bagi maison mumm dan ceo baharunya usain bolt, new · pdf filesempadan keraian, dengan satu...

4
Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New York ePrix ialah Peluang untuk Cabar, Menang dan Rai! NEW YORK, 16 Julai 2017/PRNewswire/ -- Sebagai rakan kongsi rasmi litar perlumbaan motor Formula E baharu yang mengujakan, Maison Mumm membawa semangat istimewanya Cabar Menang Rai ke Bandar New York hujung minggu lalu, untuk perlumbaan kesembilan dan kesepuluh dalam kalendar ePrix tahun ini. Penyertaan Mumm lebih bertenaga dengan kehadiran maya CEO (Ketua Pegawai Hiburan) baharu, Usain Bolt. Lelaki terpantas di dunia ini memberi penghormatan kepada masa depan perlumbaan motor dalam dua acara yang berani, mengukuhkan reputasi Mumm sebagai ikon kemenangan yang inovatif. Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik:https://www.multivu.com/players/uk/8138551-maison-mumm-u sain-bolt-new-york-eprix/ Cabar Pada malam Jumaat, Maison Mumm menyajikan tetamu di Brooklyn Harbour dengan pertemuan mendebarkan antara dua ikon moden

Upload: lyhanh

Post on 12-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New · PDF filesempadan keraian, dengan satu siri acara yang memberikan sentuhan ... Di litar sepanjang hujung minggu, pelawat boleh

Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya

Usain Bolt, New York ePrix ialah

Peluang untuk Cabar, Menang dan Rai!

NEW YORK, 16 Julai 2017/PRNewswire/ --

Sebagai rakan kongsi rasmi litar perlumbaan motor Formula E baharu

yang mengujakan, Maison Mumm membawa semangat istimewanya Cabar

Menang Rai ke Bandar New York hujung minggu lalu, untuk perlumbaan

kesembilan dan kesepuluh dalam kalendar ePrix tahun ini.

Penyertaan Mumm lebih bertenaga dengan kehadiran maya CEO (Ketua

Pegawai Hiburan) baharu, Usain Bolt. Lelaki terpantas di dunia

ini memberi penghormatan kepada masa depan perlumbaan motor dalam

dua acara yang berani, mengukuhkan reputasi Mumm sebagai ikon

kemenangan yang inovatif.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila

klik:https://www.multivu.com/players/uk/8138551-maison-mumm-u

sain-bolt-new-york-eprix/

Cabar

Pada malam Jumaat, Maison Mumm menyajikan tetamu di Brooklyn

Harbour dengan pertemuan mendebarkan antara dua ikon moden

Page 2: Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New · PDF filesempadan keraian, dengan satu siri acara yang memberikan sentuhan ... Di litar sepanjang hujung minggu, pelawat boleh

kelajuan: perlumbaan Formula E dan Usain Bolt. Ketua Pegawai

Hiburan baharu Mumm merupakan bintang filem baharu yang berani,

yang menghiburkan para tetamu pesta apabila ia dipaparkan pada

permukaan bangunan yang menghadap ke litar perlumbaan. Dalam

animasi video yang menakjubkan ini, Usain mendapat bantuan

daripada kereta Formula E apabila dia menyahut cabaran Mumm:

menangkap gabus champagne terbang sebelum ia menyentuh tanah.

Dalam perlumbaan berkelajuan tinggi ini, Usain mewakili

nilai-nilai utama Maison: berani, unggul dan dahagakan

kemenangan.

Menang

Sebagai ikon kemenangan, Mumm merupakan kehadiran yang

dibanggakan di podium pemenang di New York, di mana Sam Bird, Felix

Rosenqvist dan Nick Heidfeld minum ucap selamat kemenangan

mereka dengan menyemburkan cuvée Mumm Grand Cordon legenda Maison

dari botolnya. Botol itu sendiri mempunyai reka bentuk

revolusioner oleh pereka berwawasan Wales Ross Lovegrove, tanpa

label hadapan dan tanda utama selempang merah yang dilekukkan

terus pada kacanya. Dengan buih-buih riang, kilauan warna emas

dan kuasa Pinot Noir, Mumm Grand Cordon ialah iringan yang luar

biasa dan terbaru untuk semua kejayaan hidup.

Page 3: Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New · PDF filesempadan keraian, dengan satu siri acara yang memberikan sentuhan ... Di litar sepanjang hujung minggu, pelawat boleh

Rai

New York ePrix juga merupakan peluang bagi Mumm untuk menolak

sempadan keraian, dengan satu siri acara yang memberikan sentuhan

bertenaga tinggi dan inovatif bagi sambutan tersebut. Di litar

sepanjang hujung minggu, pelawat boleh memasuki Holobox: sebuah

kiub hitam di mana mereka boleh mengambil foto mereka untuk

berkongsi suasana pesta dengan hologram seakan hidup Ketua

Pegawai Hiburan Mumm, Usain Bolt. Usain juga hadir secara maya

pada keraian selepas perlumbaan, di mana hologram beliau

mengujakan orang ramai dengan paparan campuran maya! Pesta ini

diteruskan di sebuah kelab yang terletak di Manhattan bagi pesta

selepas Formula E yang rasmi, di mana pemandu Formula E dan tetamu

Mumm menari sepanjang malam.

Sepanjang hujung minggu ePrix, Maison melangkah lebih jauh

daripada keraian kemenangan tradisional bagi membawakan hiburan

dan keseronokan baharu kepada Formula E. Dengan sumbangan mereka

yang berani di New York, Mumm dan Usain memberi penghormatan

kepada dunia canggih Formula E - perlumbaan masa hadapan - dan

meletakkan Mumm di podium inovasi champagne.

Adakah anda cukup pantas untuk menangkap gabus terbang Mumm?

Saksikan Usain Bolt menyahut Cabaran Mumm di sini.

Page 4: Bagi Maison Mumm dan CEO Baharunya Usain Bolt, New · PDF filesempadan keraian, dengan satu siri acara yang memberikan sentuhan ... Di litar sepanjang hujung minggu, pelawat boleh

SILA MINUM DENGAN BERTANGGUNGJAWAB.