baca senyap solat siang dan kuat solat malam

2
Baca sir (senyap) bila solat siang dan baca kuat pada solat malam hari Apa pasal kita baca sir (senyap) bila solat siang dan baca kuat pada surah Fatihah dan ayat lazim pada rakaat pertama dan kedua di solat malam hari (Maghrib, Isyak dan Subuh). Harap dapat penjelasan lengkap dengan nas yang sohih. Saya tidak dapat hendak jawab bila ditanya oleh anak-anak bila bincang bab solat berjemaah. Jawab: Solat Subuh, Maghrib dan Isya' dinamakan juga sebagai solat Jahriah (solat dengan suara kuat), manakala solat Zuhr dan Asr di namakan solat Sirriah (solat suara perlahan). Pada permulaan Islam umat Islam dalam keadaan lemah dan sedikit bilangan mereka. Mereka solat dengan ketakutan dan bersembunyi dari intipan orang-orang Musyrikin Quraisy. Rahsia solat jahriah: Semasa solat subuh, orang Kafir sedang tidur nyenyak, maka orang Islam dapat solat dengan suara yang kuat. Semasa solat Maghrib dan Isya', orang kafir sedang sibuk dengan hiburan (minum arak dan berjudi), lalu para sahabat solat juga dengan suara keras. Rahsia solat Sirriyah: Solat Zuhr dan Asr adalah waktu siang dan orang kafir berada di mana-mana mengintip mereka, lalu mereka solat dengan perlahan. Setelah umat Islam berhijrah ke Medinah dan masyarakat Islam bertambah kuat, cara ini dikekalkan sehinggalah Nabi saw wafat. Para Khulafa' arRasyidin juga tidak merubahnya, maka ijma'lah cara ini wajar diteruskan hingga kini.

Upload: fahmi2010

Post on 29-Sep-2015

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujuk

TRANSCRIPT

Baca sir (senyap) bila solat siang dan baca kuat pada solat malam hari

Baca sir (senyap) bila solat siang dan baca kuat pada solat malam hari

Apa pasal kita baca sir (senyap) bila solat siang dan baca kuat pada surah Fatihah dan ayat lazim pada rakaat pertama dan kedua di solat malam hari (Maghrib, Isyak dan Subuh). Harap dapat penjelasan lengkap dengan nas yang sohih. Saya tidak dapat hendak jawab bila ditanya oleh anak-anak bila bincang bab solat berjemaah.

Jawab:

Solat Subuh, Maghrib dan Isya' dinamakan juga sebagai solat Jahriah (solat dengan suara kuat), manakala solat Zuhr dan Asr di namakan solat Sirriah (solat suara perlahan).

Pada permulaan Islam umat Islam dalam keadaan lemah dan sedikit bilangan mereka. Mereka solat dengan ketakutan dan bersembunyi dari intipan orang-orang Musyrikin Quraisy.

Rahsia solat jahriah:

Semasa solat subuh, orang Kafir sedang tidur nyenyak, maka orang Islam dapat solat dengan suara yang kuat. Semasa solat Maghrib dan Isya', orang kafir sedang sibuk dengan hiburan (minum arak dan berjudi), lalu para sahabat solat juga dengan suara keras.

Rahsia solat Sirriyah:

Solat Zuhr dan Asr adalah waktu siang dan orang kafir berada di mana-mana mengintip mereka, lalu mereka solat dengan perlahan.

Setelah umat Islam berhijrah ke Medinah dan masyarakat Islam bertambah kuat, cara ini dikekalkan sehinggalah Nabi saw wafat. Para Khulafa' arRasyidin juga tidak merubahnya, maka ijma'lah cara ini wajar diteruskan hingga kini.