warta kerajaan persekutuana)272.pdf · bandar dalam, plaza tol sentul pasar tambahan, tanjakan...

13
27 September 2017 27 September 2017 P.U. (A) 272 WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA DUTA-ULU KELANG FASA 2 TUN RAZAK LINK) 2017 FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) (COLLECTION OF TOLLS) (DUTA-ULU KELANG EXPRESSWAY PHASE 2 TUN RAZAK LINK) ORDER 2017 DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Upload: phunghuong

Post on 17-Aug-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

27 September 2017 27 September 2017

P.U. (A) 272

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT GAZETTE

PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL)

(LEBUH RAYA DUTA-ULU KELANG FASA 2 TUN RAZAK LINK) 2017

FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) (COLLECTION OF TOLLS) (DUTA-ULU KELANG

EXPRESSWAY PHASE 2 TUN RAZAK LINK) ORDER 2017

DISIARKAN OLEH/ PUBLISHED BY

JABATAN PEGUAM NEGARA/ ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

Page 2: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

2

AKTA JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) 1984

PERINTAH JALAN-JALAN PERSEKUTUAN (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PUNGUTAN TOL) (LEBUH RAYA DUTA-ULU KELANG FASA 2 TUN RAZAK LINK) 2017

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 2

Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306],

Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehkan dinamakan Perintah Jalan-Jalan Persekutuan

(Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang Fasa 2

Tun Razak Link) 2017.

(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 28 September 2017.

Pemberikuasaan untuk memungut tol

2. (1) Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. diberi kuasa bagi

tempoh dari 28 September 2017 hingga 10 Ogos 2059 untuk meminta, memungut dan

menyimpan tol yang berkenaan yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama bagi

penggunaan ke mana-mana arah oleh kelas kenderaan yang dinyatakan dalam ruang (1)

Jadual Pertama mana-mana bahagian jalan yang dikenali sebagai Lebuh Raya Duta-Ulu

Kelang Fasa 2 Tun Razak Link yang bermula dari kilometer 0.00 di koordinat

U -109.045, T 118.474 Grid Cassini Negeri Selangor dan berakhir di kilometer 5.77

di koordinat U 1962.862, T 346.913 Grid Cassini Negeri Selangor, termasuklah

Tanjakan Masuk dari Jalan Tun Razak, Tanjakan Keluar ke Jalan Pahang,

Tanjakan Keluar ke Jalan 9/48A, Persimpangan Bertingkat Sentul Pasar 2, Pusingan U

Bertingkat berhampiran Jalan Sentul, Pusingan U Bertingkat berhampiran

Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar

di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu suatu jarak

sepanjang 5.77 kilometer.

Page 3: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

3

(2) Jalan yang dinyatakan dalam subperenggan (1) yang bagi penggunaannya

tol dibenarkan diminta, dipungut dan disimpan ditunjukkan dalam peta dalam

Jadual Kedua.

Pembayaran tol

3. Seseorang pemandu kenderaan hendaklah, sebelum melalui Plaza Tol

Sentul Pasar Tambahan yang terletak di kilometer 3.33 Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang

Fasa 2 Tun Razak Link yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua, membayar tol

yang kena dibayar secara elektronik dengan kad elektronik, peranti elektronik berserta

kad elektronik, pelekat elektronik atau dengan apa-apa cara lain, yang dibenarkan oleh

Menteri bagi maksud pembayaran tol.

Pengecualian daripada pembayaran tol

4. Walau apa pun peruntukan Perintah ini, kenderaan yang dinyatakan dalam

Jadual Ketiga dikecualikan daripada pembayaran tol.

Page 4: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

4

JADUAL PERTAMA

[subperenggan 2(1)]

KADAR TOL BAGI TEMPOH DARI 28 SEPTEMBER 2017 HINGGA 10 OGOS 2059

(1)

Kelas Kenderaan

(2)

Tol Kena Dibayar

(RM)

Plaza Tol

Sentul Pasar Tambahan

1. Kenderaan yang mempunyai dua

gandar dan tiga atau empat roda (tidak

termasuk teksi dan bas)

2.50

2. Kenderaan yang mempunyai dua

gandar dan lima atau enam roda (tidak

termasuk bas)

3.80

3. Kenderaan yang mempunyai tiga

gandar atau lebih (tidak termasuk bas)

5.00

4. Teksi

1.30

5. Bas 1.70

Bagi maksud mengira bilangan gandar dan roda sesebuah kenderaan, gandar dan roda

mana-mana treler yang ditarik oleh kenderaan itu hendaklah dikira sebagai sebahagian

daripada gandar dan roda kenderaan itu.

Page 5: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

5

JADUAL

[perenggan 2]

PETA LEBUH RAYA DUTA-ULU KELANG FASA 2 TUN RAZAK LINK

PETUNJUK:

Jalan yang akan diwartakan sebagaI jalan

Persekutuan

Jalan-jalan lain

(E33) Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang Fasa 1

Plaza Tol

Persimpangan Bertingkat

Tanjakan Masuk

Tanjakan Keluar

Tanjakan Masuk dan Keluar

Pusingan U Bertingkat

CATATAN: TIDAK MENGIKUT SKALA

Tanjakan

Keluar ke

Jalan Pahang

Tanjakan

Keluar ke

Jalan 9/48A

Pusingan U Bertingkat

Berhampiran Jalan

Sentul

Persimpangan

Bertingkat

Sentul Pasar 2

Persimpangan

Bertingkat Jalan

Gombak

Pusingan U

Bertingkat

Berhampiran

Bandar Dalam Tanjakan

Masuk dan

Keluar di

Taman Sri

Setapak

U Tanjakan

Masuk dari

Jalan Tun

Razak

KM 0.00 U -109.045 T 118.474

PLAZA TOL SENTUL PASAR TAMBAHAN KM 3.33

U 2396.513 T -287.701

KM 5.77 U 1962.862 T 346.913

Page 6: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

6

JADUAL KETIGA

[perenggan 4]

KENDERAAN YANG DIKECUALIKAN

1. Mana-mana kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Agong atau

Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja atau Permaisuri-Permaisuri Baginda,

Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan

Sarawak atau isteri-isteri mereka, Dato’-Dato’ Undang Negeri Sembilan atau

Tengku Besar Tampin atau isteri-isteri mereka, Tengku Mahkota atau Raja Muda

mana-mana Negeri atau isteri-isteri mereka, Raja Di-Hilir Perak atau isterinya,

atau mana-mana pembesar asing yang datang melawat.

2. Mana-mana kenderaan Kerajaan yang membawa Perdana Menteri atau

Timbalan Perdana Menteri.

3. Semua kenderaan tentera yang dimiliki oleh Kerajaan atau mana-mana angkatan

pelawat yang ditakrifkan dalam Akta Angkatan Pelawat 1960 [Akta 432].

4. Semua kenderaan Kerajaan yang digunakan semata-mata untuk tugas ambulans,

tugas melawan kebakaran, tugas polis atau tugas menyelamat termasuk

kenderaan pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam dan kenderaan

Jabatan Penjara semasa menjalankan tugas mengiringi banduan.

5. Semua kenderaan yang bukan kenderaan Kerajaan yang digunakan semata-mata

untuk tugas ambulans, tugas melawan kebakaran dan tugas menyelamat.

6. Semua motosikal beroda tiga atau beroda empat yang digunakan oleh

mana-mana orang cacat.

7. Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan dua roda.

Page 7: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

7

Dibuat 27 September 2017 [KKR.PUU.110-1/7/32; PN(PU2)460/XCII]

DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF Menteri Kerja Raya

Page 8: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

8

FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) ACT 1984

FEDERAL ROADS (PRIVATE MANAGEMENT) (COLLECTION OF TOLLS) (DUTA-ULU KELANG EXPRESSWAY PHASE 2 TUN RAZAK LINK) ORDER 2017

IN exercise of the powers conferred by section 2 of the

Federal Roads (Private Management) Act 1984 [Act 306], the Minister makes

the following order:

Citation and commencement

1. (1) This order may be cited as the Federal Roads (Private Management)

(Collection of Tolls) (Duta-Ulu Kelang Expressway Phase 2 Tun Razak Link)

Order 2017.

(2) This Order comes into operation on 28 September 2017.

Authorization to collect tolls

2. (1) Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. is authorized for the

period from 28 September 2017 to 10 August 2059 to demand, collect and retain the

appropriate tolls specified in column (2) of the First Schedule for the use in either

direction by the classes of vehicles specified in column (1) of the First Schedule of any

part of the road known as the Duta-Ulu Kelang Expressway Phase 2 Tun Razak Link

commencing from kilometre 0.00 at coordinates N -109.045, E 118.474 of the Selangor

State Cassini Grid and ending at kilometre 5.77 at coordinates N 1962.862, E 346.913

of the Selangor State Cassini Grid, including On Ramp from Tun Razak Road, Off Ramp to

Pahang Road, Off Ramp to 9/48A Road, Sentul Pasar Interchange 2, Elevated U-turn

near Sentul Road, Elevated U-turn near Bandar Dalam, Sentul Pasar Extension Toll

Plaza, On and Off Ramps at Taman Sri Setapak and Gombak Road Interchange, being

a distance of 5.77 kilometres.

(2) The roads specified in subparagraph (1) for the use of which tolls are

authorized to be demanded, collected and retained are shown on the map in the Second

Schedule.

Page 9: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

9

Payment of toll

3. A driver of a vehicle shall, before passing through the Sentul Pasar Extension Toll

Plaza situated at kilometre 3.33 of the Duta-Ulu Kelang Expressway Phase 2

Tun Razak Link as shown on the map in the Second Schedule, pay the payable toll

electronically with electronic card, electronic device with electronic card, electronic

sticker or with any other means, as approved by the Minister for the purpose of

payment of tolls.

Exemption from payment of toll

4. Notwithstanding the provisions of this Order, the vehicles specified in the

Third Schedule are exempted from payment of toll.

Page 10: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

10

FIRST SCHEDULE

[subparagraph 2(1)]

TOLL RATES FOR THE PERIOD FROM 28 SEPTEMBER 2017 TO 10 AUGUST 2059

(1)

Classes of Vehicles

(2)

Toll Payable

(RM)

Sentul Pasar Extension

Toll Plaza

1. Vehicles having two axles and three or

four wheels (excluding taxi and bus)

2.50

2. Vehicles having two axles and five or

six wheels (excluding bus)

3.80

3. Vehicles having three axles or more

(excluding bus)

5.00

4. Taxi

1.30

5. Bus 1.70

For the purpose of calculating the number of axles and wheels of a vehicle, the axles and

wheels of any trailer towed by the vehicle shall be included as part of the axles and

wheels of the vehicle.

Page 11: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

11

SCHEDULE

[paragraph 2]

MAP OF DUTA-ULU KELANG EXPRESSWAY PHASE 2 TUN RAZAK LINK

LEGEND:

Road to be gazetted as Federal road

Other roads

(E33) Duta-Ulu Kelang Expressway Phase 1

Toll Plaza

Interchange

On Ramp

Off Ramp

On Ramp and Off Ramp

Elevated U-Turn

NOTE: NOT TO SCALE

Off Ramp to

Pahang Road On Ramp to

9/48A Road

Elevated U-Turn Near

Sentul Road

Sentul Pasar

Interchange 2

Gombak Road

Interchange

Elevated U-Turn

Near Bandar

Dalam On and Off

Ramps at

Taman Sri

Setapak

On Ramp from

Tun Razak

Road

KM 0.00 N -109.045 E 118.474

SENTUL PASAR EXTENSION TOLL PLAZA KM 3.33

N 2396.513 E -287.701

KM 5.77 N 1962.862 E 346.913

N

Page 12: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

12

THIRD SCHEDULE

[paragraph 4]

EXEMPTED VEHICLES

1. Any vehicles carrying the Yang Di-Pertuan Agong or the Raja Permaisuri Agong,

the Rulers or their consorts, the Yang di-Pertua Negeri of the States of Malacca,

Penang, Sabah and Sarawak or their wives, Dato’-Dato’ Undang Negeri Sembilan

or the Tengku Besar Tampin or their wives, the Tengku Mahkota or the

Raja Muda of any State or their wives, the Raja Di-Hilir of Perak or his wife, or

any visiting foreign dignitary.

2. Any Government vehicle carrying the Prime Minister or the

Deputy Prime Minister.

3. All military vehicles belonging to the Government or to any visiting force as

defined in the Visiting Forces Act 1960 [Act 432].

4. All Government vehicles solely engaged in ambulance duties, firefighting duties,

police duties or rescue duties inclusive of rescue team vehicles of the

Civil Defence Department and vehicles of the Prison Department whilst on

prisoners escort duties.

5. All vehicles not being Government vehicles solely engaged in ambulance duties,

firefighting duties and rescue duties.

6. All three-wheeled or four-wheeled motorcycles used by any handicapped

person.

7. Vehicles having two axles and two wheels.

Page 13: WARTA KERAJAAN PERSEKUTUANA)272.pdf · Bandar Dalam, Plaza Tol Sentul Pasar Tambahan, Tanjakan Masuk dan Keluar di Taman Sri Setapak dan Persimpangan Bertingkat Jalan Gombak, iaitu

P.U. (A) 272

13

Made 27 September 2017 [KKR.PUU.110-1/7/32; PN(PU2)460/XCII]

DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF Minister of Works