ayat

29
AYAT KUMPULAN 1 Mohd Hamdan Herman Ellif Jessyca Nur Hidayah

Upload: jessyca-ungat

Post on 17-Jun-2015

2.388 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat

AYATKUMPULAN 1

Mohd Hamdan

Herman

Ellif

Jessyca

Nur Hidayah

Page 2: Ayat

MAKSUD AYAT. Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Pada umumnya, ayat hanya terdiri daripada dua bentuk, iaitu

ayat dasar yang disebut juga sebagai ayat inti dan ayat terbitan.

Antara takrif ayat yang diberikan adalah seperti berikut:

a. Arbak Othman (1983: 133)- Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa.

Sebagai unit tatabahasa yang terbesar dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa. Satu ayat boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil: klausa, rangkai kata, dan morfem. Ayat merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan. Maka ayat lebih umum dikenali sebagai bentuk pengucapan yang mengandungi fikiran yang sempurna.

Page 3: Ayat

b. Asmah Hj. Omar (1980: 359)- Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.

Dalam perkataan lain, dlam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri oleh kesenyapan dan itonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.

c. Nik Safiah Karim et al. (2006: 414)- Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi yang letaknya

dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Page 4: Ayat

d. Za’ba (1958: 2156)- Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini

ialah dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah tunjangatau teras bagu sebarang ayat dan jika tiada mengandungi sala satu daripada dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan-perkataan itu bukanlah jadi ayat.

Page 5: Ayat

Binaan Ayat

Ayat Dasar

Ayat Tunggal

Ayat Transformasi

Ayat Majmuk

Page 6: Ayat

BINAAN AYAT.

Ayat terdiri daripada dua unsur utama. Iaitu subjek dan perdikat.

Dalam huraian tatabahasa subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, manakala predikat ialah bahagian yang terangkan subjek.

Contoh:

Subjek Predikat

Adik menangis.

Page 7: Ayat

AYAT DASAR.

Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk.

Ada empat pola ayat dasar atau ayat inti dalam bahasa Melayu:

Pola Subjek Predikat

Pola 1(FN+FN)

Frasa Nama Frasa Nama

Pola 2(FN+FK)

Frasa Nama Frasa Kerja

Pola 3(FN+FA)

Frasa Nama Frasa Adjektif

Pola 4(KN+FS)

Frasa Nama Frasa Sendi Nama

Page 8: Ayat

CONTOH AYAT DASAR.

Pola Subjek (FN) Predikat (FN)

FN+FN budak itu adik saya.

Pola Subjek (FN) Predikat (FK)

FN+FK burung itu membuat sarang.

Pola SubjEk (FN) Predikat (FA)

FN+FA bapanya selalu sibuk.

Pola Subjek (FN) Predikat (FS)

FN+FS Ibu bapanya di negari Sabah

Page 9: Ayat

AYAT TUNGGAL. Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu klausa

sahaja, iaitu yang terkandung dalam klausa itu satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Ciri ini menunjukkan persamaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar kerana ayat dasar boleh menjadi ayat tunggal.

Namun demikian, terdapat perbezaan antara ayat tunggal dan ayat dasar seperti contoh yang berikut:

a. Struktur ayat tunggal tidak semestinya subjek mendahului predikat seperti ayat dasar. Ayat tunggal boleh mempunyai susunan yang berbeza iaitu kedudukan predikat mendahului subjek. Ayat tunggal boleh terbina daripada ayat songsang.

a) Dia b) Membeli buku

membeli buku.Dia.

Page 10: Ayat

b. Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat tanya dan ayat seruan, dan bukan hanya ayat penyata sahaja seperti ayat dasar. Contohnya:

-Ke pejabatkah / bapa? (ayat tanya)

-Aduh, sakitnya perutku! (ayat seru)

Page 11: Ayat

Maksud: - penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi

hukum atau rumus transformasi. - Fungsi rumus transformasi = mengubah

aturan atau struktur ayat serta mengugurkan atau memperluas sesuatu unsur dalam ayat ayat frasa.

- penerbitan ayat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

AYAT TRANSFORMASI (AYAT TERBITAN)

Page 12: Ayat

- transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur- unsur tertentu daripada binaan ayat itu.

- hasil pengguguran tersebut menyebabkan unsur tersebut tidak lagi wujud.

- pengguguran tersebut boleh berlaku pada bahagian subjek ataupun predikat ayat.

PROSES PENGGUGURAN

Page 13: Ayat

Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang

kedua dalam ayat perintah.

Pengguguran predikat frasa

kerja yang serupa dalam ayat majmuk.

Pengguguran subjek frasa nama yang

serupa dalam ayat majmuk.

Pengguguran (oleh + frasa nama) dalam

ayat pasif.

Page 14: Ayat

Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.

Proses ini mengakibatkan perubahan atau pengguguran pada kata- kata tertentu, serta penggantian atau penambahan kata- kata lain pada ayat yang diterbitkan.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA

Page 15: Ayat

1. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

= melibatkan transformasi ragam ayat aktif kepada ayat pasif.

= subjek asal ayat aktif dipindahkan kepada kedudukan selepas kata kerja dalam ayat pasif (meN- _______di-)

= KSN oleh mengikuti frasa kerja berimbuhan di- tersebut.

2. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.

= berlaku pada ayat- ayat yang mempunyai dua jenis objek (objek tepat dan objek sipi).

= proses ini mengakibatkan frasa nama objek sipi berpindah menjadi objek tepat yang baharu.

= objek tepat dipindahkan ke bahagian akhir ayat dengan didahului oleh KSN kepada dan kata kerja diakhiri imbuhan –I digantikan dengan akhiran –kan.

3. Penyusunan semula melalui ayat songsang.

= berlaku pada ayat- ayat songsang yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat, musabah dan seumpamanya.

= proses ini berlaku apabila unsur keterangan tersebut hendak difokuskan dengan cara keterangan ini diletakkan di hadapan ayat.

Page 16: Ayat

PROSES PELUASAN

•Terdiri daripada frasa nama yang boleh diperluas dengan memancangkan satu ayat yang lainnkepada subjek ayat asal melalui penggunaan kata relatif yang.

•Contohnya: kereta itu kepunyaan saya. Kereta itu baru dibeli.

•= kereta yang baru dibeli itu kepunyaan saya.

Peluasan subjek frasa

nama

•Frasa predikat boleh berlaku jika frasa nama dalam ayat yang hendak dipancangkan itu berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan.

•Contohnya: Ahmad membeli rumah itu. Rumah itu besar.

•= Ahmad membeli rumah yang besar itu.

Peluasan frasa predikat

•Proses penggabungan ayat dengan menggunakan kata hubung tetapi, walaupun, jika dan sebagainya. Kata hubung sedemikian boleh digunakan bagi menghasilkan ayat terbitan jika terdapat dua unsur frasa yang sama.

•Contohnya: Dia pergi bekerja. Dia tidak sihat.

•= dia pergi bekerja walaupun tidak sihat.

Peluasan menggunakan kata hubung

Page 17: Ayat

Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada

dua ayat tunggal atau

lebih yang dicantumkan manjadi satu

ayat.

Percantuman ini menyebabkan ayat

majmuk itu mempunyai lebih daripada dua subjek atau lebih

daripada dua predikat.

Page 18: Ayat

Ayat Majmuk

Ayat 1 Kata Hubung Ayat 2

Anita membaca buku.Kami membuat kerja sekolah.Dia memakai baju.

(sambil)(semasa)

(yang)

Anita mendengar radio.Adik tidur di dalam bilik.Baju dijahit oleh ibunya.

Ayat majmuk juga boleh terdiri daripada sederetan ayat tunggal yang dicantumkan menjadi satu

mengikut kaedah tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

o Anita membaca buku sambil mendengar radio.o Kami membuat kerja sekolah semasa adik tidur di dalam bilik.o Dia memakai baju yang dijahit oleh ibunya.

Page 19: Ayat

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk

Gabungan

Ayat Majmuk

Pancangan Ayat

Majmuk Campuran

Page 20: Ayat

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang digabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung gabungan iaitu dan, tetapi, atau, lalu, sambil dan sebagainya.

contoh: - Murid-murid menyanyi dan menari.

- Pokok kelapa tinggi tetapi pokok langsat rendah.

Ayat Majmuk Gabungan

Ayat Majmuk Gabungan = Ayat 1 + kata hubung + Ayat 2

Page 21: Ayat

Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada dua iaitu:

(i) Gabungan yang susunan faktanya

berurutan satu demi satu

(ii) Gabungan yang susunannya memberikan maksud

pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu

• Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta,

sambil dan sebagainya.

• Kata hubung yang digunakan seperti tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal, dan

sebagainya.

•Murid-murid berbaris lalu bergerak ke padang.• Penonton bersorak sambil bertepuk tangan.

• Dia makan ubat setiap hari tetapi penyakitnya masih belum sembuh.• Dia berjawatan tinggi, padahal kelulusannya tidak seberapa.

Page 22: Ayat

Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terdiri daripada dau ayat atau lebih yang kedudukannya tidak setara, iaitu ada ayat-ayatnya yang tidak boleh berdiri sendiri.

Ayat jenis ini terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang disebut ayat pancangan.

Ayat –ayat ini dipancangkan dengan menggunakan kata hubung seperti yang dan bahawa dan kata hubung yang membawa unsur keterangan.

Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat komplemen dan ayat keterangan.

Ayat Majmuk Pancangan

Page 23: Ayat

Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat relatif ialah ayat yang dipancangkan kepda ayat utama melalui penggunaan

perkataan yang.

Wanita itu memakai barang kemas yang mahal. Kanak-kanak yang comel itu anak buah saya. Perompak yang menyamun bank itu telah ditangkap.

Page 24: Ayat

AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN

Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai unsur yang melengkapkan ayat tersebut.

Ayat komplemen dihubungkan dengan ayat induk menggunakan kata hubung komplemen bahawa dan

untuk.

Dia mengakui bahawa anaknya itu nakal. Nenek itu yakin bahawa anaknya akan pulang. Agak sukar untuk mereka melarikan diri.

Page 25: Ayat

AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil

atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

Kita mesti berjimat agar senang di kemudian hari. Beg itu sudah tiada ketika saya masuk tadi. Kami akan menunaikan haji jika tiada aral melintang.

Page 26: Ayat

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat iaitu terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau dengan beberapa jenis ayat majmuk.

Ayat ini biasanya lebih panjang dan perlu diujarkan atau dituliskan dengan berhati-hati agar ayat itu bermakna dan dapat difahami.

Ayat majmuk campuran

Page 27: Ayat

Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada satu ayat tunggal, iaitu samad masih menonton televisyen diikuti oleh satu ayat majmuk yang menggunakan kata relatif yang, iaitu yang sudah lama mengantuk, manakala ayat induknya ialah kawan-kawannya telah lama tidur.

Ayat tunggal tersebut dihubungkan dengan ayat majmuk itu menggunakan kata hubung tetapi.

Samad masih menonton televisyen tetapi kawan-kawannya yang sudah mengantuk telah

lama tidur.

Page 28: Ayat

Ayat majmuk campuran ini pula terdiri daripada satu ayat tunggal iaitu Mereka membersihkan rumah diikuti dengan satu ayat majmuk jenis pancangan yang menggunakan kata hubung kerana, iaitu kerana hujan telah berhenti.

Manakala ayat induknya ialah banjir surut. Ayat tunggal tersebut dihubungkan dengan ayat majmuk itu menggunakan kata hubung apabila.

Mereka membersihkan rumah apabila banjir surut kerana hujan telah

berhenti.

Page 29: Ayat

Sekian