atlet_&_tokoh[1].ppt

4
MALAYSIA mengakhiri penyertaanya dalam kejohanan Olimpik London 2012 dengan memungut satu pingat perak menerusi pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan pingat gangsa menerusi penerjun Pandelela Rinong Anak Pamg, untuk mengulangi pencapaian Malaysia di Olimpik Atlanta 1996. Menerusi satu pingat perak dan gangsa itu, Malaysia mengumpul tiga perak dan tiga gangsa dalam keseluruhan penyertaannya dalam sejarah Sukan Olimpik sejak tahun 1956 di Melbourne. Ia tidak mengambil pada Olimpik Moscow 1980. Di London, Malaysia diwakili 30 atlet dalam tujuh acara iaitu memanah, badminton, berbasikal, akuatik, perahu layar, menembak dan olahraga. MEMANAH: Recurve Berpasukan Lelaki: Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin kalah kepada trio

Upload: yan-kew-tan

Post on 07-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: atlet_&_tokoh[1].ppt

MALAYSIA mengakhiri penyertaanya dalam kejohanan Olimpik London 2012 dengan memungut satu pingat perak menerusi pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan pingat gangsa menerusi penerjun Pandelela Rinong Anak Pamg, untuk mengulangi pencapaian Malaysia di Olimpik Atlanta 1996.

Menerusi satu pingat perak dan gangsa itu, Malaysia mengumpul tiga perak dan tiga gangsa dalam keseluruhan penyertaannya dalam sejarah Sukan Olimpik sejak tahun 1956 di Melbourne.

Ia tidak mengambil pada Olimpik Moscow 1980. Di London, Malaysia diwakili 30 atlet dalam tujuh acara iaitu memanah, badminton, berbasikal, akuatik, perahu layar, menembak dan olahraga.

MEMANAH:

Recurve Berpasukan Lelaki: Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin kalah kepada trio

Mexico 211-216 di pusingan ketiga.

Page 2: atlet_&_tokoh[1].ppt
Page 3: atlet_&_tokoh[1].ppt

Program Angkasawan Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasawan dari negara Malaysia ke angkasa lepas. Pada 4 September 2007, Sheikh Muszaphar Shukor telah dipilih sebagai Angkasawan Malaysia yang pertama. Beliau akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.Pengarah Program Angkasawan Negara ialah Kolonel Dr Zulkifly Yusoff.

ANGKASAWAN Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor mungkin orang Islam pertama menunaikan sembahyang lima waktu di angkasa lepas. Beliau juga angkasawan pertama mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bagi meraikan teman-temannya. Dengan itu beliau menempa sejarah.

Sebenarnya panduan teratur rapi telah disusun bagi Sheikh Muszaphar dalam Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Turut memberi nasihat ialah para ulama, mufti dan saintis.

Page 4: atlet_&_tokoh[1].ppt

Rugayyah Hanum, namanya tidak seharum titisan yang ditinggalkannya. Beliau dikatakan gundik yang dihadiahkan oleh Kesultanan Uthmaniyyah kepada Maharaja Abu Bakar pada tahun 1890an. Maharaja Abu bakar merupakan sultan yang pintar dan rapat dengan kuasa asing termasuk British. Rugayyah hanum berketurunan Circassian yang mendiami Chechenya dan Dagestan sekarang. Satu bangsa yang beragama Islam yang kental dengan jihad, amal tasawuf dan cantik perwatakkannya.

Sampai di Johor, Maharaja Abu Bakar mengahwinkan Rugayyah hanum dengan Ungku Abdul Majid. Hasil hubungan ini, mereka mendapat 3 cahaya mata. Antara yang tersohor ialah Prof Diraja Ungku Aziz. Apabila Ungku Aziz berkahwin dengan sepupunya, Azah Aziz, mereka dikurniakan Dr Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara.

Selepas kematian Ungku Abdul Majid, Ruqayyah Hanum berkahwin dengan Dato Jaafar(mantan Menteri Besar Johor), ayah kepada Dato Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar adalah Pengasas kepada parti UMNO. Daripada titisan ini munculnya Tun Hussein Onn (perdana menteri ketiga) dan Dato Seri Hishamudin Hussien, Menteri Dalam Negeri sekarang.

Kemudian, Rugayyah Hanum berkahwin Syed Abdullah al Attas, seorang ahli perniagaan Arab. Hasilnya, lahirlah insan seperti Syed Hussein al Alatas dan Syed Muhammad Naquib al Attas. Syed Hussein al Alatas merupakan ahli sosiologi terkenal, mantan Naib Canselor Universiti Malaya dan antara pengasas parti GERAKAN. Manakala adiknya, menumpu kajian terhadap pemikiran dan kebudayaan Islam di rantau nusantara. Syed Muhammad Naquib juga mempunyai titisan yang berkaliber dalam dunia akademik ialah Syed Tawfiq, mantan Pengarah IKIM.

Titisan politik dan intelektual daripada Ruqayyah Hanum telah memberi impak besar kepada pembangunan, pemikiran, kebudayaan dan politik negara kita.

Dipetik dari http://hannanfarhana.blogspot.com/

"Kehidupan itu hanyalah SEMENTARA, beramallah SEBAIKNYA"