bagaimana bandul menggerakkan jam

Upload: osman-abdullah

Post on 03-Apr-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Bagaimana Bandul Menggerakkan Jam

    1/3

    Laporan Amali 6

    TAJUK : EKSPERIMEN BANDUL

    SEBELUM AKTIVITI

    1. Bagaimana bandul menggerakkan jam ?

    Ada dua jenis jam bandul. Jenis pertama menggunakan tenaga yang

    berasal dari gerakan rantai dan beban. Jenis kedua menggunakan tenaga

    graviti. Baik jam graviti atau jam rantai mempunyai mekanisme pemain. Pada

    bahagian pemutar ini terdapat roda-roda gerigi yang saling bertautan. Di

    antaranya roda gerigi penunjuk detik, minit, dan jam. Tidak ketinggalan pula

    roda-roda gerigi untuk bilah-bilah pada penunjuk waktu. Pada jam bandul yang

    mempunyai kemudahan lengkap, terdapat juga roda gerigi penunjuk hari dan

    bulan. Kerana tidak menggunakan bateri, jam bandul bekerja dengan

    memanfaatkan tenaga graviti . Bandul mempunyai peranan penting. Poros

    bandul ini berkaitan dengan bahagian yang berfungsi untuk menggerakkan

    roda gerigi penunjuk detik, minit, jam, dan seterusnya. Tanpa adanya gerakan

    bandul jam tidak dapat menunjukkan waktu dengan betul. Bila bandul atau

    pendulum berhenti bergerak, automatik jam bandul akan mati. Itu sebabnya,

    sebelum bandul berhenti, rantai beban harus ditarik ke posisi semula. Gerakan

    rantai akibat graviti akan memainkan roda utama yang selanjutnya

    menggerakkan bandul dan memutar roda gigi. Biasanya rantai harus ditarik 2-

    3 hari sekali.

    2. Galileo mengambil masa untuk mengira denyutan nadi dengan menggunakan ayunan

    chandelier di Pisa, Italy semasa beliau berbaring. Cuba fikirkan cara yang lain untuk

    mengambil masa ayunan bandul tanpa menggunakan jam.

    Dengan menggunakan peristiwa yang berulang secara seragam seperti :

    Jam pasir

    Titisan air

    Jam lilin

  • 7/28/2019 Bagaimana Bandul Menggerakkan Jam

    2/3

    AKTIVITI KEMAHIRAN PROSES

    Akitiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Edarkan lembaran kerja eksperimen

    dan model eksperimen. Kaji tugasan dan jelaskan kepentingan mengawal

    pembolehubah. Minta setiap kumpulan menyediakan pembentangan eksperimen

    secara formal. Pembentangan seharusnya pembentangan visual dan mewakili kerja

    keseluruhan kumpulan.

    Apabila kita mengkaji perkaitan antara dua pemboleh ubah tertentu, salah

    satu daripadanya (pemboleh ubah dimanipulasikan) diubah. Perubahan dalam

    pemboleh ubah ini akan menyebabkan perubahan-perubahan dalam pembolehubah bergerakbalas.Dalam sains, mengawal pembolehubah bermaksud

    menjadikan sesuatu pemboleh ubah itu malar.

    Dalam sesuatu penyiasatan, untuk memerhati hubungan antara dua

    pemboleh ubah, salah satu daripadanya dimanipulasi bagi menghasilkan

    perubahan dalam pemboleh ubah kedua.Pada masa yang sama,

    pembolehubah lain yang mungkin akan mempengaruhi keputusan akan

    dimalarkan. Tindakan ini dinamakan prose mengawal pembolehubahPemboleh ubah yang biasa digunakan di sekolah dinamakan pemboleh

    ubah dimanipulasi, bergerak balas dan dimalarkan.

    Kepentingan mengawal pemboleh ubah :-

    Untuk merancang eksperimen

    Untuk memahami sesuatu eksperimen yang dijalankan

    Untuk membuat hipotesis

    Untuk mendapat keputusan eksperimen yang jitu

  • 7/28/2019 Bagaimana Bandul Menggerakkan Jam

    3/3