badminton

3
Kemahiran Asas Permainan Badminton Adalah penting bagi seseorang pemain baru menguasai kemahiran asas supaya pergerakan, pukulan dan permainannya lebih mudah, licin, selesa dan seronok. Lebih penting lagi, penguasaan kemahiran asas dengan teknk yang betul akan memudahkan proses pembelajaran kemahiran yang lebih kompleks dan juga mengelakkan kecederaan yang berpunca dari asas yan lemah. Berikut adalah beberapa aspek permainan badminton yang biasanya disebutkan sebagai kemahiran asas dalam permainan badminton. 1. Pegangan raket 2. Lakuan sedia dan gerak kaki 3. Pukulan - servis - hantaran balas servis - pukulan tinggi atau lob - pukulan ‘drive’ / deras - smesy - pukulan junam / drop 1. Pegangan Raket Teknik memegang raket dengan cara yang betul adalah penting. Ini adalah kerana pegangan yang mengawal kepala raket yang seterusnya mengawal pergerakan bulu tangkis yang dipukul. Raket yang dipegang hendaklah dianggap sebagai sambungan tangan pemain. Secara umumnya terdapat dua cara asas memegang raket Pegangan pepat (forehand grip) a) Pegang raket dengan tangan kanan di mana ibu jari dan jari telunjuk membentuk huruf ‘V’ di bahagian pemegang raket.

Upload: apple

Post on 27-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Badminton

TRANSCRIPT

Page 1: Badminton

Kemahiran Asas Permainan Badminton

Adalah penting bagi seseorang pemain baru menguasai kemahiran asas supaya pergerakan,

pukulan dan permainannya lebih mudah, licin, selesa dan seronok. Lebih penting lagi, penguasaan

kemahiran asas dengan teknk yang betul akan memudahkan proses pembelajaran kemahiran yang

lebih kompleks dan juga mengelakkan kecederaan yang berpunca dari asas yan lemah.

Berikut adalah beberapa aspek permainan badminton yang biasanya disebutkan sebagai

kemahiran asas dalam permainan badminton.

1. Pegangan raket

2. Lakuan sedia dan gerak kaki

3. Pukulan

- servis

- hantaran balas servis

- pukulan tinggi atau lob

- pukulan ‘drive’ / deras

- smesy

- pukulan junam / drop

1. Pegangan Raket

Teknik memegang raket dengan cara yang betul adalah penting. Ini adalah kerana pegangan

yang mengawal kepala raket yang seterusnya mengawal pergerakan bulu tangkis yang

dipukul.

Raket yang dipegang hendaklah dianggap sebagai sambungan tangan pemain. Secara

umumnya terdapat dua cara asas memegang raket

Pegangan pepat (forehand grip)

a) Pegang raket dengan tangan kanan di mana ibu jari dan jari telunjuk membentuk

huruf ‘V’ di bahagian pemegang raket.

b) Jari telunjuk lebih atas daripada ibu jari. Jari-jari yang lain renggang sedikit dan

tidak menggenggam pemegang raket terlalu kuat.

Pegangan kilas (backhand grip)

a) Pegang raket cara biasa (pepat). Longgarkan pegangan dan jari-jari putarkan

30º ke kanan.

b) Luruskan ibu jari yang berehat di bahagian belakang raket yang leper.

Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada pukulan dan mengawal raket.

Page 2: Badminton

2. Lakuan Bersedia dan Gerak Kaki

Mengikut analisis pergerakan dalam badminton yang dikaji oleh saintis sukan, seorang

pemain badminton dalam perlawanan yang sederhana kerancakannya (average pace)

untuk selama 40 minit akan melakukan pergerakan seperti berikut:

Lari langkah sisi (galop) ke depan, melompat ke atas, meregang, bergerak ke

belakang , sisi, membongkok, dan memukul (lebih kurang 400 kali)

Pergerakan ini melibatkan lebih kurang 250 arah larian yang berbeza.

Kecekapan seseorang bersedia sebelum dan setelah memukul bulu tangkis dalam masa

permainan banyak mempengaruhi mutu pukulannya dan juga memberi tekanan kepada

pihak lawan.

I. Keadaan bersedia

Pada asasnya, keadaan bersedia adalah seperti berikut:

Pemain berdiri di atas hujung kaki (bebola) nya secara imbang.

Lutut bengkok dan jarak kaki seluas bahu.

Berat badan ke depan sedikit.

Raket di depan badan dan kepala raket ke atas.

Siku (tangan yang pegang raket) dalam keadaan selesa dan tidak terlalu

rapat dengan badan.

Perhatikan lawan dan bulu tangkis untuk membuat antisipasi pukulan.

II. Gerak kaki

Gerak kaki adalah kecekapan bergerak dalam gelanggang semasa permainan.

Pergerakan dalam permainan badminton melibatkan banyak berhenti dan mula,

perubahan arah secara tiba-tiba, menjangkau ke bulu tangkis, dan berbalik kepada

keadaan bersedia. Kebanyakan pergerakan adalah berarah ke sisi ke sisi, ke depan

dan ke belakang.