bab3.pentak.sekolah.bm.pdf

Upload: othman

Post on 10-Mar-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    1

    Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran Bab 2: Instrumen Pentaksiran Bahasa Bab 3: Pentaksiran Bahasa Melayu KSSR Bab 4: Dokumen Standard Prestasi Bab 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar Bab 6: Pentaksiran Kemahiran Bertutur Bab 7: Pentaksiran Kemahiran Membaca Bab 8: Pentaksiran Kemahiran Menulis Bab 9: Mentaksir Aspek-Aspek Bahasa Tertentu Bab 10: Kaedah Pentaksiran Alternatif

    BAB 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    a) Menerangkan rasional pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah b) Mengaitkan dokumen kurikulum dengan dokumen prestasi c) Membezakan di antara jenis-jensi evidens d) Menjelaskan kandungan fail murid dan fail showcase e) Menerangkan cara menentukan penjaminan kualiti pentaksiran

    3.1 Mukadimah

    3.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    Diperkenalkan

    3.3. Rasional Memperkenalkan PBS

    3.4 Hubung Kaitan Antara Dokumen

    Kurikulum dan Dokumen Prestasi

    3.5 Proses Pentaksiran

    3.6 Dokumen Standard Prestasi

    3.7 Jenis-Jenis Evidens

    3.8 Penyimpanan dan Pelupusan Fail

    3.9 Penjaminan Kualiti

    RINGKASAN

    RUJUKAN

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    2

    Bab ini akan bertumpu kepada perbincangan tentang pentaksiran berasaskan sekolah yang

    kini telah menjadi kegiatan penting bagi guru yang mengajar bahasa Melayu. Perbincangan

    akan bertumpu kepada konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), rasional

    memperkenalkan PBS, komponen-komponen utama PBS dan pelaksanaan PBS.

    Perkataan 'pentaksiran' jarang digunakan di

    sekolah-sekolah Malaysia kerana perkataan

    yang lebih kerap digunakan ialah "ujian",

    "ujian bulanan" "peperiksaan semester",

    peperiksaan akhir tahun. UPSR, PMR dan

    sebagainya. Walau pun semua ini adalah

    sebahagian pentaksiran, istilah 'pentaksiran'

    atau 'penilaian' tidak digunakan dengan

    meluas.

    Pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah diperkenalkan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia untuk Tahun 1. Bersama itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    diperkenalkan yang merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek

    kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir proses dan produk secara formatif dan

    sumatif, iaitu mengamalkan konsep 'assessment for learning' dan 'assessment of learning'

    PBS dapat membantu pelajar mengatasi masalah

    pembelajaran yang telah dikenal pasti pada

    peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak

    terhimpun seterusnya. Disamping itu pelajar yang

    menunjukkan penguasaan cemerlang diperkukuh

    dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan

    yang berkesan, guru dapat membantu pelajar

    meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran

    dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang

    dalam pentaksiran di peringkat pusat (Penilaian

    Kendalian Sekolah, Pusat Perkembangan

    Kurikulum, KPM, 2001, h:5).

    Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan (development), kebolehan

    (ability), kemajuan (progress) dan pencapaian (achievement) pelajar. Melalui aktiviti

    3.1 Mukadimah

    3.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Diperkenalkan

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    3

    pentaksiran, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan

    Negara

    Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) menyerah lebih banyak tanggungjawab menilai pelajar

    kepada guru seperti diamalkan disistem persekolahan negara-negara maju. Konsep ini

    bukanlah sesuatu yang baru. PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian

    Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan

    Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, persembahan

    dan lain-lain.

    Pentaksirian Berasakan Sekolah (PBS) bukanlah satu konsep yang baharu. Pada tahun 60an,

    pelajar sekolah menengah rendah yang mengambil mata pelajaran seperti pertukangan kayu

    (woodwork), sains rumah tangga (domestic sains) dan pertukangan besi (metalwork),

    "Untuk memilih secara adil,

    kamu semua perlu mengambil

    peperiksaan yang sama. Tugas

    pertama, panjat pokok itu

    Sila rujuk kepada katun di atas. Apakah mesej tersirat? Adakah ia mencerminkan sistem pentaksiran yang diamalkan di Malaysia pada

    masa kini? Mengapakah tiba-tiba transformasi pentaksiran diperkenalkan?

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    4

    hasil kerja mereka diambil kira dalam peperiksaan pusat Tingkatan 3. Begitu juga dengan

    mata pelajaran biologi, fizik dan kimia dimana kerja amali di ambil kira dalam penentuan

    gred peperiksan pusat Tingkatan 5.

    Pada 2001, ketika itu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,

    telah menerbitkan buku yang memperkenalkan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang

    bertujuan membantu guru menjalankan penilaian di peringkat sekolah. Buku ini

    mendedahkan guru tentang konsep, kaedah, ciri-ciri dan keperluan melaksanakan PKS serta

    cara mengaplikasinya dalam bilik darjah [Sila rujuk kepada buku PKS yang dilampirkan].

    Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan

    peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian

    akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang

    dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada

    guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

    Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan

    sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk

    akhir dan bukannya proses pembelajaran.

    Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem

    pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang

    langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama

    ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah

    (Utusan Malaysia, 14 Disember, 2011).

    Sistem pentaksiran yang sedia ada terlalu memfokus kepada pentaksiran pusat, iaitu

    UPSR, PMR & SPM. Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata

    membawatekanan kepada guru, murid & ibu bapa. Peperiksaan pusat yang diadakan

    mentaksir sebahagian kecil pengetahuan dan kemahiran individu. Contohnya, kemahiran

    muzik, seni, jasmani dan kemahiran-kemahiran abad ke 21 tidak diberi perhatian.

    Pentaksiran lebih bertumpu kepada pentaksiran 'produk' berbanding dengan

    pentaksiran 'proses'.

    Tekanan kepada guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran

    Maklumat daripada pentaksiran tidak digunakan untuk membantu proses

    pembelajaran.

    Dikebanyakkan, negara maju peperiksaan ialah kepada pentaksiran yang dikendalikan

    oleh guru dan kurang sekali pentaksiran pusat seperti diamalkan di Malaysia.

    3.3 Rasional Memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    5

    Ini teleh mendorong memperkenalkan PBS supaya guru dapat:

    mengesan PERKEMBANGAN pelajar secara menyeluruh mengenal pasti KEKUATAN dan KELEMAHAN pelajar dalam embelajaran

    lebih awal dari semasa ke semasa

    mengetahui KEBERKESANAN pengajarannya, MERANCANG dan MENGUBAHSUAI pengajarannya, dan menjalankan TINDAKAN SUSULAN yang sesuai denga serta-merta

    Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, pentaksiran rujukan

    standard diperkenalkan. Apakah itu pentaksiran rujukan standard? Pentaksiran Rujukan

    Standard (Standard Based Assessment) tidak membandingkan pencapaian seseorang murid

    dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam

    pembelajaran. Ini berlainan dengan amalan selama ini dimana jika seorang murid mendapat

    75 dalam Bahasa Melayu, ia lebih tinggi berbanding dengan murid lain yang mendapat 60

    markah. Juga murid dibandingkan dengan murid-murid lain dalam kelas dan diberi pangkatan

    1, 2, 3, 4 35.

    Rajah 3.1 Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Dokumen Standard

    Kurikulum

    Dokumen Standard

    Prestasi

    Matlamat Objektif

    Standard Kangungan Standard Pembelajaran

    Pernyataan Standard

    Deskriptor Evidens

    PENTAKSIRAN

    3.4 Hubung Kaitan antara Standard Kurikulum & Standard Prestasi

    Hasil Pembelajaran Laporan Penguasaan

    Murid

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    6

    Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan

    pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal

    ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh

    mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari

    berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan

    mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum (Lihat

    Rajah 3.1).

    Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan,

    bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah

    mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif

    yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk

    membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai,

    mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan

    mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara

    bangsamengikutkeupayaan dan kebolehan masing-masing (Lembaga Peperiksaan, 2012,

    h:55).

    CONTOH Tahun 1 Bahasa Malaysia

    Standard Kandungan Standard Pembelajaran

    Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

    Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur.

    Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.

    a) Apakah rasional pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)? b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pelaksanaan PBS serta rasional yang

    dikemukakan? c) Jelaskan kaitan antara dokumen kurikulum dan dokumen prestasi.

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    7

    Guru bermula dengan memilih standard kurikulum yang hendak diajar (Lihat Rajah 3.2).

    Contohnya, membezakan di antara perkataan dan frasa. Kemudian guru merancang kaedah

    pengajaran yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid. Seterusnya guru melaksanakan

    pengajaran.

    Rajah 3.2 Proses Pentaksiran

    Guru bermula dengan memilih standard kurikulum yang hendak diajar. Contohnya,

    membezakan di antara perkataan dan frasa. Kemudian guru merancang kaedah pengajaran

    yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid. Seterusnya guru melaksanakan pengajaran.

    3.5 Proses Pentaksiran

    Guru merancang pengajaran, aktiviti pembelajaran

    serta menentukan kaedah pentaksiran

    TAMAT

    MULA

    Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

    Guru menilai murid

    Guru merekod dan melapor tahap penguasaan

    murid berdasarkan evidens

    Guru memilih tajuk pengajaran seterusnya

    PEMULIHAN

    Murid belum menguasai tahap yang ditetapkan

    Murid penguasai tahap yang ditetapkan

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    8

    Guru membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid

    mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang berkaitan.

    Guru menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam

    standard prestasi untuk menentuan tahap penguasaan. Guru merekod dan melapor

    berdasarkan evidens.

    Bagi murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, pemulihan dikendalikan sehingga murid mencapai tahap.

    Bagi murid yang mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, guru memlilih standard kurikulum yang baru dan melaksanakan pengajaran dan pentaksiran seterusnya.

    Guru memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan kekuatan

    dan kelemahan serta merancangkan langkah penambahbaikan. Merekod prestasi dalam

    portfolio untuk rujukan murid, penyelaras dan ibu bapa.

    Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap

    penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari.

    Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)

    yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan

    untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.Standard

    Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan

    secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang

    berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem

    pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi:

    3.6 Dokumen Standard Prestasi (DSP)

    a) Jelaskan proses pentaksiran berasaskan sekolah. b) Adakah proses ini dilaksanakan di sekolah anda? Bagaimana ia berbeza?

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    9

    Murid tahu dengan jelas o apa yang perlu dikuasai atau dicapai, o apa yang ditaksir dan o kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

    Guru tahu matlamat o yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, o apa yang ditaksir dan o kualiti yang harus ada pada setiap murid.

    Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

    Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.

    Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan

    standard pendidikan negara berbanding negara lain (Panduan Pengurusan Pentaksiran

    Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

    Dokumen Standard Prestasi merupakan pernyataan yang digunakan untuk menentukan

    sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut

    tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran Bahasa

    Melayu. Dokumen Standard Prestasi terdiri daripada EMPAT komponen berikut:

    Band

    Pernyataan Standard

    Deskriptor

    Evidens

    BAND ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun

    secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu seperti dalam Jadual 3.1.

    STANDARD PRESTASI

    Murid tahun dengan jelas

    apa yang perlu dikuasai

    Guru tahu matlamat

    yang akan dicapai

    Ibu bapa tahu apa yang

    dicapai oleh anak mereka Pihak berkepentingan

    tahu kejayaan kurikulum

    & kualiti murid

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    10

    Jadual 3.1 Tafsiran Tentang Maksud Band

    PERNYATAAN STANDARD ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran

    murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam

    perkembangan atau kemajuan pembelajarannya.

    BAND PERNYATAAN

    BAND

    TAFSIRAN

    1 Tahu dan Faham Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

    2 Tahu dan Faham Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

    3 Tahu, Fahan & Boleh Buat

    Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari

    4 Tahu, Faham & Boleh Buat dengan Beradab

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik

    5 Tahu, Faham & Boleh Buat dengan Terpuji

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6 Tahu, Faham & Boleh Buat dengan Mithali

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

    Band 6

    Band 5

    Band 4

    Band 3

    Band 2

    Band 1

    Rajah 3.3 Taksonomi Bloom

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    11

    Jika dikaji dengan teliti, keenam-enam Band berkait rapat dengan 6 tahap kognitif yang

    diutarakan oleh Taksonomi Bloom pada tahun 1956 (lihat Rajah 3.3). Perlu ditegaskan

    bahawa terdapat tindihan antara tahap-tahap kognitif dalam Taksonomi Bloom.

    Band 1 mengingat kembali kemahiran asas

    Band 2 memahami dan dapat menjelaskan apa yang dipelajari

    Band 3 menggunakan pengetahuan dalam pelbagai situasi

    Band 4 membuat menganalisis atau mencerakinkan maklumat

    Band 5 menilai dan membuat pertimbangan

    Band 6 menghasil sesuatu yang baharu

    Perkataan-Perkataan Penting yang Menerangkan Maksud Setiap Tahap Taksonomi Bloom:

    Mengingat menyatakan, menamakan, memadan, melabel, menyenarai, menyebut

    Memahami menjelaskan, memberitahu semula dengan menggunakan perkataan sendiri, meringkaskan, menerangkan

    Mengaplikasi menggunakan, menunjukkan (mendemonstrasi), memberi contoh yang berlainan, membuat inferen, mengbubah, meramal,

    Menganalisis membanding, membeza, membuat kesimpulan, mendisriminasi,

    Menilai mempertimbangkan, memberi pendapat, mempertahankan, mengkritik, menjustifikasi, menyokong

    Mencipta menghasil, mereka bentuk, merancang, membina semula, mengubahsuai, menulis semula, meringkas

    Sejauh manakah anda bersetuju kaitan antara tahap-tahap taksonomi Bloom dengan

    band 1-6?

    DESKRIPTOR ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat

    berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Contohnya, Menceritakan sesuatu perkara dengan betul kemahiran bertutur. Lihat Jadual 3.2.

    Jadual 3.2 CONTOH: Dokumen Standard Prestasi (DSP) Tahun 3

    PERNYATAAN STANDARD

    DESKRIPTOR

    EVIDENS

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    12

    EVIDENS (berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris evidence yang bermakna bukti). Ia merupakan penyataan yang menerangkan dengan lebih terperinci apa yang murid mesti

    lakukan. Evidens merujuk kepad keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan

    boleh buat dengan menulis, bertutur, mendengar dan membaca, Contohnya, Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Berdasarkan ini, guru perlu menggubal instrumen atau apa jua alat untuk menguji kebolehan

    murid bercerita dengan tepat, sebut dengan jelas dan mempamerkan intonasi yang betul. Oleh

    kerana ini ini merupakan kemahiran bertutur, ujian lisan adalah paling sesuai [Kita akan

    membincang dengan lebih terperinci dalam Bab 5: Mentaksir Kemahiran Bertutur].

    Evidens merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak,

    laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

    Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan. Ciri-ciri evidens adalah:

    Sah evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.

    Autentik murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri

    Kecukupan evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid

    Semasa evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa

    Band Pernyataan Standard

    Deskriptor Evidens

    4 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul

    Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan betul

    E1 - Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul E2 - Menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul E2- Membaca dan memahami bahan kreatif serta menyatakan kosa kata umum dan kosa kata istilah dengan betul E3 - Membaca dan memahami bahan bukan sastera serta menyatakan ilmu pengetahuan dengan betul E4- Mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber

    Membaca dan menyatakan ilmu dalam bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan betul

    Mengenal pasti dan mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    13

    Tekal evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

    (sumber: Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan,

    Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, h:39).

    Jadual 3.3: CONTOH #1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA

    TAHUN DUA SK/SJK

    KEMAHIRAN Menulis

    BAND 1

    PERNYATAAN STANDARD Mengetahui asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis

    DESKRIPTOR B1 DT1 Menulis perkataan dan ayat

    EVIDENS BI DT1 E3 Menulis frasa dan ayat

    AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan:

    Lembaran kerja

    Langkah Pentaksiran :

    Murid menulis frasa dan ayat

    EVIDENS

    INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI

    BAHASA MALAYSIA TAHUN DUA SK/SJK

    NAMA :.................................................. TARIKH: ......................

    KELAS :...............................................

    RUJUKAN : B1 DT1 E3

    ARAHAN : Tulis frasa dan ayat.

    Ikhwan murid tahun dua. Dia mempunyai empat orang adik-beradik. Ayah Ikhwan bernama

    Encik Zailan. Beliau seorang yang bertanggungjawab dan bertugas sebagai juruteknik. Ibu

    Ikhwan Puan Lina. Beliau seorang yang penyayang dan bertugas sebagai guru.

    Arahan : Tulis frasa yang terdapat dalam petikan.

    1._______________________

    2._______________________

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    14

    3._______________________

    4._______________________ Arahan : Tulis ayat yang terdapat dalam petikan.

    1.___________________________________________

    2.___________________________________________

    3.___________________________________________

    4.___________________________________________

    Menguasai

    Tidak Menguasai

    Penulisan

    Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat

    Penciptaan bahan-bahanyang disampaikan melalui tulisan.ii.

    3.7 Jenis-Jenis Evidens

    a) Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan standard? Berikan contoh dalam pentaksiran Bahasa Malaysia.

    b) Apakah band? c) Sejauh manakah anda dapat menerangkan maksud setiap band kepada ibu

    bapa murid? d) Apakah evidens? e) Nyatakan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh sesuatu evidens. Mengapa ciri-ciri

    ini penting? f) Sejauh manakah anda menentukan sesuatu evidens dalam pentaksiran

    Bahasa Malaysia itu memiliki ciri-ciri tersebut?

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    15

    Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.iii.

    Persembahan

    Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkanbakat melalui pelbagai aktiviti.

    Catatan: Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens murid.

    Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

    Grafik

    merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama,

    pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar,foto, lukisan,

    seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan

    kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan

    warna.

    Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia

    sebenar.

    Artifak

    Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

    Bahan yang dihasilkan seperti arca.

    Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

    Model Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

    Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

    Rakaman Perekodan/pelaporan dalam bentuk audiovisual.

    Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

    Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

    [sumber: Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga

    Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, h:40-41]

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    16

    A. Penyimpanan

    Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut:

    1) Fail Perkembangan Murid

    Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid.

    Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran.

    Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran.

    Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptordan evidens terdahulu dikembalikankepada murid. .

    2) Fail Showcase

    Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.

    FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.

    FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

    3.8 Penyimpanan dan Pelupusan Evidens

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    17

    Nota: Pihak sekolah dikehendaki menyediakan File Perkembangan Murid dan Fail Sekolah

    seperti di atas. Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan Jawatan Kuasa

    Pentaksiran Berasaskan Ssekolah (JKPBS).

    B. Pelupusan

    Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

    Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPB

    Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013) yang dikeluarkan baru-

    baru ini telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk Tahun 4 bagi 2014 seperti berikut:

    Standard Prestasi

    Standard Prestasi adalah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang

    diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam

    perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi

    kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak

    (Tahap Penguasaan). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier

    menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk

    hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik

    Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard

    Tahap

    Penguasaan

    Huraian Tahap Penguasaan

    1 Sangat Terhad

    2 Terhad

    3 Memuaskan

    4 Baik

    5 Sangat Baik

    6 Cemerlang

    a) Manakah diantara jensi-jensi yang tersenaraikan anda menggunakan dalam dalam pentaksiran Bahasa Malaysia?

    b) Mengapakah beberapa jenis evidens yang tersenaraikan tidak sesuai digunakan dalam pentaksiran Bahasa Melayu?

    c) Apakah terkandung dalam Fail Perkembangan Murid? d) Apakah terkandung dalam Fail Showcase?

    3.9 Perubahan Terkini Dokumen Prestasi Tahun 4 (2014)

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    18

    Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara

    hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard.

    Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu

    dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

    Tahap Penguasaan

    Huraian

    1

    Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa

    2

    Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.

    3

    Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.

    4

    Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa

    5

    Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa

    6

    Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa.

    [sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013)]

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    19

    Setiap guru bahasa Malaysia perlu melaksanakan proses pengajaran & pembelajaran dalam

    bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

    Kebijaksanaan guru perlu ada bagi menentukan proses pengajaran & pembelajaran

    dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian.

    CONTOH:

    Objektif: Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan diksi dan ayat yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul (h:20)

    STANDARD KANDUNGAN

    STANDARD PEMBELAJARAN

    STANDARD PRESTASI

    TAHAP PENGUASAAN

    PERNYATAAN

    Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

    Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan diksi dan ayat yang sesuai. Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang ditonton dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan diksi dan ayat yang sesuai.

    1 Sangat Terhad

    Menyampaikan cerita dengan tepat, menggunakan ayat yang mengandungi diksi yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul pada tahap sangat terhad.

    2 Terhad

    Menyampaikan cerita dengan tepat, menggunakan ayat yang mengandungi diksi yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul pada tahap terhad

    3 Memuaskan

    Menyampaikan cerita dengan tepat, menggunakan ayat yang mengandungi diksi yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul pada tahap sesuai.

    4 Baik

    Menyampaikan cerita dengan tepat, menggunakan ayat yang mengandungi diksi yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul pada tahap kukuh.

    5 Sangat Baik

    Menyampaikan cerita dengan tepat, menggunakan ayat yang mengandungi diksi yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul pada tahap terperinci

    6 Cemerlang

    Menyampaikan cerita dengan tepat, menggunakan ayat yang mengandungi diksi yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model teladan.

    Jadual 3.5 Cantuman Standard Kandungan, Standard Pembelajaran & Standard Prestasi Tahun 4

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    20

    Dalam keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan murid dan menentukan tahap

    penguasaannya berdasarkan senarai standard prestasi dalam kelompok yang telah disusun.

    Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya mencapai tahap keupayaan yang

    lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

    Jadual 3.5 daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013)

    menunjukkan contoh cantuman standard kandungan, standard pembelajaran dan standard

    prestasi. Ketiga-tiga aspek ini iaitu kandungan, pembelajaran dan prestasi berasal daripada

    Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan diksi dan ayat yang sesuai, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul (h:20.)

    Berdasarkan kriteria-kriteria berikut; diksi yang baik, sebutan yang jelas, dan intonasi yang

    betul, guru perlu menggubal instrumen-instrumen yang dapat membezakan antara murid

    dimana tahap penguasaan sangat terhad, terhad, memuaskan, baik, sangat baik dan

    cemerlang. Apakah perbezaan di antara murid yang dilabel sebagai memuaskan dan sangat baik?

    Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS

    mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua

    aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat

    yang tepat dan menunjukkankeadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat

    yangtepat boleh membantupembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan

    meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan

    kualiti dalam pentaksiranialah kesahan dan kebolehpercayaanskor, kebolehtadbiran instrumen

    dan keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:

    3.10 Penjimanan Kualiti

    a) Apakah perbezaan di antara band dan tahap penguasaan? b) Adakah anda bersetuju dengan perubahan yang diperkenalkan untuk Tahun 4? c) Sejauh manakah huraian / pernyataan untuk tahap-tahap penguasaan berbeza

    dengan pernyataan untuk band-band?

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    21

    Rajah 3.3 Penjaminan Kualiti

    A) PEMENTORAN

    Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran

    dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan

    untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan

    pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis

    panduan yang ditetapkan. Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas

    pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Objektif pementoran ialah:

    Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.

    Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

    Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.

    Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.

    Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

    Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi

    peningkatan profesionalisme guru.

    Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan

    PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

    Mentor dalaman terdiri daripada: GKMP / Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Cemerlang,

    Jurulatih Utama, Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

    PENJAMINAN KUALITI

    Pementoran

    Pengesanan

    Pemantaun

    Penyelarasan

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    22

    Mentor luaran terdiri daripada: Petugas yang dilantik oleh LP, Petugas yang dilantik oleh

    JPN, Petugas yang dilantik oleh PPD,

    Peranan Mentor:

    Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.

    Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.

    Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran..

    Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.

    Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.

    Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

    B) PENYELARASAN

    Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman

    pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan

    kebolehpercayaan skor pentaksiran. aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh

    pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. Objektif Penyelarasan

    ialah:

    Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.

    Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

    Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoransesuatu tugasan yang ditetapkan.

    Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.

    Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

    Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.vii.Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

    Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan

    penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.

    Personal yang terlibat GKMP, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

    Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan

    penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.

    Personal yang terlibat Petugas yang dilantik oleh LP, Petugas yang dilantik oleh JPN, Petugas yang dilantik oleh PPD.

    Pelaksanaan Penyelarasan

    i) Sebelum Penyelarasan JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan dan mengadakan perbincangan mengenai:

    Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.

    Kesesuaian instrumen yang digunakan.

    Kefahaman tentang penskoran.

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    23

    Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.

    ii) Semasa Penyelarasan

    Memilih evidens murid mengikutaraspencapaian.

    Membanding skor yang diberikan oleh guru.

    Menyelaras pemberian skor.

    iii) Selepas Penyelarasan

    Menyediakan laporan penyelarasan.

    Menyelaras skor murid, jika perlu.

    C) PEMANTAUAN

    Pemantauan adalahsatu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS

    mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti

    pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan

    oleh JKPBS. Objektif Pemantauan ialah untuk:

    Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi

    Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

    Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.

    Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

    Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

    Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah yang melibatkan Pengetua / Guru

    Besar, Guru Penolong Kanan, GKMP, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama,

    Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar.

    Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan

    pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran melibatkan Pegawai LP,

    Pegawai JPN, Pegawai PPD, Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM), Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

    Pelaksanaan Pemantauan

    i) Sebelum Pemantauan JKPBS peringkat JPN,PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS dengan menyediakan instrumen pemantauan.

    ii) Semasa pemantauan

    Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.

    Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.

    Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

    iii) Selepas pemantauan Melaporkan dapatan pemantauan.

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    24

    Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

    D) PENGESANAN

    Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran

    yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS

    ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti

    pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Objektif Pengesanan ialah untu:

    Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.

    Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

    Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

    Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiranb.

    Pengesanan Dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan

    instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens

    tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan danpenskoran yang

    diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman ialah GKMP, Guru

    Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru yang dilantik oleh Pengetua /Guru besar

    /JK PBS

    Pengesanan Luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen

    pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan

    dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran ialah

    Petugas yang dilantik oleh LP

    Pelaksanaan Pengesanan

    i) Sebelum pengesanan Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesan untuk menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan.

    ii) Semasa pengesanan Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksirans serta mencadangkan penyelesaian.

    iii) Selepas pengesanan

    Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

    Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.

    Melaksanakan program pengesanan semula.

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    25

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2011 yang merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek),

    afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah

    Pendidikan.

    PBS dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

    Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) menyerah lebih banyak tanggungjawab menilai

    pelajar kepada guru seperti diamalkan disistem persekolahan negara-negara maju. Sistem pentaksiran yang sedia ada terlalu memfokus kepada pentaksiran pusat, iaitu

    UPSR, PMR & SPM.

    Pentaksiran Rujukan Standard (Standard Based Assessment) tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap

    penguasaan murid dalam pembelajaran. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan

    (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

    Pentaksiran lebih bertumpu kepada pentaksiran 'produk' berbanding dengan pentaksiran 'proses'.

    a) Bagaimana pementoran dilaksanakan di sekolah? b) Jelaskan tujuan penyelarasan dan bagaimana ia dilaksanakan bagi menjamin

    kualiti PBS? c) Apakah tujuan pemantaun dan bagaimana ia dilaksanakan di sekolah? d) Jelaskan peranan penyelarasan dalam penentuan kualiti pelaksanaan PBS. e) Sejauh manakah ke-empat langkah di jalankan di sekolah anda bagi menjamin

    kualiti pelaksanaan PBS?

  • Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bahasa Malaysia

    26

    Dokumen Standard Prestasi merupakan pernyataan yang digunakan untuk menentukan sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang

    dipelajari.

    DESKRIPTOR ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh

    buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

    BAND ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

    Evidens merujuk kepad keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat

    dengan menulis, bertutur, mendengar dan membaca.

    Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok

    standard Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS

    mengikut garis panduan yang ditetapkan.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian Kendalian Sekolah, Pusat

    Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur..

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,

    Tahun 4 (Draf 2013).

    Kementerian Pelajaran Malaysia(2012), Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan

    Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan: Kuala Lumpur