bab 7 peta minda.pdf

Upload: cikgurosle

Post on 04-Jun-2018

352 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    1/11

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    2/11

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    3/11

    55

    Memepercepatkan Kemerdekaan Keselamatan dan kestabilan

    Keseimbangan Kaum

    Matlamat pembentukan Malaysia

    Saiz Singapura yang kecil danjumlah penduduk Sarawak,Sabah dan Brunei yang tidak

    ramai menyukarkan Britishuntuk memberi kemerdekaan.

    Penubuhan Malaysia akanmempercepatkan proseskemerdekaan Sabah. Sarawak,Singapura dan Brunei

    Memajukan sosioekonomi

    Pembentukan Persekutuan Malaysia akanmewujudkan satu kawasan ekonomi yang lebihluas dan dapat menarik lebih banyak modal luar.

    Dapat menyatukan sumber tenaga manusia dansumber asli di kalangan Negara anggota.

    Menghapuskan sekatan cukai di kalangan Negaraanggota.

    Kerjasama ekonomi dapat memajukan taraf hiduprakyat Sarawak, Sabah dan Brunei.

    Bertujuan untukmengimbangkan jumlahpenduduk Melayu dan

    bumiputera dengan bukanbumiputera dalamPersekutuan Malaysia.

    Pembentukan Malaysia diharapdapat menjadi benteng yang

    kukuh menghadapi ancamankomunis di Singapura danSarawak.

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    4/11

    56

    Persekutuan Tanah Melayu

    Cadangan pembentukan Persekutuan Malaysia disambutbaik oleh parti-parti politik di Tanah Melayu.

    Walaupun terdapat perbezaan pendapat, namun secaraumumnya penduduk Tanah Melayu menerima prinsipgagasan Persekutuan Malaysia.

    PAS menyokong idea pembentukan Malaysia tetapimencadangkan pembentukan Melayu Raya yang

    merangkumi Indonesia.

    Sabah

    Pengumuman Tunku membawa kepada pembentukan parti-parti politikdi negeri tersebut untuk menyatakan pandangan serta sokongan tentanggagasan Malaysia.

    Pada bulan Ogos 1961, Pertubuhan Kadazan Bersatu (UNKO) telahditubuhkan oleh Donald Stephens menyokong pembentukan Malaysia.

    Pada bulan Disember 1961, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu(USNO) telah ditubuhkan oleh Datu Mustapha Datu Harunmenyokong penggabungan.

    Pada Jun 1962, Pasok Momugun ditubuhkan dipimpin oleh G.SSundang, pada awalnya menentang kerana berpendapat Sabah perlubersatu dengan Sarawak dan Brunei. Bagaimanapun kemudiannya

    Pasok Momogun menyokong pengabungan.

    Muncul dua parti yang mendapat sokongan orang Cina iaitu PartiBersatu pimpinan Khoo Siak Chew dan Demokratik pimpinan PeterChin pada awalnya memberikan syarat Sabah merdeka terlebih dahulu

    sebelum menyertai Malaysia. Namun akhirnya bersetuju dengan

    penggabungan Pada bulan September 1961, UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti

    Bersatu dan Demokratik membentuk Parti Perikatan Sabah dipimpinoleh Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun.

    Dalam pilihan raya Majlis Daerah pada tahun 1962, Perikatan Sabahtelah memenangi pilihan raya tersebut yang menggambarkan

    kesepakatan rakyat Sabah untuk menyertaiMalaysia.

    Reaksi Pembentukan

    Persekutuan Malaysia

    Sarawak

    Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) 1959 pimpinan OngKee Hui menentang gagasan Malaysia kerana Sarawak perlu

    bersatu dengan Sabah dan Brunei.

    Parti Negara Sarawak (PANAS) 1960 pimpinan Dato BandarAbang Hj Mustapha pada awalnya menetang gagasanMalaysia, PANAS bagaimanapun akhirnya menyokong

    gagasan Malaysia.

    Pada tahun 1961, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)pimpinan Stephen Kalong Ningkan ditubuhkan. SNAP padaperingkat awal menetang gagasan Malaysia, walau

    bagaimanapun akhirnya menyokong pembentukan Malaysia

    Parti Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) ditubuhkan pada tahun1961 di bawah pimpinan Abdul Yaakub dan Abdul TaibMahmud, pada peringkat awal sudah melahirkan sokongan

    terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia.

    Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dipimpin olehTemenggung Jugah Anak Barieng ditubuhkan pada tahun

    1962 dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokongpembentukan gagasan.

    Pada bulan Oktober 1962 PANAS, SCA, SNAP, BERJASAdan PESAKA telah bergabung membentuk perikatan Sarawak

    dan menyokong gabungan Malaysia, manakala SUPP terusmenentang pengabungan.

    Singapura

    Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) menyokongcadangan pengabungan

    Penggabungan ini diharapkan akan dapat menyelamatkan PETIRdaripada dipengaruh parti berhaluan kiri.

    Pada bulan Disember 1961, Majlis Undangan Singapura meluluskanusul pengabungan.

    Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guanmenentang idea ini dan berpendapat pembentukan Malaysia sebagaisatu rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.

    Satu Referendum telah diadakan untuk meninjau pandangan pendudukSingapura. Hasil referendum tersebut rakyat Singapura bersetujudengan cadangan pengabungan.

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    5/11

    57

    Indonesia

    Pada peringkat awal menyokonggagasan Malaysia, malahan Menteri

    Luar Indonesia Dr. Subandriomengutus ucapan tahniah kerana

    usaha pembentukan Malaysia.

    Tentangan bermula akhir tahun 1962kerana terpengaruh dengan Parti

    Komunis Indonesia dan berpendapat

    pembentukan Malaysia merupakansatu bentuk neokolonialisme yang

    akan mengancam Indonesia.

    PKI menentang pembentukanMalaysia kerana menggugantpengaruh Parti Komunis di Asia

    Tenggara.

    Soekarno mementang pembentukanMalaysia kerana cita-cita beliau

    untuk menyatukan Indonesia denganTanah Melayu bagi membentuk

    Indonesia tergugat.

    Brunei

    Sultan Omar Ali Saifuddin pada dasarnya menyokong gagasan Malaysia. Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang gagasan Malaysia

    kerana matlamat PRB untuk menubuhkan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada

    Sarawak, Sabah dan Brunei.

    PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk Neokolonialisme.

    PRB telah melancarkan pemberontakan bersenjata apabila usul menentang gagasanPersekutuan Malaysia yang dibawa di Majlis Undangan Negeri Brunei ditolak.

    Brunei akhirnya menarik diri dari menyertai Persekutuan Malaysia apabila perkara yangberkaitan dengan hasil minyak dan kekanan sultan Brunei dalam perlantikan sebagai Yang

    di-Pertuan Agong tidak mencapai kata sepakat.

    Secara umumnya, pada peringkat awal terdapat penentangan. Walau bagaimanapun hasilusaha Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dan penjelasan daripada TunkuAbdul Rahman telah berjaya meyakinkan rakyat Sarawak dan Sabah.

    Penarikan diri Brunei daripada gagasan Malaysia menggambarkan kebebasan rakyat dalammenentukan masa depan negara mereka sendiri.

    Filipina

    Filipina menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah adalah sebahagian daripadawilayah Kesultanan Sulu.

    Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah padabulan Jun 1962, namun pihak British tidak melayan tuntutan tersebut kerana tidak berasas.

    Selain itu, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu mengesahkan rakyat Sabah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

    Negara-negara Barat

    Gagasan Persekutuan mendapat sokongan daripada Britain dan amerika syarikat keranamenganggap dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sabah, Sarawak dan

    Brunei di samping dapat membendung pengaruh Komunis.

    Reaksi Pembentukan

    Persekutuan Malaysia

    Reaksi Negara Jiran

    Pembentukan

    Persekutuan Malaysia

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    6/11

    58

    Langkah ke arah pembentukan Malaysia

    Perjanjian dan Pengisytiharan

    Persekutuan Malaysia

    Pada Julai 1961, JawatankuasaPerundingan Perpaduan Malaysia(JPPM) ditubuhkan bermatlamatmemberi penerangan kepada

    pemimpin Sarawak dan Sabah,

    hasil laporan JPPM membawakepada penubuhan Suruhanjaya

    Cobbold.

    Pada bulan Ogos 1963, Suruhanjaya PBB telah dihantar untuk meninjau sekali lagipandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas permintaan Filipina dan Indonesia. Hasil

    laporan mendapati penduduk di kedua-dua wilayah berhasrat untuk menyertaiPersekutuan Malaysia.

    Pada bulan Ogos 1962, JawatankuasaAntara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan.Matlamat JAK ialah membincangkan hakdan kepentingan Sabah, Sarawak dan

    Brunei untuk dimasukkan dalam

    perlembagaan. Hasil laporan tuntutan 20perkara Sabah yang dipersetujui oleh

    Sarawak dimasukkan dalamperlembagaan.

    Februari 1962, pembentukan SuruhanjayaCobbold matlamatnya meninjau pandanganpenduduk Sabah dan Sarawak. Hasil tinjauanSuruhanjaya Cobbold mendapati rakyat sabah

    dan Sawarak bersetuju untuk menyertaiPersekutuan Malaysia.

    Pada bulan September 1962, Singapura telahmengadakan referendum untuk meninjaupendapat penduduk Singapura, hasil referendum

    mendapati rakyat Singapura bersetuju menyertai

    untuk Persekutuan Malaysia.

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    7/11

    59

    1. Dengan termetrainya Perjanjian PersekutuanMalaysia, bermakna gagasan Persekutuan Malaysiamenjadi realiti.

    2. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahmantelah membacakan deklarasi Penubuhan Malaysia di

    Stadium Merdeka Kuala Lumpur.3. Selesai sahaja pembacaan deklarasi, sebanyak 101

    das tembakan meriam dilepaskan disertai dengan

    laungan Merdeka sebanyak tujuh kali.4. Dengan ini bermakna lahirlah sebuah Negara

    Malaysia yang berdaulat terdiri daripada Sabah,

    Sarawak dan Singapura.

    Pengisytiharan Persekutuan Malaysia

    Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah ialah:-

    i. Tiada agama rasmi dan kebebasan beragama.ii. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.iii. Imigresen diletakkan di bawah kuasa kerajaannegeri.

    iv.Nama persekutuan dikenali sebagai Malaysia.v. Peruntukan kerusi parlimen.vi. Perlantikan ketua negeri ditentukan oleh ratu

    British dan Yang di-Pertuan Agong.

    Antara isi kandungan penting Perjanjian Persekutuan ialah:-

    i. Semua hal ehwal luar menjadi tanggunjawab KerajaanPersekutuan

    ii. Agama Islam sebagai agama Persekutuan kecuali diSarawak dan Sabah, agama lain bebas diamalkan.

    iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapibahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh

    digunakan.iv. Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasmi ialah

    bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas hariMalaysia.Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa

    mengawal imigresen dan perkhidmatan awam.

    v. Sarawak diperuntukan 24 kerusi, Sabah 16 kerusi danSingapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen.Rakyat

    bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yangsama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah

    Melayu.

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskanPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan hasil

    tuntutan 20 Perkara yang kemukakan oleh rakyat Sabah

    dan kemudian diterima oleh rakyat Sarawak.

    Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia

    telah ditandatangani di Malborough House, London,setelah mengambil kira Tuntutan 20 Perkara rakyat

    Sabah dan Sarawak.

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    8/11

    60

    i. Rundingan tidak rasmi di Tokyo pada bulan Mei 1963 antaraTunku Abdul Rahman dengan Presiden Sukarno menghasilkan

    persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak

    di Manila.

    ii. Sidang kemuncak Manila telah diadakan pada 30 Julai hingga 5Ogos 1963 membawa kepada pembentukan MAPHILINDO(Malaysia, Filipina dan Indonesia) dengan tujuan meningkat

    hubungan di kalangan Negara anggota. Sidang ini juga menuntutPBB membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sabah

    dan Sarawak untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

    iv. Persidangan yang diadakan di Tokyo pada bulan Jun 1964gagal kerana Indonesia enggan mengundurkan tenteranya danmenuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang

    Kemuncak Manila.

    Konfrontasi dan Perdamaian

    Usaha ke arah Perdamaian

    Pembentukan Malaysia bukan sahaja menyebabkan Indonesia dan Filipina bukan sahaja tidakmengiktiraf Malaysia, malahan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

    Indonesia bertindak lebih agresif dengan melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia. Pasukan tentera Indonesia telah menceroboh beberapa kawasan di Semanjung Malaysia, Sarawak

    dan Sabah.

    Walaupun Indonesia melancarkan dasar konfrontasi, namun kedua-dua pemimpin Malaysia danIndonesia tetap meneruskan usaha perdamaian.

    iii. Dalam Persidangan Bangkok pada bulan Februari 1964,Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak manakala Indonesiadiwakili oleh Dr. Subandrio. Kedua-dua pihak gagal

    mencapai kata sepakat tentang genjatan senjata.

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    9/11

    61

    Tindakan Malaysia

    Malaysia menghantar bantahan rasmi tentang pencerobohantentera Indonesia kepada Setiausaha Agung PBB melalui Menteri

    Keselamatan Dalam Negeri Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman.Namun tidak boleh mengambil tindakan kerana dihalang oleh

    kuasa veto Rusia.

    Dasar Konfrontasi Indonesia kendur apabila Sukarno digulingkan oleh Jeneral Suhartoselepas peristiwa Gestapo 30 September (cubaan rampasan kuasa PKI gagal)

    Kerajaan juga telah menyusun Askar Wataniah untukmempertahankan Negara daripada pencerobohan tenteraIndonesia.

    Malaysia mendapatkan bantuan ketenteraan daripada negaraKomanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand danKanada.

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    10/11

    62

    Rusuhan Kaum

    Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PETIR membangkitkan sentimen perkauman.

    Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura telah menggugatkeselamatan dan kemanan negara.

    Antara faktor pemisahan Singapura

    dari Malaysia

    Pemisahan Singapura

    Banyak masalah timbul dengan penyertaan Singapura dalam PersekutuanMalaysia.

    Isu-isu sensitif yang dibangkitkan oleh Singapura telah meretakanhubungan Kuala Lumpur Singapura yang kemudiannya menjadi faktor

    pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.

    Perikatan Parti Perikatan-PETIR

    PETIR mendakwa MCA tidak mewakili kepentingan orangCina.

    PETIR telah bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1964di Semenanjung Malaysia menentang parti Perikatan.

    Masalah Ekonomi

    Singapura menuntut supaya statusnya sebagai pusatperindustrian, perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi

    oleh kerajaan pusat.

    Singapura menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaanpusat.

    Konsep Malaysian Malaysia

    Menuntut hak yang sama rata bagi semua rakyat tanpa mengiraketurunan.

    Menafikan kedudukan raja-raja dan menentang hak istimewaorang Melayu dan bumiputera.

  • 8/14/2019 bab 7 peta minda.pdf

    11/11

    63

    Rumusan

    1. Penubuhan Malaysia memperlihatkan kejayaan Tunku sebagai ketua Menteri Persekutuan TanahMelayu.

    2. Pandangan jauh beliau telah berjaya merealisasikan pembentukan Malaysia yang terdiri daripadaSabah, Sarawak dan Singapura.

    1. Lee Kuan Yew dan pemimpin PETIR kerap mempertikaikanperuntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

    2. Hasrat Lee Kuan Yew dan PETIR yang cuba mengambil alihperanan parti MCA menyebabkan Tunku Abdul Rahmanmembuat pertimbangan menyingkirkan singapura daripada

    Malaysia.3. Pada 9 Ogos 1965, Pengisytiharan Pemisahan Singapura dari

    Malaysia dibuat di parlimen.

    4. Tunku Abdul Rahman merumuskan tindakan beliaumenyingkirkan Singapura adalah untuk mengelakan daripada

    berlakunya pembunuhan dan rushan kaum.

    5. Tun Abdul Razak mengulas tindakan penyingkiran Singapurasebagai membuang duri dalam daging dalam usaha memastikan

    keharmonian, keselamatan dan perpaduan rakyat Malaysia.