sejarah nabi

25
_________________________________________________________________ __________ ABST1103 SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK SEMESTAR:JANUARI 2014 NAMA MUHAMMAD NORMIZI BIN GHAZALLI NOMBOR MATRIK 730923035223 NO.KAD PENGENALAN 730923-03-5223 NOMBOR TELEFON: 013-9280073 E-MAIL

Upload: norhanani

Post on 03-Oct-2015

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

___________________________________________________________________________ABST1103SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAKSEMESTAR:JANUARI 2014NAMAMUHAMMAD NORMIZI BIN GHAZALLI

NOMBOR MATRIK730923035223

NO.KAD PENGENALAN730923-03-5223

NOMBOR TELEFON: [email protected] TUTOR:PUSAT PEMBELAJARAN:ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN1

2. SEJARAH AKTIVITI KEUSAHAWANAN2 BAGINDA S.A.W.

3. KEMAHIRAN KUSAHAWANAN YANG DIPUPUK TERHADAP BAGINDA SEBAGAI SORANG RASUL6 YANG MENYEBARKAN ISLAM

4. FAKTOR FAKTOR YANG BERUPAYA10 MELONJAKKAN KUNGGULAN BAGINDA

5. KESIMPULAN 14

6. RUJUKAN15

1. PENGENALANKeusahawanan merupakan bidang strategik yang sentiasa menjadi perhatian dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bagi umat Islam, keusahawanan telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam sejak dari zaman Rasulullah lagi. Keusahawanan atau lebih dikenali dengan perniagaan merupakan bidang pilihan umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam, malah tidak terkecuali Rasulullah sendiri. Berdagang menyusuri semenanjung tanah Arab bersama kafilah dagang Arab yang lain, Rasulullah telah membuktikan bahawa keusahawanan merupakan kerjaya strategik yang perlu dihayati oleh umat Islam seluruhnya. Bermula dari zaman tersebut, kegemilangan Islam terus disokong oleh golongan-golongan usahawan yang terdiri daripada para sahabat dan tabiin. Para sahabat telah membuktikan bahawa perniagaan merupakan sumber utama dalam menggerakkan ekonomi umat Islam. Malah mereka telah menunjukkan bahawa mereka lebih berkaliber dalam bidang ini berbanding bangsa lain termasuk Yahudi. Perniagaan yang dijalankan pada ketika itu lebih telus dan jauh daripada masalah-masalah penipuan. Islam juga secara langsung amat menyokong dan memberikan ruang yang cukup luas bagi urusan jual beli dan perniagaan ini. Ini bersesuaian dengan ayat al Quran yang bermaksud : Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba al-Baqarah (2):275Oleh itu tidak hairanlah terdapat banyak kaedah dan akad-akad dalam muamalat yang telah diperkenalkan oleh Islam sejak zaman Rasulullah lagi. Akad-akad seperti Mudarabah, Musyarakah dan pelbagai akad Bay telah digunakan secara meluas disamping penerimaan Islam terhadap kaedah-kaedah muamalat menurut Uruf . Semua kaedah-kaedah dalam muamalat yang pelbagai ini telah memberi ruang yang cukup luas kepada umat Islam bermuamalat dengan mudah dan teratur. Walau bagaimanapun kegemilangan itu tidak lagi dikecapi oleh umat Islam. Dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menggugat dan melumpuhkan usahawanusahawan muslim yang hanya mampu bergerak secara mikro dalam persekitaran negara masing-masing yang terbatas. Menyedari masalah ini, umat Islam perlu bangkit dengan segera memperbetulkan kesilapan lama dan terus mengambil peluang yang semakin besar dalam persekitaran ekonomi dunia pada hari ini. Kertas ini cuba membincangkan bagaimana masyarakat Islam khususnya di Malaysia dapat menerapkan budaya keusahawanan. Ini penting kerana melalui pembudayaan inilah dapat dihasilkan golongan usahawan Muslim yang kental dan berdaya saing.12. SEJARAH AKTIVITI KEUSAHAWANAN BAGINDA S.A.W.Sejarah keusahawanan islam bermula seawal kejadian manusia lagi di mana dua orang anak kepada nabiadam (a.s.) telah mempelopori dua bidang utama keusahawanan pada masa itu. Habil dalam sektor pertanian dan qabil mempelopori bidangpenternakan. Rasul-rasul lain yg diutuskan Allah banyakmenceburkan diri dalam bidang keusahawanan, seperti Pertanian, penternakan,pertukangan & perniagaan sebelum menjalankan aktiviti dakwah sepenuhnya. Rasulullah S.A.W sememangnya seorang insan biasa yang hidup dalam serba kekurangan. Setelah yatim pada usia yang amat muda baginda mula berdikari dan berusaha tanpa meminta simpati sesipa pun. Dari seorang pengembala kambing sampailah seorang peniaga yang hebat, Rasulullah S.A.W membina kehidupannya tanpa bantuan sesiapa. Segalanya dibuat sendiri dengan penuh minat dan rendah diri. Proses pembelajaran baginda cukup hebat. Pernah suatu ketika bapa saudaranya jatuh bankrap, Rasulullah S.A.W dalam masa yang singkat mengambil keputusan mencari pelbagai alternatif sehingga menemui jalan penyelesaian. Berbekalkan skill perniagaan dan keterampilan yang menarik baginda menawarkan khidmat menjual barang dagangan (menjadi agen/affiliate) para saudagar kaya Mekah. Baginda juga mempunyai jaringan (network) dengan ramai ketua suku Kabilah Arab yang dibina sejak kecil lagi. Sehingga pada satu ketika, seorang janda kaya bernama Siti Khadijah menawarkan satu perniagaan berdasarkan sistem perkongsian iaitu untung dibahagikan sama rata (affiliate 50%). Kecekapan baginda dalam mengurus perniagaan tersebut, dalam jangka masa yang singkat baginda telah menjana pendapatan yang besar dan akhirnya kejujuran dan kecekapan baginda telah menambat hati Siti Khadijah. Selepas itu Rasulullah S.A.W jadi seorang jutawan yg bertaqwa. Menjadi usahawan itu adalah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya, tapi disebabkan tidak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tidak ramai yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai Businessman disamping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya. Rasulullah S.A.W. telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke Negeri Syam (Syria), Semasa berusia 12 tahun. dari situ Rasulullah S.A.W. berlajar selok belok perniagaan sehingganbaginda diberikepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.2Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam , malah ia sering disebut dalam Al-Quran contohnya :

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan Solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. (35:29)

Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan Ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (61:10-11)Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha sendiri, dan juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul. 9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga (HR Tirmizi).Ramai yang salah faham tentang konsep berniaga.. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta(ia menjadi begitu sekiranya pernia berniat begitu)

3 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu (4:29)Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.

(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan (24:37)Rasulullah S.A.W. bersabda: Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, Para Syuhada dan Siddiqin (HR Tirmizi)Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa Allah, dan tidak membayar Zakat. Bermakna berniaga adalah salah satru perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang menjadi masalah kalau dah mula meniaga, dah untung mula rasakan diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas.

4(Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allahmembalasmereka dengan ysebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. (24:38)Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Kesimpulannya, ciri Rasulullah S.A.W yang berdikari sejak kecil telah menjadikan baginda seorang yang tabah, tidak mudah menyerah kalah dan tahan lasak dalam membina empayar perniagaannya sendiri tanpa sebarang modal.. hanya menggunakan tulang empat kerat, budi pekerti yang mulia dan usaha yang berterusan tanpa rasa jemu dan malas. Hasilnya rezeki yang melimpah ruah, kurniaan Allah dari sumber yang tidak di sangka-sangka.

53. KEMAHIRAN KUSAHAWANAN YANG DIPUPUK TERHADAP BAGINDA SEBAGAI SORANG RASUL YANG MENYEBARKAN ISLAM

Setiap usahawan muslim perlu Mengerjakan perniagaan dengan amalan mulia dan dituntut dalam agama. Malah nabi saw adalah usahawan yang amanah,cemerlang dan menjadi tauladan yang baik. Setiap usahawan perlu menjadi usahawan yang menjalankan perniagaan dengan mematuhi ajaran agama dengan baik dalam kehidupan seharian dan perniagaan agarmenjadi usahawan yang benar-benar diredai Allah Maha Pencipta. Usahawan dan peniaga perlu mengetahui tentang ciri-ciri usahawan islam yang benar-benar menepati ajaran islam dan diakui oleh islam serta diredai Tuhan dan rasul-Nya.Antara ciri-ciri tersebut ialah:

1.Menunaikan solat lima waktu.

Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga. Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat. Usahawan tidak pernah memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat. Lihatlah berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan di pasar malam,kedai-kedai,gedung perniagaan dan lain-lain leka serta cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta. Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk kemudahan orang islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana sahaja,asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat. Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan solat adalah kewajipan kepada orang islam yang mukallaf.Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama dan panjang. 6Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir, manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang mengabaikan solat.

2.Bersungguh-sungguh serta mempunyai minat

Mempunyai keinginan & kesungguhantinggi untuk berjaya, sifat tidak berputus asa dan bersungguh-sungguh mengejar kecemerlangan adalah sifat-sifat yang sangat digalakkan oleh islam.

3.Berpandangan Jauh

Berfikiran jauh ke depan usahawan perlukan daya intelek untuk plan, analisa & meramal kehendak pasaran kebolehan berfikiran futuristik memungkinkan usahawan mendahului pesaing dalam merebut peluang-peluang baru.

4.Mementingkan rezeki halal.

Perniagaan mempunyai pelbagai cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah, arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas. Wujud juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang halal.

7Ada yang menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang betul,tidak membasuh telur dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga, menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal. Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin. Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti. Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.

5. Niat Yang baik dan Ikhlas

Mempunyai niat yg betul niat mencari rezeki & niat menyedia barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat, niat bahawa segala usaha untuk memenuhi tuntutan allah akan menjadikan aktiviti perniagaan sebagai ibadat

6.Bijak berkomunikasi dan Menjaga perhubungan baik dengan manusia.

Mahir berkomunikasi (manusia makhlukbermasyarakat ibnu khaldun) menjaga hubungan dengan pelanggan, pekerja,pemodal (bank), pembekal dll. jika banyakmaklumat berguna memudahkan urusan perniagaan

87. Mengutamakan hak pengguna.

Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang menjalankan perniagaan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang menjual produk yang membahayakan pengguna adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk adalah tidak bertanggungjawab.

Usahawan yang bertanggungjawab dan menjaga hak pengguna tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang menyusahkan pengguna dan pelanggan. Ketamakkan sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup melakukan apa sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan pelanggan. Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh, Viagra. Walaupun produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada lelaki tetapi telah banyak berlaku kematian dan serangan jantung kepada pengguna.Ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna.

Pelbagai jamu, pil kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran. Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh didapati di mana-mana dengan mudah. Setiap manusia adalah pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu berhati-hati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna adalah usahawan yang diredai Tuhan.

98.Menjaga Kualiti & Mutu barangan

Sentiasa Menjaga Kualiti (Lakukansesuatu Dengan Terbaik)Implikasi Produk / Perkhidmatan Yang TidakBerkualiti Menjejaskan Nama BaikPerniagaan, Meningkat Kritikan Ke Atas syarikat, Kehilangan Pelanggan,Peguasaan Pasaran Menurun,Keuntungan Merosot, MenanggungTuntutan Liabiliti Akibat Kemalangan Kpdpengguna Berpunca Daripada Produk TidakBerkualiti, Tingkat Kos Memperbaikiproduk Sebelum Dipasarkan- Kos Reect

4. FAKTOR FAKTOR YANG BERUPAYA MELONJAKKAN KUNGGULAN BAGINDA

Kejayaan hakiki sebagai ahli perniagaan adalah apabila mereka boleh menghasilkan sesuatu dalam bentukbetter than bestdi mana mereka mampu menikmati 'senang' dan 'tenang' dalam pekerjaannya. Untuk memperoleh kedua-dua pencapaian ini, mereka perlu menjadi seorang "mukmin yang profesional" sebagaimana firman Allah yang bermaksud:...Sesungguhnya orang yang paling baik untuk engkau berikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah.(al-Qasas: 26)Contoh Mukmin yang profesional tidak lain tidak bukan adalah baginda SAW. Justeru, apabila kita menyelusuri peribadi Rasulullah SAW, terdapat sekurang-kurangnya empat akhlak utama yang perlu diamalkan oleh setiap ahli perniagaan. Sifat siddiqPertama, seorang ahli perniagaan perlu mempunyai sifatsiddiq(benar). Setiap transaksi yang dibuat dan bayaran yang diambil perlu dilaksanakan secara telus dan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui bersama.10Sekiranya terdapat caj-caj tambahan yang ingin diambil, syarikat perlu memaklumkannya kepada pelanggan-pelanggan sebelum mereka menandatangani sebarang kontrak.Oleh sebab itu, sekiranya perniagaan tersebut dilaksanakan oleh syarikat, maka sebaik-baiknya syarikat tersebut perlu mempunyai anggota-anggota penasihat syariah yang diiktiraf.Mereka perlu sentiasa berperanan dalam memastikan operasi syarikat tersebut menepati prinsip dan kehendak syariah, sekali gus mengelakkan daripada sebarang salah laku dalam pentadbiran dan untuk menjamin ketelusan dalam perniagaan mereka.Mereka juga perlu peka dan sensitif terhadap segala perkembangan syarikat termasuklah pentadbiran, aktiviti, operasi dan produk-produk yang dikeluarkan.Pihak pengurusan syarikat juga perlu telus dan jujur dalam memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Syariah supaya maklumat-maklumat yang penting tidak tercicir daripada pengetahuan mereka.Ketika mempromosikan produk, syarikat perlu benar dalam menyatakan ciri-ciri yang ada pada produk-produk tersebut. Jangan berlebih-lebihan dalam berkata-kata sehingga sampai ke tahap berbohong demi menarik minat masyarakat terhadap produk berkenaan.Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Peniaga yang benar dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para nabi, golongan orang-orang yang benar dan para syuhada". (riwayat Tirmidzi)AmanahAkhlak kedua yang perlu dihayati oleh ahli atau syarikat perniagaan adalah amanah. Dalam hal ini, setiap warga kerja syarikat termasuklah ahli lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan perlu menyedari bahawa setiap tindakan yang dilakukan oleh pihak syarikat pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.11Jangan sekali-kali melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga menjejaskan reputasi syarikat di mata masyarakat.Sifat amanah ini perlu dalam memastikan nilai integriti di kalangan pekerja dapat dipertingkatkan dan sekali gus ia tidak menganiaya para pelanggan.Janganlah disebabkan ingin mengejar keuntungan yang disasarkan menyebabkan kita menzalimi para pelanggan.

MenyampaikanAkhlak ketiga yang perlu disematkan adalahtabligh(menyampaikan). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: " Allah memberikan cahaya (menyinari) kepada seseorang yang mendengar percakapanku, maka dia menerimanya dan memeliharanya (menghafalnya) dan menyampaikannya." (riwayat Tirmidzi)Ahli atau syarikat perniagaan perlu menggunakan wadah perniagaannya tersebut untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. Inilah masanya mereka dapat membuktikan kebaikan yang ada pada sistem kewangan Islam yang berteraskan al-Quran dan sunnah.Inilah detiknya mereka ingin menyelamatkan manusia daripada elemen-elemen yang bercanggah dengan syariah Islam sepertigharar(ketidaktentuan),maisir(perjudian) dan riba.Dalam menyampaikan kebenaran ini, mereka perlu menggunakan kaedah yang paling berhikmah.

12FatanahAkhir sekali sifat Fatanah iaitu bijaksana yang amat diperlukan oleh para pemimpin kita pada masa ini. Bijaksana tidak bermaksud kepandaian kognitif seseorang individu tetapi kebijaksanaan yang berasaskan pendidikan selaras dengan pengalaman yang dapat mendorong seseorang terus maju sejajar dengan matlamat memperbaiki diri sendiri dan golongan yang dipimpin. Secara ringkasnya, jika seseorang individu itu ingin menjadi seseorang pemimpin dan tidak dapat mengaplikasikan keempat-empat sifat ini adalah dinasihatkan agar berhentilah menjadi pemimpin dan jadilah orang yang dipimpin. Mudah-mudahan melalui pengalaman dipimpin, pemimpin tersebut akan bangkit kembali berbekalkan kebijaksanaan dan pengalaman untuk terus menerajui dan memimpin masyarakat Malaysia untuk menongkah arus pembangunan globalisasi.

(2781 Patah Perkataan)

135. KESIMPULAN

Keusahawanan dipandang mulia dalam Islam. Tidak dinafikan bahawa keusahawanan Islam memainkan peranan penting dalam kehidupan. Ia menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara keseluruhannya. Apa yang penting, pemilihannya mestilah dipastikan menepati prinsip prinsip Islam dan disesuaikan dengan tahap perniagaan agar risikonya dapat diminimakan. Tidak dapat dinafikan keusahawanan adalah bidang kerja yang penting dan dimuliakan dalam Islam. Umat Islam amat digalakkan menceburi bidang keusahawanan supaya umat Islam sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dan bukan bersandar kepada orang lain dalam menikmati rezeki kurniaan Allah. Sebagaimana maksud hadith: (Bukhari & Muslim) Sesungguhnya orang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu, lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah menjaga dirinya)adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau menghalangnya Cabaran dalam bidang keusahawanan menuntut usahawan Islam untuk lebih bersedia dan maju ke hadapan. Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar keuntungan walaupun keuntungan di dunia supaya umat Islam dapat hidup sempurna dan dapat beribadat kepadaNya dengan hati yang gembira. Akan tetapi keuntungan yang diperolehi hendaklah melalui jalan yang betul dan mengikut syarak. Keuntungan dari perniagaan itu juga hendaklah dikongsi dengan masyarakat melalui pembayaran zakat. Dengan cara ini usahawan Islam bukan sahaja akan dapat memelihara diri sendiri, malahan agama dan masyarakat Islam umumnya. Akhir kata, semua orang berpeluang dan boleh menjadi usahawan yang berjaya. Apa yang perlu ialah motivasi dalaman yang tinggi, persediaan yang rapi dan niat yang betul, setiap cabaran ada ganjaran kelak.Usahawan muslim perlu bersyukur kepada Allah s.w.t jika memperolehi kejayaan. Jika kejayaan disyukuri.

14

6. RUJUKAN Abdul Sami Al-Misri, Terjemahan:Ahmad Hj. Hasbullah. 1993. Perniagaan Dalam Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka:Kuala Lumpur. Dato Seri Abdul rahman Maiden, 2003. Mengurus Kejayaan: Pengurusan Aset dan Tanggungan dari Perspektif Islam. Kertas Kerja dibentangkan diMuzakarah Pakar, Dewan Besar IKIM, 29-30 April 2003. Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, Islam Menuntut Kecemerlangan Dalam Perniagaan dan Keusahawanan Nik Mohamed Affandi N.M.Y, 2002. Islam and Business. Pelanduk Publications. Prof. Madya Syed Omar Bin Syed Agil, Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam Dalam Perniagaanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121205/ba_02/Akhlak-usahawan-berjaya#ixzz2wQ6zK1LN

http://duniamuslim.my/rasulullah-saw-usahawan-dunia-akhirat/ http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/1536/Usahawan%20Muslim_Isu%20dan%20Cabaran.pdf?sequence=1http://alimbisnes.blogspot.com/2010/05/nabi-muhammad-saw-model-usahawan.htmlhttp://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121205/ba_02/Akhlak-usahawan-berjaya

15