februari 2013 amanat ketua pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... pembaca yang...

9
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera. Pembaca yang dihormati sekalian, Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baharu 2013. Sebagai rakyat Malaysia amnya dan khasnya sebagai kakitangan Kerajaan, kita perlu bersyukur kerana kita menyambut tahun baharu ini dengan berlatarbelakangkan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa dengan berkat usaha bersama sepanjang tahun 2012. Sepanjang tahun 2012, Jabatan Perikanan mencatat beberapa rekod kejayaan. Terbaharu ialah penglibatan dalam Pameran MAHA International dan HPPNK 2012 yang mendapat sambutan hebat. Ekoran dari itu, YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mencadangkan supaya Jabatan Perikanan dapat menyediakan sebuah “bahtera” di Laman Perikanan untuk MAHA 2014. Bahtera ini akan melambangkan pencapaian industri perikanan yang digambarkan melalui pameran-pameran yang berkaitan sejarah perikanan negara. Saya berharap supaya Jabatan Perikanan terutamanya Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian-bahagian lain dapat bersedia dari sekarang untuk membinanya. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (PSM) yang telah menyusun beberapa program sehingga Jabatan Perikanan mendapat anugerah Pensijilan MS:ISO 9001-2008 dalam skop Pengurusan Kelulusan Lesen Menangkap Ikan – Perancangan dan Pembangunan Aktiviti Penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 Berkaitan Lesen Menangkap Ikan. Apa yang penting, kita harus mengekalkannya dengan terus menjaga dan menambah baik perkhidmatan yang dijalankan. Pembaca yang dihormati sekalian, Pada tahun 2013 ini, banyak lagi cabaran yang perlu dilalui terutamanya tugasan-tugasan baharu dan lama yang perlu ditambah nilai dengan idea-idea yang baharu. Dalam menangani cabaran yang bakal mendatang untuk tahun 2013, serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari kegagalan yang lalu. Untuk melaksanakan program-program dan projek-projek dalam tahun 2013, Jabatan Perikanan (merangkumi Semenanjung, Sarawak dan Sabah) telahpun menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM44.195 juta dan peruntukan mengurus sebanyak RM142.176 juta. Jabatan Perikanan juga diperuntukkan sebanyak RM130 juta untuk NKEA Akuakultur. Banyak kemudahan-kemudahan yang pihak Kerajaan telah sediakan untuk penjawat-penjawat awam seperti semakan Februari 2013 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 3) AMANAT Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: phungkhuong

Post on 10-Jul-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat

meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan

sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baharu 2013.

Sebagai rakyat Malaysia amnya dan khasnya sebagai

kakitangan Kerajaan, kita perlu bersyukur kerana kita

menyambut tahun baharu ini dengan berlatarbelakangkan

pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah kita tempa

dengan berkat usaha bersama sepanjang tahun 2012.

Sepanjang tahun 2012, Jabatan Perikanan mencatat beberapa

rekod kejayaan. Terbaharu ialah penglibatan dalam Pameran

MAHA International dan HPPNK 2012 yang mendapat

sambutan hebat. Ekoran dari itu, YBhg. Dato’ Mohd. Hashim

Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani telah mencadangkan supaya Jabatan

Perikanan dapat menyediakan sebuah “bahtera” di Laman

Perikanan untuk MAHA 2014. Bahtera ini akan melambangkan

pencapaian industri perikanan yang digambarkan melalui

pameran-pameran yang berkaitan sejarah perikanan negara.

Saya berharap supaya Jabatan Perikanan terutamanya

Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian-bahagian lain dapat

bersedia dari sekarang untuk membinanya.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Bahagian

Pembangunan Sumber Manusia (PSM) yang telah menyusun

beberapa program sehingga Jabatan Perikanan mendapat

anugerah Pensijilan MS:ISO 9001-2008 dalam skop

Pengurusan Kelulusan Lesen Menangkap Ikan – Perancangan

dan Pembangunan Aktiviti Penguatkuasaan Akta Perikanan

1985 Berkaitan Lesen Menangkap Ikan. Apa yang penting, kita

harus mengekalkannya dengan terus menjaga dan menambah

baik perkhidmatan yang dijalankan.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Pada tahun 2013 ini, banyak lagi cabaran yang perlu dilalui

terutamanya tugasan-tugasan baharu dan lama yang perlu

ditambah nilai dengan idea-idea yang baharu. Dalam

menangani cabaran yang bakal mendatang untuk tahun 2013,

serta dalam rangka membina kejayaan yang berterusan, kita

perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari kegagalan yang

lalu.

Untuk melaksanakan program-program dan projek-projek

dalam tahun 2013, Jabatan Perikanan (merangkumi

Semenanjung, Sarawak dan Sabah) telahpun menerima

peruntukan pembangunan sebanyak RM44.195 juta dan

peruntukan mengurus sebanyak RM142.176 juta. Jabatan

Perikanan juga diperuntukkan sebanyak RM130 juta untuk

NKEA Akuakultur.

Banyak kemudahan-kemudahan yang pihak Kerajaan telah

sediakan untuk penjawat-penjawat awam seperti semakan

Februari 2013 http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 3)

AMANAT

Ketua Pengarah Perikanan

1

Page 2: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

17 Januari 2013Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2013 dan Amanat Ketua

Pengarah Perikanan Malaysia Bersama Warga Perikanan

Sempena Tahun Baharu 2013 telah berlangsung di Ibu Pejabat

Perikana Malaysia, Putrajaya.

18 Januari 2013Majlis Pelancaran Bulan Khas Perikanan dan Upacara

Pembukaan Akuarium Perikanan telah disempurnakan oleh

YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di Pusat

Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC),

Wisma Tani, Putrajaya.

18 Januari 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah

Perikanan Malaysia bersama YBhg. Datin Shukuriah Bt.

Makhtar, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Perikanan (dua dari

kanan) dan Ahli-ahli Jawatankuasa bergambar sempena

Mesyuarat Agong PUSPANITA Jabatan Perikanan Malaysia

Sesi 2012/2013 yang diadakan di Ibu Pejabat Perikanan

Malaysia, Putrajaya.

2

28 Januari 2013YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

memegang seekor gamat ketika mengadakan lawatan rasmi

ke Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Batu Maung,

Pulau Pinang.

3 Februari 2013Majlis Penyerahan Lesen Sampan Kepada Nelayan Daerah

Kedah Utara telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wira Mohd.

Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani Malaysia di Kompleks LKIM Kelunchor, Kota Setar,

Kedah.

3 Februari 2013YB Dato’ Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan

lesen sampan kepada nelayan sempena Majlis Penyerahan

Lesen Sampan Daerah Langkawi, Kedah di Kuah.

(ber

sam

bung

ke

muk

a su

rat 6

)

Page 3: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

3

kenaikan gaji, pemberian COLA, imbuhan tahunan dan bayaran

khas prestasi untuk menghargai sumbangan mereka. Selain itu,

penjawat awam juga mendapat faedah-faedah lain iaitu

pembiayaan komputer peribadi dan pinjaman perumahan kedua.

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan

yang telah melaksanakan pelbagai projek dan program dengan

berkesan. Jabatan Perikanan telah menyenaraikan semua

pencapaian di dalam KPI dan telah dipanjangkan kepada

Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian dan

Pengarah-pengarah Perikanan Negeri.

Dari segi KPI, kita telah mencapai banyak perkara seperti yang

telah disenaraikan. Kita perlu menambah baik dalam beberapa

perkara yang telah dicapai dan meningkatkan prestasi dalam

beberapa perkara yang berprestasi rendah. Umpamanya kita telah

mencapai 100% dalam pengemaskinian rekod penjawat awam

melalui HRMIS. Tetapi, dalam modul mengemas kini rekod

peribadi, hanya mencapai 99.85% dan modul pengisytiharan harta

ialah 99.38%. Ini menunjukkan ada pegawai yang tidak

mengisytiharkan harta mereka.

Kejayaan lain ialah penarafan portal dan laman sesawang di mana

Jabatan Perikanan telah dianugerahkan lima bintang. Jadi, proses

untuk meletakkan Jabatan ini ke hadapan dalam banyak perkara

sama ada yang formal atau spesifik yang berkaitan dengan tugas

kita, begitu hebat. Ini satu kejayaan yang besar.

Para pembaca yang dihormati sekalian,

Bagaimana sesebuah organisasi itu boleh berjaya? Kehebatan

akan nampak jika idea-idea baharu dapat mencabar idea-idea

lama. Kita semua merupakan pemimpin. Seseorang pemimpin

perlu menyediakan hala tuju bagi menentukan kejayaan. Dalam

hal ini, Jabatan Perikanan telah melahirkan kakitangan yang

berjaya mencipta penemuan-penemuan baharu dalam bidang

perikanan yang kemudiannya dibukukan dengan kerjasama

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku-buku ini telah menarik

perhatian Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani semasa melawat BDC baru-baru ini. Jadi, kita

boleh menyenaraikan mereka yang hebat dalam bidang masing-

masing dengan mengambil contoh seperti Encik Zaini Sulaiman

dengan “Arowananya”, Encik Ahmad Ali dengan “Yunya” dan lain-

lain lagi. Jadi untuk mengetengahkan idea-idea baharu,

pencapaian dan peranan-peranan Jabatan Perikanan, kita

bercadang untuk mengadakan publisiti melalui televisyen dan

media massa. Nescaya, dunia akan menghargai apa yang kita

hasilkan.

Selain meletakkan hala tuju, pemimpin boleh menggerakkan dan

memberi dorongan kepada organisasinya melalui komunikasi lisan

dan komunikasi badan seperti percakapan, perbuatan dan

perasaan. Apa yang penting ia hendaklah berbentuk positif seperti

memberi salam, memberi pujian, senyuman dan lain-lain.

Sebaliknya, elakkan komunikasi negatif yang menimbulkan rasa

benci di kalangan kakitangan lain. Jadi, komunikasi boleh

menentukan kejayaan atau kegagalan.

Seseorang pemimpin juga perlu meletakkan standard dan nilai

dengan mengubah pemikiran lama kepada pemikiran yang

baharu, menyediakan ruang interaksi yang selesa kepada

pegawai untuk memberi cadangan dan penyelesaian serta

menukar potensi kepada realiti. Sudah sampai masanya Jabatan

Perikanan merealisasikan potensi-potensi yang telah ditentukan

sejak sekian lama seperti contoh, “Tuna Action Plan”, Potensi

Bidang Akuakultur dan Potensi Perikanan Laut Dalam. Hasrat

Jabatan Perikanan ialah untuk melahirkan pemimpin yang boleh

menukar potensi kepada realiti.

Pembaca yang dihormati sekalian,

Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang

diamanahkan berkisar kepada soal membuat keputusan yang adil

dan tepat, yang boleh mendatangkan hasil yang sempurna.

Pepatah ada menyebut “Awal dibuat, akhir diingat” yang

bermaksud, kerja yang hendak dibuat perlulah difikirkan masak-

masak supaya pelaksanaan sesuatu tugas berjalan sempurna.

Dalam hubungan ini, saya percaya bahawa pendekatan ‘turun

padang’ merupakan satu kaedah terbaik dalam usaha merapatkan

jurang antara Jabatan Perikanan dan kumpulan sasar serta antara

ketua dan anak-anak buah yang menjadi tulang belakang dalam

melaksanakan tugas yang dibuat.

Saya juga mempunyai harapan yang tinggi agar warga Jabatan

Perikanan menunjukkan semangat dedikasi dan meningkatkan

produktiviti sepanjang tahun 2013 dan menjadikan tahun ini

sebagai tahun yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun yang

lalu. Justeru, demi mewujudkan sebuah jabatan bertaraf dunia

yang berlandaskan ciri-ciri telus, dinamik dan progresif, saya

sentiasa mengalu-alukan apa juga pandangan, teguran serta

cadangan penambahbaikan demi kebaikan Jabatan Perikanan

khususnya dan rakyat amnya.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualikumwarahmatullahi wabarakatuh.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

AMANAT Ketua Pengarah Perikanan (sambungan dari muka surat 1)

Page 4: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

DARI JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

4

i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2012

Tajuk : Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi KaliKedua Tahun 2012

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakankeputusan Kerajaan untuk memberi ImbuhanTahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi kali keduapada tahun 2012 kepada pegawai PerkhidmatanAwam Persekutuan.

Tarikh : 23 November 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

ii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2012

Tajuk : Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlangdan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untukmenjelaskan dasar dan pelaksanaanpenganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang(PPC) dan pemberian Anugerah PerkhidmatanCemerlang (APC) kepada pegawai dalamperkhidmatan awam.

Tarikh : 14 Disember 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

iii) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2012

Tajuk : Program Transformasi Minda

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskanmengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda(PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahandalam perkhidmatan bagi menggantikan KursusInduksi.

Tarikh : 12 Disember 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran

Tajuk : Persediaan Pengisian Jawatan Penolong PegawaiTadbir (PPT) Gred N32 dan Gred N36 PerkhidmatanGuna Sama Persekutuan Bagi Tahun 2013/2014

Tujuan : Bahagian Perkhidmatan JPA sedang dalam prosespersediaan untuk mengisi jawatan Pen. Peg. TadbirGred N32 dan Gred N36 bagi tahun 2013/2014.Dengan ini semua KSU dan Ketua Jabatan perlumengemukakan maklumat pegawai-pegawai yanglayak dipertimbangkan untuk pemangkuan bagijawatan-jawatan berkenaan.

Tarikh : 4 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:http//www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran

Tajuk : Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Kewangan)

Gred W17 Ke Gred W22 Perkhidmatan Guna Sama

Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

Tujuan : Bahagian Perkhidmatan JPA akan melaksanakan

urusan pemangkuan Pembantu Tadbir (Kewangan)

Gred W17 ke Gred W22 bagi mengisi sembilan

kekosongan jawatan sedia ada. Dengan ini semua

KSU dan Ketua Jabatan adalah dipohon

mengemukakan maklumat-maklumat Pembantu

Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang layak

dipertimbangkan untuk pemangkuan bagi jawatan

tersebut.

Tarikh : 17 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.jpa.gov.my

vi) Surat Edaran

Tajuk : Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Kewangan)

Gred W22 Ke Gred W26 Perkhidmatan Guna Sama

Persekutuan (Sektor Dalam Negeri)

Tujuan : Bahagian Perkhidmatan JPA akan melaksanakan

urusan pemangkuan Pembantu Tadbir (Kewangan)

Gred W22 ke Gred W26 bagi mengisi tiga

kekosongan jawatan sedia ada. Dengan ini semua

KSU dan Ketua Jabatan adalah dipohon

mengemukakan maklumat-maklumat Pembantu

Tadbir (Kewangan) Gred W22 yang layak

dipertimbangkan untuk pemangkuan bagi jawatan

tersebut.

Tarikh : 17 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.jpa.gov.my

vii) Surat Edaran

Tajuk : Pindaan Kuasa Menimbang Bagi Pelantikan Secara

Kontrak Pesara dan Pesara Pilihan Ke Dalam

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Tujuan : Kerajaan bersetuju supaya kuasa menimbang bagi

pelantikan secara kontrak semua pesara (pesara

wajib dan pesara pilihan) ke Kumpulan Pengurusan

Tertinggi dalam PP 2/2008 dipinda kepada Ketua

Setiausaha Negara (KSN) berkuat kuasa mulai 19

Disember 2012.

Tarikh : 17 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang:

http//www.jpa.gov.my

Page 5: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2013

Tajuk : Anggaran Perbelanjaan 2013

Tujuan : Adalah dimaklumkan bahawa sejumlah RM251,666,999,000

telah diluluskan bagi Anggaran Perbelanjaan 2013 iaitu

RM201,917,000,000 untuk perbelanjaan Mengurus dan

RM49,749,999,000 untuk perbelanjaan Pembangunan.

Tarikh : 3 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 19 Tahun 2012

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Pembekalan dan

Pengiriman High Density Polyethlene Pipe (HDPE) Di Seluruh Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan Kontrak Pusat

Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi bekalan dan pengiriman

High Density Polyethlene Pipe (HDPE) di seluruh Malaysia.

Tarikh : 31 Disember 2012

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Mereka

Bentuk, Membuat dan Menghantar Perabot Berasaskan

Rotan Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh

Semenanjung Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan untuk Kontrak

Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi mereka bentuk,

membuat dan menghantar perabot berasaskan rotan

kepada semua Agensi Kerajaan di seluruh Semenanjung

Malaysia.

Tarikh : 10 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

iv) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Bekalan dan

Pengiriman Minyak Pelincir dan Gris Jenis Tempatan

Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh Semenanjung

Malaysia (Kecuali Angkatan Tentera Malaysia)

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan untuk Kontrak

Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi bekalan

pengiriman minyak pelincir dan gris jenis tempatan kepada

semua Agensi Kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia

(kecuali Angkatan Tentera Malaysia).

Tarikh : 18 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

v) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Bintang-

bintang Darjah dan Item-item Yang Berkaitan Kepada

Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan untuk Kontrak

Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan item

bintang-bintang darjah dan item-item yang berkaitan kepada

semua Agensi Kerajaan di seluruh Malaysia

Tarikh : 18 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

vi) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2013

Tajuk : Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Kasut Kulit, But

Kulit dan Barang Lain Yang Diperbuat Daripada Kulit

Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai kaedah perolehan untuk Kontrak

Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) bagi perolehan item

kasut kulit, but kulit dan barang lain yang diperbuat daripada

kulit kepada semua Agensi Kerajaan di Semenanjung

Malaysia.

Tarikh : 18 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

vii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2013

Tajuk : Pindaan No. 1 Kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5

Tahun 2011 untuk Menetapkan Kadar Baharu Bayaran

Wang Proses Permohonan Pinjaman Perumahan

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk

memaklumkan pindaan kepada Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 5 Tahun 2011 (PP Bil. 5 Tahun 2011) berkenaan dengan

kadar bayaran wang proses pinjaman perumahan.

Tarikh : 3 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

viii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2013

Tajuk : Perubahan Fi Perkhidmatan Bagi Perolehan Kerajaan

Melalui Sistem E-Perolehan

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk

memaklumkan kepada semua Agensi mengenai perubahan

fi perkhidmatan bagi perolehan Kerajaan melalui Sistem E-

Perolehan (E-P).

Tarikh : 18 Januari 2013

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my

DARI PERBENDAHARAAN

5

Page 6: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

Sebuah pantai yang terletak di Delta Sungai Liaohe dekat sini terkenal

dengan keunikan permukaannya yang berwarna merah. Fenomena itu

berlaku ekoran kehadiran sejenis rumpai laut beralkali yang tumbuh melata

di bahagian dasar pantai berkenaan.

Rumpai laut berkenaan mulai tumbuh sekitar April atau Mei lalu dan berwarna

hijau sepanjang musim panas. Namun, apabila tiba musim luruh, warna

tumbuhan maritim itu mula bertukar kepada merah bara, sekali gus

menjadikan permukaan pantai itu kelihatan seolah-olah sebuah hamparan

permaidani merah yang besar.

Dikenali sebagai Pantai Merah, sebahagian besar pantai itu ditutup kepada orang ramai. Cuma satu bahagian yang agak terpencil

dibuka kepada pelancong.

Rumpai Laut PenyebabPantai Merah di China

Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau kebiruan. Namun di New

England, Amerika Syarikat terdapat seekor udang karang unik kerana

mempunyai warna oren di sebelah kanan dan berwarna hitam di sebelah kiri

badannya. Warna ini adalah sinonim dengan warna hari Halloween. Orang

ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada

perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada

setiap 31 Oktober di AS.

Udang betina berkenaan yang seberat 450 gram, diberi nama Split, ditangkap

di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, Massachusetts. Ia kini telah

diberikan rumah baharu di Akuarium New England, Amerika Syarikat.

Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin

tamat.

Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin

berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan.

“Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang,” ujar pihak akuarium

berkenaan.

Sumber: kosmo.com.my

Udang Karang Unik Berwarna Oren dan Hitam

6

5 Februari 2013YB Dato’ Wira Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan geran

peruntukan bagi Projek Perumahan Nelayan Darat Parlimen

Bagan Datoh dan Parlimen Teluk Intan sempena Program

Penyerahan Lesen Sampan dan Bantuan Program Touch Point di

Tanjung Bayan, Hutan Melintang, Perak.

8 Februari 2013Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1434-H Peringkat Ibu

Pejabat Perikanan yang diisi dengan program ceramah yang

bertajuk “Keperibadian Rasulullah SAW Membentuk Jati Diri

Warga Jabatan Perikanan” yang disampaikan oleh YBhg.

Ustaz Che Amran Bin Mat Yusof, penceramah bebas yang

diadakan di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

(sam

bung

an d

ari m

uka

sura

t 2)

Page 7: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

Kaedah diet terkini yang agak popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara

makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisan genetik. Reaksi ini

disebabkan oleh faktor kehadiran lektin iaitu sejenis protein yang ditemui dalam pelbagai

makanan dan ia boleh dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi, apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin yang tidak sesuai dengan jenis darah

anda, ia mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin tidak begitu mengancam kehidupan walaupun ia boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.

7

iet Mengikut Jenis DarahDDaging lembu, kambing, rusa, kod, hering,

makerel.

Minyak zaitun, minyak flaxseed.

Biji labu, walnut.

Kacang azuki, kacang pea.

Roti esen, roti ezekiel.Brokoli, bayam, dandelion, bawang, lobak,

cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut.

Plum, prun.

Kari, garam, serbuk cayenne.

Soda, teh.

Darah O

JENIS DARAH DIGALAKKAN

JENIS MAKANAN

DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN

Semua jenis daging dan makanan laut

kecuali dalam senarai tidak dibenarkan.

Mentega, mozarela, keju kambing, susu

soya.

Minyak kanola, bijan.

Semua jenis bijirin, kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jenis kekacang, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Bali, nasi.

Tomato.

Anggur, kebanyakan beri.

Coklat, madu, koko.

Bir, arak.

Bakon, ham, angsa, babi, barakuda, ikan

keli, ikan salmon, kaviar, sotong.

Semua produk tenusu dan yogurt.

Minyak jagung, minyak kacang, minyak

kesumba, minyak biji kapas.

Kacang tanah, kacang pistasio, biji popi.

Kacang tamarin, kacang hijau, kacang

merah.

Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi.

Terung, jagung, avokado.

Tembikai, tembikai susu, limau tangerin,

strawberi, beri hitam, kelapa.

Lada putih, lada hitam, cuka, kulit kayu

manis, tepung jagung.

Sos tomato, mayones.

Kopi, teh hitam.

Kod, ikan mas, kerapu, makerel, ikan

siakap, salmon, sardin.

Minyak zaitun, minyak flaxseed.

Kacang, labu.

Kacang hijau, kacang hitam, kacang pea.

Gandum kuda (buckwheat), amaranth.

Roti esen, ezekiel, tepung soya, sproutedwheat, kek nasi, tepung (oat, nasi, rai), mi,

pasta.

Halia, bawang, brokoli, lobak, bayam,

labu, dandelion, okra, tofu.

Nanas, ceri, aprikot, anggur, limau.

Tamari, miso, sos soya, halia.

Daun lidah buaya, teh hijau, wain merah,

kopi.

Darah A Ayam, ayam belanda.

Semua jenis makanan laut, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Yogurt, mozarela, keju kambing, susu

kambing.

Minyak kanola, minyak ikan kod.

Semua jenis bijirin, kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jenis roti dan mi, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Daging lembu, babi, kambing, rusa,

kijang, itik.

Barakuda, kaviar, beluga, lala, ketam,

udang sungai, katak, udang karang,

kerang, tiram, sotong, kura-kura.

Semua jenis keju yang lain dan susu.

Minyak jagung, minyak biji kapas, minyak

kesumba, bijan.

Kacang brazil, biji gajus, pistasio.

Asam jawa, kacang merah.

Graola, wheat germ, wheat bran, durumwheat.English muffins, roti (high-protein wholewheat, multi-grain), matzos.

Lada benggala, ubi kentang, keladi,

tomato, cendawan, terung.

Tembikai, tembikai susu, mangga, betik,

kelapa, oren, limau tangerin.

Cuka, lada hitam.

Sos tomato, mayones.

Bir, soda, teh hitam.

Page 8: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

Kambing, kijang, arnab.

Kod, salmon, halibut, sole.

Keju, keju kambing, susu kambing,

mozarela, susu, yogurt.

Minyak zaitun.

Mil oat, nasi.

Roti, beras perang, kek nasi.

Sayur hijau.

Nanas, pisang, kranberi, anggur, betik,

plum.

Kari, serbuk cayenne.

Halia, pudina, raspberi, teh hijau, ginseng,

likuoris.

Darah B

JENIS DARAH DIGALAKKAN

JENIS MAKANAN

DIBENARKAN TIDAK DIBENARKAN

Lembu, ayam belanda, rusa.

Semua jenis makanan laut, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Semua jenis tenusu, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Semua jenis bijirin, kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jensi gamdum, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Semua roti, kecuali dalam senarai tidak

dibenarkan.

Semua jenis sayur, kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jenis buah, kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jenis rempah kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Ayam, itik, babi.

Semua yang bercengkerang (ketam,

udang, udang karang, tiram, dll),

barakuda, beluga, katak, sotong kurita,

siput, kura-kura.

Aiskrim.

Minyak kanola, minyak biji kapas, minyak

kesumba, bijan, minyak bunga matahari.

Biji gajus, pain, pistasio.

Kacang pea, pinto, aduke, azuki, kacang

hitam.

Gandum, rai, gandun kuda (cornflakes,cornmeal).Bagel, mufin, roti multi-grain, soba.

Tomato, jagung, zaitun, avokado, labu,

taufu.

Kelapa, belimbing, pear.

Sos tomato, mayones.

Minuman aloe vera, soda.

Kambing, arnab, ayam belanda.

Tuna, kod, makerel, pike, siakap merah,

sardin.

Yogurt, telur, mozarela, keju kambing,

susu kambing, ricotta.

Minyak zaitun.

Kacang tanah, walnut.Milet, oat bran, mil oat, rai.

Brokoli, kubis bunga, daun sup, timun,

terung, bawang putih, ubi kentang, tempe,

taufu, keladi.

Anggur, plum, beri, ceri, nanas,

lemon, kiwi.

Kari, miso.

Likuoris, wain merah, dandelion, kopi,

teh hijau.

Darah AB Semua jenis protein kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jenis makanan laut, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Semua jenis tenusu, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Semua jenis bijirin, kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jenis gandum, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan,

Semua jenis sayur, kecuali dalam senarai

tidak dibenarkan.

Semua jenis rempah, kecuali dalam

senarai tidak dibenarkan.

Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang.

Semua jenis makanan laut yang

bercengkerang (ketam, udang, udang

karang, tiram, dll), barakuda, beluga,

katak, sotong kurita, siput, kura-kura.

Keju amerika, aiskrim, susu penuh.

Minyak canola, minyak biji kapas, minyak

kesumba, minyak bijan, minyak biji bunga

matahari.

Kacang hazel, biji labu, bijan.

Kacang lima.

Jagung, gandum kuda, kasha, mi soba.

Articok, avokado, jagung, lima, cil.

Mangga, jambu, kelapa, pisang, oren.

Ekstrak badam, barli, ubi kayu.

8

Page 9: Februari 2013 AMANAT Ketua Pengarah ... · sejak sekian lama seperti contoh, ... Pembaca yang dihormati sekalian, Pemimpin haruslah sentiasa sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan

9

v Menanggalkan Sisik Ikan

Sesetengah ikan mempunyai sisik yang sukar ditanggalkan. Cara yang mudah ialah dengan merendamkan

ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sisik ikan di dalam air. Anda akan dapati sisiknya mudah tanggal.

v Ikan Tidak Melekat dan Cepat Garing

Petuanya ialah dengan memasukkan sekeping asam gelugur ketika menggoreng ikan. Anda akan dapati ikan

tersebut tidak melekat dan malahan ia akan cepat garing.

v Ikan Goreng Tidak Hanyir

Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berasa hanyir. Bagi mengelakkannya, cuba amalkan petua

berikut:

ii) Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan

ikan yang digaul dengan garam. Goreng ikan seperti biasa. Insya-Allah, ikan tidak berasa hanyir walaupun

telah sejuk.

iii) Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih dan garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan

beberapa minit sebelum digoreng seperti biasa.

Petua Masakan IKANNegara kita kaya dengan pelbagai spesies ikan air

tawar dan ikan laut. Apa yang lebih mengagumkan

lagi, setiap negeri mempunyai resipi masakan ikan

yang tersendiri. Namun, tahukah anda bagaimana

untuk menyedia dan membersihkan ikan sebelum ia

dimasak? Ia termasuklah mengurangkan rasa dan

bau hanyir ikan, menanggalkan sisik ikan dan

sebagainya. Berikut adalah petua ringkas

bagaimana untuk menyelesaikan masalah masakan

berkaitan dengan ikan: