badminton

17
PENGENALAN Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan(perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan(beregu), yang mana posisi pemain ialah betentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jarring.Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka yang dapat melepasi atas jarring dan jatuh di kawasan pihak lawan.Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai,dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jarring. 1.3 Etika dan keperluan asas seorang jurulatih dalam permaianan badminton. Tugas jurulatih dalam permainan badminton memang memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga prestasi anak buah di bawah jagaannya.Badminton merupakan permainan yang bersifat individu dan berpasukan. Jurulatih terpaksa merancang program yang berbeza untuk setiap kategori termasuk mengajar kemahiran asas, mengajar taktik, menentukan program kecergasan dan memikirkan cara untuk memotivasikan para pemainnya bagi mencapai prestasi yang tinggi. Malahan, jurulatih juga bertanggungjawab memilih para pemain.

Upload: mohd-syamsul-mohd-syamsul

Post on 21-Dec-2015

107 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bahan gerko

TRANSCRIPT

Page 1: Badminton

PENGENALAN

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang

pemain bertentangan(perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan(beregu),

yang mana posisi pemain ialah betentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi

yang dibahagikan oleh jarring.Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu

tangkis menggunakan raket mereka yang dapat melepasi atas jarring dan jatuh di

kawasan pihak lawan.Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai,dan

bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas

jarring.

1.3 Etika dan keperluan asas seorang jurulatih dalam permaianan

badminton.

Tugas jurulatih dalam permainan badminton memang memainkan peranan yang amat

penting dalam menjaga prestasi anak buah di bawah jagaannya.Badminton merupakan

permainan yang bersifat individu dan berpasukan. Jurulatih terpaksa merancang

program yang berbeza untuk setiap kategori termasuk mengajar kemahiran asas,

mengajar taktik, menentukan program kecergasan dan memikirkan cara untuk

memotivasikan para pemainnya bagi mencapai prestasi yang tinggi. Malahan, jurulatih

juga bertanggungjawab memilih para pemain.

Worthingon(dalam Pyke,19840), menyatakan dan menganjurkan bahawa kemahiran

jurulatih boleh dibahagikan kepada empat, iaitu mengetahui, mengelola, memerhati

dan memilih.

1.3.1 MENGETAHUI

Page 2: Badminton

Jurulatih badminton seharusnya mempunyai pengetahuan terhadap perkara-perkara

berikut:

1.Para pemain di bawah jagaanya.

2.Sukan permaianan yang diceburi

3.Bagaimana memimpin pemain mencapai tahap kemahiran yang lebih tinggi.

Jurulatih seharusnya mengetahui tahap kemahiran dan kecergasan para pemainnya, ,

kelemahan serta kelebiannya.Pengetahuan mengenai permaianan badminton, sama

ada seseorang pemain berorentasi kumpulan atau sebaliknya serta sama ada

seseorang pemain itu bermotivasi tinggi atau sebalinya.Jurulatih yang berkualiti

hendaklah mengetahui serba sedikit kemahiran seorang pemain badminton dari

pelbagai sudut iaitu teknik-teknik permaianan, kecergasan fizikal, pergerakan asas dan

motivasi yang berguna kepada para pemain.

Jurulatih juga hendaklah berkerjasama dalam pasukan.Jurulatih dan pemain yang

mempunyai hubungan yang akrab sedikit sebanyak dapat memberi sedikit kelebihan

kepada pemain tersebut.Tambahan pula, pasangan yang serasi sukar didapati, dengan

itu jurulatih perlu mencuba untuk mencari pasangan yang sepadan agar mutu dan

kualiti permaianan dapat dipertingkatkan.

Selain itu, jurulatih hendaklah mengenali permainan yang diceburinya.Bidang

pengetahuan tersebut boleh di bahagikan kepada empat iaitu pengetahuan tentang

latar belakang sama ada berbentuk perkembangan, peralatan yang digunkan, undang-

undang permaianan dan cara bermain.Tambahan pula,jurulatih juga hendaklah

mengetahui tentang latihan dan pelaiman fisiologikal yang memerlukan proses

pemanasan badan, latihan kemahiran khusus, latihan beban dan aktiviti pemulihan

yang merangkumi aktiviti menyejukkan badan.Kemahiran psikomotor/ taktik juga perlu

kepada jurulatih. Mereka hendaklah mengetahui taktik serangan dan system

pertahanan serta taktik pergerakan asas, hantaran-hantaran serta smesy..

Akhir sekali, jurulatih hendaklah mengetahui tentang konsep psikologikal yang

merangkumi aspek kerja berpasukan daan permainan regu.

Page 3: Badminton

Tambahan pula, jurulatih juga hendaklah mengetahui tentang tanggungjawab

pengajaran.Mereka hendklah mengetahui tentang perancaangan pramusim yang

memerlukan tindakan menentukan tujuan pengajaran, memilih bahan pengajaran bagi

setiap pengajaran, menyusun semula bahan yang dipilih dan menilai tahap kemahiran

dan pengetahuan pemain.Perancangan dalam musim juga memerlukan

perancangan,perlaksanaan dan penilaian setiap latihan bagi setiap pamain.Disamping

itu, perancangan luar musim juga mengambil peranan penting bagi jurulatih untuk

menilai tahap kemahiran dan pengetahuan pemain serta menilai program latihan dan

menilai kakitangan kejurulatihan.

1.3.2 MENGELOLA

Bagi pemahaman jurulatih mengelola bermaksud mengelole diri sendiri dan sesi latihan.

Jurulatih perlu mengelola diri sendiri untuk mendapatkan pengetahuan sukan khusus

yang terkini melalui pembacaan,video,menghadiri seminar dan kursus. Jurulatih juga

perlu mengelola diri supaya dapat berbincang dengan orang lain untuk mengetahui

kelebihan dan kelemahan kejurulatihannya dan untuk bertukar-tukar fikiran serta

perkongsian pengalaman.Tanpa pengelolaan yang baik, suatu sesi latihan tidak dapat

dijalankan dengan baik.Jurulatih perlu merancang tentang-perkara-perkara sebelum

latihan,sewaktu sebenar dan selepas latihan.Mereka mesti merancang sesi latihan

dengan rapi dengan cara menentukan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan objektif

latihan dan tahap pemain. Jurulatih mestilah menyusun rapi bahan latihannya supaya

semasa latihan dapat digunakan dengan berkesan. Untuk berbuat demikian,struktur

sesi latihan hendaklah mengikut pembahagian berikut:

1. Pengenalan

2. Aktiviti regangan badan

3. Latihan kemahiran/ teknik

4. Permaianan

Page 4: Badminton

5. Latihan kecergasan

6. Aktiviti pulihan.

Jurulatih perlu menentukan rutin latihan dan menekankan peraturan serta disiplin

semasa latihan termasuk kehadiran mengikut masa yang tepat. Bagi mengelakkan dari

perasaan bosan, jurulatih yang berkaliber akan mengubah tempoh bagi setipa

bahagian, menggabungkan dua kemahiran sebagai satu seperti bahagian latihan

kemahiran dengan latihan kecergasan serta menggunkan latih tubi sebagai kaedah

latihan meningkatkan kecergasan, malahan kadang-kadang jurulatih boleh

mengurangkan bahagian dalam sesi latihan.

Jurulatih perlu menyusun latihan supaya para pemain dilatih dalam keadaan yang

seakan-akan sama dengan keadaan dalam pertandingan rasmi. Keadaan boleh

diubahsuai untuk menyesuaikan dengan umur, keupayaan dan pengetahuan

pemain.Kemahiran sukan bukan mudah dipelajari dan biasanya latihan ulangan

diperlukan.Oleh itu, jurulatih perlu merancang latihan supaya latihan kemahiran diberi

masa yang mencukupi untuk dikuasai oleh para pemain.

1.3.3 MEMERHATI

Sebagai seorang jurulatih yang berkemahiran dan berkualiti, mereka hendaklah

melakukan pemerhatian semasa sesi latihan dan semasa perlawanan. Oleh sebab

jurulatih tidak mungkin dapat melihat semua yang berlaku, maka pembantu adalah

amat perlu dan analisis latihan dan permainan diperlukan untuk mengesan kelemahan

dan kelebihan para pemain.

Jurulatih yang efisyen perlu mengenali pemain-pemainnya, iaitu mengenali kelebihan

dan kelemahan mereka.Dalam kes kelemahan,jurulatih bukan sahaja dapat mengesan

kesilapan pemain, malahan dapat mengatur langkah-langkah bagi mengatasi

kelemahan tersebut.

Page 5: Badminton

1.3.4. MELATIH

Melatih merangkumi aspek mengajar, memberi arahan,menerangkan, mendemonstrasi,

membetulkan kesalahan dan memberi motivasi.Latihan boleh dilaksanakan

berdasarkan beberapa kaedah seperti latihan berkaitan, latihan teknik permainan, latiha

fungsi,latihan permaianan ubahsuaian dan latihan sepatutnya.

Latihan berkaitan bertujuan meningkatkan teknik kemahiran tertentu pemain. Latihan ini

adalah dalam bentuk latih tubi yang melibatkan seorang ataupun lebih pemain. Pemain

perlu menumpukan perhatian terhadap melakukan kemahiran dengan teknik yang betul

sahaja.Contohnya, latihan servis dalam badminton dan latihan pukulan drive.Selain

itu,latihan teknik permainan yang terancang juga membolehkan pemain melakukan

teknik permainan yang wujud dalam permainan..Situasi-situasi seperti permainan

sebenar diadakan dan pemain melatih teknik berkenaan. Contohnya, latihan

penerimaan servis di dalam gelanggang badminton dan dalam keadaan

permainan.Disamping itu,latihan fungsi ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran

pemain individu atau regu untuk memenuhi fungsi tertentu. Keadaan pemain sebenar

digunakan semasa latihan. Sebagai contoh, untuk melatih system serangan badminton,

pemain-pemain bergerak ketempat tertentu di gelangang untuk memukul bulu tangkis

yang di tempat khasketempat tersebut oleh jurulatih atau rakan selatihan. Dalam

permainan regu pula, latihan pergerakan oleh kedua-dua permainan diadakan dengan

menghantar bola ke pelbagai sudut untuk memaksa setiap pemain bergerak dan

memantapkan koordinasi antara kedua-dua pemain.Latihan permainan ubahsuai juga

merupakan salah satu latihan pengayaan bagi mengetahui tahap ketangkasan

permainan bagi seseorang pemain.Latihan ini bertujuan agarpemain menggunakan

kemahiran yang dipelajari seberapa banyak dalam keadaan yang lebih

ringkas.Peraturan pemainan diubah suai, kawasan permainan dikecilkan dan bilangan

pemain ditambah.Akhir sekali,jurulatih hendaklahmenjalankan latihan sepenuhnya

dengan cara mengadakan dan mematuhi segala peraturan permainan

badminton.Jurulatih hendaklah melatih dan memberi tumpuan kepada individu.

Page 6: Badminton

Mengenalkan kepada pemain tentang teknik-teknik motivasi disamping menjaga tingkah

laku sebagai jurulatih sama ada sebelum,semasa dan selepas permainan.

1.3.5 TANGGUNGJAWAB SEORANG JURULATIH BADMINTON

Tanggungjawab seorang jurulatih boleh di bahagikan kepada tiga iaitu:

1. Tanggungjawab sebelum permainan.

2. Tanggungjawab semasa permainan.

3. Tanggungjawab selepas permainan.

TANGGUNJAWAB SEBELUM PERMAINAN

Sebagai seorang jurulatih, mereka hendaklah mengetahui keadaan perlawanan.

Keadaan perlawanan yang dimaksudkan merujuk kepada masa perlawanan diadakan,

tempat duduk penonton, kelakukan penonton, keluasan kawasan di sekeliling

gelanggang,saiz dewan/ gymnasium, ketinggian bumbung serta perkara yang berkait

rapat tentang kebajikan sukan badminton.Jurulatih juga hendaklah memantau sifat

lantai perlawanan sama ada lantai tersebut licin atau sebaliknya. Pengaliran angin

dalam dewan/ gymnasium perlu diberi perhatian juga supaya strategi boleh diatur

sebelum perlawanan bermula.

Jurulatih juga bertanggungjawab membuat analisis para pemainnya serta pasukan

lawan dan merancang taktik untuk mengalahkan mereka.Jurulatih hendaklah membuat

pengintipan terhadap pihak lawan bagi merancang taktik untuk mengalahkan

mereka.Proses mengintip pemain pihak lawan dan pasukan lawan seharusnya

dilakukan lebih awal untuk membolehkan jurulatih membentuk pelan permainan(game

plan).Maklumat boleh dibaut secara pemerhatian terus atau daripada punca sekunder

seperti mendapatkan maklumat daripada jurulatih lain, pemain pasukan sendiri atau

pada peringkat yang tinggi, daripada para penulis sukan akhbar.Jurulatih hendaklah

Page 7: Badminton

mendapatkan maklumat yang lengkap bagi melengkapkan laporan pengintipan pasukan

lain.Contohnya, dalam pertandingan berpasukan, komposisi pasukan lawan perlu

diketahui dari sudut jangkaan barisan pemain pihak lawan, dan susun pemain menjadi

mustahak untuk memperoleh kemenangan.Jurulatih perlu menilai kemahiran serta

kelebihan serta kelemahan yang ada pada pemain, teknik yang disuakinya dan taktik

yang biasa digunakan semasa bertanding.Jurulatih yang baik hendaklah meberi

semangat dan dorongan kepada anak buahnya dari aspek fizikal mahupun mental

pemain pihak lawan dan kepimpinan jurulatih di dalam gelanggang.

Maklumat yang dikumpul menjadi sumber utama untuk membentuk pelan permainan.

Walaubagaimanapun, pelan itu seharusnya tepat dan padat serta menggariskan

kekuatan pemain dari pelbagai kategori. Padaa dasarnya,semua pemain haruslah

bersetuju dengan pelan yang di cadangkan oleh jurulatih.Taktik mestilah praktikal dan

dilatih serta diubahsuai semasa latihan.Tambahan pula, jurulatih hendaklah membuat

latihan sebelum pertandingan. Satu latihan sebelum perlawanan yang akan datang

perlu diadakan sekurang-kurangnya empat jam sebelum perlawanan bermula.Tempoh

latihan boleh mengambil masa sehingga 30 minit hingga satu jam bagi menyesuaikan

pemain dengan keadaan gelanggang dan sekeliling, memberi keyakinan kepada

pemain tenteng pencapain mereka dan sebagai latihan pengukuhan tentang teknik dan

taktik pertandingan.

Jurulatih haruslah memadankan padanan taktik permainan dengan kemahiran dan

kebolehan pemain sebelum menentukan taktik yang akan digunakan.Maklum balas dari

pemain juga perlu diperoleh untuk memastikan mereka menerima taktik yang telah

ditetapkan.Jurulatih juga berperananmenyediakan pemain yang lengkap dari aspek

fizikaldan mental.Kecergasan fizikal patut diberi perhatian semasa latihan kerana

permainan badminton terutamanya permaainan individu memerlukan tahap kecergasan

fizikalyang tinggi untuk mengekalkan prestasi pemain.

TANGGUNGJAWAB SEMASA PERLAWANAN.

Page 8: Badminton

Sebagai jurulatih yang bertaraf antarabanga, mereka hendaklah prihatin terhadap masa

ketibaan ke tempat permainan.Pemain atau pasukan hendaklah berada di tempat

pertandingan sejam hingga sejam setengah sebelum perlawanan bermula.Disamping

itu,para pemain seharusnya telah membiasakan diri dengan gelanggang, keadaan

sekeliling gelanggang atau pencahayaan di dalam dewan, dengan cara berjalan-jalan di

sekitar gelanggang.

Selain itu, jurulatih hendaklah mengadakan mesyuarat dan perjumpaan ringkas selepas

pemain selesai menyiapkan diri dengan berpakaian lengkap, sebelum sesi

memanaskan badan. Jurulatih akan menyediakan pelan permainan secara ringkas dan

padat. Jurulatih akan mengesahkan taktik permainan buat kali terakhir. Pemain akan

diberitahu tentang kepentingan perlawanan berkenaan dan digalakkan untuk bermain

sebaik mungkin.

Sesi memanaskan badan mesti dirancang dan dilakukan semasa latihan sebelum

ini.Pemain seharusnya mengetahui dengan lebih lanjut kandungan sesi memanaskan

badan bagi memastikan aktiviti regangan dan pemanasan badan dijalankan dengan

baik, berkesan dan sempurna.

Terdapat dua kategori cara memanaskan badan iaitu:

(a) Aktiviti am yang mana merangkumi aktiviti merengangkan serta melonggarkan

sendi-sendi dalam badan.

(b) Aktiviti khusus yang meliputi aktiviti menggunakan kemahiran badminton.

Sebagai seorang jurulatih, mereka hendaklah memerhatikan pemain dan member

arahan jika diperlukan. Prestasi pemain semasa sesi ini perlu diperhatikan supaya

dapat dijadikan pertimbangan dalam menmbaiki taktik permainan.

Jurulatih juga perlu membuat pilihan gelanggang .Jurulatih dan pemain harus menilai

keadaan di kedua-dua belah gelanggang. Jika kelebihan wujud di sebelah gelanggang

tertentu seperti keadaan gelanggang yang licin atau aliran angin yang baik, maka

Page 9: Badminton

pilihlah untuk memilih gelanggang semasa lambung syiling dilakukan oleh pengadil

perlawanan.

Disamping itu, jurulatih juga seharusnya membuat analisis prestasi

perlawanan.Jurulatih seharusnya membaut analisis perlawanan dan membetulkan

kelemahan semasayang wujudserta memaklumkan rancangan baharu kepada pemain

semasa rehat di antara dua set.Jurulatih badminton juga seharusnya mengawal tingkah

laku pemain supaya tidak berlaku sebarang permasaalahan semasa sesi perlawanan

dan bersedia member nasihat dan teguran yang bermuhasabah supaya pemain dapat

menerima kelemahan diri agar dapat ditingkatkan lagi pada perlawanan akan datang.

Penilaian terhadap pelan pemain bermula jikan bermulanya permainan.Pemilaian

terhadap prestasi pemain individu juga perlu dibuat supaya jika terdapat

penambahbaiakan yang perlu dilakukan, jurulatih perlu mengubahsuaikan pelan

tersebut.Seperti yang kita sedia maklum, memang tidak banyak perubahan yang dapat

dilakukan oleh jurulatih semasa permainan sedang berlangsung.Walaubagaimanapun,

jurulatih masih boleh mengemukakan tips tertentu untuk mengatasi kelemahan semasa.

TANGGUNGJAWAB SELEPAS PERLAWANAN

Sebagai seorang jurulatih, mereka hendaklah memastikan perkara-perkara berikut

berlaku:

1. Memastikan pemain mempunyai semangat kesukanandenagan cara member

tepukan kepada pihak lawan dan bersalam-salamantidak kira apa juga

keputusan, pemain hendaklah bersalaman dengan pengadil dan jurulatih

pasukan lawan dengan cara mengucapkan terima kasih kepada pengadil dan

hakim sebaik sahaj tamat perlawanan.

Page 10: Badminton

2. Membuat analisis keseluruhan dengan mengenal pasti kelemahan [emain,

kekurangan taktik perlawanan dan kekurangan kejurulatihan serta merancang

untuk membetulkan kelemahan dan kekurangan tersebut.

Jurulatih dan penolong jurulatih perlu membuat catatan mengenai kekuatan dan

kelemahan yang terdapat pada setiap pemain atau apsukan sendiri.Mereka perlu

mencatatkan taktik pemain sendiri dan taktik pemain pihak lawan yang paling

berjaya.

Antara lain catatan tersebut boleh meliputi perkara-perkara berikut:

1. Kejayaan pelan permainan dengan cara mahupun kaedah mencatat

kelemaahan dan kekuatan serta mengemukakan cadangan untuk latihan

seterusnya.

2. Pencapaian setiap pemain yang bermain dengan cara sumbangan

pengumpulan mata bagi pertandingan regu.

3. Penilaian tingkah laku, semangat kesukanan dan semangat berjaung

dikalangan pemain dengan pemain.

Penilaian tersebut adalah amat penting dan seharusnya dilakukan secara

objektif.Selain catatan jurulatih dan pembantu jurulatih, keputusan permainan

juga perlu diberi perhatian dan dikaji dengan teliti.Sekiranya ada rakaman

perlawanan , maka rakaman tersebut juga boleh digunakan untuk membuat

penialina para pemain dan pasukan secara keseluruhannya.

Page 11: Badminton

LAMPIRAN

REFLEKSI DIRI

Page 12: Badminton

Hasil dari pembelajaran kerja kursus ini, secara tidak langsung saya dapat memahami

serba sedikit tentang etika dan keperluan asas seorang jurulatih dalam permainan

badminton.Dalam mengkaji sukan badminton ini juga, saya dapat menguasai

pengetahuan dan kemahiran asas permainan badminton.Disamping itu, saya juga

mampu membentuk kemahiran bagi menilai pencapaian bakat dan potensi diri saya

dalam permaianan ini.Tambahan pula, dengan adanya kerja kursus ini saya dapat

membentuk sikap dan nilai positif yang berterusan dalam kepimpinan dan aktiviti

permainan.

Dalam menyiapkan kerja ini, pada awalnya memang saya berasa sukar kerana saya

tidak meminati akan bidang ini. Namun berkata kesungguhan, akhirnya saya dapat

menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan teratur disamping kemas dan mengikut

kehendak soalan.

Page 13: Badminton

RUJUKAN

1. Ong Kong Swee Dan Wee Eng Hoe (2005), Siri Sukan Popular Badminton,

Terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.