bab 4 (saling bersandaran antara organisma hidup)

Upload: nitto2denko

Post on 09-Jan-2016

295 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bab 4 Tingkatan 2

TRANSCRIPT

Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup : Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan Ekosistem

Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup : Spesies, Populasi, Komuniti, Habitat dan EkosistemSpesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyaiciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiak menghasilkan anak.Contoh : spesies rama-rama

Populasi ialahsekumpulan organisma daripada spesies yang samahidup dan membiak di kawasan yang sama.Contoh : populasi monyet

Komuniti ialahbeberapa populasihaiwan dan tumbuhan yanghidup bersama-samadan saling bersandaran antara satu sama lain.Contoh : populasi zirafah yang hidup bersama populasi zebra membentuk satu komuniti

Habitat merupakantempat tinggal semula jadibagi organisma. Ini adalah bagi tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.Contoh : Hutan Hujan Tropika

Ekosistem terdiri daripadabeberapa komunitiyang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta juga mempunyai hubungan dengan persekitarannya yang merangkumibenda bukan hidupseperti air, udara, tanah dan cahaya matahari.

Interaksi Antara Organisma Hidup : Mangsa-Pemangsa, Persaingan, Simbiosis, Komensalisme, Mutualisme, dan ParasitismeMANGSA-PEMANGSAIni adalah hubungan antaraorganisma yang memakanorganisma lain dan jugaorganisma yang kena makan. Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa, manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa.

Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.

PERSAINGANa) Persaingan IntraspesiesHubungan antara organisma yangbersainguntuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalamspesies yang sama.

Sebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.

PERSAINGANb) Persaingan InterspesiesHubungan antara organisma yangbersainguntuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalamspesies yang berlainan.

Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.

SIMBIOSISa) KomensalismeKomensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengansatu organisma mendapat faedahdaripada organisma laintanpa menjejaskannya.

Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)

SIMBIOSISb) MutualismeMutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengankedua-duanya mendapat faedah.

Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya.Kerbau tidak perlu garu sebab gatal.

SIMBIOSISc) ParasitismeParasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengansatu organisma mendapat faedah, manakala yangsatu lagi mendapat kerugian.

Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.

Kawalan Biologi : Kebaikan dan KeburukanKawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan tanpa menggunakan racun serangga (bahan kimia). Kebiasaannya, interaksimangsa-pemangsadigunakan sebagai kawalan biologi di Malaysia.

Sebagai contohnya, burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit. Contoh lain adalah seperti memelihara ikan dalam kolam bagi memakan jentik-jentik.

Burung hantu dipelihara di ladang sawit untuk memakan tikus

Kumbang Ladybird memakan afit, perosak tumbuhan

Ikan guppy dipelihara dalam kolam untuk memakan jentik-jentik

Ular dipelihara di ladang sawit untuk menangkap tikus

Kebaikan Kawalan Biologia) Murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggib) Selamat digunakan tiada kesan sampinganc) Tidak mencemarkan alam sekitard) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosakKeburukan Kawalan Biologia) Memerlukan masa yang lebih lamab) Sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidupc) Perlu perancangan dan pengurusan yang lebih telitiSiratan Makanan : Hubungan Pengeluar, Pengguna dan PenguraiSiratan makanan adalah merupakan gabungan daripada beberapa rantai makanan. Manakala rantai makanan pula adalah satu aturan yang terdiri daripada hubungan antaran pengeluar, pengguna dan juga pengurai.

Siratan MakananSiratan Makanan ialah gabungan daripada beberapa rantai makanan.

Rantai MakananRantai makanan pula ialah terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai

PengeluarPengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis

PenggunaPengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu Pengguna Primer, Pengguna Sekunder dan Pengguna Tertier.

a) Pengguna PrimerPengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahaja

b) Pengguna SekunderPengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primer

c) Pengguna TertierPengguna tertier ialah pengguna yang memakan pengguna sekunder

PenguraiPengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.

Fotosintesis : Faktor-Faktor Yang Diperlukan dan KepentingannyaFotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari.

*Klorofil adalah pigmen (pewarna) hijau yang dapat memerangkap cahaya matahari

Faktor-Faktor Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis1. Cahaya matahari2. Klorofil3. Air4. Karbon DioksidaKepentingan Fotosintesis1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara

Kitar KarbonKitar karbon adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.

Kitar OksigenKitar oksigen adalah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan.

Pemuliharaan dan Pemeliharaan Hidupan Liar di MalaysiaTahukah anda Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau akan pupus dalam masa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera! Setelah kehilangan tiga subspesies harimau, iaitu spesies Bali, Jawa dan Caspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3 200 ekor harimau daripada enam subspesies lain.

PemuliharaanPemuliharaan bermaksud usahamemulihkan dan memeliharasumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

PemeliharaanPemeliharaan pula bermaksud usahamengekalkan keadaan asalsumber-sumber alam semula jadi daripada musnah.Langkah-Langkah Pemuliharaan dan Pemeliharaan

1. Penguatkuasaan undang-undang- menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar- mengawal kegiatan pembalakanharam- mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan

2. Hutan Simpanan-memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam

3. Tanam Semula- menggantikan pokok yang telah ditebang

4. Pendidikan- meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya

5. Pembalakan secara berpilih-hanya menebang pokok yang matang

6. Santuari- mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan

7. Pusatpembiakan- membiakkan haiwan yang hampir pupus

8. Kitar Semula- menggunakanbahan seperti kertas