azizi - kursus pembugaran tatabahasa 1

27
KURSUS PEMBUGARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU Oleh NORLIZA BINTI ABU BAKAR Munsyi Dewan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka ISI KANDUNG DAN LIPUTAN KURSUS Fonologi - Bidang ilmu yang menghuraikan bunyi bahasa dan makna dalam komunikasi. Morfologi - Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Sintaksis - Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan serta konstruksi ayat Semantik - Bidang ilmu yang mengkaji bidang makna BAHAGIAN 1 KEKELIRUAN MEMBUNYIKAN SEBUTAN HURUF E Latihan 1 - Tandakan jawapan yang tepat e pepet e taling e pepet e taling adegan adegan novel novel bestari bestari peka peka cega cega perli perli debat debat sengketa sengketa erat erat strategi strategi generasi generasi repetisi repetisi generator generator tragedi tragedi gembleng gembleng tekad tekad lentera lentera transparensi transparensi nenda nenda wisel wisel * dalam Kamus Dewan, bunyi e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang e MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor 1

Upload: qiraz-ziv

Post on 17-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tatabahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

KURSUS PEMBUGARAN TATABAHASABAHASA MELAYU

OlehNORLIZA BINTI ABU BAKAR

Munsyi DewanInstitut Perguruan Perempuan Melayu

Melaka

ISI KANDUNG DAN LIPUTAN KURSUS

Fonologi - Bidang ilmu yang menghuraikan bunyi bahasa dan makna dalam komunikasi.

Morfologi - Bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata.

Sintaksis - Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan serta konstruksi ayat

Semantik - Bidang ilmu yang mengkaji bidang makna

BAHAGIAN 1 KEKELIRUAN MEMBUNYIKAN SEBUTAN HURUF E

Latihan 1 - Tandakan jawapan yang tepat

e pepet e taling e pepet e talingadegan adegan novel novelbestari bestari peka pekacega cega perli perlidebat debat sengketa sengketa erat erat strategi strategigenerasi generasi repetisi repetisi generator generator tragedi tragedigembleng gembleng tekad tekadlentera lentera transparensi transparensinenda nenda wisel wisel

* dalam Kamus Dewan, bunyi e taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang e

CONTOH BUNYI E YANG MEMBEZAKAN MAKNA ( e pepet ) ( e taling )

1. bela - pelihara , jaga - menuntut balas 2. becak - bintik, rintik, kurik - lecah , berlumpur 3. dekan - sejenis tikus - ketua fakulti di universiti 4. gelang - cincin besar, perhiasan - sejenis tumbuhan , gemilang 5. kepak - sayap - dukung, patahkan dahan 6. lepak - terlalu putih - membuang masa 7. lentang - bunyi berdentang-dentang - lemah, lentok, tidak tegak8. pelekat - gam, perekat - kain sarung 9. perang - perkelahian, pergaduhan - merah kehitam-hitaman

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

1

Page 2: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

10. reda - mulai berkurangan, hampir habis - rela, bersedia dengan ikhlas hati11. rendang - lauk, goreng - rendah dan banyak daun 12. pekak - tidak dapat mendengar - daun terup 13. sela - ruang - pelana 14. selak - kunci - buka, singkap 15. semak - tumbuhan kecil - periksa

BAHAGIAN 2 - EJAAN

A. Pastikan ejaan yang tepat bagi perkataan-perkataan berikut :

1. analisa analisis 46. kawad kawat2. ambilalih ambil alih 47. mentua mertua3. bandaraya bandar raya 48. faksimili faksimile4. bumiputra bumiputera 49. murtabak martabak 5. cop cap 50. sate satay 6. ciplak jiplak 51. disel diesel7. celupar celopar 52. e-mail e-mel8. hakcipta hak cipta 53. katrij kartrij9. ansuran ansurans 54. komedi komidi10. juruukur juru ukur 55. pendita pendeta11. juru latih jurulatih 56. rebat rebet12. kobis kubis 57. sandwic sanwic13. penguat kuasa penguatkuasa 58. sediakala sedia kala14. tata tertib tatatertib 59. kadang kala kadangkala15. salahguna salah guna 60. selang-seli selang seli 16. mempastikan memastikan 17. menyintai mencintai18. lagenda legenda19. gotong royong gotong-royong20. komersil komersial21. definasi definisi22. urusetia urus setia23. tanahair tanah air24. ibu-bapa ibu bapa25. urus niaga urusniaga26. latar belakang latarbelakang27. pengayaan pengkayaan 28. selsema selesema29. skuash skuasy30. tengahari tengah hari31. stesyen stesen32. temubual temu bual 33. sayugia seyogia 34. rekabentuk reka bentuk 35. hirarki hierarki 36. beritahu beri tahu 37. was-was waswas

38. motorsikal motosikal 39. profail profil

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

2

Page 3: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

40. stoking stokin 41. kalendar kelendar 42. skema skima 43. mihun bihun 44. siksa seksa 45. mustika mestika

LATIHAN TAMBAHAN – KESALAHAN FRASA ARAHAN: SOALAN DI BAWAH MENGANDUNGI FRASA YANG SERING DIGUNAKAN DALAM PENULISAN SURAT RASMI PELBAGAI TUJUAN, LAPORAN DAN MINIT MESYUARAT. PILIH FRASA YANG BETUL TATABAHASANYA .

1. A. oleh sebab B. oleh kerana 2. A. selain daripada itu B. selain itu 3. A. di waktu petang B. pada waktu petang 4. A. berhampiran bilik B. berhampiran dengan bilik 5. A. masuk kelas B. masuk ke kelas 6. A. sehubungan itu B. sehubungan dengan itu 7. A. sila hadir jam B. sila hadir pada jam 8. A. pulang dari sekolah B. pulang daripada sekolah 9. A. balik kampung B. balik ke kampung 10.A. lebih dari masa B. lebih daripada masa 11.A. dari masa ke masa B. dari semasa ke semasa C. Dari masa ke semasa12.A. dari pihak sekolah B. daripada pihak sekolah 13.A. merujuk perkara itu B. merujuk kepada perkara itu 14.A. berkenaan maklumat B. berkenaan dengan maklumat 15.A. mereka B. mereka-mereka 16.A. kata-kata aluan B. kata alu-aluan 17.A. para pelajar B. para pelajar-pelajar 18.A. tiap-tiap guru B. setiap orang guru 19.A. setiausaha-setiausaha B. setia-setiausaha 20.A. beberapa buku B. berapa buah buku 21.A. rakyat-rakyat B. rakyat 22.A. semua pekerja B. semua pekerja-pekerja 23.A. berbagai tugas B. berbagai-bagai tugas C. pelbagai tugas24.A. justeru itu B. justeru 25.A. dua pekerja B. dua orang pekerja C. dua-dua pekerja26.A. lain-lain hal B. hal-hal lain 27.A. memperoleh B. memperolehi28.A. kawasan pendalaman B. kawasan pedalaman 29.A. di atas kerjasama tuan B. atas kerjasama tuan30.A. dalam hal ini B. di dalam hal ini 31.A. memperbaiki B. membaiki 32.A. Dengan ini, saya memperakui bahawa B. Dengan ini saya memperakukan bahawa

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

3

Page 4: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

LATIHAN TAMBAHAN – KESALAHAN AYAT

ARAHAN:

AYAT- AYAT YANG BERIKUT SERING DIGUNAKAN DALAM PENULISAN SURAT

RASMI PELBAGAI TUJUAN, LAPORAN DAN MINIT MESYUARAT. KENAL PASTI

KESALAHAN DALAM AYAT-AYAT TERSEBUT DAN BETULKAN.

1. Tuan dinasihatkan agar memberitahu kepada kami perkara itu dengan segera.

2. Berikutan perbualan telefon tempohari adalah dimaklumkan bahawa pihak kami

bersetuju menemui tuan seperti ketetapan berikut:

3. Surat tuan bertarikh 15 Febuari dirujuk.

4. Permohonan tuan telah diterima oleh kami dan akan dipertimbangkan.

5. Diharapkan permohonan kami akan pihak tuan pertimbangkan.

6. Pihak kami akan membuat tindakan yang sewajarnya.

7. En. Abdullah adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan dedikasi

8. Lanjutan surat tuan bertarikh 17 Mei 2007 saya ingin menyatakan pihak kami...

9. Di atas sebarang kesukaran yang di pihak tuan hadapai adalah dikesalkan.

10. Dengan ini diharapkan agar pertemuan di antara ibu bapa dengan pentadbir

sekolah mampu menyelesaikan masalah tersebut.

11. Di antara peserta yang terpilih mengikuti kursus itu adalah ...

12. Bersama-sama surat ini saya majukan salinan sijil dan lain-lain dokumen

sokongan.

13. Saya sukacita memaklumkan tuan/puan telah terpilih untuk mengisi kekosongan

jawatan tersebut.

14. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan ialah 18 Mei 2006.

15. Matalamat program ini ialah membantu para-para pelajar miskin.

16. Pejabat kami menghadapi masalah gangguan letrik bila hari hujan.

17. Para pelajar-pelajar tidak perlu membayar yuran penyertaan di mana kami akan

mengadakan seminar itu secara percuma.

18. Mereka-mereka yang akan menginap diminta jangan merosakan kemudahan

yang disediakan.

19. Borang ini hendaklah dilengkapkan dengan tandatangan ketua jabatan dan cop

rasmi jabatan.

20. Semuga semua dokumen-dokumen yang telah kami lengkapkan itu akan

diterima oleh pihak yang bertanggung jawab.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

4

Page 5: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

BAHAGIAN 3 - MORFOLOGI ( PENGGOLONGAN KATA )

Definisi morfologi:Ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata .

Proses morfologi:Proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut.

1. Pengimbuhan 2. Pemajmukan 3. Penggandaan 4. Pengakroniman

BENTUK KATA

a. Kata asal / tunggal : makan, bestari, manfaat, universiti, cenderamata, sayembarab. Kata terbitan

i) berawalan : pelari, jurutera, penyapu, ketua, pelajar, mahasiswa, dwibahasa ii) berakhiran : timbalan, akhiri, nasionalisme, olahragawati, ustazah, hadirin iii) berapitan : pelaksanaan, pelajaran, kejatuhan, peradaban, pembuatan iv) bersisipan : telunjuk, kemuncup, kemuning, selerak, sinambung, gemilangc) Kata majmuk : bandar raya, tengah hari, ulang kaji, gambar rajah, Ketua Menteri, garis pusat, lut sinar, kaki ayam, bulan madu, telefon dail terus, antarabangsa, suruhanjaya, kakitangan, jawatankuasa, setiausaha

d) Kata ganda: rama-rama, cantik-cantik, makan-makan, pulau-pulau, lelaki, tetamu, lelayang, tertanya-tanya, berlari-lari, menari-nari, lauk-pauk, lintang-pukang, simpang-siur, anak-pinak, kuih-muih

KATA TUGAS

a. Guru itu menyatakan muridnya sangat rajin.b. Oleh kerana dia tidak sihat, dia tidak akan menyertai lawatan itu. c. Selain daripada berenang, dia juga suka memanah .d. mereka saling mengunjungi di hari raya.e. Murid itu membuang sampah di dalam tong sampah.f. Dia memulakan kerja pembersihan daripada sudut kanan dewan itu.g. Arahan tersebut datang dari Bahagian Kewangan pejabat tersebut.h. Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon i. Surat ini dikirimkan pada siapa?j. Ayah membeli kereta bagi ibu.k. Ketua pejabat itu sentiasa curiga terhadap kejujuran anak buahnya.l. Wanita itu amat rindukan anaknyam. Di dalam hal ini, saya sangat tidak bersetuju. n. Ada persamaan di antara ilmu sosiologi dengan ilmu antropologi.o. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama tersebut. p. Harga pen itu dua setengah ringgit. q. Berguni padi di kilang itu belum diproses.r. Tiap yang bernyawa pasti akan mati. s. Setengah orang tidak menggemari masakan yang pedas.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

5

Page 6: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

BAHAGIAN 4 - PERIHAL KATA

1. Cucuk dan cocok Cucuk = tusuk/ benda seperti cucuk sanggul/ penjodoh bilangan – secucuk sate Cocok = sama benar/ tepat/sesuai/setuju/seimbang * Tidak tepat pengunaan secocok kerana bermaksud sesuai. Se pada kata sesuai bukanlah awalan, tetapi sebahagian kata dasar.

2. Boleh dan Dapat Boleh = ada hubungan dengan keizinan Dapat = ada hubungan dengan keupayaan atau kemampuan . * Oleh sebab hari hujan, saya tidak ( dapat / boleh) hadir ke majlis itu. * Oleh sebab tidak diundang, saya tidak ( dapat / boleh ) menghadiri majlis itu. * ” Malaysia Boleh” atau ” Malaysia Dapat ” ?

3. Jemput dan Undang Jemput = perbuatan pergi menyambut, menyongsong atau mengambil seseorang Undang = perbuatan memanggil atau mempersilakan seseorang menghadiri majlis dll. * Saya harus ( mengundang / menjemput ) anak saya di sekolah sekarang . * Jika kita ( mengundang / menjemput ) orang, layanlah mereka dengan ikhlas.

4. Satu dan suatu Satu = bilangan yang bererti tunggal dan digunakan untuk menunjukkan bilangan. Manusia ( seorang budak), untuk haiwan ( seekor monyet), untuk benda (sebuah kotak), untuk hal persetujuan ( satu persetujuan ), untuk masa ( satu tahun ) Suatu = menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak dapat dipastikan . Misalnya suatu hari bermaksud satu hari yang tidak tentu atau yang tidak dapat dipastikan secara tepat. * Ali tunduk sahaja, seolah-olah sedang berfikir tentang sesuatu. * Satu daripada sebab keruntuhan umat ialah kelemahan peribadi pemimpin.

5. Mesti dan Pasti Mesti = wajib, patut dilakukan ( kata bantu ) Pasti = tentu ( kata adjektif ) * Jika tidak ada aral apa-apa, saya ( pasti / mesti ) hadir * Di pasar raya ( pasti / mesti ) ada dijual barang yang kamu cari itu.

6. Pendingin hawa dan Penghawa dingin * Dingin tidak memerlukan hawa, dan hawa yang panas perlu didinginkan. Oleh itu, kita memerlukan ( pendingin hawa / penghawa dingin ) . DBP mencadangkan penyaman udara

7. Menjolok Mata dan Mencolok Mata Mencolok mata = mencucuk mata, tampak jelas, kelihatan jelas benar, membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberikan malu, membangkitkan rangsangan orang yang melihat kerana terlalu berlebih-lebihan. Menjolok mata digunakan kerana kesilapan pendengaran atau menjadi pelaziman sehingga / c / berubah menjadi / j / Contoh lain ialah ciplak dan jiplak.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

6

Page 7: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

* pakaian peragawati itu ( menjolok / mencolok) mata

8. Kata-kata aluan atau Kata alu-aluan Kata dasar bagi bentuk alu-aluan atau aluan ialah alu. Alu dijadikan kata terbitan mengalu-alukan untuk menimbulkan makna ”menyambut kedatangan tetamu” . * alu ~ proses penggandaan = alu-alu ~ proses pengimbuhan = mengalu-alukan * tidak betul bentuk kata mengalukan dan kata-kata aluan. * Yang betul ialah mengalu-alukan dan kata alu-aluan. 9. Kesan dan Akibat Kesan = tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh sesuatu seperti kesan tapak kaki = sesuatu ( sama ada kebaikan atau keburukan ) yang timbul daripada sesuatu Kejadian; kesudahan; hasil; akibat. Akibat = kesan buruk daripada sesuatu peristiwa ( perbuatan dll.) ; kesudahan yang tidak baik; padah. * kesan - sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk . * akibat - terhad kepada sesuatu yang buruk sahaja. * Kemajuan industri desa mengakibatkan bertambahnya pendapatan penduduk kampung ( betul / salah ) * Banjir besar yang melanda negeri itu mengakibatkan kerosakan harta benda (betul / salah ) 10. Mengambil perhatian atau Memberi perhatian Kata mengambil atau ambil digunakan apabila kita akan mendapat sesuatu. Memberikan perhatian = mengambil berat / menumpukan perhatian tentang sesuatu. * Kamu perlu ( mengambil / memberikan ) perhatian semasa saya mengajar * Pasif = Perhatian perlu kamu ( ambil / berikan ) semasa saya mengajar.

11. Hendak dan Mahu Hendak = adanya tujuan atau niat untuk berbuat sesuatu; keinginan sendiri Mahu = adanya pelawaan atau ajakan ; ada pendorong. * Saya (mahu / hendak ) melantik saudara sebagai wakil dalam mesyuarat itu .

12. Banyak dan Ramai Banyak = kata adjektif dan kata bilangan ( manusia, haiwan, benda dll.) Ramai = kata adjektif ( mempunyai hubungan dengan keadaan riuh-rendah,riang, gembira, meriah, serba giat, sibuk, tidak sunyi, dan penduduk yang banyak) *Banyak / Ramai orang yang masih tidak memahami peraturan itu.

13. Adalah atau Ialah Beliau adalah orang yang pertama tiba di sana ( X ) Anak adalah anugerah Allah ( X ) Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi ( / ) Calon-calon pertandingan memasak peringkat akhir ialah… ( / ) Adalah dimaklumkan bahawa …( X ) Salah satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah… ( / ) …adalah merupakan …( X ) …adalah digalakkan… ( X )

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

7

Page 8: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

14. Tentang dan mengenai * Perdana Menteri sering bercakap ( tentang / mengenai ) wawasan negara * Usahlah bercerita ( tentang / mengenai ) keburukan orang lain. * Anak panah itu ( tentang / mengenai ) sasarannya. * Kamu tidak perlu bercerita ( mengenaiku / tentangku) kepada sesiapa pun. = Kata “ tentang” tergolong sebagai kata sendi. = Kata “ mengenai” pula bebentuk kata kerja . Apitan menN-...-i yang ada padanya dengan jelas menunjukkan bentuk kata itu sebagai kata kerja . = Kata ”mengenai” dapat pula beralih golongannya menjadi kata sendi apabila sesuatu frasa nama yang mengikutinya dinyatakan dalam bentuk singkat seperti ku, mu dan nya.

15. Perihal kata memperincikan Tahukah anda bahawa rupa-rupanya kata memperincikan tidak ada kaitannya sama sekali dengan kata inci, iaitu satu unit ukuran dalam sistem imperial. = Kata memperincikan sebenarnya terbit daripada kata dasar ”rinci”. = Menurut kamus makksud ”rinci” ialah memecahkan atau membahagikan sesuatu kecil-kecil atau menerangkan atau menjelaskan satu per satu.

BAHAGIAN 5 - PERIHAL IMBUHAN

RUMUS AYAT DUA OBJEK (Kata Kerja Dwitransitif)

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-…-kan dan meN-…-imeN-…-kan (penanda kausatif) Pak Osman menghadiahkan sebuah

basikal kepada Ahmad.Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

RUMUSmen-…-kan = Objek Tidak Bernyawa = kepada men-…-i = Objek Bernyawa

CONTOH LAINIbu mengirimkan sepucuk surat kepada ayah. Ibu mengirimi ayah sepucuk surat.

Jika kata dasar dapat menerima apitan meN-…-kan dan meN-…

meN-…-kan (penanda benefaktif)Kakak membuatkan ayah secawan kopi.

meN-…Kakak membuat secawan kopi untuk ayah.

RUMUSmen-…-kan = Objek Bernyawa

men-…= Objek Tidak Bernyawa = untuk

CONTOH LAINIbu menjahitkan ayah sepasang baju.

Ibu menjahit sepasang baju untuk ayah.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

8

Page 9: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

PANDUAN MENENTUKAN IMBUHAN YANG BETUL

1. pelantikan atau perlantikankata dasar = lantik kata kerja transitif = melantikrumus - meN-… akan berpadanan dengan peN-…rumus - beR-… akan berpadanan dengan peR-…melantik - pelantikan melucut - pelucutan meletakkan - peletakanmelanggar (pelanggaran) berlanggar (perlanggaran)

2. memperbesar atau memperbesarkankata dasar = besar golongan kata = kata adjektifrumus - apitan memper-…-kan = kata nama, kata kerjarumus - apitan memper-… = kata adjektif= memperbesar (/) memperbesarkan (X)= mempertingkatkan (/) mempertingkat (X)= mempersembahkan (/) mempersembah (X)perbezaan antara ‘membesarkan’ dengan ‘memperbesar’- meN-…-kan = menjadikan sesuatu bersifat dengan adjektif itu- memper-… = menjadikan sesuatu bersifat lebih= membesarkan - menjadikan sesuatu yang kecil lebih besar= memperbesar - menjadikan sesuatu yang sedia besar lebih besar

3. p, t, k, dan s- kata dasar yang bermula dengan konsonan p, t, k, dan s akan diluluhkan

apabila diimbuhkan dengan imbuhan meN-… dan peN-…- pasti - memastikan mempastikan (X)- kagum - mengagumkan mengkagumkan (X)- tari - menari- sejahtera - menyejahterakan mensejahterakan (X)

4. awalan beR-…- melalui rumus disimilasi, apabila suku kata pertama kata dasar mempunyai -er-, maka imbuhan ber akan menjadi be, contohnya kerja akan menjadi bekerja.- yang lain tidak demikian seperti bercermin, berserta, berserban, dan berterbangan.- begitu juga dengan tersergam dan terserlah.

5. ‘k’ atau ‘kk’- kata nama terbitan tidak ada yang berakhiran -kan.- kata kerja terbitan tidak ada yang berakhiran -an.- galak = Galakan yang diterima daripada gurunya amat dihargai.

= Gurunya menggalakkan dia melibatkan diri dalam kegiatan sukan.- kebanyakan / kebanyakkan membanyakan / membanyakkan

6. ‘g’ atau ‘gg’

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

9

Page 10: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

- gali - menggali gembala - menggembala *mengembala/mengiurkan (X)- gosok – menggosok gubal - menggubal gerak - menggerakkan

UJI PEMAHAMAN

1. Majistret itu ( menjatuhkan / menjatuhi ) penjenayah itu hukuman yang berat.2. Penjenayah itu ( dijatuhkan / dijatuhi ) hukuman yang berat oleh majistret itu.3. Hukuman yang berat (dijatuhkan / dijatuhi ) oleh majistret itu kepada penjenayah itu.4. Kakak ( memasakkan / memasak ) sup ekor untuk tetamu yang hadir.5. Kakak ( memasakkan / memasak ) tetamu yang hadir sup ekor.6. Dia ( membacakan / membaca ) buku cerita untuk adiknya.7. Dia ( membacakan / membaca ) adiknya buku cerita.8. Cikgu Budiman ( menulis / menuliskan ) sebuah karangan untuk Helmi.9. Cikgu Budiman ( menulis / menuliskan ) Helmi sebuah karangan.10. Leman ( melukis / melukiskan ) gambar pemandangan yang cantik untuk adiknya.11. Leman ( melukis / melukiskan ) adiknya gambar pemandangan yang cantik.12. Sultan Melaka ( mengurniakan / mengurniai ) pingat kebesaran kepada Hang Tuah.13. Dia ( memberi / memberikan ) pendapat yang bernas kepada saya.14. Dia ( memberi / memberikan ) saya pendapat yang bernas.15. Ibu ( membeli / membelikan ) ayah seutas jam tangan berjenama Omega.

1. dikejar dan dikejarkan a. Mangsa kemalangan itu …………. ke hospital oleh orang ramai yang berada di situ.

b. Peragut itu …………. oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

2. pendalaman dan pedalamana. Kerajaan akan berusaha memajukan kawasan ………………b. Kerajaan akan memantau projek …………. sungai itu.

3. berpandu dan berpandukana. Para pendaki Gunung Everest …………. kepada peta yang dibawa.b. …………… laporan itu, pihak polis akan memulakan siasatan.

4. memperisteri dan memperisterikana. Datuk Neezam ………….. Latifah dengan anaknya, Kamal.b. Datuk Neezam ………….. Latifah setelah disetujui oleh ahli keluarganya.

5. menemui dan menemukana. Cikgu Elyas sering ………….. kesalahan ejaan dalam karangan pelajarnya.b. Cikgu Elyas sering ………….. Cikgu Tamrin di bilik SPBT.

6. memberitahu dan memberitahukana. Janganlah ……………… saya perkara yang tidak baik.b. Janganlah ……………… perkara yang tidak baik kepada saya.

7. pelanggaran dan perlanggarana. Akibat ………… itu, mangsa kemalangan terpaksa dirawat di hospital.b. ……………. disiplin dalam kalangan murid sekolah semakin serius.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

10

Page 11: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

8. mengajar dan mengajarkana. Guru-guru yang sedang berkursus ini pasti …………… subjek Bahasa Melayu.b. Sudah pasti guru-guru tersebut ……anak didik mereka aspek

tatabahasa.9. merasa dan berasa

a. Janganlah ………… kecewa sekiranya tidak dapat menjawab soalan ini.b. Isterinya …………. kuah laksa yang panas itu.

10. merujuk dan merujukia. ………….. kepada perkara itu, pihak kami akan melakukan siasatan.b. Pihak kami akan melakukan siasatan setelah ………… perkara itu.

11. penempatan dan petempatana. Orang Cina dipercayai telah mempunyai …………. awal di Melaka.b. Penduduk desa itu perlu melalui ………….. semula jika ingin mengecap nikmat pembangunan.

BAHAGIAN 6 - PEMBENTUKAN AYAT (SINTAKSIS)

AYAT - unit pengucapan yang mengandungi makna yang lengkap. Terbentuk daripada deretan perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Golongan Ayat 1. Ayat Dasar = ayat yang menjadi asas atau sumber pembentukan ayat-ayat lain.2. Ayat Terbitan = ayat yang telah mengalami perubahan aturannya melalui tiga proses, iaitu:

a. penyusunan semula - i. Bola itu disepak oleh Azman. ii. Ke sungai orang tua itu pergi.b. pengguguran - i. Keluar dari sini! ii. Adik saya cerdik tetapi pemalu.c. peluasan - i. Orang yang sakit itu telah pulih. ii. Aziz dan Razali pergi ke sekolah.

Pola Ayat DasarPola 1 - FN + FN = Gadis itu kakak saya.Pola 2 - FN + FK = Kakak saya sedang bertugas.Pola 3 - FN + FA = Kakak saya sangat ayu.Pola 4 - FN + FSN = Kakak saya ke pejabat.

Ayat TunggalAyat yang mengandungi satu klausa sahaja. (satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat )perbezaan dengan ayat dasar - i. Tidak semua subjek diikuti dengan predikat, misalnya dalam ayat songsang. ii.Boleh terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan ayat penyata.

Ayat Majmuk1. Gabungan = Dia membaca akhbar sambil mendengar radio.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

11

Page 12: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

2. Pancangan = i. relatif (yang). ii. komplemen ( bahawa, untuk ). iii. keterangan (musabab, akibat, syarat, waktu, harapan, pertentangan, cara, tujuan dan perbandingan).3. Campuran = i. ayat tunggal + ayat majmuk ii. ayat majmuk + ayat majmuk.

Ragam Ayat

1. Ayat aktif = Salman menulis karangan itu. = Kami membakar lemang itu.

2. Ayat pasif = Karangan itu ditulis oleh Salman. = Lemang itu kami bakar. = Bunga itu terpijak oleh Shah. = Dia kehujanan semalam. = Perompak itu kena berkas oleh pihak polis.

Susunan Ayat

Susunan Biasa = Orang itu sangat gigih = Harimau itu ditembak oleh Pak Ali.

Susunan Songsang = Sangat gigih orang itu. = Ditembak oleh Pak Ali harimau itu.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

12

Page 13: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

ISU-ISU BAHASA MELAYU

1. “ Perdana Menteri “ bukanlah kekecualian Hukum D-M . Frasa ini dipinjam daripada bahasa Sanskrit pradanamantri. Oleh sebab itu, tidak tepatlah pandangan segelintir ahli bahasa yang menyatakan bahawa frasa yang betul ialah Menteri perdana. Hal ini tidak sama dengan tayangan perdana. Secara kebetulan, apabila dieja dalam bahasa Melayu, kata itu dipisahkan menjadi dua patah kata.

2. Dalam mana-mana bahasa sekalipun, konsep kekecualian akan wujud. Oleh sebab kekecualian ini tidak besar jumlahnya dan tidak pula sampai menolak hukum atau rumus yang asas, sepatutnya kita menguasai sejumlah kekecualian itu, bukan mempersoalkannya. Contoh kekecualian yang berkaitan dengan Hukum D-M ialah dahulu kala, purbakala, purbawara, senjakala dan lain kali.

3. Perkataan bumiputera merupakan bentuk pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang diambil langsung sebagai satu patah kata. Oleh sebab itu, tidak sepatutnya dianggap sebagai melangar Hukum D-M.

4. Ada sebutan ‘a‘ dalam dialek Riau-Johor tetap diucapkan dengan bunyi ‘a’, bukannya e pepet. Contohnya asrama, astaka, beca, beranda, doa, fenomena, kolera, lawa, maha, nada , nona, norma, nyonya, orkestra, para, pesta, pola, prasarana, propaganda, prosa, sastera, sayembara, swasta, Taala, takwa, tanpa, wanita, wira.

5. Perkataan bahasa dipinjam daripada bahasa Sanskrit .

6. Penjodoh bilangan tidak diperlukan bagi benda-benda yang abstrak. Oleh itu, bangsa, pandangan, fikiran, masyarakat dan sumbangan tidak memerlukan penjodoh bilangan seperti sebuah.

7. Frasa di kalangan sebenarnya tidak tepat dari segi hukum bahasa. Yang betul ialah dalam kalangan.

8. Kata terbitan pembelajaran sebenarnya tidak menepati hukum pembetukan kata nama tebitan. Yang betul ialah pemelajaran . Sebenarnya, proses penerbitan kata berimbuhan apitan peN-...-an perlulah berdasarkan kata transitifnya, iaitu mempelajari, bukan kata tak transitif belajar. Namun begitu kedua-dua bentuk pembelajaran dan pemelajaran telah diterima.

9. Apabila imbhan awalan menN… digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan p,t,k dan s, maka konsonan tersebut akan berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya. Namun begitu, peraturan ini tidak berlaku bagi

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

13

Page 14: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

perkataan terbitan menternak, mentertawakan, mempelopori, mempengaruhi, mempelawa, mempercayai, mempunyai, mempedulikan, dan mengkaji.

10. Hanya ada empat perkataan yang dapat menerima imbuhan memper-...i dan bentuk pasifnya diper-…i, iaitu memperingati ( diperingati ), memperkawani ( diperkawani), mempersuami ( dipersuami) dan memperisteri ( diperisteri ).

UJI PEMAHAMAN

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti . Kenal pasti ayat-ayat yag mengandungi kesalahan tatabahasa dan jelaskan apakah jenis kesalahan tersebut.

1. Bapa Hayati ialah seorang guru2. Abang di suruh oleh ibu membeli goreng pisang

3. Banyak mangsa-mangsa keganasan puak Serb mati kelaparan

4. Dia tidak ke sekolah hari ini di mana dia demam sejak semalam .

5. Bekas Perdana Menteri Pakistan akan dibicarakan tidak lama lagi.

6. Membaca telah menjadi kegemaran saya .

7. Yang Berbahagia Senator Harun Said akan merasmikan majlis itu.

8. Semua batang sungai di sekitar kawasan ternakan babi itu telah tercemar.

9. Kedua-dua abang saya telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri .

10.Sebahagian besar penduduk kampung bersetuju dengan cadangan itu.

11.Setengah kelompok pelajar tidak sedar akan keperluan membaca .

12.Yang dituntut hanyalah sebuah keadilan , tidak lebih dari itu.

13.Tiga orang atlet pemenang pingat emas terpilih ke kejohanan sukan itu.

14.Kami sekeluarga makan sepuas-puasnya ayam goreng itu.

15.Kami akan melawat ke tapak projek penanaman semula getah di kampung itu.

16.Mereka tidak mengetahui tentang berita kematian pemimpin itu.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

14

Page 15: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

17.Menurutnya, kami boleh menetap jika mahu.

18.Soo Yee tidak rela bersuamikan dengan bekas seorang penagih dadah .

19.Dia membuat keputusan itu berlandaskan dengan hukum syarak .

20.Pengetua menghadiahkan pelajar itu sebatang pen

21.Pengetua menghadiahkan sebatang pen kepada pelajar itu.

22.Mereka akan balik kampung beramai-ramai esok .

23. Ibu terlewat ke pejabat hari itu kerana keretanya rosak .

24.Najib menangis dengan kuat .

25.Najib menangis kuat .

26.Arshad berasa sungguh gembira sekali dengan kejayaannya itu.

27.Awak mesti menoleh ke kiri dan kanan semasa melintasi jalan raya.

28.Kami bukan bersedekah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk beramal .

29.Kami bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi beramal.

30.Tolong jangan merokok di sini.

31.Ramasami suka makan ketam.

32.Ketam suka Ramasami makan.

33.Ketam suka dimakan oleh Ramasami.

34.Pekerja-pekerja sedang membesarkan jalan raya di kampung itu.

35.Pekerja-pekerja sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu.

36.Pekerja-pekerja sedang memperbesar jalan raya di kampung itu.

37.Alat penghawa dingin di bilik itu tidak berfungsi kerana rosak.

38.Alat pendingin hawa di bilik itu tidak berfungsi kerana rosak.

39.Sila pakai semula kasut anda.

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

15

Page 16: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

40.Saya dijemput untuk menyampaikan ceramah di sekolah ini .

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti . Kenal pasti ayat-ayat yag mengandungi kesalahan tatabahasa dan jelaskan apakah jenis kesalahan tersebut.

1. Bapa Ali ialah seorang guru

Pengaruh struktur b. Inggeris ( Bapa Ali guru - ruj. TBD 444) .

2. Abang di suruh oleh ibu membeli goreng pisang

Hukum D ( Pisang goreng - Hukum DM – ada kekecualian – P. Menteri, Naib pengerusi , ibu pejabat - ruj. TBD 354 )

3. Banyak mangsa-mangsa keganasan puak Serb mati kelaparan

Kata bilangan - ( banyak mangsa - ruj TBD 272 )

4. Dia tidak ke sekolah hari ini di mana dia demam sejak semalam .

Kata tanya ( di mana ? / kerana / sebab - ruj TBD 243 )

5. Bekas Perdana Menteri Pakistan akan dibicarakan tidak lama lagi

Huruf besar pada pangkal kata untuk ejaan nama khas

6. Membaca telah menjadi kegemaran saya

Tiada ayat berpola : FK + FK ( FN + FN /FN+FK/FN+FS/FN+FA –419/446/510/530)

7. Yang Berbahagia Senator Hajah Sakinah Ramli akan merasmikan majlis itu

Yang Berhormat – ( ruj. gelaran penenrima anugerah kehormat )

8. Semua batang sungai di sekitar kawasan ternakan babi itu telah tercemar.

Beberapa ( kata bilangan / penjodoh bilangan . ruj . TBD 272 )

9. Kedua-dua abang saya telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri .

Tiada kesalahan (kata bilangan - ruj. TBD 272 )

10. Sebahagian besar penduduk kampung tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Sebilangan - ( sebahagian bukan kata bilangan yang boleh dikira - ruj TBD 272 )

11. Setengah kelompok pelajar tidak sedar akan keperluan membaca .

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

16

Page 17: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

Sesetengah - ( kata bilangan yang bermaksud pecahan - ruj. TBD 273)

12. Yang dituntut hanyalah sebuah keadilan , tidak lebih dari itu.

Hanyalah keadilan ( K. Nama abstrak tak dapat dibilang – ruj . TBD )

13. Tiga orang atlet pemenang pingat emas terpilih ke kejohanan berprestij itu.

atlet / atlit ( keliruan ejaan - ruj KD 72 / )

14. Kami sekeluarga makan sepuas-puasnya ayam goreng itu.

Makan ayam goreng itu sepuas-puasnya – ( KK transitif mesti diikuti oleh objek . ruj 143 )

15. Kami akan melawat ke tapak projek penanaman semula getah di kampung itu.

Penanaman semula ggetah ( Knama Terbitan . ruj .TBD 107)

16. Mereka tidak mengetahui tentang berita kematian pemimpin itu.

Gugurkan perkataan tentang ( KK transitif objek . ruj TBD 143)

17. Menurutnya, kami boleh menetap jika mahu.

Menentap di mana ( KK transitif - perlu ada objek / keterangan di mana . ruj TBD 143)

18. Zabedah tidak rela bersuamikan dengan bekas seorang penagih dadah .

Bersuamikan seorang ( apabila menggunakan imbuhan ber … kan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama . ruj TBD 142 )

19. Dia membuat keputusan itu berlandaskan dengan hukum syarak .

Berlandaskan hukum ( apabila menggunakan imbuhan ber … kan tidak boleh diikuti oleh kata sendi nama . ruj TBD 142 )

20. Pengetua menghadiahkan pelajar itu sebatang pen.

Menghadiahi pelajar ( ruju. TBD 194 - /206 )

21. Pengetua menghadiahkan sebatang pen kepada pelajar itu.

Tiada kesalahan ( ruj. TBD 194 - 206 )

22. Mereka akan balik kampung beramai-ramai esok .

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

17

Page 18: Azizi - Kursus Pembugaran Tatabahasa 1

Balik ke kampung ( Kata sendi - bandingnya pulang ke kampung . ruj. TBD 254 )

23. Ibu terlewat ke pejabat hari itu kerana keretanya rosak .

Ke pejabat pada hari itu ( Kata sendi - perlu ada pada . ruj. TBD 261 )

24. Najib menangis dengan kuat .

Menangis dengan kuatnya ( K. Adjektif Keterangan – cara - . ruj. TBD 393 / 395 )

25. Najib menagis kuat .

Kesalahan ejaan - menangis ( ruj KD )

26. Ah Seng berasa sungguh gembira sekali dengan kejayaannya itu.

Tiada kesalahan ( sungguh / amat / sangat …sekali .Ruj TBD 233 )

27. Awak mesti menoleh ke kiri dan kanan semasa melintasi jalan raya.

Ke kiri dan ke kanan ( kata sendi ke . ruj. TBD 254 )

28. Kami bukan bersedekah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk beramal .

Bersedekah bukan untuk ( kata naïf - bukan . ruj TBD 406 )

29. Kami bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi beramal.

Tetapi untuk beramal ( keperluan kata sendi . ruj TBD 406 )

30. Tolong jangan merokok di sini.

Jangan merokok di sini ( gugurkan salah satu – Ayat Silaan . ruj TBD 431)

Tanda baca / Ayat tanya TBD 248 / 423/428/459 / Ayat seruan TBD 243

MNA/NAB – Munsyi Dewan – DBP – Johor

18