bagi projek cadangan persimpangan bertingkat ......kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut...

17
TERMA RUJUKAN PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. 1 1.0 LATAR BELAKANG PROJEK Kepesatan pembangunan di kawasan Subang Jaya terutamanya di kawasan USJ 1 yang mana lot-lot tanah perusahaan telah ditukarkan kepada pembangunan perdangangan telah menyebabkan sistem rangkaian jalanraya sediada tidak dapat menampung keperluan lalulintas sediada di kawasan ini. Untuk sistem rangkaian lalulintas ini, persimpangan utama bagi kemudahan populasi di kawasan USJ 1 adalah di persimpangan Persiaran Subang Permai dengan Persiaran Kewajipan yang ketika ini dikawal sepenuhnya dengan menggunakan sistem lampu isyarat empat fasa. Dengan pertambahannya bilangan lalulintas dari masa ke semasa, adalah didapati persimpangan utama ini sudah tidak lagi berkeupayaan bagi menampung jumlah aliran lalulintas sediada terutamanya di waktu- waktu puncak. Kesesakan di persimpangan ini telah menyebabkan kenderaan sukar untuk keluar daripada kawasan USJ 1 di waktu puncak pagi (perumahan, perniagaan dan perusahan) dan didapati kesesakan juga sehingga ke persimpangan Persiaran Subang Permai dengan Persiaran Subang (hadapan pasaraya Giant USJ 1). Pada waktu puncak petang pula semakan mendapati kesesakan berlaku di persimpangan ini sehingga ke kawasan SS13.

Upload: others

Post on 05-Aug-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

1

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Kepesatan pembangunan di kawasan Subang Jaya terutamanya di

kawasan USJ 1 yang mana lot-lot tanah perusahaan telah ditukarkan

kepada pembangunan perdangangan telah menyebabkan sistem

rangkaian jalanraya sediada tidak dapat menampung keperluan lalulintas

sediada di kawasan ini. Untuk sistem rangkaian lalulintas ini,

persimpangan utama bagi kemudahan populasi di kawasan USJ 1

adalah di persimpangan Persiaran Subang Permai dengan Persiaran

Kewajipan yang ketika ini dikawal sepenuhnya dengan menggunakan

sistem lampu isyarat empat fasa.

Dengan pertambahannya bilangan lalulintas dari masa ke semasa,

adalah didapati persimpangan utama ini sudah tidak lagi berkeupayaan

bagi menampung jumlah aliran lalulintas sediada terutamanya di waktu-

waktu puncak. Kesesakan di persimpangan ini telah menyebabkan

kenderaan sukar untuk keluar daripada kawasan USJ 1 di waktu puncak

pagi (perumahan, perniagaan dan perusahan) dan didapati kesesakan

juga sehingga ke persimpangan Persiaran Subang Permai dengan

Persiaran Subang (hadapan pasaraya Giant USJ 1). Pada waktu puncak

petang pula semakan mendapati kesesakan berlaku di persimpangan ini

sehingga ke kawasan SS13.

Page 2: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

2

1.1 Nama Projek :

Cadangan Persimpangan Bertingkat Di Persimpangan Persiaran Kewajipan Dengan Persiaran Subang Permai, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

1.2 Objektif Projek :

Objektif utama projek ini adalah :

i. Membuka laluan baru dimana untuk melancarkan

perjalanan dan memendekkan masa perjalanan.

ii. Menyediakan jalan alternatif di Persimpangan Kewajipan

dengan Persiaran Subang Permai, Subang Jaya, Selangor

Darul Ehsan.

iii. Mengurangkan kesesakan lalulintas terutamanya pada

waktu-waktu puncak.

1.3 Lokasi Projek :

Persimpangan di antara Persiaran Kewajipan dengan Persiaran

Subang Permai, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

1.4 Kos Siling Projek : RM 31,700,000.00

1.5 Justifikasi Projek :

i. Cadangan projek jalan sambung ini perlu dilaksanakan

adalah merujuk kepada laporan-laporan TIA yang

Page 3: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

3

dikemukakan kepada pihak Majlis semasa pembangunan

pemajuan ingin dilaksanakan di kawasan ini yang mana

mendapati persimpangan ini mengalami kesesakan

terutamanya di waktu-waktu puncak.

ii. Kelulusan peruntukan untuk pelaksanaan cadangan projek

ini telah diluluskan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

iii. Cadangan projek ini adalah berasaskan kepada Pelan

Strategik dan Pelan Tindakan Khas MPSJ (2020-2025),

Teras 2 (Infra dan Kemudahan awam) dengan strateginya

bagi pengurusan jalan raya yang cekap dan selamat

beserta pelan tindakan untuk perlaksanaan projek jalan

raya melalui rangkaian sistem jalan raya baru.

iv. Cadangan projek pembangunan ini juga adalah bagi

memenuhi keperluan untuk matlamat pembangunan lestari

(SDG) bil 11 dengan matlamat untuk menyediakan

kemudahan kepada sistem pengangkutan yang selamat,

berpatutan, untuk kegunaan awam dan untuk

meningkatkan keselamatan jalan raya.

iv. Projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan

Tempatan MPSJ (Pengubahan 2) 2020 serta terkandung di

dalam laporan kajian lalulintas dan pengangkutan awam

kawasan MPSJ pada tahun 2014.

1.6 Sejarah Projek :

i. Lokasi cadangan adalah di Persimpangan Persiaran

Kewajipan dengan Persiaran Subang Permai, Subang

Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Page 4: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

4

ii. Pihak Majlis perlu melantik pihak perunding untuk

berurusan dengan pihak berkuatkuasa agensi-agensi

berkaitan bagi memastikan keperluan teknikal dipatuhi

sepenunya semasa proses merekabentuk cadangan

penaiktarafan tersebut.

1.7 Senarai Projek yang Berkaitan dan Maklumat Asas :

i. Tiada

1.8 Justifikasi Keperluan Perkhidmatan Perunding dalam Projek

Tujuan utama perlantikan perunding adalah seperti berikut: i. Pengumpulan dan analisa data dan perkara-perkara yang

berkaitan berdasarkan keperluan pembinaan.

ii. Penyediakan pelan rekabentuk struktur jambatan susur

dan jajaran sebenar yang terlibat.

iii. Penyediaan laporan, dokumen dan lukisan tender.

iv. Mengesyor dan melantik Pengaudit Keselamatan Jalan dan

Pemeriksa Rekabentuk Bebas. (RSA stage 1-5 dan pelan

rekabentuk terperinci)

v. Perkara-perkara yang berkaitan berdasarkan keperluan

projek mengikut arahan Majlis. Termasuk penyeliaan tapak

sepenuh masa sekiranya diperlukan MBSJ

Page 5: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

5

1.9 Tempoh Perlaksanaan Projek/Kajian :

a) Preliminary Stage : Satu (1) Bulan b) Design Stage (i) : Dua (2) Bulan c) Design Stage (ii) : Tiga (3) Bulan d) Tender Stage : Empat (4) Bulan e) Construction Stage : Dua Puluh Empat (24)Bulan

Defect Liability Period (DLP)Stage : Dua Puluh Lapan (28) Bulan Overall Period : Enam Puluh Dua (62) Bulan

1.10 Sumber pembiayaan :

Majlis Bandaraya Subang Jaya

2.0 SKOP PERKHIDMATAN PERUNDING

2.1 Berikut adalah cadangan skop perkhidmatan perunding bagi

cadangan projek ini dan perunding dikehendaki membuat kajian

serta laporan awal, semasa dan akhir berdasarkan skop kerja

perunding seperti berikut :

a) Perunding Kejuruteraan Awam

i. Menyediakan rekabentuk bagi penyelenggaraan struktur

jambatan atau sebahagian daripada struktur lebuhraya.

ii. Menyediakan anggaran terperinci kiraan kuantiti dan kos

bagi kerja-kerja penyelenggaraan struktur lebuhraya

sediada.

iii. Menyediakan rekabentuk terperinci struktur dinding (wall

design)

iv. Menyediakan laporan terperinci struktur terpilih (selected

structure) termasuk kajian rekabentuk yang telah dibuat.

v. Menyediakan laporan konsep kajian struktur.

vi. Menyediakan data-data analisa struktur.

vii. Menyediakan laporan penyiasatan asas (foundation)

Page 6: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

6

viii. Menyediakan rekabentuk penyelenggaran termasuk

pengiraan kuantiti bagi pelbagai komponen jalan,

pembinaan, termasuk persimpangan, persimpangan

bertingkat, lampu isyarat, struktur, pencahayaan, landskap,

rekabentuk pengairan, rekabentuk saliran, garis air

(waterline) dan rekabentuk paip pembentungan.

ix. Menyelaraskan perbincangan dan mesyuarat untuk skop

kerja, pembentangan rekabentuk di pejabat dan juga di

tapak serta pembentangan rekabentuk akhir berserta minit

mesyuarat.

x. rekabentuk terperinci persimpangan dan persimpangan

bertingkat.

xi. Pelarasan dengan agensi-agensi luar seperti Lembaga

Lebuhraya Malaysia (LLM), Pejabat Tanah dan pihak

konsesi lebuhraya dan jabatan-jabatan dalam Majlis.

xii. Kenalpasti parameter run-off dan ramalan waktu puncak

(peak flow).

xiii. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada

Kerajaan ketika proses mereka bentuk jalan dan

seterusnya ketika peringkat pembinaan dan pemasangan

di tapak.

xiv. Cadangan pelan reka bentuk jalan yang dikemukakan perlu

mengambilkira cadangan kos awalan pembinaan,

komponen-kompenen yang terlibat, kos penggunaan

tenaga buruh dan kos penyelenggaran.

xv. Menyediakan laporan Road Safety Audit (Stage 1-5)

xvi. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada

Kerajaan ketika proses penyediaan laporan Road Safety

Audit dan seterusnya ketika peringkat pembinaan dan

Page 7: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

7

pemasangan di tapak. Khidmat ini adalah diperlukan

sepanjang pelaksanaan projek ini dilmulakan sehingga

peringkat penyerahan/pentauliahan projek ini kepada

Kerajaan.

xvii. Mendapatkan pengesahan dan kelulusan daripada pihak

Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau

keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan

agensi teknikal yang berkaitan.

xviii. Menyediakan peringkat proses kerja yang diperlukan bagi

kerja pelan reka bentuk jalan sehinggalah peringkat

pembinaan.

xix. Membantu perunding ukur bahan dalam memberikan

maklumat dalam penyediaan dokumen tender dan senarai

kuantiti (Bill of Quantities).

xx. Membantu Kerajaan dalam panggilan, penilaian dari segi

teknikal kesemua dokumen tender yang telah dihantar oleh

kontraktor dan syor lantikan tender dan seterusnya

penyediaan dokumen kontrak.

xxi. Menyediakan lukisan binaan (Construction drawing),

kelulusan bahan binaan, kontraktor sebelum pelaksanaan

kerja dibuat ditapak. Seterusnya Perunding hendaklah

menghadiri mesyuarat teknikal dan tapak.

xxii. Memastikan pengujian dilakukan keatas kerja-kerja teknikal

dan penggunaan material yang yang akan digunakan bagi

pelaksanaan projek tersebut seperti yang terdapat di dalam

kontrak (ujian di makmal dan ujian di tapak).

xxiii. Menjalankan pengawasan ditapak dan memastikan kerja-

kerja fizikal disiapkan mengikut jadual sebelum proses

pentauliahan dilakukan.

Page 8: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

8

3.0 TEMPOH PERKHIDMATAN PERUNDING Perunding hendaklah menyelesaikan reka bentuk terperinci dalam tempoh

enam (6) bulan dari tarikh permulaan perkhidmatan dan hendaklah

dikemukakan mengikut peringkat seperti berikut:

No.

Perkara

Masa

1.0 Laporan Permulaan

(5 Salinan)

Laporan permulaan hendaklah dikemukakan

dalam tempoh satu (1) bulan selepas

permulaan perkhidmatan dan hendaklah

menggariskan metodologi termasuk

mengkaji data yang sediada dan cadangan

untuk pengumpulan data tambahan dimana

perlu.

2.0 Laporan Konsep

Rekabentuk

(5 Salinan)

Laporan konsep rekabentuk hendaklah

disediakan dan dikemukakan tiga (3) bulan

selepas tarikh permulaan. Laporan itu

merangkumi :

i. Pengumpulan data dan maklumat

ii.Penyediaan kos awalan projek

iii.Jajaran Awalan (Preliminary Aligment)

iv.Kerja-kerja ukur (Survey works)

v.Kerja Penyiasatan Tanah (Soil

Investigation)

vi.Semakan dan kelulusan awalan pihak

klien

Page 9: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

9

3.0 Draf Laporan

Rekabentuk terperinci (5

salinan)

Draf laporan rekabentuk terperinci

hendaklah dikemukakan lima (5) bulan

selepas bermulanya perkhidmatan. Laporan

itu hendaklah termasuk draf rekabentuk

terperinci pembinaan jalan dan jambatan

berdasarkan pilihan yang dipilih oleh

Kerajaan. Ia hendaklah termasuk semua

lukisan kerja dan anggaran kos yang telah

dikemaskini.

4.0

Laporan terperinci

rekabentuk akhir (5

salinan)

Laporan akhir rekabentuk terperinci

hendaklah dikemukakan dalam satu (1)

bulan selepas draf laporan rekabentuk

terperinci yang telah diterima oleh kerajaan.

Laporan itu hendaklah menggabungkan

semua komen daripada kerajaan pada draf

laporan butiran rekabentuk.Laporan itu

merangkumi:

i. Rekabentuk jambatan

ii. Rekabentuk jalan penghubung

iii. Rekabentuk perparitan

iv. Rekabentuk tembok penahan serta

struktur sementara

v. Perancangan pengurusan dan

pengawalan trafik sementara

vi. Audit keselamatan

vii. Semakan dan kelulusan pihak klien

Page 10: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

10

5.0 Dokumen Tender dan

Lukisan Tender

Draf dokumen tender hendaklah

dikemukakan bersama-sama dengan draf

laporan rekabentuk terperinci manakala

dokumen tender akhir dan lukisan tender

hendaklah dikemukakan dengan laporan

rekabentuk akhir. Ia akan menggabungkan

semua komen daripada kerajaan mengenai

dokumen draf tender dan hendaklah

termasuk lukisan akhir terperinci, spesifikasi

bahan, bilangan kuantiti, anggaran tender

dan lain-lain.

4.0 KAEDAH PENETAPAN KOS PERKHIDMATAN PERUNDING

i. Scale of Fees (Board of Engineers Malaysia)

5.0 DELIVERABLES (OUTPUT YANG DIHASILKAN)

Deliverables yang perlu disediakan oleh perunding adalah seperti

berikut :

i. Laporan Inception / Konsep / Awalan

ii. Laporan Kemajuan Bulanan/Interim

iii. Laporan Akhir

iv. Laporan Kriteria Rekabentuk

v. Laporan Pengiraan Rekabentuk

vi. Laporan Akaun Muktamad

vii. Laporan Jaminan dan Kawalan Kualiti (QAQC Report)

viii. Dokumen tawaran

ix. Lukisan-lukisan tawaran

x. Lukisan-lukisan pembinaan

Page 11: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

11

xi. Lukisan-lukisan As-Built

xii. Laporan Pembaikan Kecacatan, dan

xiii. Lain-lain output yang bersesuaian mengikut keperluan projek

6.0 MAKLUMAT YANG BOLEH DISEDIAKAN OLEH MAJLIS KEPADA

PERUNDING

Maklumat yang perlu disediakan kepada perunding untuk menjalankan

kajian adalah seperti berikut:

i. Pelan lokasi projek.

ii. Peta Penggunaan tanah

iii. Apa-apa dokumen lain yang sediada dan data yang dianggap

berkaitan dengan perancangan, rekabentuk kejuruteraan yang

dicadangkan.

7.0 BRIF PROJEK (BAGI PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL)

i. Cadangan spesifikasi jalan yang akan dibina adalah sekurang-

kurangnya sama dengan jalan sediada iaitu jalan bandaran 4

lorong dua hala dengan pembahagi jalan dan lampu jalan.

Walaubagaimanapun MBSJ seharusnya menggunakan

spesifikasi yang didasarkan kepada kajian lalulintas yang telah

dijalankan.

ii. Berikut adalah kriteria yang akan digunakan untuk cadangan ini:

a. Lebar lorong – 3.5 meter

b. Lebar bahu jalan berturap – 2 meter

c. Lebar pejalan kaki – 1.5 meter

d. Lebar pembahagi jalan – 2.5 meter

e. Lebar minima rezab jalan diperlukan – 30 meter

f. Hadlaju rekabentuk – 50 km/j

Page 12: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

12

iii. Cadangan perkakasan dan peralatan yang digunakan adalah

seperti berikut:

a. Penggunaan bahan yang melibatkan kerja-kerja

membina sistem saliran, menstabilkan tembok penahan

dan lain-lain yang berkaitan

b. Penggunaan jentera yang melibatkan kerja-kerja korekan,

melantak cerucuk dan aktiviti yang melibatkan kerja-kerja

semasa dalam pembinaan.

iv. ‘Performance specification’ berdasarkan aktiviti yang dijalankan

di tapak bina seperti tujuan penggunaan cerucuk, kekotak

pembetung, longkang dan lain-lain yang berkaitan

v. Keperluan kejuruteraan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

a. Ujian tanah

b. ESCP – Erosion and Sedementation Control Plan

c. Penyiasatan Tanah

d. Kerja Ukur

e. Ujian Konkrit

vi. Lain-lain yang berkaitan

Page 13: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

13

PELAN LOKASI

CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

Page 14: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

14

Page 15: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

15

GAMBAR TAPAK

Gambar 1 : Pandangan dari arah KESAS ke USJ

Gambar 2 : Pandangan dari Persiaran Subang Mewah ke Persiaran Murni

Page 16: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

16

Gambar 3 : Pandangan dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Mewah

Gambar 4 : Pandangan dari Persiaran Subang Mewah ke Persiaran Murni

Page 17: BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ......Kerajaan ke atas pelan reka bentuk mengikut ulasan atau keperluan spesifiskasi yang diperlukan oleh jabatan dan agensi teknikal yang

TERMA RUJUKAN

PERKHIDMATAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

17

Gambar 5 : Pandangan dari KESAS ke Persiaran Kewajipan (USJ)

Gambar 6 : Pandangan dari Persiaran Kewajipan (USJ) ke KESAS