automatic power point

23
AUTOMATIC TRANSMISION DIAGNOSIS AND TROUBLE SHOOTING

Upload: zunnur-afiq

Post on 26-Jun-2015

2.783 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Automatic Transmission

TRANSCRIPT

Page 1: AUTOMATIC Power Point

AUTOMATICTRANSMISION

DIAGNOSIS AND TROUBLE

SHOOTING

Page 2: AUTOMATIC Power Point

Pengenalan Penghantaran automatik adalah sistem kotak gear automotif yang

boleh menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual. Kebanyakan model kereta yang dijual di Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan baru-baru ini di Malaysia menggunakan penghantaran automatik.

Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa, mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa, pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

Secara lazimnya, penghantaran automatik merujuk kepada sistem yang menggunakan set gear planetari dan dikendalikan oleh sistem hidraulik. Sistem tersebut banyak digunakan pada kereta (dan sebahagian kecil kenderaan berat) yang menggunakan penghantaran automatik.

Page 3: AUTOMATIC Power Point

Automatic transmission Fluids (bendalir ATF) Ia digunakan dalam system automatic gear box. Bendalir ATF hendaklah mempunyai cirri-ciri tertentu supaya kompenan

kompenan didalam dapat berfungsi dengan baik. Ciri-ciri ATF hendaklah : Dapat mengawal operasi valve dalam system. Memindahkan daya didalam torque conventer. Sebagai agen penyejukaan di dalam system. Boleh berkerja berbagai suhu dan kendalian.   JENIS-JENIS BENDALIR ATF   Dexron Dexron ii Dexron iii C-3(SAE 10W / SAE 30 ) C-(4SAE 10W / SAE 30) 

Page 4: AUTOMATIC Power Point

Penggunaan bendalir ATF hendaklah mengikut kesesuaian kendalian dan suhu. sebagai contoh, bendalir ATF – Jenis C-3SAE 10 digunakan pada kenderaan perdagangan yang

tidak menggunakan lebuh raya dan jenis C-3SAE 30 pula boleh digunakan pada semua kendalian dan suhu yang melebihi 86 darjah (F)

  system automatic gear box tidak boleh dikendalikan dengan mengerakkan selector lever pada

gear hadapan dan gear undur sekiranya suhu bendalir ATF berada peda tahap minimum.

berikut adalah suhu minimum.  a) dexron atau dexron ii = -10 F b) C-3SAE 10 W = 10 F c) C-3 SAE 30 = 32 F  enjin hendaklah dihidupkan didalam keadaan ‘idle’ sekurang-kurangnya 20 minit supaya suhu

bendalir ATF boleh mencapai suhu bekerja.  ini mengelakkan berlaku kerosakan pada komponen-kompenan gear box dan menhilangkan

hangat sesebuah automatic gear box.  

Page 5: AUTOMATIC Power Point

AUTOMATIC TRANSMISION

Page 6: AUTOMATIC Power Point

TUJUAN AUTOMATIC TRANSMISION

Sistem kotak gear automatik yang boleh menukar gear secara automatik semasa pemanduan tanpa menukar gear secara manual.

Memudahkan pemandu untuk menukar gear tanpa menekan clutch semasa pemanduan.

Page 7: AUTOMATIC Power Point

Mempunyai 5 aliran kuasa…Penghantaran automatik dikendalikan

dengan hanya menggerakkan tomboh gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran aotumatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tomboh gear , sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik disusun mengikut format P-R-N-D-2-L, sama ada dari kiri ke kanan atau atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa posisi P atau N sahaja.

Page 8: AUTOMATIC Power Point

Mod penghantaran adalah seperti berikut:-P(park) – membebaskan gear seperti posisi N

(neutral), serta mengunci penghantaran supaya kenderaan tidak boleh bergerak. Mod ini digunakan ketika meletak kereta serta hanya boleh digunakan semasa kenderaan tidak bergerak supaya tidak mengakibatkan kerosakkan. Sesetengah kereta memerlukan pemandu untuk menggunakan brek kaki semasa menukar gear dari p ke posisi lain.

R(reverse) – Untuk mengundur kenderaan. Seperti posisi P, pemandu mesti berhenti terlebih dahulu sebelun menukar ke posisi R untuk mengelakkan kerosakkan pada kotak gear.

Page 9: AUTOMATIC Power Point

N(neutral) – membebaskan gear dan tidak mengunci penghantaran.

D(drive) – membolehkan kenderaan bergerak ke hadapan. Di dalam mod ini, kotak gear akan menukar gear secara automatik pada semua gear kelajuan, sama ada gear 1,2,3, dan seterusnya.

2/s(second) – sama seperti D, tetapi penukaran gear terhad sehingga gear 2 sahaja. Berguna semasa jalan raya pergunungan yang sangat curam serta bagi pemanduan musim sejuk.

1/L(low) – kenderaan hanya boleh bergerak dalam gear 1 sahaja. Berguna semasa pemanduan musim sejuk serta semasa menunda kenderaan lain.

Page 10: AUTOMATIC Power Point

TAHUKAH ANDA???BAGAIMANA KOMPONEN AUTOMATIC TRANSMISION BERFUNGSI???

Page 11: AUTOMATIC Power Point

Bahagian utama kotak gear automatik adalah seperti berikut:-

Page 12: AUTOMATIC Power Point

TORQUE CONVERTER

1.mengambil alih tugas clutch bagi penghantaran manual serta menghasilkan sedikit gelinciran bagi membolehkan enjin terus beroperasi tanpa terhenti akibat putaran enjin yang rendah, seperti semasa mengundur ataupun mula bergerak dalam gear 1.

Page 13: AUTOMATIC Power Point

Planetery carrier

set gear planetari majmuk dengan klac dan jalur brek dikendalikan oleh servo hidraulik hasil aktiviti sistem hidraulik pada badan injap, menghasilkan beberapa nisbah gear termasuk gear undur

Page 14: AUTOMATIC Power Point

Valve Body

pusat kawalan sistem hidraulik yang menerima bendalir penghantaran automatik (ATF) bertekanan tinggi daripada pam utama yang digerakkan oleh penukar kilasan. Tekanan bendalir ATF seterusnya menggerakkan keseluruhan sistem hidraulik yang terdiri daripada sejumlah injap, bebola kawalan, omboh servo, dsb. Sebarang perubahan pada kelajuan enjin, kelajuan kenderaan dan kedudukan injak pendikit mempengaruhi operasi sistem hidraulik, menyebabkan sistem hidraulik menukar gear bersesuaian dengan keadaan pemanduan. Kini, kebanyakan kotak gear automatik moden dikendalikan secara elektronik, menjadikan rekabentuk badan injap dipermudahkan serta menambah baik kecekapan operasi penghantaran automatik.

Page 15: AUTOMATIC Power Point

Bendalir Automatic Transmision

ATF digunakan sebagai bendalir bahantara bagi sistem hidraulik pada penghantaran automatik serta melincirkan komponen-komponen dalaman kotak gear. Bendalir ATF perlu diperiksa atau ditukar secara berkala.

Page 16: AUTOMATIC Power Point

Perbandingan dengan transmisi automatik

Page 17: AUTOMATIC Power Point

Harus diingat, perbandingan berikut adalah melibatkan transmisi manual dan transmisi automatik konvensional yang menggunakan penukar kilasan dan gear planetari. Jenis transmisi automatik lain seperti transmisi semi-automatik (AMT) atau transmisi boleh laras berterusan (CVT) tidak termasuk dalam perbandingan ini.

Page 18: AUTOMATIC Power Point

Kelebihan transmisi automatik Transmisi manual lebih menjimatkan minyak serta lebih cekap daripada

transmisi automatik. Kotak gear manual adalah lebih ringan daripada kotak gear automatik. Model kenderaan dengan transmisi manual adalah lebih murah daripada model

yang sama tetapi dengan transmisi automatik. Transmisi manual tidak memerlukan sistem penyejukan aktif berbanding

transmisi automatik yang banyak menghasilkan haba. Pemandu mempunyai lebih kawalan serta penyertaan terhadap transmisi

manual merbanding transmisi automatik, sekaligus mendidik pemandu untuk memberikan lebih tumpuan terhadap pemanduan serta tidak menggalakkan pemandu daripada melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan tumpuan.

Kereta transmisi manual yang baterinya lemah masih boleh dihidupkan dengan meminta bantuan beberapa orang untuk menolak kereta dan pemandu pula memasukkan gear 3 apabila sudah cukup laju untuk dihidupkan. Kaedah ini tidak dapat dilakukan pada transmisi automatik kerana sistem hidraulik tidak dapat berfungsi apabila enjin tidak dapat dihidupkan.

Transmisi manual masih boleh berfungsi walaupun dalam keadaan terbalik. Transmisi automatik pula mempunyai takungan hidraulik, maka sistem hidraulik akan gagal apabila kenderaan terbalik.

Page 19: AUTOMATIC Power Point

Kebanyakan daripada kelemahan pada transmisi manual boleh diatasi melalui pengalaman dan latihan kepada pemandu, namun masih terdapat beberapa kelemahan yang nyata pada transmisi manual:-

Page 20: AUTOMATIC Power Point

Kelemahan transmisi automatik

Penukaran gear yang lancar, pantas dan pasti pada transmisi automatik tidak dapat dijamin pada transmisi manual.

Transmisi manual membebankan pemandu semasa mengharungi kesesakan jalan raya yang sangat teruk.

Transmisi manual tidak sesuai digunakan oleh orang kurang upaya. Jika boleh pun, proses pengubahsuaian adalah sukar dan ekstensif.

Cakera klac boleh haus maka perlu ditukar secara berkala. Namun demikian, kos penyelenggaraan jangka panjang bagi transmisi manual masih lagi lebih rendah daripada transmisi automatik.

Page 21: AUTOMATIC Power Point

Punca Masalah &Cara.Mengatasi

Masalah Cara Mengatasi

Elemen penuras minyak tersumbat.

Ganti penuras.

Pam minyak haus atau rosak. Ganti atau bina semula pam minyak.

Injap-injap terlekat. Rombak pasangan badan injap.

Bocor minyak dalaman yang berlebihan.

Semak tetumpu injap pelinciran bolt pencagak badan injap dan pegas tekanan utama rendah.

Pegas injap pelinciran lemah. Ganti pegas injap.

Gelang kedap pam ke penutup penukar kilas rosak atau hilang.

Pasang gelang kedap baru.

Pendingin terhalang (sisi minyak atau bahan pendingin).

Singkir halangan.

Page 22: AUTOMATIC Power Point

Kesimpulan.Kenderaan yang menggunakan gearbox

automatik lebih mudah dipandu oleh pengguna berbanding kenderaan yang menggunakan gearbox jenis manual,kerana kenderaan yang menggunakan gearbox jenis automatik mudah dipandu ketika melalui jalan-jalan yang sesak, jauh dan mengalami kecederaan sebelah kaki.

Page 23: AUTOMATIC Power Point

SEKIAN……TERIMA KASIH………..Kepada semua yang Terlibat untuk melaksanakanTugasan yang diberi oleh En.AMIRUL BIN MAT ISA yang dikasihi,Dan banyak membantu kamiSerta memberi tunjuk ajar Didalam Modul AUTOMATIC TRANSMISION

Ayoyoyo!!!!Bile mau siap

macha!!!!