bab 7-2

2
Bab 7: Teknik Persempelan Perjawatan di dalam Kerajaan Malaysia terbahagi kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Kajian ini menumpukan hanya kepada penjawat awam dari gred 54 ke bawah sahaja. Populasi bagi kajian ini adalah semua penjawat sektor awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya di Kementerian Dalam Negeri. Kaedah penentuan sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah persempelan secara Disproportionate Stratified . Strata dibahagikan kepada kumpulan mengikut gred jawatan seperti di jadual 1. Jumlah sampel ditetapkan kepada 25% bagi setiap kumpulan responden yang dipilih secara rawak. Penetapan sampel dilakukan secara rawak mengikut kumpulan yang ditetapkan. Borang Soal selidik ini telah diagihkan kepada responden yang menepati tujuan kajian ini dilaksanakan. Walaubagaimanapun daripada 400 sampel yang dipilih, hanya 290 yang memberi respon kepada soal selidik tersebut dan menjadikan kadar respon kepada 72.5%. Sekaran (2007) menyatakan bahawa saiz sampel yang melebihi 30 hingga 500 adalah mencukupi untuk kebanyakan kajian. Oleh yang demikian saiz sampel dipertimbangkan untuk diterima di dalam kajian ini. Jadual 1 menunjukkan rumusan daripada persampelan yang dipilih bagi tujuan analisis data. KUMPULAN GRED JAWATAN JUMLAH SAMPEL A 41 54 100 B 27 40 100 C 17 - 26 100 D 1 16 100 Jadual 1 Bab 8 Kaedah Pengumpulan data Bagi kajian ini, satu borang kaji selidik dibina menggunakan kaedah suai padan dari beberapa kajian lepas yang sepadan bagi memastikan ianya dapat mengumpul informasi berkaitan kesedaran penjawat awam terhadap perancangan pesaraan. Isu utama dalam pembinaan kaji selidik ini adalah ianya perlu mencakupi kesemua keperluan bagi membolehkan persoalan kajian dijawab (Dunn & Huss, 2004). Kaedah pengumpulan data adalah dengan cara penghantaran borang soal selidik terus kepada responden dan pengumpulan data sekunder melalui rujukan data dari bahagian pencen Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Pemilihan responden adalah berdasarkan tempat penjawat awam berkhidmat iaitu di Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan menepati pemboleh ubah tidak bersandar seperti had umur, jumlah pendapatan serta pengetahuan kewangan.

Upload: ried-zall-hasan

Post on 15-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bab 7-2

TRANSCRIPT

Bab 7: Teknik PersempelanPerjawatan di dalam Kerajaan Malaysia terbahagi kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Kajian ini menumpukan hanya kepada penjawat awam dari gred 54 ke bawah sahaja. Populasi bagi kajian ini adalah semua penjawat sektor awam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya di Kementerian Dalam Negeri. Kaedah penentuan sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah persempelan secara Disproportionate Stratified. Strata dibahagikan kepada kumpulan mengikut gred jawatan seperti di jadual 1. Jumlah sampel ditetapkan kepada 25% bagi setiap kumpulan responden yang dipilih secara rawak. Penetapan sampel dilakukan secara rawak mengikut kumpulan yang ditetapkan.Borang Soal selidik ini telah diagihkan kepada responden yang menepati tujuan kajian ini dilaksanakan. Walaubagaimanapun daripada 400 sampel yang dipilih, hanya 290 yang memberi respon kepada soal selidik tersebut dan menjadikan kadar respon kepada 72.5%. Sekaran (2007) menyatakan bahawa saiz sampel yang melebihi 30 hingga 500 adalah mencukupi untuk kebanyakan kajian. Oleh yang demikian saiz sampel dipertimbangkan untuk diterima di dalam kajian ini. Jadual 1 menunjukkan rumusan daripada persampelan yang dipilih bagi tujuan analisis data.KUMPULANGRED JAWATANJUMLAH SAMPEL

A41 54100

B27 40100

C17 - 26100

D1 16100

Jadual 1Bab 8 Kaedah Pengumpulan dataBagi kajian ini, satu borang kaji selidik dibina menggunakan kaedah suai padan dari beberapa kajian lepas yang sepadan bagi memastikan ianya dapat mengumpul informasi berkaitan kesedaran penjawat awam terhadap perancangan pesaraan. Isu utama dalam pembinaan kaji selidik ini adalah ianya perlu mencakupi kesemua keperluan bagi membolehkan persoalan kajian dijawab (Dunn & Huss, 2004). Kaedah pengumpulan data adalah dengan cara penghantaran borang soal selidik terus kepada responden dan pengumpulan data sekunder melalui rujukan data dari bahagian pencen Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Pemilihan responden adalah berdasarkan tempat penjawat awam berkhidmat iaitu di Kementerian Dalam Negeri, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan menepati pemboleh ubah tidak bersandar seperti had umur, jumlah pendapatan serta pengetahuan kewangan.

The twelve-page bilingual questionnaire instrument was designed with five sections. The first section determines the level of score of good governance in the context of Malaysian government. Meanwhile, the second section gained responses regarding the effectiveness of the internal control procedures in the organization. The third section investigates on the level of the staff awareness as well as the effectiveness of the fraud prevention program. The perception towards fraud incidents is covered in section four. Finally, in section five, the respondent is required to provide on some information on the number of cases of fraud occurred in their organization for the last three years which is 2009, 2010 and 2011. The survey instrument also collected general information from the respondent regarding their demographic profile. They were required to give some basic information such as type of organization, size of organization, organizations specialization, years of experience and position level. This information would be useful when performing descriptive analysis.Borang kaji selidik yang diedarkan mempunyai 4 bahagian utama iaitu bahagian A, B, C dan D Bahagian A memperuntukkan responden untuk memberi maklumat asas seperti nama jabatan / unit, gred jawatan, jumlah emolumen bulanan, latarbelakang pendidikan serta maklumat tempoh pesaraan yang dipilih oleh responden. Maklumat ini akan digunakan semasa menjalankan analisis deskriptif. Bahagian B pula ditetapkan bagi mengenalpasti dan menilai tahap pengetahuan dan kefahaman responden terhadap aspek kewangan di mana, soalan menjurus ke arah kesedaran responden berkenaan proses membuat perancangan persaraan dengan betul. Selain itu, pengetahuan responden berkenaan dengan faktor inflasi yang akan mempengaruhi perancangan persaraan mereka juga dinilai di dalam seksyen ini. Bahagian C pula secara amnya mengkhususkan responden memberi maklumbalas berkaitan sikap terhadap pelaburan. Penilaian dibuat bagi mengenalpasti sejauh mana responden bersedia menghadapi risiko kewangan sebelum dan selepas bersara. Seterusnya, maklumat berkaitan kadar pulangan/keuntungan serta kesediaan responden mengambil risiko terhadap program yang ditawarkan oleh institusi kewangan atau pelaburan yang dilihat sebagai alat perancangan persaraan juga turut dinilai.Di dalam bahagian D, responden dikehendaki menjawab soal selidik berkaitan persediaan dan perancangan pesaraan. Ini bagi menilai tahap kesediaan responden menghadapi pesaraan kelak.Setiap soalan soal selidik menggunakan skala likert seperti dalam jadual 2

Pandangan skorstok

Sangat setuju 5

Setuju 4

Tidak pasti3

Tidak setuju 2

Sangat tidak setuju 1

Jadual 2