awan diana

2
Awan Diana Ketika perjalanan pergi dan balik ke Kunak, Sabah baru-baru ini perhatian saya tertumpu kepada sekumpulan manusia dengan uniform merah yang bergerak aktif di kawasan lapangan terbang dan semasa penerbangan. Ya, pramugari dan pramugari Airasia yang sibuk menjalankan tugas harian mereka. Kalau nak dikatakan pramugarinya cantik, ya memang cantik tetapi bukan kecantikan itu yang menjadi tarikan perhatian saya. Saya ini memang seorang yang suka meneliti tingkahlaku manusia. Semasa saya tingkatan enam dulu (1990-1992), saya berulang alik ke pekan Taiping dan kampung saya Batu Kurau (perjalanan sejam lebih) setiap hari. Saya sengaja mengambil bas yang agak lewat kerana hobi saya iaitu memperhatikan tingkahlaku manusia. Kadang-kadang saya duduk di stesyen bas dua hingga tiga jam hanya untuk melihat pergerakan dan tingkah laku manusia; air muka, cara ketawa, gaya percakapan dan sebagainya. Antara perkara yang menggembirakan saya baru-baru ini ialah setelah bertahun-tahun mecari akhirnya saya menemui filem yang mengkaji tentang air muka dan tingkah laku (mikro expression) manusia. Filem selama lebih kurang 5 jam itu benar-benar bermakna bagi saya.Tetapi kali ini saya tidak bermaksud untuk berbincang tentang micro expression walaupun satu hari nanti saya ingin membincangkan persoalan ini secara mendalam (mungkin dalam beberapa siri). Dalam tempoh transit saya yang agak lama (5 jam) itu pandangan saya banyak tertumpu pada sibaju merah. Saya tidak melihat pekerjaan sebagai pramugari ini berdosa, biar ahli-ahli hukum yang menentukannya dan sayapun tidak membenci atau tidak senang dengan mereka serta tidak pula apa yang saya lihat ini menggambarkan kesemua pramugari seperti yang ingin saya bincangkan nanti. Saya merasa agak sedih dan simpati apabila melihat perwatakan, cara pergaulan, interaksi dan sebagainya yang semuanya...pada pandangan saya 'artificial'. Ketika berbual

Upload: azmibhr

Post on 24-Sep-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Nilai hidup

TRANSCRIPT

Awan DianaKetika perjalanan pergi dan balik ke Kunak, Sabah baru-baru ini perhatian saya tertumpu kepada sekumpulan manusia dengan uniform merah yang bergerak aktif di kawasan lapangan terbang dan semasa penerbangan. Ya, pramugari dan pramugari Airasia yang sibuk menjalankan tugas harian mereka. Kalau nak dikatakan pramugarinya cantik, ya memang cantik tetapi bukan kecantikan itu yang menjadi tarikan perhatian saya.

Saya ini memang seorang yang suka meneliti tingkahlaku manusia. Semasa saya tingkatan enam dulu (1990-1992), saya berulang alik ke pekan Taiping dan kampung saya Batu Kurau (perjalanan sejam lebih) setiap hari. Saya sengaja mengambil bas yang agak lewat kerana hobi saya iaitu memperhatikan tingkahlaku manusia. Kadang-kadang saya duduk di stesyen bas dua hingga tiga jam hanya untuk melihat pergerakan dan tingkah laku manusia; air muka, cara ketawa, gaya percakapan dan sebagainya. Antara perkara yang menggembirakan saya baru-baru ini ialah setelah bertahun-tahun mecari akhirnya saya menemui filem yang mengkaji tentang air muka dan tingkah laku (mikro expression) manusia. Filem selama lebih kurang 5 jam itu benar-benar bermakna bagi saya.Tetapi kali ini saya tidak bermaksud untuk berbincang tentang micro expression walaupun satu hari nanti saya ingin membincangkan persoalan ini secara mendalam (mungkin dalam beberapa siri).Dalam tempoh transit saya yang agak lama (5 jam) itu pandangan saya banyak tertumpu pada sibaju merah. Saya tidak melihat pekerjaan sebagai pramugari ini berdosa, biar ahli-ahli hukum yang menentukannya dan sayapun tidak membenci atau tidak senang dengan mereka serta tidak pula apa yang saya lihat ini menggambarkan kesemua pramugari seperti yang ingin saya bincangkan nanti. Saya merasa agak sedih dan simpati apabila melihat perwatakan, cara pergaulan, interaksi dan sebagainya yang semuanya...pada pandangan saya 'artificial'. Ketika berbual dengan teman saya yang sama-sama musafir saya menyatakan kesedihan saya kerana seolah-olahnya tidak