bab 1 pengenalan terhadap statistik

22

Upload: ayottoya

Post on 20-Jun-2015

1.018 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 pengenalan terhadap statistik
Page 2: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

OBJEKTIF

OBJEKTIF KHUSUS :

DI AKHIR UNIT INI, ANDA SEPATUTNYA DAPAT :

•Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

•Menjelaskan definisi statistik

•Memberikan definisi pembolehubah

•Mengenalpasti graf yang biasa digunakan di dalam statistik.

Page 3: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

3

Data ialah maklumat yang belum diproses , contoh:

markah-markah bagi sesuatu keputusan peperiksaan.

bilangan pelajar ketinggian pelajar

jumlah kereta yang lalu di jalanraya

jumlah barangan yang dapat dijual di pasaran.

PENGENALAN TERHADAP STATISTIK

Page 4: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

4

• Perkataan statsitik adalah terbitan daripada perkataan Latin

status bermaksud “state” atau negeri ataupun negara

• Statistik pada umumnya ialah berkaitan dengan kaedah-kaedah

saintifik untuk mengumpulkan, mengorganisasikan,

meringkaskan, mempersembahkan, dan menganalisa data-

data.

DEFINISI STATISTIK

Page 5: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

5

Sebagai ilustrasi, seorang pengeluar sebuah syarikat ingin mengetahui

tentang sambutan pelanggan terhadap barangan yang ditawarkan oleh

syarikatnya di pasaran.

Untuk mendapatkan jawapan tersebut langkah-langkah berikut akan

dilakukan:

• Mengumpul – Pengeluar tersebut akan mengumpulkan data-data jualan di syarikatnya.

• Mengorganisasikan – Pengeluar tersebut akan membahagikan data-data tersebut

mengikut jenama barangan.

• Meringkaskan – Data- data tersebut akan diringkaskan dalam bentuk yang lebih mudah

seperti mendapatkan purata jualan untuk setiap barangan.

DEFINISI STATISTIK

Page 6: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

6

• Mempersembahkan – Nilai-nilai yang diperolehi akan dipersembahkan dalam bentuk

yang lebih mudah untuk di lihat seperti gambarajah pai, histogram, graf dan sebagainya

• Menganalisa data-data – Data-data tersebut akan dibandingkan dan pihak pengeluar

boleh membuat kesimpulan berkenaan sambutan pelanggan terhadap barangan yang

dikeluarkannya seperti jenama mana yang paling laris di pasaran.

DEFINISI STATISTIK

Page 7: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

7

• Bidang statistik boleh dibahagikan kepada dua iaitu statistik huraian

dan statistik inferensi.

• Statistik huraian meliputi teknik mengumpul, menjadual dan membentang

data dalam bentuk yang mudah difahami.

• Statistik inferensi melibatkan teknik menganalisis dan seterusnya

membuat kesimpulan.

JENIS STATISTIK

Page 8: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

8

• Data-data statistik terutamanya berfungsi sebagai alat

untuk memberi keterangan bagi menolong seseorang

atau sesebuah organisasi dalam membuat keputusan.

PENGGUNAAN STATISTIK

Page 9: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

9

• Penggunaan statistik dalam perniagaan.

Bidang pengeluaran

• Sebuah firma melakukan pengumpulan data-data adalah bertujuan

mengkaji tentang akibat penggunaan pengawalan kualiti pengeluaran,

perkembangan pengeluarannya, stok dan inventori, kos seunit dan kos

bahan-bahan mentah.

Bidang pemasaran

• Firma-firma mengumpulkan data daripada penyelidikan pemasaran,

pengiklanan, keputusan-keputusan jualan, kos-kos pengagihan ,

peletakan harga, keluaran ,agihan dan ramalan-ramalan pasaran.

PENGGUNAAN STATISTIK

Page 10: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

10

Bidang kewangan

• Kewangan perniagaan meliputi aspek pelaburan, kadar pinjaman,

keuntungan dan kerugian dan percukaian.

Bidang pengurusan sumber manusia

• Keterangan mengenai bilangan pelatih-pelatih, kadar upah , gaji pekerja

dan pusing-ganti

• pekerja pekerja , perpindahan keluar masuk pekerja, kadar kemalangan

yang dialami

• oleh pekerja , kadar bilangan pekerja yang cuti sakit dan bilangan mereka

yang ponteng kerja.

PENGGUNAAN STATISTIK

Page 11: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

11

PENGGUNAAN STATSITIK

• Bidang perhotelan

• Bidang pertanian

• Bidang pendidikan

• Bidang perubatan

PERBINCANGAN !!!!!!!

Page 12: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

12

PENGGUNAAN STATSITIK

• Populasi – Satu set data yang mengandungi kesemua unit yang ingin

dikaji.

• Sampel – sekumpulan atau sebahagian kecil unit pencerapan dari

populasi

ISTILAH ASAS STATISTIK

Page 13: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

13

Contoh:

Tajuk kajian – Pencapaian keputusan peperiksaan pelajar-pelajar Sijil

Akauntansi di Kolej Komuniti.

Populasi-.

Sampel –

CONTOH

Page 14: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

14

Data primer – Data yang diperolehi oleh pihak penyelidik daripada

responden. Data-data yang dikumpulkan oleh penyelidik tertentu

untuk tujuan seseorang penyelidikan tertentu dalam membuat

sesuatu kajian.

Data sekunder – Data yang diperolehi oleh pihak penyelidik

daripada rekod-rekod data yang telah dikumpulkan oleh penyelidik

lain samada pihak kerajaan atau swasta.

ISTILAH ASAS STATISTIK

Page 15: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

15

Data kuantitatif – Data yang dapat dinyatakan dalam bentuk angka dan

didapati dengan cara mengukur dan mengira

Data kuantitatif diskrit – Data yang boleh diukur dengan tepat mengikut

proses pengiraan. Contoh : Bilangan pelajar, bilangan kereta, bilangan

rumah.

Data kuantitatif selanjar – Data yang tidak boleh diukur dengan tepat.

Ketepatannya bergantung kepada alat pengukur. Contoh: Tinggi, berat, suhu,

panjang.

Data kualitatif – Data tidak boleh dinyatakan dalam bentuk angka.

Contoh : Jantina ?

Jawapan

Lelaki Perempuan

ISTILAH ASAS STATISTIK

Page 16: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

16

JENIS PEMBOLEHUBAH

Page 17: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

17

CARTA BAR

• Graf berupa bar atau palang yang mana ketinggiannya mewakili

kekerapan bagi setiap kategori

• Dibina dengan menandakan setaip kategori pada paksi mendatar dan

kekerapan bagi setiap kategori pada paksi menegak CARTA BAR MENEGAK CARTA BAR MELINTANG

JENIS GRAF

Page 18: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

18

CARTA BAR BERKOMPONEN • Semua kategori diletakkan dalam satu bar sahaja

• Setiap bar atau palang dibahagikan kepada komponen di mana ketinggian setiap komponen

adalah berkadaran dengan kekerapan bagi kategori yang diwakilinya

• Daripda carta bar berkomponen kita blh dapatkan carta bar berkomponen peratus dimana

setiap unit komponen ditukarkan kepada bentuk peratus menjadikan jumlah semua

komponen dalam satu bar ialah 100%

JENIS GRAF

Page 19: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

19

CARTA BAR BERKOMPONEN • Semua kategori diletakkan dalam satu bar sahaja

• Setiap bar atau palang dibahagikan kepada komponen di mana ketinggian setiap komponen

adalah berkadaran dengan kekerapan bagi kategori yang diwakilinya

• Daripda carta bar berkomponen kita blh dapatkan carta bar berkomponen peratus dimana

setiap unit komponen ditukarkan kepada bentuk peratus menjadikan jumlah semua

komponen dalam satu bar ialah 100%

JENIS GRAF

Page 20: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

20

CARTA BAR BERGANDA • Memudahkan kita membuat perbandingan dua atau lebih

• Satu bar mewakili sesuatu kategori akan dikumpulkan dalam satu kumpulan dan

ketinggaian bar akan mewakili kekerapan atau bilangan unit kategori berkenaan

JENIS GRAF

Page 21: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

21

CARTA GARIS • Carta garis diperolehi dengan memplotkan kekerapan bagi sesuatu kategori di paksi y dan

setiap titik di sambung dengan garis lurus

• Sesuai digunakan sekiranya kita ingin mengesan corak nilai sesuatu kategori dari tahun ke

setahun

• Matlamat penyediaan semua jenis carta adalah untuk memberikan ringkasan data dalam

bentuk mudah untuk difahami

JENIS GRAF

Page 22: Bab 1 pengenalan terhadap statistik

22

CARTA PAI • Biasanya digunakan untuk mempamerkan data kualitatif dalam bentuk peratus

• Keseluruhan bulatan mewakili sesuatu sampel atau populasi

• Bulatan akan dibahagikan kepada setiap sektor di mana setiap sektor akan mewakili

peratusan sampel bagi kategori yang berbeza

• Untuk membina sektor darabkan 360 dengan kekerapan relatif setiap kategori untuk

mendapatkan saiz sudut setiap sektor.

JENIS GRAF