b u l e t i n edisi20193 - mot.gov.my ict/ict bulletin issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 ·...

7
1 B U L E T I N EDISI 3 2019 Ministry of Transport Malaysia @ministryoftransportmy @MOTMalaysia Ministry of Transport, Malaysia PENAUNG ENCIK MOHD ZUKI BIN MOHD ZAIN KETUA EDITOR ENCIK MOHD HAIRIL BIN MHD ALI REKA BENTUK ENCIK MOHD SHARIZA AIZAT BIN AZMAN SUMBANGAN BAHAN ENCIK ANNUR HADI BIN HASHIM ENCIK MUHAMMAD ARIB BIN SHAMSHIR CIK NORZIE NANIE BINTI ABDUL SAMAD PUAN NURUL NAJWA BINTI SAMSUDDIN ENCIK RAMLEE BIN ATAN PUAN IZZIANA BINTI BAHADUN ENCIK SHAHRUL AZWAN A. BAKAR CIK SITI RUZAIMAH BINTI KHAIRUDIN KANDUNGAN 1. APAKAH ITU 5G? 2. HYPERLOOP : KAPSUL TERAPUNG BERKELAJUAN 1000KM/J 3. MYTV : PERALHAN MALAYSIA KE SIARAN DIGITAL 4. KEMUDAHAN & FASILITI INTERNET 5. PENGHASILAN KANDUNGAN MULTIMEDIA MENGGUNAKAN MOBILE APPS 6. IR 4.0 : 4 th INDUSTRIAL REVOLUTION

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B U L E T I N EDISI20193 - mot.gov.my ICT/ICT Bulletin Issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 · memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-lain. Penggunaan aplikasi ini sangat

1

B U L E T I N EDISI 3

2019

Ministry of

Transport Malaysia @ministryoftransportmy @MOTMalaysia Ministry of Transport,

Malaysia

PENAUNG

ENCIK MOHD ZUKI BIN MOHD ZAIN

KETUA EDITOR

ENCIK MOHD HAIRIL BIN MHD ALI

REKA BENTUK

ENCIK MOHD SHARIZA AIZAT BIN AZMAN

SUMBANGAN BAHAN

ENCIK ANNUR HADI BIN HASHIM

ENCIK MUHAMMAD ARIB BIN SHAMSHIR

CIK NORZIE NANIE BINTI ABDUL SAMAD

PUAN NURUL NAJWA BINTI SAMSUDDIN

ENCIK RAMLEE BIN ATAN

PUAN IZZIANA BINTI BAHADUN

ENCIK SHAHRUL AZWAN A. BAKAR

CIK SITI RUZAIMAH BINTI KHAIRUDIN

KANDUNGAN

1. APAKAH ITU 5G?

2. HYPERLOOP : KAPSUL TERAPUNG

BERKELAJUAN 1000KM/J

3. MYTV : PERALHAN MALAYSIA KE SIARAN

DIGITAL

4. KEMUDAHAN & FASILITI INTERNET

5. PENGHASILAN KANDUNGAN MULTIMEDIA

MENGGUNAKAN MOBILE APPS

6. IR 4.0 : 4th INDUSTRIAL REVOLUTION

Page 2: B U L E T I N EDISI20193 - mot.gov.my ICT/ICT Bulletin Issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 · memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-lain. Penggunaan aplikasi ini sangat

2

5G adalah bermaksud 5th Generation. Ia merujuk kepada 5th Generation

Mobile Network. Nama piawaian bagi rangkaian mudah alih 5G akan dikenali

sebagai NR (New Radio). Di Malaysia, teknologi 5G kini dalam fasa ujian dan

pelaksanaan akan dilakukan selepas penelitian laporan ujian oleh kerajaan pada

penghujung tahun 2019.

MANFAAT 5G

Rangkaian 5G membolehkan rangkaian berkelajuan seumpama fiber optik digunakan secara mudah alih. Sesi ujian oleh penyedia telekomunikasi tempatan di Malaysia mendapati teknologi 5G mampu mencapai kelajuan sebanyak 1 Gbps berbanding 4G yang memberikan kelajuan sebanyak 100 Mbps. Ringkasnya, 5G memberi lebih kelajuan, lebih responsif dan membolehkan sambungan ke lebih banyak peranti pada satu masa yang sama.

IMPAK 5G

Rangkaian 5G yang lebih baik membolehkan

pelaksanaan teknologi yang baharu mampu dilaksanakan

seperti IoT (Internet of Things), VR (Virtual Reality), AR

(Augmented Reality (AR) dan lain-lain.

Jalur Lebar Mudah Alih – potensi penerokaan ke dalam aspek

teknologi mudah alih yang baharu seperti Virtual Reality (VR),

Augmented Reality (AR), panggilan hologram dan lain-lain.

Massive Internet of Things - akan membolehkan penghubungan

kepada embedded sensor IoT yang lebih banyak dan lancar pada

kadar tenaga dan kos lebih rendah.

Mission-Critical Communications – pelebaran ke arah perkhidmatan

komunikasi dalam industri dan infrastruktur kritikal secara kawalan

jauh seperti kenderaan, pengangkutan awam, pendidikan dan

prosedur perubatan.

PELAKSANAAN 5G DI MALAYSIA

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mensasarkan 5G boleh dinikmati

oleh pengguna di Malaysia selepas telco utama di Malaysia seperti TM, Celcom, Maxis, DiGi, dan U

Mobile mula menawarkan perkhidmatan 5G bermula tahun 2021. Peranti android dan IOS juga kini

semakin banyak yang telah direka untuk bersedia menggunakan rangkaian 5G. Pelaksanaan

penyediaan infrastruktur 5G yang progresif membolehkan eksplorasi dan anjakan teknologi yang lebih

pantas akan membawa masyarakat seterusnya negara ke satu tahap yang tinggi dalam arena teknologi

maklumat.

APAKAH ITU

5G?

1. 2G – GSM

2. 2.5G – GPRS

3. 2.75G – EDGE

4. 3G – UMTS

5. 3.5G – High Speed Packet

Access (HSPA)

6. 3.75G – HSPA+ (H+)

7. 4G – Long Term Evolution (LTE),

LTE-Advanced

8. 4.5G – LTE Advanced Pro

9. 5G – New Radio (NR)

Page 3: B U L E T I N EDISI20193 - mot.gov.my ICT/ICT Bulletin Issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 · memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-lain. Penggunaan aplikasi ini sangat

3

Hyperloop adalah sejenis pengangkutan

darat yang terkini dimana strukturnya adalah

terdiri daripada kapsul, tiub dan stesen

hentian. Ia merupakan teknologi pengangkutan

darat berbentuk kapsul yang bergerak secara

terapung di dalam tiub pada kelajuan

seumpama kapal terbang, dengan selamat.

Kenderaan

pengangkut

yang digunakan dalam Hyperloop ini adalah berbentuk kapsul. Ia

mampu menampung 28 hingga 40 orang penumpang dalam satu

kapsul. Kapsul ini mampu membawa sehingga 160,000 orang

penumpang sehari atau 4,000 buah kargo sehari. Kapsul ini bergerak

secara terapung oleh tenaga elektromagnetik. Kapsul ini dikuasakan

oleh tenaga elektrik daripada bateri yang boleh dicas semula. Ini

seterusnya menjadikan Hyperloop mampu beroperasi secara senyap dan mesra alam.

Kapsul Hyperloop akan bergerak di dalam tiub besar yang

bertekanan rendah dimana udara didalam tiub tersebut akan

dikeluarkan untuk mengurangkan geseran. Ini membolehkan

kapsul Hyperloop bergerak pada kelajuan mencapai 1,223Km/j.

Tiub ini akan dibina di atas tiang-tiang pilon yang kukuh atau jika

perlu dibina dibawah tanah. Ini menjadikan Hyperloop selamat

daripada bencana alam, mempunyai daya tahan tinggi terhadap

gempa bumi dan tidak diganggu oleh kesesakan trafik.

Pelaksanaan Hyperloop di asia tenggara

telah diperintis oleh negara Indonesia

melalui perjanjian yang telah dimeterai

antara Hyperloop Transportation

Technologies (HTT) dan Kerajaan Indonesia

pada tahun 2017 dimana sebuah rangkaian

Hyperloop akan dibina di Jakarta. Evolusi

dalam teknologi sektor pengangkutan ini

akan memacu pembangunan sesebuah

negara seiring dengan perubahan zaman

globalisasi yang serba pantas dan pada

masa yang sama tidak mengabaikan

pemeliharaan alam sekitar.

(Sumber: https://www.hyperloop.global)

HYPERLOOP

Kapsul Terapung berkelajuan

1,000KM/J

Page 4: B U L E T I N EDISI20193 - mot.gov.my ICT/ICT Bulletin Issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 · memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-lain. Penggunaan aplikasi ini sangat

4

Malaysia telah melaksananakan

inisiatif penyiaran televisyen dan radio

secara digital dengan menggunakan

teknologi Digital Terrestrial Television

(DTT). Inisiatif ini adalah seiring dengan

matlamat yang dipersetujui antara

negara-negara ASEAN dimana siaran

secara analog di rantau negara-negara

ASEAN akan ditutup secara berperingkat

bermula pada tahun 2015 sehingga tahun 2020 dan digantikan dengan siaran digital. Ini bertepatan

dengan arus perubahan teknologi terkini yang semakin maju dalam penyampaian siaran televisyen.

Di Malaysia, siaran digital ini diberikan secara percuma kepada

rakyat oleh kerajaan dimana ia diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd

adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk membina, menguji dan

menyediakan infrastruktur serta kandungan untuk siaran digital di

Malaysia. Penutupan siaran analog dan pelaksanaan siaran digital di

Malaysia dilaksanakan secara berperingkat sejak pertengahan tahun 2019

bermula di Langkawi dan akan berakhir di Sabah dan Sarawak pada

penghujung tahun 2019.

Siaran digital ini dipancarkan dengan 2 cara iaitu secara Digital

Terrestrial Television (DTT) dan Direct To Home (DTH). Di mana secara DTT

siaran digital akan dipancarkan daripada menara pemancar, manakala

DTH akan memancarkan secara terus ke rumah pengguna menggunakan

satelit di angkasa seperti Astro bagi kawasan yang tidak diliputi oleh DTT

seperti kawasan pedalaman. Namun, DTH mempunyai kelemahan isyarat

apabila berlaku cuaca buruk. Pengguna pula

memerlukan antena UHF yang dipasang

samada diluar atau didalam rumah,

televisyen yang mempuyai port HDMI atau RCA, dan dekoder MYTV

untuk menerima siaran digital MYTV.

Siaran digital ini membolehkan penyampaian dan penerimaan

siaran gambar dan bunyi berdefinisi tinggi atau High Definition (HD),

bersesuaian dengan penggunaan Smart TV berdefinisi tinggi yang kini

meluas di Malaysia, manakala siaran analog hanya menyokong siaran

definisi biasa sahaja. Selain itu, siaran digital ini juga membolehkan penawaran siaran rancangan

interaktif dimana pengguna boleh menonton siaran yang dirakam atau memilih kandungan siaran

secara atas talian dan juga sari kata pelbagai bahasa. Perkembangan ini membolehkan semua lapisan

masyarakat di Malaysia dapat menikmati perkembangan teknologi penyampaian maklumat yang

dinikmati setaraf dengan negara maju yang lain.

PERALIHAN MALAYSIA KE SIARAN

DIGITAL

Page 5: B U L E T I N EDISI20193 - mot.gov.my ICT/ICT Bulletin Issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 · memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-lain. Penggunaan aplikasi ini sangat

5

YOUTUBE WATCH HISTORY

Link: https://www.youtube.com/feed/history

Andai kata pada bulan lepas anda terjumpa satu video yang

kelakar di dalam Youtube, kemudian sekarang anda teringat dan mahu

berkongsi video tersebut dengan rakan-rakan anda di dalam

Whatsapp, tetapi malangnya anda terlupa pula nama video tersebut.

Anda boleh mencari semula video tersebut di Watch History di dalam

Youtube. Jika anda log masuk menggunakan akaun Youtube anda

semasa melayari video, Youtube akan menyimpan rekod video yang

anda pernah lihat di Youtube. Anda boleh menggunakan fungsi ini di

semua peranti yang anda gunakan untuk melayari Youtube.

KALKULATOR PENGIRAAN HARI

Link: https://www.timeanddate.com/date/workdays.html

Dalam perancangan aktiviti samada peribadi atau rasmi,

kadangkala kita memerlukan maklumat jumlah hari yang akan

digunakan untuk melaksanakannya. Namun, pengiraan jumlah

hari adalah tidak mudah kerana perlu mempertimbangkan

hujung minggu dan cuti umum. Anda boleh melakukan kiraan

hari secara pantas bermula di laman timeanddate.com dimana

ia menyediakan kalkulator pengiraan hari daripada satu tarikh

ke tarikh yang lain. Ia juga membolehkan pengguna mengira hari bekerja sahaja atau kombinasi hari

berkerja sahaja tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum. Kalkulator ini mempunyai rekod cuti

umum tahunan mengikut negara yang dipilih untuk membantu pengguna.

KURANGKAN SAIZ FAIL PDF

Link: https://smallpdf.com/compress-pdf

Penggunaan fail berformat PDF kini adalah popular

dalam pelbagai transaksi didalam internet seperti dokumen,

kad jemputan, resit pembelian, dan lain-lain. Terdapat situasi

dimana fail berformat PDF tidak dapat dihantar melalui email

kerana saiz PDF yang melebihi had, namun fail PDF itu hanya

mempunyai 4 muka surat sahaja. Anda boleh gunakan aplikasi web Smallpdf untuk compressed fail

tersebut tanpa mengurangkan kualiti kandungan fail PDF tersebut. Pembangun aplikasi Smallpdf

menyatakan bahawa fail yang dimuatnaik tersebut akan dipadam daripada pengkalan data mereka

dalam masa 1 jam.

PERINGATAN: penggunaan aplikasi ini memerlukan pengguna untuk memuat naik fail yang dipilih ke

dalam pengkalan data mereka, maka sila ambil perhatian jika anda ingin memuat naik fail yang bersifat

rasmi atau rahsia.

KEMUDAHAN & FASILITI INTERNET

Page 6: B U L E T I N EDISI20193 - mot.gov.my ICT/ICT Bulletin Issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 · memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-lain. Penggunaan aplikasi ini sangat

6

INSHOT - Video Editor & Video Maker

Jenis Peranti: iOS & Android

Aplikasi video editor InShot ini boleh didapati secara

percuma di peranti sistem operasi iOS atau Android. Aplikasi ini

menyediakan fungsi dan kemudahan dalam pengubahan dan

penghasilan video seperti trim, cut, background blur, crop,

memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-

lain.

Penggunaan aplikasi ini sangat mudah dan senang difahami dengan susun atur butang

kawalan dan garis masa yang kemas dan ringkas. Tambahan pula aplikasi ini dilengkapi

dengan pelbagai fungsi pengubahan video yang pengguna boleh gunakan untuk

menghasilkan video yang menarik. Ini seterusnya menjadikan penghasilan video yang

berkualiti dapat dilakukan dengan sangat pantas pada resolusi video berdefinisi tinggi.

Selain daripada itu, video yang dihasilkan menggunakan aplikasi ini tidak akan

ditambah dengan watermark seperti yang dilakukan oleh aplikasi-aplikasi percuma

yang lain.

Aplikasi InShot ini boleh digunakan untuk menghasilkan video sambutan hari lahir, sambutan

perayaan, aktiviti percutian dan macam-macam lagi dan video tersebut boleh dikongsi dengan rakan

dan keluarga.

PIXLR – Free Photo Editor

Jenis Peranti: iOS & Android

Aplikasi photo editor Pixlr ini boleh dimuat turun secara

percuma di Apple iTunes untuk pengguna iOS dan Google

Playstore untuk pengguna Android. Pelbagai fungsi pengeditan

gambar yang disediakan seperti penghasilan Collage,

penambahan efek pada gambar, penambahan pelbagai jenis

border, crop, rotate, blur, Auto Fix dan banyak lagi.

Pengalaman penggunaan aplikasi ini adalah sangat memuaskan dengan efek gambar

yang kelihatan professional dan pelbagai pilihan susun atur gambar secara collage.

Selain itu, pengguna boleh menambah teks yang menarik dan menambah overlay yang

memberikan mood atau corak diatas gambar serta border yang sesuai untuk sentuhan

akhir gambar yang sedang digubah.

PENGHASILAN KANDUNGAN MULTIMEDIA MENGGUNAKAN

MOBILE APPS

Page 7: B U L E T I N EDISI20193 - mot.gov.my ICT/ICT Bulletin Issue 3 2019.pdf · 2019-10-22 · memasukkan elemen muzik, menambah efek video dan lain-lain. Penggunaan aplikasi ini sangat

7

Perubahan di dalam industri pembuatan dan pemprosesan ke arah automasi

dan pertukaran data menggunakan mekanisma Cyber Physical System (CPS).

Automasi secara CPS ini akan disokong aspek teknologi terkini yang lain

seperti Internet of Things (IoT), Industrial Internet of Things (IIOT), Cloud Computing, Artificial

Intelligence (AI) dan lain-lain.

IR 4.0 4th INDUSTRIAL REVOLUTION

Apakah

itu IR4.0?

INDUSTRI1.0

(Tahun 1784)

• Permulaan revolusi industri.

• Pembuatan secara pengilangan mekanikal dan jentera berasaskan kuasa stim dan air.

INDUSTRI2.0

(Tahun 1870)

• Pengilangan secara besar-besaran menggunakan kuasa elektrik.

INDUSTRI 3.0

(Tahun 1969)

• Pengilangan dengan jentera yang dikawal oleh komputer dan teknologi maklumat.

INDUSTRI4.0

(KINI)

• Industri pengilangan dikawal oleh teknologi Cyber Physical System dan disokong oleh IoT, AI, Cloud Computing dan lain-lain.

Kronologi Revolusi Industri

IMPAK

Mengubah cara hidup, bekerja dan berkomunikasi

Pekerjaan yang melibatkan pengulangan, berasaskan aturan dan memerlukan fizikal yang terhad akan diganti dengan mesin

Pengangkutan kenderaan pandu sendiri, penghantaran

menggunakan dron terbang

Kecerdasan Buatan atau AI akan mula diaplikasikan

dalam pekerjaan

Kemunculan pekerjaan baharu yang tidak pernah

wujud sebelum ini