bab1 krl3033

Upload: dora-woods

Post on 09-Mar-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

  • RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    KRL 3033

    KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

    TAJUK

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. MATRIK PROGRAM

    PENSYARAH/PENYELIA: ____________________________________________

    Tarikh :____________________________________

    PEMARKAHAN

    PROPOSAL PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

    PENGGUNAAN CD INTERAKTIF BAHASA MELAYU

    BERKESAN DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN

    MURID-MURID TAHUN 6

  • BAB1

    PENGENALAN KEPADA MASALAH

    1.0 Pengenalan

    Mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sering dianggap satu matapelajaran yang susah

    dan membosankan dalam kalangan pelajar Tahun 6 terutamanya murid-murid yang

    menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Mereka tidak sedar bahawa

    matapelajaran Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran yang sangat penting kerana

    mereka dikehendaki untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian yang

    diadakan oleh pihak sekolah mahupun pada peringkat kementerian.Mata pelajaran Bahasa

    Melayu merupakan pra-syarat untuk pelajar melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih

    tinggi.

    Guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu perlu bijak merancang dan

    melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan memberi penekanan

    terhadap pemupukan minat dan semangat pelajar untuk mempelajari bahasa ini selain itu, guru

    bertanggungjawab memutuskan pelajar-pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam

    peperiksaan.

    Sehubungan dengan itu, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer diharap dapat

    mengatasi masalah ini iaitu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

    Salah satu daripadanya adalah melalui penggunaan perisian cd multimedia interakti bahan ini

    boleh didapati daripada Pusat Sumber Sekolah ataupun dari Pusat Sumber Daerah yang

    ditrerbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia atau yang boleh diperoleh di

    pasaran. Kaedah pembelajaran ini didapati amat menarik untuk diaplikasikan kepada murid-

    murid dan sekali gus menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Selain itu, murid-murid berpeluang mengalami proses pembelajaran kendiri yang menarik secara

    interaktif melalui pendekatan audio, video dan visual sebenar.

  • Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegerasian teknologi maklumat dalam

    pendidikan melalui matapelajaran yang diajarkan.Dengan menggunakan teknologi maklumat

    secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat

    maklumat dengan berkesan.

    1.1 Latar Belakang Kajian

    Berdasarkan analisis markah yang diperoleh daripada PKSR 1 dan 2 yang telah diadakan oleh

    pihak sekolah pengkaji mendapati pencapaian dan prestasi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

    Penulisan dan Pemahaman tahun 6 Hormat dan 6 Jujur kurang memuaskan.

    Setelah diteliti, beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai penyebab pencapaian markah

    Bahasa Melayu murid kurang memberangsangkan. Antaranya, bagi pihak guru, ada kelemahan

    guru seperti masih menggunakan kaedah tradisional (mengajar murid secara kuliah) dan ini amat

    membosankan murid.

    Menurut Yusuf Hashim (1998) penggunaan cakera padat multimedia interaktif merupakan satu

    alat bantu mengajar yang terkini yang mampu membantu pelajar untuk mempelajari subjek

    Bahasa Melayu. Disamping itu, ia merupakan satu kaedah pengajaran yang baharu dan mampu

    menggantikan kaedah lama yang hanya menggunakan kaedah kuliah yang telah diamalkan

    selama ini.

    1.2 Soalan Kajian

    Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian pengajaran cd

    multimedia interaktif ke atas pencapaian pelajar Tahun 6. Keberkesanan penggunaan cd

    multimedia interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini dilihat melalui skor

    murid ujian pra dan ujian pos yang dijalankan ke atas 10 orang pelajar dalam sebuah kelas.

    a. Adakah terdapat perbezaan pencapaian antara kumpulan murid yang menggunakan CD

    Multimedia Interaktif dengan kumpulan murid yang belajar menggunakan kaedah konvensional?

  • b. Bolehkah murid-murid yang menggunakan CD Multimedia Interaktif ini dapat

    mengaplikasikan dalam menjawab soalan-soalan pemahaman dan penulisan?

    1.3 Objektif Kajian

    a. Membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan

    menggunakan kaedah pengajaran yang boleh merangsang pembelajaran murid.

    b. Menanamkam sikap dan mengembangkan lagi minat serta sikap murid terhadap

    matapelajaran Bahasa Melayu.

    c. Membantu murid mengaplikasikan pengetahuan yang mereka dapat melalui pembelajaran

    menggunakan CD Multimedia Interaktif dalam menjawab soalan-soalan ujian pemahaman dan

    penulisan.

    d. Meningkatkan prestasi murid dalam ujian-ujian yang dijalankan pada peringkat sekolah.

    1.4 Batasan Kajian

    Kajian ini terhad kepada murid-murid kelas 6 Hormat dan 6 Jujur di Sekolah Kebangsaan

    HICOM,Shah Alam. Kajian ini dihadkan kepada 30 orang murid daripada setiap kelas tahun 6

    yang dipilih berdasarkan tahap pencapaian mereka dalam ujian yang dijalankan dan juga guru

    yang mengajarkan mata pelajaran ini. Kajian ini hanya melibatkan penggunaan penjodoh

    bilangan dalam kalangan murid-murid tahun 6 Amanah dan 6 Hormat. Kajian mengeni

    penggunaan penjodoh bilangan ini dilakukan oleh pengkaji kerana mengikut analisis dan

    dianognis peperiksaan Pemahaman Pertengahan Tahun yang telah dijalankan, seramai 26

    daripada 37 orang murid salah memilih jawapan mengenai penggunaan penjodoh bilangan dan

    dalam karangan mereka juga kurang mengaplikasikan penjodoh bilangan dalam karangan walhal

    penggunaan penjodoh bilangan dalam karangan akan menghasilkan karangan yang baik jika

  • penggunaannya betul dan tepat maksudnya. Perisian cd multimedia interaktif pengkaji peroleh

    dari Pusat Sumber Sekolah.

    1.5 Definisi / Istilah

    1.5.1Cakra Padat (Compac Disc atau CD) ialah cakera optic yang digunakan bagi

    menyimpan data digital, dan pada asalnya dimajukan bagi menyimpan audio-video digital.

    1.5.2Perisian bermaksud program-program yang membolehkan komputer untuk melakukan dan

    melaksanakan sesuatu tugasan tertentu.

    1.5.3.Multimedia ialah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer

    yang direka bentuk khusus dengan menggabungkan audio, video, grafik imej, hiperteks, animasi

    dan sebagainya.Terdapat pelbagai definisi mengenai takrifan multimedia antaranya adalah

    seperti berikut;

    Menurut Halimah (1997), Multimedia merupakan kesepaduan antara pelbagai

    media seperti teks, grafik, imej, animasi dan suara dalam satu persekitaran digital, di

    samping mempunyai keupayaan interaktiviti bagi membolehkan pengguna mencapai

    maklumat keperluan tanpa mengikut urutan

    Multimedia juga didefinisikan sebagai capaian yang terancang untuk elemen teks

    ( perkataan dan nombor ), pendengaran ( kesan bunyi, muzik dan pertuturan ) dan

    penglihatan (imej yang tidak bergerak, video dan animasi ) disintesiskan ke dalam suatu sistem

    penyampaian bersepadu yang dikawal oleh komputer ( Yuzita dan Norleyza,1997 ). Dalam

    bidang pendidikan, multimedia sebagai satu alat hiburan yang muktamad (Kindersley, 1996).

    Menurut beliau lagi kepentingan mengapa multimedia penting dalam pembelajaran ialah :

    Multimedia mempunyai kelebihan dari segi gabungan media yang berbeza seperti teks, gambar,

    animasi, video dan bunyi.

    Sifat interaktif yang terdapat dalam multimedia bukan setakat menerima maklumat secara pasif

    tetapi pengguna dapat mengawal bahan dari segi input, kelajuan dan pergerakan skrin.

  • 1.5.4. Interaktifbermaksud keupayaan murid-murid sebagai pengguna mengendalikan

    pergerakan, bertindakbalas dengan perisian dan terlibat secara aktif dengan membuat pilihan

    yang berbeza-beza dalam aktiviti pembelajaran.Satu kebaikan yang ditawarkan oleh multimedia

    ialah sifat interaktif. Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian

    merupakan kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia.Interaktif membenarkan

    pengguna untuk menjadi lebih aktif dan pengguna berupaya mengawal isi kandungan dan

    persembahan bahan serta boleh bertindak balas dengan perisian.

    Perkataan interaktif menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka (1992) bermaksud

    interaksi atau saling bertindak. Interaktiviti membenarkan pelajar untuk navigasi dan

    meneroka dalam pelbagai cara. Melalui interaktiviti juga, pelajar akan terlibat secara

    aktif dalam proses pembelajaran dan seterusnya meningkatkan tahap motivasi dan minat

    terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

    Kaur (1996) mendefinisikan interaktif sebagai

    pemilihan arahan yang telah diprogramkan oleh pelajar secara aktif dan tersusun supaya

    pembelajaran lebih bermakna dan memuaskan. Barker (1990) pula berpendapat interaktif dalam

    pembelajaran ialah mekanisma asas yang mesti ada untuk memperolehi pengetahuan dan

    pembangunan kemahiran kognitif dan fizikal. Sim (1997) menerangkan bahawa interaktif asas

    yang merupakan tahap point and click untuk kiosk dan aplikasi maklumat manakala permainan

    dan produk pendidikan

    memerlukan tahap interaktif yang lebih tinggi. Borsook dan Wheat (1992)

    menyatakan interaktiviti merangkumi:

    Kecepatan respon atau tindakbalas terhadap aktiviti pengguna.

    Memasukkan maklumat yang tidak mengikut turutan di mana maklumat dimasukkan mengikut

    kesesuaian dan kehendak masa.

    Maklum balas serta merta.

    Pilihan untuk memberi arahan.

    Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia. Rhodes dan Azbell (1985), telah

    mengenalpasti tiga aras interaktiviti iaitu reaktif, koaktif dan proaktif. Aras reaktif hanya

    memberi sedikit kawalan ke atas kandungan pelajaran, yang mana reka bentuk atur cara

    komputer lebih mengarah kepada pilihan dan maklum balas. Aras koaktif memberi kawalan

  • kepada pengguna untuk mengawal urutan fasa dan gaya pembelajaran. Manakala aras proaktif

    membolehkan pelajar mengawal kedua-dua struktur dan kandungan aturcara. Menurut Rhodes

    dan Azbell lagi, proses pembelajaran semakin berkesan jika aras interaktiviti semakin tinggi.

    1.5.5 Kumpulan Eksperimen ialah sekumpulan murid-murid yang dipilih untuk belajar

    dengan menggunakan alat kajian seperti menggunakan CD Multimedia Interaktif dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    1.5.6 Kumpulan Kawalan ialah kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang akan diajar

    menggunakan kaedah pembelajaran yang konvensional atau kaedah kuliah tanpa

    menggunakan sebarang alat (rawatan).

    1.5.7 Ujian Pra bermaksud ujian pencapaian yang akan diduduki oleh semua sampel sebelum

    mengikuti pengajaran dan pembelajaran formal iaitu tanpa menggunakan cd multimedia

    interaktif.

    1.5.8 Ujian Pos bermaksud ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi

    kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan selepas rawatan diberikan kepada

    kumpulan-kumpulan ini.

    1.6 Kepentingan Kajian

    Hasil kajian ini sangat penting kepada guru subjek Bahasa Melayu, pelajar dan juga pentadbir

    sekolah. Dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu, guru seharusnya menggunakan kaedah

    pengajaran yang boleh merangsang pembelajaran murid. Kaedah penggunaan perisian cakera

    padat multimedia interaktif akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid kepada

    pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian dalam ujian.

    Bagi murid-murid pula, hasil kajian diharapkan dapat mengubah pandangan mereka bahawa

    Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan dan bukannya

  • menyukarkan.Dengan menggunakan perisian cakera padat multimedia interaktif yang

    memaparkan pelbagai audio, video,imej,warna,animasi dan sebagainya yang sesuai akan

    membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran yang dipelajari dan menghindarkan rasa

    bosan semasa pembelajaran.

    Bagi pihak pentadbir juga diharap dapat menyediakan kemudahan peralatan penggunaan TMK

    dan juga mengadakan kursus penggunaan komputer sebagai alat bantuan mengajar agar guru-

    guru dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan komputer.

    1.7 RUMUSAN

    Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian,

    kepentingan kajian, batasan kajian serta beberapa definisi istilah yang menjadi komponen

    penting dalam setiap kajian. Antara lain, bab ini merumuskan bahawa pembelajaran subjek

    Bahasa Melayu perlulah diperluaskan dengan menyediakan peluang dan alat bantu mengajar

    yang berteknologi terkini, iaitu melalui penggunaan perisian CD Multimedia Interaktif. Pengkaji

    memilih mata pelajaran Bahasa Melayu tahun enam yangmelibatkan pengajaran tatabahasa

    Penjodoh Bilangan serta menggunakan perisian CD Multimedia Interaktif sebagai bahan

    kajian.Pengalaman berjaya dalam mengurus pengetahuan sendiri akan membantu pelajar

    menyelesaikan masalah dengan berkesan ( Shoenfeld, 1985). Untuk memastikan kajian

    penyelidikan ini berkualiti dan dapat dilakukan dengan bersistematik maka segala maklumat

    yang disebutkan harus diberi perhatian dan penelitian yang sewajarnya oleh pengkaji.