bab 1 moral

14
Kandungan BAB 1: PEMAHAMAN KONSEPMORAL Etika, Nilai dan Moral Pernyataan Normatif dan Pernyataan Deskr'iptif Prinsip Asas Nilai Perbezaan Asas Nilai Etika BAB 2: TEORI DAN SISTEM NILAI Kemoralan Sosial Etika Keperibadian Mulia Teori Teleologi • Teori Utilitariansime • Teori Egoisme Teori Deontologi • Teori Eksistensialisme • Teori Prinsip Kewajipan BAB 3: KONSEP ETIKA DAN INSAN BERMORAL Insan Bermoral Kandungan Moral Bentuk Moral Dimensi Moral BAB4: NILAI-NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN Agama dan Nilai Sepunya Islam Hindu Kristian Buddha Sikh Agama Tao Konfucianisme 59 60 62 73 86 94 103 114 120 BAB 5: PENYELESAIAN KONFLIK MORAL Jenis-jenis Konfik Sebab-sebab Konflik Strategi-strategi penyelesaian konflik moral • Pembinaan Hierarki 126 127 127 130 131

Upload: ahmad-muhammad

Post on 04-Aug-2015

220 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 MORAL

Kandungan

BAB 1: PEMAHAMAN KONSEPMORALEtika, Nilai dan MoralPernyataan Normatif dan Pernyataan Deskr'iptifPrinsip Asas NilaiPerbezaan Asas Nilai Etika

BAB 2: TEORI DAN SISTEM NILAIKemoralan SosialEtika Keperibadian MuliaTeori Teleologi

• Teori Utilitariansime• Teori Egoisme

Teori Deontologi• Teori Eksistensialisme• Teori Prinsip Kewajipan

BAB 3: KONSEP ETIKA DAN INSAN BERMORALInsan BermoralKandungan MoralBentuk MoralDimensi Moral

BAB 4: NILAI-NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAANAgama dan Nilai SepunyaIslamHinduKristianBuddhaSikhAgama TaoKonfucianisme

596062738694103114120

BAB 5: PENYELESAIAN KONFLIK MORALJenis-jenis KonfikSebab-sebab KonflikStrategi-strategi penyelesaian konflik moral

• Pembinaan Hierarki

126127127130131

Page 2: BAB 1 MORAL

• Pencairan Masalah• Kompromi• Analisis Nilai• Perkembangan Moral Kognitif

134137138139

BAB 6: ISU-ISU MORALKekeluargaan & sosialAlam SekitarSeksualitiDiskriminasiKebebasan MaklumatMengambil NyawaKonflik dan Peperangan

143143151154166175183199

Page 3: BAB 1 MORAL

Pemahaman Konsep Moral

Bab ini akan membincangkan tentang pengertian etika, nilai dan moral.

Seterusnya, ia akan menjelaskan perbezaan di _antara pemyataan berbentukfakta dan pemyataan berbentuk nilai. Perbincangan juga akan diperincikantentang prinsip asas nilai yang menjadi perkara penting di dalam bab ini.Prinsip asas nilai boleh kita gunakan sebagai pertimbangan dan panduandalam melakukan sesuatu tindakan. Iamerangkumi perbandingan antaranilai dan moral, fungsi-fungsi nilai dan perbezaan asas nilai etika.

Kita perlu mengetahui pengertian istilah-istilah tersebut sebelummembincangkan secara mendalam perkara-perkara yang berkaitan dengankemoralan dan pendidikan moral.

Etika atau ethics berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'ethos' yangbermaksud adat atau kegunaan manakala moral berasal daripada perkataanLatin iaitu 'mores' yang membawa pengertian yang sarna dengan etika(Ashmore, R.B.1987).

Grassian, V. (1981) berpendapat etika boleh ditakrifkan sebagai kajianfalsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral,sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan ciri-ciri kehidupanyang baik.

Page 4: BAB 1 MORAL

Manakala Frankena, W.K (1973)pula berpendapat etika ialah falsafah moralatau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral danpertimbangan moraL

Kamus Dewan (Edisi Baru 1995) mendefinisikan perkataan nilai sebagaitaksiran harga, harga sesuatu dibandingkari dengan harga bend a yang lain,darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian, eontohnya pemikiran,agama, kemasyarakatan dan lain-lain.

Eow B. H, (2001) menyatakan bahawa istilah nilai moral dan nilai etikabiasanya digunakan bersama dengan erti baik atau betul dan berlawanandengan tidak moral (immoral) dan tidak etika (unethical). Akan tetapi kitajuga sentiasa menyebut masalah moral, pertimbangan moral, kod moral,perbahasan moral, pengalaman moral, kesedaran moral atau pandanganmoral dan lain-lain. Etika juga digunakan dalam eara seperti ini. Dalamkonteks ini, moral dan etika tidak lagi bermaksud baik atau betul seearamoral, tetapi bermaksud berhubung kait dengan moral atau etika danberlawanan dengan istilah bukan moral (non-moral) atau bukan etika (non-ethical) yang mana bukan lagi berlawanan dengan tidak moral (immoral) atautidak etika (unethical).

Beliau juga menambah bahawa istilah kemoralan (morality) ini kadang-kadang digunakan sebagai berlawanan dengan bukan kemoralan(immorality). Contohnya kita berkata, "Perkara utama kemoralan ialahkasih sayang" atau "kemoralan sesuatu tindakan". Akan tetapi kita jugamenggunakan istilah kemoralan untuk merujuk sesuatu yang mempunyaikaitan tetapi berbeza daripada seni, sains, perundangan, adat resam, agamadan bidang-bidang yang lain. Sehubungan itu, kita kadang-kadang akanbertanya "Apa itu kemoralan?", "Bagaimana ia berbeza daripada undang-undang?", "Bagaimana ia berkaitan dengan agama?" dan sebagainya.

Kemoralan ialah satu instrumen masyarakat seeara keseluruhan untukmemimpin individu dan kumpulan kedl clalam kehidupan mereka. Ia jugamemerlukan individu atau kumpulan keeil mengikutinya. Kemoralan

Page 5: BAB 1 MORAL

adalah satu institusi kehidupan sosial, malah ia juga adalah suatu yangmembantu dalam bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasionaldi kalangan ahli-ahli masyarakat.

Pernyataan Normatif dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaituNormatif Moral dan Normatif Bukan Moral.

Pernyataan Normatif Moral adalah penegasan atau pernyataan yangmelahirkan atau menyatakan pertimbangan nilai kita. Kita menggunakanpernyataan normatif untuk menegaskan bahawa sesuatu itu baik atau jahat,benar atau salah, diterima atau ditolak. .

• Berzina ialah perbuatan yang sangat keji.• Manusia yang berjaya ialah manusia yang tidak suka menangguhkan

kerjanya.• Seseorang yang jujur tidak akan meniru dalam peperiksaan.• Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Menurut Abdul Rahman Aroff (1999), dalam domain moral, terdapat duacara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan,tanggungjawab, hak dan sebagainya.

Pertama, apabila kita menilai sesuatu perbuatan individu atauperlakuannya. Pertimbangan nilai ini dikenali sebagai pertimbangan nilaiobligasi atau deontic dan tidak mengambil kira kesan perbuatan itu.

Page 6: BAB 1 MORAL

.----------------_:------------------,• Saya tidak patut memaksa kawan saya meminum arak.• Mendera seseorang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun.• Kita patut menepati janji.• Perbuatan mencuri adalah salah.

Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif atau peribadi seseorang.Pertimbangan nilai ini dikenali sebagai pertimbangan moral aretaic.

• Mother Teresa seorang yang baik.• Seseorang yang kedekut adalah tidak baik.• Dia mempunyai motif yang benar ..• Seseorang yang mulia tidak akan terlibat dalam rasuah.

Sesetengah pernyataan normatif mempunyai implikasi atau kesan langsungdan segera terhadap tingkah laku. Apabila kita membuat pernyataanberkenaan, kita menentukan sarna ada seseorang itu patut atau tidak patutberkelakuan sedemikian.

• Kecuaian memandu kereta di jalan raya akan membahayakan nyawapemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya lain. Justem, kita hamsberhati-hati di jalan raya.

• Kita patut membantu orang yang kurang bernasib baik. Oleh itu, kitahams bermurah hati terhadap mereka yang memerlukan bantuan.

• Setiap individu mempunyai hak memiliki barang persendirian.Oleh itu, kita tidak boleh mengambil barang orang lain tanpakebenaran.

Page 7: BAB 1 MORAL

Terdapat juga pemyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk arahanatau perintah melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhiindividu dalam masyarakat.

• Peraturan UTARmesti dipatuhi.• Dilarang membuang sampah merata-rata. Denda RM500.• Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.• Menurut Deklarasi Hak Kanak-kanak, setiap kanak-kanak

mempunyai hak asasi dengantidak mengambil kira keturunan,agama, jantina, wama kulit atau temp at kelahiran.

Pemyataan Normatif Bukan Moral iaitu pemyataan atau ayat yangmempunyai nilai selain dari nilai moral. Ia juga disebut sebagai domainbukan moral, antara domain-domain bukan moral adalah seperti berikut:

• Agama atau rohani (contoh - kesucian, kesyukuran);• Estetika (contoh - keindahan, keselesaan);• Ekonomi (produktiviti, kemelesetan);• Intelek (contoh - cerdik, kreatH);• Kebendaan dan fizikal (contoh - keselamatan, pembangunan);• Politik (contoh - pilihan raya, parti);• Sosial (contoh - kejiranan, perpaduan).

Dalam domain bukan moral pula, istilah baik, salah dan sebagainya tidakdigunakan untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang.Menurut Frankena (1973)/ istilah-istilah itu digunakan untuk menilaisesuatu bend a lain, contohnya: "Ini sebuah buku yang baik" atau menilaisesuatu perkara yang harus atau tidak harus dilakukan tetapi tiada kaitandengan nilai moral, contohnya: "anda tidak perlu membeli kasut itu".

Page 8: BAB 1 MORAL

Sesetengah pemyataan normatif adalah berhubung dengan soal estetika.Contohnya, "Saya suka membeli beg tangan yang cantik dan selesa" .Sesetengah pemyataan pula melahirKan pemyataan nilai tentang soallogikal seperti "Pendapat ahli panel f9rum itu memang baik dan bolehditerima". Manakala pemyataan seperti "Menipu itu adalah satu dosa" pulamerupakan pemyataan normatif yang berkaitan dengan soal atau domainagama. (Abdul Rahman Md Aroff, 1999)

Abdul Rahman Aroff, (1999) menyatakan bahawa Pemyataan Deskriptifatau dinamakan Pemyataan Bukan Normatif adalah bebas daripadasebarang nilai atau tidak berkaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral.Pemyataan ini value-neutral terdiri daripada laporan atau sesuatu yangberbentuk deskriptif untuk menyatakan fakta empirikal atau logikal.

• Dia dapat menjawab semua soalan dengan betul.• Dia sentiasa tidur awal.• Kereta itu berwama biru.• Kompleks Sukan Negara terletak di Bukit Jalil.

Moral ialah suatu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral. Terdapatbeberapa ciri nilai. Antaranya, nilai ditonjolkan secara lisan atau menerusiperlakuan individu sesuatu kumpulan. Contohnya, seseorang yangmempunyai nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai dalam pertuturandan perlakuannya. Dia juga akan mempertahankan nilai tanggungjawabpada dirinya serta mengkritik orang lain yang bersikap tidakbertanggungjawab (Abdul Rahman Aroff, 1999).

Page 9: BAB 1 MORAL

Berdasarkan Kamus Dewan (Edisi' Baru 1995), nilai dihuraikan sebagaisesuatu benda atau perkara boleh dilihat, pertamanya dari segi harga yangboleh dikira dengan aritmetik dan keduanya dari kualiti yang intrinsik iaitusesuatu yang boleh dirasai secara Idal~l.man' atau dalam pemikiran kita.Justeru itu, nilai boleh wujud dalam banyak aspek dan bidang. Nilai bolehdidapati dalam kemoralan. Sebenamyamoral itu ialah sejenis nilai, tetapibukan semua nilai itu adalah moral. (EowB.H, 2001)

Setiap pelajar yang belajar di universiti XY dikehendaki membayar yuranpengajian sebanyak RM8000 pada setiapsemester. Ini ialah contoh nilai dariaspek kebendaan (materialistik). Manakala dari aspek kemoralan, tindakanpelajar membayar yuran pengajiannya dianggap bertanggungjawab danbermoral berbanding tindakan mereka yang berkemampuan tetapi tidakmahu membayar yuran tersebut.

Selain itu, nilai boleh berubah tetapi masih stabil dalam kehidupanseseorang dan masyarakat (Rokeach, M. 1973). Contohnya, nilai kejirananberbeza dari segi intensitinya bagi masyarakat di kampung dengan yangtinggal di bandar, tetapi asas nilai kejiranan memang wujud di kalanganmereka dan masih stabil dalam kehidupan mereka (Eow B.H, 2001).

Sesuatu nilai itu kadang-kadang berbeza di antara seseorang dengan yanglain atau sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Masyarakat Malaysia amat memandang rendah dan membenci terhadappasangan muda-mudi yang terlibat dalam perlakuan berzina ataubersekedudukan tetapi bagi masyarakat Barat, mereka boleh menerimanyadan menganggap ia sebagai suatu perkara yang lumrah.

Page 10: BAB 1 MORAL

Nilai yang terbaik ialah nilai-nilai mumi yang diajar oleh agama. Nilai-nilaiini dianggap sempuma dan perlu diikuti oleh setiap individu. Nilai baikyang diajar dalam sesuatu agama disuruhdilakukan dan dijanjikan denganpembalasan syurga. Manakala nilai jahat ditegah melakukannya dandijanjikan dengan pembalasan seksaan dan neraka.

Nilai mempunyai beberapa fungsi. Yang berikut adalah antara fungsi-fungsi terpenting bagi nilai. (Eow B.H.,2001)

Sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar individuatau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi inimembolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritikmoral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralandiri sendiri dan orang lain.

Contoh : Mengikut Akta Rasuah Seksyen 17 (4) APR 1997, hukuman bagiorang yang didapati bersalah melakukan rasuah adalah didenda tidak lebihsepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Dengan Akta Rasuah yang begitu ketat, nilai 'amanah' dan'bersih' memainkan peranan yang konsisten dan menjadi asas dalammembatasi kelakuan dan perbuatan seseorang individu iaitu tidakmenerima atau memberikan rasuah walaupun hanya sepuluh ringgit apatahlagi berjuta-juta ringgit.

Sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk menyelesaikankonflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilaimungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunyamenyelesaikan konflik yang dialami. Selain itu, nilai bukan hanyamerangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang. Ini bermakna,seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akanmelakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yangdihayatinya.Contoh, jika Ah Meng menghayati nilai sayang kepada nyawa,

Page 11: BAB 1 MORAL

dia akan menjaga dan dan menghargai nyawa sendiri dan orang lain. Diatidak akan mengancam nyawa sesiapa pun termasuk nyawanya sendiri.

Sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan dan kelakuan individu ataumasyarakat mengikut kehendak nilai yang dipegangnya. Contoh: PepatahCina mengatakan "Hormati ibu bapa sendiri dan ibu bapa orang lain, layani anakorang lain seperti kita melayani anak kita sendiri." Apabila kita memahami danmenghayati nilai 'hormat-menghormati' dan '1kasih sayang', kita akanmelakukan perbuatan mengikut kehendak nilai ini terhadap diri sendiri, ahlikeluarga dan juga terhadap orang lain.

Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara atau konteks dalammenggunakan sesuatu nilai. Yang berikut adalah tiga konteks utama yangboleh membantu seseorang itu memahami sesuatu nilai:

A. Nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai:• Nilai Instrumental / Ekstrinsik;• Nilai Intrinsik.

B. Nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorangterhadap nilai:

• Nilai Subjektif;• Nilai Objektif.

C. Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai:• Nilai Relatif;• Nilai Absolute / Mutlak.

Page 12: BAB 1 MORAL

Kualiti yang diterima atauditolak sebagai alat mencapaisesuatu matlamat.Bergantung kepada nilai lainuntuk mencapai sesuatumatlamat.Nilai peringkat kedua (secondorder value), misalnya berani,rajin dan hormat-menghormati.Contoh:- Mengebom Hiroshima untukmenamatkan Perang Dunia II.

- Mengenakan hukuman bunuhkepada pengedar dadah bagimenghapuskan kegiatanpengedaran dadah.

Kualiti yang diterima atau ditolaksemata-mata kerana ia baik atauburuk tanpa mengambil kirakesannya.Tidak bergantung kepada nilai lainuntuk mencapai matlamat. Nilaitersebut sendiri sebagai matlamatakhir.Nilai peringkat pertama (first ordervalue), misalnya, baik hati, kasihsayang dan keadilan.Contoh:- Ahmad amat menghormati dan

mentaati ibu bapanya.- Seorang hakim menjatuhkan

hukuman gantung sampai matikepada seorang pengedar dadahsemata-mata keranakewajipannya berbuat demikianmengikut peruntukan undang-undang yang ada, bukan keranaingin turut sama membasmike iatan en edaran dadah.

Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorangterhadap nilai.

Page 13: BAB 1 MORAL

• Kualiti yang diterima atuditolak oleh sese orang yangmemberikan pandangan.

• Diterima atau ditolak mengikutpandangan seseorang individu.

Contoh:- Ada segolongan rakyat Amerikatidak menyukai Barack Obamasebagai Presiden yang baru.

- Pak Abu menyatakan bahawasemua maklumat yang terdapatdi dalam laman blog adalahberbentuk fitnah dan tidak bolehdijadikan sebagai sumberrujukan.

- Sarah berpendapat ProgramLatihan Khidmat Negara(PLKN) adalah baik bagimengukuhkan perpaduan kaumdi kalangan remaja Malaysia.

- Seorang bekas Menteri PelajaranMalaysia berpandanganhukuman merotan perludikenakan kepada pelajar-pelajaryang nakal dan malas.

• Kualiti yang bemilai atausebaliknya yang bebasdaripada pilihan peribadi.

• Diterima atau ditolakberdasarkan satu set kriteriayang dipersetujui oleh semuaorang.

• Diterima atau ditolakberdasarkan pemyataan yangdiberikan oleh individu ataupihak yang berautoriti.

Contoh:- Peperangan adalah satu tragediyang dahsyat.

- Buruh kanak-kanak adalah satukezaliman yang mestidihapuskan.

- Ketua Polis Negaramengingatkan para penggunajalan ray a supaya lebih berhati-hati ketika memandu untukpulang ke kampung bagimenyambut Hari Raya Aidilfitri.

- Berdasarkan laporan PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO),Malaysia kini adalah negarakelima di rantau Asia Pasifikmencatatkan peningkatanjangkitan HIV/Aids tertinggiselepas China, Vietnam,Kembo'a dan Thailand.

Page 14: BAB 1 MORAL

• Nilai yang diterima atau ditolakoleh peraturan sesuatumasyarakat untuk mencapaisesuatu matlamat masyarakat.

• Ia adalah tidak sempurna, tidaktertentu dan berbeza-beza antaramasyarakat yang berlainan.

Contoh:- Di Kuala Lumpur, sesebuahkeluarga boleh dibina hanyamelalui perkahwinan rasmi.Manakala di California, keluargaboleh dibentuk tanpa melaluierkahwinan rasmi.

• Nilai yang keberhargaannyatidak terikat kepada sesuatukebiasaan bagi sesebuahmasyarakat.

• Diterima umum dan telah diujiatau terbukti sebagai baik atauburuk.

• Kekal sepanjang masa di semuatemp at serta hampir semuasituasi norma masyarakat.

Contoh:- Hidup berkeluarga adalah satuamalan kehidupan yang baik.