bab 2 komunikasi bahasa

43
BAB 2 BAHASA DALAM KOMUNIKASI

Upload: sushishazmie

Post on 25-Jun-2015

305 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Komunikasi Bahasa

BAB 2BAHASA DALAM KOMUNIKASI 

Page 2: Bab 2 Komunikasi Bahasa

PENGENALAN

Aspek-aspek perbincangan: definisi bahasa dan komunikasi, bentuk dan ciri umum komunikasi, aspek-aspek lisan yang perlu diberi perhatian, komunikasi lisan dan bertulis serta kesalahan

umum bahasa. Bahasa telah digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi, malah menjadi asas utama peradaban manusia hingga ke hari ini.

Page 3: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Peringkat awal, lisan dan lambang memainkan peranan utama. Seterusnya menerusi evolusi bahasa, muncullah tulisan yang digunakan sebagai sistem interaksi dan komunikasi manusia.Tulisan telah melengkapkan kita dengan sesuatu ingatan yang luas, kekal dan umum.

Page 4: Bab 2 Komunikasi Bahasa

DEFINISI BAHASA“ Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia atau percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun” (Noresah Baharom, 2000).

Page 5: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Menurut ahli linguistik struktural pula “bahasa ialah lambang-lambang pertuturan yang arbitrari, bersistem dan digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi”.

Page 6: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Nik Safiah Karim (1981) menyatakan bahawa “bahasa adalah satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh manusia sebagai alat untuk berhubung” (h.12).

Page 7: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Carroll (1963), melihat bahasa dari sudut linguistik.Menurut beliau, “bahasa adalah satu sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyi-bunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau digunakan untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia”.

Page 8: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Kesimpulan

Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang diguna sebagai alat perhubungan ataupun bahasa juga ialah lambang-lambang pertuturan yang arbitrari (sewenang-wenangnya), bersistem dan digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi

Page 9: Bab 2 Komunikasi Bahasa

DEFINISI KOMUNIKASI Menurut Schrammn (Ahmad Kamil Mohamed, 1992) “mendefinisikan komunikasi sebagai usaha untuk berkongsi maklumat, satu idea dan sikap”.

Contoh: Si Ahmad ada satu maklumat dia sampaikan maklumat kepada Ali. Ahmad akan berkongsi maklumat yang dia ada dengan Ali. Ali akan memberi respon terhadap maklumat Ahmad dengan memberikan idea.

Page 10: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Menurut beliau lagi, komunikasi memerlukan tiga elemen, iaitu sumber, mesej dan destinasi. Komunikasi adalah satu organisme kepada satu rangsangan (stimulus).

Sumber Mesej Destinasi

Page 11: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Komunikasi berlaku apabila gangguan persekitaran (rangsangan) mempengaruhi satu organisme dan orang tersebut berbuat sesuatu terhadapnya. Sekiranya rangsangan itu tidak dipedulikan oleh seseorang, jadi tidak akan berlaku komunikasi.

Kalau kita bercakap tidak ada respon maka tidak wujud komunikasi

Page 12: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Menurut Williams (1984), kita sebenarnya tidak boleh bertukar makna secara langsung .

Kita hanya boleh bertukar simbol secara fizikal seperti dalam perbualan atau penulisan atau dengan cara yang lebih kompleks, iaitu seperti bahan penerbitan, penyiaran, perfileman dan masej dalam peralatan elektronik.

Page 13: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Menurut Sillars (1988), ramai orang merasakan bahawa oleh kerana komunikasi adalah tentang penyampaian masej, ketepatan bahasa yang digunakan tidak penting asalkan mesej itu sampai.

Betul atau tidak?

Page 14: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Kesimpulan.Bahasa adalah perkaitan di antara bunyi percakapan atau bentuk penulisan dengan makna yang dikehendaki penggunanya. Bahasa adalah perantaraan dalam proses komunikasi manusia. Selain itu, bahasa memainkan peranan utama dalam perkongsian maklumat antara sumber, mesej dan destinasi. 

Page 15: Bab 2 Komunikasi Bahasa

JENIS KOMUNIKASIKomunikasi berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada melalui komunikasi lisan atau komunikasi bukan lisan . Bahagian yang terlibat dalam komunikasi lisan ialah mulut, iaitu ketika proses pembentukan suara atau perkataan.

Selain itu, bahagian komunikasi tanpa lisan pula ialah seluruh tubuh pengucap seperti kepala, mata, tangan, badan, nada suara serta mimik muka ( Abdul Mua’ti Ahmad 1994).

Page 16: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Ahmad Kamil Mohammed (1992), secara umumnya membahagikan bentuk komunikasi kepada lima bentuk yang utama seperti berikut:

a) Komunikasi Lisan Komunikasi lisan adalah cara berkomunikasi dengan melahirkan perkataan-perkataan daripada mulut. Komunikasi lisan dapat berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka.

Page 17: Bab 2 Komunikasi Bahasa

b) Komunikasi Persuratan Komunikasi persuratan memulakan era tamadun bagi sesuatu bangsa. Komunikasi persuratan memerlukan tumpuan kepada proses komunikasi intraperibadi.Di sini, seseorang itu perlu berfikir sebelum melahirkan sesuatu dengan agak serius.

Bentuk-bentuk komunikasi jenis ini termasuklah nota tidak rasmi, memo, surat, pekeliling, borang, laporan dan sebagainya.

Page 18: Bab 2 Komunikasi Bahasa

c) Komunikasi VisualKomunikasi visual menggunakan gambar atau ilustrasi dan lukisan. Pada hari ini, komunikasi visual semakin meluas penggunaannya kerana lebih berkesan.

Iklan di dalam majalah, brosur, dan papan iklan semuanya menggunakan kaedah komunikasi visual.Terdapat dua jenis komunikasi visual, iaitu: komunikasi grafik dan imej bergerak.

Page 19: Bab 2 Komunikasi Bahasa

d) Komunikasi WahyuKomunikasi wahyu adalah bentuk komunikasi tuhan kepada manusia. Mesej yang disampaikan dibawa oleh rasul dalam bentuk kitab seperti Zabur, Taurat, Injil, dan Al-Quran.Mesej yang disampaikan itu menjadi petunjuk dalam kehidupan manusia dan menjadi satu cara hidup atau yang disebut juga dengan istilah agama.

Page 20: Bab 2 Komunikasi Bahasa

e) Komunikasi IsyaratDalam komunikasi jenis ini, makna dilahirkan melalui bunyi, pergerakan anggota, mimik muka, pergerakan badan, objek atau sebarang rupa bentuk yang di luar daripada penggunaan oleh sistem bahasa yang formal.

Komunikasi isyarat mempunyai makna yang berbeza mengikut budaya bangsa yang menggunakannya.

Page 21: Bab 2 Komunikasi Bahasa

ASPEK-ASPEK KOMUNIKASI Alasan yang utama mengapa kita pelajari teknik komunikasi lisan yang berkesan ialah untuk mengetahui bagaimana komunikasi itu efektif.

Misalnya, terhadap suatu isi pesan (message content ) yang kita ucapkan, kita ingin dapat meramalkan kesannya yang akan timbul pada pihak penerimanya.

Page 22: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Penguasaan Tatabahasa

Penguasaan tatabahasa merupakan salah satu teknik komunikasi lisan yang penting. Penguasaan tatabahasa bererti pemahaman perucap tentang selok-belok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari. Kemahiran tatabahasa akan memudahkan seseorang itu menguasai atau mempunyai pengetahuan tentang perbendaharaan kata, morfologi, sintaksis, semantik, dan fonologi

Page 23: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Melalui penguasaan tatabahasa perucap akan berjaya mengucapkan atau melahirkan pengucapan yang betul dan berkesan serta mudah difahami (Kamarudin Hj. Husin, 1986).

Page 24: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Kebolehan menguasai sosiobudaya.

Bahasa mesti dituturkan dengan intonasi dan struktur yang betul dan ini menjamin proses komunikasi yang berkesan dan sekiranya pengetahuan atau kecekapan sosiobudaya tidak dimiliki oleh seseorang perucap itu, akan wujudkan kesukaran dalam dirinya untuk menguasai kemahiran berkomunikasi.

Page 25: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Kebolehan menguasai wacana.

Wacana dalam konteks komunikasi bermaksud kemahiran menggunakan ayat dengan baik dan berkesan serta mudah difahami oleh pihak yang mendengar. Kemahiran menguasai wacana seringkali menghasilkan perucap yang baik dan senang didengar.

Page 26: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Intonasi dan Nada Suara.

Intonasi dan nada suara merupakan aspek yang tidak kurang penting dalam pengucapan. Alunan dan tekanan nada seharusnya selari dengan apa yang diucapkan. Intonasi dan nada suara yang mendatar tidak dapat menarik perhatian pendengar yang mendengarnya.

Page 27: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Kelancaran dan Kefasihan Aspek kelancaran dan kefasihan merujuk kemampuan perucap mengucapkan bahasa dengan lancar dan fasih.

Ini bererti perucap yang tidak mampu menggarap bahasa dan menterjemahkannya dalam bentuk pengucapan akan melahirkan pengucapan secara yang teragak-agak, tersekat-sekat dan terlalu banyak hentian.

Page 28: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Tekanan

Tekanan adalah satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya, tekanan itu dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.

Page 29: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Laras Bahasa

Laras bahasa dalam konteks ini bererti kemampuan seseorang perucap menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana atau situasi yang sesuai.

Page 30: Bab 2 Komunikasi Bahasa

KOMUNIKASI LISANDalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, setiap orang haruslah diberi peluang melibatkan diri dalam berinteraksi dengan orang yang sudah cekap menggunakan bahasa.

Page 31: Bab 2 Komunikasi Bahasa

TEKNIK YANG SERING DIGUNAKAN :

BERCERITABERSYARAHBERBINCANGBERSOAL JAWABPENGUCAPAN AWAM

Page 32: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Komunikasi TelefonTelefon adalah alat untuk bercakap dengan orang yang jauh (Noresah Baharom, 2000). Komunikasi bermaksud perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain (Noresah Baharom 2000).

Page 33: Bab 2 Komunikasi Bahasa

KesimpulanMelalui perbincangan teknik-teknik komunikasi lisan yang disajikan, kita akan dapat memahami proses komunikasi lisan yang lebih mendalam. Komunikasi lisan dilakukan secara lisan dalam pelaksanaan kerja.Teknik komunikasi lisan yang berkesan adalah suatu komunikasi lisan yang memerlukan persefahaman antara penerima dan pengirim dalam menyampaikan maklumat yang utama antara individu.

Page 34: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Komunikasi bertulis dilakukan dalam bentuk formal untuk memberi arahan dan memohon perkara rasmi. Ia melibatkan penggunaan bahasa, tatabahasa, struktur ayat dan gaya penulisan dalam pelbagai situasi untuk individu atau kumpulan. Bahagian ini akan menekankan beberapa perkara yang berkaitan dengan komunikasi bertulis.

Page 35: Bab 2 Komunikasi Bahasa

KOMUNIKASI BERTULIS

Komunikasi bertulis bermaksud perkataan atau istilah yang dipilih mewakili idea yang terjana dalam minda dituliskan dalam bentuk karakter huruf.

Page 36: Bab 2 Komunikasi Bahasa

KOMUNIKASI BERTULIS

SURAT MEL ELEKTRONIK MEMO PEKELILING SIARAN AKHBAR

Page 37: Bab 2 Komunikasi Bahasa

CARA MEMPERBAIKI KOMUNIKASISemua jenis komunikasi yang berkesan menggunakan bahasa yang betul. Bahasa yang betul bermaksud bahawa semua aspek dalam bahasa seperti ejaan, perkataan dan ayat adalah betul menurut kosa kata Melayu yang telah ditetapkan.

Page 38: Bab 2 Komunikasi Bahasa

CARA MEMPERBAIKI KOMUNIKASI

PERKATAAN AYAT

Contoh:a) Nazrin memancing ikan. ( aktif) Ikan dipancing oleh Nazrin.

(pasif) Bentuk aktif digemari kerana

mudah difaham, ayat lebih pendek dan penegasan makna.

Page 39: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Kesalahan Umum Bahasa

Bahasa Melayu penulisan memang berbeza daripada bahasa Melayu pertuturan. Perbezaan itu kerap disebut ‘kesalahan umum’ dan dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti ejaan, penggunaan perkataan, pengimbuhan dan ayat.

Page 40: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Dari daripadaSaya berasal daripada Somalia.Meja itu diperbuat dari kayu cengal. Ke kepada Kebanyakan kebanyakkan Adalah ialah Pelbagai berbagai

Page 41: Bab 2 Komunikasi Bahasa

KESIMPULANBahasa memainkan peranan yang penting dalam komunikasi lisan dan bertulis. Kesalahan berbahasa boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan terhadap mesej yang ingin disampaikan.Secara amnya, menjadikan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi adalah wajib dan munasabah terutamanya di Malaysia.

Page 42: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Masyarakat Melayu seharusnya tidak boleh memandang remeh terhadap kemampuan bahasa Melayu. Ini kerana melalui pelbagai jenis alat komunikasi lisan dan bertulis, bahasa Melayu dapat digunakan dengan baik dan mampu mendokong makna dengan berkesan.

Page 43: Bab 2 Komunikasi Bahasa

Terima kasih..

Selamat malam….