bagaimana membina matlamat

5
Bagaimana Membina Matlamat ? Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan. Segalanya yang kita impikan boleh digambarkan di dalam fikiran. Penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan. Steven R Covey (2005) menyatakan penetapan matlamat di dalam kehidupan amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada mendapat apa sahaja yang diimpikan. Mempunyai matlamat secara tidak langsung akan membina sikap yang positif dan memberi kekuatan untuk mencapainya. Contohnya, sebelum memulakan perjalanan, anda menentukan destinasi anda dan merancang jalan yang paling sesuai, Sebelum anda membina rumah idaman anda, anda merancang dalam minda anda tentang gambaran rumah, bilangan dan kedudukkan bilik, rekaan dalaman dan sebagainya sebelum ianya dilakarkan di atas kertas dan diberikan kepada pereka plan dan arkitek. Setiap matlamat mesti mempunyai titik permulaan dan pencapaiannya di mana kejayaan adalah ukurannya. Mulakan dengan membina matlamat berdasarkan prinsip bahawa semua benda dicipta dua kali, mula-mula adalah ciptaan mental kemudian ciptaan fizikal. Ciptaan mental bermaksud gambaran awal yang digambarkan melalui imej di dalam minda dan ciptaan fizikal adalah hasil imej di dalam minda yang diterjemahkan melalui lakaran, membina dan akhirnya membentuk struktur fizikal yang dapat menjelaskan imej yang anda gambarkan di dalam minda. Bagaimana anda boleh membina keyakinan diri dengan matlamat anda? Tetapkan masa Tentukan jangka masa untuk mencapai matlamat. Mungkin dua jam, satu minggu atau satu tahun. Rancangkanlah penggunaan masa supaya tidak terpesong daripada matlamat oleh sifat suka bertangguh, hilang tujuan, kekuatan was-was dan kerisauan. Mengetahui kekuatan diri Kita mesti mengetahui kekuatan diri dari segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain. Apabila dapat

Upload: halusan-maybe

Post on 01-Feb-2016

57 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

proses pembentukan matlamat diri

TRANSCRIPT

Page 1: Bagaimana Membina Matlamat

Bagaimana Membina Matlamat ? Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan. Segalanya yang kita impikan boleh digambarkan di dalam fikiran. Penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan. Steven R Covey (2005) menyatakan penetapan matlamat di dalam kehidupan amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada mendapat apa sahaja yang diimpikan. Mempunyai matlamat secara tidak langsung akan membina sikap yang positif dan memberi kekuatan untuk mencapainya. Contohnya, sebelum memulakan perjalanan, anda menentukan destinasi anda dan merancang jalan yang paling sesuai, Sebelum anda membina rumah idaman anda, anda merancang dalam minda anda tentang gambaran rumah, bilangan dan kedudukkan bilik, rekaan dalaman dan sebagainya sebelum ianya dilakarkan di atas kertas dan diberikan kepada pereka plan dan arkitek.

Setiap matlamat mesti mempunyai titik permulaan dan pencapaiannya di mana kejayaan adalah ukurannya. Mulakan dengan membina matlamat berdasarkan prinsip bahawa semua benda dicipta dua kali, mula-mula adalah ciptaan mental kemudian ciptaan fizikal. Ciptaan mental bermaksud gambaran awal yang digambarkan melalui imej di dalam minda dan ciptaan fizikal adalah hasil imej di dalam minda yang diterjemahkan melalui lakaran, membina dan akhirnya membentuk struktur fizikal yang dapat menjelaskan imej yang anda gambarkan di dalam minda. Bagaimana anda boleh membina keyakinan diri dengan matlamat anda?

Tetapkan masaTentukan jangka masa untuk mencapai matlamat. Mungkin dua jam, satu minggu atau satu tahun. Rancangkanlah penggunaan masa supaya tidak terpesong daripada matlamat oleh sifat suka bertangguh, hilang tujuan, kekuatan was-was dan kerisauan.

Mengetahui kekuatan diriKita mesti mengetahui kekuatan diri dari segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain. Apabila dapat mengenal pasti kekuatan diri, kita akan lebih berkeyakinan merancang tindakan yang akan diambil. Perlunya kita mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri dari dalam dan bersiap sedia menjauhi atau mengatasi halangan yang menanti.

Mengenalpasti kelemahan diriMengetahui kelemahan diri bukannya mencari alasan tidak melakukan sesuatu tetapi untuk mengenal pasti cara mengatasinya. Kebanyakan

Page 2: Bagaimana Membina Matlamat

orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan. Selalulah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya. Jadilah orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkannya tetapi baikilah diri untuk menjadi sepertinya. Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa memikirkan sama ada ianya sesuai atau tidak dengan kemampuan untuk mencapainya. Adakah matlamat itu akan menjadi suatu impian atau angan-angan semata-mata.

Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut :

JelasMatlamat anda haruslah jelas, terang dan nyata. Bukannya kabur. Contohnya sebagai ibu bapa, Jika anda mahu memelihara anak yang bertanggungjawab dan berdisiplin-kendiri, anda perlu mengingat matlamat itu ketika berinteraksi dengan anak-anak anda setiap hari. Anda tidak boleh bertindak kepada mereka dengan melemahkan disiplin-kendiri atau penghargaan-kendiri.

MencabarBila anda menetapkan matlamat, biarlah ianya mencabar keupayaan anda iaitu sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Bila ianya mencabar keupayaan anda, anda akan menjadi lebih kreatif, lebih bersemangat, lebih berusaha dan lebih kuat dorongan untuk mencapainya.

Boleh diukurMatlamat anda harus boleh diukur apabila telah tiba jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, bila mendapat pengiktirafan dan berjaya mencapai sebagaimana matlamat anda? Ketika inilah anda boleh menilai keupayaan anda yang sebenarnya.Untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya, anda mestilah membina satu sikap keyakinan diri yang tinggi pada diri dan kemampuan anda. Anda perlu merancang kerana perancangan yang teratur dapat mengurangkan sikap yang suka menangguhkan sesuatu tindakan. Anda perlu mengenali diri anda dan menyayangi diri. Tetapkan matlamat anda dan bersedialah untuk mengambil langkah-langkah seturusnya ke arah pencapaian kejayaan dan masa depan yang lebih gemilang. Ingatlah kata pujangga, "Orang bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".

Oleh Taidin Suhaimin

Pengertian Keyakinan Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. 

Page 3: Bagaimana Membina Matlamat

Pengertian Keyakinan Diri Keyakinan diri ialah kepercayaan dan persepsi diri bahawa dirinya boleh mengendalikan segala cabaran yang dihadapi atau mengawal kehidupannya dengan jayanya.

Jenis-Jenis Keyakinan  Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:

Keyakinan kepada Tuhan dan KeesaanNya. Keyakinan diri. Keyakinan kita terhadap orang lain.  Keyakinan orang lain terhadap kita. Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri Kurang pengetahuan, pengalaman, pendedahan Kurang persediaan dan kemahiran Tidak mempunyai matlamat dalam hidup yang mantap dan jelas Petanda-Petanda Orang Yang Kurang Keyakinan Diri Kurang senyum Kelihatan risau Kelihatan gugup Kurang berinteraksi Malas bekerja Kepentingan Membina Keyakinan Diri Keyakinan diri mempengaruhi kehidupan individu atau organisasi. Kebolehan anda untuk mengatasi segala halangan banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Lazimnya, semakin mencabar kehidupan yang dilalui oleh seseorang, lebih besarlah keperluan keyakinan diri.  Jika anda fikir anda boleh, anda akan dapat menangani segala cabaran hidup anda. Itulah sebabnya kita perlu berfikiran positif.

Keajaiban Keyakinan Diri

Membina keyakinan diri bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan keazaman dan kesungguhan. Kejayaan datang kepada orang yang dapat mengendalikan kehidupannya dengan yakin.

Joan of Arc pada umur 17 tahun seorang pengembala kambing biri-biri di Perancis yang miskin amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera Perancis telah kehabisan idea untuk menentang pihak Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk memberi idea atau tampil ke hadapan untuk memberi pandangan tentang bagaimana menentang tentera-tentera Inggeris. 

Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! Lantas, beliau telah diberi tugas untuk mengepalai tentera Perancis yang  menghadapi kebuntuan! 

Keyakinan si gadis lidi yang tidak ada tolong bandingnya di kalangan orang-orang Perancis telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis.

Page 4: Bagaimana Membina Matlamat

Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan keyakinan dan semangat juang yang amat tinggi. Ini telah mengejutkan tentera-tentera Inggeris dan Perancis meraih kemenangan yang besar! 

Inilah kekuatan Joan of Arc yang amat menakjubkan. Joan of Arc telah dapat membawa kemenangan kepada Perancis hanya dengan bermodalkan keyakinan diri!

"Affirmation" Malaysia Boleh! gagasan Tun Dr. Mahathir juga telah berjaya membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang kita nikmati sekarang. 

Bagaimana Meningkatkan Keyakinan Diri Cara terbaik untuk memperbaiki tahap keyakinan diri anda ialah dengan mencuba sesuatu yang anda rasa kurang yakin boleh membawa kejayaan kepada anda dan terus melakukannya sehinggalah berjaya. Cubaan-cubaan tersebut akan memberikan anda pelbagai pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang anda perolehi melalui usaha-usaha itu akan menjadikan anda lebih yakin, mahir yang akan menjuruskan diri anda ke tahap Pakar!

Adakah Kebanyakan Manusia Mempunyai Keyakinan Diri? Kebanyakan manusia memang mempunyai keyakinan dalam beberapa aspek. Lagi banyak aspek keyakinan yang seseorang itu miliki, lagi baiklah seseorang itu. Orang yang mempunyai keyakinan dalam banyak hal akan lebih banyak menikmati kegembiraan, kebahagiaan dan kejayaan serta kurang mengalami tekanan-tekanan perasaan. Ini dengan sendirinya akan meningkatkan kualiti hidup seseorang itu.

"Affirmation" Malaysia Boleh! gagasan Tun Dr. Mahathir telah berjaya membawa Malaysia ke tahap kemajuan yang kita nikmati sekarang. 

Kesimpulan Membina keyakinan diri bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan keazaman dan kesungguhan. Kejayaan datang kepada orang yang dapat mengendalikan kehidupannya dengan yakin.

Allah anugerahkan kepada kita darjat sebagai manusia. Kita dilantik menjadi khalifah di bumi.  Dengan lain perkataan, kitalah yang ditugaskan untuk mengatur dan menyusun kemakmuran makhluk-makhluk Allah di dunia