ayat tunggal.docx

5
Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung. Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) PEMAJMUKAN Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri. 4. Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya. 9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. 10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta. 11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut:

Upload: majidpgsr7251

Post on 09-Jul-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Tunggal.docx

Ayat Tunggal 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.             Subjek    =  Lelaki gemuk itu             Predikat  =  sedang menembak burung. Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )             B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )             C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk ) PEMAJMUKAN Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2.     Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3.     Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri. 4.     Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5.         Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6.         Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 7.         Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 8.         Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya. 9.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. 10.            Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta. 11.        Dari segi bentuknya, kata majmuk ter­bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut: (a) kata nama majmuk; (b) kata bilangan majmuk; (c) kata adjektif majmuk; (d) kata kerja majmuk; (e) kata sendi majmuk; (f) kata keterangan majmuk; (g) Kata hubung majmuk. 12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama.

Page 2: Ayat Tunggal.docx

Contoh kata nama majmuk, antara yang lainlain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh. 14.        Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. 15.        Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar. 16.        Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus. 17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari. 18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala. 19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun. Tugasnya 20.        Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:            (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya. air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)

(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya: apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)

apabila (kata nama)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)

Maknanya 21.        Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut: (a) kata majmuk wajar;   (b) kata majmuk kiasan 22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur. 23.        Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati. 24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.

adat istiadat alih bahasa

gunung api hancurlebur

kongsi gelap lampu duduk

Page 3: Ayat Tunggal.docx

bahasa pasar bakul sampah batang hidung cakera padat cantik jelita daya cipta dengki hati emas putih esok hari gagah berani galah canggah rendah hati sabun mandi sihat akal

harga borong hitam manis ikan parang inti sari isi perut juling air kaca mata kerak bumi otak depan olah raga pagar duri pindah tangan rabun jauh tahan lasak

lipat ganda lubang hidung mabuk taut merah jambu minyak makan naik takhta nenek moyang orang gaji tuan rumah udang galah uji kaji wang saku warta berita zat air

24.        Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan. akal kancil anak angkat anak baju anak emas anak kunci batu loncatan banyak mulut buah mulut bulan madu cahaya mata cakap angin campur tangan cekak musang dapur susu mata hari naik darah nyawa ikan otak udang tangan besi timbang rasa

darah daging datang bulan daun pintu emas kahwin embun jantan filem bisu gaji buta gantung kemudi gatal mulut gunung payung habis akal lalat hijau lebar mulut lemah semangat lepas tangan main angin malam buta sampai hati tali barut tanah air

hajat besar harga diri ibu ayam isi hati jalan bahasa jauh hati kaki tangan karat hati kata dua kecil hati kereta api papas hati panjang tangan pasar gelap patah hati rendah hati sagu hati sakit hati tumbuk rusuk

Page 4: Ayat Tunggal.docx

Golongan Kata Kerja (KK)

 

Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.

 

 

  subgolongan Ciri jenis Contoh

Tak transitif

-Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya.

-Tetapi ada yang memerlukan pelengkap.

Tak berpelengkap

- Tidak memerlukan pelengkap

Tak Transitif Tak Berpelengkap

- Rumah itu sudah roboh

- Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar

  Berpelengkap

- memerlukan pelengkap

Tak transitif Berpelengkap

- keadaan Halim bertambah parah

- Air sungai beransur surut Transitif Aktif Transitif Aktif Menulis, menampar,

memakan

Page 5: Ayat Tunggal.docx

- memerlukan objek atau penyambut.

Pasif Transitif Pasif Ditulis oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan