akta 152.k

28
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAKOLONIAL NOR AZIRAH BINTI ABDUL LATIF NOR ATIKAH BINTI ABDUL WAHID FATIN NOR AFIQAH BINTI ZAINUDIN NUR AMELYANA BINTI NOOR KAMARUZAMAN PISMP 6F

Upload: nor-azirah-abdul-latif

Post on 20-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

akta 152

TRANSCRIPT

Page 1: AKTA 152.k

BAHASA MELAYU PRAMERDEKA

DAN PASCAKOLONIAL

NOR AZIRAH BINTI ABDUL LATIFNOR ATIKAH BINTI ABDUL WAHID

FATIN NOR AFIQAH BINTI ZAINUDINNUR AMELYANA BINTI NOOR KAMARUZAMAN

PISMP 6F

Page 2: AKTA 152.k

PENGENALAN•Kamus Dewan edisi keempat (2007:1024) :

o Merdeka bermaksud bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.

o Kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan.

o Oleh itu, Pramerdeka bererti sebelum merdeka / sebelum kemerdekaan.

Page 3: AKTA 152.k

PENGENALAN•Dalam Kamus Melayu-Inggeris Dewan (1992) kolonial bererti penjajah.

•Dalam Kamus BBC English Dictionary (1993) mengatakan kolonial ialah “relating to countries or to colonialism”.

•Kamus Dewan edisi keempat (2007:806) :o Kolonial bermaksud bersifat jajahan (penjajah, penjajahan).

•Kamus Dewan edisi keempat (2007:1146) :o Pascakolonial bermaksud selepas penjajahan kolonial.

Page 4: AKTA 152.k

BAHASA MELAYU DARI ASPEK PELAJARAN, POLITIK &

SOSIOEKONOMI

Page 5: AKTA 152.k

PELAJARANPRA MERDEKA PASCAKOLONIAL

Bahasa kedua selepas bahasa Inggeris

Bahasa inggeris dijadikan bahasa utama dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu

Penggunaan bahasa Melayu hanya di sekolah pondok dan sekolah rendah sahaja.

Kelayakan bahasa Inggeris diperlukan untuk menjawat sektor kerajaaan

Bahasa Melayu hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Perkara ini memperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu

Bahasa Melayu dijadikan syarat utama untuk memasuki sekolah menengah

Merupakan bahasa utama yang digunakan dalam semua peperiksaan yang dianjurkan oleh kerajaan

Sebagai bahasa ilmu peringkat rendah dan pengajian tinggi

Proses pengembangan bahasa melalui proses bahasa asing.

Contoh: technology – teknologi

Bahasa Melayu dijadikan kursus pengajian dan latihan bagi guru

Dijadikan syarat utama lulus bahasa Melayu dalam SPM untuk memohon pekerjaan kerajaan

Page 6: AKTA 152.k

POLITIKPRA MERDEKA PASCAKOLONIAL

Menentang golongan penjajah dengan menyemarakkansemangat nasionalisme dalam jiwa rakyat melalui akhbar-akhbar tempatan

Contoh: Warta Malaya dan Majlis

Menurut ROFF(1975):

“ Akhbar Warta dan Majlis membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap sultan dan pemerintahan Inggeris dalam isu Malayan Union.”

Penggunaan bahasa Melayu di Parlimen dan aktiviti rasmi kerajaan. Contohnya: mesyuarat kabinet, sambutan Hari Kemerdekaan

Sebagai alat perpaduan tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India

Menubuhkan badan tertentu dan khusus bagi memartabatkan bahasa Melayu. Contoh: Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 7: AKTA 152.k

PRA MERDEKA PASCAKOLONIAL

Bahasa Melayu telah disekat perkembangannya, dan dinafikan daripada menjalankan fungsi kenegaraan, lebih-lebih lagi fungsi ekonomi dan sosial, intelektual dan kebudayaan.

Penggunaan bahasa Melayu dalam siaran radio dan alat sebaran am yang lain lebih bertumpu kepada penyebaran maklumat mengenai pergerakan penjajah di Tanah Melayu.

Mengubal akta dan ordinan dalam Perlembagaan Malaysia khusus untuk bahasa Melayu. Contoh: Akta 152 dan Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.

Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa untuk perpaduan. Dibuktikan dengan persetujuan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang mewakili kaum bukan Melayu dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili orang Melayu yang mencadangkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tunggal negara.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Kerajaan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam siaran radio dan alat sebaran am yang lain.

Page 8: AKTA 152.k

SOSIOEKONOMIPRA MERDEKA PASCAKOLONIAL

Para guru Melayu memperjuangkan pendidikan dalam golongan Melayu dan memperbanyakkan buku-buku dalam bahasa Melayu supaya dapat memudahkan golongan Melayu memahami ilmu yang terdapat di dalam buku itu.

Persatuan Sahabat Pena Malaya (Paspam) dan Raja Chulan memperjuangkan bahasa Melayu agar tidak terpinggir dalam negara sendiri. Contoh:

Penggunaan bahasa Inggeris dalam mesyuarat negeri dan persekutuan merugikan wakil Melayu keran tidak memahami perkara yang dibincangkan.

Kelayakan utama untuk mendapat jawatan dalam kerajaan.

Syarat bagi sesiapa hendak mendapatkan biasiswa kerajaan

Wang bantuan diberi kepada sekolah-sekolah ( yang menggunakan bahasa Melayu), juga bantuan kewangan kepada sekolah bergantung kepada kemajuan bahasa Melayu.

Wujud perpaduan dalam urusan jual beli. Contoh: menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan di kalangan peniaga dan pendagang.

Page 9: AKTA 152.k

BAHASA MELAYU

PRAMERDEKA

Page 10: AKTA 152.k

• Bahasa Melayu era pramerdeka ialah bahasa Melayu yang digunakan sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan.

• Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperjuangkan pada era ini.

• Era ini bermula dengan penubuhan ASAS 50 (6 Ogos 1950) sehingga 1957 (kemerdekaan dicapai, zaman pascamerdeka.

Page 11: AKTA 152.k

ASAS 50• Terdiri drpd penulis yang dikenali sbg Angkatan

Sasterawan 50 di Singapura.• Pemimpin/tokoh : MAS, Hamzah, Rosmera, Jymy

Asmara, Masuri SN, Keris Mas, Asraf.• Diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu

Singapura, sebahagian besar merupakan penulis Tanah Melayu yg terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan Inggeris terhadap kegiatan politik dan penulisan mereka.

Page 12: AKTA 152.k

• Penubuhan ASAS 50 bertujuan untuk :-a) Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera

Melayu.b) Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis

dan pengarang.c) Mengadakan pembaharuan dalam sastera.

Page 13: AKTA 152.k

• ASAS 50 bergerak memajukan bahasa dan sastera Melayu sbg alat mencapai kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran selari dgn konsep “Seni utk Masyarakat” atau “Seni utk Rakyat”.

• Berjaya memberi bentuk baharu terhadap sastera cerpen dan sajak yang menentang golongan atasan dan membela golongan bawahan melalui majalah dan surat khabar.

Page 14: AKTA 152.k

• ASAS 50 menjadi pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden (selepas Perang Dunia ke-2).

• Perjuangan pd zaman ini lebih mengutamakan Bahasa Melayu dan merancang pemodenan.

• Perjuangan juga lebih kepada menjadikan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik.

Page 15: AKTA 152.k

Lembaga Bahasa Melayu (LBM)• Perjuangan ASAS 50 telah mendorong penubuhan

LBM pd 1951 ygdiasaskan oleh guru-guru Melayu.• LBM ditubuhkan bertujuan :-

a) Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yg hidup.

b) Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga.

Page 16: AKTA 152.k

c) Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman.

d) Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah dan seumpamanya.

e) Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.

• LBM mengukuhkan lagi perjuangan mempertahankan taraf bahasa Melayu.

Page 17: AKTA 152.k

• LBM tidak membawa aliran baru atau melopori pemodenan dalam bahasa dan sastera Melayu.

• Antara buku yang digunakan utk pelajaran bahasa Melayu pada 1956 ialah “Ilmu Mengarang Melayu” dan “Pelita Bahasa Melayu” tulisan Za’ba.

Page 18: AKTA 152.k

Kongres Bahasa & Persuratan Melayu• Kongres yg pertama diadakan pd 12 & 13 April 1952

di Hotel Sea View Singapura.• Kongres ini memutuskan asas perjuangan adalah

untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

• Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa itu sehingga keputusan lain dibuat kelak.

Page 19: AKTA 152.k

• Kongres yg kedua diadakan pd 1 & 2 Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban

• Mengusulkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia, mendesak penggunaan bahasa Melayu yg seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat, menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan terbaik dalam bahagian-bahagiannya setiap tahun, menyusun sebuah kamus lengkap dalam tulisan Rumi, pengambilan juruhebah radio berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu dan melantik wakil drpd KPM dalam JK Penapis Filem.

Page 20: AKTA 152.k

• Kongres yg ketiga diadakan pd 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura.

• Kongres ini memutuskan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah ditubuhkan sbg pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya asal-usul bahasa Melayu tidak cacat serta dapat menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu.

Page 21: AKTA 152.k

• DBP hendaklah menyiasat dan mengumpulkan semula hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba.

• Kongres ini juga membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan melalui pendidikan.

Page 22: AKTA 152.k

Penubuhan DBP• DBP ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Bukit Timbalan,

Johor Bahru.• Antara matlamat DBP ialah :-

a) Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.b) Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa

kebangsaan.c) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha

percetakan atau penerbitan buku, risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.

a) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Page 23: AKTA 152.k

Laporan Razak 1956• Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah

dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah.

• Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan.

• Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.

Page 24: AKTA 152.k

AKTA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Page 25: AKTA 152.k

AKTA 152

• Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

• Perkara 152 merupakan salah satu kontrak sosial yang terkandung semasa penerimaan orang bukan melayu sebagai warganegara oleh orang melayu (jus soli)

Page 26: AKTA 152.k

AKTA 152

• Penobatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menjadi asas kenegaraan dan kebangsaan yang penting.

• Bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik yang dikenal sebagai negara Malaysia, menjadi asas jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Page 27: AKTA 152.k

FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

• Sebagai alat perpaduan yang menyatukan 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

• Digunakan aktiviti rasmi kerajaan seperti di dalam mahkamah, mesyuarat kabinet dan di dalam parlimen.

• Menjadi bahasa pengantar bagi setiap institusi pendidikan di negara ini sama ada di peringkat rendah atau pengajian tinggi.

Page 28: AKTA 152.k

FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

• Bahasa Melayu dapat membentuk sikap, pemikiran dan sistem nilai masyarakat Malaysia.

• Merupakan satu khazanah negara yang berharga dan perlu dipelihara oleh semua rakyat Malaysia agar tidak hilang di telan zaman.