bab 09 bumbung

7

Click here to load reader

Upload: hafiz-nurahim

Post on 12-Dec-2014

548 views

Category:

Documents


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 09 Bumbung

BAB 9 : BUMBUNG

9.1 PENGENALAN

Bumbung merupakan struktur binaan yang terletak pada bahagian yang paling

atas bagi satu struktur bangunan. Pembinaannya bertujuan untuk memberikan

perlindungan terhadap penghuni dari ancaman angin, panas terik, hujan dan

sebagainya. Dari segi definisi, bumbung ialah satu struktur berbentuk rata atau curam

yang dibina bagi melindungi struktur bangunan. Struktur bumbung terdiri daripada tiga

bahagian utama iaitu;

i. Kerangka Bumbung

ii. Kekuda Bumbung

iii. Penutup Bumbung.

Kerangka bumbung dan kekuda bumbung merupakan struktur yang dibina bagi

menyokong penutup bumbung. Ia juga berperanan sebagai asas dalam pembinaan

struktur bumbung dan memberikan bentuk struktur bumbung yang dikehendaki

berdasarkan kepada lukisan pelan yang disediakan. Kerangka bumbung dan kekuda

bumbung biasanya diperbuat daripada kayu, keluli atau bahan komposit yang

Page 2: Bab 09 Bumbung

bersesuaian. Penutup bumbung pula merupakan struktur yang penting dalam

pembinaan bumbung. Tanpa penutup bumbung, struktur bumbung yang dibina tidak

sempurna. Biasanya bahan-bahan binaan yang digunakan untuk menghasilkan struktur

penutup bumbung terdiri daripada konkrit, kepingan zink, aluminium, genting, atau poli

karbonat.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti

kestabilan, kekuatan, ketahanlasakan, rintangan cuaca, rintangan terhadap kebakaran,

sifat penebat haba, dan rupa bentuk bangunan itu sendiri. Bumbung dibina bagi

menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya, penebatan dan kemasan

dalam dan beban angin tanpa mengalami sebarang lenturan atau pesongan yang

berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya ubah bentuk. Kekuatan bumbung dalam

menanggung beban bergantung pada ciri-ciri bahan binaan yang digunakan, cara

pemasangan dan pembinaannya serta bentuk bumbung itu sendiri.

Selain itu, pembinaan bumbung bangunan hendaklah menggunakan penutup

bumbung yang ditentukan oleh Undang-Undang kecil Bangunan yang telah digariskan.

Hal ini bertujuan untuk memastikan struktur bumbung tersebut mempunyai rintangan

yang mencukupi dalam menghadapi kebakaran. Rupa bentuk bumbung mempengaruhi

rupa bangunan sama ada dari segi bentuk bumbung ataupun warna dan tekstur bahan

penutup bahan itu sendiri. Pemilihan jenis bumbung bagi struktur bangunan banyak

dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti beiukut;

i. Saiz dan bentuk bangunan

ii. Nilai estetika

iii. Ekonomi.

Faktor saiz dan bentuk bangunan merupakan salah satu faktor yang membawa

kepada pemilihan jenis bumbung. Hal ini dapat dilihat melalui situasi dimana

pembinaan bangunan yang berbentuk sederhana sesuai menggunakan jenis bumbung

curam manakala bangunan yang mempunyai bentuk yang kompleks sesuai dibina

dengan menggunakan bumbung rata. Rentang atau penutup bumbung juga boleh

menentukan jenis bumbung yang dipilih.

Page 3: Bab 09 Bumbung

Pemilihan jenis bumbung juga banyak dipengaruhi oleh faktor nilai estetika

dimana nilai keindahan semulajadi menentukan jenis bumbung. Biasanya bumbung

curam adalah sesuai bagi bangunan kecil dan bumbung rata pula sesuai bagi

bangunan yang besar.

Selan itu, faktor ekonomi juga terlibat dalam pemilihan jenis bumbung. Kos

pembinaan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa hendaklah diambil kira

dalam menentukan pemilihan jenis penutup bumbung. Sesetengah penutup bumbung

seperti kepingan keluli berombak dan bergalvani biasanya tidak mempunyai jangka

hayat yang lama. Oleh itu, kos penyelenggaraan hendaklah dimasukkan ke dalam

pengiraan.

Dalam projek pembinaan dibawah HC Hidayah Construction, kebanyakan

pembinaan bangunan menggunakan bumbung curam yang diperbuat daripada jenis

bumbung abestos. Walaubagaimanapun, terdapat juga pembinaan struktur bumbung

yang berbentuk bulatan terutamanya dalam pembinaan kubah bagi Masjid Ar-Rahman,

Kok Lanas. Struktur bumbung yang dibina ini dikenali sebagai bumbung cengkerang

dimana pembinaan bumbung ini biasanga menggunakan peralatan yang lebih

kompleks.

9.2 BUMBUNG CURAM

Pembinaan bumbung curam biasanya dilakukan dengan menegakkan kasau-

kasau kayu dengan cerun dan meletakkan satu hujung ke atas dinding dan satu lagi ke

atas tulang bumbung. Bumbung ini merupakan satu bentuk yang menarik pada

pandangan awam. Ia membekalkan satu ruang udara yang bertindak sebagai penebat

udara bagi bilik-bilik di bawahnya. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai ruang

untuk meletakkan tangki air. Cerun bumbung berubah-ubah dari sudut 10-45 dari garis

lintang.

Page 4: Bab 09 Bumbung

9.3 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

9.3.1 PEMASANGAN KEKUDA BUMBUNG

Setelah kerja-kerja mengikat bata selesai, pemasangan bumbung akan

dilakukan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih.

Kekuda bumbung adalah berbentuk segitiga iaitu hasil gabungan anggota bumbung

seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda bumbung bagi

projek pembinaan rumah kediaman dibawah HC Hidayah Construction dibina

menggunakan besi keluli atau kayu yang akan dipotong mengikut saiz yang telah

ditetapkan. Sekiranya pembinaan menggunakan keluli ia akan disambung

menggunakan ‘fibricate’ dan sekiranya menggunakan kayu ia akan disambung

menggunakan paku.

Rajah 9.3.1.1 : Pemasangan kekuda bumbung jenis kayu

Kekuda akan dipasang pada keadaan merentang antara dinding luar dan

berjarak 1.8m antara satu sama lain. Saiz kayu dan keluli yang digunakan adalah

berubah-ubah berdasarkan panjang rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz

kayu yang digunakan untuk kekuda adalah lebih besar. Kekuda akan diangkat

Page 5: Bab 09 Bumbung

menggunakan bantuan kren bergerak dan akan dipasang menggunakan bantuan para

pekerja.

Jenis kayu yang digunakan biasanya terdiri daripada kayu sederhana keras

yang berukuran 50mm x 30mm. Kayu jenis ini mempunyai rintangan yang baik

terhadap cuaca dan serangan kulat. Pemasangan kekuda ini dibuat pada jarak 2’

diantara satu sama lain manakala kekuda jenis keluli dipasang pada jarak 3’ atau 4’.

Rajah 9.3.1.2 : Pemasangan kekuda jenis keluli

9.3.2 PEMASANGAN KERANGKA BUMBUNG

Kerangka bumbung akan dibina setelah selesai pembinaan kekuda. Kerangka

bumbung boleh dibina daripada keluli dan kayu. Dalam pembinaan bangunan

tambahan Hidayah Futsal Centre terutamanya, kerangka bumbung yang dibina

menggunakan keluli. Sebelum kekuda dipasang, struktur ‘Portal Frame’ akan diletakkan

dengan skru pengikat untuk mengikat kekuda tersebut terlebih dahulu. Jarak diantara

kekuda adalah 3’ atau 4’ diantara satu sama lain. Kemudian besi keluli yang lain akan

dipasang di atas kekuda pada arah melintang sahaja yang dikenali sebagai beroti.

Jarak dari satu beroti ke beroti adalah bergantung kepasa saiz atap genting yang

digunakan tetapi kebiasaannya adalah 300mm atau 1’.

Page 6: Bab 09 Bumbung

Bagi kerangka yang menggunakan kayu pula, kerangka akan dibuat selepas

pembinaan tiang atas. Plat tembok akan diletakkan di atas rasuk bumbung dan akan

dipakukan. Kemudian, tetulang perabung akan diletakkan di atas tiang atas dan

dipakukan.

Selepas itu, perantara antara tiang atas ke tiang atas yang lain akan

dipasangkan kekuda. Jarak diantara kekuda masing-masing adalah 2’ sahaja.

Disebabkan jarak diantara kekuda terlalu dekat maka kerangka yang dibina terdiri

daripada kasau (rafter) dan beroti (purlin). Jarak diantara beroti ke beroti menggunakan

kayu adalah sama dengan jarak beroti yang menggunakan keluli. Beroti dan kasau

akan dibina dimana kedudukan hujungnya berlebihan daripada paras dinding. Di

hujungnya akan dipakukan papan muka (fascia board) untuk pembinaan tumpu kasau.

9.3.3 PEMBINAAN PENUTUP BUMBUNG

Setelah kerangka bumbung siap dibina, pembinaan penutup bumbung akan

dilakukan. Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air.

Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan penutup bumbung adalah seperti

kepingan kuprum, plumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit, dan tanah liat.

Untuk projek perumahan LOT PT5546, jenis atap yang digunakan adalah atap

genting jenis konkrit yang bersaiz 125mm x 320mm. Atap ini bersifat pengunci antara

satu sama lain dan ia akan dipasang dengan cara berkembar atau bertindihan antara

satu sama lain untuk mengelakkan aliran hujan dari masuk ke dalam bumbung.

Tindihan ini dikenali sebagai lekap.

Lekap di sebelah hujung adalah tidak sama dengan lekap di sebelah sisi. Lekap

hujung adalah pada jarak 75mm dan lekap sisi 30mm. Genting perabung untuk sisi

atap dan lurah hendaklah disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan

penutup bumbung. Penyumbat genting yang terdiri daripada mortar simen akan

digunakan untuk melekatkan genting sisi dan juga atap tersebut bagi setiap lapisan

keempat. Nisbah mortar yang digunakan adalah 1:3.

Page 7: Bab 09 Bumbung

9.4 KOMEN DAN CADANGAN

Pemakaian topi keselamatan tidak diaplikasikan semasa kerja-kerja pemasangan

bumbung dijalankan. Situasi ini mudah terdedah kepada risiko kecederaan yang tinggi

terutamanya pada bahagian kepala. Sekiranya pekerja binaan jatuh dari tempat

pembinaan bumbung, ia akan meningkatkan risiko kecederaan kepala sedangkan

pemakaian topi keselamatan dapat mengurangkan risiko seperti ini. Oleh itu, pihak

kontraktor perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan menyediakan topi

keselamatan kepada pekerja binaan yang terlibat.

Page 8: Bab 09 Bumbung