aturan urusan mesyuarat - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil...

21
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HART SELA. SA 5 IUL. AI 1994 PUKUL 2.30 PETANG Bil. 22 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT *1. Datin Paduka Haiiah Rakibah binti Haii Abdul Manap minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan semenjak Akta Jualan Terus 1993 dikuatkuasakan berapa buah syarikat termasuk pengedar-pengedar masalah yang terlibat dengan penjualan melalui pos (mail order sales ) telah melanggar undang-undang ini. Apakah kesalahan-kesalahan yang mereka kerap lakukan. Berapa orang yang telah tertipu dalam urusan jual beli melalui pos. *2. Dato' Muhamad bin Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) adakah benar Al-Arqam sekarang selain daripada sebuah kumpulan agama jugs menjadi satu pergerakan militan dan politik. Kalau benar adakah Kerajaan bercadang untuk menahan Ketua Pemimpin pergerakan tersebut supaya gerakan tersebut tidak merebak; (b) adakah benar Al-Arqam telah menubuhkan angkatan "Tentera Badar". Kalau benar berapakah bilangan anggota tentera tersebut dan di manakah mereka berpengkalan; dan (c) adakah benar Ketua Pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad mendakwa bahawa beliau adalah Imam Mahadi bukannya Sheikh Suhaimi sebagaimana yang dinyatakannya dahulu. Kalau benar adakah perkara ini akan tambah menyesatkan lagi pemimpin dan pengikut-pengikutnya. Adakah Kerajaan bercadang supaya berjumpa dengan pengikut-pengikutnya bagi menasihatkan mereka supaya bertaubat dan meninggalkan kumpulan tersebut. *3. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Luar Negeri menyata- kan kita dapati bahawa Pentadbiran PLO di Semenanjung Gaza dan Jericho kini menghadapi masalah kewangan untuk membayar gaji kaki- tangan dan polisnya. Ini adalah disebabkan negara-negara dunia yang dulu berjanji untuk membantu telah tidak menunaikan janjinya:

Upload: hoangmien

Post on 05-May-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HART SELA.SA 5 IUL.AI 1994 PUKUL 2.30 PETANG

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB MULUT

*1. Datin Paduka Haiiah Rakibah binti Haii Abdul Manap mintaMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakansemenjak Akta Jualan Terus 1993 dikuatkuasakan berapa buah syarikattermasuk pengedar-pengedar masalah yang terlibat dengan penjualanmelalui pos (mail order sales) telah melanggar undang-undang ini.Apakah kesalahan-kesalahan yang mereka kerap lakukan. Berapa orangyang telah tertipu dalam urusan jual beli melalui pos.

*2. Dato' Muhamad bin Abdullah minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) adakah benar Al-Arqam sekarang selain daripadasebuah kumpulan agama jugs menjadi satupergerakan militan dan politik. Kalau benaradakah Kerajaan bercadang untuk menahan KetuaPemimpin pergerakan tersebut supaya gerakantersebut tidak merebak;

(b) adakah benar Al-Arqam telah menubuhkanangkatan "Tentera Badar". Kalau benar berapakahbilangan anggota tentera tersebut dan di manakahmereka berpengkalan; dan

(c) adakah benar Ketua Pemimpin Al-Arqam AshaariMuhammad mendakwa bahawa beliau adalah ImamMahadi bukannya Sheikh Suhaimi sebagaimana yangdinyatakannya dahulu. Kalau benar adakahperkara ini akan tambah menyesatkan lagipemimpin dan pengikut-pengikutnya. AdakahKerajaan bercadang supaya berjumpa denganpengikut-pengikutnya bagi menasihatkan merekasupaya bertaubat dan meninggalkan kumpulantersebut.

*3. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Luar Negeri menyata-kan kita dapati bahawa Pentadbiran PLO di Semenanjung Gaza danJericho kini menghadapi masalah kewangan untuk membayar gaji kaki-tangan dan polisnya. Ini adalah disebabkan negara-negara dunia yangdulu berjanji untuk membantu telah tidak menunaikan janjinya:

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

2

(a) adakah Kerajaan Malaysia juga pernah berjanjiuntuk membantu kewangan kepada PLO, kalautidak; dan

(b) adakah Kerajaan Malaysia berhasrat untukmembantunya bagi mengatasi masalah tersebut.

*4. Tuan Ibrahim bin Pateb Mohamad minta Menteri Tenaga,Telekom dan Pos menyatakan:-

(a) bilakah bayaran bil telefon dan pos akan dikurang-kan selaras dengan pengurangan terhadap bil-billetrik; dan

(b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran poslaju sebenarnya mempunyai banyak kelemahan.Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diam-bil untuk mengatasi masalah tersebut.

*5. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) alasan-alasan sebab apa hanya enam puluh peratus(60%) dari sektor perumahan kos rendah di bawahRancangan Malaysia Keenam dapat disempurnakan;

(b) di bawah Rancangan Malaysia Keenam khususnyabagi sektor awam berapa jumlah unit rumah kosrendah patut disiapkan bagi menampung keperluangolongan rakyat berpendapatan rendah; dan

(c) sejauh manakah Skim Perumahan Kos RendahAwam atau Public Low Cost Housing Scheme(PAKR) berkesan di semua negeri dari segimenyediakan rumah kos rendah.

*6. Tuan Liew Ab Kim minta Perdana Menteri menyatakan tempohmembenarkan kem pelarian ditempatkan di Jalan Sungai Besi, KualaLumpur. Sila nyatakan:

(a) jumlah penghuni di dalam kem pelarian di JalanSungai Besi sehingga Jun 1994, mengikut jantina,orang dewasa dan kanak-kanak;

(b) bilakah mereka akan dihantar balik ke negara asalmereka; dan

(c) sama ada mereka akan dapat peluang pekerjaanyang sesuai dengan kemahiran masing-masing.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

3

*7. Than Harrison Ngau Laing minta Menteri Tenaga, Telekom danPos menyatakan:-

(a) berapakah jumlah dan apakah nama syarikat-syarikat asing dan juga syarikat-syarikat tempatanyang telah dilantik oleh Ekran Sdn. Bhd. setakatini untuk melaksanakan projek Hidro ElektrikBakun di Ulu Sg. Rejang, Sarawak; dan

(b) adakah Kementerian telah menyiasat dan berpuashad terhadap latar belakang (technical bakgrounddan capability) syarikat-syarikat berkenaan. silanyatakan apakah aspek-aspek kerja pembinaanhidro projek ini yang telah, sedang dan akandilaksanakan oleh setiap syarikat -syarikatberkenaan.

*8. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Pendidikan menya-takan:-

(a) dalam jangka berapa tahunkah Kerajaan bolehmemperbaiki dan menambah untuk mencukupiperuntukan bangunan sekolah yang lama, usang dantidak sesuai di Sabah , terutamanya sekali disekolah-sekolah luar bandar boleh selesai; dan

(b) adakah Kerajaan telah membuat kajian danmengenalpasti sekolah-sekolah khasnya sekolah-sekolah luar bandar yang memerlukan pembaik-pulih/bina semula dan berapakah peruntukan diberiuntuk tujuan ini mengikut negeri terutamanyanegeri Sabah sehingga tahun ini.

*9. Tuan Fong Kul Lun minta Menteri Pertahanan menyatakan:-

(a) butir-butir pembelian 18 jet pejuang MIG-29daripada Russia melibatkan kos RM1 .56 bilion darisegi tahun pembuatan , jaminan, fee konsultan yangdibayar, mengapa MIG-29 dipillh berbanding darinegara lain dan apakah terjadi kepada jet-jetpejuang yang lain yang sudah tidak digunakan lag!;

(b) sejauh manakah kekuatan pertahanan udara negarakita berbanding dengan negara-negara jiran;

(c) jumlah kerugian negara akibat kemalangan udarajet/helikopter TUDM; dan

(d) sejauh mana penyusunan pentadbiran TUDM sudahdilakukan berikutan banyaknya kemalangan udaraberlaku dan penerimaan kapal/jet baru kelak.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

4

*10. Tuan Ahmad Omar minta Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri menyatakan:-

(a) kejayaan dari segi penarikan pelaburan luar kenegara ini melalui aktiviti promosi pelaburan danpameran di luar negara bagi tempoh tahun 1993dan setengah tahun pertama 1994;

(b) jumlah pelaburan yang masuk ke tiap-tiap negeridi Malaysia; dan

(c) perbandingan kemasukan pelaburan asing ke negarakita dengan kemasukan pelaburan negara asing keNegara-negara ASEAN.

*11. Tuan Ruhanie bin Haii Ahmad minta Menteri Kesihatan menya-takan:-

(a) apakah punca yang menyebabkan jumlah pembawaHIV di Malaysia meningkat seramai 400 orangsebulan baru-baru ini berbanding dengan kira-kira250 orang sebulan sebelum ini; dan

(b) berapakah jumlah pembawa HIV sejak ianyadikesan sehingga hari ini, berapakah jumlahpengidap AIDS mengikut jantina, kaum dan negeri,dan berapa pula pengidap AIDS yang telahmeninggal dunia pada tempoh yang sama.

* 12. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan:-

(a) apa ` yang telah dilakukan tentang bantahan orangawam berkenaan dengan 8 projek pembangunan diCameron Highlands;

(b) adakah 8 projek ini mencerobohi ke dalam hutansimpanan ataupun kawasan simpanan Orang Asli;dan

(c) pernahkah Menteri berkenaan membangkitkanperkara yang serius ini di dalam Kabinet.

*13. Tuan Hall Ibrahim bin Mahmood minta Perdana Menteri menya-takan bilakah Kerajaan bercadang akan melaksanakan Syariat Islam diMalaysia secara menyeluruh.

*14. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri Luar Negerimenyatakan apakah peranan OIC (Persidangan Negara Islam) bagi men-yelesaikan masalah-masalah persengketaan Umat Islam di seluruh duniaakibat peperangan saudara, peperangan ideologi, konflik agama, peninda-san dari bukan Islam, kemelaratan, kebuluran dan penaklukan oleh nega-

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

5

ra-negara bukan Islam. Adakah OIC cukup berwibawa di dalam men-yelesai permasalahan umat Islam sedangkan PBB sendiri mempunyai sikapmirip kepada sambil lewa seperti berlaku di Bosnia Harzegovina.Adakah agama Islam telah tidak dipraktis secara total atau masing-masing mempunyai tafsiran tersendiri mengenai konsep politik danideologi dalam Islam yang membolehkan persengketaan dan peperangan.

*15. Dato' Haii Mohd. Zihin bin Haii Mohd Hassan minta MenteriPerusahaan Utama menyatakan setakat manakah pembalak-pembalak yangmendapat konsesi mengikut syarat-syarat yang dikenakan dan apakahtindakan diambil ke atas pelanggar-pelanggar syarat-syarat konsesi.

*16. Dr Nawawi Mat Awin minta Menteri Luar Negeri menyatakansama ada benar laporan akhbar yang menyebut bahawa Amerika Syarikattelah memaklumkan kepada Jepun bahawa is menolak penubuhan "EAEC"dan jika benar menyatakan sama ada Presiden Amerika Syarikat telahmenjelaskan sikapnya dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri baru-baru ini dan apakah sebab-sebab yang dikemukakan.

*17. Tuan Lim Kit Sianr minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan sama ada Komiti Kabinet atas Tragedi HiglandTowers akan membantu untuk memastikan pembayaran gantirugi kepadapara mangsa atau keluarga mereka, memandangkan Majlis PerbandaranAmpang Jaya sebagai successors-in-title kepada Majlis Daerah Gombakmesti memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas pengeluaran sijilkelayakan untuk Highland Towers oleh Majlis Daerah Gombak.

*18. Dato ' Basri Baiuri minta Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan:-

(a) apakah perkembangan projek membina kilangpelupusan sisa toksid (industrial waste);

(b) bilakah projek itu akan mula dibina dan di mana;dan

(c) dimanakah, pada masa kini , sisa-sisa toksid yangdisimpan atau dimusnahkan.

*19. Tuan Hall Abdul Hadi bin Haii Awang minta Perdana Menterimenyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang menggubal satu rangundang-undang bagi menghalang berlakunya murtad di kalangan orang-orang Islam dan .apakah ianya . akan diselaraskan di. setiap negeri.

*20. Tuan Chian Hene Kai minta Perdana Menteri menyatakan samaada Suruhanjaya Pilihanraya pernah mengemukakan sebarang cadanganatau pengakuan supaya demokrasi lebih bererti dalam Sistem Pilihanrayadi tanah air kita memandangkan SPR telah mengakui demokrasi dalamsistem pilihanraya sekarang hanya tercapai 50 peratus sahaja. Jika ya,apakah cadangan atau pengakuannya; jika tidak , adakah Kerajaan berca-dang meminta SPR. mengemukakan cadangan atau pengakuannya. Jikatidak, mengapa.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

6

*21. Dr. Kua Kia Soong mints Menteri Pertahanan menyatakan:-

(a) jumlah penyiasatan berasingan yang telahdijalanken ke atas kes penghempasan helikopterSuper Puma tahun lepas;

(b) sebab mengapa hasil siasatan yang berasingan initidak diumumkan kepada orang awam; dan

(c) adakah kemungkinan berlakunya tindakan sabotajlangsung tidak berkenaan.

*22. Tuan Wove Wing On mints Menteri Luar Negeri menyatakanlangkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Malaysia untukmenghadapi kemungkinan tercetusnya peperangan di Semenanjung Korea,akibat daripada Korea Utara menarik keluar International Atomic EnergyAgency (IAEA). Juga nytakan sama ads Malaysia mempunyai satucadangan balk untuk mengelakkan peperangan di Semenanjung Korea,demi menjamin kestabilan , keamanan dan kemakmuran Asia Timur.

*23. Tuan Robert Lau Hol Chew mints Menteri Pengangkutanmenyatakan bilakah tabung akan disediakan untuk membina kedua-duaaerobridges bagi Lapangan Terbang baru Sibu.

*24. Tuan Hail Mohamad bin Sabu mints Menteri Sumber Manusiamenyatakan kriteria pemilihan wakil Malaysia ke persidangan Interna-tional Labour Organisation (ILO).

*25. Tuan Hail Nik Abdullah Arshad mints Menteri Kewanganmenyatakan:-

(a) bilangan firma British yang mendapat kontrak diMalaysia sekarang;

(b) bilangan kontrak dengan firma British yangdibatalkan firma spa dan dalam urusan spa;

(c) bilangan kontrak baru dengan syarikat Britishselepas langkah tidak berurusan dengan Britishdiumumkan, syarikat spa dan dalam bidang spa;dan

(d) kesan di kedua . pihak sejak dasar itu dibuat.

*26. Tuan Gool Hock Sena mints Perdana Menteri menyatakanmemandangkan pada faktanya bahawa peluang perbandingan (comparativeadvantage ) akan kos buruh murah sedang berpindah dart Malaysia dannegara-negara Asean ke Vietnam dan China , adakah Kerajaan telahmenjalankan kajian akan bagaimana ianya akan membawa kesan kepadaekonomi negara dalam mass tiga ke lima tahun akan datang.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

7

*27. Tuan Lim Guan Eng mints Perdana Menteri menyatakanmengapakah pendakwaraya telah menarik balik semua dakwaan rasuahterhadap ADUN Bingkor YB. Dr Jeffrey Pairin Kitingan selepas beliaumelompat masuk ke BN dan siapakah yang buat keputusan muktamadmengenainya . Adakah penarikan balik dakwaan ini menunjukkan bahawadakwaan ini dijalankan semata-mata unsur politik.

*28. Tuan Sim Kwang Yang manta Menteri Pertanian menyatakanadakah betul bahawa beras yang dijual di dalam Bandar Kuching adalahlebih mahal daripada harga beras di negeri lain.

*29. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutanmenyatakan:-

(a) bilakah tarikh kuatkuasa keputusan Kementerianuntuk membenarkan pemilik kereta memasangcermin gelap kadar 50 peratus;

(b) jumlah saman yang telah dikeluarkan dan jumlahsaman yang dikutip bagi tempoh sebelum danselepas tarikh kuatkuasa tersebut; dan

(c) siapakah dan apakah kenderaan yang diberipengecualian daripada mematuhi kehendak Akta1991 Kenderaan Motor (larangan mengenai jeniskaca terang).

*30. Dato' Oamaruz Zaman b. Hi. Ismail minta Menteri Pendidikanmenyatakan bagaimanakah konsep 'zero defect' bagi mendisiplin pelajar-pelajar sekolah sekarang. Sejauh manakah konsep ini menunjukkankeberkesanannya serta kejayaannya dan berapa peratuskah kadar disiplindapat dikurangkan semenjak konsep 'zero defect' ini diperkenalkan.

*31. Puan Haiah Ilani bt. Dato' Hail Isahak minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) Kerajaan Pusat telah menunjuk sikap tidak meng-hormati Perlembagaan kerana setiap kali pindaanPerlembagaan dibuat Ahli-ahli Parlimen khususnyaDewan Rakyat, Majlis Peguam dan rakyat jelatatidak diberi masa yang mencukupi untuk membuatpenelitian dan pertimbangan; dan

(b) tidakkah sepatutnya lebih dari 4 hari notis diberi-kan kepada semua pihak bagi tujuan tersebutkerana Perlembagaan bukan undang-undang biasa.

*32. Tuan Ruhanie bin Hail Ahmad minta Menteri Pertahananmenyatakan adakah benar bahawa sebilangan besar tentera barat, khu-susnya dari Britain dan Peranchis, yang berkhidmat di Bosnia-Herzegovina adalah terdiri dari pasukan sukarela.

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

8

*33. Tuan Haft Bonvamin Yaacob minta Perdana Menteri menyata-kan:-

(a) siapakah jawatankuasa panel hudud yang dibentukoleh Kerajaan;

(b) nyatakan nama-nama panel itu; dan

(c) berapa kalikah panel itu telah bermesyuarat danapakah keputusan yang telah diambil terhadappermohonan Kerajaan Kelantan.

*34. Tuan Chian Heng Kai minta Pendidikan menyatakan:-

(a) butir-butir berkenaan dengan rancangan "PusatSekolah" atau "Intergrate School" yang manadikatakan Sekolah Kebangsaan , S.R.J.K.(C) danS.R.J.K.(T) akan berkongsi di bawah satu kawasandan,bilakah is akan dilaksanakan;

(b) adakah rancangan ini akan menggantikan projek-projek pembinaan S.K., S.R.J.K.(C) dan S.R.J.K(T)masing-masing;

(c) projek-projek dan lokasi pembinaan S.R.J.K.(C) danS.R.J.K(T) yang sedang dan akan dibina pada 1994dan 1995;

(d) bilangan murid-murid keturunan Melayu yangbelajar di S .R.J.K.(C) dan S .R.J.K.(T) mengikutpecahan jenis sekolah pada 1994;

(e) bilangan murid -murid keturunan Tionghua yangbelajar di S.K., S.R.K. dan S.R.J.K(T) mengikutpecahan jenis sekolah pada 1994; dan

(f) bilangan murid-murid keturunan India yang belajardi S.K., S.R.K. dan S .R.J.K(C) mengikut pecahanjenis sekolah pada 1994.

*35. Tuan Hali Wan Mohd. Jamin bin Wan Mahmod minta MenteriPerusahaan Awam menyatakan:-

(a) adakah pihak pengurusan MARA sudahmempastikan Bangunan Mara di seluruh negaratidak disewakan kepada syarikat judi sepertiSports Toto dan Empat Nombor Ekor. Jika adaberapa jumlahnya , dan minta butirkan negerimanakah yang terlibat; dan

(b) berapakah jumlah bangunan yang dimiliki olehMARA di seluruh negara, dan sebutkan nilaiharganya.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

9

*36. Tuan Hail Ibrahim bin Iendol minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) bagaimana keadaan gejala penyalahgunaan dadah dinegara kita sekarang ini. Nyatakan bilanganmereka yang telah dikesan dan anggaran yangbelum :: dikesan mengikut bangsa dan juga mengikutnegeri-negeri; dan

(b) apakah Kerajaan bercadang untuk menambahkanhukuman yang lebih berat kepada pengedar danpenagih dadah untuk memastikan ianyaberkurangan.

*37. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri Belia danSukan menyatakan keseriusan budaya lepak di negara ini yang bolehmenjejaskan matlamat pencapaian wawasan 2020 . Adakah ianya berpuncadari sistem pendidikan kita , budaya malas dan suka berhibur atautekanan-tekanan ekonomi , sosial, keluarga dan persekitaran . Apakahtindakan-tindakan Kerajaan secara bersepadu bagi memusnahkan budayatersebut.

*38. Tuan Wee Choo Keone minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) sama ada Kementerian beliau bercadang memindaPeraturan Perumahan dan Pemaju Perumahanuntuk bukan sahaja merangkumi hartanah tetapijuga kondominium, pangsa puri dan rumah pangsa.Jika tidak, mengapa tidak;

(b) sama ada Kementerian beliau bercadang untukmenetapkan bayaran nominal pada maksima RM50sebagai bayaran pentadbiran untuk pemajuperumahan bagi memberi kebenaran untukmemindah milikan kondominium , rumah pangsa danpangsa puri . Jika tidak, mengapa tidak; dan

(c) sama 'ada Kementerian beliau bercadang mewajib-kan pemaju perumahan memperolehi "Certificateof Fitness" dahulu sebelum mereka boleh memintabayaran 10% yang terakhir untuk kondominiumatau hartanah . Jika tidak, mengapa tidak.

*39. Tuan Ishak b. Arshad minta Menteri Perumahan Dan KerajaanTempatan menyatakan:-

(a) jumlah rumah-rumah murah yang dibina di seluruhnegara sejak tahun 1992;

(b) jumlah permintaan terhadap rumah tersebut bagitempuh masa yang sama; dan

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 10 -

(c) usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian bagimemenuhi keperluan terhadap permintaan rumahtersebut, mengurangkan kos agar ramal rakyatyang kurang mampu memperolehinya danmenentukan keselesaan kehidupan tidak diabaikanterhadap penghuni-penghuni rumah murah.

*40. Tuan Karpal Singh minta Menteri Luar Negeri menyatakansama ada pihak Kerajaan bercadang mematuhi cadangan Duta BesarPerhubungan Luar Negeri Singapura (Singapore's ambassador at large)Professor Tommy Koh, bahawa Malaysia seharusnya menerajui usaha-usaha membawa negeri -negeri pengguna dan litoral Selat Melaka untukmembincangkan cara-cara yang akan menjadikannya selamat dan bersih.

*41. Tuan Karpal Singh minta Menteri Pendidikan menyatakanpendapat pihak Kerajaan berkenaan dengan cadangan pihak KerajaanBritish untuk memperkenalkan kawalan tegas terhadap pengeluaran ija-zah-ijazah luar negeri.

*42. Tuan Abdul Hamid Abdul Rahman minta Menteri PerdaganganDalam Negeri dan Hal LEhwal Pengguna menyatakan:-

(a) kadar inflasi sehingga pertengahan tahun 1994;

(b) menyatakan punca terjadi kenaikan harga baranganterutama barangan makanan;

(c) langkah-langkah pengawalan yang dijalankan olehKerajaan bagi mengurangkan masalah inflasi; dan

(d) bilangan kedai Harga Patut yang telah diwujudkandan kejayaan perlaksanaanya.

*43. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Kesihatanmenyatakan apakah Kerajaan akan membekukan doktor-doktor Swastadari mengeluarkan sijil kesihatan pada pekerja-pekerja asing memandang-kan ada di antara mereka didapati mengeluarkan sijil palsu . ApakahKementerian bercadang untuk mengadakan sistem 'doktor panel' untukmengurangkan berlakunya pengeluaran sijil palsu.

*44. Cik Siti Zainab bt. Abu Bakar minta Menteri Dalam Negerimenyatakan apakah punca utama yang menyebabkan 3,009 atau 60.8%penagih yang telah pulih kembali menagih . Adakah satu kajian ataupenelitian dibuat bagi mengkaji kembali fungsi yang dimainkan olehPEMADAM dan adakah kursus motivasi ala tentera sesuai untuk merekakerana mereka tidak diserapkan ke dalam anggota tentera sebaliknyaakan kembali ke pangkuan masyarakat.

*45. Tuan Saidin b . Adam minta Menteri Pendidikan menyatakanapakah tindakan Kementerian apabila mendapati 26.9% pelajar lelakimerokok dan 41.4% pernah mencuba, sementara 1.5% pelajar perempuanmerokok manakala 8.4% lagi pernah mencuba. Dan apakah tindakanKementerian apabila mendapati 2000 pelajar menagaih dadah dan 14%daripada mereka mencuba melalui perbuatan merokok. Kesemua merekaberumur di antar 12 hingga 13 tahun.

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 11 -

*46. Tuan Haii Abdul Hadi bin Hail Awang mints Menteri Pertanianmenyatakan apakah bentuk penyelesaian yang telah diambil di antarapihak Jabatan Perikanan dan Polls Marin dalam masalah keperluanmembawa kad pengenalan dan penunjuk khusus mengenai zon-zon yangditetapkan sebagai kawasan perikanan supaya nelayan-nelayan tidakditahan oleh pihak Polis Marin di dalam kawasan yang telah diizinkanoleh pihak Jabatan Perikanan.

*47. Puan Rohani binti Abdul Karim minta Menteri PerusahaanAwam menyatakan apakah tujuan mengujudkan Briged Keusahawananyang telah dilancarkan baru-baru ini. Mengapa ditargetkan kepada 100usahawan . Apakah .sebab memilih angka itu.

*48. Tuan Jawab ak Gerang minta Menteri Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan kadar inflasi sekarang danlangkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan supaya kadar inflasi dinegeri ini adalah terkawal.

*49. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Pertanian menyatakanmemandangkan banjir di kawasan Bandaraya lpoh semakin lama semakinserius, mengapa keadaan ini masih berlarutan sedangkan Parlimen telahmeluluskan peruntukan secukupnya sejak 10 tahun yang lalu untuk projektebatan banjir . Oleh yang demikian , nyatakan sama ada keadaan initelah bercanggah dengan prinsip Kerajaan iaitu 'bersih, cekap dan amanah', jika ya , apakah tindakan telah , sedang dan akan diambil untukmenjaga imej Kerajaan . Jika tidak , buktikan setiap projek tebatanbanjir di kawasan lpoh adalah mengikut jadual asal yang ditetapkan.

*50. Tuan Lim Hock Seng minta Menteri Dalam Negeri menyatakansama ada beliau sedar Polis Daerah Butterworth telah menyatakan hanyapersatuan-persatuan atau badan-badan ibadat yang berdaftar denganPendaftar Pertubuhan sahaja boleh dripertimbangkan permohonan permituntuk perayaan acara ugama seperti jamuan makan malam memainwayang tokong dan perarakan:-

(a) adakah ini dasar seluruh negara; dan

(b) adakah ini bercanggah dengan Perlembagaankebebasan keugamaan.

*51. Tuan Ibrahim Mustafa mints Menteri Sains, Teknologi dan AlamSekitar menyatakan:-

(1) sejauh manakah seriusnya masalah pencemaransungai-sungai di negara kita;

(ii) senaraikan sungai-sungai yang paling teruktercemar; dan

(iii) sebab-sebab berlakunya pencemaran dan cara-carauntuk mengatasinya.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 12 -

*52. Dr .Tan Seng Giaw , minta Menteri Pendidikan menyatakanapakah bilangan Sekolah Rendah Kebangsaan , SRJK(C), SRJK(T), SMKebangsaan , SMJK(C), Kolej (termasuk Politeknik), dan Universiti padamasa Kemerdekaan dan sekarang . Apakah bilangan yang diunjurkanuntuk tahun 2000. Apakah jumlah pelajar dan dasar Kerajaan untuk insti-tusi- institusi masing-masing pada Kemerdekaan , sekarang dan 2000(unjuran).

*53. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Dalam Negeri menyatakancadangan Kerajaan untuk mengkaji semula Akta Keselamatan DalamNegeri bagi disesuaikan dengan keadaan negara masakini dan apakahperkara-perkara penting yang terkandung dalam kajian itu dan adakahKerajaan bercadang untuk mengkaji semula juga Akta Rahsia Rasmi danAkta Penerbitan dan Mesen Cetak bagi disesuaikan dengan kajian keatas Akta Keselamatan Dalam Negeri.

*54. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan memastikanbahawa pihak berkuasa Kerajaan Tempatan akan mengurangkan kadartafsiran atas hartanah secara nyata selaras dengan pengurangan perkhid-matan Kerajaan Tempatan berikutan dengan pengswastaan ssistempembetungan , cadangan penswastaan sistem pengutipan sampah dancadangan terbaru untuk membiarkan rakyat bertanggungjawab sendiriterhadap kebersihan di depan rumah mereka sendiri.

*55. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Kesihatan menyatakanperangkaan jumlah kematian pesakit -pesakit di Hospital-hospital Kerajaandi seluruh negara yang disebabkan oleh keracunan berbanding denganjumlah kematian yang disebabkan oleh keracunan yang puncanya tidakdapat dikesan setelah dibedah-siasat bagi tahun-tahun 1990, 1991, 1992dan 1993 dan nyatakan:-

(a) kemajuan yang dicapai di dalam penyiasatan keatas kematian atilit negara kita, Rabia AbdulSalam , yang mati disebabkan keracunan empatbulan yang lalu;

(b) sama ada Kerajaan bersedia mengadakan satuinkues, untuk memastikan punca sebenar dan motifdi sebalik kematian tersebut; dan

(c) sama ada kematian tersebut berpunca daripadakelalaian pihak Hospital Kerajaan.

*56. Dato ' Oamaruz Zaman b. Hi. Ismail minta Menteri Pendidikanmenyatakan apakah tindakan kementerian dalam memperbaiki kelemahanyang terdapat dalam tingkatan enam dan kesesuaiannya sebagai pra-universiti dan apakah penubuhan maktab-maktab sesuai bagi menampungjumlah pelajar tingkatan enam yang semakin bertambah.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 13 -

*57. Tuan Shahidan Kassim minta Menteri Belia dan Sukan menyata-kan:-

(a) sindrom lepak di negara ini menurut LapuranTingkah Laku Lepak di kalangan Remaja yangdisediakan oleh enam Universiti baru-baru ini; dan

(b) apakah usaha-usaha yang akan dijalankan untukmengadakan projek "Strategi Bentuk Remaja" danadakah ini salah satu usaha untuk membenterassindrom lepak.

*58. Tuan Wee Cboo Keong minta Menteri Dalam Negeri menyata-kan apakah hasil siasatan polis ke atas laporan polls No . 2863/94 diBalai Polls Taiping di mana terdapat aduan bahawa seorang banduantelah pun dipukul dengan teruk dan dianiayai di penjara Taiping.Apakah polls bercadang mendakwa mereka yang bertanggungjawab. Jikatidak , mengapa tidak.

*59. Tuan Karnal Singh minta Menteri Dalam Negeri menyatakanjumlah penagih dadah yang telah dikesan di negara ini.

*60. Tuan Saidin b. Adam minta Menteri Belia dan Sukan menyata-kan apakah langkah dan tindakan tegas Kerajaan bagi memulihkankembali imej Persatuan-persatuan Belia yang semakin lumpuh sekarang.Apakah langkah Kerajaan bagi menarik lebih ramai masyarakat beliamenyertai Persatuan Belia memandangkan hanya 1.8 juta ahli sahajayang ada sekarang.'

*61. Tuan Lau ` Dak Kee minta Menteri Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Penggunga menyatakan apakah langkah -langkah yangberkesan untuk mencegah inflasi sehingga kadar "kosong" yang disarankanoleh Perdana Menteri baru-baru ini, dan sebutkan kadar inflasi kebela-kangan yang diusahakan oleh Kerajaan supaya saranan Perdana Menteridapat ditunaikan.

*62. Dr. Tan Sent Giaw minta Menteri Pendidikan menyatakanmengenai usaha beliau untuk mewujudkan sistem bersepadu untuk SRK,SRJK(C) dan SRJK(T) ataupun pusat untuk meletakkan ketiga-tiga jenissekolah di satu tempat . Setakat ini, berapa pusat telah diadakan untuksistem ini . Sila senaraikan. Apakah dasarnya untuk sistem ini. Apakahisi-kandungan yang sebenarnya untuk sistem ini. Bagaimana sistem inidapat dilaksanakan. Apakah tarlkh akhirnya.

*63. Tuan Lim Guan Ent minta Menteri Dalam Negeri menyatakanapakah keputusan Kabinet tentang perlunya ISA dimansuhkan di negarakita memandangkan negara kita kini aman dan ancaman ketenteraankomunis telah tamat . Kalau ISA dikaji semula apakah aspek yang akandikajisemula dan bilakah is akan slap. Berapa banyakkah tahanan ISAsekarang dan berikan butir lanjut mereka yang ditahan dan jantinamereka.

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 14 -

*64. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Kerja Raya menya-takan sama ada tabung akan disediakan bagi pembinaan Jambatan Durinyang menyeberangi Sungai Rajang yang mana akan menghubungkan PanBorneo Highway dan peruntukan tabung untuk membina jambatan me-nyeberangi Sungai Igan bagi menghubung bandar Sibu serta ke baratnya.

*65. Tuan Hail Mohamad bin Sabu minta Perdana Menteri menyata-kan apakah langkah-langkah yang akan diambil terhadap penolakan EAEColeh Amerika Syarikat memandangkan Perdana Menteri sendiri pernahberikrar akan bertindak balas jika Amerika menolak gagasan tersebut.

*66. Dato' Haii Mohd . Zihin bin Haii Mohd. Hassan minta MenteriPerusahaan Utama menyatakan:-

(a) berapa luaskah hutan-hutan simpanan di tebangsecara haram;

(b) berapakah kerugian -kerugian yang dialami olehKerajaan; dan

(c) apakah tindakan-tindakan yang telah , sedang danakan 1 diambil sebelum /selepas pindaan AktaPerhutanan mengenai denda.

*67. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Dalam Negeri menyatakansama ada langkah- lankah telah diambil untuk mengkaji semula AktaKeselamatan Dalam Negeri (ISA). Sila nyatakan:

(a) adakah Kerajaan sudah berpuas had dengankeadaan keselamatan negara, dengan mengkajisemula ISA; dan

(b) jika benar, adakah Kerajaan akan memansuhkanlarangan mengadakan rapat umum dalam pilihan-raya akan datang selaras dengan AmalanDemokrasi Parlimen dan Raja BerPerlembagaan.

*68. Dato ' Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis minta MenteriBelia dan Sukan menyatakan:-

(a) apakah usaha tegas Kementerian bagi membenterasbudaya lepak di kalangan belia dan remaja;

(b) laporkan kajian yang dijalankan oleh 13 pakarakademik lima buah universiti tempatan yangbaru-baru ini diumumkan oleh YB . Menterimenunjukkan 83% remaja yang suka melepakadalah remaja Melayu dan beragama Islam,terutama yang tinggal di kawasan Felda dankampung tradisional . Sejauhmana perananpersatuan belia yang wujud hari ini denganaktiviti-aktiviti persatuan yang dijalankan dapatmengatasi budaya lepak yang didakwa menjuruspara. remaja kepada kegiatan yang tidak sihat; dan

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 15 -

(c) apakah usaha Kementerian bagi meningkatkan lagiperanan persatuan belia supaya ianya menjadisebuah persatuan yang benar-benar digemari olehpara belia di negara ini tidak lagi dianggapsebagai "Hidup Segan Mati Tak Mahu".

*69. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Tenaga, Telekom danPos menyatakan:-

(a) jumlah luasan kawasan tanah ( in hectares) yangterlibat dalam perlaksanaan projek hidro Bakun diUlu Sg. Rejang Sarawak. Sila beri pecahanseperti, berikut:-

(i) luasan tanah adat Bumiputra penduduktempatan (termasuk tanah yangdiklasifikasikan sebagai tanah temuda ; "pulau"dan "pemakai menoa' ) yang sudah disahkanterlibat;

(ii) .luasan tanah di mana penduduk tempatanmenuntuk hak adat Bumiputra tetapi masihdisiasat dan belum disahkan oleh Kerajaan;

(b) apakah kadar pampasan (dalam ringggit Malaysia)yang akan dibayar kepada penduduk seperti bagisetiap . ekar tanah; pokok buah buahan dan tanamanyang lain; rumah-rumah dan lain-lain hartamereka. Adakah ini telah dirunding dan dipersetu-jui oleh penduduk-penduduk yang terlibat. Jikaada kes-kes di mana mereka belum setuju, adakahmasat- diberi kepada mereka untuk membuatrayuan; dan

(c) adakah Kerajaan atau Ekran Sdn. Bhd. yangdipertanggungjawab untuk membayar pampasanberkenaan. Dan apakah bayaran akan dibuatsebelum atau selapas penduduk-penduduk yangterlibat dipindahkan. Adakah perkara ini telahdipersetujui oleh penduduk-penduduk yang terlibat.

*70. Tuan Haii Wan Omar bin Wan Maiid minta Menteri Kewanganmenyatakan:-

(a) jumlah hutang Kerajaan Negeri Kelantan kepadaKerajaan Pusat dan bilakah hutang tersebutberlaku;

(b) daripada tahun 1991 , berapakah jumlah pembayaranyang dibuat; dan

(c) adakah hutang Kerajaan -kerajaan Negeri kepadaKerajaan Pusat dibuat mengikut jadual. jikatidak; sebutkan negeri-negeri yang membuatpembayaran tidak mengikut jadual.

/j

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

1. Perdana Menteri:

* Rang Undang-undang Pencen Pihak -pihak Berkuasa Berkanundan Tempatan (Pindaan) 1994.

2. Mentent Kewanzuo:

* Rang Undang-undang Insurans (Pindaan) 1994.

Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawapada semua peringkat di Mesyuarat ini.

/fh.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 17-

ATURAN URL AN MESYUARAT DAj L

sekarang." (Hari Isnin, 4 Julai 1994)

2. (DR. 22/94) Rang Undang-undang PenggalakanPelaburan (Pindaan)(No. 2) 1994.

Bacaan KaliYang Kedua

3. (DR. 20/94) Rang Undang-undang Askar TimbalanSetia Negeri Johor (Pembubaran danPemansuhan) 1994.

4. Dr. Tan Sena Giaw akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mendesak . Kera jaan supaya membentangkanRang Undang-undang Pendidikan Baru dan Pindaan Akta Universiti danKole j Universiti serta Dasar Pendidikan Baru untuk memenuhikeperluan zaman moden.

5. Uew Ah Kim akan mencadangkan:

Bahawa Dewan ini mengutuk perkhidmatan Pos Malaysia yanglebih lemah dan lebih tidak cekap daripada masa sebelum Tanyadiswastakan , sehinggakan notis Parlimen untuk pare Ahii Parlimentelah terlewat diterima , menjejaskan perlaksanaan tugas rasmi pareAhli Parlimen Malaysia ; dan seterusnya mengarahkan Menteri Tenaga,Telekom dan Pos untuk memastikan bahawa surat kepada Ahli-ahliParlimen khasnya, dan kepada orang awam amnya akan dihantar tepatpada masanya dan secara cekap.

6. Turn Um Gum Ena akan mencadangkan:

Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil maklum bahawakeadaan keselamatan di negara kite terkawal memandangkan ancamankomunis telah tamat dan memulakan proses pemulihan demokrasidengan membenarkan rapat umum diadakan semasa pilihanraya danwakil Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat.

Rang Undang-undang Akademi Sains Malaysia 1994, -Menyambung semula Perbabasan yang ditangguhkan atas Masalah,"Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

- 18 -

7. Than Wong Wing On akan mencadangkan:

Bahawa Dewan Rakyat Malaysia, bertindak dan bersuara selarasdengan pendiriannya yang tegas dan lantang di atas isu penderitaanrakyat Bosnia-Herzegovina , yang diilhamkan oleh YAB. PerdanaMenteri dan yang disokong dengan sebulat suara oleh pihak Kerajaandan pihak Pembangkang Malaysia , memandang berat serta denganpenuh simpati penderitaan yang dialami oleh rakyat Timor Timur(East Timor) yang ditakluki secara tidak sah oleh Republik Indonesiasejak 7hb Disember, 1975;

Dewan yang mulia ini jugs menyedari bahawa penaklukan TimorTimur oleh Republik Indonesia masih tidak diiktirafkan olehPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) sebagal sah danbahawa hak-hak asasi manusia penduduk-penduduk Timor Timur termdicabuli secara sistematik dan berleluasa;

Maka , Dewan Rakyat Malaysia , dengan prinsip moral yangkonsisten;

(1) menyatakan bahawa penaklukan Timor Timur olehIndonesia dan pencabulan hak-hak asasi manusia penduduk-pendudukTimor Timur merupakan satu cabaran moral yang jelas terhadap imej,integriti dan nama balk ASEAN , Non-Aligned Movement (NAM) danPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu;

(ii) menyeru supaya semua unit-unit bersenjata dan jentera-jentera penaklukan Indonesia ditarik-balik dart Timor Timur, danTimor Timur diserahkan kepada kuasa Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu sehingga sate pungutan suara (referendum) yang tulin danbebas diadakan di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatuuntuk menentukan sama ads penduduk-penduduk Timor Timur mahukankemerdekaan ataupun integrasi dengan Indonesia;

(iii) menyeru supaya semua tahanan-tahanan politik di TimorTimur dibebaskan tanpa syarat dengan serta-merta;

(iv) mengutuk kuasa-kuasa Barat terutamanya Australia,Amerika Syarikat dan Britain kerena berdiam dirt di atas penderitaanrakyat..-Timor....Timur, ataupun menggalakkan- penaklukan Timor Timuroleh Indonesia;

(v) members mandat sepenuhnya kepada YAB. PerdanaMenteri dan YB . Menteri Luar Negeri Malaysia untuk berusaha danbertindak di forum-forum dan organisasi-organisasi antarabangsasupaya (ii), (iii) dan (iv) dapat dilaksanakan secepat mungkin;

(vi) mengarah YB. Menteri Penerangan supaya tidakmenghalang media elektronik tempatan menyiarkan filem bertajuk"Death of a Nation" yang menceritakan secara dokumentari pen-deritaan yang dialami oleh rakyat Timor Timur.

/fh.

Page 19: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

RISALAT-RISALAT YANG DI BAWAKE DALAM MESYUARAT

Tahun 1994 Risalat/Dokumen Tarikh dibentangkan

CMD. y2 Anggaran Perbelanjaan MengurusTambahan Kedua, 1994 DanKertas Perintah 12A Tahun 1994Memorandum Perbendaharaan MengenaiAnggaran Perbelanjaan MengurusTambahanan Kedua Tahun 1994Bagi Kerajaan Malaysia 4 Julai 1994

CMD. 13 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan(Tambahan) (Bil. 2) Tahun 1994Dan Kertas Perintah 13A Tahun 1994Memorandum Perbendaharaan MengenaiAnggaran Perbelanjaan PembangunanTambahan Kedua Tahun 1994 BagiKerajaan Malaysia 4 Julai 1994

CMD 1;4l

Penyata Keluaran Wang DaripadaKumpulanwang Luar Jangka BagiTempoh Dari 7 MAC 1994 hingga9 JUN 1994 Menurut Peraturan 68Di'Bawah Peraturan-PeraturanMajlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4 Julai 1994

ST. 111 Penyata Keluaran Wang DaripadaSimpanan Luar Jangka Bagi Tempoh7 MAC Hingga 9 JUN 1994 MenurutSeksyen 6(3) Akta KumpulanwangPembangunan, 1966 4 Julai 1994

ST. 102 Laporan Tahunan Dan PenyataKewangan Perbadanan KemajuanKraftangan Malaysia BagiTahun 1992 5 Julai 1994

ST. 110 Laporan Tahunan dan PenyataKewangan Lembaga Kemajuan IkanMalaysia Bagi Tahun 1991 5 Julai 1994

ST. 112 Laporan Tahunan Dan Penyata/ Kira-kira Lembaga Penyelidikan

Pembangunan Perhutanan MalaysiaBagi Tahun 1992

ST. 113 Akta Telekomunikasi 1950 -Peraturan-peraturan Telefon(Pindaan) 1994

5 Julai 1994

5 Julai 1994

Page 20: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

ST. 114 Akta Telekomunikasi 1950 -Peraturan-peraturan Telefon(Sabah ) ( Pindaan ) 1994 5 Julai 1994

ST. 115 Akta Telekomunikasi 1950 -Peraturan-peraturan Telekomunikasi(Sarawak ) ( Pindaan ) 1994 5 Julai 1994

ST. 116 Akta Telekomunikasi 1950 -Peraturan-peraturan Telekomunikasi(Perkhidmatan Telefon AutomatikMenggunakan Radio )( Pindaan)19945 Julai 1994

ST. 117 Laporan . Tahunan Dan AkaunTeraudit Yayasan Tun RazakBagi Tahun 1992 5 Julai 1994

ST. 118 Laporan Tahunan Kumpulan WangPusat Perdagangan Laut (AkaunTelah di . Audit) Bagi Tahun 19905 Julai 1994

Page 21: ATURAN URUSAN MESYUARAT - parlimen.gov.my filekan selaras dengan pengurangan terhadap bil-bil letrik; dan (b) adakah Kerajaan sedar bahawa penghantaran pos laju sebenarnya mempunyai

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUA?N

TarikhUcapandibuat

Ahli YangBerucap

Tajuk Ucapan Menteri YangBertanggungjawab

5.7.1994 1. YB. Than Pembinaan Pasar Yang YB. MenteriLiew Ah Moden Di Salak Selatan Perumahan danKim Baru. Kerajaan Tempatan

5.7.1994 2. YB. Than Caj Pembentungan yang YB . MenteriTan Kok tinggi oleh Indah Water Perumahan danWai Consortium . Kerajaan Tempatan

/f h.