prinsip landskap (1)

Click here to load reader

Post on 31-Oct-2015

186 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

  • PERANCANGAN& PEMBANGUNAN LANDSKAPDEFINISI: Menurut Laurie (1975): Senibina Landskap bermaksud: Perancangan dan reka bentuk tanah & air untuk kegunaan awam.

    Perancangan : Suatu pendekatan di mana tanah dilihat sebagai sumber yang perlu diurus bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat.

    Rekabentuk: Pengurusan dan pengaturan sekeping tanah yang telah ditentukan melalui proses perancangan berdasarkan sesuatu tujuan, seperti perumahan, pendidikan dan rekreasi.

  • DEFINISI LANDSKAP:Menurut Hubbard dan Kimball (1917), Senibina landskap merupakan: Seni halus di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara.

    Menurut Garrett Eckbo (1950), Senibina landskap merupakan: sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan).

  • SENIBINA LANDSKAP SEBAGAI SATU BIDANG Masyarakat secara umumnya mengkaitkan bidang senibina landskap sebagai: Mereka-mereka yang terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan tukang kebun Istilah Arkitek landskap (landscape architect) telah di cipta oleh Frederick Law Olmstead pada tahun 1958. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pertanian. Bidang kerja arkitek landskap biasanya mempunyai hubungan kait dengan bidang-bidang lain seperti senibina, kejuruteraan, perancang dan juga pengurusan taman-taman.

  • KOMPONEN-KOMPONEN PRAKTIS (PRACTICE) DALAM SENIBINA LANDSKAP MODEN 1.Perancangan dan penilaian landskap 2.Perancangan tapak 3.Rekabentuk landskap

  • SEJARAH SENIBINA LANDSKAPMenurut Laurie dalam An introduction to Landscape Architecture, sejarah seni taman/landskap perlu dikaji atas 2 sebab: 1. Perhubungan manusia & persekitaran 2. Taman-taman silam mempengaruhi rekabentuk taman- taman masa kini dan masa hadapan

    Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan: a. Fizikalb. Sosial c. Ekonomi

  • Fakta-fakta fizikal termasuk:a. Iklimb. Geografi

    Fakta-fakta sosial termasuk: i. Kepercayaan: kepercayaan agama kepercayaan tradisi dan amalan falsafah dan kesenian

    ii. Sejarah dan penyatuan kebudayaan: penjajahan perdagangan peperangan

    iii. Fakta Ekonomi: - lambang kemewahan

  • HUBUNG KAIT PERTANIAN DENGAN LANDSKAPLandskap dan pertanian mempunyai perkaitan yang jelas dan penting. Kawasan pertanian dapat digunakan sebagai kawasan landskap dan sebaliknya. Perkaitan ini mencakupi kehendak serampang dua mata iaitu:a)Mendapatkan hasil yang lumayan daripada pengusahaan tanaman ekonomib)Memenuhi keperluan menghayati dan menikmati nilai estetika

  • HUBUNGKAIT PERTANIAN DENGAN LANDSKAPKawasan yang diusahakan untuk pertanian bukan sahaja mampu memberikan hasil yang lumayan, malah sekiranya dirancang dengan baik, kawasan pertanian ini turut mempunyai nilai estetika. Tanaman seperti kelapa sawit dan getah misalnya ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu supaya penggunaan kawasan dapat dioptimumkan. Susunan ini secara tidak langsung memberikan pemandangan yang menarik dan turut menyokong sektor agrotourism.

  • KEPENTINGAN LANDSKAPSangat penting dlm kehidupan manusia.Manusia blh menjalani kehidupan dgn lebih selesa dan berharmoni melalui susunan dan gabungan landskap yg menarik.Blh diperolehi melalui aktiviti-aktiviti pelandskapan iaitu, merancang, merekabentuk, membangun dan menyenggara sesuatu ruang atau kawasan.Ianya dpt dicapai dengan menggunakan elemen-elemen landskap ciptaan tuhan dan binaan manusia.

  • LANDSKAP DI MALAYSIA Perkataan landskap hanya diketahui oleh rakyat Malaysia pada hujung tahun 70an, walaupun telah mempraktikkan konsep, proses dan prinsip reka bentuk landskap sejak awal sejarah negara lagiLandskap sesebuah negara wujud kerana keperluan penduduknya sebagai pengguna yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, umur, jantina dan kebudayaanPenggunaan landskap bergantung kepada keadaan sekeliling seperti bentuk muka bumi, iklim, tumbuhan, lokasi dan pemandangan kawasan persekitaran

  • Tanaman yang berbau dan berwarna warni yang digemari oleh orang melayu

  • LANDSKAP DI MALAYSIALandskap berkait rapat dengan cara hidup orang Melayu, Cina dan India. Ini boleh dilihat melalui cara pemilihan tanaman di sekeliling kawasan rumahContohnya : Di kawasan rumah orang Melayu banyak ditanam dengan tanaman bauan, ulaman, herba dan ubatan. Antaranya canangium odoratum (kenanga), Jasminum sambac (Melur), Vallaris glabra (kesidang), cosmos violaceace (ulam raja), Cymbopogon nardus (serai), Languas galanga (lengkuas), Curcuma domestica (kunyit) dan lawsonia inermis (inai)

  • Canangium odoratum

  • Vallaris glabra

  • Jasminum sambac

  • Cosmos violaceace

  • Cymbopogon nardusLanguas galanga

  • Curcuma domesticalawsonia inermis

  • LANDSKAP DI MALAYSIAOrang Cina gemarkan tanaman berwarna merah dan kuning. Cth: pokok adenium obesum (desert rose) kerana percaya warna merah dpt memberi lebih rezeki dan wang.

  • Adenium obesumCrossandra undulaefolia

  • Adenium obesumErvatamia divaricata

  • LANDSKAP DI MALAYSIAOrang India pula gemar pada jenis bunga harum yang berwarna-warni digunakan sebagai hiasan sanggul / upacara keraian / keagamaan. Cth: melor, krosandra (crossandra undulaefolia) dan susun kelapa (ervatamia divaricata)

  • Ervatamia divaricata

  • LANDSKAP DALAM KEHIDUPAN ORANG MELAYU Orang melayu menghayati dan menghargai keindahan taman di halaman rumah / istana yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan terutamanya jenis bauan sering digambarkan di dalam buku sastera klasik melayu seperti Hikayat Malim Deman

    Berdasarkan maklumat tersebut, kita mengetahui bahawa halaman dan taman yang ada dalam kehidupan orang melayu dipenuhi dengan pelbagai unsur landskap seperti air, struktur keras, pagaran, jalan, ukiran dan juga unsur reka bentuk seperti bentuk, tekstur warna dan garisan.

  • Bentuk rumah Malaysia di Taman Mini ASEAN, Melaka yang menunjukkan cara pelandskapan di kawasan rumah.

  • Landskap halaman rumah di kawasan FELDA yang telah diubahsuai daripada bentuk asal.

  • Pemandangan landskap kediaman dalam suasana perkampungan

  • Terminologi Landskap:1. Landskap a. Rupa daratan yang meliputi apa sahaja yang dapat dilihat di atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan sebagainya.b.Pemandangan di atas daratan (bumi) yg mengandungi unsur-unsur ciptaan Tuhan dan bahan binaan manusia, termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan.

    Cth landskap ialah spt pemandangan di kampung, bandar, pergunungan, persisiran pantai, sungai, hutan rimba, padang pasir dll pemandangan di atas bumi.

  • Terminologi Landskap:2. Pelandskapan i. Satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia di samping mewujudkan suasana yang indah dan harmoni dengan persekitaran semulajadi.ii. Merujuk kegiatan merancang, merekabentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia.

  • Terminologi (samb...)3. Reka bentuk landskap memilih dan menyusun atur elemen landskap seperti tumbuhan, struktur, air, batu batan untuk mewujudkan ruang di kawasan luaran (luar bangunan). merupakan satu seni mengubah dan menyusun elemen landskap berasaskan prinsip reka bentuk.

    4. Pereka bentuk landskap individu yang mereka bentuk landskap.

  • Terminologi (samb...)

    5. Arkitek landskap seorang profesional yang bertauliah dalam bidang seni bina landskap untuk menjalankan kerja merancang dan mereka bentuk landskap.

    6. Kontraktor landskap seorang peniaga yang membuat kerja-kerja pembinaan landskap.

  • Tanaman ditanam untuk memainkan pelbagai fungsi bergantung kepada keadaan tapak atau lokasi.Setiap tapak atau lokasi biasanya mempunyai masalah yang tertentu.Antara objektif dan fungsi penanaman adalah untuk mengurangkan atau mengatasi masalah- masalah di tapak atau lokasi yang berkenaan.

  • Prinsip-prinsip rekabentuk landskap

  • Prinsip Reka Bentuk LandskapPrinsip reka bentuk landskap adalah tatacara menyusun dan mengolah elemen-elemen landskap terutamanya tumbuh-tumbuhan dalam satu kombinasi yang sesuai, menarik dan berfungsi. Dalam reka bentuk landskap, satu atau beberapa prinsip digunakan bagi -menggabungkan elemen-elemen landskap dalam satu-satu kawasan.

  • PRINSIP REKA BENTUK LANDSKAP

    Terdapat 5 prinsip landskap:i.Ukuran/Skalaii.Keringkasaniii.Keanekaaniv.Keseimbangan v.Turutan/Ulangan

  • Prinsip Reka Bentuk LandskapUkuran/Skala Perbandingan saiz di antara elemen-elemen yang ada serta perbandingan saiz di antara manusia dan persekitarannya. Penggunaan elemen-elemen yang besar dalam ruang yang sempit akan menampakkan kawasan menjadi lebih kecil daripada sebenarnya. Sementara penggunaan elemen-elemen yang kecil dalam ruang yang luas akan menampakkan kawasan menjadi lebih besar daripada saiz sebenarnya.

  • Prinsip Reka Bentuk LandskapUkuran/Skala

    Ukuran/skala menggambarkan perbandingan antara saiz elemen dengan tanaman dalam landskap.

    Pemilihan elemen landskap, reka bentuk dan tanaman perlu sesuai dengan saiz rumah dan luas kawasan.

    Pemilihan ukuran akan mencetuskan perasaan / persepsi tentang saiz sesuatu ruang.

    Contoh: untuk kawasan/ruang yang sempit sesuai ditana