ayat cakap ajuk

9
A yat C aka p A j u k/ P i n da h  LANG KAHM ENU KA RK ANAYAT CAK APA J UK / PINDAH: A . AYATCAK A PAJUK K EPADA AY ATCAK A PPI N DA H . a. Lan gkah m enu kar kan ayat : 1. Jangan m engub ah m akna asal ny a. 2 . S us un an aya t he nd a kl ah di keka l kan ( yan g da hu l u di d ah u l uka n) 3. La kukan pe r ub ah an pe r kat aa n: co ntoh: - saya ..................... d ia .................................. - kam u ............................... d ia - ka mi .................... mer eka .......................... -  h a m ba .............................. d i a - d i s i n i ................... d i s it u / di s a n a ............... - b e g ini ................................ b e g itu - kini ....................... k etika itu ....................... -  d an seba gai nya. 4 . Ja n g a n g un a ka n " ka t a t a nya ". Tu ka r p a d a fu n g si nya . co nt oh : - m engapa .............. punca/ seba b ................ - bagai mana ........................ car a/ kea da an - be r a p a ..................  jum l a h / h arga ............... - b i l a .................................... m a s a 5. Tu kar p en g g una a n " ka ta" a t a u "ta nya " d a l a m aya t a sa l. co nt oh : i. A ya t p e nya t a : b e r ka t a , me m b e rit a h u, m en j e l a ska n , m e n cerit a ka n , m ener an gka n d an seb againya yang se sua i de ngansi t ua si . ii. A yat sil aa n : m em pe r si l aka n, m en j em p ut, m en gu nd ang, m engajak. iii. A yat pe r m int aa n : m emint a , m er ayu , m e ng ge sa, m en ca da ng kan , m en asi ha t i. iv. A yat sur uh an: m en yur uh , m en ga r ah kan , m em erint ah kan . v . A yat lar an ga n : m elar an g, ti da k m em be narkan, m en eg ah, m en gh al an g. vi . A ya t t a n ya : b e rt a n ya , m e n an ya ka n , in g in t a hu, i n g in ke p a stia n . vi i. A ya t se ru a n : ( b e r g a n t u n g ke p a d a si tuasi aya t i t u d i u ca p ka n sama a d a "mar ah , h a ir a n , t er kej u t, m e ny i n dir, m e m a r a h i, m e n ca b a r, m e r ayu d a n se ba ga i nya ".

Upload: charles-bailey

Post on 07-Mar-2016

250 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 1/9

Ayat Cakap Ajuk/Pindah 

LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

1. Jangan mengubah makna asalnya.

2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

3. Lakukan perubahan perkataan:

contoh:- saya.....................dia..................................- kamu...............................dia

- kami....................mereka..........................- hamba..............................dia

- di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu

- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.

contoh:

- mengapa..............punca/sebab................-

bagaimana........................cara/keadaan- berapa.................. jumlah/harga...............-bila....................................masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.

contoh:

i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan,

menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.

ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.

iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.

iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.

v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.

vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.

vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada

"marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan

sebagainya".

Page 2: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 2/9

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada

Chan.Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya

hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru

itu.

Jawapan:Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas

kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya gurudisiplin itu.

Jawapan:Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada

hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.

Jawapan:Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.

Jawapan:Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makanubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan

kepada Michelle.

Jawapan:Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur

walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:

Page 3: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 3/9

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki

mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad.....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.

Aziz.........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti

Indonesia,....................Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik

pelancong

....................tempatan .pelancong di dalam negeri.

Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu

memberi

.................... potongan.harga istimewa kepada pelancong tempatan yangmengunjungi pusat

.....................percutian mereka.

Samad.....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam

negeri perlu ditanam

....................dalam diri.

Jawapan:

...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia

memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itudisokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-

pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan

kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke

luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara

Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin

keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong

tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad

itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat

pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong

tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan

bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di

dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan

pendapat itu.

Page 4: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 4/9

Contoh 2: 

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan

menggunakan cakap pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu

Hassan.

“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan

Cikgu Hassan di halamannya.

Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu.

Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.

“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan

“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang

lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:

1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu

Hassan sangat rapat.

2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman

rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.

3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormatmempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa

Redwan berada di dalam rumah.

4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan

mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang

ke situ.

5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak

teratur.

6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas

rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

................................................

c. Latihan Pengukuhan (AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat

sahaja!)

...........................................

Latihan 1

Page 5: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 5/9

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan

menggunakan cakap pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.

“ Rancangan apa? “ jawab Ani.“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata

Salleh.

“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.

“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “

Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.............

[ 6 markah ]

Latihan 2:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”

“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata

belolok anak itu.

“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.

“Ya, Tuk Yahya tahu.........”

“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak

ada”,jelas anak itu hampir meraung.

“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6markah ]

Latihan 3:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.

“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang

masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.

“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit

tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.

“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya

yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.

“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan

Page 6: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 6/9

 jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.

“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......[ 6

markah ]

Latihan 4:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?

FELIX : Mi Pedas.

MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?

FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.

MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?

FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia....................[ 6

markah ].......................

.......................................................................

Latihan 5:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.

Norhayati......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-

samalah kita...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?

Norsyikin......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.........................................................

[ 6 markah ]

.................................................................................................................................

................................

....................................................................................

Jawapan sila " CLICK"  jika anda sudah menjawabnya sahaja!

........................................................

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)

Page 7: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 7/9

i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.

ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.

2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya

semula kepada bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam “menukarkan ayatcakap ajuk kepada ayat pindah”. Jika anda lupa, sila rujuk semula.

3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya

untuk mengelakkan markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki

mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang

banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong

oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai

yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan

kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke

luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara

Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin

keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong

tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad

itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat

pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong

tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan

bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di

dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan

pendapat itu............[ 6 markah ]

Jawapan :

Page 8: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 8/9

Kamariah...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula

 jadi

...................... yang..indah.

Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara

seperti Indonesia,

....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad.........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik

pelancong

....................... tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu

memberi potongan

........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi

pusat percutian

........................mereka.

Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam

negeri perlu

.........................ditanam dalam diri.

Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki

mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu

dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia

hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah

Page 9: Ayat Cakap Ajuk

7/21/2019 Ayat Cakap Ajuk

http://slidepdf.com/reader/full/ayat-cakap-ajuk-56dd0d8e04511 9/9

mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja

kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii

itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas

koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan

sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendakmemohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?

Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa operasi Maju.Mak Limah...... : alau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu! nanti lapar.

Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.

Mak Limah ......: Sudah tu! abang hendak kerja dengan siapa?Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MA"A! abang beli sebuah bas.

...................................................................................