bab-2-akidah-ii-a

Upload: farah-liyana

Post on 03-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    1/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    BAB 2Akidah Teras Pembangunan

    Muslim II

    CTU 101: PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAMMARUWIAH AHMAT

    1

    Menjelaskan pembinaan

    dan pengukuhan akidah

    Mengenal pasti dan

    menjauhi faktor-faktoryang membatalkan

    akidah

    Menjelaskan peranan

    akidah dalam

    pembangunan ummah

    2. Akidah Teras

    Pembangunan Muslim

    2.3 Pembinaan dan

    pengukuhan akidah2.4 Unsur-unsur yang

    merosakkan akidah

    2.5 Peranan akidah dalam

    pembangunan ummah

    Hasil Pembelajaran Kandungan

    PENDAHULUAN2

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    2/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    Sistem kepercayaan dan nilai hidup manusia memainkan

    peranan penting dalam mewarnai, mencorakkan dan

    menimbulkan motiyasi dalam perkembangan kehidupan

    manusia.

    Kekuatan akidahlah yang mencorakkan cita rasa dan kemahuan

    seseorang Muslim.

    Kekuatan ini memberi tenaga, mengarah dan mempertahankan

    tingkah laku mereka.

    Kekuatan akidah menjadi nadi bagi pelaksanaan tanggung-jawab manusia sebagai insan ciptaan Allah SWT, iaitu

    beribadat kepada Allah SWT dalam erti kata yang luas.

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    3

    4

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    PEMBINAAN AKIDAH

    MUAHADAH

    MURAQABAH

    MUAQABAH

    MUHASABAH

    MUJAHADAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    3/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    Perjanjian manusia dengan Allah

    SWT di alam roh. Mengingati

    perjanjian yang dilakukan di alam

    roh dari semasa ke semasa merupa-

    kan suatu perkara yang amat pentinguntuk membina dan memperkukuhkan

    keimanan.

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    5

    MUAHADAH

    6

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    MURAQABAH

    Kewaspadaan atau

    pengawasan. Sentiasa

    merasai bahawa Allah SWT

    mengawasi segala gerak

    geri kita (manusia) sentiasa laksanakan perintah

    Allah SWT dan meninggalkan

    larangan-Nya.

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    4/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    7

    Pertarungan menentang hawa nafsu dan

    perjuangan menegakkan agama Allah

    S.W.T. perlu dilakukan secara istiqamah

    pada setiap masa dan tempat.

    MUJAHADAH

    8

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    Mengingati kembali perilaku,

    tindakan dan hasilnya

    sepanjang hari untuk

    penambahbaikan di masa

    akan datang mendorong

    seseorang supaya berhati-hati

    dalam kehidupan boleh

    menimbulkan keyakinan dan

    keinsafan dalam diri

    MUHASABAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    5/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    9

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    Suatu bentuk denda yang dikenakan

    terhadap diri sendiri kerana kecuaian

    dalam melakukan sesuatu perintah Allah

    SWT denda adalah dalam bentuk amalan

    yang boleh mendekatkan lagi diri kepada

    Allah SWT berasa bimbang akan balasan

    Allah di atas kecuaiannya melaksanakan

    perintah Allah.

    MUAQABAH

    PENGUKUHAN AKIDAH

    Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat membezakan

    mana baik dan yang mana buruk, yang mana perlu didahulukan

    dan dikemudiankan.

    Ilmu yang dititikberatkan ialah ilmu yang berkaitan dengan ilmu-

    ilmu mengenai Allah dan rasul-Nya atau ilmu fardu ain. Apabilaseseorang itu mengetahui ilmu fardu ain, seseorang hamba itu akan

    beribadah kepada Allah dengan sempurna. Seterusnya

    mempelajari ilmu fardu kifayah yang berhubung dengan kehidupan

    seharian seperti ilmu berkaitan politik, ekonomi, sosial dan

    sebagainya adalah penting. Kemahiran terhadap kedua-dua ilmu ini

    akan membawa kepada kekukuhan dan keyakinan yang jitu

    terhadap agama Allah.

    10

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    llmu

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    6/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    Makan di bulan puasa

    11

    Bertengkar berlebihan

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    Seseorang itu akan sentiasa berhati-hati

    dalam setiap gerak perlakuannya dengan

    memastikan dia sentiasa berada dalam konteks

    amar ma'ruf dan nahi munkar.

    Hati yang diisi dengan keimanan dan selari dengan rukun iman

    iaitu mempercayai konsep hari Akhirat yang meliputi pembalasan,

    timbangan serta dosa pahala akan membentuk personaliti danindividu yang meyakini setiap apa yang dilakukan olehnya baik

    berbentuk niat, cita-cita, perlaksanaan dan sebagainya akan

    menerima pembalasan daripada Allah. Allah SWT menegaskan

    setiap orang yang melakukan amalan baik walaupun seberat

    zarah akan dibalas baik dan sebaliknya jika melakukan amalan

    jahat walaupun sebesar zarah juga akan dibalas dengan

    kejahatan yang dilakukan itu.

    12

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    MengelakkanDiri Dari

    MelakukanDosa

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    7/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    Bermain sehingga maghrib

    13

    Buang bayi

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    Agama Islam telah mengaturkan bermacam-

    macam cara bagi manusia melakukan ihadah

    kepada Allah s.w.t di antaranya dengan cara

    perbuatan lisan seperti berdoa, berzikir, menyeru berbuat kebaikan

    dan kebajikan dan mencegah berbuat perkara maksiat dan

    kejahatan, dan ada pula ibadat dengan menggunakan harta seperti

    mengeluarkan zakat, bersedekah dan sebagainya, dan ada pulaibadat yang dilaksanakan dengan menggabungkan jasad dan harta

    seperti menunaikan ibadat haji dan berjihad di jalan Allah s.w.t.

    Ibadat-ibadat tersebut diperintahkan Allah s.w.t bukan sahaja

    semata-mata untuk taat kepada Allah s.w.t tetapi di sebaliknya

    penuh dengan rahsia dan hikmah yang wajib diterokai hagi

    menjalani kehidupan yang sempurna.

    14

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    IltizamMelakukan

    Ibadat

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    8/21

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    9/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat

    Bertaubat setelah melakukan kesalahan.

    17

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    Seseorang Mukmin harus menjadikan dirinya

    sebagai pengawas terhadap nafsunya sendiri

    sehingga mampu menjadikan hatinya ikhlas dalam

    setiap perlakuannya.

    i. Memahami Islam sedalam-dalamnya.ii. Merenung diri sendiri sebelum melakukan sesuatu.

    iii. Menilai perbuatan yang telah mula dilakukan untuk melihat

    bertepatan dengan peraturan atau syariat.

    iv. Membetulkan diri sendiri melalui amalan amar makruf dan

    nahi mungkar.

    18

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    Mujahadah al-

    nafs dan muha-

    sabah diri

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    10/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    Menilai semula amalan

    19

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    Selain berzikir dengan lisan dan hati untuk

    mengingati Allah s.w.t, perbanyakkan doa

    kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang memberi

    petunjuk ke jalan yang benar dan dengan restu-Nya jua, seorang

    hamba akan sampai ke matlamat yang dituju iaitu mendekati

    Allah dan mendapat keredhaan-Nya.Allah telah menentukan doa sebagai jalan yang luas terbentang

    untuk dilalui hamba bagi mendapatkan kurniaan-Nya. Allah s.w.t

    menggalakkan hamba-hambaNya supaya berdoa.

    20

    Mujahadah al-

    nafs dan muha-

    sabah diri

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    11/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    Perbanyakkan doa setelah berusaha.

    21

    PEMBINAAN DAN PENGUKUHAN AKIDAH

    PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH

    22

    UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKANAKIDAH

    Melaluiperbuatan

    Melaluipercakapan

    Melaluiiktikad

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    12/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    PercakapanSesuatu perkataan yang dilafazkan boleh menyebabkan

    seseorang itu terbatal akidahnya. Antaranya ialah apabila

    seorang Muslim menuduh seorang Muslim lain kafir sedangkan

    orang yang dituduh adalah tidak. Memperolok-olokkan satu

    daripada nama-nama Allah yang mulia, janji Allah, peringatan

    atau amaran dari Allah SWT, juga boleh membatalkan akidah

    seseorang. Sebagai contohnya jika seseorang berkata, "kalau aku

    diperintahkan Allah melakukan sesuatu, aku tidak akan lakukan.

    Walaupun kiblat beralih arahnya ke arah ini aku tidak akan solatmenghadap kepada-Nya. Kalau aku diberikan oleh Allah syurga

    aku tidak akan masuk". Perkataan yang diucapkan secara

    memperkecilkan Allah SWT atau melahirkan keangkuhan akan

    menyebabkan seseorang itu terbatal akidahnya.

    23

    UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

    AKIDAH

    Perbuatan

    Perbuatan yang membatalkan akidah ialah seperti

    sujud kepada berhala atau makhluk lain atau sujud

    kepada yang lain daripada Allah, melainkan dalam

    keadaan terpaksa seperti seorang tawanan perang

    yang dipaksa sujud kepada orang kafir di negarayang diperangi. Berlainan dengan rukuk, jika rukuk

    kepada makhluk dengan niat membesarkan makhluk

    seperti kita membesarkan Allah adalah kafir tetapi

    jika tujuannya sekadar untuk menghormati, tidak

    menyebabkan kafir tetapi tetap hukumnya haram.

    24

    UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKANAKIDAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    13/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    Keyakinanatau Iktiqad

    Perkara yang membatalkan akidah juga ialah melalui

    keyakinan termasuklah syak atau ragu tentang Allah

    SWT, rukun-rukun iman yang lain seperti Rasul-Nya,

    Al-Quran, Hari Akhirat atau syurga dan neraka,

    pahala dan dosa dan sebagainya. Beriktikad tentang

    ketiadaan sifat-sifat yang wajib bagi Allah SWT atau

    menafikan wajibnya perkara yang diijmakkantentang wajibnya seperti solat lima waktu, kewajiban

    berzakat, berpuasa dan haji.

    25

    UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

    AKIDAH

    MenyekutukanAllah S.W.T.dengan sesuatupada zat, sifat &

    perbuatanNya

    contoh:menyamakansifat Allah S.W.T.dengan sifatmanusia

    SYIRIK

    Tidak percaya kepadaAllah S.W.T. sertamengingkari ajaranyang disampaikanoleh NabiMuhammad s.a.w.

    KUFUR Berpalingatau keluar

    dari agamaIslam.

    RIDDAH

    UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKANAKIDAH26

    Perkara yang boleh membatalkan syahadah

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    14/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    UNSUR-UNSUR YANG MEROSAKKAN

    AKIDAH

    Kepercayaandan perbuatankarut yangbertentangandengankonsep tauhiddan syariatIslam contoh:memuja kuburdsb

    KHURAFAT

    Ilmu yangberkaitanperbuatansecara halusmelaluipertolonganmakhluk ghaibiaitu denganbantuan jin dansyaitan contoh:ilmu hitam,santau

    SIHIR

    Berpura-puramelahirkankeimanansedangkanhati tetapkufurkepadaAllah S.W.T.

    NIFAK

    Amalanyangbercanggahdengan Al-Quran danal-Sunnah contoh:ajaran AyahPin, mengakuNabi terakhirdsb

    AJARANSESAT

    27

    PERANAN AKIDAH DALAMPEMBANGUNAN UMMAH28

    Apabila manusia mengenal Allah dengan akal dan hati, maka

    mereka merasa bebas daripada kongkongan orang lain dan

    tidak terikat dengan sesiapa pun kecuali Allah.

    Akidah melahirkan jiwa yang berani dan selalu inginkan

    kemajuan jiwa agar tidak dihinggapi sifat-sifat kikir, loba, tamak

    dan rakus tetapi sebaliknya bersifat tenang dan tenteram.

    Kekuatan akidah membantu manusia melepaskan diri daripada

    tarikan kebendaan, terhindar daripada segala macam nufsu

    syahwat dan merasa kurang memerlukan kelazatan keduniaan.

    Sebaliknya jiwa tersebut yakin bahawa kebahagiaan hidup

    terletak pada kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    15/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    Kekuatan akidah perlu dibina oleh setiap individu dengan

    berpandukan dasar-dasar hidup yang kekal, ideologi yang

    mulia, yang ditentukan sendiri oleh Allah.

    Kekuatan ini tidak diperoleh dengan meniru golongan Timur

    dan Barat alau dengan mencontohi ideologi sekularisme

    yang diambil daripada Barat moden. Kekuatan akidah

    menjadi teras bagi model motivasi Islam.

    Model tersebut mengandungi beberapa kriteria keperluanmanusia dalam kehidupan:

    29

    PERANAN AKIDAH DALAM

    PEMBANGUNAN UMMAH

    30

    PERANAN AKIDAH DALAMPEMBANGUNAN UMMAH

    Dharuriah

    Perkara yang amat penting bagi kebahagian di dunia dan diakhirat. Perkara ini membabitkan pemeliharaan lima hak, iaituagama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Pemeliharaanakidah menduduki tempat teratas di dalam keperluan manusia.

    Hajiah

    Pemuasan terhadap keperluan asas manusia sepertimenghilangkan kesulitan hidup dan mempermudahkanpelaksanaan ibadah umum (muamalat).

    Tahsiniah

    Kesempurnaan diri untuk menjadi insan kamil iaitumengembangkan potensi diri, mencapai taraf yang tinggi,menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, memperolehpengetahuan, meneroka, memahami, menganalisis perhubungandan mendapatkan kecantikan serta keindahan.

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    16/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    Bezakan keperluan manusia di atas.

    31

    PERANAN AKIDAH DALAM

    PEMBANGUNAN UMMAH

    Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT

    Manusia menurut akidah Tauhid, dijadikan oleh Allah SWT untuk

    mengabdikan dirinya kepada Allah dalam satu rangka

    pengabdian (Ubudiyyah) yang sangat unik. Pengabdian ini harus

    berlaku dalam konteks menjalankan tugas dan amanah Allah SWT

    selaku pewaris (khalifah) di bumi.

    Di atas dasar iman kepada Allah SWT, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini

    sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan

    Tuhannya.

    Garis panduan, ketetapan, dan peraturan Ilahi ini disebut sebagai

    Syariah. Apabila ia dipatuhi maka kehidupan individu, keluarga,

    masyarakat dan negara akan menjadi selamat di dunia dan di

    akhirat.

    32

    PERANAN AKIDAH DALAMPEMBANGUNAN UMMAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    17/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    Melahirkan ummah yang mempunyai hala tuju dan matlamat

    hidup

    Iman dan akidah yang diterjemahkan dalam bentuk perbuatan,

    ucapan dan personaliti menjadi lambang serta syiar Islam

    sekaligus mampu menjadi model atau tauladan kepada

    masyarakat Islam itu sendiri juga masyarakat bukan Islam supaya

    mengikuti ajaran Islam.

    Kemantapan akidah juga akan menimbulkan jiwa keberanian dan

    ingin terus inaju kerana membela kebenaran.

    Kematian dianggap tidak berharga sama sekali kecuali syahid

    kerana mempertahankan kebenaran dan keadilan Islam.

    33

    PERANAN AKIDAH DALAM

    PEMBANGUNAN UMMAH

    Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian

    unggul

    Hati yang diisi dengan keimanan dan akidah yang lurus

    pastinya akan melahirkan individu dan personaliti ke

    arah perawakan yang baik dan diredhai Allah SWT.

    Akidah dan keimanan yang lurus itu dapat membentukmasyarakat yang saling bantu membantu untuk

    mencapai keredhaan Allah SWT iaitu menyuruh kepada

    perkara yang baik serta bersatu padu membasmikan

    segala bentuk kemungkaran.

    34

    PERANAN AKIDAH DALAMPEMBANGUNAN UMMAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    18/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif

    dan dinamis

    Setiap insan yang diciptakan Allah SWT mempunyai

    keistimewaan berbanding dengan makhluk-makhluk

    yang lain, bukan hanya dari aspek kejadiannya

    malah meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat

    kelak.

    Seseorang dianggap cemerlang kejadiannya jikamereka mengimplementasikan asas dari ajaran Islam

    iaitu akidah, syariah dan akhlak dalam segala aspek

    kehidupan.

    35

    PERANAN AKIDAH DALAM

    PEMBANGUNAN UMMAH

    Membangun ekonomi ummah secara

    komprehensif

    Abad ini umumnya dilihat sebagai abad persaingan

    ekonomi, dan hakikat ini sekali gus membawa erti

    bahawa keunggulan sesuatu bangsa atau negara

    tergantung pada kekuatan ekonominya.

    Aspirasi pembinaan generasi unggul harus dijayakan

    menerusi kemantapan akidah yang meletakkan

    ekonomi sebagai satu nilai yang ingin dicapai.

    36

    PERANAN AKIDAH DALAMPEMBANGUNAN UMMAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    19/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 1

    37

    PERANAN AKIDAH DALAM

    PEMBANGUNAN UMMAH

    Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil

    Pada prinsipnya Islam mengaplikasikan sistem pentadbiran dan

    pengurusan secara berorganisasi, di mana salah seorang

    daripada mereka perlu dilantik sebagai pemimpin tertinggi.

    Tujuannya ialah untuk menyelaraskan kerja-kerja pegawai

    bawahan dengan saksama. Ketua sebagai penyelaras, bukanlah

    bererti bahawa dia boleh bertindak sesuka hatinya tanpa batas,

    malah mereka juga turut terikat dengan undang-undang yang

    telah ditetapkan Allah SWT.

    Walau bagaimanapun sebarang keputusan yang dibuat oleh

    pihak penguasa, wajib dipatuhi selagi perkara itu tidak

    bertentangan dengan ajaran Islam

    38

    PERANAN AKIDAH DALAMPEMBANGUNAN UMMAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    20/21

    TU101 9/7/201

    aruwiah Ahmat 2

    PEMBINAAN AKIDAH

    1. Memahami hakikat Islam yang sebenar dengan mempelajari danmengamalkan dasar-dasarnya.

    2. Memahami konsep akidah Islam.

    3. Tazkiyyah al-Nafs - membersihkan hati dengan meninggalkankemungkaran.

    4. Melaksanakan dakwah dan jihad melawan nafsu dan syaitan.

    5. Mengenal pasti bentuk-bentuk penyelewengan dan ajaran sesat.

    6. Pihak berwajib mesti tegas mengawal isu penyelewengan akidah.

    7. Tindakan undang-undang mesti dikenakan pada penyelewengakidah.

    8. Penyebaran maklumat kepada orang ramai hendaklah jelas.

    39

    PERANAN AKIDAH DALAM

    PEMBANGUNAN UMMAH

    KESAN AKIDAH ISLAM DALAM KEHIDUPAN

    Melahirkan insan yang mempunyai pandangan luas dan

    berwawasan kerana yakin bahawa Allah yang memiliki alam ini

    melahirkan perasaan rendah diri tidak bersifat egoistik dan

    individualistik

    melahirkan insan yang mengerti hakikat hidup yang sebenar dunia boleh melalaikan dan tidak lupa matlamat hidup manusia

    mendidik insan membentuk akhlak mulia

    melahirkan insan yang sanggup melaksanakan amar makruf nahi

    mungkar

    Menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan hidup

    40

    PERANAN AKIDAH DALAMPEMBANGUNAN UMMAH

  • 8/12/2019 bab-2-akidah-ii-a

    21/21

    TU101 9/7/201

    Iman dan akidah adalah pusat segala aktiviti manusia

    yang menetukan setiap kelakuan dan perkataan yang

    keluar hasil bisikan perasaan seseorang.

    Dari situ dapat dijelaskan bahawa iman itu adalah satu

    ikatan berbentuk maknawi yang menghubungkan

    individu dengan hakikat yang sebenarnya.

    Tanpa iman dan akidah segala-galanya akan musnah

    dan tidak dinilai di sisi Allah. Untuk itu orang yangberiman dan mempraktikkan keimanannya akan

    mencapai kemanisan iman serta merekalah sebaik-baik

    makhluk.

    41

    KESIMPULAN

    42

    AKTIVITI BERTULIS 3

    Mana soalan

    ni?

    - Berkumpulan

    - 20 minit sahaja