kementerian sumber manusia (ksm) - · pdf file5 berikut adalah huraian untuk setiap menu. menu...

42
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) JABATAN TENAGA KERJA (JTK) & PEJABAT TENAGA KERJA (PTK) VERSI KETIGA OKT 2010

Upload: hoangliem

Post on 04-Feb-2018

278 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

KEMENTERIAN SUMBERMANUSIA (KSM)

JABATAN TENAGA KERJA (JTK)&

PEJABAT TENAGA KERJA (PTK)

VERSI KETIGA – OKT 2010

Page 2: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

2

PANDUAN PENGGUNA

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 3

Laman Utama Sistem ePampasan 4

Menu - Pampasan 4

Tuntutan Baru 5 - 6

Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan 7 – 8

Tuntutan Baru – Tuntutan Tanpa Polisi Insurans 9

Mengemaskini PP2Bahagian 1 – MajikanBahagian 2 – PekerjaBahagian 3 – KemalanganBahagian 4 – RawatanBahagian 5 – PendapatanBahagian 6 – KematianBuruh 90 & LampiranBahagian Hilang Upaya KekalTempoh Tiada PampasanPengesahan TuntutanPenilaian Pampasan

10 - 111213141515161717181819

Pengesahan & Kelulusan Tuntutan Pampasan 20

Inkuiri Penilaian Tuntutan Pampasan 21

Inkuiri Status Tuntutan & Cetak Semula 22

Membuka semula kes tidak diperkenankan 23

Pembatalan Kes 24

Senarai Kes-kes yang Masih Dijalankan 25

Inkuiri 26

Majikan yang diinsuranskan 27 – 28

Pekerja Asing yang Diinsuranskan 29

Polisi Insurans 29

Majikan & Pekerja Yang Diinsuranskan 29

Laporan 30

Senarai Penyelenggaraan 31

Senarai Majikan / Polisi atau Pekerja Asing yang masih Aktif 31

Ringkasan (Laporan Pekerja Asing Yang Masih Aktif) 32

Penyelenggaraan 33

Kemaskini Kata Laluan 33

Mendaftar Kumpulan Pengguna 34

Mendaftar Akaun Baru 35

Cetak Senarai Pengguna 36

Kemaskini Maklumat Jabatan / Pejabat Tenaga Kerja 37

Menambah Berita Baru 37 – 38

Utiliti 39 – 42

Page 3: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

3

1) PENGENALAN

Untuk melayari Laman Sesawang ePampasan sila taip alamat URL berikutwww.epampasan.net.my seperti di Rajah 1.1.0 dibawah.

Rajah 1.1.0

Kemudian anda akan dibawa ke Skrin Daftar Masuk (Login) ePampasan

yang seperti yang tertera dalam Rajah 1.1.1 di bawah.

Rajah 1.1.1

Untuk “Kod Pejabat” berdasarkan Kod LMD yang telah diberikan kepadaPejabat masing-masing, manakala “ID Pengguna” dan “Kata Laluan” dibekaloleh Pihak JTK Putrajaya. Setelah berjaya daftar masuk ke dalam lamansesawang ePampasan anda dapat melihat paparan Skrin Utama seperti diRajah 2.1.0

Semua Laporan akan dibuka melaluiFormat PDF. Untuk memuat turun“Adobe Reader” secara percumaklik pada pautan ini.

Pengumuman dan Buletin berkaitansistem akan dipaparkan disini.Pengguna boleh mendapatkanmaklumat melalui riangan ini

Masukkan Kod Pejabat,ID Pengguna dan KataLaluan dan klik DaftarMasuk

Page 4: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

4

2) LAMAN UTAMA SISTEM ePAMPASAN

Rajah 2.1.0

3) MENU – PAMPASAN

Rajah 3.0

Kita mulakan dengan Menu “PAMPASAN”. Pada menu ini anda bolehmembuat segala urusan berkenaan Taksiran Pampasan atau Menyemak SetiapKes yang didaftarkan.

Menu Utama yang terdapatdalam Sistem ePampasan

Senarai Kes yangmasih dalam ProsesMengemaskini PP2& Penilaian

Senarai Kes yangmasih dalam ProsesPengesahan &Kelulusan Tuntutan

Memuat Turun PanduanPengguna Sistem ePampasan

Sebarang Buletin & Maklumat berkenaan sistem ePampasanakan dipaparkan di sini. Hanya Pihak JTK IBU PEJABAT(Putrajaya) yang boleh mengemaskini Buletin

Page 5: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

5

Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu.

MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT

Tuntutan Baru Mendaftar kes baru PampasanPekerja Asing untuk membuat taksiranserta mencetak Surat PP1, PP2, Buruh90 dan Jadual Pertama.

5

Tuntutan Baru – TanpaPolisi Insurans

Untuk membuat Tuntutan bagiPekerja yang tidak mempunyai PolisiInsurans

9

Mengemaskini PP2 danPenilaian Pampasan

Mengemaskini bahagian PP2 sertamembuat taksiran kasar.

10

Pengesahan danKelulusan TuntutanPampasan

Menyemak taksiran kasar untukkelulusan serta mencetak Surat PP4,PP5, PP6 atau PP7.

20

Inkuiri Penilaian TuntutanPampasan

Maklumat rujukan yang berkaitandengan tuntutan pampasan.

21

Inkuiri Status Tuntutan &Cetakan Semula

Untuk rujukan status kes-kes tuntutanpampasan serta mencetak semulaSurat atau Borang-Borang.

22

Membuka Semula Kestidak Diperkenankan

Mengaktifkan semula kes-kes yangstatusnya tidak diperkenankan.

23

Pembatalan Kes Membuat Pembatalan Kes sekiranyaterdapat kesilapan semasa membuatTuntutan

24

Senarai Kes Tuntutan ygMasih Dijalankan

Mencetak senarai kes-kes yang masihdijalankan.

25

3.1) Tuntutan Baru3.2)

Rajah 3.1.0

Page 6: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

6

Sekiranya anda ingin membuat Tuntutan Baru sila pilih kekotak“PAMPASAN” dan klik “TUNTUTAN BARU” menu yang mana membolehkan andamendaftarkan kes-kes yang telah dilaporkan di Pejabat atau Jabatan TenagaKerja masing-masing.

Merujuk kepada Maklumat atau Surat Majikan yang diberikan kepadaPihak JTK, anda boleh membuat carian Pekerja Asing yang ditimpa kemalangantersebut dengan melengkapkan butiran Pekerja Asing di “Kriteria Carian” sepertiNo Polisi, Nama Majikan, Nama Pekerja, No Pasport atau KewarganegaraanPekerja dan klik pada butang “Cari”. Untuk memudahkan danmempercepatkan carian tersebut, anda boleh memasukkan maklumatterperinci bagi pekerja berkenaan.

3.1.1) Senarai Pekerja

Rajah 3.1.1

Untuk membuat pilihan sila klik pada “Pilih” bagi pekerja yang ingin andamembuat Penilaian Pampasan. Kemudian anda akan dipaparkan dengan skrin“Mengemaskini Tuntutan Baru”. Pada bahagian ini anda dikehendakimengemaskini data-data yang tidak lengkap di dalam senarai tersebut untukmembuka fail tuntutan baru. Bagi No Rujukan LMD anda perlu menggunakanNo Rujukan semasa mendaftarkan kes di Sistem LMD.

Setiap ruangan yang mempunyai tanda “*” adalah medan wajib untuk andalengkapkan.

Pilih

Page 7: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

7

3.1.2) Mengemaskini Tuntutan Baru

Rajah 3.1.2

Lengkapkan maklumat berkenaan tuntutan seperti Tuntutan Notifikasi,Maklumat Majikan, Maklumat Pekerja & Maklumat Kemalangan. Untukmenyemak sekiranya pekerja tersebut pernah membuat sebarang tuntutanterdahulu, sila klik “Semak Tuntutan Terdahulu”. Sekiranya pernah membuatsebarang tuntutan, maka ianya akan disenaraikan pada bahagian ini.

SemakTuntutanTerdahulu

HantarTuntutan

Page 8: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

8

Rajah 3.1.3

Setelah selesai mengemaskini Maklumat, klik pada butang “HantarTuntutan” dan Sistem akan menjana Surat PP1, Borang PP2, Buruh 90 dan JadualPertama yang lengkap. Sekiranya ingin mencetak Borang ini, anda perlu klikpada butang bergambar “Printer” pada penjana PDF.

Keluar

Page 9: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

9

3.2) Tuntutan Baru – Tuntutan Tanpa Polisi Insurans

Rajah 3.2.1

Page 10: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

10

Sekiranya maklumat pekerja yang mengalami kemalangan tidakterdapat dalam sistem epampasan atau dimaklumkan oleh Pihak Majikanbahawa pekerja tersebut belum mempunyai polisi atau pekerja tersebutmembeli polisi selain dari 29 buah Panel Insurans yang dilantik, maka PihakJTK/PTK boleh membuat keputusan sama ada untuk mendaftarkan kes pekerjaberkenaan bagi Tuntutan Tanpa Polisi Insurans seperti dalam Rajah 3.2.1 di atas.Anda perlu melengkapkan semua maklumat bagi pekerja tersebut. Setelahmendaftar kes berkenaan proses seterusnya adalah sama seperti tuntutan yangmempunyai polisi insurans yang mana melalui sistem akan menjana LaporanPP1, PP2, Borang 90 dan Jadual Pertama dan Pihak Majikan atau PemegangPolisi perlu melengkapkan PP2 & Borang 90 dan perlu dihantar kembali ke PihakJTK/PTK dan bayaran pampasan seperti dinilai akan dibayar sendiri oleh Majikankepada Pekerja yang mengalami kemalangan tersebut.

3.3) Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan

Setelah menerima Borang PP2 dan Buruh 90 yang telah diisi dandilengkapkan oleh Pemegang Polisi atau Majikan anda perlu mengemaskiniMaklumat tuntutan melalui sistem. Klik pada pilihan “Mengemaskini PP2 dan

Penilaian Pampasan”.

Rajah 3.3.1

Pada bahagian berikut sila masukkan salah satu butiran pada “KriteriaCarian” untuk memudahkan anda mencari semula maklumat bagi kes baruyang telah anda Daftarkan pada “Tuntutan Baru” dan klik pada butang “Cari”.Kemudian tuntutan yang telah dibuat akan disenaraikan dan anda perlu klikpada “Pilih” untuk mengemaskini PP2 & Penilaian Pampasan.

Senarai pekerja yangmenunggu proseskemaskini data

Page 11: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

11

Lengkapkan Maklumat yang terdapat pada Borang PP2. Iaitu padabahagian-bahagian:-

Maklumat Huraian Muka Surat

Majikan Alamat & Maklumat Majikan Pekerja 12

Pekerja Alamat & Maklumat Pekerja yang membuatTuntutan Kemalangan

13

Kemalangan Maklumat Kemalangan seperti Tarikh, Masa,Tempat, Jenis Kemalangan dan lain-lain

14

Rawatan Tempat pekerja mendapatkan rawatan 15

Pendapatan Butiran Pendapatan, Faedah, Tarikh MulaBekerja/Tarikh Keluar Hospital dan lain-lain

15

Kematian Perlu dilengkapkan jika Pekerja mengalamiKemalangan Maut

16

Buruh 90 &Lampiran

Senarai Lampiran yang disertakan 17

Hilang UpayaKekal

Perlu dilengkapkan jika pekerja mengalamiHilang Upaya Kekal (HUK)

17

Tempoh TiadaPampasan

Tempoh dimana Pampasan tidak dibayar ataudikecualikan

18

PengesahanTuntutan

Jenis tuntutan, Keputusan Pesuruhjaya 18

PenilaianPampasan

Jumlah Pampasan yang diterima Pekerjaberdasarkan kemalangan yang dialami

19

Anda dikehendaki mengemaskini data-data yang tidak lengkap didalam senarai tersebut. Jika tulisan pada butang berwarna merah, bermaknabahagian tersebut masih belum lengkap diisi. Bahagian yang bertanda “*”adalah medan wajib yang perlu dilengkapkan. Apabila selesai, klik padabutang “Simpan & Seterusnya” untuk mengemaskini bahagian yang berikutnya.

Page 12: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

12

3.3.1) Bahagian 1 – Majikan

Rajah 3.3.1

Anda perlu mengemaskini Maklumat Majikan. Alamat Majikan yang terteraakan digunakan sebagai alamat Surat menyurat. Alamat majikan boleh dipindasekiranya alamat berbeza daripada apa yang diberikan oleh majikan.

Pindaan boleh dibuat bagi kekotak yang berwarna merah dan hitamsahaja, bagi kekotak yang bewarna kelabu hanya akan dibuka jika Pekerjamengalami Hilang Upaya Kekal (HUK) atau Kematian/ Maut. Setelah selesai, klikpada butang “Simpan & Seterusnya”. Untuk mengemaskini bahagianseterusnya.

Sila ambil perhatian, Maklumat bertanda “*” adalah medan wajib diisi.

Klik Simpan & Seterusnyauntuk ke bahagian berikutnya

Page 13: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

13

3.3.2) Bahagian 2 – Pekerja

Rajah 3.3.2

Seterunya adalah bahagian Maklumat Pekerja yang ditimpakemalangan, anda boleh mengemaskini maklumat seperti Alamat pekerja diMalaysia, Alamat di Negara Asal (adanya alamat berikut memudahkan urusanseperti mencari waris dan sebagainya) atau Tarikh Lahir pekerja (untukmembuat urusan tuntutan penilaian pampasan bagi pekerja tersebut. Setelahlengkap klik pada “Simpan & Seterusnya”.

Page 14: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

14

3.3.3) Bahagian 3 – Kemalangan

Rajah 3.3.3

Bahagian ini penting untuk mengetahui Maklumat berkenaankemalangan. Maklumat ini akan menentukan Masa, Tarikh dan TempatKemalangan, Waktu kerja biasa Pada Hari Kemalangan atau Bila KemalanganBerlaku samaada Dalam Waktu Kerja atau Di Luar Waktu Kerja

Bahagian ini juga pihak JTK boleh mengemaskini Maklumat tentangkejadian kemalangan dan mengklasifikasi jenis kecederaan dan kemalangan.Kemudian klik “Simpan & Seterusnya”.

Page 15: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

15

3.3.4) Bahagian 4 – Rawatan

Rajah 3.3.4

Masukkan maklumat Tempat Pekerja mendapatkan Rawatan selepasditimpa kemalangan. Kemudian klik pada “Simpan & Seterusnya”.

3.3.5) Bahagian 5 – Pendapatan

Rajah 3.3.5

Kemaskini Maklumat Pendapatan yang tidak lengkap seperti Butir-butirPendapatan Sebelum Kemalangan iaitu 6 bulan sebelum ditimpa kemalangan,Faedah yang diterima, Tarikh Mula Bekerja atau Tarikh Keluar Hospital.Kemudian klik “Simpan & Seterusnya”.

Masukkan TarikhMula Bekerja

Selepas Kemalangan

Page 16: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

16

3.3.6) Bahagian 6 – Kematian

Rajah 3.3.6

Jika anda mendaftarkan kes Hilang Upaya Kekal (HUK) atau HilangUpaya Sementara (HUS) bahagian ini akan dipudarkan dan tidak perludilengkapkan. Jika kes melibatkan Kemalangan Maut, sila lengkapkanbahagian ini. Terutamanya Tarikh Kematian. Sekiranya terdapat maklumat butir-butir tanggungan iaitu Waris anda boleh memasukkan maklumat berkenaanberdasarkan PP2 yang telah dikembalikan. Kemudian klik pada “Simpan &Seterusnya”.

MasukkanTarikh Kematian

Page 17: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

17

3.3.7) Buruh 90 & Lampiran

Rajah 3.3.7

Di bahagian ini anda perlu memilih setiap Borang atau Sijil yangdilampirkan berdasarkan kes yang dilaporkan, cuma “Tick” pada kekotakpilihan dan klik pada “Simpan & Seterusnya”.

3.3.8) Bahagian Hilang Upaya Kekal

*Hilang Upaya Kekal

Rajah 3.3.8

Page 18: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

18

Seterusnya ialah bahagian Hilang Upaya Kekal (HUK) berdasarkan JadualPertama, semua jenis Hilang Upaya Kekal akan disenaraikan. Anda cuma perlumemilih dan sistem secara automatik akan menyenaraikan % Kehilangan UpayaMencari Nafkah dan anda boleh membuat pindaan % tersebut sekiranyamendapat pengesahan. Sekiranya terdapat lebih dari 1 rekod hilang upayaanda boleh klik pada “Simpan & Tambah Rekod” dan anda boleh memilih jenisyang seterusnya. Setelah lengkap klik pada “Seterusnya”.

3.3.9) Tempoh Tiada Pampasan

Rajah 3.3.9

Lengkapkan bahagian ini sekiranya Pekerja tersebut mempunyai Haridikecualikan dari Pembayaran Pampasan (Cuti putus-putus). Anda cuma perlumemasukkan Tarikh berkenaan dan sistem akan memberikan maklumat lengkapberserta Pengiraan Tarikh Tiada Pampasan Dibayar.

3.3.10) Pengesahan Tuntutan

Rajah 3.3.10

Page 19: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

19

Lengkapkan bahagian “Pengesahan Tuntutan” dengan memilih maklumatyang berkaitan. Samaada pekerja Dipengaruhi Dadah atau Arak. KeputusanPesuruhjaya seperti Lulus, Ditolak kerana Dadah, Arak atau Tidak Terbit Dari danDalam Masa Pekerjaannya, Dibatalkan, Tidak Diperkenankan atas PermintaanJTK, Majikan atau Pekerja. Kemudian klik pada “Simpan & Seterusnya”.

3.3.11) Penilaian Pampasan

Rajah 3.3.11

Anda dikehendaki menyemak “Penilaian Pampasan” sebelum Hantar untukpengesahan. Di bahagian ini menunjukkan maklumat yang telah andalengkapkan dalam “Mengemaskini PP2 dan Penilaian Pampasan”. Padabahagian ini juga anda dapat menyemak jumlah Tuntutan Pampasan yangdinilai dan diterima oleh Pekerja tersebut. Setelah membuat semakan klik padabutang “Hantar Untuk Pengesahan & Kelulusan”.

Hantar Untuk Pengesahan &Kelulusan Pesuruhjaya

Page 20: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

20

3.4) PENGESAHAN & KELULUSAN TUNTUTAN PAMPASAN

Rajah 3.4.0

Anda akan melihat skrin yang sama seperti “Mengemaskini PP2 dan PenilaianPampasan”. Pada bahagian ini Pesuruhjaya boleh membuat pindaan pada butirankes sebelum Disahkan. Jenis Tuntutan juga boleh ditukar sekiranya berlakuperubahan bagi Kes yang dijalankan iaitu daripada HUS kepada HUK atau Mautdan sebaliknya.

Perbezaan “Penilaian Pampasan” antara bahagian Mengemaskini PP2 &Penilaian Pampasan dengan Pengesahan & Kelulusan Tuntutan Pampasan ialahpada butang Disah & Diluluskan untuk Pampasan seperti dalam Rajah 3.4.0 di atas.

Pesuruhjaya boleh klik pada butang ini untuk mengesahkan taksiran danmenjana Surat-Surat berdasarkan kes yang dijalankan seperti PP4, PP5, PP6, PP7,Borang P, Memorandum dan beberapa lagi Surat - Surat yg disenaraikan di mukaLampiran A.

Klik Disah & Diluluskan UntukPampasan untuk Menjana Surat

Setelah membuatsemakan dan tiadapindaan klik padaPenilaian Pampasan

Jumlah Pampasanyang diterima

Page 21: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

21

3.5) INKUIRI PENILAIAN TUNTUTAN PAMPASAN

Rajah 3.5.0

Bahagian ini Pegawai JTK boleh membuat semakan kes-kes yang sedangdijalankan atau pun sudah disahkan. Semua kes yang didaftarkan dalam SistemePampasan akan disenaraikan dan dijadikan sebagai rujukan. Setelah mencarimaklumat Pekerja tersebut sila klik pada pautan “Pilih” dan anda akan dibawake paparan skrin seperti “Pengesahan & Kelulusan Tuntutan Pampasan”.

Untuk makluman bahawa pada bahagian ini hanya boleh membuatsemakan sahaja, jika ingin membuat Pindaan sila ke bahagian Penilaian PP2dan Pampasan atau Pengesahan dan Kelulusan Tuntutan Pampasan.

Klik Pilih untukmenyemak Penilaian

Page 22: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

22

3.6) INKUIRI STATUS TUNTUTAN & CETAKAN SEMULA

Rajah 3.6.0

Pada bahagian ini anda boleh menyemak Status Tuntutan & MencetakSemula semua Borang-Borang serta Surat-Surat yang telah dijana bagi setiap kes.Untuk memilih kes - kes yg ingin dirujuk dengan memasukkan maklumat denganmenggunakan Kriteria Carian. Klik pada pautan “Pilih” dan Kes yang ingin andabuat Cetakan Semula akan disenaraikan.

Rajah 3.6.1

Ringkasan kes tersebut akan disenaraikan dan anda boleh membuat pilihanLaporan yang ingin dibuat Cetakan Semula, tiada sebarang had untuk andamembuat cetakan semula.

Klik pada Kekotak untuk memilihLaporan yang ingin Dicetak Semula

Setelah Pilih Klik padaCetak Laporan

Page 23: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

23

3.7) MEMBUKA SEMULA KES TIDAK DIPERKENANKAN

Rajah 3.7.0

Seterusnya Membuka Semula Kes Tidak Diperkenankan atas permintaanPihak JTK, Majikan atau Pekerja tersebut. Sekiranya anda telah mendapatmaklumat lengkap bagi setiap kes yang tidak diperkenankan anda boleh kebahagian ini untuk Membuka Semula Kes tersebut. Klik Pilih pada senaraimaklumat tuntutan dan klik “Buka Semula Kes”.

Rajah 3.7.1Setelah klik “Buka Semula Kes” maka anda boleh meneruskan proses

mengemakini PP2 & Penilaian Pampasan.

Klik Buka Semula Kes

Klik pada Pilih untukMemilih Kes yang

ingin dibuka semula

Page 24: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

24

3.8) PEMBATALAN KES

Rajah 3.8.1

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan semasa membuat Tuntutan Baruanda boleh membuat Pembatalan Kes bagi kes yang masih dijalankan. Klikpada “Pilih” seperti dalam Rajah 3.8.1 di atas.

Rajah 3.8.2

Setelah pilih Tuntutan yang perlu dibuat Pembatalan. Anda perlumelengkapkan Nota sebab-sebab pembatalan perlu dibuat. Kemudian klikpada Batal Tuntutan.

Klik Pilih

Batal TuntutanMasukkan Notauntuk Pembatalan

Page 25: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

25

3.9) SENARAI KES YANG MASIH DIJALANKAN

Rajah 3.9.1

Bahagian ini anda boleh membuat Cetakan bagi semua kes-kes yangPenilaian dan Pengesahan Sedang Dijalankan bagi Jabatan/Pejabat TenagaKerja yang dipilih. Anda boleh membuat pilihan dengan menggunakan TarikhDaftar, Status Tuntutan, Negeri atau Pekerja Yang Diinsuranskan. Untuk mencetaksenarai tersebut sila klik pada “Cetak”. Sila rujuk Rajah 3.9.1 & 3.9.2.

Rajah 3.9.2

Klik pada Cetak untuk MencetakSenarai Kes Yang Dijalankan

Page 26: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

26

4) INKUIRI

Berikut adalah Keterangan menu ini.

Menu – Inkuiri Keterangan Muka Surat

Majikan yang Diinsuranskan Carian dibuat menggunakanNama Majikan, No PendaftaranSyarikat, Negeri Polisi dibeli danJumlah pekerja dalam Polisitersebut.

27 - 28

Pekerja Asing yangDiinsuranskan

Carian dibuat menggunakanNama Pekerja Asing, No Pasportserta Negara asal dan tempatkerja.

29

Polisi Insurans Carian boleh dibuatmenggunakan MaklumatMajikan, Pekerja Asing dan PolisiInsurans.

29

Majikan dan Pekerja yangdiinsuranskan

Carian dibuat denganmenggunakan gabunganantara maklumat Majikan &Pekerja

29

Rajah 4.0

Sekiranya anda mencari rekod-rekod berkenaan SPPA, anda bolehmenggunakan bahagian Inkuiri ini untuk mencari rekod-rekod tersebut. Disiniterdapat 4 cara untuk membuat semakan pada Inkuiri seperti dalam Rajah 4.0.

Page 27: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

27

4.1) Majikan Yang Diinsuranskan

Rajah 4.1.1

Sekiranya anda ingin membuat semakan maklumat Insurans SPPAberkaitan Nama Majikan. Anda boleh ke Menu Inkuiri dan membuat cariandengan menggunakan Nama Majikan, No Pendaftaran Syarikat Majikan,Negeri, Alamat Majikan atau Tempat Bekerja dan Pekerja Asing dalam Polisitersebut seperti di Rajah 4.1.1 di atas.

Masukkan maklumat yang anda ketahui dan pada Kriteria Carian. Jikaanda Tick pada kekotak “Padankan Semua Perkataan Yang Berkaitan” sistemakan mencari rekod yang padan dengan Maklumat yang anda masukan padakotak carian sahaja. Klik pada butang “Cari” dan sistem akan menyenaraikansemua rekod yang berkaitan.

Rajah 4.1.2

Sekiranya anda ingin membuat semakan dengan lebih terperinciberkenaan dengan Polisi yang terdapat dalam Majikan berkenaan. Sila klikpada “Pilih” dan anda dapat melihat senarai nama pekerja yang mempunyaiPolisi tersebut seperti dalam Rajah 4.1.2 di atas.

Cetak Senarai

Page 28: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

28

Rajah 4.1.3

Setelah anda klik pada “Pilih” pada bahagian ini maka anda dapatmembuat semakan butiran tanggungan atau waris bagi pekerja tersebut.

Rajah 4.1.4

Maklumat tanggungan atau waris disenaraikan, untuk mencetakmaklumat tersebut sila klik pada Cetak Senarai.

Page 29: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

29

4.2) Pekerja Yang Diinsuranskan

Rajah 4.2.1

Sekiranya anda ingin buat carian atas Nama Pekerja Asing anda bolehmenggunakan menu ini. Cara untuk adalah sama seperti membuat carianmaklumat majikan, yang mana pada bahagian ini anda perlu menaip MaklumatPekerja Asing dan klik pada butang “Cari”. Setelah maklumat pekerja asingdisenaraikan anda boleh menyemak dengan lebih terperinci dengan klik pada“Pilih”.

4.3) Polisi Insurans

Rajah 4.3.1

Carian juga boleh dibuat dengan menggunakan maklumat Polisi Insuransdengan menggunakan kaedah yang sama seperti membuat semakan MaklumatMajikan & Maklumat Pekerja seperti yang dibuat sebelum ini.

4.4) Majikan dan Pekerja yang diinsuranskan

Bagi carian dengan menggunakan Majikan dan Pekerja YangDiinsuranskan adalah sama dengan proses yang lain-lain cuma pada bahagianini anda boleh menggabungkan Nama Majikan dan Nama Pekerja untukmencari maklumat.

Page 30: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

30

5) LAPORAN

Bahagian ini adalah untuk menjana laporan-laporan semasa, statistik dansenarai-senarai penyelenggaraan. Anda hanya boleh menjana laporan dalambentuk PDF. Contoh seperti dalam Rajah 5.0 dibawah.

Rajah 5.0

LAPORAN KETERANGAN

Senarai Penyelenggaraan Mengandungi semua senarai penyelenggaraanseperti Taksiran Tuntutan, Insurans yang dilantikdan lain-lain untuk dicetak atau dijadikan rujukan

Senarai Majikan yang Aktif Untuk menyemak Laporan Majikan yang masihmempunyai Tempoh Perlindungan yang Aktif danMencetak Maklumat tersebut secara ringkasanatau terperinci

Laporan Polisi yang masihAktif

Untuk menyemak Laporan Polisi yang masihmempunyai Tempoh Perlindungan yang Aktif danMencetak maklumat tersebut secara Ringkasanatau Terperinci

Laporan Pekerja Asing yangmasih Aktif

Untuk menyemak Laporan Pekerja Asing yangmasih mempunyai tempoh perlindungan yangAktif dan Mencetak maklumat tersebut secaraRingkasan atau Terperinci

Laporan Produksi / Statistik Untuk menjana Laporan mengenai bilangan PolisiSPPA, Jumlah Tuntutan dan Premium Kasar, NilaiTuntutan. Laporan ini boleh dibahagi padanegeri, sektor dan kewarganegaraan.

Laporan Semasa Jumlah Pekerja Asing mengikut tempoh.

Laporan Transaksi Tuntutan Untuk mengetahui Jumlah Taksiran Tuntutan.

Page 31: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

31

Laporan Statistik BilanganTuntutan

Jumlah Kes Baru atau Kes Yang Telah Ditutup

Laporan Statistik BilanganTuntutan Semasa

Jumlah kes yang masih dibuka oleh JTK / PTK

5.1) Senarai Penyelenggaraan

Senarai Penyelengaraan mengandungi beberapa jenis seperti dalamRajah 5.1.1 di bawah yang boleh dicetak oleh kakitangan Jabatan / PejabatTenaga Kerja seperti Syarikat Insurans Yang Dilantik, Negeri, Jadual Pertama dansebagainya.

Di sini anda hanya perlu klik pada butangsenarai untuk menjana senarai tersebut.

5.2) Senarai Majikan / Polisi atau Pekerja Asing yang masih Aktif

Laporan-laporan ini ialah untuk mengetahui senarai Majikan, Polisi atauPekerja Asing dimana tempoh perlindungan Polisi mereka masih sah. Untukmenjana laporan tersebut, Masukkan tempoh luput Polisi seperti di Rajah 5.2.1dan klik pada butang “Cetak Laporan”. Contoh laporan ini terdapat di lampiranB.

Terdapat 2 jenis laporan yang boleh anda pilih di “Jenis Laporan”samaada “Ringkas” atau “Terperinci”. Selain itu anda juga perlu memilih senaraiyang terdapat “Kumpulan Ringkasan” dan “Negeri Yang Dipilih”. Untukmendapatkan keputusan analisa yang dihasilkan, anda perlu klik pada kekotak“Cetak Laporan”.

Contoh untuk carian senarai tersebut seperti yang terdapat dalam Rajah5.2.1 dibawah Untuk menerangkan laporan ini, kami akan menggunakanPaparan Pekerja Asing. Proses carian dan cetakan bagi Majikan dan Polisiadalah sama.

Rajah 5.1.1

Page 32: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

32

Rajah 5.2.1

Ringkasan (Laporan Pekerja Asing Yang Masih Aktif)

Ini merupakan laporan analisa “Ringkasan” bagi “Pekerja Asing Yang Masih Aktif”(yang diinsurankan). Untuk mencetak laporan, anda perlu klik pada butang bergambar

“printer”pada format PDF seperti dalam Rajah 5.2.2.

Rajah 5.2.2

Page 33: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

33

6) PENYELENGGARAAN

Menu - Penyelenggaraan Keterangan Muka Surat

Kemaskini Kata Laluan Menukar kata Laluan. 33

Mendaftar KumpulanPengguna

Mewujudkan kumpulan ataukelompok pengguna sistem.Kelompok ini boleh diberi tugas-tugas tertentu atau hadkantugasan dalam sistem ini.

34

Mendaftar Akaun Pengguna Mendaftar pengguna dalamKumpulan Pengguna yangdiwujudkan

35

Cetak Senarai Pengguna Menjana laporan SenaraiPengguna dan Tugasan setiapkumpulan

36

Kemaskini MaklumatJabatan / Pejabat TenagaKerja

Kemaskini Jawatan Tertinggi dalamsesebuah JTK / PTK

37

Menambah Berita Baru Masukan berita dalam lamanBuletin

37

6.1) Kemaskini Kata Laluan

Rajah 6.1.1

Hanya digunakan untuk Menukar Kata Laluan. Isikan ruangan “KataLaluan Semasa” dengan kata laluan yang digunakan bila mendaftar masuktadi. Berikan Kata Laluan Baru dengan mengisi pada ruangan “Kata LaluanBaru” dan “Pengesahan Kata Laluan Baru” klik pada kekotak “Tukar KataLuluan” untuk menukar kata laluan. Seperti dalam Rajah 6.1.1.

Page 34: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

34

6.2) Mendaftar Kumpulan Pengguna

Rajah 6.2.1

Mewujudkan kumpulan baru. Setiap Kumpulan yang diwujudkan bolehdiberi tugas-tugas khas atau menghadkan kegunaanya. Masuk ke menu“Mendaftar Kumpulan Pengguna“ untuk mewujudkan kumpulan penggunaanbaru klik pada “Tambah kod kumpulan”. Beri kod dan Nama untuk kumpulanbaru dan pilih aktif. Kemudian tanda pada akses yang boleh digunakan olehkumpulan tersebut.

Untuk kemaskini kumpulan yang wujud, klik pada pautan Kemaskini. Jikaingin membatalkan kumpulan yang diwujudkan sila klik pada Padam Rekod.

Klik kemaskini utkbuat penukaran

Padam Rekodyang diwujudkan

Masukkan Nama Kumpulan3

Masukkan Kod Kumpulan2

Klik pada Butang ini untukMewujudkan Kumpulan Baru

1

Tandakan modul yang diberikanakses oleh pengguna berkenaan

4

Page 35: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

35

6.3) Mendaftar Akaun Baru

Untuk mendaftar pengguna baru klik pada pilihan “Mendaftar AkaunBaru” dari kekotak “Akaun Pengguna”. Disini anda boleh melihat semua Namapengguna yang sudah didaftarkan oleh Pihak JTK Putrajaya dan untukmendaftar akaun baru, sila klik kekotak “Membuka Akaun Baru” seperti di Rajah6.3.1.

Rajah 6.3.1

Sekarang anda akan dibawa ke skrin daftar masuk pengguna baru, andaperlu melengkapkan setiap butiran yang dinyatakan dengan lengkap sepertiRajah 6.3.2.

Status pengguna perlulah “Aktif” sekiranya dia perlu menggunakan laman webini. Sekiranya statusnya “Tidak Aktif” kata laluan pengguna ini akan disekat.

Rajah 6.3.2

Pilih Pejabat Tenaga Kerja

Klik disini bagiPemegang JawatanTertinggi di PTK/JTK

Masukkan ID Pengguna& Kata Laluan

Pilih Kumpulan Pengguna

Setelah lengkap klikSimpan

Klik padaMembuka Akaun Baru

1

2

3

4

5

Page 36: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

36

6.4) Cetak Senarai Pengguna

Anda boleh mencetak senarai pengguna- pengguna di JTK atau PTK.Bahagian ini juga boleh mencetak tugasan- tugasan sesebuah kumpulanpengguna. Rajah 6.4.1 menunjukan Akaun Pengguna dan Rajah 6.4.2menunjukkan Kumpulan Pengguna.

Rajah 12.4.1

Rajah 6.4.1

Rajah 12.4.2

Rajah 6.4.2

Klik pada Akaun Pengguna

Pilih Kumpulan Penggunayang perlu dicetak

Pilih Jabatan/Pejabat yangperlu dicetak senarai pengguna

Klik pada Kumpulan Pengguna

1

2

2

1

Page 37: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

37

6.5) Kemaskini Maklumat Jabatan / Pejabat Tenaga Kerja

Rajah 6.5.1

Bahagian ini menentukan jawatan tertinggi di setiap JTK/PTK. Jawatan iniakan dijana dan dipaparkan pada bahagian tandatangan pada setiap surat.

6.6) Menambah Berita Baru

Rajah 6.6.1

Berikutnya ialan Menambah Buletin Baru hanya boleh diakses oleh PihakJTK Putrajaya sahaja. Segala maklumat berkenaan dengan sistem epampasan.Sila klik pada “Menambah Berita Baru”. Untuk mengemaskini semula berita yangtelah diwujudkan sila klik pada “Kemaskini” dan untuk membatalkan rekod silaklik pada “Padam Rekod”.

Klik Menambah Berita Baru

Page 38: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

38

Rajah 6.6.2

Untuk menambah berita baru anda perlu melengkapkan ruangan Subjek,Kandungan Berita yang ingin disampaikan, Kumpulan Pekerja yang akandisampaikan paparan berita seperti Pejabat Tenaga Kerja atau Pejabat TenagaKerja & Awam dan Status berita Aktif atau Tidak Aktif. Kemudian klik pada“Simpan”.

Berikut adalah keterangan bagi pilihan “Kumpulan” dan “Status”:-

Kumpulan Keterangan

Pejabat Tenaga Kerja Hanya boleh dilihat oleh pihak JTK sahaja

Pejabat Tenaga Kerja & Awam Boleh dilihat oleh semua pihak

Status Keterangan

Aktif Berita atau Pengumuman tersebut masihaktif

Tidak Aktif Berita atau Pengumuman tersebut sudahtidak aktif atau sudah tidak diperlukan

Page 39: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

39

7) UTILITI

Rajah 7.1.1

Sekiranya maklumat atau polisi yang anda cari berkenaan denganseseorang pekerja asing tersebut tidak dijumpai melalui sistem, anda bolehmembuat laporan dengan menggunakan Utiliti. Sila klik pada kekotakMenambah Laporan Baru dan anda akan dibawa ke skrin berikutnya. IDPengguna Pegawai yang membuat Laporan akan tertera, untuk membuatsemakan bagi setiap permohonan yang telah dibuat sila klik pada Pilih dananda boleh menyemak Komen dan Maklumam Balas berkenaan denganLaporan tersebut.

Memudahkan carian danMenyemak Status bagi

setiap permohonan

Klik MenambahLaporan Baru

1

ID Pegawai yang membuatLaporan akan tertera

StatusPermohonan

Menyemak TarikhDikemaskini

MenyemakMaklumat

Page 40: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

40

Rajah 7.1.2

Lengkapkan bahagian berikut, kemudian masukkan komen denganmenyatakan maklumat yang tidak dapat dijumpai di dalam Sistem ePampasanbagi memudahkan Pihak SPPA menyemak melalui sistem atau Pihak Insurans.Setelah lengkap klik pada Tambah Laporan Baru.

Maklumat Berikut akantertera setelah anda KlikTambah Laporan Baru

Lengkapkan Maklumatdan Komen Polisi yang

tidak dijumpai

Masukkan No Tel Pegawai& Alamat Emel untukdihubungi oleh PSPPA

2

Setelah lengkap klik padaTambah Laporan Baru

3

Setelah TambahLaporan Baru klik Disini

4

Page 41: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

41

Rajah 7.1.3

Berikut adalah contoh Komen & Maklum Balas antara PTK/JTK denganPihak SPPA berkaitan Maklumat Polisi yang tidak dijumpai.

BUTANG PILIHAN HURAIAN

Tambah Komen Laporan Sekiranya PTK/JTK ingin memberi maklum balas danmemaklumkan kepada Pihak SPPA maklumat yangtelah disalurkan adalah Tidak Lengkap atau TidakDijumpai

Tamat Untuk Menutup Kes Yang Dilaporkan setelah PihakSPPA memberi maklum balas dan Maklumat Polisitelah dijumpai

Laporan Dibatalkan Untuk Membatalkan Laporan Utitili yang dibuat

Untuk Menutup KesYang Dilaporkan

Klik Disini jika inginTambah Komen

Untuk membatalkanLaporan Utiliti

Contoh Kes yang dilaporkan danMaklum Balas dari Pihak SPPA

Page 42: KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) - · PDF file5 Berikut adalah Huraian untuk setiap Menu. MENU - PAMPASAN HURAIAN MUKA SURAT Tuntutan Baru Mendaftar kes baru Pampasan Pekerja Asing

42

Rajah 7.1.4

Laporan yang telah Ditutup atau Dibatalkan tidak boleh dibuat sebarangpindaan lagi contoh seperti dalam Rajah 7.1.4 di atas.