bab 14 akidah ting 1

3
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN satu Bab 14 : AKIDAH (AKIDAH) PENGERTIAN AKIDAH 1. Akidah berasal daripada kata Al-Aqdu ( ُ دْ قَ عْ لَ ا) yang bermaksud satu ikatan yang teguh di dalam hati. 2. Akidah dari segi istilah syarak bermaksud kepercayaaan dan keyakinan yang mantap terhadap konsep ketuhanan, kerasulan, perkara sam’iyyat dan perkara mumkinat berdasarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah. NAMA LAIN BAGI ILMU AKIDAH 1. Ilmu Kalam : iaitu ilmu yang membahaskan tentang kalam Allah SWT sama ada qadim (dahulu) atau hadis (baru). 2. Ilmu Makrifah : iaitu ilmu yang membincangkan tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dan Rasul-Nya. 3. Ilmu Tauhid : iaitu ilmu yang membicarakan tentang keesaan Allah SWT. 4. Ilmu Usuluddin : iaitu ilmu yang membincangkan tentang perkara-perkara asas dalam agama seperti ketuhanan. CIRI-CIRI AKIDAH YANG BENAR 1. Kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap Allah SWT 2. Kepercayaan kepada rasul serta beriman dengan sunnah yang dibawanya. 3. Kepercayaan terhadap perkara- perkara sam’iyyat (ghaib) yang dijadikan oleh Allah SWT 4. Mengakui segala kewujudan di alam ini adalah ciptaan Allah SWT. CIRI-CIRI AKIDAH YANG SALAH 1. Menolak keesaan dan kekuasaan Allah SWT. 2. Mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk ciptaan-Nya. 3. Menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT 4. Menafikan kewujudan hari kiamat serta pembalasan syurga dan neraka TUJUAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH 1. Memantapkan keimanan terhadap Allah SWT. 2. Menjauhkan diri daripada perbuatan dan amalan yang boleh merosakkan keimanan. 3. Mempertahankan akidah daripada sebarang bentuk penyelewengan. AKIDAH BERDASARKAN ALAM MUSYAHADAH 1. Alam Syahadah ialah setiap kejadian alam yang boleh dilihat serta oleh pancaindera manusia seperti pokok, bulan, matahari, gunung-ganang dan sebagainya. 2. Semua benda yang dilihat dan dikaji melalui pancaindera menjadi bukti kewujudan Allah SWT. 3. Kejadian cakerawala serta perjalanannya yang teratur juga menjadi bukti kekuasaan Allah SWT. HUBUNGAN AKIDAH DENGAN SYARIAT 1. Akidah adalah kepercayaan dan keyakinan di dalam hati tentang kewujudan Allah SWT, malaikat, kitab, rasul-rasul, ت ز م ا مادي س ح

Upload: adi974

Post on 20-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

عقيدة

TRANSCRIPT

Bab 14 : AKIDAH (AKIDAH)PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN satu

PENGERTIAN AKIDAH1. Akidah berasal daripada kata Al-Aqdu ( ) yang bermaksud satu ikatan yang teguh di dalam hati.2. Akidah dari segi istilah syarak bermaksud kepercayaaan dan keyakinan yang mantap terhadap konsep ketuhanan, kerasulan, perkara samiyyat dan perkara mumkinat berdasarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah.

NAMA LAIN BAGI ILMU AKIDAH1. Ilmu Kalam : iaitu ilmu yang membahaskan tentang kalam Allah SWT sama ada qadim (dahulu) atau hadis (baru).2. Ilmu Makrifah : iaitu ilmu yang membincangkan tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dan Rasul-Nya.3. Ilmu Tauhid : iaitu ilmu yang membicarakan tentang keesaan Allah SWT.4. Ilmu Usuluddin : iaitu ilmu yang membincangkan tentang perkara-perkara asas dalam agama seperti ketuhanan.

CIRI-CIRI AKIDAH YANG BENAR1. Kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap Allah SWT2. Kepercayaan kepada rasul serta beriman dengan sunnah yang dibawanya.3. Kepercayaan terhadap perkara-perkara samiyyat (ghaib) yang dijadikan oleh Allah SWT4. Mengakui segala kewujudan di alam ini adalah ciptaan Allah SWT.

CIRI-CIRI AKIDAH YANG SALAH1. Menolak keesaan dan kekuasaan Allah SWT.2. Mensyirikkan Allah SWT dengan makhluk ciptaan-Nya.3. Menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT4. Menafikan kewujudan hari kiamat serta pembalasan syurga dan neraka

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU AKIDAH1. Memantapkan keimanan terhadap Allah SWT.2. Menjauhkan diri daripada perbuatan dan amalan yang boleh merosakkan keimanan.3. Mempertahankan akidah daripada sebarang bentuk penyelewengan.

AKIDAH BERDASARKAN ALAM MUSYAHADAH1. Alam Syahadah ialah setiap kejadian alam yang boleh dilihat serta oleh pancaindera manusia seperti pokok, bulan, matahari, gunung-ganang dan sebagainya.2. Semua benda yang dilihat dan dikaji melalui pancaindera menjadi bukti kewujudan Allah SWT.3. Kejadian cakerawala serta perjalanannya yang teratur juga menjadi bukti kekuasaan Allah SWT.

HUBUNGAN AKIDAH DENGAN SYARIAT1. Akidah adalah kepercayaan dan keyakinan di dalam hati tentang kewujudan Allah SWT, malaikat, kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan qadak dan qadar.2. Syariat ialah peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan Allah SWT sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan.3. Akidah dan syariat saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan Muslim.

LATIHAN

1. Berikan pengertian akidah dari segi istilah syarak..

2. Mengapakah manusia perlu kepada akidah yang benar?. 3. Terangkan dua tujuan mempelajari ilmu akidaha. .b. ...

4. Berikan dua nama lain bagi ilmu akidah.i. ii.

5. Jelaskan dua ciri-ciri akidah yang benar.i. ii.

6. Jelaskan dua ciri-ciri akidah yang salah.i. ii.

7. Berikan maksud alam syahadah.

8. Tulis semula petikan di bawah dengan menggunakan tulisan jawi.

Akidah yang benar adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.