aturan urusan mesyuarat - · pdf filebii. 3 1 pertanyaan-pertanyaan bag! jawab mulut ... pasti...

19
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI RABU, 29HB APRIL, 1992 PUKUL 2.30 PETANG BiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT *1. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Pengangkutan menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah kelewatan keretapi bertolak dan ketibaan keretapi pada jangka masa yang ditetap- kan. *2. Dr. V. David minta Menteri Luar Negeri menyatakan:- (a) memandangkan masalah 'Aparthied ' di Afrika Selatan adakah lebih kurang diperingkat penyelesaian tetap di antara pihak Kerajaan Afrika Selatan dan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), adakah Malaysia berhasrat menubuhkan pejabat Kedutaan Malaysia di Ibu Kota pentadbiran Afrika Selatan, Pretoria; dan (b) jika benar, bilakah Kedutaan Malaysia ini akan ditubuhkan di Pretoria. *3. "Tan Haii Ibrahim bin Jendol minta Perdana Menteri menyata- kan:- (a) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membendung ajaran sesat yang terdapat dalam negara kits sekarang; dan (b) berapa banyakkah ajaran sesat yang telah dikenal- pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan.

Upload: dohuong

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI RABU, 29HB APRIL, 1992 PUKUL 2.30 PETANG

BiI. 3 1

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT

*1. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Pengangkutan menyatakanlangkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah kelewatankeretapi bertolak dan ketibaan keretapi pada jangka masa yang ditetap-kan.

*2. Dr. V. David minta Menteri Luar Negeri menyatakan:-

(a) memandangkan masalah 'Aparthied ' di AfrikaSelatan adakah lebih kurang diperingkatpenyelesaian tetap di antara pihak Kerajaan AfrikaSelatan dan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC),adakah Malaysia berhasrat menubuhkan pejabatKedutaan Malaysia di Ibu Kota pentadbiran AfrikaSelatan, Pretoria; dan

(b) jika benar, bilakah Kedutaan Malaysia ini akanditubuhkan di Pretoria.

*3. "Tan Haii Ibrahim bin Jendol minta Perdana Menteri menyata-kan:-

(a) apakah langkah-langkah yang telah diambil olehKerajaan untuk membendung ajaran sesat yangterdapat dalam negara kits sekarang; dan

(b) berapa banyakkah ajaran sesat yang telah dikenal-pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990dan berapakah bilangannya yang telah diharankan.

Page 2: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

2

*4. Dr. T. Marimuthu minta Menteri Pendidikan menyatakanbahawa memandangkan peningkatan hampir 100% calon SPM yang gagalmencapai Gred Satu oleh sebab tiada Kredit dalam mata pelajaranBahasa Malaysia dan memandangkan juga kemorosotan sebanyak 0.9%kelutusan dalam mata pelajaran tersebut dibandingkan dengan keputusantahun 1990, adakah beliau akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khasuntuk mengkaji proses pengajaran, pembelajaran dan pemeriksaan matapelajaran Bahasa Malaysia termasuk. kurikulum dan buku teks. Jika kajiantersebut telah selesai apakah hasil kajian yang berkenaan.

*5. Puan Haiiah Rakibah binti Hail Abdul Manan minta MenteriPertanian menyatakan adakah Kerajaan akan mencari tapak yang sesuaiuntuk memindahkan Rumah Penyembelihan di Shah Alam yang pada masaini terletak di dalam kawasan perumahan yang mana adalah tidak wajardari segi kesihatan dan boleh mencemarkan keadaan kawasan perseki-taran kawasan perumahan itu.

*6. Tuan Sukri bin Hail Mohamed minta Perdana Menteri menya-takan adakah Kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang yang adabagi membolehkan rayuan dibuat terhadap keputusan Hakim MahkaniahTinggi berkait dengan kes-kes petisyen pilihanraya.

*7. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Tenaga, Telekom danPos menyatakan:-

(a) jumlah permohonan untuk mendapatkan perkhidma-tan telefon di negara ini sehingga 1991 mengikutnegeri;

(b) dari jumlah tersebut berapakah yang telah berjaya;

(c) sehingga 1991 berapa banyakkah perkhidmatantelefon awam yang telah disediakan; dan

(d) apakah usaha-usaha yang telah dan akan dibuatbagi menentukan bahawa setiap permohonan untukmendapatkan perkhidmatan telefon dipenuhi dengansegera di negara mi.

*8. Datuk Mongoh Orow minta Menteri Kesihatan menyatakanberapakah jumlah jawatan-jawatan kosong, pada lOhb April, 1992 yangbelum diisi, bagi doktor-doktor perubatan dan jururawat-jururawat yangberkelayakan, bagi hospital-hospital berikut:-

(a) Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu;

(b) Duchess of Kent, Sandakan; dan

(c) Hospital Besar; Tawau.

Jika terdapat kekosongan bagi jawatan-jawatan tersebut,apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjanguntuk mengisi kekosongan tersebut.

Page 3: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

3

*9•kan:-

Tuan Chor Chee Heun^ minta Menteri Kerja Raya menyata-

(a) berapakah jumlah perbelanjaan untuk membinalebuhraya di Sungai Slim;

(b) , sama ada jumlah bayaran tol yang dipungut sejaksiap pembinaan lebuhraya itu melebihi jumlah kospembinaan dan jumlah pungutan tol setakat ini;dan

(c) setelah siap pembinaan lebuhraya Utara Selatan,bagaimana Kerajaan mengenalpasti pungutan toluntuk • kegunaannya tidak tinggi dan membebanipengguna lebuhraya.

*10. Dr. Iamaludin bin Dato' Mohd. lariis minta Menteri Perdagan-gan Antarabangsa dan Industri menyatakan: -

(a) usaha-usaha yang diambil untuk memajukanIndustri Kecil dan Sederhana (IKS);

(b) penglibatan Bumiputra di dalam sektor IKS;dan

(c) sumbangan IKS kepada ekonomi negara.

*11. Tuan Liew Ah Kim minta Menteri Dalam Negeri menyatakansama ada sedar rungutan orang ramai mengenai kelemahan-kelemahandalam urusan menukar kad pengenalan baru yang akan tamat tempohsehingga Mei 1996. Kelemahan-kelemahan ini termasuklah kesilapan ejaannama, tarikh lahir disamping kesulitan terpaksa berulang-alik dua tigahari ke pejabat pendaftaran negara. Sama ada Menteri berkenaan:-

(a) mengambil kakitangan sementara bagi memperce-patkan proses menukar kad pengenalan supayatidak menimbulkan kesesakan di pejabat-pejabatpendaftaran negara cawangan; dan

(b) memberhentikan operasi kad pengenalan barusehingga semua kakitangan mampu menjalankantugas tanpa menimbulkan kesulitan kepada orangramai.

*12. Tuan Hail Abdul Hadi bin Awana minta Menteri Peneranganmenyatakan:-

(a) apakah garis panduan yang digunakan oleh pihakKementerian, dalam menentukan penanyangan ditelivisyen bebas dari unsur-unsur seks, ganas dankhayal (fantasi); dan

(b) setakat manakah langkah-langkah yang telahdiambil untuk menguatkuasakannya.

Page 4: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

4

*13 . Dato' Hail Mohd. Abu Bakar bin Rautin Ibrahim mintaMenteri Kewangan menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi

menarik pelabur-pelabur melabur dengan ASB/ASN kerana pada masasekarang terdapat beberapa buah badan kewangan yang memperkenalkanSkim Amanah Saham yang mungkin menyaingi ASB/ASN.

*14. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Sains , Teknologi dan AlamSekitar menyatakan sejuahmanakah Malaysia telah mendedah danmenyelesaikan masalah yang mengancamkan Alam Sekitar , sepertimasalah Hutan Tropikal, pembuangan sisa radioatif , sisa toksid, sisabukan toksid , masalah perubahan iklim, bertambahkan CFC, biodiversitidan pemindahan teknologi.

*15. Tuan Nurnikman Abdullah minta Menteri Keraja Rayamenyatakan sehingga kini apakah kemajuan yang dicapai oleh Antah-Biwater ke atas projek bekalan Air Beaufort-Menumbok-Kuala Penyuyang septutnya siap pada bukan April 1991. Apakah faktor-faktor yangmenyebabkan projek ini tergendala begitu lama.

*16. Tuan G. Palanivel minta Menteri Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah langkah-langkah yangdiambil oleh Kementeriannya untuk mempastikan para peniagamempamirkan tanda harga pada semua barang yang dijual. Kini hanya111 jenis barang sahaja yang perlu disebut harga di bawah Akta KawalanHarga.

*17. Dr. Nawawi bin Mat Awin minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) apakah kesan tindakan Kerajaan mengharamkangerakan Darul Arqam, terutamnya dari segiaktiviti-aktiviti dan keanggotannya; dan

(b) apakah strategi, program dan tindakan yangterperinci dan bersungguh-sungguh yang disusundan dilaksanakan untuk mendorong rakyat supayatidak mudah terpengaruh dengan ajaran dankepercayaan yang karut-karut.

*18. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

(a) perkembangan bare masalah kerosakan 'naviga-tional aids ' bernilai $6 . 5 juta di lapangan terbangSultan Azlan Shah, Ipoh;

(b) apakah langkah yang telah diambil untukmengatasi masalah tersebut;

(c) bilakah perkhidmatan penerbangan waktu malamdapat dijalankan semula di lapangan terbangtersebut; dan

Page 5: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

5

(d) jumlah kehilangan pendapatan yang telah dialamioleh Jabatan Penerbangan Awam dan PenerbanganMalaysia ekoran kejadian masalah ' navigationalaids' tersebut.

*19. Tuan Billy Abit loo minta Menteri Dalam Negeri menyatakanberapa orang telah ditahan di Sarawak kerana penyekatan jalan-jalanbalak di Sarawak:-

(a) berapa ramai daripada mereka telah dibawa kemahkamah dan didapati bersalah;

(b) apakah kesalahan mereka; dan

(c) apakah tujuan utama penyekatan mi.

*20. Tuan Ruhanie bin Haii Ahmad mini:a Menteri Kewanganmenyatakan kenapakah prestasi pasaran saham tempatan kelihatan tidakselaras dengan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat. Adakah benardakwaan sesetengah pihak bahawa manipulasi segolongan pelabur disebuah negara jiran telah menjadi faktor utama kepada keadaan lembabmi.

*21. Puan Rohani bin Abdul Karim minta Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan menyatakan tentang 'Strategi Baru Pelancon-gan' iaitu dart segi:-

(a) apakah perancangan bagi strategi ini dart •aspekmempelbagai produk dan perkhidmatan supayaIndustri Pelancongan di negara kita dapat kekalbersaing dengan negara-negara lain di rantauASEAN/Asia & Antarabangsa; dan

(b) bagaimanakah Cara hendak menjamin perkembanganindustri pelancongan di negara mi.

*22. Wan lunaidi bin Tuanku laafar minta Menteri Luar Negerimenyatakan:-

(a) memandangkan pendirian Presiden George Bushterhadap penubuhan EGEC adakah pertubuhan iniboleh wujud dengan tidak ada sokongan danpengiktirafan dart pihak Amerika Syarikat; dan

(b) adakah pihak Negara-negara ASEAN mempunyaikata sepakat atas penubuhan EGEC dan apakahtindakan ASEAN untuk mendesak Jepun untukmenyertainya dan bagaimanakah peluangnya.

Page 6: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

6

*23. Tuan Sim Kwane Yang minta Menteri Luar Negeci menyata-kan sama ada bellau akan menghadiri Mesyaarat United Nations Confer-ence on Environment and Development (UNCED) yang akan diadakan diRio De Janeiro bulan Jun akan datang, dan jika tidak, kenapa.

*24. Tuan Mohamed Khalid bin Nordin minta Menteri Kewanganmenyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagimengatasi defisit dalam akaun perkhidmatan negara. Sejauhmanakahsektor swasta boleh membantu mengurangkan masalah defisit mi.

*25. Tuan Ibrahim bin Mustafa minta Menteri Perpaduan Negaradan Pembangunan Masyarakat menyatakan:-

(a) sejauh manakah Akta Kanak-kanak 1992 dapatmengatasi kes-kes mendera kanak-kanak;

(b) nyatakan bilangan kes-kes deraan yang melibatkankanak-kanak sebelum 1991 !ni dan selepas tahun1991; dan

(c) apakah Kementerian berhasrat untuk melaksanakanProgram Kaunseling kepada ibu bapa yang terlibatdalam kes-kes deraan begin!.

*26. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Dalam Negerimenyatakan:-

(a) bagaimanakah perkembangan penukaran kadpengenalan baru setakat ini bag! seluruh negara,Sarawak dan Sibu;

(b) adakah perlu untuk mengambil pekerja sementarauntuk memproses permohonan penukaran kadpengenalan baru di sekolah-sekolah, pejabat-peja-bat, kampung-kampung dan rumah-rumah panjang,terutama sekali di kawasan luar bandar;

(c) sama ada perlu untuk memberi keutamaan kepadamereka yang memohon untuk kali pertama keranamereka memerlukan kad pengenalan untukmemohon ujian, dokumen perjalanan, memasukiperbagai jenis pertandingan iaitu dalam sukan,muzik dan kebudayaan; dan

(d) sama ada boleh dimasukkan nama dalam tulisanCina bag! pemohon Cina di dalam kad pengenalanbaru.

*27.Tuan Haii Mohd. Zihin bin Hall Mohd. Hassan minta. Menteri LuarNegeri memberitahu sama ada Kerajaan mengambil langkaii-langkah yangeffektif serta mengesan orang-prang yang tidak bertanggungjawab yangsentiasa merosakan imej Malaysia mengenai alam sekitar khasnya yangberlaku baru-baru ini di negara Jepun.

Page 7: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

7

*28.Tuan Richard Riot Ak. Jaern minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) bilangan kelas-kelas Pra-Tahun Satu yang dibukaoleh Kementerian Pendidikan di sekolah-sekolahrendah di luar bandar di seluruh negara; dan

(b) dari jumlah itu, berapa buah kelas di buka dinegeri Sarawak termasuk di daerah Serian.

*29. Tuan Joseph Mauh Ak. Ikeh minta Menteri Kerja Raya menya-takan sama ada Kerajaan Pusat bercadang untuk membina jalanraya-jalanraya di Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke 6 bagi tempat-tempat berikut di kawasan Parlimen P. 174:-

(a) Sungai Dijih - Sebakong terus ke Rumah DaerahMukah;

(b) Pekan Selangau - Ulu Mukah terus ke RumahJalong di Daerah Mukah;

(c) Pekan Selangau - Ulu Mukah terus ke RumahGayut di Daerah Mukah;

(d) Sungai Dijih - Hilir Dijih terus ke Rumah Santokdan Rumah Ibut di Daerah Mukah;

(e) Nanga Sekuau - Ulu Oya terus ke Ulu SungaiPakoh di Daerah Dalat;

(f)

(g)

Pekan Tatau - Ulu Arap - Ulu Data Kakus diDaerah Tatau;

Pekan Ulu Balingian (Tepus) - Balingian (RumahNgadan) di Daerah Kecil Balingian;

(h) Pekan Ulu Balingian (Tepus - Rumah Entasin,Nanga Kemena di Daerah Kecil Balingain;

(i) Jambatan Arip - SRK Iban Union dan RumahJantan, Hilir Arip di Daerah Kecil Balingain; dan

(j) Sungai Dijih - Ulu Dijih menerusi Rumah Renggieterus ke Rumah Ujis Ulu Baoh, dan Rumah Be-nang, Dijih Tamin di Daerah Dalat.

*30. Tuan Hail Ibrahim bin Mahmood minta Perdana Menterimenyatakan:-

(a) sejauhmanakah kejayaan dasar PersyarikatanMalaysia yang pernah dikemukakan oleh Kerajaandahulu. Apakah hasil dan manfaat yang diperolehioleh negara sehingga sekarang;

(b) adakah reaksi Kerajaan terhadap kenyataan Men-teri Besar Negeri Selangor bahawa dasar tersebutkurang berjaya sejak dikemukakan pada tahun1983; dan

Page 8: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

8

(c) apakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semuladasar tersebut.

*31. Tuan Hail Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri LuarNegeri menyatakan:-

(a) basil yang diperolehi dari Sidang Kemucak OIC diSenegal yang boleh memberikan kekuatan politikdan ekonomi, serta perpaduan bagi dunia dan umatIslam; dan

(b) bagaimana sidang itu boleh mencapai persetujuanuntuk tidak lagi menggunakan kalimah 'jihad'dalam urusan membebaskan Palestin, Baitul Maqdisdan Masjid Al-Agsa dan mengapa perwakilanMalaysia tidak menyekatnya.

*32. Tuan Ahmad bin Omar minta Menteri Pendidikan menyatakandengan lebih lanjut mengenai:-

(a) usaha yang telah diambil oleh Dewan Bahasa danPustaka bagi mengatasi masalah penerbitan buku-buku atau hasil-hasil penulisan yang mengandungibanyak kesalahan hingga menyebabkan kegagalanpengedaran buku-buku atau hasil-hasil penulisantersebut setelah dicetak; dan

(b) dari segi kos, banyak manakah Dewan Bahasa danPustaka telah menanggung kos kerugian selama ini.

*33. Tuan Othman bin Minudin minta Menteri Pendidikan menyata-kan berapa buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Ranau yangakan dibina, adakah SMK Melonsou termasuk satu daripadanya dan bila-kah bangunannya sendiri akan dibina.

*34. Tuan losenh Voon minta Perdana Menteri menyatakan apakahtindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur.

*35. Tuan Abd. Malek bin Munin minta Menteri Pendidikanmenyatakan adakah benar sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebaha-gian besar mahasiswa Bumiputra di Fakulti pergigian tidak dibenarkanmenduduki peperiksaan.

*36. Dr. Sanusi Daena Mariok minta Perdana Menteri menyatakanadakah terdapat rancangan Kerajaan hendak mewujudkan identiti Islampada bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu kota negara yangagama rasminya adalah Islam.

*37. Tuan lames limbun Ak. Punaga minta Perdana Menterimenyatakan tentang tujuan untuk menubuhkan Perbadanan usahawanNasional Berhad dan apakah rancangannya bagi menolong usahawanBumiputra.

Page 9: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

9

*38. Tuan Radin Malleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) berapa jumlah sijil kelahiran lewat dikeluarkanoleh Jabatan Pendaftaran Negeri di Negeri Sabahmengikut tempoh tahun-tahun berikut:-

(i) dart tahun 1963 ke tahun 1970(ii) dari tahun 1971 ke tahun 1980(iii) dari tahun 1981 ke tahun 1990

(b) berapa jumlah kad pengenalan biru dikeluarkanoleh Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Sabahmengikut tempoh tahun-tahun berikut:-

(i) dari tahun 1963 ke tahun 1970(ii) dari tahun 1971 ke tahun 1980(iii) dart tahun 1981 ke tahun 1990

.

*39. Tuan Lai Lun Tzee minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) adakah beliau sedar bahawa Negeri Sabah amatkekurangan pakar-pakar pergigian dan kemudahan-kemudahan pergigian; dan

(b) apakah langkah-langkah yang akan diambil untukmengatasi masalah tersebut.

*40. Dr. Tan Sens Giaw minta Perdana Menteri menyatakan apakahjenis-jenis amalan rasuah yang kerap didapati di Malaysia. Apakah perat-usan Keluaran Negara Kasar (KNK atau GNP) kerana rasuah. Apakahkehilangan KNK tiap-tiap tahun akibat daripada amalan-amalan mi.Apakah ikhtiarnya untuk membanteraskannya.

*41. Dr. Tan Seng Giaw minta Perdana Menteri menyatakanberapa lot telah dipancangkan (pegged) oleh Pegawai Penempatan diJinjang setakat mi. Adakah penempatan ini disahkan oleh Jabatan Ukur.Sehingga 31.3.92, apakah bilangan penduduk yang telah membayar premi-um ke atas lot-lot tersebut dan amaunnya.

*42. Tuan Muichael Lisa Kava minta Menteri Kewangan menyata-kan jumlah wang yang sudah dibelanjakan daripada Tabung UshawanBumiputra sejak Tanya ditubuhkan dan nyatakan pecahan wang yangdibelanjakan itu mengikut sektor-sektor yang tertentu.

*43. Dato' Dr. Affifudin bin Haii Omar minta MenteriPengangkutan menyatakan setakat ini berapakah kemalangan-kema-lanangan yang melibatkan van-van pengang^cutan penumpang dan berapapula kematian dan kecederaan yang terlibat. Adakah usaha mengharam-kan van-van ini daripada digunakan sebagai pengangkut penumpangdiadakan memandangkan bahawa van-van ini tidak sesuai sekali dijadi-kan pengngkutan penumpang lantaran kesetabilannya rendah dan kekuatanbinaan badannya pun rendah.

Page 10: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

*44. Tuan Wahab bin Suhaili minta Menteri Pertahanan menyatakan:-

(a) apakah punca yang menyebabkan berlakunya kecu-rian senjatapi Riffle M - 16 dari sebuah KernTentera di Kuching pada malam 26.12.1991 yanglalu; dan

(b) adakah siasatan telah dibuat dan apakah keputusandan tindakan yang telah diambil.

*45. Than Mohamad bin Sabu minta Menteri Pertahanan menyata-kan:-

(a) sila jelaskan dasar pertahanan negara dalammenganggapi isu-isu serantau yang membabitkannegara-negara jiran dengan Malaysia yang melibat-kan pencerobohan ruang udara Malaysia, tuntutanPulau Batu Putih dan pertikaian kepulauan Spratly;

(b) apakah tuntutan dan penguasaan kepulauan-kepulauan Malaysia oleh negara-negara jiran adalahberikutan dengan kelemahan kepimpinan politikyang menguruskan pertahanan negara sehingganegara Malaysia begitu mudah dicerobohi. Jikatidak, apakah penjelasan sebaliknya; dan

(c) 'sejauh manakah kepersediaan pertahanan negaradalam menghadapi ancaman terhadap wilayah-wilayah Malaysia yang dicabar oleh negara-negaratertentu di rantau ini.

*46. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Tenaga, Telekom dan Posmenyatakan:-

(a) sudahkah Kementerian beliau mencapai satu penye-lesaian, untuk membekal letrik kepada rumahpenyewa-penyewa tanah yang kini tidak dapatbekalan letrik akibat daripada keengganan memberikebenaran oleh tuan tanah untuk menanam tiangletrik atas tanah mereka. J ika ya, apakah penye-lesaian itu; jika tidak, mengapa begitu lama tidakdapat diselesaikan memandangkan golongan yangterpengaruh itu adalah golongan pendapatanrendah;

(b) apakah perkembangan terbaru berkenaan dengankes seperti ini di Jalan Chow Boon Kye danKampung Besar Bukit Mertajam yang mana AhilParlimen Bukit Mertajam telah bangkitkan dalamParlimen berapa kali sejak Parlimen Ketujuh;

Page 11: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

(c) bilakah bekalan letrik akan diberi kepada penghunirumah-rumah yang pindah kepada kawasan depanPerkampongan Juru, Bukit Mertajam akibat projekLebuhraya Utara-Selatan memandangkan merekatelah pindah ke sana sebelum tahun baru Cina danhingga sekarang masih lagi tiada bekalan letrik;dan

(d) bilangan kes gangguan bekalan letrik yang berlakudi Kawasan Taman, Bukit Mertajam, Taman Makokdan Desa Damai, Bukit Mertajam sejak HariThaipusam iaitu 20hb Januari 1992 hingga 20hbFebruari 1992 dengan sebutkan sebab musabab,tarikh-tarikhnya dan mengapa begitu banyak kaliberlaku dan sebab apa ambil masa yang sangatpanjang untuk memulihkan bekalan letrika.

*47. Tuan Lim Hock Sena minta Menteri Pengangkutan memberi-tahu tentang tawaran penswastaan feri penumpang Butterworth-PulauPinang:-

(a) syarat-syarat yang ditawarkan oleh pihak swasta;dan

(b) apa pendirian Kerajaan mengenai tawaran tersebut.

*48. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Penerangan menyatakanapakah basil siasatan 4 panel yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhanatas penyelewengan yang berlaku di RTM itu, termasuklah salahgunakua-sa, harta benda, alat-alat dan kehilangan pita yang mahal.

(a) apakah tindakan akan diambil terhadap mereka yangterbabit; dan

(b) apakah langkah-langkah akan diambil untuk mence-gah penyelewengan tersebut dari berulang lagi.

*49. Tuan Ahmad bin Nor minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk menyemaksemula skim gaji bagi semua anggota Polls danTentera selepas perlaksanaan gaji sistem saraanbaru (SSB); dan

(b) jika ya, berapa lamakah Kerajaan akan mengambilmasa untuk menimbarg dan membuat keputusansupaya anggota polls dan tentera diberi skim gajiyang sesuai dan setaraf dengan tugas dan tang-gungjawab mereka ketika mi.

Page 12: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

*50 Tuan lawah Ak. Gerang minta Perdana Menteri menyatakanjumlah peruntukan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin yangsudah dibahagikan kepada orang ramai dan bilangan orang mengikutnegeri, yang sudah diberi pertolongan oleh Kerajaan.

a

*51. Than Fong Kul Lun minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) berapakah jumlah pekerja asing yang telahdidaftarkan di bawah sekim pendaftaran pekerjaasing dengan menyatakan jumlah bagi setiapnegara dari mula sekim ini dilaksanakan hingga15.4.1992;

(b) berapakah baki jumlah pekerja yang belumdidaftarkan sehingga tempoh 6 bulan terakhir danadakah Kerajaan bercadang untuk melanjutkantempoh supaya pendaftar^n dapat dipenuhi;

(c) berapakah jumlah kes pendatang asing mengguna-kan orang tengah untuk mendapatkan surat perja-lanan laksana paspot (SPLP) dan negara-negarayang terlibat; dan

(d) sejak gerakan pendaftaran pekerja asing dijalankan,berapakah jumlah kemasukan pendatang haramyang baru sehingga 15.4.92 bagi negarapnegaraterlibat.

*52. Tuan Wong Wing On minta Menteri Dalam Negeri menyatakansebab-sebab DEWAN MASYARAKAT tidak dibenarkan untuk menyiarkanrencana WAWANCARA EKSLUSIF BERSAMA SHAMSIAH FAKIR, walau-pun wartawan-wartawan DEWAN MASYARAKAT telah diberi kebenaranuntuk berjumpa Shamsiah Fakih di Changsa, Hunan, Republik RakyatChina, dan membuat wawancara itu sebelum itu.

*53. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) berapa ramai orang tahanan ISA masih ditahanpada hari ini mengikut kategori yang berbezamengikut tafsiran Kerajaan sendiri;

(b) berapa orang tahanan ISA yang telah dibebaskanpada tahun 1990, 1991 dan 1992;

(c) berapa orang tahanan ISA yang telah dibebaskandengan bersyarat;

(d) mengapakah syarat-syarat masih dikenakan ke atasEncik Teo Long Fook, yang telah dibebaskan lebihdari satu tahun dahulu selepas ditahan selamalebih daripada 12 tahun; dan

(e) berapa ramaikah yang masih ditahan di bawahPeraturan Darurat 1969.

Page 13: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

- 13 -

*54. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pertanian menyatakan:-

(a) sama ada beliau sedar terdapat diskriminasi dalampenjualan beras wangi kepada pemborong bukanBumiputra oleh Lembaga Padi Negara (LPN) seper-ti di Negeri Sembilan dan Melaka dan kalau isapa sebabnya;

(b) sama ada benar bahawa pemborong bukan Bumipu-tra tersebut hanya boleh dibenarkan membeli beraswangi mengikut quota 1:1:2 (beras wangi: berashancur; beras gred A.2) manakala pemborongBumiputra dibenarkan membeli beras wangi mengi-kut quota 1:1 (beras wangi; beras gred A2);

(c) adakah YB. dari Rasah Wong See Wah telahmeminta sistem quota ini dihapuskan dan satusistem yang sama dilaksanakan dan kalau isapakah keputusannya; dan

(d) jumlah beras wangi, hancur dan gred A2 yangdijual setiap tahun.

*55. Tuan Karnal Singh minta Menteri Undang-undang menyatakansama ada pihak Kerajaan bersedia menubuhkan Mahkamah divisionalMahkamah Tinggi untuk mendengar rayuan dari keputusan MahkamahTinggi. Kalau tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

*56. Tuan Haii Mahmud bin Hail Hashim minta Menteri Kewanganmenyatakan:-

(a) apakah kesan-kesan positif dan negatif berikutandari pengenalan dasar baru kerajaan supaya jaba-tan-jabatan Kerajaan diminta mencari punca-puncapendapatan sendiri;

(b) tidakkah dasar baru ini akan membebankan rakyatyang berpendapatan rendah; dan

(c) berapakah wang yang telah dapat dijimatkan sete-lah dasar baru ini dilaksanakan. -

*57. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakansama ada Kerajaan mempunyai rancangan -rancangan atau projek-rojekbuat masa hadapan untuk membangunkan semula Jalan Petaling melaluiUDA atau Agen-agen Kerajaan yang lain atau sayrikat usahasama Kera-jaan.

*58. Dr. V. David minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) adakah beliau sedar bahawa Kuala Lumpurmengalami masalah kesesakan lalulintas di meratasebaik-baik sahaja selepas hujan lebat walaupunsekejap atau berlakunya kemalangan kecil;

Page 14: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

(b) adakah benar bahawa sebab-sebab atas keadaanseperti ini ialah sistem pengaliran yang kurangmemuaakan, dan juga kekurangan bahu jalan; dan

(c) apakah langkah-langkah yang akan diambil bagimengatasi maslah berterusan ini di Kuala Lumpur.

*59. Puan Rohani bind Abdul Karim minta Menteri Pertanianmenyatakan:-

(a) apakah peranan serta sumbangan yang akan di-mainkan oleh sektor pertanian memandangkanbahawa penekanan di dalam Wawasan 2020 ialahkepada sektor perindustrian dan pembuatan; dan

(b) bagaimanakah perubahan di dalam penekanan iniakan memberi kesan kepada pembangunanpekebun-pekebun kecil yang masih mengalamiproduktiviti yang rendah dan bergantung kepadasubsidi Kerajaan.

*60. Tuan Ibrahim bin Mustafa minta Menteri Pendidikan menyata-kan:-

(a) nyatakan bilangan pusat-pusat tuisyen dan sekolah-sekolah swasta yang terdapat diseluruh negara;

(b) apakah Kementerian Pendidikan menyedari tentangpertumbuhan pusat-pusat tuisyen dan sekolah-sekolah persendirian yang diragui kualitinya;

(c) apakah langkah-langkah yang telah diambil olehKementerian Pendidikan untuk mengawal kualitipengajaran serta kurikulumnya; dan

(d) apakah Kerajaan dapat mempastikan bahawa semuasekolah-sekolah swasta tersebut selamat untukdiduduki seperti mendapat kelulusan JabatanBomba dan Pihak Berkuasa Tempatan.

*61.Tuan Haii Nik Abdullah bin Nik Arshad minta PerdanaMenteri menyatakan:-

(a) kemajuan paling akhir tentang usaha carigalipetrol dan gas di pantai perairan Kelantan;

(b) sila nyatakan kuantitinya dan bilakah agaknyahasilnya dapat dikeluarkan; dan

(c) adakah benar bahawa pihak berkuasa Thailandsudah pun memulakan pengeluarannya dari kawasanyang bersebelahan.

Page 15: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

*62. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan:-

(a) adakah benar bahawa perbelanjaan . bagi telefontangan YB. Puan Limt Lay Hoon, Ahli ParlimenPadang Serai yang bernombor 010-405156 berharga$5,900/- jenis ATM Panasonic EB/KJ 3610 danmesin FAX beliau berharga $1,900/- jenisPanasonic FAX UP/ 12 adalah datang dariperuntukannya projek-projek kecil bagi kawasanParlimen beliau. Jika ya, adakah perbuatan inidianggap adil;

(b) adakah Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasionaldibenarkan menggunakan peruntukan ini untukkegunaan-kegunaan pejabat dan rumah mereka; dan

(c) adakah sebarang projek yang dikemukakan olehahli-ahli Parlimen dari pihak pembangkang dapatdiluluskan. Jika ya, sila beri satu dua contoh; jikatidak mengapa.

*63 Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) sebab mengapa pihak Kerajaan enggan mengiktirafijazah dari negeri Taiwan dan India sertaPeperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah MenengahCina Persendirian ( Unified Examinations ) anjuranLembaga Sekolah-sekolah Cina Persendirian;

(b) sama ada pihak Kerajaan akan menentang sebarangusaha Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR)mengiktiraf dan menerima sijil UnifiedExaminations sebagai syarat kelayakan masukKerajaan ke atas diploma dan ijazah KTAR danbantuan kewangan; dan

(c) kalau is apakah sebabnya.

*64. Tuan Harisson Ngau Laing minta Menteri Kerja Raya menyata-kan:-

(a) apakah spesifikasi yang ditetapkan dalam pembinaanjalan raya yang bermutu. Adakah Menteri Kerja Rayasedar jalan raya yang dibina oleh Jabatan Kerja Rayadi bandar Marudi seperti jalan Kampung Cina, KampungNarum, jalan Marudi ke Lubuk Nibong dan Marudi keKampung Perpindahan tidak bermutu dan penuh denganlubang-lubang setelah Baru seminggu diturap; dan

(b) mengapa penurapan jalan raya ini sungguh nipis.Adakah Menteri Kerja Raya sedar pihak JabatanKerja Raya Marudi kekurangan peralatan bagipembinaan dan pemeliharaan jalan raya. Apakahtindakan jangkamasa pendek dan panjang yangakan diambil untuk mengatasi masalah ini.

Page 16: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

*65. Tuan Harisson Ngau Laing minta Menteri Kerja Raya menyata-kan:-

(a) bilakah pembinaan dan penurapan jalan raya dariLapok ke Long Lama dijangka siap. Berapakahjumlah peruntukan yang disediakan untuk projekini;

(b) adakah Kementerian ini mempunyai cadanganmembina jalan raya untuk menghubungkan tujuhbuah kampung dikawasan Tutoh-Apoh ke pekanLong Lama seperti yang dipohon oleh penduduk-penduduk dikawasan mi. J ika ya , berapakah jumlahperuntukan yang disediakan untuk tujuan mi. Jikatidak , mengapa; dan

(c) bilakah pembinaan jalan raya Mini-Marudi yangbaru direntis akan dimulakan.

Page 17: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL

1. Usul dibuat oleh Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman danMasalah dicadangkan:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinyadipersembahkan Kebawah Dull Yang Maha MuliaSeri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,demikian bunyinya:

Ampun Tuanku,

Patik , Yang di-Pertua dan Ahli-ahli DewanRakyat di dalam Persidangan Parlimen, memohonampun mempersembahkan suatu ucapan yang zalildaripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkanberbanyak -banyak syukur dan menjunjung kasihKebawah Dull kerana Titah Ucapan Kebawah Dullpada masa membuka Penggal Kedua ParlimenYang Kelapan.

Menyambung semula Perbahasan atas Masalah (28hb. April 1992)

2. (DR. 38/91) Rang Undang-undang,Undang-undangKeluarga Islam(Wilayah Persekutuan)(Pindaan)

Bacaan KaliYang Kedua

n3. (DR. 1/92) Rang Undang-undangKeselamatan Sosial Pekerja(Pindaan) (No.2)

n4. (DR. 2/92) Rang Undang-undangLembaga PelabuhanBintulu (Pindaan)

U5. (DR. 7/92) Rang Undang-undangPembangunan SumberManusia

t6.

m

(DR. 10/92) Rang Undang-undang KanunTanah Negara (HakmilikPulau Pinang dan Melaka)(Pindaan)

Page 18: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

KERTAS PEMBERITAHU

Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini, mengikut Peruntukan di bawah perenggan(a) Seksyen Kecil (4), Seksyen 10 Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebutdipinda dengan menambah kepadanya butiran baharu seperti berikut:-

Kumpulanwang Amanah Pembiayaan KomputerAnggota Perkhidmatan Awam.

ks.

Page 19: ATURAN URUSAN MESYUARAT - · PDF fileBiI. 3 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! JAWAB MULUT ... pasti di seluruh negara sejak dari tahun 1979-1990 dan berapakah bilangannya yang telah diharankan

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWAKE DALAM MESYUARAT

1992 Tarikh dibentang

ST. 5 Laporan Tahunan 1990FELDA

ST. 7 Laporan Tahunan 1990Lembaga Tembakau NegaraMalaysia

ST. 11 Laporan Tahunan 1990Lembaga Perusahaan NanasMalaysia

ST. 22 Laporan Tahunan 1990Lembaga PenyelidikanDan Kemajuan GetahMalaysia

28hb. April, 1992

28hb. April, 1992

28hb. April, 1992

28hb. April, 1992

ST. 26 Laporan Tahunan 1990Lembaga Koko Malaysia 29hb. April, 1992

CMD.1 Laporan Ketua AuditNegara - Negeri Sembilan1987 29hb. April, 1992

CMD. 2 Laporan Ketua AuditNegara - KerajaanPersekutuan 1989

CMD. 8 Laporan TahunanSuruhanjaya PerkhidmatanKehakiman Dan PerundanganMalaysia 1989

CMD. 9 Laporan TahunanSuruhanjaya PerkhidmatanKehakiman Dan PerundanganMalaysia 1990

29hb. April, 1992

29hb. April, 1992

29hb. April, 1992

CMD. 10 Laporan Ketua AuditNegara - Negeri PahangDarul Makmur 1987 29hb. April, 1992

hm