bab 6 imbangan pembayaran

20
BAB 6 IMBANGAN PEMBAYARAN (BOP)

Upload: cs1201

Post on 02-Feb-2016

641 views

Category:

Documents


55 download

DESCRIPTION

Ekonomi

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6 Imbangan Pembayaran

BAB 6

IMBANGAN PEMBAYARAN (BOP)

Page 2: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Apakah Imbangan Pembayaran (BOP)

• Rekod sistematik yang mencatatkan nilai aliran masuk dan keluar barang-barang, perkhidmatan dan pergerakan modal antara negara

• Catatan item dalam akaun BOP terkawal kerana ianya memberi petunjuk mengenai keadaan ekonomi semasa negara

Page 3: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOPa. Akaun Semasa• Mencatatkan aliran masuk dan keluar wang melalui

aktiviti eksport dan import barang-barang, perkhidmatan dan bayaran pindahan bersih antara negara.

• Imbangan pembayaran = nilai eksport – import barang2 nampak.

• Jika eksport > import; BOP positif, • Jika Import > eksport; BOP negatif• Eksport & import – urusniaga barang fizikal (hasil

industri & kilang, pertanian, perlombongan dan sebagainya.

Page 4: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOP – akaun semasa• Imbangan perkhidmatan = Eksport (E) perkhidmatan -

import (I) perkhidmatan • Eksport & import perkhidmatan dikenali E & I barang tak

nampak. • Jika E > I; Imbangan perkhidmatan positif• Jika I>E; Imbangan perkhidmatan negatif• Bayaran pindahan = unilateral transfer. • Akaun bayaran pindahan bersih = perbezaan penerimaan

bayaran pindahan dari luar negara dengan pembayaran pindahan ke luar negara.

• Melibatkan kerajaan & swasta. • Contoh: bantuan kewangan/ hadiah ant. Kerajaan &

swasta/ sumbangan berlaku dlm negara.

Page 5: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOP – akaun semasa• Akaun semasa = Imbangan pembayaran+

imbangan perkhidmatan + bayaran pindahan bersih.

EKSPORT BARANG & IMPORT BARANG• Imbangan Perdagangan (A)

EKSPORT PERKHIDMATAN & IMPORT PERKHIDMATAN• Imbangan Perkhidmatan (B)• Bayaran pindaan bersih (C)

A+B+C =Akaun Semasa

Page 6: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOP – akaun semasa• Di Malaysia, akaun semasa biasanya defisit kerana

akaun perkhidmatan negatif.

• Strategi bg meningkatkan akaun perkhidmatan kepada positif ialah:

i) mengurangkan perbelanjaan perjalanan ke luar negara ii) kurangkan penghantaran pelajar ke luar negara iii) kurangkan penggunaan khidmat pengangkutan dari negara asing.

Page 7: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOP b. Akaun modal (Terdiri dari 3 akaun): i. Akaun aliran modal jangka panjang. • Pergerakan modal antara kerajaan dgn kerajaan dlm jangka panjang

(unjuran modal rasmi) & pelaburan korporat / swasta jangka panjang.• Unjuran modal rasmi spt pinjaman & bayaran ant. Badan kerajaan

negara berkenaan dengan negara lain. • Pelaburan korporat termasuk penanaman modal langsung, pelaburan

iaitu pembelian saham / simpanan j/pjg dlm mata wang negara lain. • Imbangan modal jangka panjang=modal j/pjg diterima dari luar

negara - modal j/pjg dibayar keluar negara. • Jika modal j/pjg byk diterima dari luar negara berbanding

pembayaran ke luar negara, nilai modal positif. • Imbangan asas= akaun imbangan akaun semasa + Imbangan modal

j/pg

Page 8: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOP- akaun modal ii) Aliran modal jangka pendek • Aliran kewangan swasta jangka pendek (j/pdk) melalui 3

perbezaan: 1. aliran kewangan bank perdagangan 2. aliran kewangan badan-badan kewangan lain ** aliran (1) dan (2) = modal swasta bersih 3. aliran kewangan tidak dapat dikesan / rekod (dicatat sebagai “kesilapan & Ketinggalan”)• Contoh: Rakyat Malaysia melabur mll membeli saham luar negara bernilai 100 juta dlm tempoh kurang setahun.

Page 9: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOP- akaun modal • Imbangan keseluruhan = akaun modal + akaun

semasa. • Jika Imbangan keseluruhan positif, ia

diseimbangkan oleh Akaun Rizab Bank Negara. • Walaupun negatif, tetap diseimbangkan oleh

Akaun Rizab Bank Negara. • Akaun Rizab Negara = Akaun penyelesaian Rasmi (Official Settlement Account) – akaun imbangan bayaran sentiasa 0. • Akaun BOP sentiasa seimbang walaupun scr

praktikal ia tidak seimbang.

Page 10: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Komponen Utama BOP- akaun modal iii. Akaun perubahan rizab Bank Pusat. • Berperanan menyeimbangkan akaun BOP. • Terdapat 3 jenis: 1. akaun emas & mata wang asing. 2. akaun hak pengeluaran khas (SDR) 3. akaun simpanan utk tabung kewangan antarabangsa (IMF)• Jika perdagangan antarabangsa untung / negara

banyak terima pendapatan luar, Imbangan keseluruhan (+)

Page 11: Bab 6 Imbangan Pembayaran

CONTOH IMBANGAN PEMBAYARAN + Eksport barang 100 - Import barang 80 (A) Imbangan Perdagangan 20 + Eksport Perkhidmatan 80 - Import Perkhidmatan 110 (B) Imbangan Perkhidmatan -30 (C) Bayaran Pindahan Bersih - (Perbezaan A & B) -10 (D) Akaun Semasa = A+B+C -20 (E) Aliran Modal Jangka panjang 50 + Aliran modal rasmi 10 + Pelaburan swasta 40 (F) Imbangan asas = D+E 30 (G) Aliran Modal Jangka Pendek + Modal Swasta Bersih 10 + Kesilapan dan ketinggalan 10 20 (H) Imbangan Keseluruhan (F +G) 50 (I) Perubahan Rizab Bank Negara -50 Emas dan Wang Asing 30 SDR (Hak Pengeluaran Khas) 10 IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) 10 Imbangan Pembayaran 0

Page 12: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Adakah Imbangan Pembayaran Selalu Seimbang?• Selalunya BOP tidak seimbang iaitu imbangan

keseluruhan mungkin negatif atau positif • Akaun Rizab Bank Negara berperanan dalam memastikan

tiada lebihan atau kurangan dlm BOP. • Jika imbangan keseluruhan menunjukkan baki positif 50

bilion, maka akau Rizab Bank Negara menunjukkan baki negatif 50 bilion.

• Di Malaysia, imbangan perkhidmatan yang negatif menyumbang kepada BOP negatif atau defisit kerana Malaysia byk menggunakan perkhidmatan dr luar negara.

• Cth: melancong ke luar negara, belajar di luar negara, guna khidmat perunding luar negara dan duna khidmat pengangkutan asing .

Page 13: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Kesan Buruk – BOP Negatifi. Kehabisan rizab asing• aliran wang keluar melebihi wang masuk dimana rakyat guna rizab asing utk beli barang atau perkhidmatan negara luar. • Pada satu tahap, Rizab asing kehabisan stok dan menyebabkan negara tidak dapat mengimport terutama barangan perlu. ii. Mengelakkan pinjaman luar negara• jika stok mata wang asing kurang, kerajaan terpaksa pinjam daripada badan2 antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dsb.• Ini meningkatkan hutang negara disebabkan kadar bunga dikenakan. iii. Memburukkan kadar pertukaran mata wang asing. • permintaan mata wang asing yg tinggi ttp stok mata wang kurang menyebabkan kerugian kadar pertukaran mata wang asing. • Jika rakyat mengutamakan barangan import, Ringgit akan susut nilai (depreciate) berbanding mata wang asing, barang import lebih mahal dan berlaku masalah inflasi dalam negeri.

Page 14: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Kesan Buruk – BOP Negatifiv. Kesan buruk ke atas guna tenaga. • Import barang luar yang tinggi menyebabkan penurunan permintaan terhadap barang tempatan, pengeluaran domestik terjejas, dan pekerja dikurangkan dalam aktiviti pengeluaran tempatan (masalah pengangguran). v. Kesan buruk berterusan ke atas imbangan pembayaran. • Bila Import tinggi, mata wang tempatan turun nilai, harga barang import meningkat menyebabkan masalah inflasi domestik. • Apabila inflasi, orang ramai terus menggunakan barang import kerana murah dan pelabur tidak minat melabur dalam negara. Aliran keluar wang dan modal berterusan dan memburukan imbangan pembayaran.

Page 15: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Cara-cara membaiki Imbangan Pembayaran Defisit i) Menggunakan cadangan emas dan mata wang asing. • dalam jangka pendek, kerajaan membiayai lebihan permintaan wang asing mll stok emas dan

mata wang asing dlm simpanan Bank Negara. • Dalam j/pdk stok rizab asing semakin berkurang dan kehabisan bekalan.

ii) Menggunakan kadar pertukaran tetap• kerajaan menetapkan harga mata wang tempatan negara berbanding mata wang lain. • Jika barangan import US meningkat, kerajaan menetapkan pertukaran matawang sebanyak

RM3.80= 1USD.• Nilai ringgit tidak berubah berbanding mata wang US.

iii) Mengehadkan import. • kerajaan kurangkan import mll cukai import atau tarif dan mengenakan kuota. T• Tarif menaikkan harga barang import dan beri hasil kpd kerajaan. Tarif berkesan jika barang import

anjal. Kenaikan harga barang sedikit, permintaaan barangan import turun. • Kuota mengehadkan jumlah barang yang boleh diimport dan kurangkan permintaan mata wang

asing. • Kerajaan juga mengenakan embargo - mengharamkan barangan tertentu dari diimport.

Page 16: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Cara-cara membaiki Imbangan Pembayaran Defisit iv) Kawalan ke atas pertukaran mata wang asing• kawalan thdp pengimport dan pengeksport. Kerajaan bertindak sebagai

monopoli kepada pengawal mata wang asing. • Pengimport perlu mendapat kebenaran drpd kerajaan jika ingin membeli barang-

barang dari luar negara. • Bank negara mengawal jumlah barang diimport dan mata wang asing diminta

kerana pengeksport menyerahkan mata wang asing diperoleh kepada Bank Negara.

v) Menaikkan kadar bunga• Kerajaan menaikkan kadar bunga domestik dengan menarik pelabur-pelabur

dana masuk ke dalam negara terutama pelabur jangka pendek. • Simpanan negara adalah daripada permintaan pelabur kepada wang tempatan

vi) Melaksanakan dasar deflasi• Dasar penguncupan dalam permintaan agregat dimana polisi fiskal lebihan dan

polisi kewangan menguncup dilaksanakan. • Jumlah mata wang beredar dlm negeri berkurang dan kuasa membeli juga

berkuran dan import berkurangan.

Page 17: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Cara-cara membaiki Imbangan Pembayaran Defisit vii) Menggalakkan eksport• Menggalakan pengeluaran barang dalam negeri dan meningkatkan eksport

dengan cara pemberian insentif berupa subsidi dan pengurangan tarif eksport. • Barang tempatan lebih murah di pasaran antarabangsa, pengeluar tempatan

meningkatkan kecekapan dan kos pengeluaran diminimumkan.• Harga barang dijual tidak tinggi dan bersaing di pasaran antarabangsa. viii) Melaksanakan dasar devaluasi• Menurunkan mata wang tempatan berbanding matawang asing. • Devaluasi menyebabkan mata wang tempatan lebih murah, eksport barang dan

perkhidmatan menjadi lebih murah bagi negara luar. • Cth: Jika tukaran ringgit dan USD ditetapkan pada RM3.80=1 USD. Jika kerajaan

menurunkan nilai ringgit pada RM4.60=1USD, nilai ringit murah dan menggalakkan eksport, mengurangkan import kerana USD menjadi mahal.

Page 18: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Keberkesanan langkah-langkah membaiki BOP Defisit.

i) Kelemahan menggunakan cadangan emas dan mata wang asing. • Langkah berkesan jangka pendek dan mengurangkan kuasa mengimport untuk masa depan. • Menimbulkan masalah kekurangan penawaran wang dalam negeri kerana rakyat menawarkan

ringgit untuk mendapatkan wang asing dan mengurangkan rizab, pengurangan penawaran wang menyebabkan permintaan domestik merosot dan jualan barang tempatan merosot.

ii) Kelemahan menggunakan kadar pertukaran rasmi. • Memerlukan jualan stok emas dan rizab asing untuk mengekalkan pertukaran yg ditetapkan. • Bila rizab kurang atau habis, ia mendatangkan masalah dalam mengimport barang perlu dari

luar negara. • Strategi ini hanya berjaya jika negara lain tidak menetapkan kadar pertukaran yang bam. Jika

US merendahkan mata wangnya, kadar pertukaran berbalik kepada asal. • Polisi ini akan juga menyebabkan pengaliran berterusan stok emas dan rizab jika import masih

tinggi dan penawaran wang dalam negeri berkurang, permintaan domestik turun dan pengeluaran barang dalam negara merosot.

Page 19: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Keberkesanan langkah-langkah membaiki BOP Defisit.

iii) Kelemahan menggunakan sistem kawalan pertukaran• Sukar untuk mendapatkan kerjasama pengeksport untuk

menyerahkan emas dan rizab asing kepada pihak berkuasa kewangan.

• Manakala pengimport akan berurusan dengan pihak yg memberi pertukaran lebih murah daripada kerajaan dan menyebabkan peningkatan perniagaan mata wang negara secara haram (pasaran gelap).

iv) Kelemahan menaikkan kadar bunga• Jika kadar bunga simpanan dinaikkan kadar bunga pinjaman

turut dinaikkan. • Permintaan untuk meminjam kurang dan pelaburan juga kurang.

Page 20: Bab 6 Imbangan Pembayaran

Keberkesanan langkah-langkah membaiki BOP Defisit.

v) Kelemahan menggunakan tarif• Tarif menyebabkan barang import mahal. • Jika barang import penting kepada ekonomi atau permintaan tidak anjal, permintaan

akan tetap dilakukan dan menyebabkan masalah inflasi. • Ia hanya berjaya jika negara lain tidak melaksanakan strategi yang sama.

vi) Kelemahan dasar deflasi. • Deflasi- mengurangkan perbelanjaan agregat mll polisi fiskal lebihan dan polisi

kewangan menguncup. • Jika perbelanjaan agregat berkurang, permintaan barang domestik berkurang,

menjejaskan pengeluaran, meningkatkan pengangguran. • Dasar ini memerlukan byk masa untuk berkesan

vii) Kelemahan dasar devaluasi• Dasar ini berjaya jika negara lain tidak melaksanakan dasar yang sama. • Penawaran barang dalam negara untuk eksport mestilah anjal iaitu, negara mesti

mengeluarkan barang dikehendaki oleh luar negara. • Jika tidak mampu, devaluasi tidak berjaya.