bagi penggunaan pengamal tradisional...

46

Upload: lamdiep

Post on 22-May-2019

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARIKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

EDISI PERTAMA 2015

Edisi Pertama 2015

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,

disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Diterbitkan oleh:Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

ISBN 978-983-44782-5-4

Rekacipta dan proofread oleh:Creative Sagittarians Sdn. Bhd.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 3

2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGAMAL

2.1 Kod Etika dan Kod Amalan Pengamal PT&K 32.2 Garis Panduan Amalan PT&K: Postnatal 4

3.0 KESIHATAN IBU DAN NASIHAT KEPADA IBU

3.1 Kesihatan Ibu Semasa Dalam Pantang 53.1.1 Masalah Lazim yang Berpotensi Mengancam Nyawa 53.1.2 Masalah Lazim yang Tidak Kritikal 9

3.2 Penyusuan Susu Ibu 153.2.1 Kebaikan dan Khasiat 153.2.2 Persediaan Penyusuan 163.2.3 Perahan dan Penyimpanan 183.2.4 Panduan Tambahan Mengenai Penyusuan Susu Ibu 203.2.5 Masalah Lazim, Pencegahan dan Nasihat Kepada Ibu 22

3.3 Pemakanan Ibu yang Menyusukan Bayi 24

4.0 KESIHATAN BAYI BARU LAHIR (0-8 Minggu) DAN NASIHAT KEPADA IBU

4.1 Masalah Lazim dan Nasihat Kepada Ibu 264.2 Keselamatan Bayi 324.3 Kepentingan Imunisasi 344.4 Pemakanan Bayi 36

5.0 KONTRASEPTIF

5.1 Panduan dan Nasihat Kepada Ibu 36

6.0 PENUTUP

6.1 Kesimpulan 386.2 Penghargaan 396.3 Rujukan 406.4 Lampiran 41

ISI KANDUNGAN

3Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PengenalanDi Malaysia, rawatan tradisional selepas bersalin masih lagi menjadi amalan.

Tidak kira sama ada kaum Melayu, Cina, India, masyarakat orang asli serta kaum-kaum lain di Malaysia, masing-masing mempunyai cara penjagaan tradisional yang tersendiri.

Pengamal Tradisional Postnatal dilihat berpotensi sebagai gatekeeper dan memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan ibu dan bayi, khususnya dalam tempoh dua bulan yang pertama. Selain dapat membantu mengurangkan jumlah kejadian morbiditi dan mortaliti, Pengamal Tradisional Postnatal juga dapat membantu dalam meningkatkan kualiti hidup ibu selepas bersalin dan juga bayi.

Manual ini dibangunkan khusus untuk dijadikan panduan oleh Pengamal Tradisional Postnatal yang menawarkan perkhidmatan rawatan penjagaan ibu selepas bersalin. Diharapkan Manual Penjagaan Postnatal ini akan membantu para Pengamal Tradisional Postnatal dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, terbaik dan berkesan.

2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGAMAL

2.1 Kod Etika dan Kod Amalan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)1

2.1.1 Kod Etikaa) Para pengamal hendaklah sentiasa menjaga kesopanan dalam hubungan

mereka dengan pesakit, orang awam dan juga ahli-ahli badan pengamal yang lain.

b) Pengamal hendaklah sentiasa mematuhi kod-kod pengiklanan yang telah ditetapkan.

c) Pengamal tidak dibenarkan memberi sebarang kursus pendidikan dan latihan dalam bidang PT&K tanpa mendapatkan kebenaran dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK).

d) Pengamal dikehendaki mematuhi kod-kod amalan setiap aktiviti profesional mereka.

e) Pengamal yang melanggar peraturan dalam kod etika boleh dikenakan tindakan tatatertib.

1 Maklumat terperinci boleh merujuk kepada Kod Etika dan Kod Amalan untuk Pengamal-pengamal Tradisional dan Komplementari, semakan kedua 2007

4 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

2.1.2 Kod AmalanKod amalan berikut adalah yang berkait dengan pengamal tradisional postnatal.

a) Pengamal tidak sepatutnya mengesyorkan pesakit untuk mendapatkan rawatan yang mungkin bertentangan dengan nasihat yang diterima daripada pengamal perubatan berdaftar dan seharusnya pesakit dirujuk kepada pengamal perubatan sekiranya terdapat kes-kes penyakit yang serius atau tidak dapat dikenal pasti puncanya.

b) Pengamal dilarang mendakwa dapat mengubati atau menyembuhkan penyakit-penyakit serius atau yang mengancam nyawa, sama ada secara lisan atau bertulis.

2.2 Garis Panduan Amalan PT&K: Postnatal Garis panduan ini menggariskan perkhidmatan penjagaan postnatal yang ditawarkan di hospital2. Terdapat dua jenis perkhidmatan iaitu:-

a) Rawatan kesegaran yang terdiri daripada dua komponen iaitu urutan badan dan penjagaan payudara.

b) Rawatan perbidanan yang terdiri daripada urutan badan, berbengkung/berbarut dan bertungku.

Regim rawatan adalah berdasarkan Garis Panduan Penjagaan Tradisional Melayu Selepas Bersalin. Berikut adalah regim yang disarankan3:-

RAWATAN KESEGARAN RAWATAN PERBIDANAN

Masa rawatan 24 jam selepas bersalin. Selepas 3 hari bersalin secara normal.

Perkhidmatan Urutan kesegaran + Penjagaan payudara.

Mandi dan penjagaan bayi + Urut + Tungku +

Bengkung/Barut.

Regim Sekali sahaja. 3 kali pada minggu pertama selepas bersalin

dan 3 hari terakhir berpantang hari ke 39,

40 dan 44.

Masa 20–30 minit. 60–180 minit.

2 Rujuk lampiran 3 Traditional & Complementary Medicine Practice Guidelines on Malay Postnatal Care, 1st ed. 2009

5Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

3.0 KESIHATAN IBU DAN NASIHAT KEPADA IBU

3.1 Kesihatan Ibu Semasa Dalam Pantang Tempoh masa berpantang: selepas kelahiran bayi sehingga 44 hari (bagi kaum Melayu).

Penjagaan semasa pantang yang rapi adalah penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi semasa berpantang. Pengesanan dan rujukan awal dapat dilakukan bagi mengelakkan kemudaratan semasa dalam pantang.

3.1.1 Masalah Lazim yang Berpotensi Mengancam Nyawa

MASALAH LAZIM ANTARA TANDA-TANDA DAN GEJALA

NASIHAT KEPADA IBU

1. TUMPAH DARAH YANG TERUK (POST PARTUM HAEMMORHAGE)

• Keluar darah nifas (segar) yang banyak dan berterusan selepas bersalin atau semasa berpantang.

• Anggaran darah: Sehelai kain batik penuh darah = 4 tuala wanita yang dibasahi penuh oleh darah.

• Keluar darah nifas yang banyak.

• Pening dan rasa berpusing.

• Kelihatan pucat dibahagian selaput mata, bibir, lidah atau hujung jari.

• Jantung berdebar-debar.

• Kulit sejuk dan mengigil.

• Sesak nafas.

• Pitam.

• Kebiru-biruan dihujung jari di bahagian kuku dan bibir.

• Nasihat ibu dan keluarga segera ke hospital.

• Sekiranya tidak dapat bantuan atau rawatan awal boleh membawa maut.

6 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

2. TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA PANTANG

Disebabkan oleh kenaikan tekanan darah yang tinggi atau tidak terkawal semasa pantang. Jika lewat mendapatkan rawatan atau bantuan boleh membawa maut.

• Sakit kepala.

• Kabur penglihatan dan berpinar-pinar.

• Sakit di hulu hati.

• Rasa mual atau muntah.

• Bengkak di bahagian kaki.

• Kemungkinan boleh berlaku sawan.

Ibu perlu patuh mengambil ubat darah tinggi yang dibekalkan.

Sekiranya berlaku sawan?• Telefon klinik/hospital

dengan segera untuk mendapatkan bantuan.

• Lapangkan kawasan sekitar untuk elakkan kecederaan.

• Mengiringkan badan ibu ke sebelah kiri untuk elakkan tercekik.

• Jangan masukkan sebarang alat/benda ke dalam mulut ibu.

• Tunggu bantuan tiba.

3. DEMAM (PUERPERAL PYREXIA/PUERPERAL SEPSIS)

Keadaan peningkatan suhu badan dari paras normal (lebih dari 37.5°c).

• Badan merasa panas.

• Kulit kemerah-merahan.

• Badan dan sendi rasa sakit.

• Sakit kepala.

• Bibir dan tekak terasa kering.

• Mata rasa bahang dan berair.

Jika berlaku salah satu tanda-tanda demam rujuk klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera.

7Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

4. PEMBEKUAN DARAH DI DALAM SALUR DARAH (TROMBOSIS)

Keadaan aliran darah yang tidak lancar disebabkan pembekuan darah di dalam salur darah. Sekiranya ibu kurang bergerak selepas bersalin, keadaan akan menjadi lebih teruk.

Betis akan:

• Sakit dan bengkak.

• Kemerahan dan rasa panas.

• Salur darah timbul dan sakit.

• Sesak nafas.

• Ibu perlu bergerak/ bersenam selepas bersalin untuk mengelakkan pembekuan darah.

• Sekiranya dibekalkan ubat cair darah atau suntikan dari hospital, perlu mengambil mengikut aturan yang telah ditetapkan dan maklumkan kepada jururawat di klinik.

5. PENYAKIT JANTUNG

Boleh berlaku semasa pantang secara tiba-tiba atau penyakit jantung yang sedia ada bertambah teruk.

Serangan jantung:• Sakit dada yang

menjalar ke lengan kiri atau leher.

• Dada rasa ‘ketat’/berat.

• Rasa loya, mual atau muntah.

• Sesak nafas.

• Pucat dan kebiruan.

Lemah jantung:• Sesak nafas semasa

berbaring.

• Cepat penat.

• Terbangun malam dan sesak nafas.

• Kaki bengkak.

• Dapatkan rawatan segera.

• Pengamal dinasihati berada bersama ibu sehingga bantuan sampai dan dapat menyalurkan maklumat berkaitan ibu kepada pihak kesihatan atau hospital.

Ibu perlu patuh mengambil ubat yang dibekalkan dari klinik/hospital.

6. MASALAH PENYAKIT PERNAFASAN YANG TIDAK TERKAWAL

• Pernafasan berbunyi.

• Batuk berpanjangan/ berdarah.

Ibu perlu patuh mengambil ubat yang dibekalkan dari klinik/hospital.

8 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

• Sesak nafas. • Dapatkan rawatan sekiranya sakit berpanjangan.

7. MEROYAN (KEMURUNGAN) SEMASA DALAM PANTANG

Keadaan ibu yang mengalami gangguan jiwa/emosi atau kemurungan yang berterusan selama lebih dari 2 minggu semasa dalam tempoh berpantang. • Tidak dapat

menguruskan diri sendiri.

• Tidak mengendahkan atau benci pada anak.

• Kesukaran tidur/tidak dapat tidur.

• Turun berat badan.

• Hilang selera makan.

• Rasa berdebar-debar.

• Halusinasi (khayal atau ilusi dalam dunia sendiri).

• Pertuturan, pemikiran dan kelakuan atau pergerakan menjadi lambat/lembab berbanding sebelumnya.

• Hilang tumpuan.

• Rasa bersalah atau tidak berguna.

Segera laporkan ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

9Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

• Kerap memikirkan perasaan untuk bunuh diri atau orang lain.

• Susah hati.

3.1.2 Masalah Lazim yang Tidak Kritikal

MASALAH LAZIM ANTARA TANDA-TANDA DAN GEJALA

NASIHAT KEPADA IBU

1. JAHITAN LUKA LOWER SEGMENT CAESAREAN SECTION (LSCS)

1.1 Lebam di Kawasan Luka.

• Bengkak.

• Kemerahan.

• Sakit di kawasan tersebut.

Panduan penjagaan • Cuci tangan

sebelum dan selepas menyentuh luka.

1.2 Jahitan Luka Pembedahan Terbuka.

Jenis Bukaan Luka Kecil • Pastikan luka sentiasa kering dan bersih.

• Jika terdapat tanda-tanda dan gejala jangkitan, ibu perlu mendapatkan rawatan segera.

1.3 Jangkitan Luka Pembedahan.

Jenis Bukaan Sederhana • Elakkan menyapu sebarang ubat selain daripada yang dibekalkan oleh hospital.

10 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

Jenis Bukaan Besar/Teruk

Luka jahitan terbuka, terdapat lelehan dari luka (air bisa yang berbau). Demam biasanya menunjukkan tanda jangkitan.

• Elakkan daripada membongkok, mengangkat berat dan melakukan kerja rumah yang berat.

2. LUKA BAHAGIAN FARAJ

• Sakit, bengkak dan pendarahan di faraj.

• Cuci tangan sebelum dan selepas menukar tuala wanita.

• Pastikan sentiasa mencuci kemaluan dengan air suam selepas membuang air kecil dan besar.

• Cara mencuci dari arah depan ke belakang.

• Selepas mencuci, keringkan.

• Pakai tuala wanita baru/kerap menukar tuala wanita iaitu sebaik-baiknya setiap dua jam.

11Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

• Elakkan menyapu sebarang ubat selain daripada yang dibekalkan dari hospital sahaja.

Jika luka berbau busuk dan atau ada demam, sila nasihat ibu ke klinik atau hospital yang berhampiran dengan segera.

3. SAKIT BELAKANG

Sakit dibahagian belakang badan terutama di bahagian pinggang dan punggung.

• Amalkan posisi duduk, angkat barang dan baring yang betul.

• Jika ada tanda-tanda bahaya seperti:

i. Kebas. ii. Sakit yang

teruk sehingga mengganggu tidur.

iii. Sakit yang berpanjangan.

iv. Demam. v. Masalah buang

air kecil. vi. Sakit belakang

disebabkan selepas kecederaan.

Nasihat ibu ke klinik atau hospital berdekatan.

12 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

4. KENCING TIDAK TERKAWAL

Kencing terkeluar semasa:

• Batuk,

• Bersin,

• Minta ibu ke klinik atau hospital yang berhampiran.

• Sedang berehat

atau

• Sebelum sempat sampai ke tandas.

• Untuk menjaga kebersihan, pakai tuala wanita sementara tiba ke klinik atau hospital.

5. SUKAR/TIDAK BOLEH KENCING

• Mempunyai rasa untuk membuang air kecil tetapi tidak dapat mengeluarkannya.

• Sakit ketika hendak kencing.

• Sakit di bahagian abdomen, bengkak di bahagian ari-ari.

• Demam.

• Bagi ibu yang bersalin biasa, boleh letakkan demahan suam di kawasan ari-ari.

• Rangsang kencing dengan cara:

- Bawa ibu ke bilik air kemudian alirkan air suam di bahagian peha ibu.

- Buka pili air untuk galakkan ibu membuang air kecil.

- Jika masih sukar untuk buang air kecil, ibu disarankan untuk mandi air suam.

13Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

- Sekiranya masih gagal, rujuk ibu ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan kadar segera.

6. SEMBELIT

Sukar untuk membuang air besar atau najis yang keras.

• Jangan menahan/takut untuk buang air besar.

• Minum banyak air.

• Amalkan pemakanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

• Galakkan pergerakan ringan (seperti berjalan-jalan).

• Jika sembelit berlarutan, rujuk ibu ke klinik berdekatan.

7. BUASIR

• Rasa sakit apabila membuang air besar.

• Najis/dubur berdarah.

• Bengkak di bahagian dubur.

• Elakkan sembelit dengan minum banyak air, makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sesuai bagi ibu.

14 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

• Jika tahap buasir yang teruk, sakit di bahagian dubur berpanjangan walaupun ibu sedang berehat.

Tahap 1:Sakit di dalam dubur dan hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan oleh doktor.

Tahap 2:

Tahap 3:

Tahap 4:

• Nasihat ibu supaya cuba jangan berdiri terlalu lama.

• Buasir yang tidak serius akan hilang tanpa dirawat selepas bayi dilahirkan.

• Jika sakit berterusan, jumpa doktor di klinik atau hospital dengan kadar segera.

• Jangan cuba memasukkan buasir!

• Nasihat ibu untuk dapatkan rawatan segera.

15Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

3.2 Penyusuan Susu IbuSusu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia amat menggalakkan ibu-ibu menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja (secara eksklusif) dari lahir hingga usia 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun (atau lebih).

3.2.1 Kebaikan dan KhasiatKebaikan dan khasiat serta keburukan sekiranya BAYI tidak diberi susu ibu.

KEBAIKAN DAN KHASIAT KEBURUKAN SEKIRANYA BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU

• Susu ibu adalah makanan yang unggul, memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi.

• Mudah dihadam.

• Melindungi bayi dari pelbagai jangkitan.

• Mengurangkan risiko alahan.

• Mengurangkan risiko kegemukan (obesiti) dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan darah tinggi di masa hadapan.

• Tiada pencemaran.

• Tidak memerlukan sebarang penyediaan.

Mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk:

• Masalah jangkitan seperti jangkitan usus, cirit-birit, jangkitan sistem pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan salur kencing.

• Mendapat ruam (ekzema) dan lain-lain alahan.

• Keradangan usus besar yang serius bagi bayi pramatang.

• Perkembangan akademik yang lebih rendah.

• Diabetes di peringkat kanak-kanak lagi (juvenile diabetes), tekanan darah yang lebih tinggi dan kegemukan sewaktu kanak-kanak.

• Kematian di peringkat awal usia.

16 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kebaikan menyusukan dengan susu ibu dan keburukan kepada IBU yang tidak menyusukan dengan susu ibu.

KEBAIKAN KEPADA IBU KEBURUKAN KEPADA IBU SEKIRANYA TIDAK MENYUSUKAN BAYI DENGAN

SUSU IBU

• Mengurangkan risiko kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari.

• Membantu pengurangan berat badan.

• Mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin dan melewatkan kedatangan haid.

• Menjarakkan kehamilan jika penyusuan eksklusif.

• Merapatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi.

• Mengurangkan risiko reput tulang apabila meningkat usia (osteoporosis).

Meningkatkan risiko:

• Kanser payudara dan beberapa jenis kanser ovari.

• Kegemukan.

• Pendarahan berlebihan dan kurang darah (anaemia).

• Kehamilan yang rapat.

• Reput tulang di usia tua (osteoporosis).

• Kurang kesempatan menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi.

3.2.2 Persediaan Penyusuana) Persediaan Mental: - Yakinkan ibu yang mereka boleh menyusukan bayi mereka dengan

susu ibu dan susu mereka adalah cukup. - Nasihatkan ibu untuk mendapat sokongan daripada ahli keluarga

yang terdekat seperti ibu atau suami.

b) Posisi Ibu dan Bayi

POSISI IBU NASIHAT KEPADA IBU

Ibu boleh menyusu dalam posisi berikut:-

• Duduk di atas lantai atau kerusi.

• Berdiri.

Ibu boleh menyusukan sambil berbaring, tetapi posisi ini tidak digalakkan kerana bayi berisiko untuk lemas.

Pastikan:

• Ibu selesa.

• Bahagian belakang ibu disokong.

• Kaki disokong sekiranya perlu.

• Payudara disokong sekiranya perlu.

17Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

Ibu-ibu boleh menyusu menggunakan posisi berikut mengikut keselesaan:

• Mendukung.

• Mendukung bersilang.

• Mendakap.

POSISI BAYI NASIHAT KEPADA IBU

• Kepala, bahu dan badan bayi dalam keadaan lurus atau selari.

• Badan bayi rapat ke badan ibu.

Bagi memastikan keselesaan bayi ketika menyusu, pastikan:

• Bayi diampu/dipegang sepenuhnya.

• Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara.

• Bawa bayi ke payudara, bukan payudara ke bayi.

PELEKAPAN NASIHAT KEPADA IBU

Pelekapan yang betul adalah penting bagi:-

• Memastikan bayi dapat menyusu dengan berkesan.

• Memastikan payudara ibu dirangsang secukupnya untuk menghasilkan susu.

• Mengelakkan kesakitan atau luka pada puting.

Cara-cara pelekapan yang betul:-

• Sentuh bibir bayi, tunggu sehingga mulut bayi terbuka luas.

• Gerakkan bayi ke arah payudara.

Pastikan :-

• Lebih banyak bahagian tampuk hitam (areola) kelihatan di atas mulut bayi berbanding di bahagian bawah mulut.

• Bibir bawah terjuih keluar.

• Dagu bayi menyentuh payudara.

Berbaring Lying down

Mendakap Football hold

Mendukung Bersilang Cross cradle

Mendukung Cradle hold

Pelekapan Salah✘ Pelekapan Betul✔

18 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

Tanda-tanda penghisapan yang berkesan seperti berikut:

• Pipi kelihatan kembung.

• Terdengar bunyi hisapan yang perlahan dan dalam serta bunyi menelan.

c) Tanda-Tanda Bayi Ingin Menyusu (Bayi Lapar)

TANDA-TANDA BAYI LAPAR

Bayi akan:

1. Membuka mulut, mengeluarkan lidah dan menggerakkan kepala untuk mencari payudara.

2. Mengeluarkan bunyi merengek yang perlahan.

3. Menghisap jari, tangan, selimut atau sebarang objek yang menyentuh mulutnya.

d) Tanda-Tanda Bayi Kenyang

TANDA-TANDA BAYI KENYANG

Bayi akan:

1. Bayi kelihatan puas dan tenang.

2. Kebanyakan bayi akan melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang.

3. Sesetengah bayi pula akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur.

3.2.3 Perahan dan PenyimpananIbu-ibu digalakkan untuk menyusu bayi terus di payudara. Walau bagaimanapun, ibu perlu memerah susu sekiranya terpaksa berpisah dengan bayi sebagai contoh bayi dimasukkan ke wad atau ibu kembali bekerja. Ini bagi memastikan:

• Penghasilan susu yang banyak dan berterusan • Payudara tidak terlalu penuh atau bengkak

19Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

a) Cara Memerah Susu Dengan Tangan: i. Rangsang pengaliran susu seperti berikut: • Duduk dalam keadaan selesa dan tenang. • Fikirkan tentang bayi. Pandang wajah bayi atau gambar bayi. • Tuam suam payudara. • Dapatkan urutan di bahagian belakang badan. • Gentel puting payudara menggunakan jari dan ibu jari.

ii. Perah susu • Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara, di bahagian tepi areola

dan jari-jari lain menyokong payudara. • Tekan ibu jari dan jari telunjuk ke arah dada dengan perlahan. • Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak untuk mengeluarkan susu. • Ulang tekan dan lepas untuk beberapa kali sehingga susu habis

dikeluarkan. • Pada permulaan, sedikit susu akan keluar, kemudian diikuti dengan

pancutan susu apabila rangsangan telah berlaku.

Cara memerah dengan tangan

Gerakkan jari mengikut pusingan di sekeliling bahagian areola

b) Menyimpan Susu Perahan

Panduan Am

Pastikan : • Tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum memerah dan menyimpan

susu.

20 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

• Bekas menyimpan susu adalah bersih. • Peti ais bersih dan tidak padat. • Susu disimpan di dalam peti sejuk - Bagi ruangan bukan sejuk beku (2-4°C):

susu perahan tahan selama 8 hari. Walau bagaimanapun, ibu disaran menggunakan susu ini dalam tempoh 3-5 hari.

- Bagi ruangan sejuk beku (peti ais satu pintu): susu perahan tahan selama 2 minggu.

c) Panduan Memanaskan Susu Perahan • Rendam bekas berisi susu dalam air suam. • Jangan panaskan susu perahan di dalam ketuhar gelombang mikro

atau atas dapur. • Susu yang telah dipanaskan hendaklah digunakan dalam tempoh 1

jam dan tidak boleh disimpan semula.

d) Pemberian Susu Menggunakan Cawan Cara :- • Dudukkan bayi dalam keadaan menegak atau condong sedikit di atas

riba ibu. • Ampu belakang bayi, kepala, leher dan punggung. • Sentuhkan cawan kecil yang mengandungi susu di bibir bawah bayi

sehingga susu mencecah bibir bayi. (Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi)

• Pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang.

3.2.4 Panduan Tambahan Mengenai Penyusuan Susu Ibui. Menyusukan Bayi Kembar • Ibu yang mempunyai bayi kembar (sama ada dua atau lebih) boleh

menyusukan bayi dengan susu ibu, kerana susu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk mereka.

Susu perahan yang tidak disimpan di dalam peti sejuk boleh tahan

sehingga 4 jam

21Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

• Apa yang ibu perlukan adalah masa, sokongan dan galakan daripada orang sekeliling.

• Ibu juga perlu menjaga kesihatan diri dan mengambil pelbagai makanan yang berkhasiat.

• Berikut adalah posisi yang boleh digunakan untuk menyusukan dua orang bayi serentak:

ii. Menyusukan Bayi Bersama Anak yang Lebih Tua • Ibu boleh terus menyusukan anak yang lebih tua pada waktu yang

sama dengan bayi yang baru dilahirkan. • Ibu boleh menghasilkan susu yang mencukupi dengan mengambil

pelbagai makanan yang berkhasiat dan rehat yang mencukupi.

iii. Menyusukan Anak Ketika Hamil • Ibu yang sedang hamil tidak semestinya perlu menghentikan

penyusuan anak yang sedang menyusu. Apa yang penting, ibu perlu menjaga kesihatan diri, mengambil pelbagai makanan yang berkhasiat dan mendapat rehat yang mencukupi.

• Walau bagaimanapun, ibu hamil yang mempunyai sejarah kelahiran pramatang atau mengalami kekejangan rahim ketika menyusukan anak perlu mendapat nasihat doktor sebelum meneruskan penyusuan.

22 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

3.2.5 Masalah Lazim, Pencegahan dan Nasihat Kepada Ibu

MASALAH LAZIM ANTARA TANDA-TANDA DAN GEJALA

NASIHAT KEPADA IBU

Susu Kurang • Bayi tidak puas menyusu.

• Ibu perlu yakin pada diri sendiri dan bertenang.

• Susukan bayi dengan kerap.

• Susukan bayi di kedua-dua belah payudara.

• Amalkan pemakanan seimbang.

Puting Susu Luka dan Merekah

• Tidak selesa (gatal dan panas).

• Puting merasa pedih.

• Ruam.

• Kulit berkeping dan berkilat.

• Sakit ketika menyusu.

• Pelbagaikan posisi semasa menyusu dan pilih posisi yang sesuai.

• Pastikan pelekapan yang betul.

• Mulakan menyusu di bahagian yang tidak sakit dahulu.

• Alihkan bayi dengan perlahan daripada payudara.

• Perahkan sedikit susu dan sapukan disekitar puting selepas menyusu.

• Sapukan bahan pelembab di bahagian puting.

Payudara Bengkak (Susu Basi)

• Kesakitan.

• Suhu sekitar payudara sedikit suam.

• Pastikan susu diperah terlebih dahulu sebelum menyusu.

23Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

• Rasa ketulan.

• Tuamkan payudara dengan tuala panas.

• Lakukan sedikit urutan.

• Pastikan posisi bayi betul ketika menyusu.

• Susukan bayi dengan kerap.

Radang/Jangkitan Payudara (Mastitis)

• Suhu sekitar payudara menjadi panas.

• Kulit pada payudara tegang dan berkilat.

• Ibu mengalami demam, menggigil dan kesakitan.

• Nasihatkan ibu untuk berjumpa doktor.

• Teruskan menyusu.

• Pastikan cara pelekapan yang betul.

• Lakukan urutan ringan sebelum atau semasa menyusu.

• Tuam (suam) payudara sebelum menyusu.

• Minum air yang banyak.

• Jika bayi tidak mahu menyusu terus di payudara, perah susu tersebut.

24 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

3.3 Pemakanan Ibu yang Menyusukan BayiIbu yang menyusukan bayi perlu mengambil makanan yang berkhasiat, seimbang dan sihat untuk memastikan kesihatannya dan bayi. Secara amnya, tiada makanan khusus yang perlu diambil atau dielakkan semasa ibu menyusu. Walau bagaimanapun ianya, bergantung kepada kesesuaian individu tersebut. Perkara yang penting adalah ibu perlu menggantikan makanan yang tidak sesuai dengannya, dengan makanan lain yang bersesuaian supaya kesihatannya tidak terjejas.

MINUM AIRSECUKUPNYA,

6 HINGGA 8GELAS SEHARI.

Makan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan.

Min

um s

usu

seku

rang

-ku

rang

nya

3 ge

las

seha

ri.

Makan ikan, daging, ayam

, telur dan kekacang.

Makan nasi, mi atau roti untuk memberi tenaga. Pilih roti berserat tinggi.

Panduan Pemakanan

25Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

Sumber Nutrien

Sumber Zat Besi

Sayur-sayuran Peria, pegaga, ulam raja, pucuk paku, bayam, taugeh dan cekur manis.

Ikan dan daging

Daging merah, hati, ikan bilis, sardin, cencaru, kembong, kerapu, tenggiri, tongkol atau haruan.

Sumber Asid FolikSayur-sayuran Bayam, bendi dan asparagus.

Buah-buahan Anggur, oren, epal, pisang.

Sumber Vitamin A Sayur-sayuran Lobak merah, lada benggala/capsicum, tomato, labu.

Sumber Asid Folik, Vitamin B Kompleks, Zat Besi dan Serat

Kekacang Dal, kacang kuda, kacang hijau, kacang soya dan produknya seperti tempe, tauhu.

Contoh Menu Ibu Menyusu

WAKTU MENU

Sarapan Pagi Nasi goreng (2 senduk nasi) dimasak bersama:

- lobak merah (1/4 cawan) - sawi (1/4 cawan)- tauhu (1 keping) - daging (2 ketul)

Susu rendah lemak (1 cawan)

Minum Pagi Biskut krim kraker (6 keping), minuman coklat + susu rendah lemak (1 gelas)

Makan Tengahari Nasi putih (4 senduk nasi)

Ayam masak halia (1 ketul)

Tempe goreng rempah (1 keping)

Bayam rebus (1/2 cawan)

Betik (1 potong), barli suam +1 sudu teh gula (1 gelas)

Minum Petang Kuih bingka (1 potong), minuman coklat + susu rendah lemak (1 gelas)

26 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

Makan Malam Nasi putih (4 senduk)

Ikan cencaru goreng berlada (1 ekor saiz sederhana)

Sup sayur campur (1/2 cawan)

Jambu batu (1/2 biji), air kosong (1 gelas)

4.0 KESIHATAN BAYI BARU LAHIR (0-8 Minggu) DAN NASIHAT KEPADA IBU

Pengamal Tradisional Postnatal perlu mengetahui masalah yang lazim berlaku di kalangan bayi baru lahir sebagai panduan untuk mengenal pasti masalah tersebut agar dapat memberi nasihat dan bantuan kepada ibu.

4.1 Masalah Lazim dan Nasihat Kepada Ibu

MASALAH LAZIM ANTARA TANDA-TANDA DAN GEJALA

NASIHAT KEPADA IBU

1. JAUNDIS/KUNING

Keadaan kekuningan pada mata dan kulit bayi disebabkan oleh peningkatan paras bilirubin (sejenis bahan dalam darah yang terhasil dari pemecahan sel darah).

Tanda dan gejala terbahagi kepada 3 peringkat:

i. Keadaan ringanKeadaan kuning di bahagian mata putih dan bahagian muka.

• Jangan menjemur bayi di bawah pancaran cahaya matahari.

• Teruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

• Elakkan pemberian makanan dan minuman selain susu ibu.

• Elakkan mandian bayi dengan herba.

Amaran: pemberian herba berwarna kuning adalah tidak dibenarkan kerana ia akan mengelirukan anggota kesihatan dalam mengenal pasti keadaan jaundis.

27Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

ii. Keadaan sederhanaKeadaan kuning di bahagian mata putih, muka sehingga ke dada.

iii. Keadaan terukKeadaan kuning bermula dari kepala, badan dan sehingga ke paras kaki.

• Jika kuning bermula pada hari pertama kelahiran, perlu dibawa segera ke hospital berhampiran.

• Bagi keadaan jaundis sederhana dan teruk, nasihat ibu supaya segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran.

2. CIRIT-BIRIT

• Kerap membuang air besar, iaitu lebih daripada 3 kali dalam masa 6 jam.

• Najis mungkin berbuih dan mengandungi darah.

• Bayi yang menyusu susu ibu akan membuang air besar sebanyak 6 hingga 8 kali dalam masa 24 jam adalah perkara biasa. Teruskan penyusuan ibu sepenuhnya.

• Nasihat ibu supaya berhenti mengambil jamu atau herba sehingga keadaan bayi pulih.

• Perhatikan tanda-tanda dehidrasi, (seperti air kencing berkurangan, luaran kulit kering dan bayi tidak aktif) segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran.

• Jika berterusan, bayi enggan menyusu atau najis bercampur darah, nasihat ibu supaya segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran.

28 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

3. MUAK SUSU/TERJELUAK

Ia perlu dibezakan dengan muntah. Muntah ialah pengeluaran cecair/baki susu/lendir dalam kuantiti yang lebih banyak.

• Bayi yang mengeluarkan semula satu kuantiti kecil penyusuan mereka.

• Muak susu/terjeluak adalah keadaan biasa.

• Sendawakan bayi selepas penyusuan.

• Jika keadaan muntah berterusan dan bayi enggan menyusu, nasihat ibu supaya segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran.

4. KEMBUNG PERUT

• Kerap menangis.

• Bayi tidak selesa.

• Bunyi perut kembung bila ditepuk.

Panduan umum:• Lakukan kaedah

pelengkapan yang betul.

• Sendawakan bayi selepas penyusuan.

Jika keadaan kembung perut disertai muntah dan sembelit, nasihat ibu supaya segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran untuk pemeriksaan.

5. SEMBELIT

• Membuang air besar kurang kerap daripada biasa.

• Najis bayi lebih keras.

• Teruskan penyusuan ibu sepenuhnya.

• Nasihat ibu supaya berhenti mengambil jamu atau herba sehingga keadaan bayi pulih.

29Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

• Jangan masukkan sebarang ubatan ke dubur tanpa nasihat doktor.

Jika keadaan sembelit berterusan selama 3 hari atau disertai dengan perut kembung, muntah dan enggan menyusu, nasihat ibu supaya segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.

6. MATA MELEKIT

Ini merupakan jangkitan biasa mata bayi - mata bayi dicemari oleh darah atau cecair dari faraj ibu semasa proses kelahiran. Keadaan ini akan pulih selepas 2 hari usia bayi.

• Bulu mata melekat selepas bangun daripada tidur.

• Mata dipenuhi tahi mata.

Jika keadaan berterusan selama 3 hari atau disertai dengan nanah di penjuru dalam mata, nasihat ibu supaya segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran.

7. RUAM

• Bintik merah jambu di bahagian muka dan lipatan kulit.

• Nasihat ibu supaya mandikan bayi 2 kali setiap hari.

• Lampin sentiasa ditukar apabila basah.

• Keringkan bayi selepas dimandikan, terutama di lipatan kulit.

• Jangan membalut bayi terlalu ketat.

30 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

• Pakai pakaian bayi yang nipis dan diperbuat daripada kain kapas apabila cuaca panas.

Jika keadaan berterusan, ruam berwarna merah terang dan berair, nasihat ibu supaya segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.

8. SARIAWAN MULUT

• Tompok berwarna putih kekuningan di bahagian dalam pipi, lidah atau lelangit dan tidak tanggal dengan mudah jika cuba mengelapnya.

• Enggan menyusu.

• Nasihat ibu supaya teruskan penyusuan ibu dengan sepenuhnya.

• Cuci puting ibu menggunakan air tanpa sabun selepas setiap penyusuan.

Jika keadaan berterusan dan bayi enggan menyusu, segera bawa bayi ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.

9. LELEHAN DARI FARAJ BAYI

Ini merupakan keadaan sementara bagi bayi baru lahir kerana kesan hormon daripada ibu.

Lendir berwarna putih kemerahan di faraj bayi baru lahir.

Nasihat ibu supaya bersihkan faraj bayi setiap kali selepas mandi dengan kapas lembut.

31Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

10. LELEHAN DARI PUTING BAYI

Ini merupakan keadaan sementara bagi bayi baru lahir kerana kesan hormon daripada ibu.

Pengeluaran susu pada puting bayi baru lahir dan mungkin payu dara bayi bengkak.

Biarkan keadaan pulih sendiri atau ibu boleh memicit puting untuk membuang susu jika susu berlebihan.

11. JANGKITAN TALI PUSAT

• Kulit kemerahan di sekeliling pusat.

• Berbau busuk.

• Bernanah.

• Nasihat ibu untuk bawa bayi segera ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

• Untuk mencegah jangkitan, nasihat ibu supaya mencuci tali pusat 2 kali sehari atau mengikut keadaan dengan menggunakan pencuci yang dibekalkan oleh hospital atau menggunakan air masak yang suam.

12. KEP BUAIAN (CRADLE CAP) (TAHI SAWAN)

Tompok bersisik coklat pada kulit kepala – kepingan tompok putih/coklat di kepala.

• Sapukan minyak rambut bayi untuk melembutkanya.

Biarkan selama 12 hingga 24 jam.

• Sikat rambutnya perlahan-lahan untuk melongkarkan sisik tersebut. Akhir sekali, cuci rambutnya.

32 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

• Sekiranya keadaan tersebut berlanjutan atau dijangkiti kuman atau mula menghasilkan lelehan, nasihat ibu untuk bawa bayi segera ke klinik kesihatan/hospital yang berhampiran.

4.2 Keselamatan Bayi

KEADAAN NASIHAT KEPADA IBU

Semasa mandi • Pilih besen yang kecil mengikut saiz bayi.

• Suhu yang sesuai iaitu tuang air sejuk dahulu kemudian air panas.

• Penuhkan air sedalam 5 inci sahaja. Jangan sesekali paras air melebihi pinggang bayi.

• Bahagian tangan ibu dan tangan bayi yang dipegang bebas dari sabun.

• Penggunaan sabun yang sesuai, iaitu tidak mengandungi pewangi (sebaik-baiknya neutral).

• Sekiranya klip tertanggal, hanya bersihkan bahagian pusat dengan spirit.

Semasa menyusu* Digalakkan hanya penyusuan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan pertama.

• Elakkan bayi dari tertidur (terlena) semasa menyusu kerana susu akan terus mengalir dan menyebabkan bayi tersedak.

• Ibu tidak dibenarkan menyusu sambil berbaring ketika bayi berumur 0-2 bulan.

33Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

• Jangan sekali-kali meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu. Ibu bapa/penjaga perlu sentiasa mengawasi bayi semasa menyusu.

• Jangan guna kain atau bantal untuk menyokong botol susu kerana ia boleh menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. Keadaan ini boleh menyebabkan susu masuk ke dalam saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan paru-paru dan telinga. Dalam keadaan yang teruk, bayi boleh lemas.

• Elak memberi bayi susu dalam keadaan berbaring terlentang. Ini akan menyusahkan bayi menelan dan meningkatkan risiko bayi tersedak. Tersedak boleh menyebabkan susu masuk ke dalam saluran pernafasan dan lemas.

• Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu untuk mengelak bayi daripada muntah (dalam tempoh lebih kurang 30 minit).

• Sentiasa sendawakan bayi selepas menyusu.

Semasa tidur • Elak menggoncangkan bayi di dalam buaian/bouncer untuk mengelakkan muntah dan kecederaan otak.

• Posisi yang sesuai bagi bayi semasa tidur ialah telentang.

34 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

• Letakkan bayi tidur berasingan daripada ibu bagi mengelakkan tertindih oleh ibu tanpa sedar.

• Bayi digalakkan untuk diletakkan di tempat yang selamat semasa tidur, contohnya kot bayi (baby cot).

• Elakkan selimut atau bantal yang berlebihan di sekeliling bayi.

4.3 Kepentingan Imunisasi • Imunisasi ialah satu cara berkesan dalam mencegah penyakit berjangkit

dan membantu dalam daya pertahanan badan terhadap jangkitan penyakit.

• Imunisasi mesti diberikan tepat pada masanya dan pada jarak masa yang betul bagi memastikan keseimbangan umur dan dos yang diberikan.

JENIS IMUNISASI UMUR PENYAKIT YANG DICEGAH

BCG Baru Lahir Penyakit Tuberkulosis (Tibi)

Hepatitis B Baru Lahir,1 bulan, 6 bulan

Penyakit Hepatitis B

DPT + HiB 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan

Penyakit HiB (Haemophilus Influenza Type-B), Difteria, Pertusis (batuk kokol), Tetanus (kancing gigi)

Polio 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan

Penyakit Poliomyelitis (Lumpuh)

M.M.R. 1 tahun Penyakit campak, beguk dan rubela (Measles, Mumps, Rubella)

DPT + HiB Polio (Dos tambahan)

1 tahun 6 bulan (18 bulan)

Difteria, Pertusis(batuk kokol),Tetanus (kancing gigi)

M.M.R., DT/ Polio (Dos tambahan)

Darjah 1

35Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

Jadual Imunisasi Kebangsaan

PENYAKIT

UMUR

BULAN

0 1 2 3 5 6 9 10 12 18

Tuberculosis BCG

Hepatitis B HEP BDos 1

HEP BDos 2

HEP BDos 3

Difteria, Kancing Gigi, Batuk Kokol

DTaPDos 1

DTaPDos 2

DTaPDos 3

DTaPBooster

H. Influenzae Type B

HibDos 1

HibDos 2

HibDos 3

HibBooster

Poliomyelitis IPVDos 1

IPVDos 2

IPVDos 3

IPVBooster

Measles (Sabah)

Measles

Measles, Beguk, Rubella

MMR

Difteria, Kancing Gigi

Kancing Gigi

Kanser Servik

JE (Sarawak) JEDos 1

JEDos 2

JEDos 3

Sumber: Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak (0–6 tahun) pindaan 02/2011, terbitan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

36 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

4.4 Pemakanan Bayi Bayi hanya memerlukan susu ibu sejak lahir sehingga berumur 6 bulan kerana:

1. Kandungan zat dalam susu ibu sudah mencukupi untuk pertumbuhan bayi pada peringkat umur ini.

2. Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu.

3. Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain daripada susu ibu.

4. Air atau cecair lain selain dari susu ibu bertindak mengurangkan daya ketahanan bayi. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko seperti jangkitan dan alahan.

elakkan!• Memberi air kosong.

• Memberi makanan lain selain susu ibu.

• Memberi puting susu atau puting kosong.

5.0 KONTRASEPTIF

5.1 Panduan dan Nasihat Kepada Ibu Menyusun atau merancang keluarga bererti merancang masa yang sesuai untuk mengandung atau menggunakan suatu kaedah bagi menjarakkan kehamilan.

Tujuan

Untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan, jarak dan masa kehamilan yang sesuai.

Kebaikan

• Menyelamat nyawa ibu dan anak.

• Kesihatan yang lebih baik bagi diri ibu, suami, anak-anak dan masyarakat.

• Membolehkan keluarga menikmati kehidupan yang selesa.

• Mempertingkatkan kualiti kehidupan.

37Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

a) Kaedah Moden Perancang Keluarga

Pil Kondom

Suntikan Implan

Alat dalam rahim Kaedah pemandulan bagi wanita (BTL) dan lelaki (vasectomy)

b) Bagaimana Hendak Pilih Kaedah yang Sesuai

Pemilihan kaedah bergantung kepada keadaan individu. Perkara ini mengambil kira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan bayi, pengambilan ubat-ubatan dan lain-lain. Dapatkan nasihat mengenai kaedah perancang keluarga yang paling sesuai daripada doktor atau petugas kesihatan. Bagi ibu dalam pantang yang berisiko amatlah digalakkan untuk mengamalkan perancang keluarga dengan kaedah moden.

 

peringatan!Kaedah lain yang kurang berkesan berbanding kaedah moden perancang keluarga iaitu:

· Kaedah masa selamat/semulajadi.

· Kaedah penyusuan bayi.

38 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

6.0 PENUTUP

6.1 Kesimpulan• Pengamal Tradisional Postnatal perlu menyimpan nombor telefon klinik

yang berdekatan dengan kawasan pengamal untuk memudahkan pengamal menghubungi pihak kesihatan sekiranya perlu bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat.

• Pengamal Tradisional Postnatal perlu mengetahui cara-cara mengesan masalah-masalah yang dialami oleh ibu selepas bersalin supaya tindakan pencegahan dan panduan penjagaan dapat diberikan.

• Masalah-masalah yang berlarutan perlu dirujuk kepada klinik-klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan lanjutan.

39Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

6.2 Penghargaan Penasihat: Dr. Goh Cheng Soon

Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Penulis:

Dr. Nursazila Asikin bt Moh Azmi Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

Pn Balqis Mohamad Zin

Cik Cheong Yin Ying

Dr. Majdah Mohamed Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia

Matron Noor Aini bt Karimon

Pn Zalma bt Abdul Razak Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Dr. Zil Azwan AbdullahJabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Dr. Siti Shafiatun bt Mohsin

Matron Chia Siew Yin

Matron Chow Bee Jan Pejabat Kesihatan Cheras, Selangor

Matron Noor Zila bt Ishak Klinik Kesihatan Jinjang, Kuala Lumpur

Matron Shanti a/p Gengadaram Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Selangor

Sister Zalelawati Zainuddin Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Sister Sarimah bt Ibrahim Klinik Kesihatan Kapar, Klang, Selangor

Editor: Dr. Maria Safura bt Mohamad

40 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

6.3 Rujukan 1. Panduan Ringkas Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Kriteria Baru

WHO/UNICEF 2009: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013.

2. Module of Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Professionals: Ministry of Health Malaysia, 2009.

3. Perinatal Care Manual, Post Partum Care, Sec. 4, 3rd ed.: Ministry of Health Malaysia, 2013.

4. Traditional and Complementary Medicine Practice Guideline on Malay Postnatal Care, 1st ed.: Traditional and Complementary Medicine Division, Ministry of Health Malaysia, June 2009.

5. Manual of Family Practice, ed. Robert B. Taylor, 2nd ed: Lippincott Williams & Wilkins, 2002.

6. Perinatal Care Manual, Section 4 Postpartum Care, 3rd ed.: Division of Family Health Development, Ministry of Health Malaysia, 2013.

7. Kad Rekod Kesihatan Ibu KIK/1(a)/96, Amendments in 2012, Division of Family Health Development, Ministry of Health Malaysia.

8. NICE Guideline 37: Routine Postnatal Care and Their Babies. National Institute for Health and Care Excellence, 2006 [viewed 10th May 2014 ]. Available from: www.nice.org.uk/CG037.

9. WHO Technical Consultation on Postpartum and Postnatal Care: World Health Organization, 2010.

10. WHO Recommendation on Postnatal Care of The Mother and Newborn: World Health Organization, 2013.

11. Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak 0-6 tahun: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011.

12. Pengendalian Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak di Taska/Tadika, Unit Pencegahan Keganasan Dan Kecederaan: Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011.

13. Elizabeth Fenwick. Buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu & Anak: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2002.

14. Kod Etika dan Kod Amalan untuk Pengamal-pengamal Tradisional dan Komplementari, semakan kedua: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007.

41Manual Penjagaan Postnatal bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

6.4 LampiranSenarai fasiliti kerajaan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan tradisional Melayu selepas bersalin:

1. Hospital Putrajaya.

2. Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

3. Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

4. Hospital Duchess of Kent, Sabah.

5. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

6. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

7. Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia MAIWP, Presint 8, Putrajaya.

8. Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang

9. Hospital Umum Sarawak, Sarawak

10. Hospital Jasin, Melaka

42 Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia

PenghargaanSerta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan manual ini.