audit trial lay - malaysian public works...

9
AUDIT TRIAL LAY

Upload: others

Post on 20-Jan-2020

235 views

Category:

Documents


46 download

TRANSCRIPT

Page 1: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

AUDIT TRIAL LAY

Page 2: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

189

Audit Trial Lay

Klausa 4.3.3.3(b) JKR/SPJ menetapkan, selepas cadangan job mix formula asphalt disediakan dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa (S.O.), kontraktor hendaklah membancuh, menurap dan memadat asphalt tersebut dengan mematuhi job mix formula yang telah dicadangkan. Minimum 20 tan asphalt hendaklah digunakan bagi menunjukkan kepada S.O. bahawa peralatan bancuhan, penurapan dan pemadatan mematuhi ketetapan dalam JKR/SPJ dan asphalt yang dicadangkan adalah memuaskan.

Ujian hendaklah dijalankan ke atas sampel asphalt bagi memastikan job mix formula dipatuhi dan pemadatan adalah memuaskan. Dalam konteks kerja penyenggaraan berkala pavemen, tujuan kerja trial lay dapat diringkaskan seperti berikut;

• Memastikan asphalt yang dihasilkan mematuhi rekabentuk campuran (mix design) khususnya dari aspek kandungan bitumen dan gredan agregat.

• Menentukan ketebalan hamparan (laying thickness), suhu hamparan (laying temperature), suhu gelekan (rolling temperature) dan corak gelekan (rolling pattern) bagi mematuhi ketebalan dipadatkan (compacted thickness) berdasarkan aspek yang ditetapkan dalam Arahan Kerja dan juga ketumpatan dipadatkan (compacted density) seperti rekabentuk untuk digunapakai semasa kerja penurapan sebenar di tapak.

Sewajarnya bekalan asphalt bagi kerja trial lay ini diperolehi dari kuari yang telah mematuhi semua spesifikasi di mana semua NCR ditutup berdasarkan auditan yang telah dijalankan.

Nota: JKR/SPJ merujuk kepada Standard Specification For Road Works JKR/SPJ/2008-S4 Flexible Pavement.

Page 3: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

190

Antara ketetapan yang dimasukkan dalam senarai semak kerja trial lay ialah;

1. Rekabentuk campuran disediakan dan diluluskan oleh S.O.

2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device.

3. Tekanan tayar pneumatic tyred roller direkodkan.

4. Bahan tack coat diuji bagi menentukan kandungan bitumen (gred bitumen emulsion).

5. Lokasi trial lay di tapak kerja (Sekiranya lulus, trial lay wajar diterima. Sekiranya gagal,

trial lay tidak wajar diterima dan seksyen trial lay akan dikekalkan/tidak dibuang).

6. Suhu asphalt di atas lori di kuari dan di tapak direkodkan.

Page 4: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

191

7. Sampel asphalt diuji kandungan bitumen dan gredan agregat mematuhi job mix

formula (kandungan bitumen dan gredan agregat mematuhi rekabentuk dalam

toleransi yang dibenarkan).

8. Ketebalan hamparan direkodkan.

9. Suhu gelekan direkodkan sejurus sebelum pemadatan.

10. Corak gelekan direkodkan.

11. Core sample diambil selepas turapan telah sejuk.

12. Ketebalan dan ketumpatan core sample diuji dan mematuhi ketetapan (bagi

ketebalan) dan tahap pemadatan (98% Marshall density bagi wearing coarse, 95%

Marshall density bagi binder coarse).

Page 5: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

192

Berdasarkan senarai semak kerja tersebut, kerja trial lay wajar diterima sekiranya semua item mandatori dipatuhi. Walau bagaimanapun, kerja trial lay tidak wajar diterima sekiranya salah satu item mandatori tidak dipatuhi.

Sekiranya prosedur hamparan dan mampatan seperti yang ditentukan semasa kerja trial lay tidak dipatuhi, tiada gunanya kerja trial lay yang dibuat sebelumnya kerana tidak mencapai matlamat asalnya.

Berikut adalah kes-kes yang kemungkinan berlaku semasa kerja trial lay yang boleh diberi pertimbangan;

• Sekiranya hanya ketebalan dipadatkan sahaja yang gagal dipatuhi semasa trial lay, kontraktor dibenarkan untuk menentukan ketebalan hamparan yang baru (lebih tebal) semasa kerja sebenar tanpa perlu mengulang semula kerja trial lay. Walau bagaimanapun, risiko berlaku kegagalan semula adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor.

• Sekiranya hanya ketumpatan dipadatkan sahaja yang gagal dipatuhi semasa kerja trial lay, kontraktor dibenarkan untuk menentukan suhu gelekan atau corak gelekan yang baru tanpa perlu mengulang semula kerja trial lay. Walau bagaimanapun, risiko berlaku kegagalan semula adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor.

• Sekiranya kandungan bitumen dan/atau gredan agregat gagal dipatuhi semasa kerja trial lay ketebalan dipadatkan dan ketumpatan dipadatkan dipatuhi, maka kerja trial lay perlu diulang semula.

• Sekiranya kandungan bitumen dan/atau gredan agregat masih gagal dipatuhi selepas kerja trial lay diulang semula sehingga beberapa kali, rekabentuk campuran perlu dibuat semula. Adalah tidak wajar untuk menggunapakai kandungan bitumen dan gredan agregat yang diperolehi semasa trial lay sebagai job mix formula, terutamanya kandungan bitumen dan gredan agregat tersebut jauh berbeza dari rekabentuk (terkeluar dari toleransi yang dibenarkan).

Page 6: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

193

SENARAI SEMAK KERJA TRIAL LAY

Kontraktor / Kuari :.………………………………………....................................

Tarikh :.………………………………………....................................

Lokasi :.………………………………………....................................

No. AKTIVITI YA TIDAK

1 REKABENTUK CAMPURAN (MIX DESIGN)

M•Bitumen diuji sepenuhnya di independent lab berdasarkan MS 124 dan semua keputusan ujian ‘lulus'.

M•Agregat kasar diuji sepenuhnya di independent lab berdasarkan JKR/SPJ/2008-S4 dan semua keputusan ujian ‘lulus'.

M•Agregat halus diuji sepenuhnya di independent lab berdasarkan JKR/SPJ/2008-S4 dan semua keputusan ujian ‘lulus'.

M

•Rekabentuk campuran (mix design) disediakan dan diluluskan oleh S.O. / wakil S.O.Nota: Laporan rekabentuk campuran hendaklah disertakan dengan kelulusan bitumen dan agregat di atas.

2 MESIN HAMPARAN DAN MAMPATAN

M •Mesin penurap dilengkapi automatic levelling device.

•Jenis screed pada mesin penurap direkodkan.

> Vibrating screed

> Tamping screed

> Combination vibrating and tamping screed

•Screed pada mesin penurap dilengkapi dengan heater.

•Satu (1) unit pneumatic tyred roller dan dua (2) unit steel wheeled tandem roller digunakan.Nota: Sekiranya satu (1) unit ‘three wheeled steel roller’ digunakan bagi menggantikan satu (1) unit ‘steel wheeled tandem roller’, ‘three wheeled steel roller’ hanya dibenarkan untuk ‘breakdown rolling’.

•Jenis dan berat roller direkodkan.

> Steel wheeled tandem roller ………………. tan

> Three wheeled steel roller ………………. tan

> Pneumatic tyred roller ………………. tan

Nota:i. Berat ‘steel wheeled tandem roller’ 8 – 10 tan.ii. Berat ‘pneumatic tyred roller’ > 15 tan.

•Tekanan tayar pneumatic tyred roller direkodkan.

> Tekanan tayar ……………… MPa

Nota: Semua tayar berada dalam tekanan yang sama dan > 0.7 MPa atau 101.5 psi

Page 7: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

194

No. AKTIVITI YA TIDAK

3 TACK COAT

M

•Tack coat telah diuji dan diluluskan bagi menentukan kandungan bitumen (gred RS-1K) mengikut MS 161 dan ASTM D 244.Nota: Ujian digalakkan dijalankan di makmal kuari berhampiran semasa auditan trial lay dilaksanakan.

4 LOKASI TRIAL LAY

•Trial lay dilakukan di tapak Kontrak Kerja (lengkap dengan penyediaan TMP).

Nota: i. Trial lay WAJAR DITERIMA sekiranya semua item mandatori DIPATUHI.

ii. Trial lay TIDAK WAJAR DITERIMA sekiranya semua item mandatori TIDAK DIPATUHI.

iii. Turapan di tapak Kontrak Kerja tidak akan dibuang sekiranya trial lay TIDAK DITERIMA.

5 PRA HAMPARAN

M •Minimum 20 tan asphalt digunakan bagi trial lay.

M •Suhu asphalt di atas lori direkodkan.

> Suhu di kuari ....................

> Suhu di tapak ....................

Nota: i. Suhu asphalt di atas lori di kuari < 163 °C.

ii. Suhu asphalt di atas lori di tapak > 130 °C.

M•Sampel asphalt diambil dari setiap lori yang digunakan bagi tujuan:

> Ujian kandungan bitumen & gredan agregat.

> Penyediaan sampel Marshall (minimum 3 sampel setiap lori).

Nota: i. Kuantiti sampel: Minimum 20 kg.

ii. Asphalt diambil dari tiga (3) lokasi berbeza di atas lori dan tidak kurang 300 mm dari tepi badan lori.

iii. Asphalt diambil 100 mm dari permukaan asphalt.

6 SEMASA HAMPARAN DAN PEMADATAN

M•Ketebalan hamparan (laying thickness) direkodkan (sebelum pemadatan).

•Tekstur permukaan turapan sebelum pemadatan diperhatikan dan memuaskan (tiada segregation, tekstur permukaan konsisten). Hand-casting minimum.

Page 8: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

195

No. AKTIVITI YA TIDAK

M

•Suhu pemadatan (rolling temperature) direkodkan sejurus sebelum pemadatan.Nota: Suhu pemadatan > 120 °C. Pemadatan seharusnya dihentikan sekiranya suhu asphalt < 80 °C.

M •Corak gelekan (rolling pattern) direkodkan.

•Tekstur permukaan turapan selepas pemadatan tiada segregation, keretakan dan sebagainya.

7 PASCA PEMADATAN

M•Core sample diambil selepas turapan telah sejuk (tidak kurang 4 jam selepas mula digelek).Nota: 3 core sampel bagi setiap lori.

M •Ketebalan dan ketumpatan (density) core sample direkodkan.

Nota:i. Compacted density ACW: 98-100% Marshall density semasa rekabentuk.

ii. Purata ketebalan: ≥ ketebalan seperti ditetapkan.

8 KEPUTUSAN UJIAN

M •Ujian kandungan bitumen & gredan agregat dijalankan.

Nota: Keputusan ujian seharusnya mematuhi rekabentuk campuran dengan toleransi yang dibenarkan.

•Ujian berikut dijalankan ke atas sampel Marshall:

> Density.

> Air voids.

> Marshall stability & flow.

Nota: Keputusan ujian seharusnya mematuhi rekabentuk campuran dengan toleransi yang dibenarkan.

Nota: M – MandatoriCatatan:...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Adakah trial lay yang dilaksanakan wajar diterima?

YA TIDAK

Nota: i) YA – ditandakan sekiranya semua item mandatori DIPATUHI.

ii) TIDAK – ditandakan sekiranya mana-mana item mandatori TIDAK DIPATUHI.

Page 9: AUDIT TRIAL LAY - Malaysian Public Works Departmentepsmg.jkr.gov.my/images/1/15/08_Audit_Trial_Lay1.pdf · 2. Mesin penurap (paver) dilengkapi dengan automatic levelling device. 3

Audit Trial Lay

196

Auditee (Kuari): Auditee (Kontraktor):

…………………………………………… ………………………………………….

(Nama: …………………………………) (Nama: …………………………………)

(Organsasi: …………………………) (Organsasi: …………………………)

Auditor:

……………………………………………

(Nama: …………………………………)

(Organsasi: …………………………)

Ketua Pasukan Audit

Ahli Pasukan Audit

1. Nama: ………………………………… 4. Nama: …………………………………

Organisasi: ………………………... Organisasi: ………………………...

2. Nama: ………………………………… 5. Nama: …………………………………

Organisasi: ………………………... Organisasi: ………………………...

3. Nama: …………………………………

Organisasi: ………………………...

AUDIT TURAPAN SIAP