bab 01_pengenalan & latar belakang organisasi

16
BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Pada era globalisasi ini, ilmu pengetahuan ialah satu aset yang amat penting bagi seseorang individu dimana ia perlu diselaraskan dengan perkembangan yang terjadi disekelilingnya. Ilmu yang dipelajari secara teori perlu dipraktikkan agar individu itu mempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai pembelajarannya. Oleh yang demikian, Latihan industri yang diwujudkan oleh Politeknik di Malaysia ini adalah satu cara untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan secara teori dan kemahiran dalam bidang yang dipelajarinya. Latihan industri merupakan satu kompenan utama dalam kurikulum pembelajaran yang ditetapkan oleh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dimana pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar. Melalui situasi ini juga, pelajar akan dapat melatih diri mereka untuk menjadi lebih komited dalam menghadapi segala cabaran bersesuaian dengan peluang pekerjaan yang telah ditawarkan di Malaysia.

Upload: hafiz-nurahim

Post on 12-Dec-2014

134 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Pada era globalisasi ini, ilmu pengetahuan ialah satu aset yang amat penting

bagi seseorang individu dimana ia perlu diselaraskan dengan perkembangan yang

terjadi disekelilingnya. Ilmu yang dipelajari secara teori perlu dipraktikkan agar

individu itu mempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai pembelajarannya.

Oleh yang demikian, Latihan industri yang diwujudkan oleh Politeknik di Malaysia ini

adalah satu cara untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan secara

teori dan kemahiran dalam bidang yang dipelajarinya.

Latihan industri merupakan satu kompenan utama dalam kurikulum

pembelajaran yang ditetapkan oleh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia (KPTM) dimana pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum

diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama

satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang

sebenar. Melalui situasi ini juga, pelajar akan dapat melatih diri mereka untuk

menjadi lebih komited dalam menghadapi segala cabaran bersesuaian dengan

peluang pekerjaan yang telah ditawarkan di Malaysia.

Page 2: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

Dalam pada itu, konsep latihan industri ini sebenarnya diasaskan kepada tiga

keyakinan yang secara langsung merangkumi falsafah pendidikan politeknik.

Antaranya ialah:

i. Bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar.

ii. Bahawa pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan penting

dalam mengubah status sosial ekonomi.

iii. Bahawa sesuatu kejayaan hanya dapat dicapai ke tahap yang paling

optimum melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya.

Berdasarkan falsafah diatas, matlamat latihan industri telah diwujudkan

untuk melahirkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian

dalam teknologi, mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat

Wawasan 2020. Konsep Latihan Industri ini juga bertujuan untuk membentuk dan

memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan di kalangan pelajar

melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya mereka dapat menjadi

pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil menyedari hakikat perlunya

mengimbangkan pembangunan dengan meninggikan taraf hidup masyarakat

sederhana selain menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan

yang boleh berdikari.

1.1.1 PENDAHULUAN

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, setiap pelajar Diploma

Kejuruteraan Awam wajib menjalani Latihan Industri sebagai syarat

penganugerahan diploma. Latihan Industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan

dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang

kejuruteraan awam dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah

ke alam pekerjaan. Bagi sesi Julai 2011, latihan ini berjalan selama 22 minggu iaitu

bermula pada 3 Julai sehingga 1 Disember 2011.

Saya Mohammad Hafiz Bin Nurahim, 04DKA09F1167 telah memohon dan

mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di firma HC Hidayah Construction.

Menjalani latihan industri di firma ini, saya telah ditempatkan di beberapa tapak

Page 3: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

pembinaan dibawah HC Hidayah Construction. Antaranya termasuklah pembinaan

bangunan tambahan bagi Masjid Ar-Rahman yang bertempat di Kok Lanas,

Bangunan Hidayah Futsal Centre yang bertempat di Pangkal Kalong dan beberapa

projek perumahan lain yang dibina dibawah HC Hidayah Construction.

Sepanjang latihan ini juga, saya diberi peluang untuk mengikuti kontraktor

yang terlibat ke tapak-tapak projek yang berkaitan. Perisian yang saya perolehi

adalah ianya dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan meningkatkan

pemahaman akademik yang lebih jelas serta meluas dalam selok-belok bidang

kejuruteraan awam.

1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengenalan

kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang Kejuruteraan

Awam dan peranannya dalam masyarakat. Secara amnya, objektif latihan industri

boleh disenaraikan seperti berikut:

i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.

ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di politeknik

dengan aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.

iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.

iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

v. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri.

vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik

vii. Memberi peluang kepada agensi kerajaan, swasta atau badan berkanun

dalam mencari tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bersesuaian dengan

kehendak agensi masing-masing

viii. Menimbulkan kesedaran dikalangan pelajar-pelajar tentang pentingnya

menambah minat belajar ditingkatkan supaya lebih cemerlang.

ix. Menanam sikap amanah, tanggungjawab dan berkeyakinan diri.

x. Meluaskan pergaulan di antara pelajar dengan pekerja-pekerja lain, majikan

dan masyarakat sekeliling di mana tempat mereka bekerja.

xi. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar.

Page 4: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

xii. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap

pelajaran di politeknik

1.1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDSUTRI

Laporan Latihan Industri menceritakan secara ringkas mengenai kerja-kerja

yang telah saya lakukan semasa menjalani Latihan Industri di firma HC Hidayah

Construction. Dengan adanya laporan ini diharapkan dapat memberi sedikit

sebanyak gambaran kepada para pembaca mengenai aktiviti yang telah dijalankan

sepanjang latihan ini bermula daripada awal latihan sehingga tamatnya latihan yang

dijalankan. Laporan ini juga turut menguji sikap keprihatinan pelajar seperti saya

mengenai kerja-kerja yang dijalankan sepanjang latihan diadakan.

Seperti yang telah ditetapkan oleh Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Awam

(KPTM), setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri wajib menyediakan satu

laporan Latihan Industri yang lengkap dimana laporan terbabit hendaklah

menerangkan secara jelas mengenai kerja-kerja amali dan teori yang dilakukan oleh

pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri. Berikut adalah objektif penyediaan

Laporan Latihan Industri:

i. Menjadi bukti kepada latihan yang dijalankan oleh pelajar. Dengan

ini, pelajar tidak boleh sewenang-wenangnya ponteng dari menjalani

Latihan Industri dan seterusnya menjejaskan penyiapan buku

Laporan Latihan Industri.

ii. Untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan terutamanya

ketika berada di alam pekerjaan suatu hari nanti.

iii. Sebagai dokumen sokongan dalam temuduga pekerjaan sekiranya

buku laporan ini dilengkapkan dengan baik

Page 5: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

1.1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Latihan Industri merupakan tulang

belakang kepada kejayaan seseorang pelajar yang mengambil jurusan Diploma di

Politeknik tempatan. Situasi ini dapat dikaitkan dengan peranan Subjek Bahasa

Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM yang

dijalankan untuk pelajar Tingkatan Lima di sekolah-sekolah menengah tempatan

dimana kegagalan dalam subjek Bahasa Malaysia boleh menyebabkan kegagalan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambil oleh pelajar itu sendiri.

Begitu juga dengan peranan Latihan Industri dalam pelajar yang mengambil

jurusan Diploma Politeknik, kegagalan Latihan Indsutri akan membawa kepada

beberapa kesulitan atau lebih teruk lagi, ia akan menjejaskan penganugerahan

diploma terhadap pelajar. Seperti yang pernah dikatakan oleh salah seorang

pensyarah yang mengajar di tempat politeknik saya, Politeknik Kota Bharu iaitu En

Saupi Bin Mohamed Noor bahawa kegagalan Latihan Indsutri bermakna gagal

dalam jurusan diploma bagi Politeknik tempatan. Hal ini menjelaskan betapa

pentingnya Latihan Industri kepada pelajar.

Bagi pelajar kursus Kejuruteraan Awam, latihan yang dijalankan adalah

bergantung kepada skop kerja yang dilakukan di firma atau jabatan terbabit. Latihan

Industri ini banyak mendedahkan pelajar kepada kerja-kerja teknikal dan juga kerja-

kerja yang dilakukan di pejabat dimana kerja-kerja teknikal meliputi kerja-kerja yang

telah dipelajari semasa di Politeknik seperti kerja bata, kerja konkrit dan lain-lain

lagi. Ia juga turut merangkumi kerja melawat tapak projek pembinaan yang sedang

dijalankan dan seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk membuat

penilaian terhadap kemajuan kerja di tapak bina. Kerja-kerja pejabat pula lebih

kepada kerja-kerja menyusun fail, mengecop lukisan pelan, kemahiran

menggunakan peralatan pejabat, menaip dan lain-lain lagi.

Selain itu, Latihan Industri bukan sahaja mendedahkan pelajar kepada suasana

pekerjaan yang sebenar bahkan mengukuhkan lagi minat pelajar terhadap dunia

perkerjaan yang diceburi berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar yang diperolehi

sepanjang menjalani latihan industri ini.

Page 6: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

Jika sebelum ini, para pelajar hanya didedahkan kepada asas pengetahuan

mengenai kerja-kerja yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika berada di

dalam politeknik sedangkan di dalam alam pekerjaan, maklumat mengenai bidang

Kejuruteraan Awam begitu meluas malahan apa yang dipelajari di politeknik

hanyalah peratusan yang sedikit daripada maklumat yang diperolehi dalam bidang

pekerjaan. Sebagai contoh, pembelajaran bidang Kejuruteraan Awam di politeknik

sekadar mendedahkan pelajar kepada pengenalan mengenai jenis-jenis asas dalam

pembinaan bangunan sedangkan dalam dunia pekerjaan, pembinaan asas sesuatu

bangunan mengambilkira keadaan tanah di tapak bina, bilangan dan jenis bar

tetulang yang digunakan, pemasangan kotak bentuk yang bersesuaian dengan

tapak asas dan kualiti konkrit yang akan dituang ke dalam kotak bentuk. Oleh itu,

kita hendaklah mencari atau menyelongkar sebanyak mana maklumat yang

mungkin mengenai bidang berkaitan kerana di dalam Latihan Industri ini sahaja

yang menjadi peluang untuk kita mendalami ilmu secara meluas mengenai bidang

berkaitan bagi mempersiapkan diri kita apabila melangkah kaki ke dalam dunia

pekerjaan suatu hari nanti.

Selain itu, Latihan Industri ini juga penting dalam membina hubungan

komunikasi dengan dunia luar terutamanya dalam aspek yang melibatkan

penggunaan bahan binaan seperti simbol kompenan binaan dalam lukisan pelan

dan sebagainya. Secara umumnya, simbol bagi kompenan bahan binaan dalam

lukisan pelan bangunan sentiasa menunjukkan perubahan dari masa ke semasa

bergantung kepada keadaan. Jika dahulu, arkitek melukis pelan bangunan melalui

lukisan papan, tetapi hari ini teknologi berkembang dengan pesat dimana arkitek

hanya melukis pelan bangunan melalui AUTO-CADD. Maka jelaslah bahawa

hubungan komunikasi dengan dunia luar begitu penting agar kita tidak melakukan

perkara yang sia-sia yang hanya membuang masa kita sendiri apabila melangkah

ke dalam alam pekerjaan kelak dimana kita lebih tertumpu kepada penggunaaan

bahan binaan yang sudah tidak selari dengan kehendak zaman.

Kesimpulannya, Latihan Industri kebanyakannya lebih mirip kepada alam

pekerjaan yang sebenar cuma adakalanya pelajar tidak dibenarkan melakukan

kerja-kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi atas faktor keselamatan. Apa

yang penting, latihan industri ini dapat menghilangkan perasaan negatif dalam diri

kita sendiri.

Page 7: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.2.1 Pengenalan Organisasi

HC Hidayah Construction merupakan syarikat kontraktor binaan am yang

berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Industri

Pembinaan Malaysia (CIDB) dimana syarikat ini telah ditubuhkan pada 1 Oktober

2006 dan merupakan syarikat milik perkongsian oleh dua kontraktor utama syarikat

iaitu En Mohd Azam B Muhammad dan En Syamsul Bahri Bin Hj Hamzah. Peranan

syarikat ini adalah lebih kepada perunding pemasaran hartanah dan pemaju

perumahan.

1.2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Rajah 1.2.2 : Logo Syarikat

Penubuhan syarikat ini diilhamkan oleh ayah kepada En Syamsul sendiri

iaitu Tuan Hj Hamzah B Zakaria atau lebih dikenali dengan gelaran “Pak Su” dalam

kalangan masyarakat yang mengenalinya. Tuan Haji Hamzah merupakan seorang

pemasar hartanah yang berjaya. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang

hartanah, beliau telah mengorak langkah untuk menceburi bidang pembinaan

dengan menubuhkan syarikat binaan yang berindentitikan syarikat 100% bumiputra.

Perkataan “Hidayah” dalam nama syarikat HC Hidayah Construction diambil

daripada nama syarikat utama yang diterajui oleh Tuan Hj Hamzah sendiri iaitu

syarikat Hidayah Group yang mempunyai rangkaian perniagaan yang luas di sekitar

Kok Lanas seperti Hidayah Internet Cafe, Hidayah Cafe, Hidayah Dobi, Hidayah

Sewa Kereta dan Asrama Hidayah. Perkataan “Hidayah” dalam nama “Hidayah

Page 8: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

Group” sebenarnya lebih merujuk kepada aspek kerohanian dimana hidayah dapat

ditakrifkan sebagai petunjuk kepada kebenaran yang menjadi milik Allah swt.

Hidayah juga merujuk kepada perubahan yang berlaku dimana manusia akan

menunjukkan perubahan sikap bergantung kepada hidayah yang diberikan oleh

Allah swt.

Walaupun masih baru dalam industri pembinaan, HC Hidayah Construction

telah banyak membuat beberapa projek pembinaan di sekitar negeri Kelantan. Hal

ini menjadikan HC Hidayah Construction sebagai syarikat yang mempunyai

pengetahuan dan pengalaman yang mendalam dalam bidang pembinaan.

Kebanyakan projek pembinaan yang dijalankan di bawah firma ini lebih terarah

kepada pembinaan rumah kediaman untuk orang awam melalui kelulusan daripada

pihak berkuasa tempatan selaras dengan peranan syarikat sebagai pemaju

perumahan.

HC Hidayah Construction juga turut terlibat dalam pembinaan bangunan

awam walaupun syarikat ini lebih sinonim dengan pembinaan rumah-rumah

kediaman. Satu-satunya projek pembinaan bangunan dibawah syarikat ini ialah

pembinaan bangunan Hidayah Futsal Centre yang menempatkan 2 gelanggang

Futsal pada asalnya. Pembinaan bangunan tambahan bagi Masjid Ar-Rahman, Kok

Lanas turut dijalankan oleh syarikat ini. Walaubagaimanapun, Masjid Ar-Rahman

bukanlah projek utama yang dijalankan syarikat ini sebaliknya HC Hidayah

Construction hanya berfungsi sebagai kontraktor untuk menyiapkan bangunan

tambahan Masjid Ar-Rahman melalui sumbangan duit daripada tabung Masjid Ar-

Rahman sendiri.

Page 9: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

1.2.3 Ahli lembaga pengarah

SYAMSUL BAHRI BIN HJ HAMZAH

(Pengarah Pengurusan)

Nama : Syamsul Bahri Bin Hj Hamzah

No IC : 750615035385

Jawatan : Pengarah Pengurusan

Tarikh Lahir : 15 Jun 1975

Alamat Kediaman : Lot 1246, Depan Politeknik Kota Bharu

16450 Ketereh Kelantan

Kelulusan Profesional : Pendawaian Tiga Fasa (PW4)

Juruteknik

Pendidikan : Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Kota

Bharu

Pengalaman Kerja : Kontraktor dibawah syarikat utama milik

keluarga, Hidayah Group (1995-2005)

Page 10: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

MOHD AZAM BIN MUHAMMAD

(Pengarah Projek)

Nama : Mohd Azam Bin Muhammad

No IC : 650726035099

Jawatan : Pengarah Projek

Tarikh Lahir : 26 Julai 1965

Alamat Kediaman : No 72, Kampung Hutan Puteh

18500 Machang, Kelantan

Kelulusan Profesional : Pendawaian Tiga Fasa (PW4)

Penjaga Jentera (AO)

Pendidikan : Sijil Kemahiran Malaysia Institut Kemahiran

Belia dan Diploma Kejuruteraan Awam

Politeknik Kota Bharu

Pengalaman Kerja : Kontraktor dibawah syarikat

Kembang Maju Sdn Bhd (1987-1991) dan

Kompleks Pam Kemubu (1991-2006)

Page 11: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

1.2.4 Aktiviti Organisasi

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, HC Hidayah Construction

merupakan firma yang memainkan peranan sebagai perunding pemasaran hartanah

dimana firma ini mengatur penjualan, pembelian, penyewaan dan pajak hartanah.

Berikut adalah merupakan peranan-peranan HC Hidayah Construction sebagai

perunding pemasaran hartanah dalam aspek ini;

Mendapatkan maklumat tentang harta yang hendak dijual atau dipajak,

status pemilik dan syarat pemilikan dan keperluan bakal pembeli atau

penyewa;

Mengatur prosedur tandatangan perjanjian pajak dan pemindahan hak harta;

Mengutip sewa dan deposit bagi pihak pemilik serta memeriksa harta

sebelum, semasa dan selepas penghunian.

Menunjukkan harta yang hendak dijual atau dipajak kepada bakal pembeli

atau penyewa dan menerangkan terma penjualan dan syarat sewa atau

pajak;

HC Hidayah Construction juga bertanggungjawab dalam pembinaan beberapa

projek rumah kediaman untuk orang tempatan dimana orang tempatan yang

dimaksudkan adalah merujuk kepada pelanggan yang membeli hartanah atau

perumahan melalui surat perjanjian yang dipersetujui selaras dengan peranan HC

Hidayah Construction sebagai pemaju perumahan. Berikut adalah senarai aktiviti-

aktiviti yang dijalankan oleh firma HC Hidayah Construction sepanjang 6 tahun

penubuhannya:

NO. PROJEK PEMBINAAN KELULUSAN PBT KOS (RM) TARIKH MULA/

Page 12: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

SIAP

1 MEMBINA 1 UNIT BANGLO 1

TINGKAT DI LOT PT 1018,

MUKIM MORAK, TUMPAT,

KELANTAN

MDT/B

1/0315/2007

RM156000.00 19/03/2007 -

20/09/2008

2 MEMBINA RUMAH

KEDIAMAN 1 TINGKAT DI LOT

PT 1019, MUKIM MORAK,

TUMPAT, KELANTAN

MDT/B

1/009/2008

RM120000.00 31/01/2008 -

19/07/2009

3 MEMBINA RUMAH

KEDIAMAN 1 TINGKAT DI LOT

PT 1020, MUKIM MORAK,

TUMPAT, KELANTAN

MDT/B

1/2/017/2008

RM82446.00 25/03/2008 -

01/10/2009

4 MEMBINA 1 UNIT BANGLO DI

LOT PT 3119, MUKIM

PADANG PAK AMAT, PASIT

PUTEH, KELANTAN

MDPP KN

4/3509/08

RM135000.00 18/03/2007 -

12/12/2008

5 MEMBINA 1 UNIT BANGLO DI

LOT PT 2651, MUKIM

PADANG PAK AMAT, PASIR

PUTEH, KELANTAN

MDPP KN

4/3317/07

RM160000.00 26/08/2007 -

12/12/2008

6 MEMBINA 1 UNIT BANGLO DI

LOT PT 738, MUKIM

CHENDERONG BATU,

TUMPAT, KELANTAN

MDT/B

1/1/138/08

RM210000.00 05/05/2008 –

20/10/2009

7 MEMBINA 1 UNIT BANGLO MDT/D 155000.00 27/04/2010 -

Page 13: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

SETINGKAT DI LOT PT 740,

MUKIM CHENDERONG, BATU

TUMPAT, KELANTAN

1/1/269/09 SEKARANG

8 MEMBINA 1 UNIT BANGLO

SETINGKAT DI LOT PT 2648,

MUKIM PADANG P, PASIR

PUTEH, KELANTAN

MDPP KN

4/3645/09

RM150000.00 18/09/2008 –

SEKARANG

9 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

1 UNIT RUMAH KEDIAMAN

BATU (KEKAL) 1 TINGKAT DI

ATAS LOT PT 736

MDT/D

1/1/014/2010

RM130000.00 01/08/2010 –

SEKARANG

10 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

SEBUAH RUMAH KEDIAMAN

(BATU) DI ATAS LOT PT 739,

MUKIM CHENDERONG,

WAKAF BHARU, TUMPAT,

KELANTAN

MDT/B

1/1/068/09

RM 165000.00 24/06/2010 –

SEKARANG

11 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

SEBUAH RUMAH KEDIAMAN

(BATU) DI ATAS LOT PT 1022,

MUKIM MORAK, KEBAKAT,

TUMPAT, KELANTAN

MDT/B

1/146/2007

RM120000.00 12/08/2007 –

11/08/1008

12 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

SEBUAH RUMAH KEDIAMAN

(BATU) 1 TINGKAT DI ATAS

LOT PT 698, MUKIM BAKAR,

ULU SAT MACHANG

MDM

431/141/05/06

RM110000.00 13/03/2006 – |

12/03/2007

Page 14: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

13 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

SEBUAH RUMAH KEDIAMAN

(BATU) 1 TINGKAT DI ATAS

LOT PT 2519, MUKIM PASIR

PUTEH, LIMBONGAN PASIR

PUTEH, KELANTAN

MDPP KN

4/3070/06

RM180000.00 03/11/2006 –

02/11/2007

14 MEMBINA 1 UNIT RUMAH

TERES BATU (KEKAL) 2

TINGKAT DI ATAS LOT PT

2195, MUKIM MAHANG

WEST, PANGKAL KALONG,

KOTA BHARU, KELANTAN

MDK/B

40/10

RM180000.00 22/02/2010

15 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

2 UNIT RUMAH KEDIAMAN

BERKEMBAR BATU KEKAL 1

TINGKAT DI ATAS LOT PT 258

DAN LOT PT 259, MUKIM

TELIAR, BUNUT SUSU, PASIR

MAS, KELANTAN

MDPP

431/77/2010

RM320000.00 01/06/2010 –

SEKARANG

16 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

2 UNIT RUMAH KEDIAMAN

BERKEMBAR BATU KEKAL 1

TINGKAT DI ATAS LOT PT 262

DAN LOT PT 263, MUKIM

TELIAR, BUNUT SUSU, PASIR

MAS, KELANTAN

MDPP

431/268/2009

RM320000.00 01/06/2010 –

SEKARANG

17 MENYIAPKAN BANGUNAN

FUTSAL YANG

MDK/B RM500000.00 01/01/2010 –

Page 15: Bab 01_Pengenalan & Latar Belakang Organisasi

MENEMPATKAN DUA

GELANGGANG FUTSAL DI

JALAN PANGKAL KALONG,

KOK LANAS, KOTA BHARU,

KELANTAN

40/2010 01/07/2010

18 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

1 UNIT RUMAH KEDIAMAN 1

TINGKAT DI ATAS LOT PT 414,

MUKIM BULOH POH, KADOK,

KOTA BHARU, KELANTAN

MDK/B

109/10

RM230000.00 17/04/2010 –

SEKARANG

19 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

SEBUAH RUMAH KEDIAMAN

(BATU) 1 TINGKAT DI ATAS

LOT PT 2196, MUKIM DEWAN

LABOK, MACHANG,

KELANTAN

MDM

431/77/09/05

RM185000.00 01/09/2009 –

09/09/2010

20 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

SEBUAH RUMAH KEDIAMAN

(BATU) 1 TINGKAT DI ATAS

LOT PT 2649, PADANG PAK

AMAT, PASIR PUTEH,

KELANTAN

MDPP KN

4/3370/07

RM120000.00 01/04/2007 –

02/07/2008

21 MEMBINA DAN MENYIAPKAN

1 UNIT RUMAH KEDIAMAN

(BATU) DI ATAS LOT PT 2947,

MUKIM MACHANG, ULU SAT,

MACHANG, KELANTAN

MDM

431/152/06/06

RM180000.00 22/01/2007 –

21/01/2008

1.2.5 Carta Organisasi HC Hidayah Construction

MOHD AZAM B MUHAMMAD

PENGARAH PROJEK

SYAMSUL BAHRI B HJ HAMZAH

PENGARAH PENGURUSAN