bab 4 pemikiran sosial dan kemasyarakatan

14
BAB 4 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM 3. Pemikiran Sosial dan Kemasyarakatan Islam 3.1 Kedudukan Wanita dalam Islam 1. Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan mulia berbanding pada zaman jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam. Malah dalam al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan surah al-Nisa’ (wanita) yang memberi gambaran bahawa Islam mengiktiraf kedudukan wanita. 2. Sebelum kedatangan Islam kedudukan wanita begitu rendah sekali sehingga disamakan dengan hamba. Mereka dianggap sebagai barangan dagangan, tiada kebebasan, hanya tinggal dirumah, tiada hak menimba ilmu dan sebagainya. 3. Menurut Abu A’la al-Maududi, masyarakat Yunani menganggap wanita sebagai sumber maksiat, kejahatan, keburukan dan segala yang bersifat negatif. Dalam masyarakat jahiliyah, mereka sanggup membunuh anak perempuan yang baru lahir semata-mata untuk mengelak keaiban yang mungkin terjadi akibat perbuatan maksiat anak perempuan mereka apabila besar nanti. 4. Kedatangan Islam telah mengembalikan kedudukan wanita pada tempatnya sebenar. Perbezaan antara lelaki dan wanita bukan berdasarkan fizikal, status gender, kedudukan dan sebagainya tetapi berdasarkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t., sebagaimana fiman Allah s.w.t: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan- Nya” (Surah al-Hujurat: ayat 11) 5. Konsep persamaan antara lelaki dan wanita dalam Islam tidak sama sebagaimana yang diamalkan di Barat. Barat mengamalkan persamaan dalam semua aspek, peluang, hak dan peranan tanpa melihat dari segi kesesuaian mengikut gender. 6. Islam tidak meletakkan persamaan lelaki dan wanita dalam bentuk yang sekata tetapi bersifat adil dengan mengambilkira kesesuaian dari segi kelayakan, kesediaan dan fitrah kejadian. 3.1.1 Peranan Wanita 1

Upload: matserabut

Post on 06-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

BAB 4PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

3. Pemikiran Sosial dan Kemasyarakatan Islam

3.1 Kedudukan Wanita dalam Islam1. Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan mulia berbanding pada zaman jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam. Malah dalam al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan surah al-Nisa (wanita) yang memberi gambaran bahawa Islam mengiktiraf kedudukan wanita.2. Sebelum kedatangan Islam kedudukan wanita begitu rendah sekali sehingga disamakan dengan hamba. Mereka dianggap sebagai barangan dagangan, tiada kebebasan, hanya tinggal dirumah, tiada hak menimba ilmu dan sebagainya.3. Menurut Abu Ala al-Maududi, masyarakat Yunani menganggap wanita sebagai sumber maksiat, kejahatan, keburukan dan segala yang bersifat negatif. Dalam masyarakat jahiliyah, mereka sanggup membunuh anak perempuan yang baru lahir semata-mata untuk mengelak keaiban yang mungkin terjadi akibat perbuatan maksiat anak perempuan mereka apabila besar nanti. 4. Kedatangan Islam telah mengembalikan kedudukan wanita pada tempatnya sebenar. Perbezaan antara lelaki dan wanita bukan berdasarkan fizikal, status gender, kedudukan dan sebagainya tetapi berdasarkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t., sebagaimana fiman Allah s.w.t: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (Surah al-Hujurat: ayat 11)5. Konsep persamaan antara lelaki dan wanita dalam Islam tidak sama sebagaimana yang diamalkan di Barat. Barat mengamalkan persamaan dalam semua aspek, peluang, hak dan peranan tanpa melihat dari segi kesesuaian mengikut gender.6. Islam tidak meletakkan persamaan lelaki dan wanita dalam bentuk yang sekata tetapi bersifat adil dengan mengambilkira kesesuaian dari segi kelayakan, kesediaan dan fitrah kejadian.

3.1.1 Peranan WanitaAntaranya:1. Melaksanakan tanggungjawab sebagai anak terhadap ibubapa atau isteri kepada suami serta mengurus rumahtangga2. Membimbing sesama wanita dan pendidik.3. Turut serta menyebarkan dakwah seperti yang ditunjukkan oleh saidatina Khadijah (isteri baginda Rasulullah) yang sentiasa membantu usaha dakwah Rasulullah s.a.w

3.1.2 Hak-hak Wanita

a. Hak Kerohanian dan Keilmuan1. Wanita berhak meningkatkan dan menyempurnakan ilmu pengetahuan khususnya ilmu fardhu ain di luar rumah seperti di surau dan di masjid bagi meningkatkan keimanan dan amal soleh.

Dan sesiapa yang mengerjakan amal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya sedikitpun (an-Nisa: 124)

b. Hak Berekonomi1. Wanita tidak dinafikan hak mereka untuk mendapat habuan ekonomi. Islam mendahului barat dalam memberi peluang kepada wanita untuk turut serta mencari harta benda dan kekayaan.2. Islam tidak melarang wanita bekerja selagi tidak melanggar batas-batas syarak seperti memelihara maruah, pakaian dan pergaulan.3. Upah atau gaji yang diperolehi adalah hak mereka dan tidak berkewajipan menanggung keluarga jika telah bersuami kecuali atas kerelaan sendiri.

c. Hak Sivil1. Wanita mempunyai hak untuk hidup dan haram pembunuhan ke atas mereka. 2. Sementara hak sivil bagi wanita sebagai isteri, mereka bukan harta bagi suami yang boleh diperlaku atau diperguna sewenang-wenangnya. Mereka berhak untuk mendapat nafkah dan perlindungan serta kasih sayang.

d. Hak Mendapat Pendidikan1. Wanita dalam Islam turut diberi galakkan menimba ilmu pengetahuan. Bukan sahaja ilmu fardhu ain malah ilmu fardhu kifayah.2. Berdasarkan ilmu yang dimiliki mereka juga memainkan peranan menyumbang ke arah pembangunan negara.

e. Hak Undang-undang1. Dari segi undang-undang, lelaki dan wanita adalah sama mereka berhak mendapat jaminan keselamatan hidup dan harta benda.2. Jika mereka melakukan kesalahan maka hukuman tetap dikenakan tanpa ada diskriminasi gender. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi saksi perundangan dan mengemukakan pendapat atau hujah.3. Firman Allah s.w.t: Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al-Maidah: 38)f. Hak untuk Berkahwin1. Wanita diberi hak untuk memilih dan menentukan pasangan hidupnya dan boleh menolak lamaran lelaki jika ia tidak menyukainya atas sebab yang munasabah.2. Wanita yang berkahwin mempunyai hak ke atas suaminya seperti nafkah dan pergaulan yang baik. g. Hak Mendapat Balasan dan Ganjaran1. Islam tidak membezakan lelaki dan wanita dalam memberi ganjaran dan balasan terhadap segala perbuatan yang dilakukan di dunia dan di akhirat.

3.2 Kedudukan Anak-anak Menurut Islam

1. Anak merupakan anugerah Allah s.w.t kepada pasangan suami isteri yang sentiasa berhajat dan mengharapkan kurniaan tersebut. Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mempunyai perasaan dan keinginan untuk memilki zuriat atau anak.2. Kanak-kanak merupakan pelapis yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan bagi meneruskan kepimpinan. Oleh itu, kanak-kanak adalah amanah Allah s.w.t kepada setiap pasangan suami isteri yang perlu dilaksanakan dengan baik. Firman Allah s.w.t: Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (at-Tahriim: 6)3. Ayat al-Quran di atas dapat difahami bahawa ibubapa berkewajipan dan bertanggungjawab memelihara dan mendidik keluarga khususnya anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan berguna dengan memberi didikan yang sempurna terutama pendidikan agama agar selamat di dunia dan juga di akhirat. Sesungguhnya anak yang soleh akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibubapanya sama ada semasa hidup atau sudah meninggal dunia. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya4. Bagi memastikan anak-anak memiliki ciri-ciri insan soleh, mereka wajib diberi pendidikan dan pendedahan tentang Islam sejak dari dalam kandungan lagi. 5. Selain itu, Ibubapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi dari sumber yang halal dan berkat. Ibubapa juga digalakkan mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membaca al-Quran, berzikir, melaksanakan ibadah sunat dan sebagainya.

3.2.1 Hak-hak anaka. Hak sebelum dilahirkan1. Iaitu hak untuk mempunyai ikatan ibubapa yang sah taraf atau ibubapa yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah dari segi syarak.2. Tujuannya ialah supaya salasilah keluarga akan terus terpelihara dan yang paling penting ialah akidah Islam akan terus dijaga. Justeru Islam melarang orang Islam mengahwini orang bukan Islam.

b. Hak selapas dilahirkan1. Antaranya hak diazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sebaik sahaja anak dilahirkan. Tujuannya ialah supaya kalimah yang mula didengari adalah kalimah mengesakan dan membesarkan Allah s.w.t, kalimah syahadah, menunaikan solat dan menuju kejayaan.2. Seterusnya perlu dicukur rambutnya (tahnik) dan aqiqah. Sebaik-baiknya sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Anak-anak juga berhak peroleh nama yang baik daripada ibubapa. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh ibu tiga perkara: mengelokkan namanya bila ia lahir, mengajarkannya al-Quran apabila matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh.3. Hak lain ialah hak menyusu dan khitan.

c. Hak untuk hidup1. Anak adalah amanah Allah yang wajib dijaga, dibelai dan diberi kasih sayang. Justeru Islam melarang sama sekali pembunuhan terhadap bayi atau kanak-kanak.2. Anak-anak perlu diberi latihan jasmani yang secukupnya agar pertumbuhan fizikal mereka seimbang dengan perkembangan rohaniah.3. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar mereka dapat membezakan antara kebatilan dan kebenaran, antara batas yang diharuskan dan yang diharamkan.

d. Hak memperoleh pendidikan dan ilmu1. Pendidikan anak-anak bemula dari kandungan ibunya lagi. Oleh itu, ibu yang dalam proses kehamilan disaran supaya memperbanyakkan membaca al-Quran. Antara surah pilihan ialah surah Yusuf, Marian, Luqman dan al-Taubah.2. Penekanan kepada pendidikan agama harus diberi perhatian serius oleh ibubapa dalam usaha membentuk syahsiah diri anak-anak mereka. 3. Islam telah meletakkan asas mendidik anak-anak, antaranya:a. Mengajar mengenal Allah s.w.t Tujuannya ialah supaya anak-anak dapat mengetahui siapa pencipta manusia dan alam yang sebenar dan dapat mengetahui matlamat hidup mereka. Selain itu, mendidik anak-anak supaya tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (Luqman: 13)b. Mengajar sembahyang Ibubapa berkewajipan mengajar anak-anak mereka cara sembahyang sejak kecil lagi. Dengan itu, anak-anak akan dapat melaksanakan sembahyang dengan sempurna dan mengetahui akan kewajipan serta tujuan sembahyang disyariatkan. Mereka tidak akan meninggalkan sembahyang walau apa keadaan sekali pun dan walau di mana mereka berada. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: Ajarlah anak-anak kamu sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka tempat tidur

c. Mengajar ilmu pengetahuan Ibubapa perlu menyemai minat anak-anak untuk membaca dan rasa cintakan ilmu pengetahuan serta mengajar mereka menghormati guru. Ilmu yang diajar kepada anak-anak meliputi segala ilmu yang memberi manfaat kepada mereka termasuk ilmu sains dan teknologi serta ICT.

d. Mengajar al-Quran Anak-anak hendaklah diajar membaca al-Quran sejak kecil lagi. Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintaka keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh Arash Allah s.w.t pada hari yang tidak ada naungan selain darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya Anak-anak juga perlu diajar memahami isi kandungan al-Quran supaya mereka mengetahui segala ilmu yang terkandung dalam al-Quran dan seterusnya menjadikan al-Quran sebagai panduan dan teman dalam kehidupan.

e. Mendidik mengenali kejadian alam Ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya sentiasa menjaga dan memelihara alam sejak kecil dengan memberi penekanan kepada kepentingan alam yang Allah s.w.t ciptakan kepada manusia. Anak-anak perlu diberi penjelasan bahawa segala bentuk pencemaran dan kerosakan alam yang sering berlaku adalah akibat daripada tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Firman Allah s.w.t:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (Ruum: 41)f. Mendidik akhlak mulia Ibubapa berkewajipan mendidik anak-anak dengan akhlak mahmudah (mulia) seperti amanah, jujur, ikhlas, taat, menghormati orang lain, bercakap benar, suka kepada perkara maruf, bersangka baik dan sebagainya. Ibubapa juga perlu mengingatkan mereka agar menjauhi akhlak mazmumah (keji) seperti menipu, bersangka buruk, sombong, riak dan sebagainya. Apa yang penting ialah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai role model dalam membentuk akhlak anak-anak di samping menerapkan kefahaman terhadap isi kandungan al-Quran.

g. Membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat Anak-anak perlu dilatih supaya menjaga jasmani agar sentiasa tampak sihat dan kuat kerana akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat. Justeru anak-anak perlu didedahkan dengan perlunya menjaga kesihatan dengan menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti kecergasan tubuh badan. Soal makan, Rasulullah s.a.w ada mengingatkan supaya makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Inilah kaedah yang diajar oleh nabi untuk mengawal pemakanan.

3.3 Kedudukan Ibubapa Dalam Islam

1. Ibubapa dalam Islam mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam pembinaan dan mengurus rumahtangga. Mereka menjadi agen penting dalam mencorakkan masyarakat dan negara. 2. Keharmonian dan kesjahteraan sesebuah masyarakat dan negara tertakluk kepada kejayaan mereka membina rumahtangga bahagia (sakinah) iaitu berjaya membentuk syahsiah atau akhlak mulia pasangan dan anak-anak.3. Kebahagiaan sesebuah rumahtangga adalah bergantung kepada sejauhmana kedua ibubapa melaksanakan tanggungjawab mereka seperti yang digariskan dalam Islam.4. Kebiasaannya, apabila berlaku permasalahan dalam masyarakat terutama melibatkan golongan remaja maka ibubapa akan sentiasa dipersalahkan kerana kegagalan memantau dan mendidik anak-anak. 5. Jelas ibubapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorakkan genarasi akan datang. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud:Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.6. Dalam soal mendidik anak-anak ibubapa harus menghapuskan anggapan bahawa tanggungjawab membentuk keperibadian anak-anak mereka adalah tugas guru-guru di sekolah. Sedangkan hakikat sebenarnya, rumah merupakan masdrasah pertama bagi anak-anak peroleh pendidikan dan membentuk akhlak.7. Ibubapa juga berperanan memastikan anak-anak mereka terhindar daripada unsur-unsur yang negatif dan persekitaran yang tidak sihat mempengaruhi minda dan tingkahlaku mereka.8. Sungguhpun ibubapa berkewajipan melaksanakan peranan dan tanggungjawab dalam rumahtangga namun Islam telah menggariskan beberapa hak bagi mereka, antaranya:a. Hak untuk ditaati1. Mentaati ibubapa adalah menjadi kewajipan dan kemestian bagi anak-anak. Sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran dimana ketaatan kepada ibubapa diletakkan pada kedudukan yang istimewa dan Allah s.w.t menegah sama sekali mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan kedua ibubapa. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Israa: 23-24)b. Hak memperoleh layanan yang baik dan kasih sayang1. Ibubapa berhak memperoleh layan yang baik dan kasih sayang daripada anak-anak sebagaimana mereka telah memberi layanan yang baik kepada anak-anak.2. Apabila sudah sampai masanya, anak-anak bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menyediakan keperluan sewajarnya kepada ibubapa yang sudah sampai umur tua. Anak-anak tidak boleh melukakan hati dan perasaan mereka.

c. Hak selepas meninggal dunia.1. Apabila ibubapa telah meninggal dunia maka anak-anak berkewajipan untuk terus mendoakan kesejahteraan mereka dan mohon keampunaan untuk mereka.2. Anak-anak perlu melaksanakan segala wasiat ibubapa dan meneruskan hubungan persaudaraan dan persahabatan kenalan mereka.

3.4 Konsep Kekeluargaan

1. Keluarga bererti seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak. Juga meliputi kaum kerabat atau sanak saudara.2. Kekeluargaan pula diertikan sebagai yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan.3. Islam telah menetapkan peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan perkahwinan dan hubungan keluarga.4. Peraturan yang mengawal perjalanan keluarga perlu diiringi dengan rasa tanggungjawab dan menghormati nilai-nilai akhlak Islam. Kesemuanya hanya dapat dilaksanakan bagi mereka yang mempunyai kesedaran keagamaan iaitu sentiasa takut dan mentaati Allah s.w.t.5. Fungsi institusi keluarga dalam sebuah masyarakat dan negara ibarat fungsi atom bagi matter. Setiap matter terbina daripada atom sebagai unit asas, begitu juga keluarga menjadi unit asas kepada negara atau tamadun. Atom terdiri daripada nukleus dan elektron. Sementara nukleus terdiri daripada proton dan neutron sebagaimana keluarga terdiri daripada suami, isteri, anak-anak.6. Kestabilan keseluruhan atom adalah bergantung kepada kestabilan setiap sub-partikel itu sendiri. Begitu juga dalam konteks negara, kestabilannya adalah bergantung kepada kestabilan institusi keluarga yang dibina.

3.5 Konsep Perkahwinan

1. Perkahwinan atau nikah menurut bahasa bererti berkumpul atau bercampur. Menurut istilah diertikan ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut peraturan yang ditetapkan.

3.5.1 Jenis-jenis perkahwinan1. Poligami - Iaitu perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan hampir semua bangsa di dunia. Terdapat bangsa yang mengahwini wanita tanpa had. Dalam Islam disyariatkan sehingga empat orang isteri sahaja.2. Poliandri Iaitu perkahwinan seorang wanita dengan beberapa lelaki. Hanya berlaku dibeberapa tempat seperti di Tibet. Perkahwinan jenis ini adalah haram dalam syariat Islam.3. Monogami Iaitu perkahwinan seorang lelaki dan seorang wanita. Sesetengah ajaran agama seperti Kristian hanya membenarkan perkahwinan jenis ini dan tidak dibenarkan seorang lelaki mengahwini wanita dari seorang.3.5.2 Hukum Perkahwinan dalam Islam

Hukum asal perkahwinan dalam Islam adalah harus kerana fitrah setiap manusia sama ada lelaki mahupun wanita dijadikan mempunyai keinginan ke arah untuk hidup berpasangan. Namun dalam keadaan tertentu ia akan berubah hukum berikut:1. Wajib Iaitu apabila mempunyai kemampuan menyediakan nafkah dan melaksanakan hak-hak perkahwinan serta mempunyai keinginan yang kuat sehingga ditakuti tidak dapat mengawal nafsunya daripada melakukan maksiat seperti zina.2. Sunat Iaitu mempunyai kemampuan menyediakan nafkah dan melaksanakan hak-hak perkahwinan serta mempunyai keinginan tetapi masih mampu mengawal nafsunya.3. Makruh Iaitu bagi orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat4. Haram - orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tiada keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

3.5.3 Galakan Perkahwinan

Antara galakan Islam agar umatnya sentiasa mengambil berat tentang perkahwinan ialah:1. Perkahwinan adalah sunnah para Rasul2. Rasulullah s.a.w berbangga dengan umatnya yang ramai3. Rasulullah s.a.w tidak menyukai orang yang tidak mahu berkahwin dengan sengaja atau tanpa halangan yang dibenarkan syarak4. Mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak akan peroleh pahala yang besar5. Menyempurnakan iman6. Memenuhi tuntutan nafsu syahwat secara halal adalah ibadah di sisi Islam.

3.5.4 Konsep Kehidupan Yang Diharamkan

1. Konsep Rahbaniyaha. Rahbaniyah bermaksud kerahiban atau kependetaan atau kehidupan kepaderian. Iaitu memilih hidup dengan tidak berkahwin seperti yang berlaku dalam ajaran Kristian, Buddha dan sebagainya. b. Dalam ajaran Buddha, jika seseorang mahu mencapai tahap kesucian dan dapat masuk ke dalam nirwana, ia hendaklah membebaskan diri daripada kehendak nafsu yang mendorong ke arah keperluan jasmani atau keduniaan seperti harta dan perkahwinan. Begitu juga dalam ajaran Kristian, untuk mencapai kesucian diri seseorang itu perlu menahan diri dari berkahwin.c. Konsep seperti ini sama sekali dilarang dalam Islam kerana kemuliaan seseorang di sisi Allah s.w.t dinilai berdasarkan ketaqwaan. Malah perkahwinan itu sendiri merupakan fitrah manusia.

2. Konsep Ibahiyaha. Ianya bermaksud membolehkan atau bebas tanpa batasan seperti pergaulan dan seks bebas, homoseksual dan sebagainya. Berlakunya gejala seperti ini adalah disebabkan menolak konsep perkahwinan yang sebenar.

3.6 Konsep Kejiranan

1. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, jiran diertikan sebagai empat puluh buah rumah tetap yang tinggal dikeliling rumah seseorang.2. Rasulullah s.a.w ada menyatakan sabdanya, bermaksud: Empat perkara tanda kebahagiaan ialah perempuan yanag solehah, tempat tinggal yang lapang, jiran yang baik dan memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda kesusahan ialah jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, tempat tinggal yang sempit dan kenderan yang buruk

3.6.1 Kedudukan Jiran Menurut Keutamaan

1. Jiran muslim yang paling dekat dengan pintu rumah2. Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan3. Jiran muslim yang berilmu dan alim4. Jiran muslim yang soleh dan beribadah5. Jiran yang fasiq dan ahli maksiat6. Jiran yang kafir

3.6.2 Hak Kejiranan1. Tidak meyakiti jiran a. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Berangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya (Riwayat Bukhari dan Muslim)b. Daripada Abi Hurairah r.a berkata telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai seorang wanita yang sentiasa berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jiranya dengan lisan. Baginda menjawab, bermaksud: Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka.2. Menghormati jiran a. Menghormati jiran merupakan salah satu tanda orang beriman. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya. (Riwayat Muslim)3. Memberi layanan yang baik dan kasih sayanga. Sabda Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar, bermaksud: Sekiranya engkau memasak maka banyakanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau (Riwayat Bukhari dan Muslim)4. Membantu dan menolong jiran yang dalam kesusahana. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Bukanlah beriman seseorang itu jika iaa kenyang seorang diri sedangkan jiran sebelahnya kelaparan (Riwayat Bukhari)5. Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan jirana. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3.6.3 Kategori Jiran1. Jiran yang muslim dan mempunyai hubungan keluarga mereka mempunyai hak Islam, hak kekeluargaan dan hak kejiranan2. Jiran yang muslim tanpa hubungan kekeluargaan mempunyai hak muslim dan kejiranan3. Jiran bukan Islam hanya hak kejiranan sahaja

3.7 Konsep Kemasyarakatan Islam

1. Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.2. Kemasyarakatan bermaksud keadaan masyarakat atau yang berkaitan dengan masyarakat. Manakala masyarakat Islam ialah sebuah masyarakat yang menerapkan dan melaksanakan segala peraturan akidah, syariah dan akhlak Islam.

3.7.1 Ciri-ciri masyarakat Islam

1. Masyarakat yang berakidahIaitu masyarakat yang beridentitikan agama di mana berpegang teguh kepada kebenaran Islam. Di bawah naungan akidah Islam akan lahirlah umat yang saling sayang menyayang, bekerjasama dan menonjolkan nilai-nilai kemanusiaan.

2. Masyarakat rabbaniIaitu berpegang kepada tuntutan Islam yang bersifat rabbani iaitu masyarakat yang dibangunkan dan dibentuk berdasarkan syariat Allah s.w.t yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya.

3. Masyarakat yang adil dan berakhlakMasyarakat yang menitikberatkan konsep keadilan tanpa mengira kedudukan, bangsa dan sebagainya di samping mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan bermasyarakat.

4. Masyarakat yang UniversalIaitu masyarakat yang bersifat terbuka tanpa mengira keturunan atau warna kulit dengan menghindarkan unsur-unsur perkauman dan taksub.

5. Masyarakat yang berasaskan persaudaraanPersaudaraan ialah nilai kemanusiaan yang sangat dianjurkan dalam Islam apatah lagi kalau hidup dalam lingkungan sesama muslim. Segala permasalahan yang berlaku dalam masyarakat akan dapat diselesaikan dengan mudah kerana adanya nilai toleransi yang terjelma dari asas persaudaraan.

3.7.2 Asas-asas Hidup Bermasyarakat

1. Taaruf (saling mengenali)a. Ianya merupakan asas yang penting kerana dengan mengenali antara satu sama lain akan menjadikan hubungan menjadi rapat sehingga segala kesusahan dan kesulitan akan dapat dirasai bersamab. Perbezaan taraf hidup, pendidikan dan sebagainya jangan jadikan sebagai halangan untuk saling kenal mengenal.

2. Tafahum (persefahaman)a. Iaitu saling memahami dan bermuafakat antara satu sama lain ke arah kebaikan.b. Untuk itu setiap anggota masyarakat perlu melibatkan diri dalam program atau aktiviti kemasyakatan yang dianjurkan supaya bukan setakat saling mengenali tetapi juga memahami.

3. Tawun (tolong-menolong)a. Dengan hidup saling tolong menolong akan mengukuhkan persaudaraan seperti orang kaya membantu orang yang susah atau miskin. Bantuan yang dihulur tidak semestinya dalam bentuk harta atau wang ringgit tetapi dalam bentuk tenaga atau masa.

4. Ukhuwah (persaudaraan)a. Persaudaraan merupakan simbol keharmonian dan keamanan.b. Dengan adanya sikap menjalinkan hubungan persaudaraan akan menghindarkan sikap keakuan atau penting diri 5. Mahabbah (kasih sayang)a. Sifat kasih sayang tidak terbatas pada anggota keluarga tetapi merangkumi seluruh masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau pangkat.

6. Takaful (saling menjamin)a. Bermaksud sikap sentiasa bersedia untuk saling melindungi antara satu sama lain jika berlaku sesuatu perkara yang menimpa anggota masyarakat.

5