automatic door bell monitor

Download Automatic Door Bell monitor

If you can't read please download the document

Upload: azamuddin-ashraf

Post on 21-Feb-2017

41 views

Category:

Engineering


1 download

TRANSCRIPT

Litar diatas menggunakan ultrasonic sensor untuk mengesan objek atau orang dihadapannya, dimana terdiri daripada dua bahagian litar transmitter (TX) dan receiver (RX). Tugas litar transmitter adalah untuk memancarkan gelombang ultrasonic dengan signal frequency 40kHz dimana dihasilkan oleh litar astable multivibrator timer ic 7555 pada U1. Didalam litar ini signal dengan frequency 40kHz keluar melalui pin 3 ic U1 dan masuk kedalam litar penguat yang terdiri daripada transistor Q1 dan Q2 dan akan menghasilkan signal keluaran pada punca collector dan dipancar keluar kepada ultrasonic transmitter (TX).

Bahagian penerima akan menerima pantulan (reflex) gelombang ultrasonic yang dipancarkan menerusi sensor ultrasonic (RX). Signal yang diterima agak lemah dan akan diperkuatkan terlebih dahulu oleh litar operational amplifier U2 ic LM324. Kemudian signal yang telah dibesarkan tadi akan memasuki litar pengesan diode pada bahagian U2B. Seterusnya signal ini akan memasuki litar comparator pada bahagian U2C untuk menghasilkan signal logic high atau low pada pin 8 ic tersebut. Sebagai contoh apabila litar ultrasonic sensor ini mengesan pantulan objek maka LED pada D2 akan menyala dan sebaliknya akan padam sekiranya tiada pantulan objek dikesan. Signal keluaran logic ini seterusnya akan memasuki litar monostable timer ic pada U3 dan akan memberi sedikit masa lengah (delay time) untuk ON kan seberapa ketika bagi mengaktifkan relay RL1 pada transistor Q4 dan akan akan OFF sendiri sebaik tiada objek dikesan lagi atau sehingga delay time tersebut habis.

Apabila relay RL1 didalam keadaan ON maka arus elektrik dan voltan 12V akan disalurkan kepada litar camera dan LCD monitor untuk menghasilkan gambar. Voltan 12V ini juga akan memasuki litar bell menerusi transistor Q5 untuk membekalkan voltage kira-kira 1.5V kepada bell ic U6 bagi menghasilkan bunyi ding-dong sebanyak dua kali dalam satu masa. Transistor Q6 dan Q7 berfungsi sebagai litar penguat bunyi bell yang dihasilkan oleh speaker 8 ohm.

Bahagian power supply disediakan oleh adaptor 12V jenis ragulated.

List component

RESISTOR (Fixed 1/4W Carbon Film Resistors)

R1,2 3.3kR3,14,1610kR4,5,6,81MR7,912kR10270kR11390kR124.7MR13,15,171k

POTENTIOMETER

RV1Preset5kRV2Preset470k RV3Preset100k

CAPACITOR

C1,3,4 Ceramic0.001uFC2Electrolitic47uF/16VC5Electrolitic0.47uF/16VC6,7Electrolitic100uF/16VC8,10,12Ceramic100nFC9,11Electrolitic10uF/16VC13Ceramic 10nF

DIODE

D1Switching1N4148D2,4,5LEDRed/5mmD3,6Rectifier1N4007

TRANSISTOR

Q1,7PNP2N3906Q2,3,4,5,6NPN2N3904

INTEGRATED CIRCUIT (IC)

U1,3Timer7555U2Op AmpLM324U4Voltage Ragulator7805U5Low Power voltage Ragulator78L05U6Door Bell IC8021-2

RELAY

RL1SPDTSRD-12VDC-SL-C

OTHERS

Adaptor 12V/1AUltrasonic TX and RX40kHzSpeaker 8 OhmVideo Camera/Monitor 1 SetIC Socket (U1)Dip 8IC Socket (U2,3)Dip 16Terminal Block (11 Pcs)2 WayCable/WirePCBFR1

BLOCK DIAGRAM

FLOW CHART