bagaimana berselawat ke atas nabi

Upload: mohd-tajuddin-latif

Post on 30-May-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    1/11

    Nawawi B. Subandi

    BagaimanaBerselawat Ke AtasNabi ShallallahuAlaihi wa Sallam? http://fiqh-sunnah.blogspot.com

    Blog: Fiqh-sunnah

    2/11/2010

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    2/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 2

    Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi?http://fiqh-sunnah.blogspot.com

    Download (PDF) Definisi dan Perintah (Saranan) Supaya Berselawat Ke Atas Nabi:

    Allah berfirman:

    Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi.Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi danucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

    Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata:

    {{{{ }}}}

    Terjemahan: Abul Aliyah (rahimahullah) berkata: Selawat Allah (ke atas Nabi-Nya)

    maksudnya adalah pujian yang Allah berikan kepada Nabi di hadapan paramalaikat, manakala selawat para malaikat (kepada Nabi Shallallahu alaihi waSallam) adalah doa (untuk beliau Shallallahu alaihi wa Sallam).

    Ibnu Abbas berkata: Maksud dari lafaz Yushalluna adalah:

    Allah dan para malaikat-Nya memberkahi Nabi. (Rujuk: al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/483)

    Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) berkata:

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    3/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 3

    Terjemahan: al-Hulaimi berkata di dalam Kitab asy-Syuab (Syuabul Iman ):Makna selawat kepada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam adalah pengagunganterhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:

    Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad :

    Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia denganmeninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syariatnya.Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya,mengizinkannya untuk memberi syafaat kepada umatnya, serta menampakkanfadhilatnya dengan memberikannya al-Maqam al-Mahmud (kedudukan dantempat yang terpuji).

    Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):

    Berselawatlah kamu ke atasnya... bermakna:

    Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk:Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari , 11/156)

    Contoh-contoh Lafaz Selawat Ke Atas Nabi Yang Sahih Daripada Sunnah:

    Berikut adalah beberapa contoh lafaz/kaifiyat selawat sebagaimana yangditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam kepada para sahabat

    berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih.

    Dari sini, dapat kita lihat bahawasanya beginilah sewajarnya kitamelafazkan/mengungkapkan kata-kata selawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi waSallam, dan bukan dengan lafaz-lafaz selawat yang lain, yang tidak pernahdiajarkan oleh Nabi dan tidak pernah mendapat jaminan dari Nabi Shallallahualaihi wa Sallam.

    Maka, ambillah selawat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi. Kerana, apabilapara sahabat hendak berselawat, mereka terlebih dahulu bertanya kepada nabitentang bagaimana (kaifiyat) selawat tersebut. Maka, kita sebagai orang yangterkemudian, cukuplah dengan mengikuti. Kerana, jika kita mahu mereka-ciptabentuk-bentuk selawat yang lain, sesungguhnya kita tidak pernah bertanyakan

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    4/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 4

    sendiri kepada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam (sebagaimana para sahabat telahbertanya), adakah selawat yang kita reka-cipta tersebut diterima?

    1 - Dari Kaab B. Ujrah radhiyallahu anhu, beliau berkata:

    Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau,tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?

    Rasulullah pun menjelaskan Katakanlah:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluargaMuhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim,sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atasMuhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahikeluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaai, Sunan an-Nasaai, 5/63, no. 1272. Disahihkanoleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaai, no. 1289.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluargaMuhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnyaEngkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan keatas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim,sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 2/303, no. 445, dengankatanya: Hasan Sahih. Disahihkan juga oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 1/483, no. 483.

    Atau:

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    5/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 5

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluargaMuhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnyaEngkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad danke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atasIbrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 37/64, no. 17409. Syaikh Syuaibal-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas syarat al-Bukhari dan Muslim. Ibnu Majah, SunanIbnu Majah, 3/151, no. 894. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan IbnuMajah, 1/149, no. 737.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluargaMuhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim dan ke ataskeluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah,berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimanaEngkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 11/156, no. 3119.

    2 Berkata Zaid B. Kharijah:

    Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda:Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dankatakanlah:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluargaMuhammad.

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    6/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 6

    Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaai, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaai, 3/436, no. 1292.

    3 Dari Abi Masoud al-Anshari , beliau berkata:

    Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam datang kepada kami yang mana kamisedang berada di dalam majlis Saad B. Ubadah. Kemudian Basyir B. Saadbertanya kepada beliau (Rasulullah):

    Allah telah memerintahkan kepada kami untuk berselawat kepadamu wahaiRasulullah, jadi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?

    (Kata Abi Masoud): Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam diam sehinggakami merasa lebih baik sekiranya beliau (Basyir B. Saad) tidak bertanya kepadaRasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

    Katakanlah:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluargaMuhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Danberkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima yangEngkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. SesungguhnyaEngkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 2/373, no. 613. An-Nasaai, Sunanan-Nasaai, 5/57, no. 1268.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluargaMuhammad sebagaimana yang Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Danberkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima Engkau

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    7/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 7

    telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya EngkauMaha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa, 2/230, no. 573. 2/21, no. 358. IbnuHibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/287, no. 1958. Tahqiq Syaikh Syuaib al-Arnauth:

    Isnadnya Sahih. An-Nasaai, Sunan an-Nasaai, 1/381, no. 1208.

    4 - Dari Amr B. Sulaim az-Zuraqi

    Beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Humaid as-Saidi radhiyallahuanhu. Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya:

    Wahai Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat ke atas-mu? RasulullahShallallahu alaihi wa Sallam pun menjawab:

    Katakanlah:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteribeliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat keatas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan isteri-isteri beliauserta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluargaIbrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa, 2/20, no. 357. Ahmad, Musnad Ahmad,no. 23600. Shohih al-Bukhari, 11/155, no. 3118. 19/445, no. 5883.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteribeliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat keatas Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau sertaketurunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim diseluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/152, no. 895. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 738.

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    8/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 8

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteribeliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat keatas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteribeliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke ataskeluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/375, no. 615.

    5 Dari Abi Masoud Uqbah Amr, beliau berkata:

    Telah datang seorang lelaki sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Shallallahualaihi wa Sallam dan kami (para sahabat) pada masa itu sedang berada di sisinya(sisi Rasulullah). Lalu lelaki tersebut bertanya:

    Wahai Rasulullah, bahawa Salam ke atas kamu telah kami ketahui, tetapi

    bagaimanakah (caranya) kami berselawat ke atas kamu apabila kami berselawat(kepadamu) di dalam solat kami Shallallahu alaika?

    Abi Masoud berkata:

    Rasulullah kemudian diam, sehingga kami merasa lebih baik sekiranya lelakitersebut tidak bertanya kepada Rasulullah.

    Kemudian Rasulullah bersabda:

    Apabila kamu berselawat kepadaku, maka katakanlah (ucapkanlah):

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan keatas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atasIbrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    9/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 9

    Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telahmemberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya EngkauMaha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/289, no. 1959. Al-

    Baihaqi, Sunan ash-Shoghir, 1/396, no. 353. Imam ad-Daruquthni menjelaskan:Isnadnya hasan muttashil (hasan dan bersambung) di dalam Sunannya, 1/354, Bab:45, no. 2. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam al-Jami ash-Shoghir, 1/68,no. 672.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan keatas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atasIbrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi MuhammadNabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 28/304, no. 17072. Dinilai Sahiholeh Syaikh Syuaib al-Arnauth.

    6 Dari Abi Said al-Khudri, beliau berkata:

    Kami (para sahabat) bertanya:

    Wahai Rasulullah, ini adalah mengucapkan salam kepada kamu (taslim) kami telahmengetahuinya, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?

    Rasulullah pun bersabda:

    Katakanlah (ucapkanlah):

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atasMuhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telahmemberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    10/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 10

    Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 19/442, no. 5881.

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Danberkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimanaEngkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.

    Atau dengan:

    Terjemahan: ... sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim.

    Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/485, no. 4424.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atasMuhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi keatas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

    Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 3/47, no. 11451. Isnadnya sahih

    di atas syarat imam Muslim, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh Syuaib al-Arnauth.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas

  • 8/9/2019 Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi

    11/11

    Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com 11

    Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telahmemberkahi ke atas Ibrahim.

    Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/150, no. 893. Disahihkanoleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 736.

    Atau:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atasMuhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi keatas Ibrahim.

    Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaai, Sunan an-Nasaai, 5/69, no. 1276. Disahihkanoleh Syaikh al-Albani, 3/437, no. 1293.

    7 Dari Abi Hurairah:

    Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami berselawat ke atas engkau?

    Beliau (Rasulullah) bersabda: Ucapkanlah:

    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluargaMuhammad. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammadsebagaimana Engkau telah memberikan selawat dan keberkahan ke atas Ibrahimdan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: ath-Thahawi, al-Musykilul Athaar, 3/75. An-Nasaai, Amalul Yaum walLailah, 1/159, no. 47. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Dinukil dari: al-Albani,

    Ashlu Sifati Sholatin Nabi , 3/926-927.

    Wallahu alam...