bahagian a (i) · web viewkertas soalan tamat 5 sulit 02/2 02/2 lihat sebelah sulit 02/2 sulit...

8
02/2 SULIT SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Mei 2000 2 jam SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. 2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. 3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan. 4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 5. Bahagian D tidak mempunyai pilihan. 02/2 Lihat Sebelah SULIT

Upload: hadan

Post on 21-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

02/2 SULIT

SULIT02/2Bahasa MelayuKertas 2Mei 20002 jam

SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMAPENILAIAN MENENGAH RENDAH

BAHASA MELAYU

Kertas 2 Dua jam

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian.

2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda

dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut.

3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan.

4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu

soalan sahaja.

5. Bahagian D tidak mempunyai pilihan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

02/2 Lihat Sebelah SULIT

SULIT 02/2

BAHAGIAN A (i)[Masa dicadangkan : 40 minit]

[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang fungsi-fungsi sukan. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Memang tidak dapat disangkal bahawa sukan memainkan peranan penting dalam membentuk kesihatan tubuh yang paling berkesan. Namun demikian, fungsinya kini sudah jauh ke hadapan. Sukan kini telah menjadi satu aset bagi sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran. Hal ini terbukti apabila banyak negara yang masyhur kerana kejayaan dalam sukan. Ternyata sukan dapat membantu untuk mengharumkan nama negara di persada dunia. Malaysia juga kini telah lebih dikenali kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, skuasy, hobi, dan sebagainya.

Dari segi ekonomi, sukan juga menguntungkan industri pengiklanan. Syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi penaja utama. Semuanya ini bertujuan untuk kebaikan semua pihak baik media dan syarikat pengiklanan yang mahu membuat promosi barangan atau perkhidmatan mereka.

Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi atau menyatupadukan masyarakat. Ketinggalan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, salingf memahami dan menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Dengan itu, dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat sesama mereka sekali gus mengeratkan perpaduan dan mengikis aspek negatif ke arah keharmonian negara.

Jalinan politik antara negara juga dapat dikukuhkan dengan pelbagai temasya sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Sea dan tidak kurang juga temasya sukan di peringkat kebangsaan seperti Sukma yang telah pun berakhir beberapa hari yang lalu. Begitu juga dengan perlawanan bola sepak antara pasukan MyTeam menentang pasukan Kebangsaan. Jalinan dua hala dapat dibentuk dengan semangat sukan jitu. Soal menang atau kalah bukanlah perkara yang menjadi tumpuan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Perubahan Fungsi Sukan” oleh Shahril Anuar Abdul Ghalim

Dalam Utusan Malaysia, 7 Jun 2006)

02/2 Lihat Sebelah SULIT

1

SULIT 02/2

BAHAGIAN A (ii) : Pemahaman[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata liputan secara langsung?[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan, bagaimanakah sukan menyatupadukan masyarakat?[4 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan supaya Malaysia mampu mencipta kejayaan cemerlang dalam bidang sukan?

[4 markah]

02/2 Lihat Sebelah SULIT

2

SULIT 02/2

BAHAGIAN B[Masa dicadangkan : 25 minit]

[20 markah]

Lihat carta di bawah. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum. Panjang huraian anda hendaklah lebih daripada 120 patah perkataan.

02/2 Lihat Sebelah SULIT

Bersikap positif dan

rajin berlatih

Tidak mementingkan

ganjaran

Menaikkan nama negara

Cekap mengurus

masa

Tidak tenggelam

dengan sanjungan

Galakan daripada ibu

bapa, keluarga dan guru

Pelajar Cemerlang

3

SULIT 02/2

Bahagian C[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]

[ 40 markah ]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan

anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a) Sebagai ketua pengarang Majalah Sekolah, anda telah diminta mewawancara

olahragawan sekolah.

Tulis wawancara itu selengkapnya.

(b) Tahun 2007 merupakan Tahun Melawat Malaysia.

Bincangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelancong dari dalam dan

luar negara melancong ke negara kita.

(c) Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke kampung bersama-sama keluarga,

kenderaan yang anda naiki dirempuh oleh sebuah bas lalu terbabas.

Perihalkan peristiwa yang berlaku seterusnya.

(d) Sekolah anda akan merayakan Hari Guru pada 16 Mei tahun ini. Sebagai

Ketua Pelajar, anda diminta menyampaikan ucapan mewakili para pelajar di

sekolah anda.

Tulis teks ucapan anda selengkapnya.

(e) Tindakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dikatakan telah

menyebabkan anak-anak tidak ada masa melibatkan diri dalam aktiviti lain.

Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

02/2 Lihat Sebelah SULIT

4

SULIT 02/2

Bahagian D[ Masa yang dicadangkan : 10 minit ]

[ 10 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i) Meniti Kaca, karya R. Sabarudin R. Abdullah

(ii) Anak Din Biola, karya Maaruf Mahmud

(iii) Aku Anak Timur, karya Siti Aminah Hj. Yusuf

(iv) Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh

(v) Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini

(vi) Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain

(vii) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin

(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari

(ix) Panas Salju, karya Talib Samad

(x) Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah

(xi) Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh

(xii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

PENGAJARAN

- Kita hendaklah bekerjasama melakukan sesuatu tugas.

- Kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain.

- Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, berikan satu contoh peristiwa yang menjelaskan setiap pengajaran yang dinyatakan di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

02/2 Lihat Sebelah SULIT

5