bab 13 pengenalan kepada si

35
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com .my) 1 Sistem Rangkaian Sistem Rangkaian OPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI)

Upload: miemustafa

Post on 06-Aug-2015

234 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)1

Sistem RangkaianSistem RangkaianOPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI)

Page 2: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)2

PengenalanPengenalan Semudah-mudah rangkaian komputer melibatkan

dua buah komputer yang dihubungkan dengan media, sama ada talian terus atau melalui talian telefon.

Sekompleks rangkaian terletak pada imaginasi masing-masing. Secara khusus rangkaian komputer bermaksud semua nodes seperti pelayan (server), stesen kerja (workstation), pencetak (printer) dan sebagainya dihubungkan antara satu sama lain dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan bahan.

Dalam erti kata lain, maklumat yang ada pada pengguna A dapat disebarkan kepada penguna lain dan begitu juga sebaliknya.

Page 3: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)3

Model OSI (Model OSI (Open Systems Open Systems InterconnectionInterconnection – – saling saling sambungan sistem terbuka)sambungan sistem terbuka) Model OSI merupakan satu panduan

bukannya satu perisian mahu pun satu perkakasan.

OSI digunakan sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian dan perkakasan supaya produk mereka boleh di sambungkan kepada sistem rangkaian tanpa sebarang masalah.

Page 4: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)4

Tujuan diadakan Model OSI Tujuan diadakan Model OSI

Untuk kesepakatan di dalam berkomunikasi melalui sistem rangkaian

Bayangkan kalau Ah Chong bercakap menggunakan bahasa Mandarin kepada Mutusamy, tentu sekali Mutusamy tidak faham sepatah apa yang dikatakan oleh Ah Chong. Oleh itu Ah Chong dan Mutusamy perlu menggunakan Bahasa Malaysia (sekarang dikenali dengan Bahasa Melayu) di dalam percakapan mereka.

Page 5: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)5

Kebaikkan Model OSIKebaikkan Model OSI

Memecahkan operasi sistem rangkaian yang komplek supaya mudah dijaga.

Perubahan setiap lapisan tidak mengubah lapisan yang lain. Ini memudahkan pengeluar menumpukan perhatian pada lapisan tertentu sahaja.

Untuk memudahkan pembinaan perkakasan “plug and play”. 

Page 6: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)6

Model OSIModel OSI

Page 7: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)7

Talian diantara Penghantar dan Talian diantara Penghantar dan PenerimaPenerima

Page 8: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)8

Lapisan Penggunaan Lapisan Penggunaan (Application) (Application) “Memberi sokongan langsung kepada proses

penggunaan dan aturcara pengguna akhir dan pengurusan saling hubungan aturcara-aturcara ini dan entiti komunikasi.”

Lapisan ini menyediakan antaramuka untuk pengguna. Perisian di sini merujukkan perisian yang digunakan untuk sistem rangkaian seperti pemindahan fail, e-mel (e-mail), cetakan dan sebagainya.

Page 9: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)9

Contoh Perisian di Lapisan Contoh Perisian di Lapisan PenggunaanPenggunaan

1. Telnet (Terminal Emulation)2. World Wide Web (WWW) 3. Get Laluan (Gateway)E-mail 4. Protokol Pemindahan Fail - File Transfer Protocol (FTP) 5. Saling Tukaran Data Elektronik - Electronic Data Interchange

(EDI) 6. Internet Relay Chat (IRC) 7. Internet navigation utilities – Gopher, Yahoo, Excite, Alta Vista

dan sebagainya. 8. Perkhidmatan Fail Rangkaian - Network File System NFS (SUN) 9. Apple Share (Apple)

Page 10: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)10

Contoh protokol di Lapisan Contoh protokol di Lapisan PenggunaanPenggunaan1. DNS (Domain Name System)2. TFTP (Trivial File Transfer Protocol)3. BOOTP (Bootstrap Protocol) 4. SNMP (Simple Network Management

Protocol) 5. RLOGIN (Remote Login)6. SMTP (Simple Mail Transfer Protocol)7. MIME (Multipurpose Internet Mail

Extensions)8. NFS (Network File System)9. FINGER

Page 11: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)11

Lapisan Persembahan Lapisan Persembahan (Presentation)(Presentation) ”Memberikan satu set perkhidmatan yang mungkin

dipilih oleh lapisan penggunaan untuk membolehkannya mentaksir makna data yang ditukarkan. Perkhidmatan begitu termasuk pengurusan saling tukar kemasukan, paparan dan kawalan data berstruktur. Perkhidmatan lapisan persembahan adalah intisari cadangan tujuh lapisan, membolehkan terminal berbeza dan kelengkapan komputer untuk saling berkomunikasi.”

Lapisan ini menukar data kepada format skrin anda untuk membolehkan anda berhubung dengan mana-mana pengguna.

Page 12: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)12

Lapisan Persembahan Lapisan Persembahan (Presentation) - sambungan(Presentation) - sambungan Dilapisan ini juga satu kefahaman/kesamaan

(establishes understanding) dapat dicapai dalam usaha bagaimana setiap mesin perlu dipersembahkan (dibentangkan) atau cara penerimaan data diantara dua mesin.

Lapisan ini juga terlibat di dalam proses enkripsi (encyption), dekripsi - penyahsulitan (decryption), Pemampatan (compression), Penyahmampatan (decompression) dan operasi multimedia (jpg, mpeg, tiff dll)

Page 13: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)13

Contoh Protokol di Lapisan Contoh Protokol di Lapisan PersembahanPersembahan HTTP (Hypertext Transfer Protocol) Telnet (Terminal Emulation) AppleTalk Filing Protocol (AFP)

Page 14: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)14

Lapisan Sidang (Session) Lapisan Sidang (Session)

”Memberikan perkhidmatan ‘pengikatan’ dua entiti perkhidmatan persembahan bersama secara logik dan mengawal dialog antara mereka dalam aspek penyelarasan mesej.”

Fungsi utama lapisan ini ialah untuk membolehkan dua stesen berhubung dan memberitahu stesen yang berkenaan jika ada kerosakkan pada hubungan mereka. Juga untuk memutuskan talian hubungan jika diarah.

Juga mengawal struktur diantara komunikasi dengan perisian dan juga menjaga log masuk (login) dan katalaluan (password).

Page 15: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)15

Lapisan Sidang (Session) - Lapisan Sidang (Session) - sambungansambungan Setiap data diasingkan untuk setiap aplikasi yang

berlainan dan mod simpleks (Mode Simplex), separa dupleks (half-duplex) atau dupleks penuh (full-duplex) akan ditentukan di dalam lapisan ini.

Mod simpleks berfungsi satu arah sahaja seperti siaran radio, tiada tindak balas pada penerima. Iaitu penerima hanya menerima siaran tanpa perlu membalasnya.

Mod separa dupleks berfungsi seperti telegraf atau walkie-talkie, iaitu hanya sebelah pihak boleh menggunakan talian di dalam satu masa.

Mod dupleks penuh berfungsi seperti kita menggunakan talian telefon, iaitu dua pihak boleh menggunakan talian serentak.

Page 16: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)16

Contoh Protokol dan Antaramuka Contoh Protokol dan Antaramuka Lapisan SidangLapisan Sidang Protokol Kawalan Penghantaran - TCP (Transmission

Control Protocol). NetBIOS Apple protocols ASP, ADSP, ZIP, PAP – dibangunkan

oleh Macintosh. Perkhidmatan Fail Rangkaian - Network File System

(NFS) – dibangunkan oleh Sun Microsystems untuk membolehkan fail diambil daripada sistem rangkaian.

Bahasa Pertanyaan Piawai - Structured Query Language (SQL) – dibangunkan oleh IBM untuk carian maklumat di dalam sistem tempatan atau luaran.

Page 17: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)17

Lapisan Pengangkutan Lapisan Pengangkutan (Transport)(Transport) ”Memberikan perkhidmatan komunikasi tersedia

yang optimum (dibekalkan oleh pelaksanaan lapisan bawah) dengan memberikan pemindahan yang mudah bagi data antara entiti lapisan sidang.”

Lapisan ini berkhidmat sebagai penjamin intergriti rangkaian. Protokol di sini akan memastikan segala informasi atau paket sampai ke tempat tujuan dan akan memberitahu stesen penghantar supaya menghantar paket lagi jika ada yang tidak sampai (pemulihan ralat - error recovery).

Page 18: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)18

Lapisan Pengangkutan Lapisan Pengangkutan (Transport) - sambungan(Transport) - sambunganBertanggungjawab untuk

memisahkan/mengumpul/mengawal (kawalan aliran - flow control) pesanan yang panjang, data integriti and pengalamatan (addressing).

Data dihantar ke dalam lapisan ini dikenali dengan nama segmen

Page 19: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)19

Contoh Protokol di Lapisan Contoh Protokol di Lapisan PengangkutanPengangkutan Protokol Kawalan Penghantaran - TCP

(Transmission Control Protocol). User Datagram Protocol (UDP). NetBEUI - (NetBIOS Extended user

Interface) merupakan protokol pengangkutan (transport protocol).

Sequenced Packet Exchange (SPX for Novell).

Page 20: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)20

Kawalan Aliran Kawalan Aliran (Flow Control)(Flow Control)

Untuk memastikan integriti satu teknik yang dikenali Kawalan Aliran digunakan untuk memastikan penerima mempunyai kemampuan untukmenerimanya.

Apabila penimbal (buffer) penuh, penerima akan menghantar isyarat Berhenti (STOP), supaya penghantar menghentikan penghantaran data dan menghantar isyarat Jalan (GO), apabila penerima sedia menerima data seterusnya.

Page 21: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)21

Komunikasi Berorientasikan Komunikasi Berorientasikan Sambungan (Connection-Sambungan (Connection-Oriented Communication)Oriented Communication) Untuk memastikan jaminan penghantaran data, satu konsep yang dikenali dengan nama tiga hala berjabat tangan (three-way hand shaking) atau komunikasi berorientasikan sambungan (connection-oriented communication) digunakan.

Page 22: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)22

Peningkapan (WindowingPeningkapan (Windowing))

Nota: Ack = Singkatan dari Acknowledgments (Pengakuan)

Page 23: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)23

Lapisan Rangkaian (Network) Lapisan Rangkaian (Network) ”Memberikan kaedah fungsi dan tatacara untuk

perkhidmatan rangkaian saling tukar unit data antara dua entiti pengangkutan (misalnya, peranti yang menyokong protokol lapisan pengangkutan) melalui hubungan rangkaian. Ia memberikan entiti pengangkutan yang tidak bergantung kepada pertimbangan hala pensuisan.”

Memberi alamat logik antara pelanggan (client) tanpa menghiraukan bagaimana pelanggan mengakses rangkaian.

Bertanggungjawab untuk memastikan kekukuhan komunikasi (establishing), menjaga (maintaining) dan memutuskan sambungan (terminating connections).

Mengarah/menghala atau "route" segala paket (packet) atau informasi ke tujuan akhir.

Page 24: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)24

Protokol di Lapisan RangkaianProtokol di Lapisan Rangkaian IP (Internet Protocol) IPX (Novell Protocol) DDP (Datagram Delivery Protocol – Apple

Protocol) ARP (Address Resolution Protocol) RARP (Reverse Address Resolution Protocol) ICMP (Internet Control Message Protocol) RIP (Routing Information Protocol) OSPF (Open Shortest Path First Protocol) BGP (Border Gateway Protocol) IGMP (Internet Group Management Protocol)

Page 25: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)25

Peralatan di Lapisan Peralatan di Lapisan RangkaianRangkaian Penghala (router) berada di dalam lapisan ini,

terdapat dua jenis paket (packet) di dalam lapisan ini. Iaitu paket data dan paket kemaskini laluan (route updates).

Paket Data (Data packet) – ini merupakan data yang hendak dihantar melalui sistem rangkaian.

Paket kemaskini hala (Route update packet) – paket ini hanya digunakan untuk penghala (router) menghantar maklumat mengenai penghalaan (routing) protokol yang ada di dalamnya kepada router lain. Contoh: RIP, EIGRP, OSPF dan sebagainya,

Page 26: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)26

Lapisan Sambung Data (Data Lapisan Sambung Data (Data Link) Link) ”Memberikan kaedah fungsi dan tatacara untuk

menubuhkan, menjaga dan membebaskan baris data antara entiti rangkaian (misalnya, terminal dan nod rangkaian.)”

Dibahagi kepada dua iaitu lapisan Kawalan Capaian Media (Media Access Control - MAC) 802.3 dan Kawalan Pautan Logik (Logical Link Control - LLC) 802.2 .

Lapisan MAC menguruskan akses kepada rangkaian, seperti Token Passing untuk topologi Cecincin Token (Token Ring).

LCC pula menerima dan menghantar paket (packet) atau pesanan ke lapisan atas iaitu Lapisan Rangkaian (Network).

Page 27: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)27

Lapisan Sambung Data (Data Lapisan Sambung Data (Data Link) - sambunganLink) - sambunganLapisan ini juga menjamin penghantaran

data kelapisan fizikal dengan melakukan FCS (Frame Check Sequence) dan kawalan aliran (flow control) (seperti lapisan pengangkutan/transport).

Kawalan Aliran (flow control) di sini menggunakan data dalam bentuk Kerangka (Frame)

Page 28: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)28

Protokol di Lapisan Sambung Protokol di Lapisan Sambung DataData SLIP (Serial Line Internet Protocol) CSLIP (Compressed Serial Line

Protocol) PPP (Point to Point Protocol) MTU (Maximum Transmission Unit) IEEE 802.2 (LLC) IEEE 802.3 IEEE 802.5 (token ring) PPP LCP (Point to Point Link Control

Protocol - untuk talian bersiri)

Page 29: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)29

Lapisan Fizikal (Physical)Lapisan Fizikal (Physical) ”Memberikan aksara untuk mekanikal, elektrik,

fungsi dan tatacara untuk menubuhkan, menjaga dan membebaskan hubungan fizikal”

Mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menghantar dan menerima bit. Angka 0 dan 1 merupakan nilai bit yang ada.

Segala ciri-ciri fizikal dan signal elektrik diproses di sini. Antaramuka (interface) seperti RS232 dan V.35 terletak dilapisan fizikal. Begitu juga kabel seperti Unshielded Twisted Pair (UTP), Kabel Sepaksi (coaxial cable) dan gentian optik (fiber optic)boleh digolongkan di lapisan fizikal.

Page 30: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)30

Protokol di Lapisan Fizikal Protokol di Lapisan Fizikal

ISO 2110

IEEE 802.3

IEEE 802.2

Page 31: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)31

Contoh dimana lapisan fizikal Contoh dimana lapisan fizikal digunakandigunakan Ethernet (10Base2, 10Base-T,

100Base-T) Token Ring (Cecincin Token) Arcnet. Antara sistem rangkaian yang

terawal. FDDI (Fiber Distributed Data

Interface) - Antaramuka gentian data teragih.

Page 32: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)32

RingkasanRingkasanModel OSI hanya merupakan sebuah

model rujukan bukannya satu perisian atau perkakasan.

Terdapat 7 lapisan OSI, iaitu Penggunaan, Persembahan, Sidang, Pengangkutan, Rangkaian, Sambungan Data dan Fizikal.

Lapisan Penggunaan menyediakan antaramuka untuk pengguna. Perisian di sini merujukkan perisian yang digunakan untuk sistem rangkaian seperti pemindahan fail, e-mel (e-mail), cetakan dan sebagainya.

Page 33: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)33

Ringkasan - sambunganRingkasan - sambungan Lapisan Persembahan menukar data kepada format

skrin anda untuk membolehkan anda berhubung dengan mana-mana pengguna. Terlibat di dalam proses encyption, decryption, compression, decompression dan operasi multimedia.

Lapisan Sidang berfungsi untuk membolehkan dua stesen berhubung dan memberitahu stesen yang berkenaan jika ada kerosakkan pada hubungan mereka. Juga untuk memutuskan talian hubungan jika diarah. Mengawal struktur diantara komunikasi dengan perisian dan juga menjaga login dan katalaluan (password). Mod simpleks (Mode Simplex), separa dupleks (half-duplex) atau dupleks penuh (full-duplex) akan ditentukan di dalam lapisan ini.

Page 34: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)34

Ringkasan -sambunganRingkasan -sambunganLapisan Pengangkutan berkhidmat

sebagai penjamin intergriti rangkaian. Disini data kenali sebagai Segmen (SEGMENT).

Lapisan Rangkaian memberi alamat logik antara pelanggan (client) tanpa menghiraukan bagaimana pelanggan mengakses rangkaian. Data di dalam lapisan ini dikenali sebagai Paket (PACKET). Penghala (Router) berada di dalam lapisan ini.

Page 35: Bab 13 pengenalan kepada si

Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)35

Ringkasan -sambunganRingkasan -sambunganLapisan Sambungan Data menjamin

penghantaran data kelapisan fizikal dengan melakukan FCS (Frame Check Sequence) dan kawalan aliran (flow control). Data di dalam bentuk Kerangka (FRAME). Bridge dan Switch berada di dalam lapisan ini.

Lapisan Fizikal mempunyai dua tanggungjawab, iaitu menghantar dan menerima bit. Kabel dan Hab (Hub) berada di dalam lapisan ini.