bab 2 ringkasan aktivitiori

Upload: fads

Post on 31-May-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    1/31

    BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

    2.1 PENGENALAN

    Secara keseluruhannya, selama lima bulan saya menjalani latihan industri di

    Computer IT Care Centre Sdn. Bhd, ianya tertumpu kearah penyelenggaran dan

    membaikpulih komputer. Disamping penyelenggaran pencetak, kamera litar tertutup,

    switch dan lain-lain.

    Computer IT Care Centre terbahagi kepada beberapa bidang tugas, antaranya

    ialah;

    1. Bahagian Pejabat (Servis)

    2. Bahagian Servis Pencetak

    3. Bahagian Servis Luar

    a. Terbahagi kepada ;

    i. Penyelenggaran komputer di rumah/pejabat.

    ii. Penyelenggaran kamera litar tertutup (CCTV)

    iii. Pemasangan Streamyx dan Wireless

    iv. Penyelenggaran Pencetak di rumah/pejabat

    4. Kontrak Penyelenggaran Komputer di sekolah-sekolah.

    10

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    2/31

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    3/31

    Berikut merupakan jadual penempatan latihan industri yang ditentukan oleh

    pihak syarikat :

    JADUAL PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

    Nama : Afindy Bin Matnor

    No. Pendaftaran : 07DTK05F508

    Institusi : Politeknik Kota Kinabalu

    Tempoh Latihan : 16.JUL.07 14.DIS.07

    SEKSYEN / UNIT MELAPOR KEPADA

    Bahagian Pejabat (servis) En. Max Goh

    Bahagian Pencetak En. Halim

    Bahagian Servis Luar En. Mathew

    Bahagian kontrak

    penyelenggaran

    En. Cyril

    Waktu kerja : Dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.45 petang

    Waktu rehat : Jam 12.00 hingga jam 12.45 tengahari

    Cuti : Sabtu dan Ahad (termasuk cuti umum)

    Kerja lebih masa : Sabtu (jika mendapat arahan majikan)

    11

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    4/31

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    5/31

    2.2 RINGKASAN AKTIVITI

    2.2.1 Bahagian Pejabat

    Rajah 2.2.1.1 Ruang Kerja

    Dibahagian pejabat ini, tiga orang juruteknik komputer ditempatkan di

    bahagian ini. Antara tugas yang diberikan kepada pelatih adalah menservis komputer

    pelanggan dan mengganti alatan komputer yang telah rosak. Di bahagian ini, pelatih

    akan menyambut kedatangan pelanggan dengan layanan yang mesra. Kemudian,

    komputer pelanggan akan dihidupkan untuk mengetahui masalah sebenar komputer

    tersebut. Setelah diperiksa pelatih akan mengambil nama dan nombor telefon bagimendapatkan servis report. Keratan atas servis report akan diserahkan kepada

    pelanggan untuk tuntutan semula setelah komputer miliknya siap. Keratan bawah

    pula adalah untuk laporan apa yang telah dibuat oleh juruteknik. Computer IT Care

    juga akan menghubungi pelanggan dengan segera jika komputer mereka telah siap.

    Di samping cas yang berpatutan yang semestinya kepuasan hati pelanggan yang

    syarikat ini inginkan.

    2.2.2 Bahagian Pencetak

    Dibahagikan pencetak, pelatih diberi tugas menservis printer bagi kerosakan

    yang mudah. Antara jenis-jenis printer yang diservis seperti HP, Canon, Epson.

    Juruteknik akan memeriksa terlebih dahulu pencetak yang rosak. Setelah

    permasalahan di jumpai, juruteknik tersebut akan menghubungi pelanggan bagi

    tujuan pengesahan. Pengesahan jua dibuat apabila pelanggan bersetuju untuk

    11

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    6/31

    menukar alat ganti pencetak yang telah rosak. Alat ganti pencetak kebiasaan nya

    dipesan khas oleh syarikat utama Picotec Sdn Bhd. Setelah alat yang dipesan sampai,

    juruteknik segera memasangnya.

    2.2.3 Bahagian Servis Luar

    Dibahagian ini, juruteknik akan bergerak luar dari pejabat. Apabila kerani

    menerima panggilan tentang kerosakan, juruteknik akan segera dihantar ke rumah

    pelanggan atau pejabat. Antara bidang kerja yang dilakukan adalah seperti

    pemasangan streamyx, penyelenggaraan CCTV, peneyelenggaraan printer dan

    membuat pendawaian rangkaian internet (networking).

    2.2.4 Bahagian Kontrak Penyelenggaraan

    Dibahagian ini, seramai lima orang juruteknik dibawah BUMI IT

    CONSULTING SDN. BHD. Dengan baju uniform, juruteknik akan dihantar ke

    sekolah-sekolah mengikut jadual yang ditetapkan. Preventive Maintaince (PM) akan

    dilakukan keatas komputer-komputer disekolah. Antara tugas Preventive Maintaince

    adalah seperti membersihkan casing monitor dan komputer, pemeriksaan fungi

    pada papan kekunci, tetikus, suhu dalam komputer. Selain itu juga, pembersihan

    dalaman komputer bagi mengelakkan daripada habuk. Dengan menggunakan alatan

    khas seperi vakum atau blower segala kotoran akan dibersihkan. Setelah aktiviti

    pembersihan dalaman selesai, seterusnya pemeriksaan terhadap OS komputer

    tersebut. Kebiasaannya, juruteknik akan memasang perisian antivirus Jika komputer

    mempunyai masalah yang teruk, computer akan dibawa pulang dan diservis diComputer IT Care Centre.

    12

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    7/31

    2.3 Laporan Teknikal (Rumusan Mingguan)

    Minggu 1: Membaikpulih Komputer (Formating Hard Disk)

    Rajah 2.3.1 Komputer dalam prosesformatting

    Tugas utama saya yang diberikan oleh pihak organisasi ialah membaikpulih

    komputer. Pelanggan akan menghantar komputer mereka untuk diservis kerana

    mempunyai masalah. Contoh masalah yang dihadapi oleh komputer pelanggan

    adalah kerosakan pada system windows (OS). Kerosakan system windows ini

    mungkin di sebabkan oleh serangan virus atau spyware. Kerosakan windows dapat

    dikesan apabila symptom-simptom ini terhasil. Antaranya seperti ;

    i. Komputer akan mengalami autorestart yang kerap

    ii. Komputer akan memaparkan ada fail system yang telah corrupted.

    iii. NTLDR is missing.

    iv. Operasi windows sangat perlahan.

    v. Komputer selalu hang

    vi. Terpapar kotak sytem error

    vii. Komputer menghasilkan skrin biru blue screen

    Simptom seperti diatas dapat diatasi dengan melakukan formatting terhadap

    windows berkenaan. Ingat formatting hard disk akan menyebabkan semua data atau

    fail milik pelanggan akan hilang. Seharusnya proses backup file dijalankan terlebih

    dahulu. Dengan cara ini, data-data milik pelanggan dapat diselamatkan daripada

    hilang.

    13

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    8/31

    Proses Menyimpan Data ( Backup Files)

    Proses backup file ini dilakukan oleh juruteknik untuk menyimpan fail data

    atau dokumen penting. Antara dokumen penting yang perlu di simpan antaranya

    seperti My Document, E-Mail, UBS system (Ultimate Business System), Fail-fail

    yang terdapat dalam desktop serta fail yang terdapat local disk c:. Kehilangan fail

    penting seperti di atas boleh menyebabkan pelanggan kecewa dan boleh

    menyebabkan kerugian.

    Fail-fail penting seperti diatas dapat disimpan dengan lebih selamat dan lebih

    terjamin dengan menggunakan satu perisian yang dikenali sebagai Norton Ghost

    Perisian ini dapat membantu juruteknik menyalin dan menyimpan keseluruhan data.

    Antara keperluan yang diperlukan bagi menjalan perisian Norton Ghost adalah

    seperti;

    i. CD Bootable (Norton Ghost)

    ii. Hard Disk yang mempunyai kapasiti lebih besar daripada hard disk

    milik pelanggan.

    Berikut merupakan cara bagi menggunakan perisian Norton Ghost;

    i. Pasangkan hard disk yang baru sebagai slave.

    ii. Hidupkan komputer.

    iii. Masukkan cd bootable tersebut ke dalam pemacu cakera.

    iv. Set kan BIOS, first boot ke CD-ROM.

    v. Apabila system mengesan cd bootable, tekan Enter.

    vi. Di skrin akan keluar paparan dari perisian tersebut.

    vii. Pastikan BIOS telah mengesan kedua-dua hard disk.

    14

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    9/31

    viii. Pilih local, disk to disk.

    ix. Pilih source (1) hard disk milik pelanggan dan enter

    x. Pilih destination (2) hard milik kita

    xi. Tekan (yes) apabila yakin dengan pilihan kita.

    xii. Tunggu sehingga proses menyalin data selesai.

    Apabila selesai proses tersebut, keluarkan cd tersebut dari pemacu cakera.

    Sekarang juruteknik telah mengklon hard disk milik pelanggan ke satu hard disk

    milik kita. Proses menyalin data selesai. Seterusnya, proses formatting boleh

    dijalankan.

    Proses Formatting Hard Disk

    Untuk menjalankan proses ini, juruteknik harus tahu terlebih dahulu windows

    yang digunakan sebelum ini. Windows 95,98, ME, 2000, XP atau Vista. Selalunya

    proses formatting ini akan disambung dengan proses installation windows.

    Cara-cara memformat hard disk menggunakan Windows 95,98 dan ME.

    Untuk memformat semula sesebuah cakera yang sudah digunakan, katakan

    pemacu C:, apa yang perlu dilakukan adalah dengan memanggil arahan format

    dengan menaip FORMAT C:. Arahan ataupun program untuk format ini biasanya

    terkandung di dalam disket startup (ataupun boot / system) serta dalam

    direktori c:\dos ataupun c:\windows\command. Tetapi awas, kerana semua data yang

    ada di dalamnya akan dipadamkan. Jika perlu alihkan data-data yang penting kedalam disket terlebih dahulu.

    Cara-cara menformat hard disk menggunakan Windows 2000,XP dan Vista.

    Untuk memformat hard disk menggunakan windows, juruteknik memerlukan

    cd windows 2000, XP atau Vista untuk melakukan formatting. Caranya boot cd

    tersebut, kemudian pilih Enter. System akan memaparkan partion hard disk yang

    15

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    10/31

    telah digunakan. Antaranya seperti Pemacu C: dan Pemacu D:. Jika proses formatting

    untuk membaiki windows, juruteknik boleh memformat pemacu C sahaja. Pemacu

    yang lain tidak perlu diformat. Tekan huruf (d) untuk delete partion tersebut.

    Selepas itu tekan huruf (c) untuk create kembali pemacu c yang kita telah buang.

    Selepas itu akan keluar paparan untuk melakukan formatting. Tekan enter dan proses

    tersebut akan beroperasi dengan sendiri dan terus bersambung ke proses

    installation.

    Jenis-jenis Kerosakan Komputer

    Kerosakan komputer adalah amat sinonim dengan seorang juruteknik

    komputer. Setiap kerosakan yang berlaku dapat diselesaikan dengan seberapa pantas

    mengikut pengalaman yang dimiliki oleh seorang juruteknik. Antara kerosakan yang

    sering berlaku kepada pengguna komputer adalah seperti berikut;

    i. Tiada Paparan ( No display )

    Cara penyelesaian; Periksa monitor, sambungan kabel, VGA kad

    atau RAM.

    ii. Bunyi beep terhasil

    Cara peneyelesaian; Periksa RAM

    iii. PC hang

    Cara penyelesaian: Periksa Hard Disk, RAM dan windows

    iv. Tiada elektrik ( No Power )

    Cara penyelesaian: :Periksa kabel power, fius, power supply

    v. PC autorestart

    Cara penyelesaian: Periksa windows atau format

    vi. PC autoshutdown

    Cara penyelesaian: Periksa heat sink processor

    16

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    11/31

    vii. PC blue screen

    Cara penyelesaian: Periksa Hardware atau Windows

    viii. PC Slow

    Cara penyelesaian: Periksa Saiz RAM, masalah windows dan

    virus

    ix. PC Cannot load windows

    Cara penyelesaian: Buat Formatting dan Install Windows

    x. Tiada paparan

    Cara penyelesaian: Periksa kabel/monitor, RAM, Kad Paparan

    xi. PC tiada bunyi

    Cara penyelesaian: Periksa audio driver, jack audio port,

    speaker.

    xii. PC restart dalam beberapa minit

    Cara penyelesaian: Buat Formatting atau masalah hardware

    xiii. Berlaku spark ketika hidupkan computer

    Cara penyelesaian: Periksa power supply atau voltan rumah

    xiv. Bila on PC berlaku renjatan pada casing

    Cara penyelesaian: Periksa power supply dan pelapik papan induk.

    xv. Windows Problem

    Cara penyelesaian: Buat formatting hard disk.

    Minggu ke-2: Memasang Komponen-Komponen Komputer

    17

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    12/31

    Apabila terdapat pelanggan yang membeli komputer dari bahagian jualan

    Syarikat Picotec, komponen-komponen utama tersebut akan dihantar ke Computer

    IT Care untuk pemasangan. Pelatih diberi 30minit untuk pemasangan komponen

    tersebut. Masa yang diperuntukkan ini diharapkan dapat ditepati oleh pelatih.

    Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-

    langkah berikut dilakukan:

    Rajah 2.3.1: Cara pemasangan papan induk

    i. Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper",

    sesuai dengan yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik

    "jumper" penghubung antara pin yang ada pada motherboard pindahkan

    pada posisi lain yang menghubungkan sebuah kaki pin dengan kaki pin

    lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan (manual)

    papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan

    memberitahu posisi "jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang

    akan dipergunakan. Konektor "jumper" dipasang sesuai dengan keperluan

    dengan mengikuti buku panduan (manual) yang didatangkan sekali

    dengna papan utama. Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan jenis

    processor yang akan anda pasang. Pemasangan posisi "jumper"

    memungkinkan motherboard memberikan listrik yang tepat dan sesuai

    dengan keperluan listrik pemproses (processor) yang dipasang. Jika

    tersalah pasang boleh mengakibatkan pemproses rosak.

    18

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    13/31

    ii. Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus

    ditempatkan sesuai dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak

    boleh terbalik). Tangkai pengunci yang biasanya terdapat disisi soket

    processor dikunci. Kod titik atau sisi processor dengan bentuk miring

    merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang pada bagian

    slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket

    ataupun tempat yang ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat

    mengakibatkan papan utama (motherboard) atau pemproses (processor)

    rosak.

    iii. RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya

    berlekuk harus ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik,

    maka memori akan susah untuk dimasukan.

    iv. Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing),

    pengait plastik yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang

    terdapat pada papan utama (motherboard).

    v. Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada

    pada sumber kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika

    jenis papan induk adalab ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut

    dipasang pada slot kuasa ATX yang terdapat pada papan utama tersebut.

    vi. Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROMdipasang pada tempat yang telah tersedia dalam casing CPU,

    kedudukannya dikuatkan dengan berhati-hati.

    vii. Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras,

    pemacu disket dan pemacu CD ROM disambungkan.

    19

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    14/31

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    15/31

    Rajah 2.3.2 Pek Windows XP Yang Tulen

    Bagi menjalankan installation windows, sekeping cd windows diperlukan.

    Tanpa cd tersebut proses tidak dapat dijalankan. Sama juga jika cd atau pemacu cd

    mempunyai masalah.

    Cara-cara proses installation windows.

    i. Masukkan cd windows kedalam pemacu cakera. Boot CD tersebut.

    ii. Pilih setup new installation windows.

    iii. Biarkan komputer sehingga proses penyalinan selesai.

    iv. Seterusnya, komputer akan restart semula

    v. Kini komputer dalam proses installation.

    vi. Proses ini mengambil masa selama 30 minit.

    vii. Di minit terakhir, paparan untuk kita setkan nama pengguna, lokasi, jam

    dan nombor produk.

    viii. Setelah itu, proses tersebut selesai.

    ix. Bersedia untuk proses installation software.

    Minggu ke-3: Installation Basic Software.

    Setelah proses installation windows selesai, seterusnya proses installation

    basic software. Aplikasi yang dimasukkan kedalam windows dapat digunakan untuk

    21

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    16/31

    membantu pengguna melakukan kerja-kerja harian. Antara aplikasi asas yang

    dimasukkan kedalam windows adalah seperti;

    i. ACD See 9

    ii. Adobe Acrobat 8

    iii. Anti Virus ( Kaspersky)

    iv. Cyberlink Power DVD 7

    v. Winamp 5.35

    vi. Real Player 10

    vii. Microsoft Office 2007

    viii. Mozilla Firefox

    ix. Nero 7

    x. Winzip

    xi. Quick Time 7

    xii. Spyware Doctor 5

    Diatas merupakan senarai aplikasi yang dimasukkan kedalam windows.

    Selebihnya, pengguna kena memasukkan aplikasi itu sendiri. Kemasukkan aplikasi

    ini adalah bergantung dengan kepantasan system komputer. Jika pengguna

    menggunakan Windows 95,98 dan ME, aplikasi yang terkini tidak dapat dimasukkan.

    Aplikasi yang lebih lama versinya hanya dapat dimasukkan seperti ACD See 7,

    Adobe Acrobat 6, Cyberlink Power DVD 5 dan sebagainya.

    Minggu ke-4: Pemasangan Modem Streamyx jenis D-Link 500T

    Setelah mendapat panggilan untuk memasang streamyx di rumah pelanggan.

    Pelatih akan mengambil modem mengikut pilihan pelanggan. Modem D-Link

    tersebut akan diambil dari Picotec dan pengambilan itu akan direkodkan pada sistem

    stok.

    22

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    17/31

    Rajah 2.3.3 Jenis modem untuk broadband

    Cara pemasangan Streamyx Modem;

    i. Letakkan modem di tempat yang sesuai, yang jauh dari cahaya matahari,

    basah.

    ii. Sambungkan modem dengan adapter 12V.

    iii. Sambungkan kabel ADSL iaitu kabel telefon rumah pada belakang

    modem.

    iv. Sambungkan straight cable pada Ethernet Port dan pada Network Kad.

    v. Hidupkan punca bekalan. Perhatikan nyalaan LED pada modem.

    vi. Sambungan yang betul akan menyebabkan lampu modem menyala

    kesemuanya.

    vii. Buka Internet Explorer, pada ruangan console taip 192.168.1.1

    viii. Satu paparan modem akan terhasil.

    ix. Modem tersebut boleh disetkan sebagai router, jika perlu.

    x. Aktifkan akaun streamyx. Hubungi 1-800-9515.

    xi. Buat satu dail-up baru untk streamyx

    xii. Caranya, pergi Network Connection Wizard, Connect to Internet, Setup

    my connection manually, Connect using a broadband connection, taip ISP

    Name iaitu Streamyx, masukkan username dan password, finish.

    xiii. Pengguna sudah boleh melayari internet dengan pelan Steramyx.

    Minggu ke-5: Pemasangan Komputer di kediaman pelanggan.

    (Lokasi: Standard Marine Sdn. Bhd).

    Setelah proses installation selesai, komputer akan di packing kembali

    kedalam kotak untuk dihantar ke kediaman atau pejabat pelanggan Berikut

    23

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    18/31

    merupakan prosedur yang dilalui untuk pemasangan komputer dikediaman

    pelanggan.

    i. Buka semua kotak dengan menggunakan pisau. Pertama keluarkan

    monitor terlebih dahulu. Letakkan monitor dimeja komputer.

    Sambungkan kabel pada monitor.

    ii. Keluarkan komputer dan letakkan komputer diatas meja. Sambungkan

    semua kabel seperti VGA Kabel, Mouse, Keyboard, Jek Audio, Kabel

    kuasa dan sambungan lain.

    iii. Hidupkan komputer, dan periksa komputer akan berkendali dengan

    keadaan baik.

    iv. Berikan penerangan kepada pelanggan tentang penjagaan komputer dan

    fungsi aplikasi yang terdapat didalam komputer.

    Minggu ke-6: Membuat Preventive Maintaince di Sekolah Menengah Labuan.

    ( Bahagian Makmal Komputer: 20 PC)

    Pelatih ditugaskan untuk bersama Bumi IT untuk membuat penyelenggaraan

    komputer. Sebelum pergi ke sekolah, pelatih dikehendaki memakai uniform khas dan

    kad nama. Alatan servis seperti berus, blower, vakum, cd cleaner dan disket cleaner.

    Preventive Maintaince merupakan kerja penyelenggaraan komputer di sekolah-

    sekolah yang ditetapkan mengikut jadual. Projek Penyelenggaraan Komputer

    dibawah BUMI-IT CONSULTING SDN.BHD 2005-2007. Seramai lima orang

    juruteknik akan ditugaskan di sekolah yang ditetapkan. Antara aktiviti

    penyelenggaraan yang dilakukan adalah seperti;

    i. Memasang aplikasi anti virus dan spyware termasuk update yang terkini

    ii. Scan virus dan spyware dijalankan.

    iii. Membuat proses defragment keatas sistem komputer.

    iv. Membersihkan monitor, casing, papan kekunci, tetikus dan bahagian

    dalam casing iaitu pada bahagian papan induk dan heat sink.

    24

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    19/31

    v. Jika terdapat komputer yang mengalami masalah windows, komputer

    tersebut akan diangkut ke Computer IT Care untuk proses

    penyelenggaraan.

    vi. Seterusnya proses membuat report pada PM FORM selepas proses

    penyelenggaraan dilakukan.

    vii. Proses tagging dijalankan pada komputer yang telah diservis.

    viii. Laporan penyelenggaraan akan dihantar ke Help-Desk Bumi IT.

    Minggu ke-7: Buat wiring networking di Infolada Sdn.Bhd

    Rajah 2.3.4 Membuat wiring networking

    25

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    20/31

    Pendawaian kabel untuk networking amatlah sinonim dengan sebuah syarikat

    yang memiliki kemudahan internet. Syarikat tersebut telah menaik taraf sistem

    rangkaian mereka. Kesemua komputer staff akan disambungkan dengan internet.

    Untuk membina kabel rangkaian, seharusnya juruteknik melihat sendiri lokasi yang

    dimaksudkan bagi mengetahui panjang kabel yang digunakan dan arah yang sesuai

    untuk kabel itu diletakkan. Di syarikat tersebut terdapat lima komputer yang ingin

    dibuat pendawaian. Berikut merupakan senarai semak rangkaian tersebut;

    i. Jarak komputer pertama dari switch LAN sepanjang 10m

    ii. Jarak komputer kedua dari switch LAN sepanjang 11m

    iii. Jarak komputer ketiga dari switch LAN sepanjang 8m

    iv. Jarak komputer keempat dari switch LAN sepanjang 9m

    v. Jarak komputer kelima dari switch LAN sepanjang 2m (Host)

    Antara keperluan yang diperlukan adalah seperti;

    i. Modem ADSL Streamyx

    ii. Straight Kabel sepanjang 40m

    iii. Switch LAN 8 port

    iv. 3 buah Network Kad (bagi komputer yang tiada)

    v. Kotak plastic khas untuk memasukkan kabel.

    Antara alatan yang diperlukan;

    i. Pemotong Kabel LAN

    ii. Network Tester

    iii. Plug pin kabel Label (12biji)

    iv. Networking Tool Kit

    v. Meter Penyukat

    26

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    21/31

    Cara Kerja

    i. Setiap kabel akan dipotong mengikut panjang yang diperlukan.

    ii. Wayar kabel dalam akan dimasukkan kedalam kepala plug mengikut

    urutan yang ditetapkan.

    iii. Setelah selesai proses memasang kepala plug kabel, setiap kabel akan

    diperiksa terlebih dahulu keterusannya menggunakan network tester.

    iv. Letakkan kabel LAN tersebut kedalam casing plastic yang telah

    dipasang ke setiap komputer.

    v. Sambungkan semua kabel ke komputer dan casing tersebut ditutup.

    vi. Sambungkan juga kabel ke switch dari port 1 hingga 5.

    vii. Sambungkan ADSL kabel iaitu talian telefon tetap

    viii. Hidupkan modem dan switch. Pastikan semua lampu menyala.

    ix. Setkan modem tersebut sebagai router, dan setkan modem kepada

    PPOE.

    x. Kini internet dapat diaccess semua komputer

    xi. Jumlah masa yang digunakan selama 6 jam.

    Minggu ke-8: Pemasangan kamera litar tertutup. (CCTV)

    Rajah 2.3.5 Dome Camera untuk CCTV

    Kamera litar tertutup ataupun dikenali sebagai CCTV amatlah digunakan

    meluas oleh syarikat besar untuk menangani kecurian dan memperhatikan pekerja

    mereka. Namun pemasangan CCTV ini amatlah mahal, bukan sahaja kamera yang

    digunakan mahal tetapi pendawaian kable dari kamera ke komputer juga turut mahal.

    27

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    22/31

    Mengikut majikan yang ada memasang CCTV, mereka lebih rela membeli CCTV

    yang mahal, jika dibandingkan apabila barang-barang keperluan berharga hilang

    akibat dicuri.

    Berikut merupakan langkah pemasangan CCTV:

    i. Majikan tersebut akan memberitahu pandangan mana yang ingin dikawal

    iaitu kawasan hitam.

    ii. Selepas itu, jumlah kamera yang diperlukan diperolehi.

    iii. Setelah itu, pelatih akan menyukat panjang kable yang digunakan bagi

    menyambungkan kamera dari komputer (Host).

    iv. Pendawaian kable coaxial akan dilakukan dengan penuh teliti dan berhati-

    hati. Ini kerana kesilapan yang berlaku semasa pendawaian akan

    menyebabkan komputer tidak dapat mengesan kamera tersebut.

    v. CCTV Kad akan dipasang ke dalam komputer. Jenis GeoVision

    Survilleance. Kesemua kable akan disambungkan ke port yang terdapat di

    belakang komputer.

    vi. Selepas itu perisian khas untuk CCTV terebut akan diinstall kedalam

    komputer.

    vii. Kamera tersebut akan diperiksa dan diperhatikan melalui komputer.

    viii. Komputer telah dapat melihat semua pandangan yang diinginkan. Setting

    bagi kamera akan disetkan bagi memudahkan pelanggan.

    ix. Jumlah masa yang digunakan 2hari bekerja.

    Minggu ke-9: Menservis printer

    28

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    23/31

    Rajah 2.3.6 Printer yang hendak diservis

    Menservis pencetak atau lebih dikenali sebagai printer merupakan satu

    tugasan yang amat sulit untuk dijalankan. Ini kerana kesetiap bahagian

    yangditanggalkan harus dicantumkan kembali. Kecuaian kehilanggan skru, nat,

    spring, atau komponen kecil boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Semua

    kerja mestilah dilakukan dengan berhati-hati. Berikut merupakan senarai semak

    kerosakan pencetak;

    i. Jenis printer : Canon BJC 2000

    ii. Kerosakan: Tulisan yang dihasilkan bergaris-garis dan putus-putus.

    iii. Jangkaan kerosakan: Berlaku kekotoran pada head pencetak ataupun

    kerosakan berlaku.

    iv. Penyelesaian;

    a. Sambungkan pencetak tersebut ke komputer dan lakukan proses

    cetakkan.

    b. Didapati tulisan bergaris-garis. Print Head Cleaning dijalankan

    beberapa kali.

    c. Proses cetakan semula dilakukan.

    d. Ini bermakna printer head mengalami kerosakan teruk.

    e. Penutup printer di tanggalkan. Dakwat dikeluarkan dan head

    tersebut ditanggalkan

    f. Tanggal semua skru yang memegang head tersebut.

    g. Gantikan kepada head yang baru.

    h. Kini, tulisan yang dihasilkan dalam keadaan normal.

    Minggu ke-10: Menservis switch

    29

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    24/31

    2.3.7 Switch yang digunakan untuk rangkaian

    Switch perlulah diselenggara setiap sebulan sekali. Ini kerana switch

    merupakan komponen penting dalam sistem rangkaian. Jika berlaku kerosakan,

    sistem akan terberhenti seketika yang mengambil masa yang lama untuk diservis.

    Oleh itu langkah pencegahan sebelum kerosakan mestilah dibuat. Antara kerja yang

    dilakukan adalah seperti pembersihan setiap port LAN, pembersihan kipas switch,

    pemeriksaan voltan keluaran switch, menguji suhu dalam switch dan membuat

    pengujian kesemua port LAN.

    Minggu ke-11: Menservis komputer (masalah: tiada paparan)

    Kerosakan tiada paparan amatlah sinonim dengan masalah pelanggan. Jika

    tiada paparan dimonitor, banyak aspek perlu diambil kira. Kemungkinan besar

    monitor mempunyai masalah atau kad grafik atau RAM. Kebiasaannya, setelah

    monitor diperiksa dalam keadaan baik, pelatih akan menanggalkan semua kad pilihan

    seperti modem, kad audio, kad grafik, network kad termasuk RAM. RAM terlebih

    dahulu dibersihkan dengan pemadam getah jenis lembut. Plat tembaga dibersihan

    bagi menanggalkan habuk dan juga membersihkan slot RAM. Kehadiran habuk ini

    akan mengganggu proses pengaliran arus ke papan induk. Gunakan video output dari

    video built in. Jika paparan ada dikeluaran itu bermakna papan induk tiada

    permasalahan. Cuba pasang kembali Kad paparan tersebut, jika masih sama

    kerosakan dijangka berlaku pada kad grafik tersebut.

    Minggu ke-12: Membuat kable Straight dan Twist

    30

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    25/31

    Rajah 2.3.8 Kod Warna untuk straight cable dan cross cable

    Untuk membuat satu rangkaian lengkap mestilah mempunyai kabel yang

    yang dibuat khas. Rangkaian internet atapun pc to pc menggunakan kabel seperti

    straight kabel atau twist kabel. Perbezaan kabel ini hanya dapat ditentukan

    melalui susunan warna pada kabel tersebut.

    Cara membuat straight cable dan twist cable :

    i. Dapatkan seutas kabel mengikut panjang yang diinginkan.

    ii. Dapatkan 2 kepala plug untuk penyambungkan ke port

    iii. Keratkan kulit luar kabel tersebut untuk mendapatkan wayar teras

    yang bewarna warni.iv. Susunkan kabel teras tersebut mengikut aturan warna yang

    ditetapkan untuk fungsi kabel.

    v. Setelah itu, masukkan kabel kedalam plug dan kepitkan kepala

    plug menggunakan pengepit supaya plug kukuh dan tidak mudah

    tertanggal.

    vi. Periksa keterusan dan ketepatan sambungan menggunakan

    network tester.

    Minggu ke-13: Pemasangan switch

    31

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    26/31

    Rajah 2.3.9 Switch yang biasa digunakan

    Switch merupakan alat yang digunakan untuk melengkap sistem rangkaian

    komputer bagi penggunaan komputer yang banyak. Jumlah minima port switch yang

    terapat dipasaran adalah 4 port manakala jmlah maksima adalah sebanyak 100 port.

    Switch port sebanyak ini biasanya digunakan untuk syarikat yang besar ataupun

    institusi pendidikan. Namun pemasangan switch amatlah mudah bagi jumlah port

    yang sedikit. Bagi jumlah port yang besar, switch tersebut adalah besar boleh

    mencecah sehingga satu kaki panjang. Switch akan rosak apabila terkena panahan

    kilat atau spike current.

    Cara pemasangan sebuah switch;

    i. Letakkan switch ditempat yang selamat iaitu jauh dari bahan

    cecair, cahaya matahari ataupun magnet.

    ii. Sambungkan switch dengan sumber kuasa.

    iii. Sambungkan kabel LAN dari komputer ke modem

    iv. Sambungkan kabel LAN dari modem ke main port pada

    switch.

    v. Masukkan semua kabel LAN pada port yang terdapat pada

    switch mengikut urutan nombor.

    vi. Periksa setiap port, pastikan lampu LED menyala kesemuanya.

    vii. Setkan aturan untuk networking komputer.

    Minggu ke-14: Membuat backup e-mail outlook express

    32

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    27/31

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    28/31

    Rajah 2.3.11 Modem Wireless Jenis D-Link

    Pemasangan modem streamyx jenis wireless adalah sama juga cara kerjanya

    dengan modem streamyx jenis biasa iaitu menggunakan kabel. Ada juga pelanggan

    yang inginkan penggunakan streamx sepertinya di kawasan rumah ataupun pejabat.

    Dengan penggunaan wireless, pelanggan tidak perlu membeli kabel LAN ataupun

    network kad. Ini kerana, komputer hanya menggunakan sistem wireless(tanpa

    wayar). Sesebuah komputer atau laptop memerlukan wireless kad atau wireless usb

    drive atau komponen yang dipasang pada setiap laptop. Kita hanya perlu aktifkan

    wireless komputer dan komputer akan mengesan jika gelombang itu mengenai sistem

    komputer. Jika gelombang diterima, pengguna sudah boleh menggunakan Internet

    Streamyx Wireless.

    Minggu ke-16: Menservis Komputer

    (Masalah: Sistem Beroperasi Perlahan)

    Masalah komputer terlalu perlahan merupakan antara jenis permasalahanyang sering berlaku kepada pengguna komputer. Masalah ini ditimbuk disebabkan

    oleh saiz memori yang terlalu rendah, terlalu banyak aplikasi dimasukkan, masalah

    virus dan spyware, cakera keras mempunyai bad sector dan masalah windows. Jika

    memori sangat rendah, tingkatkan keupayaan memori kepada saiz yang lebih besar

    sehingga ke 256MB, 512MB ataupun 1GB. Satu cara bagi mengatasi masalah ini

    dengan membuat proses formatting terhadap cakera keras. Format semula hard disk

    34

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    29/31

    dan install windows dan aplikasi yang digunakan sahaja. Selepas itu komputer akan

    berkendali dengan laju kembali.

    Minggu ke-17: Menservis Penyambungan Internet

    ( Masalah: Tidak dapat penyambungan ke internet )

    Internet merupakan satu kemudahan yang telah disediakan untuk kita

    melayari laman web yang tertentu. Namun penyambungan internet kadang-kadang

    mengalami masalah. Kegagalan penyambungan ke internet boleh membantutkan

    kerja pengguna malahan juga dapat merugikan syarikat. Penyelenggaraan dapat

    dilakukan kepada modem atau komputer tersebut.

    Langkah penyelesaian;

    i. Hidupkan modem streamyx. Periksa kesemua lampu.

    ii. Didapati semua lampu menyala.

    iii. Penyambungan ke internet dilakukan.

    iv. Di dapati paparan error dipaparkan.

    v. Error 671

    vi. Untuk kepastian, hubungi 1-800-9515 TMnet.

    vii. Mohon untuk memeriksa talian streamyx mungkin mengalami hang

    session.

    viii. Jika operator mengesahkan terdapat hang session, mohon di

    berhentikan.ix. Selepas itu, kita matikan modem buat beberapa ketika dan cuba buat

    penyambungan kembali.

    x. Internet dapat dilayari dengan baik.

    Minggu ke-18: Menservis komputer

    (Masalah: Komputer Hang)

    35

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    30/31

    Masalah komputer yang mengalami hang ataupun stuck ini haruslah

    diselenggara. Apabila kita melakukan kerja melalui aplikasi dan tiba-tiba komputer

    hang, ini akan menyebabkan kerja yang dilakukan akan hilang. Justeru itu baikpulih

    harus dijalankan. Punca komputer mengalami hang adalah disebabkan dengan

    pengguna membuka terlalu banyak aplikasi. Ini menyebabkan operation system

    process akan meningkat. Selain itu masalah virus jugak boleh dikaitkan dengan

    permasalahan ini. Antara jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dengan

    memeriksa sector yang terdapat dalam cakera keras. Kemungkinan mengandungi

    banyak bad sector. Jikalau terlalu banyak badsector, pengguna harus menggantikan

    kepada hard disk yang baru dan lakukan formatting.

    Minggu ke-19: Preventive Maintaince di Sekolah Lubok Temiang

    Preventive Maintaince akan dilakukan di seluruh sekolah di WP.Labuan

    mengikut jadual yang telah ditetapkan. Namun pelatih hanya dapat mengikuti BUMI-

    IT untuk beberapa buah sekolah sahaja. Ini kerana, bahagian pejabat tidak

    mencukupi juruteknik. Kerja penyelenggaraan akan dilakukan dengan baik dan

    berkualiti tinggi ini kerana syarikat ini merupakan kontrak. Kesilapan yang berlaku

    boleh menyebabkan syarikat ini disenarai hitam dari kontrak. Pelatih perlu

    memegang nama baik syarikat dan tidak membuat perkara yang tidak sepatutnya.

    Minggu ke-20: Minggu Akhir

    Di minggu akhir pelatih di syarikat tersebut, majikan telah menyuruh pelatih

    untuk bertugas dibahagian pejabat. Pelatih melakukan kerja penyelenggaraankomputer. Didalam sehari, pelatih dapat menyiapkan lebih kurang lima buah

    komputer. Di samping itu, pelatih juga berusaha untuk mencari maklumat tentang

    syarikat seperti mana yang diperlukan bagi mengisi laporan ini. Maklumat juga

    diperolehi dengan bertanyakan kepada bahagian pentadbiran. Borang-borang

    penilaian juga diserahkan bagi proses penilaian terhadap prestasi pelatih. Pensyarah

    bagi melawat pelatih di organisasi tersebut juga tidak hadir sehingga minggu terakhir

    pelatih menanti.

    36

  • 8/14/2019 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITIori

    31/31