ayat aktif dan pasif

6
Ayat Aktif dan Ayat Pasif A. AYAT AKTIF: i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN . , men .kan dan men .i . …’ …’ iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat) B. AYAT PASIF: i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat). ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di ; di ..kan atau di .i . Kata ……’ …’ kerja juga boleh menggunakan perkataan kena . Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama) C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. 1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu. 4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. 5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan. D. LATIHAN: Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif. 1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

Upload: saupi-mamat

Post on 31-Oct-2014

369 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat aktif dan pasif

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

A. AYAT AKTIF:i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

D. LATIHAN:Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

Page 2: Ayat aktif dan pasif

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

Page 3: Ayat aktif dan pasif

F. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun.12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya.13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya.14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin.Posted by mohd nazri at 1:03 AM

Page 4: Ayat aktif dan pasif

JAWAPAN LATIHAN MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF

Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Mesin tebu itu telah dibaiki oleh Pak Abu.Pak Abu telah membaiki mesin tebu itu.

2. Encik Tarmizi telah dilantik oleh ahli persatuan sebagai bendahari.Ahli persatuan telah melantik Encik Tarmizi sebagai bendahari.

3. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui segera.Engkau hendaklah segera memperbaharui lesen memandu.

4. Pokok rambutan jantan itu saya tebang kelmarin.Saya menebang pokok rambutan jantan itu kelmarin.

5. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong.Kami membina rumah peserta PPRT secara bergotong-royong.

6. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.Ramli membeli sebentuk cincin berlian untuk Jamilah.

7. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.Sultan menitahkan perintah itu kepada Laksamana Khoja Hassan.

8. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.Dia menjalankan tugas itu dengan penuh tanggungjawab.

9. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan.Kami menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera.

10. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.

Page 5: Ayat aktif dan pasif

Kamil menghadiahi Elesa sebuah kamera digital yang mahal.

11. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.Kami menghargai segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.

12. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya.Beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya mencantas dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu.

13. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh kerajaan.Kerajaan telah melakukan berbagai-bagai cara untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat.

14. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin melabur dalam projek yang dijalankan itu.Syarikat itu menawarkan kadar faedah yang tinggi kepada pelabur yang ingin melabur dalam projek yang dijalankan itu.

15. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga berkilat.Dia menggilap barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu sehingga berkilat.

16. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengingatkan orang ramai agar menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.

17. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak .

Page 6: Ayat aktif dan pasif

Kerajaan menyeru masyarakat agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak .

18. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai itu sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.Juruhebah kesukaan ramai itu selalu menyiarkan lagu-lagu kegemaran pendengar sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.

19. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan Terbaik Fakulti Kejuruteraan.Canselor Universiti Teknologi Malaysia mengisytiharkan Ahmad sebagai Graduan Terbaik Fakulti Kejuruteraan.

20. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu dipandang sepi oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.Jawatankuasa pertandingan wau itu memandang sepi segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu.