegahan dan

usaha penambahbaikan dilaksanakan dan diambil tindakan susulan. Semua

maklum balas pelanggan dikendalikan oleh TWP dengan teliti serta

direkodkan dan dilaporkan dalam MKSP.

Dokumen yang berkaitan:

IPGM-PPK-PUP-01 Pengendalian Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

IPGM-PPK-PUP-02 Tindakan Pembetulan dan Pencegahan

Page 53: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 53/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

LAMPIRAN 1

SENARAI PROSEDUR KUALITI PROSES TERAS Kekunci bagi No.Kod: IPGM-PPK-PT- No. Siri

Bil. No.Kod Nama Prosedur Kualiti Teras

1

IPGM-PPK-PT-02 Perancangan Tahunan

2

IPGM-PPK-PT-03 Pengurusan Hal Ehwal Pelajar

3

IPGM-PPK-PT-04 Penggubalan Kurikulum

4

IPGM-PPK-PT-05 Pengurusan Kurikulum

5

IPGM-PPK-PT-06 Pelaksanaan Pentaksiran Pendidikan Guru

6

IPGM-PPK-PT-07 Pengurusan Peperiksaan

7

IPGM-PPK-PT-08 Pengurusan Perpustakaan

8

IPGM-PPK-PT-09 Pengurusan Makmal Pengajaran Pembelajaran

Page 54: BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU - ipbl.edu.my · PDF filemanual kualiti no.keluaran : 09 no.pindaan : 00 tarikh kuat kuasa : 01.06.2012 muka surat : 1/54 ipgm-ppk-mk-01 jun 2012 institut

MANUAL KUALITI

NO.KELUARAN : 09

NO.PINDAAN : 00

TARIKH KUAT KUASA : 01.06.2012

MUKA SURAT : 54/54

IPGM-PPK-MK-01

Jun 2012

SENARAI PROSEDUR KUALITI PROSES UMUM PENGURUSAN Kekunci bagi No.Kod: IPGM-PPK-PUP- No. Siri

Bil. No.Kod Nama Prosedur Kualiti Teras

1

IPGM-PPK-PUP-01 Pengendalian Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

2

IPGM-PPK-PUP-02 Tindakan Pembetulan dan Pencegahan

3

IPGM-PPK-PUP-03 Audit Dalaman

4

IPGM-PPK-PUP-04 Maklum Balas Pelanggan

5

IPGM-PPK-PUP-05 Pengurusan Elaun Pelajar

6

IPGM-PPK-PUP-06 Penyenggaraan Infrastruktur

7

IPGM-PPK-PUP-07 Kawalan Ke Atas Produk atau Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Standard Yang Ditetapkan

8

IPGM-PPK-PUP-08 Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Tahunan

9 IPGM-PPK-PUP-09 Pengurusan Aset

10

IPGM-PPK-PUP-10 Perolehan

11

IPGM-PPK-PUP-11 Aduan Pelanggan

LAMPIRAN 2

SENARAI PROSEDUR KUALITI PROSES UMUM SOKONGAN Kekunci bagi No.Kod: IPGM-PPK-PUS- No. Siri

Bil. No.Kod Nama Prosedur Kualiti Teras

1

IPGM-PPK-PUS-01 Kawalan Rekod

2

IPGM-PPK-PUS-02 Kawalan Dokumen

3

IPGM-PPK-PUS-03 Latihan Pembangunan Staf