bagaimana menubuhkan unit pengakap udara

3
BAGAIMANA MENUBUHKAN UNIT PENGAKAP UDARA? Pasukan Pengakap Muda dan Remaja Bagi menubuhkan pasukan Pengakap Muda dan Remaja Udara yang baru disamping pasukan yang sedia ada, terutamanya pasukan yang dianjur (oleh sekolah), Pemimpin hendaklah mencapai persetujuan dengan kuasa penganjur iaitu pihak sekolah. Bagi kumpulan atau pasukan terbuka pula, Pemimpin bolehlah berbincang terus dengan Pesuruhjaya Daerah. Setelah berbincang Pemimpin hendaklah mengemukakan kertas kerja yang lengkap kepada Pesuruhjaya Daerah untuk dibentangkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri pula. Surat rasmi permohonan dari pihak sekolah serta surat sokongan dari Pesuruhjaya Daerah mestilah disertakan bersama. Pasukan dan pihak sekolah tidak perlu mengisi borang baru dan tidak perlu pula membubarkan pasukan yang sedia ada. Ketua Pesuruhjaya Negeri, dengan kuasa yang ada pada beliau, boleh menerima atau menolak permohonan tersebut setelah mengambil kira faktor terdapatnya jurulatih, terdapatnya kemudahan dan kerjasama dengan agensi yang terlibat dengan aktiviti udara, penerimaan sekolah dan pelajar, rekod pasukan, kemampuan kewangan dan sebagainya. Ketua Pesuruhjaya Negeri, sekiranya menerima permohonan tersebut, bolehlah memaklumkan kepada Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara serta Ibupejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia akan keputusannya. Krew Pengakap Kelana Udara Penubuhan Krew Kelana Udara yang baru juga mestilah dibincangkan dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing. Bakal Pemimpin hendaklah melengkapkan borang PPM-8(C) beserta dengan permohonan tauliah Pemimpin iaitu borang PPM-9(A), dan kertas kerja penubuhan yang lengkap kemudian mengemukakannya kepada Pesuruhjaya Daerah. Pesuruhjaya Daerah sekiranya bersetuju, akan menyokong permohonan tersebut untuk diproses dan dibawa ke peringkat negeri untuk mendapatkan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Negeri pula. Sekiranya beliau turut bersetuju dengan mengambil kira faktor-faktor yang sama seperti di atas, maka bolehlah permohonan tersebut dimajukan ke Ibupejabat Kebangsaan. Krew Kelana yang sedia ada, yang asalnya bukan Krew Pengakap Udara, tidak dibenarkan menukar dengan begitu sahaja tanpa memberitahu kepada Pesuruhjaya Daerah, Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Ibupejabat Kebangsaan. Permohonan baru hendaklah dibuat dengan membatalkan sijil pendaftaran yang lama. Adalah menjadi keutamaan juga, sebelum sebarang Krew Kelana Udara ditubuhkan, Negeri atau Daerah telah bersedia menubuhkan pasukan Pengakap Muda dan Remaja Udara. Carta Alir Kaedah Penubuhan Pengakap Udara Pasukan Pengakap Muda dan Remaja yang Dianjur Pemimpin berbincang dengan sekolah

Upload: myul-mohd

Post on 14-Dec-2014

43 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BAGAIMANA MENUBUHKAN UNIT PENGAKAP UDARA?

Pasukan Pengakap Muda dan Remaja

Bagi menubuhkan pasukan Pengakap Muda dan Remaja Udara yang baru disamping pasukan yang sedia ada, terutamanya pasukan yang dianjur (oleh sekolah), Pemimpin hendaklah mencapai persetujuan dengan kuasa penganjur iaitu pihak sekolah. Bagi kumpulan atau pasukan terbuka pula, Pemimpin bolehlah berbincang terus dengan Pesuruhjaya Daerah. Setelah berbincang Pemimpin hendaklah mengemukakan kertas kerja yang lengkap kepada Pesuruhjaya Daerah untuk dibentangkan kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri pula. Surat rasmi permohonan dari pihak sekolah serta surat sokongan dari Pesuruhjaya Daerah mestilah disertakan bersama. Pasukan dan pihak sekolah tidak perlu mengisi borang baru dan tidak perlu pula membubarkan pasukan yang sedia ada.

Ketua Pesuruhjaya Negeri, dengan kuasa yang ada pada beliau, boleh menerima atau menolak permohonan tersebut setelah mengambil kira faktor terdapatnya jurulatih, terdapatnya kemudahan dan kerjasama dengan agensi yang terlibat dengan aktiviti udara, penerimaan sekolah dan pelajar, rekod pasukan, kemampuan kewangan dan sebagainya. Ketua Pesuruhjaya Negeri, sekiranya menerima permohonan tersebut, bolehlah memaklumkan kepada Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara serta Ibupejabat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia akan keputusannya.

Krew Pengakap Kelana Udara

Penubuhan Krew Kelana Udara yang baru juga mestilah dibincangkan dengan Pesuruhjaya Daerah masing-masing. Bakal Pemimpin hendaklah melengkapkan borang PPM-8(C) beserta dengan permohonan tauliah Pemimpin iaitu borang PPM-9(A), dan kertas kerja penubuhan yang lengkap kemudian mengemukakannya kepada Pesuruhjaya Daerah. Pesuruhjaya Daerah sekiranya bersetuju, akan menyokong permohonan tersebut untuk diproses dan dibawa ke peringkat negeri untuk mendapatkan persetujuan Ketua Pesuruhjaya Negeri pula. Sekiranya beliau turut bersetuju dengan mengambil kira faktor-faktor yang sama seperti di atas, maka bolehlah permohonan tersebut dimajukan ke Ibupejabat Kebangsaan.

Krew Kelana yang sedia ada, yang asalnya bukan Krew Pengakap Udara, tidak dibenarkan menukar dengan begitu sahaja tanpa memberitahu kepada Pesuruhjaya Daerah, Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Ibupejabat Kebangsaan. Permohonan baru hendaklah dibuat dengan membatalkan sijil pendaftaran yang lama. Adalah menjadi keutamaan juga, sebelum sebarang Krew Kelana Udara ditubuhkan, Negeri atau Daerah telah bersedia menubuhkan pasukan Pengakap Muda dan Remaja Udara.

Carta Alir Kaedah Penubuhan Pengakap Udara

Pasukan Pengakap Muda dan Remaja yang Dianjur

Pemimpin berbincang dengan sekolah

Sekolah bersetuju?

Tidak

Ya

Cuba semula

Pemimpin berbincang dengan Pesuruhjaya Daerah

Daerah bersetuju?

Tidak

Ya

Cuba semula

Bentang kertas kerja kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri beserta surat permohonan pengetua & surat sokongan

Pesuruhjaya Daerah

Negeri luluskan?

Cuba semula

Tidak

Ya

Maklumkan pada Ibupejabat Kebangsaan & hantar Pemimpin mengikuti Kursus Pemimpin Pengakap Udara

Pasukan Terbuka dan Krew Kelana Baru

Pemimpin berbincang dengan Pesuruhjaya Daerah

Daerah bersetuju?

Tidak

Ya

Cuba semula

Bentang kertas kerja kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri beserta surat sokongan Pesuruhjaya Daerah.

Lengkapkan Borang PPM-8(C) dan Borang PPM-9(A)

Negeri luluskan?

Cuba semula

Tidak

Ya

Maklumkan pada Ibupejabat Kebangsaan & hantar Pemimpin mengikuti Kursus Pemimpin Pengakap Udara. Ibupejabat akan proses permohonan dan keluarkan sijil

pendaftaran baru